PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut...

27
PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN SEBUTHARGA NO. SEBUTHARGA: Bil. CMI / 1 / 2017 TAJUK: PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG BAGI PT 4051, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2017 (SELASA) URUSETIA: UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG PARAS 47, KOMTAR 10503 PULAU PINANG 1 HARGA DOKUMEN: PERCUMA

Transcript of PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut...

Page 1: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

PERBADANAN KETUA MENTERIPULAU PINANG

DOKUMEN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA: Bil. CMI / 1 / 2017

TAJUK:

PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANAN KETUA MENTERIPULAU PINANG BAGI PT 4051, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK

TUJUAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA

TARIKH TUTUP:

31 JANUARI 2017 (SELASA)

URUSETIA:

UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

PARAS 47, KOMTAR10503 PULAU PINANG

1

HARGA DOKUMEN: PERCUMA

Page 2: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Senarai Kandungan 2

2. Kenyataan Tawaran Sebut Harga 3 - 4

3. Senarai Semak 5

4. Arahan Kepada Penyebutharga 6 - 8

5. LAMPIRAN Q : Jadual Tawaran Sebut Harga 9 -10

6. LAMPIRAN A : Syarat-Syarat Am Sebut Harga 11-14

7. LAMPIRAN B : Syarat-Syarat Khas Sebut Harga 15 -16

8. LAMPIRAN C : Pengesahan Penyebutharga 17

9. LAMPIRAN D : Spesifikasi Perkhidmatan 18

10. LAMPIRAN E : Pelan Tapak 19

11. LAMPIRAN F : Latar Belakang Penyebutharga 20- 22

12. LAMPIRAN G : Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat 23 - 24

13. LAMPIRAN H1 : Surat Akuan Pembida 25

14. LAMPIRAN H2 : Surat Akuan Pembida Berjaya 26

15. LAMPIRAN I : Dokumen Sokongan Wajib27

2

Page 3: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG___________________________________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan sisteme-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalambidang bekalan / perkhidmatan / kerja di bawah kod bidang 221510 : Tempat LetakKereta yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai Sebut Harga berikut:

No. Sebut Harga : Bil. CMI / 1 / 2017

Tajuk Sebut Harga : Penyewaan Di Atas Tanah Hak Milik PerbadananKetua Menteri Pulau Pinang Bagi PT 4051, Mukim13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan PengurusanTempat Letak Kereta

Tarikh Dibuka : 17 Januari 2017 (Selasa)

Tarikh Tutup : 31 Januari 2017 (Selasa)

2. Syarikat yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak yang akandiadakan seperti berikut:

Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftardengan sistem e-Perolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan KementerianKewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftardengan sistem e-Perolehan boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman webe-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/ dan borang hanya bolehdi muat turun dari sistem e-Perolehan setelah menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak.

4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profil syarikat dan maklumatpengalaman serta salinan sijil Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitanhendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga

3

Page 4: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai pada atausebelum jam 12.00 tengahari pada 31 Januari 2017 (Selasa) dan dimasukkan ke dalamPeti Sebut Harga Bil. CMI / 1 / 2017 di Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang,Paras 47, KOMTAR,10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikhyang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kosberkaitan dengan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab penyebuthargaterbabit. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) tidak tertakluk menerima mana-manatawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan ataumenunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutuptawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

Timbalan Pengurus BesarPerbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)

4

Page 5: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

SENARAI SEMAK

1. LAMPIRAN Q

2. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

3. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BERSERTA MAKLUMAT KOD BIDANG BERKAITAN YANG MASIH SAH LAKU

4. RINGKASAN PROFAIL SYARIKAT

5. PENYATA BANK TERKINI (OKTOBER, NOVEMBER DAN DISEMBER 2016)

6. PENGESAHAN PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN C)

7. SPESIFIKASI PERKHIDMATAN (LAMPIRAN D)

8. LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN F)

9. SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT (LAMPIRAN G)

10. SURAT AKUAN PEMBIDA (LAMPIRAN H1)

11. SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA (LAMPIRAN H2)

12. CADANGAN KADAR CAJ / BAYARAN MELETAK KENDERAAN

TandatanganPenyebutharga : ………………………………........

