PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07)...
Transcript of PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07)...
PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI
PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA TENDER
NURUL FAZREENA BINTI ZOL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : NURUL FAZREENA BINTI ZOL
Tarikh lahir : 31 JULAI 1995
Judul :
PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA
PELBAGAI PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA
TENDER
Sesi Akademik : 2017/2018
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA
(950731-13-6374) PM Sr. ABDUL WAHID KAMARULZAMAN
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
/
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya/Kami* akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada saya/kami*
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”
Tandatangan : ...............................................................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Sr. Abdul Wahid bin Kamarulzaman
Tarikh : ...............................................................................
Tandatangan : ...............................................................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Sr. Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed
Tarikh : ...............................................................................
*Potong yang tidak berkenaan
PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI
PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA TENDER
NURUL FAZREENA BINTI ZOL
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2018
ii
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Perbandingan Anggaran Awal Projek Pada Pelbagai
Peringkat Pra-kontrak Dengan Harga Tender” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ......................................................................
Nama : NURUL FAZREENA BINTI ZOL
Tarikh : MEI 2018
iii
DEDIKASI
Dedicated to;
My beloved parents and siblings;
Respected supervisor;
Norihaini Mamat;
Nuruljannah;
Nurhasyima;
Nor Idayu;
Nurin Adlina;
Friends of 4SBEC and 4SBEQ
Do what you love and don’t give up,
Mutter up your strength and give it all,
It’s in your blood.
(Z, 2018)
iv
PENGHARGAAN
Terima kasih Allah, kerana dengan izin-Nya saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan sempurna;
Terima kasih kepada Penyelia, Prof. Madya Sr. Abdul Wahid bin Kamarulzaman,
atas nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses penyiapan penulisan kajian
ini;
Terima kasih buat responden, firma-firma juruukur bahan yang sudi memberikan
kerjasama dan membantu dalam pengumpulan data bagi kajian ini;
Terima kasih buat keluarga serta rakan-rakan, dengan doa, sokongan serta dorongan
kalian saya berjaya menyiapkan kajian ini;
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak untuk segalanya.
v
ABSTRAK
Anggaran awal yang tepat penting di peringkat awal projek bagi memberikan
gambaran awal tentang harga kos pembinaan sebelum proses tender bermula.
Ketepatan anggaran awal dititikberatkan dalam pengurusan projek bagi mengelakkan
masalah seperti ketidakcukupan kos ataupun lebihan kos. Kajian ini dijalankan bagi
mengetahui perbezaan peratusan anggaran awal projek pada peringkat pra-kontrak
yang berbeza dengan harga tender serta pola ketepatan anggaran awal. Dokumen
anggaran awal kos, cabutan butir-butir permulaan dan cabutan butir-butir tender bagi
15 projek yang diperolehi daripada firma ukur bahan di sekitar Kuala Lumpur dan
Johor dianalisa. Data yang diperolehi dianalisa dengan mengira purata perbezaan
peratusan anggaran, sisihan piawaian dan variasi bagi mengukur perbezaan peratusan
dan mendapatkan ketepatan anggaran. Berdasarkan kepada pengiraan purata
perbezaan anggaran, terdapat perbezaan dalam anggaran awal daripada peringkat 9
bulan sebelum tarikh tender sehingga menghampiri tarikh tender sebenar. Perbezaan
pada setiap 3 bulan menunjukkan penurunan daripada 11.72% (9 bulan) kepada
11.10% (6 bulan) dan 8.65% (3 bulan) sebelum tarikh tender sebenar. Pengiraan
sisihan piawaian dan variasi juga menunjukkan penurunan dengan nilai diantara
8.25% ke 14.67% dan 0.68% ke 2.15%. Berdasarkan kepada perbezaan peratusan
anggaran dengan harga tender sebenar yang semakin berkurangan apabila
menghampiri tarikh tender dapat membuktikan bahawa ketepatan anggaran
meningkat apabila menghampiri tarikh tender.
