PERATURANDANPANDUAN MAJLISKONVOKESYENKE-12KPBKL - … · LAMPIRAND...

14
PERATURAN DAN PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-12 KPBKL 1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN 1.1 Majlis Konvokesyen ke-12 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) akan diadakan pada 24 November 2018 (Sabtu) di Dewan Wawasan Convention & Exhibition, Tingkat 4 Menara PGRM. 1.2 Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut: 1.2.1. Graduan yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan graduan program Homegrown, program Usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), program Profesional London Chamber of Commerce and Industry International Qualification (LCCIIQ) dan program Profesional Certified Accounting Technician (CAT-ACCA). 2. BAYARAN 2.1 Bayaran Konvokesyen bagi graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen adalah sebanyak RM 300.00 2.2 Tarikh mula bayaran 1 November - 14 November 2018. 2.3 Pembayaran yuran kehadiran boleh dibuat secara JomPAY melalui mana-mana perbankan internet (online banking) anda. ATAU, Pembayaran secara TUNAI di Jabatan Kewangan KPBKL pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 4.30 petang) 2.4 Langkah-langkah membuat pembayaran menggunakan JomPAY: Langkah 1 : Klik pada akaun dan perbankan Click on Account and Banking Langkah 2 : Klik pada bayaran bill Click on Bill Payment Langkah 3 : Klik pada menu JomPAY dan masukkan kod pengebil: 91561 Click on JomPAY logo, then key in Biller Code: 91561

Transcript of PERATURANDANPANDUAN MAJLISKONVOKESYENKE-12KPBKL - … · LAMPIRAND...

PERATURAN DAN PANDUANMAJLIS KONVOKESYEN KE-12 KPBKL

1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN

1.1 Majlis Konvokesyen ke-12 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)akan diadakan pada 24 November 2018 (Sabtu) di Dewan WawasanConvention & Exhibition, Tingkat 4 Menara PGRM.

1.2 Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut:

1.2.1. Graduan yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan graduan

program Homegrown, program Usahasama Universiti

Teknologi Mara (UiTM), program Profesional London Chamber

of Commerce and Industry International Qualification (LCCIIQ)

dan program Profesional Certified Accounting Technician

(CAT-ACCA).

2. BAYARAN

2.1 Bayaran Konvokesyen bagi graduan yang akan menghadiri majliskonvokesyen adalah sebanyak RM 300.00

2.2 Tarikh mula bayaran 1 November - 14 November 2018.

2.3 Pembayaran yuran kehadiran boleh dibuat secara JomPAY melaluimana-mana perbankan internet (online banking) anda.

ATAU,

Pembayaran secara TUNAI di Jabatan Kewangan KPBKL pada waktu pejabat(Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 4.30 petang)

2.4 Langkah-langkah membuat pembayaran menggunakan JomPAY:

Langkah 1 : Klik pada akaun dan perbankanClick on Account and Banking

Langkah 2 : Klik pada bayaran billClick on Bill Payment

Langkah 3 : Klik pada menu JomPAY dan masukkan kod pengebil: 91561Click on JomPAY logo, then key in Biller Code: 91561

Langkah 4 : Masukkan - Rujukan 1 : No. Matrik Pelajar IPBRujukan 2 : No. Telifon (Pelajar)

Key in - Reference 1 : student matrik numberKey in - Reference 2 : handphone number (student)

Langkah 5 : Masukkan jumlah yang perlu dibayarEnter the amount to be paid

Langkah 6 : Klik setuju kepada Terma dan Syarat dan hantarClick agree to the Terms and Conditions and click PAY

Langkah 7 : Muat turun slip pembayaranDownload payment receipt

2.5 Graduan diwajibkan untuk melampirkan slip bayaran JomPAY atau resitrasmi KPBKL dengan mengisi pengesahan bayaran melalui pautan inihttps://goo.gl/forms/cCqEghGuSocgRBJD2 - Borang pengesahan kehadiran.Ini adalah untuk mempercepatkan pengesahan awal kehadiran.

Nota: Sekiranya terdapat masalah, sila berhubung terus dengan Urusetiakonvokesyen melalui talian 03-92814054 atau emel kepada

[email protected].

2.6 Pembayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan sekiranya anda tidakhadir.

3. PENYERTAAN MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat secara dalamtalian (online) dengan mengisi borang pengesahan kehadiran sama ada hadir/ tidak hadir majlis konvokesyen selepas membuat pembayaran. RujukLampiran B.

4. RAPTAI DAN TAKLIMAT KONVOKESYEN

4.1 Jadual raptai konvokesyen sepertimana Lampiran A.

4.2 Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. (‘Jeans’,selipar dan T-Shirt tanpa kolar tidak dibenarkan semasa raptai).

5. JUBAH KONVOKESYEN

5.1 Pengambilan Jubah

5.1.1 Jadual pengambilan jubah sepertimana Lampiran A.

5.1.2 Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.

5.1.3 Jubah boleh diambil sebelum majlis raptai dengan mengemukakan SlipBayaran Asal Konvokesyen semasa pendaftaran mengambil jubah (Slipbayaran adalah bukti pembayaran dan tidak akan diambil).