Nama : ……………………......................

No. K/P : ..................................................

Tarikh : ……………………......................

Cop Syarikat :

5

Page 6: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu SebutHarga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut Harga ini untuk Penyewaan Tanah Hak Milik Perbadanan Ketua MenteriPulau Pinang Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut untuk tujuan PengurusanTempat Letak Kereta. Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahanPenyebutharga, Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas Sebut Harga.

3. DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Sebut Harga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang dimuat turun darisistem e-Perolehan dan selepas ini dipanggil dokumen Sebut Harga.Dokumen Sebut Harga yang lengkap adalah mengandungi perkara-perkaraberikut:

i. Kenyataan Tawaranii. Arahan Kepada Penyebuthargaiii. Jadual Harga (Lampiran Q)iv. Syarat-syarat Am Sebut Harga (Lampiran A)v. Syarat-syarat Khas Sebut Harga ( Lampiran B)vi. Pengesahan Penyebutharga (Lampiran C)vii. Spesifikasi Perkhidmatan (Lampiran D)viii. Pelan Tapak (Lampiran E)ix. Latarbelakang Penyebutharga (Lampiran F)x. Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat ( Lampiran G)xi. Surat Akuan Pembida (Lampiran H1)xii. Surat Akuan Pembida Berjaya (Lampiran H2)xiii. Dokumen Sokongan Wajib (Lampiran I)

3.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

i. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklahdimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan denganbilangan Sebut Harga Bil. CMI / 1 / 2017 serta tajuk Sebut Harga danhendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga pada masa dantempat yang ditetapkan dalam tawaran Sebut Harga.

ii. Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat turun secara percuma.

6

Page 7: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut Harga ini hendaklah ditanggung olehpenyebutharga sendiri.

6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebut Harga.Penyebutharga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sahSebut Harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balikSebut Harganya sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.

7. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah,berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripadamana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayahdi bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapankepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar ataudiberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat BadanPencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuatdemikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadapanggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekalboleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawahAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitanperolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikutspesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-manaanggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalahmelakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009(Akta 694).

8. PELAKSANAAN ''INTEGRITY PACT''

8.1 Kesemua penyebutharga yang menghantar dokumen Sebut Harga hendaklahmenandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar ataumemberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Penyebuthargahendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumenwajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga adalahseperti di Lampiran H1.

8.2 Penyebutharga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjayabahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkankontrak. Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib

7

Page 8: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga adalah sepertidi Lampiran H2.

9. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA

9.1 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalamdokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Hargadengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga. Setiap syarikat yangmenyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen Sebut Harga sahaja.

9.2 Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikutruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklahseboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan bolehdibaca.

9.3 Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatanganiringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat setentang dengan pembetulan ataupindaan tersebut.

9.4 Kerajaan berhak menolak mana-mana Sebut Harga yang tidak mengemukakanmaklumat lengkap, dokumen serta borang yang diperlukan.

10. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

10.1 Semua pembetulan / pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuathendaklah ditandatangani ringkas oleh pemilik syarikat yang diberi kuasa yangmenandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop syarikat.Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yangdibetulkan / dipinda. Pembetulan / pindaan hendaklah dibuat dengan jelassupaya mudah dibaca.

10.2 Semua pindaan ke atas dokumen Sebut Harga selepas tarikh Sebut Hargaditutup tidak akan dilayan.

8

Page 9: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN Q(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI PULAU PINANG

Bila menjawab, sila nyatakan nombor iniBEKALAN BARANG-BARANG / PERKHIDMATAN

No. Sebutharga Tender

Bil. CMI / 1 / 2017

1. Sila beri Sebut Harga untuk bekalan barang-barang / perkhidmatan / kerja yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan :

1.1 Syarat-syarat serahan / penyempurnaan :

i. Tawaran adalah dibuka kepada Syarikat / Kontraktor yang berdaftar denganKementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221510: Tempat LetakKereta.

ii. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi daripada sistem e-Perolehan KerajaanNegeri Pulau Pinang di portal http://ep.penang.gov.my dengan mengklik butang‘BELI’ di portal tersebut dengan PERCUMA. Dokumen Sebut Harga hanya bolehdimuat turun oleh syarikat / kontraktor yang telah berdaftar dengan sisteme-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja dan hanya boleh di muat turundari sistem e-Perolehan setelah menghadiri lawatan tapak.

iii. Dokumen Sebut Harga yang lengkap dan dokumen sokongan wajib hendaklahdikemukakan dalam permohonan dan merupakan syarat wajib penyertaan.