vi
ABSTRACT
An accurate estimate is essential in the early stages of the project to give a big
picture on the construction cost before the tender process begins. The accuracy of
preliminary estimates is being emphasized in project management to avoid problems
such as cost overruns. This study is conducted to find out the difference between the
preliminary estimates of the project at the pre-contract stage with the tender price and
the accuracy pattern of preliminary estimates. Cost estimates, Preliminary Detailed
Abstract (PDA) and As Tendered Detailed Abstract (ATDA) for 15 projects were
obtained from Quantity Surveyor firms in Kuala Lumpur and Johor. The data
obtained were analyzed by calculating the estimate bias, standard deviation and
variation to measure the percentage difference and observe the pattern of accuracy
for estimates. Based on the calculation of estimate bias, there is a difference in the
preliminary estimates from the 9th month before the tender date to the actual tender
date. The difference in every 3 months showed a decrease from 11.72% (9th
months) to 11.10% (6th months) and 8.65% (3th months) before the actual tender
date. Computation of standard deviation and variation also showed a decrease of
value between 8.25% to 14.67% and 0.68% to 2.15%. Based on the values of
estimate bias, the decrease of values when approaching the tender date proves that
the accuracy of estimation increases when approaching the tender date.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Isu Kajian 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Struktur Laporan Penyelidikan 6
2 KAJIAN LITERATUR 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Pelan Rangka Projek 8
viii
2.2.1 Peringkat Pra-Kontrak 10
2.3 Anggaran Kos 12
2.3.1 Definisi Anggaran Kos 12
2.3.2 Tujuan Anggaran Kos 13
2.3.3 Jenis Anggaran Kos 14
2.3.4 Kaedah Anggaran Kos 16
2.4 Perancangan dan Kawalan Kos oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) 21
2.4.1 Prosedur Kawalan Kos 21
2.4.2 Jenis – Jenis Pelan Kos 23
2.4.3 Kaedah Anggaran Kos Awalan 26
2.5 Ketepatan 28
2.5.1 Mengukur Ketepatan Anggaran 28
2.5.2 Faktor Ketepatan Anggaran 32
3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Proses Kajian 39
3.3 Reka bentuk Kajian 41
3.4 Instrumen Kajian 41
3.5 Sampel Kajian 42
3.6 Penganalisaan Data 42
4 ANALISIS DATA 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Data 46
4.2.1 Objektif Pertama 48
4.2.2 Objektif Kedua 50
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Kesimpulan dan Pencapaian Objektif 53
5.2.1 Objektif Pertama 54
5.2.2 Objektif Kedua 55
5.3 Masalah dan Kekangan yang Dihadapi Dalam Menjalankan Kajian 57
ix
5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 58
RUJUKAN 59
LAMPIRAN 62
x
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA
JADUAL SURAT
2. 1 Unit Bangunan mengikut Jenis Bangunan 18
2. 2 Ringkasan Kajian-kajian Lepas 29
2. 3 Pengkelasan Matrik Anggaran Kos 31
2. 4 Senarai Pendek Faktor-faktor Ketepatan Anggaran 33
4. 1 Ringkasan Perbezaan Peratusan Anggaran Awal denganHarga Tender 47
4. 2 Purata Perbezaan Peratusan Anggaran dengan Harga Tender 49
4. 3 Peratusan perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi 50
xi
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
RAJAH SURAT
2. 1 Pelan Rangka Projek Royal Institute of British Architects (RIBA) 9
2. 2 Perkembangan Kaedah Anggaran Kos 17
2. 3 Kaedah Anggaran Kos 18
2. 4 Elemen Bangunan 22
2. 5 Faktor dalam Menganggar Kos 23
2. 6 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Permulaan 24
2. 7 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Tender 25
2. 8 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir seperti yang Disiapkan 26
2. 9 Kaedah Anggaran Kos Awalan JKR 27
2. 10 Kategori Faktor Ketepatan Anggaran 32
3. 1 Carta Aliran Kajian 40
xii
SENARAI SINGKATAN
CITP - Construction Industry Transformation Programme
JKR - Jabatan Kerja Raya
RIBA - Royal Institute of British Architects
CKUB - Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
ECA - Elemental Cost Analysis
PDA - Preliminary Detailed Abstract
ATDA - As Tendered Detailed Abstract
ACDA - As Completed Detailed Abstract
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Pengumpulan Data 63
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Menurut Yang Berhormat Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin,
Timbalan Menteri Kerja Jaya dalam ucapan perasmian beliau sempena Seminar
Construction Industry Transformation Programme (CITP) Negeri Kelantan pada 9
Mei 2017, industri pembinaan merupakan salah satu penyumbang utama dalam
pembangunan ekonomi Malaysia (Sempena Seminar CITP, 2017). Pertumbuhan
industri pembinaan pada tahun 2017 dijangka berkembang lapan peratus kepada
RM170 bilion disebabkan faktor pembinaan projek-projek mega sedia ada dan
jangkaan pertumbuhan ekonomi yang positif (“Sektor Pembinaan dijangka
Berkembang 8 Peratus”, 2017).
Pertumbuhan dalam industri pembinaan ini juga dapat dipertingkatkan
dengan mengambil kira aspek pengurusan projek dari peringkat awal perancangan
projek iaitu di peringkat pra-kontrak sehingga peringkat penyiapan projek.
Alumbugu et. al. (2014) menyatakan kadar kejayaan sesuatu projek bergantung
kepada tahap ketepatan sesuatu anggaran yang dibuat. Kejayaan atau kegagalan
2
sesuatu projek bergantung kepada ketepatan beberapa anggaran yang telah dilakukan
sepanjang projek tersebut dijalankan (Ahuja, Dozzi dan Abou Rizk, 1994 ; Enshassi,
Mohamed dan Abdel-Hadi,2013).