5.2 Pemulangan Jubah

5.2.1 Jubah perlu dipulangkan selepas majlis konvokesyen tamat.

5.2.2 Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutandiploma.

5.2.3 Caj akan dikenakan kepada graduan bagi kos kehilangan/kerosakanpada jubah dan Diploma tidak akan dikeluarkan kepada graduan sehinggabayaran tersebut dijelaskan.

6. IBU BAPA / TETAMU

6.1 Setiap graduan hanya dibenarkan membawa DUA (2) orang(ibu/bapa/penjaga/tetamu) memasuki dewan ketika majlis konvokesyenberlangsung. Pas Masuk akan diagihkan pada hari Raptai Konvokesyen (23November 2018 - Jumaat)

6.2 Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN berada didalam dewan konvokesyen.

6.3 Ibu/bapa/tetamu yang tidak memasuki dewan, disediakan tempat khas untukmengikuti upacara majlis konvokesyen melalui siaran terus.

6.4 Ibu/bapa/tetamu TIDAK DIBENARKAN meninggalkan tempat duduk bagimengambil gambar graduan ketika majlis berlangsung.

6.5 Ibu/bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak keluar dari dewanatau membuat bising di dalam dewan.

6.6 Pakaian ibu/bapa/tetamu hendaklah pakaian rasmi/ kebangsaan/ batik yangbersesuai bagi majlis rasmi.

6.7 Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu/bapa/tetamu.

7. ETIKA PAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN

7.1 Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Lelaki

7.1.1 Berpakaian kemas, Sut lengkap (Kemeja Lengan Panjang tanpa corak,Seluar Panjang warna hitam dan Tali leher).

7.1.2 Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap,bersongkok hitam dan bersampin.

7.1.3 Kasut kulit berwarna hitam dan stokin.

7.1.4 Graduan lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas serta tidakmencecah kolar baju. Graduan berambut panjang DILARANG menyertaiMajlis Konvokesyen.

7.2 Larangan Jenis Pemakaian dan Rupa Diri Graduan Lelaki

7.2.1 Memakai tali leher Bow (Bow tie)

7.2.2 Kasut bukan jenis kasut pejabat selain hitam, safety boot, kasut sukan,kasut jenis plastik atau kain dan tidak memakai stoking.

7.2.3 Baju kemeja lengan pendek, kemeja Tshirt, tidak memakai tali leher,memakai seluar jeans, khakis atau jenis seluar bukan formal.

7.2.4 Memakai subang telinga, rantai leher atau bangle.

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN LELAKI(warna dan corak hendaklah sesuai dengan majlis rasmi)

Nota : Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitanseperti ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

7.3 Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Perempuan

7.3.1 Baju kurung/kebaya longgar dan labuh (berpakaian sopan, kemas danbertudung dengan kemas dan menutup aurat).

7.3.2 Warna dan corak pakaian hendaklah sesuai dengan majlis rasmi.

7.3.3 Kasut bertutup.

7.3.4 Sarung kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi dan bolehmemakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

7.4 Larangan Jenis Pemakaian dan Rupa Diri Graduan Perempuan

7.4.1 Memakai seluar slack jeans, jeans, legging dan pakaian tidak formal

7.4.2 Pakaian berwarna tidak digalakkan seperti Biru diraja, Kuning diraja

7.4.3 Memakai niqab atau purdah menutupi sebahagian besar muka.

7.4.4 Kasut jenis tumit tinggi, sandal, kasut sukan dan yang tidak sesuaidengan majlis rasmi.

7.4.5 Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.

7.4.6 Pakaian gaun, blouse, dan seluar TIDAK DIBENARKAN

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN PEREMPUAN(warna dan corak hendaklah sesuai dengan majlis rasmi)

Nota : Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitanseperti ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

8. MAJLIS KONVOKESYEN

8.1 Jadual majlis konvokesyen sepertimana Lampiran A

8.2 Semua graduan hendaklah mendaftarkan diri di tempat yang ditetapkansemasa raptai.

8.3 Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan,tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

8.4 Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris mengikut susunan sepertiyang telah dimaklumkan semasa raptai.

8.5 Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlisdengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.

9. PENGAMBILAN DIPLOMA

9.1 Graduan yang HADIR majlis konvokesyen boleh mengambil diploma selepaspenghantaran jubah.

9.2 Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen boleh menuntut diplomamereka di Unit Pengurusan Akademik selepas daripada tarikh rasmi majliskonvokesyen berlangsung.

9.3 Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh Unit Pengurusan Akademik.

9.4 Pengambilan diploma melalui wakil hendaklah disertai surat rasmi yangmencatatkan nama graduan berserta no. kad pengenalan mewakilkan kepadanama wakil serta no. kad pengenalan wakil untuk mengambil diplomaberkenaan.

10.PERINGATAN TAMBAHAN

10.1 Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan KPBKL ataubelum memulangkan buku perpustakaan atau denda, diingatkan supayamenyelesaikan urusan dengan pihak yang berkenaan dengan kadar segera.

10.2 Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda ditahan daripadamenyertai majlis konvokesyen dan diploma serta transkrip juga akanDITAHAN.