1.2 Tarikh akhir serahan / disempurnakan: 31 Januari 2017 (Selasa) sebelum jam12.00 tengahari.

1.3 Arahan Pengiriman :

Dokumen Sebut Harga yang lengkap dengan senarai semak dan dokumen sokonganwajib hendaklah dilakri dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditulis dibahagian atas kirinya dengan no. Sebut Harga dan tarikh serahan. Sampul suratmengandungi dokumen Sebut Harga hendaklah dihantar dengan tangan dandimasukkan ke dalam peti tawaran Bil. CMI / 1 / 2017 yang terdapat di UnitPerbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Paras 47, KOMTAR,10503 Pulau Pinang. Penghantaran melalui pos tidak dibenarkan sama sekali.

1.4 Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di

9

TAJUK:

PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANANKETUA MENTERI PULAU PINANG BAGI PT 4051,MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUANPENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA

Nama Syarikat ……………........................ Alamat Syarikat ........................................ ….....................................

No. Telefon: ………………………………..

No. Pendaftaran Kementerian Kewangan:…………………….................................... Kod Bidang Pendaftaran bekalan / perkhidmatan ini : 221510

Pelawaan sebutharga dikeluarkan oleh :

UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANGTINGKAT 47, KOMTAR10503 PULAU PINANG

No. Telefon : 04-6505710 / 04-6505680

Tarikh : 12 JANUARI 2017

Page 10: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

alamat di atas tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh akhir serahanyang dinyatakan di atas.

1.5 Tempoh sah laku sebutharga ialah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 12 Januari 2017 Tandatangan : t.t Nama & Jawatan : YUWENESWARAN A/L SUPPIAH

Penolong Pengurus CMI

Bil. Perkara KadarSebulan

(RM)

Jangka Masa JumlahKeseluruhan

24 Bulan(RM)

1. PENYEWAAN TANAH HAK MILIKPERBADANAN KETUA MENTERIPULAU PINANG BAGI PT 4051, MUKIM 13,DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUANPENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA

24 Bulan

JUMLAH KESELURUHAN

Mustahak :

i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih;

ii) Sila rujuk Syarat-Syarat Am Sebut Harga (LAMPIRAN A), Syarat-Syarat Khas SebutHarga (LAMPIRAN B) Pengesahan Penyebutharga (LAMPIRAN C), SpesifikasiPerkhidmatan (LAMPIRAN D), Latar Belakang Penyebutharga (LAMPIRAN F),Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat (LAMPIRAN G), Surat Akuan Pembida(LAMPIRAN H1) dan Surat Akuan Pembida Berjaya (LAMPIRAN H2); dan

iii) Dokumen Sokongan Wajib – Rujuk (LAMPIRAN I)

Saya / Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan barang-barang / perkhidmatan / kerjadi atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepadasyarat-syarat di atas, Syarat-Syarat Am Sebut Harga dan Syarat-Syarat Khas Sebut Harga sertaSkop Perolehan Perkhidmatan yang dilampirkan.

TandatanganPenyebutharga : ...…………………………............

Nama : …...………………........................

No. K/P : ....................................................

Alamat Syarikat : …………………….......................

……………………….................... ………………………....................

Tarikh :…………………… Cop Syarikat :

10

Page 11: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN A

SYARAT - SYARAT AM SEBUTHARGA

Penyebutharga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Hargaapabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah inimembolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh penyebutharga ditolak.

1. KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA

i. Tawaran hanya dibuka kepada syarikat yang berdaftar dengan KementerianKewangan Malaysia di bawah kod bidang 221510: Tempat Letak Kereta.

ii. Syarikat-syarikat yang hendak memasuki tawaran Sebut Harga ini hendaklah terlebihdahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sisteme-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (http://ep.penang.gov.my) di bawahkod bidang yang berkaitan seperti mana yang diiklankan. Salinan Sijil PendaftaranSyarikat, Maklumat Perniagaan, dan Maklumat Pemilik Terkini atau Senarai AhliLembaga Pengarah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) danjuga Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh lakunyahendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran Sebut Harga.

iii. Pelawaan ini adalah terikat kepada syarat-syarat Sebut Harga yang disertakanbersama-sama dalam dokumen Sebut Harga.

iv. Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabilamenyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akanmenyebabkan Sebut Harga tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

v. Sebut Harga hendaklah dibuat di atas borang-borang asal Sebut Harga dan tidakboleh dibuat di atas borang-borang salinan. Semua borang-borang berhubungdengan Sebut Harga hendaklah ditandatangani oleh wakil syarikat yang diberi kuasaoleh syarikat. Mana-mana borang yang tidak bertandatangan dan tiada cop rasmipenyebutharga akan ditolak daripada pertimbangan.

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

i. Hanya dokumen Sebut Harga yang diperolehi menerusi Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja yang akan diterima. Borang-borang laintidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang yang asal.

ii. Tiap-tiap helaian borang Sebut Harga yang digunakan hendaklah (termasuktambahan) mestilah ditandatangani di bawah dan setiap borang mestilah diberinombor muka surat yang bersiri mengikut susunannya.

iii. Dokumen Sebut Harga hendaklah diisi dan dilengkapkan dengan kemas.

iv. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotongdan ditandatangani ringkas selari dengan apa-apa perubahan yang dibuat.

11

Page 12: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

3. HARGA TAWARAN

i. Harga tawaran adalah termasuk semua kos seperti kos tenaga kerja dan lain-lainyang bersangkutan dengan perkhidmatan penyewaan tanah untuk pengurusantempat letak kereta.

ii. Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidakboleh dipinda selepas Sebut Harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selamadalam tempoh sah laku Sebut Harga. Penyebutharga yang berjaya ditawarkanSebut Harga ini dikehendaki mematuhi syarat yang ditetapkan sepanjang masakontrak ini berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga.

iii. Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran Sebut Hargasahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

iv. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) berhak menyemak semula jumlahharga tawaran berdasarkan kadar harga yang ditawarkan oleh Penyebutharga.Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan kepada jumlah harga yang ditawarkandengan maklumat semakan semula oleh CMI, jumlah harga tawaran yangdisemak semula oleh CMI akan digunapakai untuk tujuan Sebut Harga.

4. SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

i. Kehadiran untuk taklimat adalah DIWAJIBKAN bagi semua penyebutharga yangmemasuki Sebut Harga ini. Kehadiran penyebutharga atau wakil akandirekodkan. Kegagalan menghadiri taklimat akan mengakibatkan penyertaanpenyebutharga berkenaan ditolak. Tujuan diadakan taklimat adalah bagimembantu penyebutharga mendapat gambaran sebenar keluasan / kedudukantapak yang ditawarkan. Ini akan membantu penyebutharga dalam menentukankadar harga tawaran yang sepatutnya.

ii. Tarikh sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

5. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN PENYERAHAN SEBUT HARGA

i. Tarikh tutup Sebut Harga adalah pada 31 Januari 2017 (Selasa). Tawaranyang lewat tidak akan diterima.

ii. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap berserta dokumen sokongan wajibhendaklah dihantar dengan tangan dan dimasukkan ke dalam peti sebuthargaBil. CMI / 1 / 2017 di Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Paras 47,KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada atau sebelum jam 12.00 tengahari.Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Penyerahan dokumensebutharga secara kiriman pos tidak akan diterima.

12

Page 13: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

6. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

i. CMI tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang tertinggi atau mana-manaSebut Harga. Keputusan adalah muktamad dan CMI tidak akan melayansebarang surat-menyurat yang berupa rayuan daripada penyebuthargaberhubung sebab-sebab Sebut Harga mereka tidak berjaya.