Anggaran yang dilakukan pada peringkat awal boleh memberikan gambaran
awal tentang harga kos pembinaan semasa proses tender sehingga proses memeterai
kontrak yang akan menghasilkan harga kontrak yang ditetapkan dan dipersetujui oleh
klien dan kontraktor. Kegagalan untuk membuat anggaran kos awalan dengan tepat
menyebabkan masalah berkaitan dengan kelewatan kerja dari tarikh yang ditetapkan
dan lebihan kos meningkat (Alumbugu et. al., 2014). Menurut Jumas, Mohd-Rahim
dan Zainon (2016) isu berkaitan dengan kos akan timbul sekiranya anggaran awal di
peringkat pra-kontrak berada pada tahap kualiti yang rendah.
1.2 Penyataan Isu Kajian
Kepentingan dalam membuat anggaran yang tepat di peringkat awal sesuatu
projek tidak dapat dinafikan. Ketepatan anggaran awal kos merupakan salah satu
kebimbangan yang paling dititikberatkan dalam pengurusan projek diperingkat awal
dan merupakan perkara yang diberikan perhatian secara teliti sejak 35 tahun yang
lalu (Trost & Oberlender, 2003).
Analisa berkaitan dengan hubungan antara anggaran awalan dengan harga
kontrak asal dalam industri pembinaan merupakan isu yang sudah lama
dibincangkan. Oseghale dan Wahab (2014) telah menggunakan kaedah analisa
hubungan antara anggaran awalan, harga tender dan akaun muktamad dalam
meramal ketepatan kos pada peringkat akaun muktamad. Kajian ini telah
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara anggaran awalan, harga
3
tender dan akaun muktamad dalam sesebuah projek dengan purata peratusan antara
kos di peringkat akaun muktamad dengan harga tender sebanyak 21.08% manakala
purata peratusan bagi harga tender ialah 109.87% lebih tinggi berbanding anggaran
awal.
Di Malaysia, kajian mengenai anggaran kos awalan kurang popular jika
dibandingkan dengan negara luar yang sedang membangun. Antara kajian yang
berkaitan dengan anggaran kos awalan oleh Kiew (2009) berkenaan dengan
ketepatan anggaran kos pra-tender bangunan yang skopnya telah tertumpu kepada
projek bangunan yang terdapat di negeri Sarawak. Selain itu, kajian yang melibatkan
Jabatan Kerja Raya (JKR) tertumpu kepada faktor yang mempengaruhi ketepatan
anggaran (Azman, 2012).
Beberapa kajian lepas telah mengkaji faktor yang mempengaruhi ketepatan
anggaran awal kos. Menurut Oladokun et. al. (2011) perbandingan anggaran awal
kos dengan harga kontrak menunjukkan bahawa ketepatan anggaran awal kos yang
disediakan oleh firma juruukur bahan dipengaruhi oleh saiz projek dan sektor yang
terlibat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Aibinu dan Pasco (2008) dan
Azman (2012), terdapat beberapa persamaan faktor ketepatan yang dibahaskan.
Antaranya ialah nilai projek, jenis projek, intensiti harga dan lokasi projek.
Enshassi et. al. (2013) membuat kajian perintis berkaitan dengan faktor yang
mempengaruhi ketepatan anggaran dengan menganalisa 85 faktor ketepatan
berdasarkan dua belas (12) kajian yang terdahulu. Daripada 85 faktor yang dianalisa,
hanya 64 faktor ketepatan yang diambil kira dan dikategorikan dalam lima (5)
kumpulan faktor yang utama. Faktor-faktor yang utama ini adalah pihak klien, pihak
firma, ciri-projek, keperluan kontrak dan perolehan, faktor luaran serta keadaan
pasaran. Dengan mengetahui faktor-faktor yang sering mempengaruhi ketepatan
anggaran, pihak juruukur bahan dapat meningkatkan ketepatan dalam anggaran awal
dan mengelakkan berlakunya kesilapan dalam anggaran.
4
Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas hanya tertumpu kepada ketepatan
anggaran kos pra-tender dengan harga tender dan faktor ketepatan anggaran awal
projek. Namun, pada peringkat pra-kontrak iaitu sebelum proses tender, beberapa
anggaran kos akan dibuat. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap ketepatan
anggaran awal projek pada peringkat yang berbeza berbanding dengan harga kontrak
asal. Hipotesis bagi kajian ini adalah ketepatan anggaran awal projek meningkat
apabila anggaran dibuat menghampiri tarikh tender.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah; -
1. Berapakah peratusan perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-
kontrak yang berbeza berbanding dengan harga kontrak asal?
2. Apakah pola ketepatan anggaran awal projek?
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk: -
1. Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-
kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender;
2. Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek.
