Peraturan Ping Pong 2015

4

Click here to load reader

description

MSS

Transcript of Peraturan Ping Pong 2015

PROGRAM IHYA RAMADHAN (Murid)

KEJOHANAN PING PONGSEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA2015PERATURAN-PERATURAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

2. JENIS PERTANDINGAN2.1 Acara kejohanan ping pong adalah seperti berikut :2.1.1 Acara perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan.2.1.2 Acara bergu lelaki dan perempuan. 2.1.3 Acara berpasukan lelaki dan perempuan

3. PENDAFTARAN PEMAIN3.1 Setiap sekolah dibenarkan akan mendaftarkan maksimum 6 orang peserta acara perseorangan (lelaki/perempuan), 3 pasangan bergu (lelaki/perempuan) dan 1 pasukan sahaja (5 pemain) dalam borang pendaftaran pasukan masing-masing mengikut kategori umur yang ditetapkan. 3.2 Seorang pemain boleh menyertai hanya SEMUA ketegori. Gantian pemain tidak boleh dilakukan selepas proses undian.3.3 Semasa pendaftaran pasukan yang bertanding perlu diiringi oleh sekurang-kurangnya seorang guru pengiring. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku perkara tidak diingini kepada pelajar yang tidak diiringi oleh guru pengiring. 3.4 Pasukan yang tidak memenuhi syarat 3.2 dan 3.3 boleh dibatalkan penyertaan.

4. UNDANG UNDANG RASMI PERTANDINGAN:

4.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yangberkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysiadan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh JawatankuasaPenganjur.4.2 Hanya getah yang disenaraikan dalam List Authorised Racket CoveringNo. 32B, berkuatkuasa 1 Januari 30 June 2012 sahaja yang dibenarkan.4.3 Getah Long Pimple tidak dibenarkan untuk kategori Sekolah Rendah4.4 Sekiranya didapati ada pasukan ataupun pemain dari mana-mana pasukan yangtidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pihak penganjur, makapasukan berkenaan akan disingkirkan daripada menyertai Kejohanan ini4.5 Bola pertandingan adalah berwarna oren dan pemain tidak dibenarkan memakai baju berwarna oren atau kuning (tertakluk kepada perubahan)

5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati sehingga pusingan akhir.5.2 Kemenangan (KETEGORI LELAKI) berdasarkan 5 permainan terbaik (Best of Five) dengan kiraan 11 mata dalam satu set. Pemain yang mendapat kemenangan 3 set yang pertama dikira sebagai pemenang. Jika kiraan mata menjadi 29 sama, pihak yang terdahulu mencapai 30 mata akan diisytiharkan sebagai pemenang. Tiada tambahan mata deuce dibenarkan.5.3 Kemenangan (KETEGORI PEREMPUAN) berdasarkan 3 permainan terbaik (Best of Three) dengan kiraan 11 mata dalam satu set. Pemain yang mendapat kemenangan 3 set yang pertama dikira sebagai pemenang. Jika kiraan mata menjadi 29 sama, pihak yang terdahulu mencapai 30 mata akan diisytiharkan sebagai pemenang. Tiada tambahan mata deuce dibenarkan. Bermula peringkat Suku Akhir, kemenangan berdasarkan 5 Permainan Terbaik (Best Of 5) untuk semua kategori.5.4 Bagi acara berpasukan, kemenangan dikira berdasarkan kemenangan 3 daripada 5 gamePerlawanan Pertama: Perseorangan PertamaPelawanan Kedua: Perseorangan KeduaPerlawanan Ketiga: Perseorangan KetigaPelawanan Keempat: Perseorangan KeempatPerlawanan Kelima: Perseorangan Kelima

6. PAKAIAN6.1 Semua pemain mesti berpakaian yang sesuai untuk permainan ping pong dengan kasut bertapak getah (non-marking sole) dan baju mestilah tidak berwarna oren atau kuning

7. BOLA PING PONG7.1 Hanya bola ping pong rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur sahaja yang digunakan.

8. PERMAINAN8.1 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang semasa bermain tanpa kebenaran pengadil.8.2 Pemain hanya dibenarkan time out sekali sahaja dalam 1 game sepanjang 5 set pertandingan.8.3 Masa kecederaan hanya 1 minit (sekali sahaja).8.4 Guru pengiring/jurulatih tidak dibenarkan memberi arahan atau isyarat kepada pemain sepanjang pentandingan.8.5 Semasa permainan, minuman hanya boleh diminum oleh pemain dengan mendapat kebenaran daripada pengadil.

9. BANTAHAN9.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada urusetia dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 selewat-lewatnya 30 minit selepas tamat perlawanan. Wang tersebut tidak akan dikembalikan.

10. JURI RAYUAN10.1 Keputusan Jawatankuasa Juri Rayuan adalah muktamad.

11. PENGADIL11.1 Setiap sekolah wajib menghantar paling kurang seorang pengadil. Pengadil yang dihantar akan diberi kursus untuk sehari samaada lelaki atau perempuan. Sekolah yang tidak menghantar pengadil, penyertaan sekolah tersebut akan dibatalkan.

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANBagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, pihak Jawatankuasa berhak membuat sebarang pindaan dan keputusan adalah muktamad.

Lampiran E Tarikh Mesyuarat Pengurus Pasukan Tarikh: 21 Januari 2014 (Rabu)Masa : 2.30 petangTarikh Tutup Penyertaan Tarikh: 28 Januari 2014 (Rabu)Masa: 2.30 petang

Kejohanan Ping Pong Sekolah-Sekolah WP Putrajaya 2014

PENGURUS PASUKAN MESTI MELAPORKAN KEHADIRAN PESERTA SETIAP HARI KEJOHANAN IAITU 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA

Acara : Perseorangan & Beregu Sekolah RendahTarikh: 4 Februari 2015 Masa : 2.00 pagi 5.00 petang

Acara : Perseorangan & Beregu Sekolah MenengahTarikh: 5 Februari 2015 Masa : 2.00 petang 5.00 petang

Acara : Semua Acara Sambungan Untuk Setiap Kategori & BerpasukanTarikh: 7 Februari 2015 Masa : 8.30 Pagi - Tamat