7. KONTRAK

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki :

a. Tidak boleh menolak tawaran. Jika menolak, maka nama penyebuthargaakan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuktindakan menggantung pendaftaran.

b. Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat satu perjanjianbertulis dengan CMI.

c. Semua kos pembayaran bagi penyediaan kontrak termasuk kos dutisetem adalah ditanggung oleh penyebutharga yang berjaya.

d. Syarat-syarat dalam Sebut Harga dan syarat-syarat dalam surat tawaranadalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

e. Surat Setuju Terima hendaklah disertakan sebagai pengesahanpenerimaan tawaran penyewaan tanah / tapak letak kereta tersebut.

f. Deposit cagaran bersamaan tiga (3) bulan harga sewaan bulananhendaklah dibayar sebelum memulakan operasi di tanah / tapakberkenaan dan akan dikembalikan kepada penyebuthargaselewat-lewatnya enam (6) bulan dari tarikh kontrak tamat dengan CMI.

g. Deposit cagaran akan dilucutkan hak sekiranya penyebutharga didapatigagal membayar sewa dalam tempoh masa yang ditetapkan serta tidakmematuhi mana-mana syarat dalam Surat Tawaran yang bolehmengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri.

8. KESALAHAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Sekiranya mana-mana syarikat bersabit dengan kesalahan-kesalahan berikut, maka CMIberhak untuk mengambil tindakan mengikut syarat-syarat tawaran dan tatatertib:

a. Gagal mematuhi obligasi kontrak;

b. Pemalsuan maklumat / dokumen;

c. Lewat menjelaskan bayaran sewa bulanan;

d. Mempunyai tunggakan bayaran sewa setiap bulan;

e. Menyewa kecilkan kawasan kepada orang lain;

f. Gagal mematuhi etika integriti;

13

Page 14: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

g. Kesalahan jenayah; dan

h. Tanggungan sivil seperti penghutang penghakiman, bankrap dan receivership / liquidator.

9. T E M P O H P E N Y E W A A N

Penyewaan diberikan berdasarkan tahun ke tahun (maksimum 2 tahun) iaitu bermula daritarikh yang dinyatakan dalam surat setuju terima. Walau bagaimanapun, CMI adalahberhak menentukan tempoh yang sebenarnya.

10. PENAMATAN PERSETUJUAN

i. Jika penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yangterdapat dalam persetujuan ini;

ii. Jika penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau apabilapenyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintahpentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atauperkiraan dengan / atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika penyebuthargaitu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itudigantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan ataupenyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jikatimbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuatsesuatu perintah penggulungan; dan

iii. Jika CMI mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa penyebutharga atausesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama adadengan atau di luar pengetahuan penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah.Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan persetujuan ini tidak menyentuhhak-hak untuk mendapatkan balik gantirosak.

11. IKLAN

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar,majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telahdiluluskan oleh CMI terlebih dahulu.

14

Page 15: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN B

SYARAT - SYARAT KHAS SEBUT HARGA

i. Tawaran Sebut Harga ini adalah untuk penyewaan tanah bagi tujuan pengurusan tempatletak kereta SAHAJA. Sebarang aktiviti lain adalah dilarang sama sekali.

ii. Keluasan tapak yang dibenarkan untuk PT 4051 ialah 1722 meter persegi. Kawasanyang terlibat seperti di dalam pelan tapak (Lampiran E).

iii. Penyebutharga perlu mengemukakan kepada CMI cadangan terperinci bagi kadar caj /bayaran meletak kenderaan yang akan dikenakan kelak.

iv. Penyebutharga yang berjaya juga dikehendaki untuk memastikan kawasan tersebutberada dalam keadaan bersih sepanjang masa dan menyelenggara pengindahankawasan tanah berkenaan untuk memastikan landskap di kawasan tersebut sentiasakemas, bersih dan teratur.

v. Deposit cagaran bersamaan tiga (3) bulan harga sewaan bulanan perlu dijelaskansebelum memulakan operasi di tanah / tapak berkenaan dan akan dikembalikan kepadapenyebutharga selewat-lewatnya enam (6) bulan dari tarikh kontrak tamat dengan CMI.

vi. Bayaran sewaan bulanan hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada 7 haribulan setiapbulan.