1.5 Skop Kajian
Bagi kajian ini, skop ditumpukan kepada projek-projek pembinaan bangunan
yang diuruskan oleh firma perunding ukur bahan berdaftar. Firma yang dipilih
merupakan firma di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perbezaan peratusan anggaran awal
pada peringkat pra-kontrak serta sejauh mana ketepatan anggaran awal tersebut
dilakukan. Kajian ini juga dapat membantu juruukur bahan dalam memperluas
pengetahuan asas tentang anggaran awal kos pada peringkat pra-kontrak.
6
Dengan meneliti perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender
sebenar serta faktor-faktor yang mempengaruhi anggaran awal dengan lebih
terperinci, pihak juruukur bahan dapat membuat perancangan awal dalam merancang
dan mengawal kos sesuatu projek dengan ketepatan harga kontrak yang bersesuaian.
1.7 Struktur Laporan Penyelidikan
i. BAB 1 – Pengenalan
Mengandungi pengenalan mengenai kajian yang dijalankan, persoalan
kajian, objektif kajian, skop kajian dan metodologi kajian.
ii. BAB 2 – Kajian Literatur
Merangkumi kajian literatur mengenai pelan rangka projek yang
bertumpu kepada peringkat pra-kontrak, anggaran awal dan ketepatan
anggaran awal.
iii. BAB 3 – Metodologi Kajian
Meliputi kaedah metodologi yang digunakan bagi mencapai objektif
kajian. Proses pengumpulan data serta pendekatan kajian yang digunakan
bagi menepati kehendak objektif dinyatakan.
7
iv. BAB 4 – Analisis Kajian
Perbincangan mengenai hasil dapatan kajian yang telah dianalisa dan
diproses menjadi maklumat yang boleh dihubungkaitkan dengan objektif
kajian. Analisis bagi kajian ini dibuat dengan menggunakan Microsoft
Excel dan diterjemahkan dalam bentuk jadual. Berdasarkan kepada
jadual yang dibuat, analisa dilakukan bagi mengetahui objektif kajian
tercapai ataupun tidak.
v. BAB 5 – Kesimpulan dan Cadangan
Rumusan kajian berdasarkan analisis kajian dari bab sebelumnya.
Rumusan dan kesimpulan akhir bagi kajian ini dilakukan berdasarkan
kepada analisis yang telah dilakukan. Kesimpulan akan menyatakan
objektif kajian ini tercapai ataupun tidak. Malah, cadangan lanjutan bagi
kajian ini dan kekangan dalam membuat kajian ini turut dinyatakan dalam
bab ini.
8
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang pelan rangka projek pada peringkat pra-
kontrak, definisi dan istilah anggaran, tujuan anggaran awal dilakukan, kaedah atau
teknik dalam membuat anggaran awal serta faktor pemilihan kaedah anggaran awal.
Perlaksanaan anggaran yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan ketepatan
anggaran turut dijelaskan dalam bab ini.
2.2 Pelan Rangka Projek
Pelan rangka projek yang digariskan oleh Royal Institute of British Architects
(RIBA) merupakan piawaian yang diguna pakai bukan sahaja di negara Britain
malah model pelan rangka kerja RIBA ini dijadikan rujukan di serata dunia sebagai
garis panduan bagi proses perlaksanaan reka bentuk bangunan serta pembangunan
9
projek. Pelan rangka projek RIBA menurut Brian Greenhalgh (2013) pada asalnya
diolah berdasarkan kepada kaedah perolehan tradisional.
Bagi pelan rangka projek RIBA 2013, terdapat lapan (8) peringkat yang
dikategorikan dengan menggunakan kaedah nombor bagi mengelakkan berlakunya
kekeliruan dan salah faham dengan pelan rangka projek RIBA 2007. Pelan rangka
projek ini terdiri daripada Peringkat 0 sehingga Peringkat 7 seperti dalam Rajah 2.1.
Rajah 2. 1 Pelan Rangka Projek Royal Institute of British Architects (RIBA) 2013
(Sumber: RIBA. 2013)
0
Definisi Strategik
1
Penyediaan dan Ringkasan
2
Reka Bentuk Konsep
3
Reka Bentuk Pembangunan
4
Reka Bentuk Teknikal
5
Pembinaan
6
Penyerahan dan Penutupan
7
Penggunaan
PERINGKAT
PRA - KONTRAK
PERINGKAT
POS - KONTRAK
10
2.2.1 Peringkat Pra-Kontrak
Untuk tujuan kajian ini, penjelasan difokuskan kepada peringkat pra-kontrak.
Peringkat pra-kontrak merangkumi peringkat sebelum pembinaan sesuatu projek
dijalankan. Huraian untuk setiap peringkat pra-kontrak dinyatakan dalam sub-topik
yang seterusnya.
2.2.1.1 Definisi Strategik
Definisi strategik (Strategic Definition) merupakan peringkat 0 dalam RIBA
2013. Peringkat ini merupakan peringkat yang baru diperkenalkan dalam pelan
rangka projek yang dihasilkan oleh RIBA. Walaubagaimanapun, peringkat ini tidak
asing lagi dalam industri pembinaan kerana peringkat ini diekstrak daripada pelan
rangka projek sebelumnya iaitu RIBA 2007 pada peringkat A iaitu peringkat
penilaian.