LAMPIRAN A

ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE-12 KPBKLHARI RAPTAI

TARIKH: 23 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)TEMPAT : DEWAN WAWASAN CONVENTION & EXHIBITION

(TINGKAT 4, MENARA PGRM)

GRADUAN MASA ATURCARA

SEMUA GRADUAN

2.30 ptg - 3.30 ptgTaklimat Konvokesyen

danUpacara Raptai Penyampaian Diploma

3.30 ptg – 6.00 ptgPengambilan Jubah

danPas Masuk ibu/bapa/penjaga/tetamu

LAMPIRAN A

ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE-12 KPBKL

TARIKH: 24 NOVEMBER 2018 (SABTU)TEMPAT : DEWAN WAWASAN CONVENTION & EXHIBITION

(TINGKAT 4, MENARA PGRM)

MASA ATURCARA

7.00 pagi - Pendaftaran Para Graduan

7.45 pagi - Taklimat Graduan

- Ibubapa mengambil tempat duduk di dalam dewan

8.00 pagi - Ketibaan Tetamu Khas/Ahli Lembaga /Pengarah/Pengerusi KPBKL

8.30 pagi - Perarakan Graduan masuk ke Dewan.

9.00 pagi - Perarakan Akademik masuk ke Dewan

- Perarakan Utama masuk ke Dewan

- Lagu Negaraku

- Lagu KPBKL

- Bacaan Doa

- Perisytiharan Pembukaan Majlis Konvokesyen

- Upacara Penganugerahan

- Perisytiharan Keahlian Alumni Kpb

- Perisytiharan Penutup Majlis Konvokesyen

- Perarakan Keluar Dewan

- Majlis Bersurai

LAMPIRAN B

CARTA ALIR BORANG GOOGLE PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

Seksyen 1:

-Nama

-No.Matrik

-Program Pengajian

-Pengesahan Hadir

Seksyen 2:

-Saiz Jubah

-Bilangan Pengiring

-Status Bayaran

Seksyen 4:

-Sebab Tidak Hadir

Seskyen 3:

-Muat naik bukti bayaran

Hantar Borang

LAMPIRAN C

GARIS PANDUAN BAGI GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJPROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR KALI KE-12

Sekiranya nama pelajar tiadadalam senarai, sila hubungi urussetia Majlis Konvokesyen di talian

03-92814054

Sekiranya anda tidak menerimae-mel jemputan, sila hubungi urussetia Majlis Konvokesyen di talian

03-92814054

Pembayaran menggunakanJomPAY. Sila rujuk Peraturan dan

Panduan bagi pembayaranmenggunakan JomPAY.

Pautan:https://goo.gl/forms/KYCkXLNJ2tjI

m6rs1

Tarikh: 23 November 2018

Semua graduan diminta hadirpada jam 7.00 pagi bersama-sama pengiring masing-masing

LAMPIRAN D

FAQ Majlis Konvokesyen KPBKL Kali Ke-12

1. Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada hari konvo, bilakah pelajar dapat

mengambil transkrip dan diploma pelajar? Ambil di unit pengurusan

akademik selepas tarikh rasmi majlis konvokesyen.

2. Bila pelajar boleh mengambil transkrip dan dimana? Bagi pelajar yang hadir,

transkrip boleh diambil bersama dengan diploma dalam 1 sampul selepas tamat

majlis konvokesyen. Bagi pelajar tidak hadir, semua dokumen ini berada di unit

pengurusan akademik.

3. Sekiranya pelajar tidak hadir konvo, adakah pelajar boleh meminta bantuan

rakan untuk mengambil diploma pada hari konvokesyen tersebut iaitu

semasa rakan yang hadir mengambil diploma beliau? Tidak dibenarkan

menghantar wakil pada hari konvokesyen.

4. Sekiranya saya tidak hadir majlis konvokesyen tapi saya buat bayaran.

Pembayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan sekiranya anda tidak

hadir.

5. Saya tidak maklum untuk hadir majlis Konvokesyen dan tidak membuat

apa-apa bayaran. Apa yang berlaku pada Diploma dan transkrip saya?Unit

pengurusan akademik akan menyimpan dokumen graduan sehingga graduan

mengambil dokumen berkenaan .

LAMPIRAN D

6. Saya memerlukan Diploma dalam Bahasa Inggeris. Apa yang patut saya

lakukan?Semua diploma akan diberi dalam 2 bentuk Bahasa iaitu Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, para graduan akan mendapat 2 Diploma

dalam 2 bahasa.

7. Apa yang perlu saya bawa semasa saya hadir sesi raptai konvokesyen?

Sila baca dengan teliti maklumat dalam PERATURAN DAN PANDUAN MAJLIS

KONVOKESYEN KPBKL .

8. Sekiranya saya tidak hadir majlis raptai, apa yang patut saya lakukan?

Bagi graduan yang tidak dapat menghadiri sesi raptai, mohon hubungi urusetia

konvokesyen di talian 03-92814054 atau emelkan kepada

[email protected] sebab tidak hadir bagi maklumat selanjutnya.