vii. Bayaran deposit cagaran dan sewaan bulanan hendaklah dibuat melalui bank draf /kiriman wang atas nama Bendahari Negeri Pulau Pinang. Cek persendirian dan ceksyarikat tidak diterima.

viii. Bayaran deposit tersebut boleh dituntut semula oleh Syarikat dengan mengemukakanresit asal kepada CMI selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat kontrak denganCMI. Sila ambil maklum bahawa Bayaran Deposit tidak boleh digunakan untukmembayar mana-mana sewa yang tertunggak yang perlu dibayar oleh Syarikat kepadaCMI dan akan dipulangkan selepas resit asal dikemukakan kepada CMI tanpa apa-apatuntutan faedah dan seumpamanya oleh syarikat.

ix. Penyebutharga yang berjaya tidak boleh menyewakan tanah / tapak kepada orang /syarikat lain. Penyebutharga dikehendaki mematuhi apa-apa syarat tambahan yang akandikenakan dari semasa ke semasa.

x. Tidak dibenar mendirikan atau membina sebarang struktur di atas tanah / tapakberkenaan tanpa kebenaran CMI.

xi. CMI adalah bebas daripada apa-apa dakwaan ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana kereta / kenderaan yang diletak di atas tanah / tapak tersebut. Semua urusankeselamatan di atas penggunaan tanah / tapak tersebut adalah menjadi tanggungjawabpenyebutharga.

xii. Kerja-kerja penyelenggaraan (yang munasabah dan dipersetujui oleh kedua-dua belahpihak) boleh ditambah dari semasa ke semasa. CMI tidak terikat untuk membayarsetiap kos kerja tambahan yang dilaksanakan.

xiii. Penyebutharga, semasa menjalankan operasi tempat meletak kereta,

15

Page 16: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

hendaklah sentiasa mematuhi semua kehendak undang-undang yang sedangberkuatkuasa dan diterima pakai oleh semua agensi Kerajaan yang berkaitan denganoperasi tempat meletak kereta itu.

xiv. Kelulusan ini diberikan atas dasar tahun ke tahun. Sekiranya terdapat sebarang projekpembangunan Kerajaan atau sebagainya yang melibatkan tapak tersebut makapentadbiran ini pada bila-bila masa berhak menarik balik kebenaran ini.

xv. Sekiranya penyebutharga didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syaratyang telah ditetapkan, maka pentadbiran ini berhak menarik balik kelulusan ini tanpasebarang syarat.

16

Page 17: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN C

PENGESAHAN PENYEBUTHARGA

Syarat-syarat Sebut Harga seperti di LAMPIRAN A dan B telah dibaca dan saya / syarikat inibersetuju dengan syarat-syarat tersebut.

Setuju Tidak Setuju

i) LAMPIRAN A : SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

ii) LAMPIRAN B : SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA

Nota: Sila tandakan ( √ ) di ruangan berkaitan

…..…….…………………………………………..Tandatangan & Cop Syarikat

Nama Penuh : ……………………………………………………….

No. K/P : ……………………………………………………….

Alamat : ……………………………………………………….

17

Page 18: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN D

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANAN KETUA MENTERIPULAU PINANG BAGI PT 4051, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUAN

PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA

Bil. Perkara KadarSebulan

(RM)

JangkaMasa

JumlahKeseluruhan

24 Bulan(RM)

1. LOKASI DAN KELUASAN :

PT 4051 , Mukim 13, DaerahTimur Laut

Tanah seluas 1,722 meterpersegi

24 Bulan

JUMLAH KESELURUHAN DI BAWA KE LAMPIRAN Q

** Nota Penting :

1. Penyebutharga perlu mengemukakan kepada CMI cadangan terperinci bagikadar caj / bayaran meletak kenderaan yang akan dikenakan kelak.

2. Penyebutharga perlu menyatakan tawaran harga dengan mengambil kirakeseluruhan kos kerana Jawatankuasa Penganjur berhak mengurang ataumenambah kuantiti yang diperlukan seperti di atas bergantung kepadakeperluan semasa.