Pada peringkat ini, projek yang bakal dijalankan akan dinilai terlebih dahulu
sebelum kerangka projek yang lebih tersusun dihasilkan. Penganalisaan strategi akan
dilakukan bagi perlaksanaan pembangunan dengan meneliti maklumbalas daripada
projek-projek terdahulu. Penubuhan pasukan projek (project team) yang
merangkumi pihak-pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek juga
dipertimbangkan pada peringkat ini.
2.2.1.2 Penyediaan dan Ringkasan
Pada peringkat penyediaan dan ringkasan (Preparation and Brief), pihak-
pihak yang terlibat dengan projek perlu mengenal pasti matlamat, tujuan serta
11
outcome bagi pembangunan sesuatu projek. Projek yang dirangka mestilah mencapai
objektif yang telah ditentukan di peringkat awal perancangan projek. Kajian
kemungkinan dan ulasan tentang maklumat tapak dijalankan di peringkat ini bagi
membuat perancangan dan menentukan projek tersebut bakal memberikan pulangan
yang terbaik kepada klien. Analisa bajet bagi projek yang bakal dilaksanakan juga
dilaksanakan di peringkat ini.
2.2.1.3 Reka Bentuk Konsep
Di peringkat reka bentuk konsep (Concept Design), cadangan lakaran akan
dikeluarkan oleh arkitek. Cadangan lakaran ini merangkumi reka bentuk struktur
bangunan, sistem servis bangunan dan spesifikasi umum yang ditetapkan dalam
projek yang bakal dilaksanakan. Cadangan alternatif turut dipertimbangkan ketika
berada diperingkat ini, bergantung kepada kesesuaian projek bagi memastikan projek
dapat diteruskan. Bahkan, maklumat mengenai anggaran kos awal bagi projek ini
disediakan pada peringkat ini.
2.2.1.4 Reka Bentuk Lengkap
Reka bentuk lengkap (Developed Design) merupakan peringkat 3 dalam
pelan rangka kerja RIBA 2017. Perancangan yang lebih teliti akan dilaksanakan di
peringkat ini bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak klien. Perancangan ini
melibatkan penentuan susun atur, reka bentuk dan kaedah pembinaan yang bakal
dilaksanakan.
Lukisan, pelan dan spesifikasi telah diperincikan di peringkat ini setelah
kelulusan diberikan oleh pihak klien. Perincian yang dilaksanakan merangkumi
susun atur bangunan dan reka bentuk bangunan serta pengiraan kos yang berkaitan.
12
Anggaran kos akhir juga dikenal pasti pada peringkat ini dan sebarang perubahan
atau pindaan yang dilakukan pada peringkat ini akan menyebabkan pertambahan kos
keseluruhan projek.
2.2.1.5 Reka Bentuk Teknikal
Reka bentuk teknikal (Technical Design) merupakan peringkat 4 dan yang
terakhir bagi peringkat pra-kontrak. Pada peringkat ini, penyediaan maklumat yang
terperinci, lengkap dan tepat dihasilkan. Maklumat yang disediakan akan menjadi
garis panduan kepada pihak kontraktor bagi melaksanakan pembinaan projek
berkenaan.
2.3 Anggaran Kos
2.3.1 Definisi Anggaran Kos
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat (2005),
anggaran bermaksud perkiraan secara kasar. Anggaran didefinisikan sebagai
penilaian secara kuantitatif yang mengaplikasikan ramalan dalam memberi sesuatu
pendapat berkenaan dengan sesuatu perkara (Stewart, 1892; Zafira Nadia M., 2015).
13
Definisi kos dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat
(2005) merujuk kepada harga yang perlu dibayar bagi menyenggara atau
memperoleh sesuatu. Dalam konteks pembinaan, anggaran kos merujuk kepada
pengiraan perbelanjaan bagi pembinaan sesuatu projek yang bakal dilaksanakan.
Anggaran kos merupakan proses teknikal untuk mengira kos pembinaan menurut
Ahamad Abdullah (2006). Proses teknikal ini dilakukan untuk membuat ramalan kos
pembinaan bagi keseluruhan bangunan atau setiap komponen atau item dalam
sesebuah bangunan atau projek yang bakal dibina.
2.3.2 Tujuan Anggaran Kos
Sepanjang proses reka bentuk dan pembinaan projek, anggaran kos dihasilkan
mengikut peringkat dalam pelan rangka projek. Tujuan anggaran kos berbeza
mengikut peringkat. Perbezaan dalam tujuan untuk menganggar menyebabkan
terdapat perbezaan dalam jenis anggaran dan kaedah anggaran yang digunakan.
Berdasarkan buku Introduction to Estimating for Construction (2013) karya
Brian Greenhalgh, beliau menyatakan secara umum anggaran kos digunakan bagi
tujuan berikut:
a) untuk menghasilkan jangkaan atau target kos projek (anggaran
awalan)
b) untuk dijadikan semakan bagi mengetahui sejauh mana pembangunan
reka bentuk pada peringkat yang berbeza (kos pelan)
c) sebagai kayu ukur dalam menentukan harga tender yang bakal dipilih
semasa bidaan (anggaran pra-tender)
d) sebagai kawalan kos sepanjang proses pembinaan dijalankan
14
2.3.3 Jenis Anggaran Kos
Anggaran kos dihasilkan berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi
sepanjang proses perancangan dan pembangunan sesuatu projek. Berdasarkan data
dan maklumat yang diperolehi, juruukur bahan boleh membuat anggaran, tafsiran
dan pertimbangan yang sewajarnya. Pengukuran tahap ketepatan anggaran ini
bergantung kepada tujuan dan kaedah anggaran yang dijalankan (Abd. Ghani K.,
2008).
2.3.3.1 Anggaran Kos Awalan
Penghasilan anggaran kos awalan bertujuan untuk membuat penilaian tentang
kewajaran sesuatu projek itu diteruskan. Sekiranya projek itu berjaya memberikan
pulangan pelaburan yang berbaloi kepada klien, had kos yang realistik perlu
dihasilkan. Had kos ini merupakan kos maksimum yang mampu disediakan oleh
pihak klien dalam penyiapan projek.
Maklumat dan data yang diperlukan bagi membuat anggaran kos awalan ini
adalah bergantung kepada individu yang terlibat dalam projek ini. Penyaluran
maklumat yang mencukupi dapat membantu anggaran dibuat dengan lebih tepat.
Antara maklumat yang diperlukan daripada klien untuk membuat ramalan
dan anggaran kos awalan adalah seperti dinyatakan di bawah.
(a) Lokasi tapak
(b) Penyataan mengenai bangunan yang dicadangkan
(c) Penyataan mengenai keluasan lantai kasar
15
(d) Ringkasan awal bagi reka bentuk projek yang dicadangkan
Bagi arkitek dan jurutera, maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut.
(a) Lakaran reka bentuk yang meliputi pelan lantai, bumbung, sisi dan
keratan.
(b) Jadual keluasan lantai kasar
(c) Minimum ketinggian tingkat bangunan
(d) Spesifikasi dan reka bentuk servis
2.3.3.2 Anggaran Kos Konsep
Perubahan reka bentuk akan berlaku beberapa kali sebelum reka bentuk yang
terakhir dan muktamad dihasilkan. Perubahan reka bentuk ini merujuk kepada
pembetulan dalam reka bentuk yang dihasilkan oleh team reka bentuk. Pembetulan
yang dilakukan akan memberi kesan kepada anggaran kos yang dibuat. Oleh sebab
itu, setiap kali berlakunya perubahan dalam reka bentuk, juruukur bahan akan
membuat semakan dan memperbaiki anggaran kos supaya seiring dengan perubahan
yang dilakukan.
Anggaran kos yang dihasilkan ketika fasa perubahan, pembetulan atau
penambahbaikan reka bentuk ini dinamakan anggaran kos konsep. Kebiasaannya,
anggaran kos konsep ini disediakan dengan menggunakan enam (6) kaedah (Abd.
Ghani K., 2008) seperti berikut:
(a) Kaedah Penilaian Unit
(b) Kaedah Keluasan Lantai
16
(c) Kaedah Isipadu Bangunan
(d) Kaedah Tutupan Tingkat
(e) Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir
(f) Kaedah Analisis Kos Elemen
2.3.2.3 Anggaran Pra-Tender
Pada peringkat penghasilan anggaran pra-tender iaitu di peringkat terakhir
sebelum proses tender dijalankan, maklumat berkenaan dengan lukisan, spesifikasi
dan skop kerja telah lengkap dan merupakan maklumat yang tetap dan telah
dipersetujui dan disahkan oleh semua pihak yang terlibat. Oleh sebab itu, menurut
Zafira Nadia Maaz (2015) berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Brook
(2004), anggaran pra-tender yang dihasilkan seharusnya mempunyai ketepatan yang
tinggi.
Anggaran ini merupakan anggaran yang menjadi asas kepada pemilihan harga
tender ketika proses pemilihan tender dijalankan. Penerimaan harga tender
berdasarkan anggaran pra-tender ini akan menjadi harga kontrak yang akan
dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak klien dan kontraktor yang berjaya.
Malahan, anggaran ini dijadikan penanda aras dalam meramal kos projek akhir
(Zafira Nadia M., 2015).