18

Page 19: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN E

PELAN TAPAK

19

PT 4051

Page 20: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN F

LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA

1. Nama Syarikat :__________________________________

2. Alamat Pejabat :__________________________________

3. No. Telefon (Pejabat) :__________________________________

(Bimbit) :__________________________________

4. No. Faks :__________________________________

5. No. Pendaftaran :__________________________________

5.1 No. Pendaftaran :__________________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

5.2 Status Bumiputera / :__________________________________Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

6. Profil Syarikat( Sila sertakan Profil Syarikat – Jika Ada)

a) Syarikat saya/kami adalah syarikat kepunyaan tunggal / syarikat perkongsian ( )

b) Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad ( )

( *sila tanda yang berkenaan)

7. Kedudukan Kewangan : Maklumat kewangan syarikat saya / kami adalah seperti berikut:

a) Penyata Bank ( )

b) Pemberian Overdraf ( )

c) Pemberian Pinjaman Modal (jika ada) ( )

d) Lain-lain (sila nyatakan jika ada) ............................................................

Syarikat yang tidak menyertakan sebarang dokumen untuk membuktikan kedudukankewangan syarikat tidak akan dipertimbangkan.

8. Modal Syarikat : (isi mana yang berkenaan sahaja)

8.1 Perseorangan / Perkongsian : RM______________

8.2 Sendirian Berhad (Sdn Bhd) / Berhad (Bhd) :

20

Page 21: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

Modal Dibenar : RM_________________________

Modal Dibayar : RM__________________________

9. Butir-Butir Pemilikan (Ownership)

9.1 Perseorangan :

Nama Pemilik : ______________________________

No.K/P : ______________________________

9.2 Perkongsian:

Nama PekongsiNo. Kad

PengenalanAlamat Syarikat % Kongsian

(sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

9.3 Sendirian Berhad / Berhad

9.3.1 Pemegang Saham

Nama PekongsiNo. Kad

PengenalanAlamat Syarikat % Bahagian

(sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

9.3.2 Ahli Lembaga Pengarah

Nama PekongsiNo. Kad

PengenalanAlamat Syarikat % Bahagian

(sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

21

Page 22: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

10. Pengalaman Syarikat dalam sebutharga perkhidmatan penyewaan tempat letak keretasahaja (sila kemukakan Surat Tawaran yang berkaitan sebagai pengalaman kerja /perkhidmatan) :

10.1 Kerajaan :

Nama Projek Jabatan / Syarikat Nilai (RM) Tarikh / Tempoh /Tahun Kontrak

Nama & No. TelefonPegawai / Agensi

untuk dirujuk

(sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

10.2 Swasta :

Nama Projek Jabatan / Syarikat Nilai (RM) Tarikh / Tempoh /Tahun Kontrak

Nama & No. TelefonPegawai / Agensi

untuk dirujuk

(sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

PERAKUAN

Saya / Kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya /Kami juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsuatau tidak benar, maka Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang boleh mengambil apa-apatindakan terhadap saya / kami dan syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undangyang sedang berkuatkuasa.

Tandatangan : ...........................................................

Nama Penyebutharga : ............................................................

Nombor Kad Pengenalan : .............................................................

Tarikh : .............................................................

Cop Syarikat :

22

Page 23: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN G

SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KESAHIHANDOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUTHARGA

Nama Syarikat : ........................................................................................

Alamat Syarikat : ........................................................................................

.........................................................................................

.........................................................................................

Kepada : Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)Tingkat 47, KOMTAR10503 Pulau Pinang

Tuan,

1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung dalan ArahanKepada Penyebutharga termasuk arahan yang mengkehendaki kami mengemukakanmaklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-samadokumen Sebut Harga Penyewaan Tanah Hak Milik Perbadanan Ketua MenteriPulau Pinang Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan PengurusanTempat Letak Kereta.

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian ini akan mengambil kira danmementingkan keupayaan kami melaksanakan perkhidmatan yang dipelawa. Justeru itu,Sebut Harga kami akan hanya dipertimbangkan untuk diperakukan kepadaJawatankuasa Sebut Harga untuk dipersetujui sekiranya kami didapati layak untukmengambil bahagian dalam Sebut Harga ini mengikut penilaian tuan berasaskanmaklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semuamaklumat dan dokumen-dokumen untuk melengkapkan dokumen Sebut Harga sebelumSebut Harga ditutup. Maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakankemudian daripada itu tidak akan diterima untuk melayakkan kami memasuki SebutHarga ini.

4. Kami mengaku bahawa semua maklumat dan data yang kami sertakan bersama-samadengan borang Sebut Harga adalah semuanya BENAR dan SAH pada semua segi. Kamitelah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh pihak tuanterhadap kami, sekiranya mana-mana maklumat, data-data atau dokumen yang kamiberikan adalah didapati tidak benar atau palsu.

5. Kami mengambil maklum dan sedar bahawa Sebut Harga kami akan ditolak(disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kamiberikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan mana-manadokumen yang diperlukan untuk melayakkan kami memasuki Sebut Harga ini.

23

Page 24: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Kerajaan, JabatanKerajaan, Bank dan Institusi Kewangan lain, dan lain-lain atau mana-mana firma atauindividu yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perludan diminta oleh pihak tuan untuk menyemak maklumat yang kami berikan atau untukmendapatkan maklumat tambahan. Walau bagaimanapun, kami tetap bertanggungjawabdi atas semua maklumat dan dokumen yang kami berikan bersama-sama ini.

Yang benar,

...............................................................(Tandatangan Penyebutharga)

Tarikh : .................................................

Nama Penuh : .................................................

No.Kad Pengenalan : ...................................................

Jawatan : ...................................................

24

Page 25: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN H1SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANGBAGI PT 4051, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUAN PENGURUSAN

TEMPAT LETAK KERETA

Saya,……………………………….....................nombor K.P……………..…………............. yang

mewakili………………………………………………………………....................nombor Pendaftaran

………………………………………………......... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau

mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah

kepada mana-mana individu dalam Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau mana-

mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / Sebut Harga* seperti di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Perbadanan Ketua Menteri

Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / Sebut

Harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut

diambil :

i) penarikan balik tawaran kontrak bagi tender / Sebut Harga* di atas; atau

ii) penamatan kontrak bagi tender / Sebut Harga* di atas; dan

iii) lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender /

Sebut Harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan

tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis

yang berhampiran.

Yang Benar,

………………………......................(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat:

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan

25

Page 26: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN H2SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

Bagi

PENYEWAAN TANAH HAK MILIK PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANGBAGI PT 4051, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT UNTUK TUJUAN PENGURUSAN

TEMPAT LETAK KERETA

Saya,……………………………….............................. nombor K.P...……................…....... yang

mewakili ……………………………………………………........................………………….. nombor

Pendaftaran ………………………………………………......... dengan ini mengisytiharkan bahawa

saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau

mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender / Sebut Harga* seperti di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Perbadanan Ketua Menteri

Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender / Sebut

Harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut

diambil:

i) penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/ Sebut Harga*di atas; atau

ii) penamatan kontrak bagi tender/ Sebut Harga* di atas; dan

iii) lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender / Sebut

Harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut

kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang

berhampiran.

Yang Benar,

………………………..............

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat:

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

26

Page 27: PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DOKUMEN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/16188/lainlain_Sebut Harga PT 4051, Mukim... · perbadanan ketua menteri pulau pinang dokumen sebutharga

Sebut Harga Penyewaan Tanah Bagi PT 4051, Mukim 13, Daerah Timur Laut Untuk Tujuan Tempat Letak Kereta

LAMPIRAN I

DOKUMEN SOKONGAN WAJIB

Dokumen sebutharga mestilah dilampirkan dengan dokumen dan maklumat seperti berikut :

i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

ii. Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia termasuk maklumat kod bidang yangmasih sah laku.

iii. Profail ringkas mengenai syarikat terutama pengalaman dalam bidang berkaitan.

iv. Penyata bank terkini bagi 3 bulan (Oktober, November dan Disember 2016).

v. Cadangan terperinci bagi kadar caj / bayaran meletak kenderaan yang akan dikenakan.

vi. Surat Setuju Terima / Surat Tawaran yang berkaitan sebagai dokumen sokongan bagi

pengalaman kerja.

27