2.3.4 Kaedah Anggaran Kos
Sebelum ini, kaedah yang digunakan sekitar tahun 1930-an dikelaskan
kepada enam (6) kaedah yang tidak jauh berbeza dengan kaedah yang digunakan
pada masa kini. Perbezaan yang ketara hanya melibatkan anggaran yang
17
menggunakan analisa kos elemen (Martin Brook, 2008). Perubahan kaedah
anggaran dinyatakan dalam Rajah 2.2.
Rajah 2. 2 Perkembangan Kaedah Anggaran Kos (Sumber: Abdullah A., 2006)
Kaedah yang dinyatakan di dalam sub-topik ini melibatkan kaedah anggaran
yang digunakan bagi membuat anggaran kos konsep pada masa kini. Secara
umumnya, kaedah anggaran ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah kadar
tunggal (single-rate method) dan kaedah berbilang kadar (multiple-rate method).
Kaedah kadar tunggal menggunakan satu kadar harga sahaja. Kadar harga ini
lazimnya dalam unit meter persegi. Manakala, bagi kaedah berbilang harga, kadar
harga yang digunakan adalah pelbagai berdasarkan kepada kos elemen yang bakal
dihargakan. Penggunaan kaedah-kaedah ini memerlukan individu yang mempunyai
banyak pengalaman dalam industri pembinaan bagi memastikan anggaran yang
dihasilkan adalah tepat dan wajar.
Kaedah Anggaran tahun 1930-an Per Unit Pengguna Bangunan
Keluasan Lantai Kaki Persegi
Isipadu
Petak Menegak/Mendatar
Kuantiti Kasar
Kuantiti Tepat
Kaedah Anggaran Semasa
Penilaian Unit
Keluasan Lantai
Analisis Kos Elemen
Kuantiti Nilaian Hampir
Senarai Kuantiti
18
Rajah 2. 3 Kaedah Anggaran Kos (Sumber: Abdullah A., 2006)
2.3.4.1 Kaedah Penilaian Unit
Kaedah ini merupakan antara kaedah yang biasa digunakan pada peringkat
awal projek terutamanya bagi bangunan sekolah ataupun hospital (Martin Brook,
2008). Walaupun anggaran kos menggunakan kaedah ini mudah tetapi anggaran
yang dihasilkan kurang tepat menurut Profesor Abd. Ghani Khalid (2008).
Untuk mendapatkan anggaran kos menggunakan kaedah ini, kadar harga
perlu didarabkan dengan bilangan unit mengikut jenis bangunan yang dicadangkan.
Contoh unit bangunan mengikut jenis bangunan adalah seperti berikut:
Jadual 2. 1 Unit Bangunan mengikut Jenis Bangunan
Jenis Bangunan Unit Piawai
Hospital Bilangan Katil
Kae
dah
Anggar
an K
os Kaedah Kadar Tunggal
Kaedah Penilaian Unit
Kaedah Keluasan Lantai
Kaedah Berbilang Kadar
Kaedah Analisis Kos Elemen
Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir
19
Sekolah Bilangan Pelajar
Panggung Wayang Bilangan Kerusi
Masjid Bilangan Jemaah
2.3.4.2 Kaedah Keluasan Lantai
Kaedah keluasan lantai merupakan kaedah yang popular diguna pakai dalam
pengiraan anggaran kos. Hal ini disebabkan oleh kaedah pengiraannya yang mudah
difahami, cepat dan hampir tepat.
Pengiraan bagi kaedah ini hanya melibatkan pendaraban keluasan lantai
sesebuah bangunan dengan kadar harga meter persegi bangunan. Harga meter persegi
bangunan diperolehi berdasarkan projek-projek lepas yang mempunyai persamaan
yang sama dari segi saiz, bentuk, bilangan tingkat dan cara pembinaannya.
2.3.4.3 Kaedah Analisis Kos Elemen
Kaedah ini melibatkan penganalisaan kos berdasarkan elemen-elemen yang
terlibat dalam pembinaan dengan mengambil kira kos perbelanjaan bagi setiap
elemen bagi projek yang dicadangkan. Elemen-elemen yang biasanya terlibat dalam
analisis ini termasuklah substruktur, kerangka bangunan dan lantai atas.
Analisis kos bagi setiap elemen ini dihasilkan berdasarkan perolehan data
daripada projek-projek yang telah siap dan penyediaan analisis kos ini dapat
membandingkan kos bagi elemen yang sama tetapi dari projek yang berbeza (Abd.
Ghani K., 2008). Data yang diperoleh daripada analisis kos elemen ini boleh
dijadikan data kos bagi rujukan untuk projek-projek yang akan datang.
20
2.3.4.4 Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir
Kaedah ini mengambil kira kesemua item yang terdapat dalam bangunan.
Walaupun pengukuran kuantiti ini dibuat secara kasar tetapi kaedah ini lebih baik
jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah yang lain. Bukan sahaja kaedah ini
mengambil kira semua komponen kerja yang diperolehi daripada lukisan, malah
faktor reka bentuk, saiz, ketinggian dan spesifikasi bangunan juga diambil kira.
Setiap kuantiti yang dikira akan didarabkan dengan kadar harga yang sesuai
bagi mendapatkan kos bagi kerja atau komponen tersebut (Ahamad, 2006). Kaedah
ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan penyediaan anggaran kos ini
bergantung kepada maklumat yang diperolehi daripada lukisan dan spesifikasi kerja.
2.3.4.5 Senarai Kuantiti
Menurut Atikah, Anas dan Ahmad Fadzli (2014), senarai kuantiti digunakan
secara meluas dalam sistem perolehan tradisional sebagai satu kaedah membuat
anggaran kos dan dijadikan sebahagian daripada dokumen kontrak. Item-item yang
telah dikira oleh pihak juruukur bahan dikumpulkan mengikut penerangan kerja yang
sama dan disusun dalam satu bentuk dokumen. Dokumen ini akan digunakan untuk
menghargakan tender. Tender yang dihargakan akan dinilai dan harga akan
diselaraskan. Senarai kuantiti juga digunakan sebagai rujukan dalam mengawal
harga kos.
21
2.4 Perancangan dan Kawalan Kos oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
Bagi projek-projek yang diuruskan dan dirancang olek JKR, anggaran awal
disediakan dan dikemukakan kepada Kementerian/Jabatan Pelanggan bersama-sama
dengan reka bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina untuk mendapatkan
kelulusan (Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan – CKUB, 2010). Anggaran awal ini
merupakan jumlah kos yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu projek yang
dirancang. Semakan terhadap amaun wang yang diperlukan akan dilakukan
berdasarkan anggaran awal yang disediakan. Hal ini bagi memastikan kos yang
bakal dibelanjakan tidak melebihi peruntukan yang disediakan.
2.4.1 Prosedur Kawalan Kos
Penyediaan pelan kos bergantung kepada elemen bangunan. Antara elemen
bangunan yang diambil kira adalah substruktur, superstruktur, kemasan, kelengkapan
dan perabot serta kemudahan. Kos bagi setiap elemen ini akan dianggarkan dengan
menggunakan data kos yang telah dikumpulkan berdasarkan analisis kos elemen
(Elemental Cost Analysis – ECA) atau berdasarkan kaedah kuantiti hampir.
22
Rajah 2. 4 Elemen Bangunan (Sumber: CKUB, 2010)
Bagi menganggar kos setiap elemen ini, faktor-faktor asas seperti reka bentuk
pelan dan bilangan tingkat akan diambil kira dalam pengiraan anggaran kos. Selain
itu, faktor seperti jenis binaan struktur kerangka, struktur bumbung dan pilihan
kemasan turut dititikberatkan dalam menganggar kos.
Elemen Bangunan
Substruktur
Superstruktur
Kemasan Kelengkapan dan perabot
Kemudahan
23
Rajah 2. 5 Faktor dalam Menganggar Kos (Sumber: CKUB, 2010)
Kos bagi setiap elemen ini akan disemak dan dibandingkan dengan anggaran
yang telah dibuat. Sekiranya kos keseluruhan bangunan melebihi anggaran, reka
bentuk bagi elemen yang dianalisis akan dikaji semula untuk mendapatkan
penjimatan.
2.4.2 Jenis – Jenis Pelan Kos
Pelan kos yang disediakan oleh JKR dilakukan bermula di peringkat
pembinaan sehingga projek siap. Oleh kerana fungsi pelan kos ini disediakan adalah
bagi mengawal kos sesuatu projek, pelan kos ini akan dikemas kini secara
berperingkat mengikut harga tender dan kerja perubahan. Pelan kos untuk projek
JKR adalah seperti berikut:
a) Cabutan Butir-Butir Permulaan (Preliminary Detailed Abstract – PDA)
Faktor dalam
Menganggar Kos
Reka bentuk pelan
Bilangan tingkat
Jenis binaan struktur
kerangka
Struktur bumbung
Pilihan kemasan
24
b) Cabutan Butir-Butir Tender (As Tendered Detailed Abstract – ATDA)
c) Cabutan Butir-Butir Seperti Yang Disiapkan (As Completed Detailed
Abstract – ACDA)
PDA merupakan anggaran kos awal yang disediakan dengan menggunakan
kaedah unit hasil terakhir atau kuantiti hampir. Anggaran kos bagi sesebuah projek
akan dipecahkan mengikut bahagian. Bahagian pecahan ini adalah seperti
dinyatakan dalam Rajah 2.6 di bawah.
Rajah 2. 6 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Permulaan (Sumber: CKUB,
2010)
ATDA pula disediakan berdasarkan harga kontrak dan digunakan sebelum
kerja-kerja pembinaaan boleh dimulakan di tapak bina. Pecahan bagi ATDA
dinyatakan seperti di bawah.
Kerja awalan Kerja-kerja cerucuk Bangunan
Kemudahan Kerja-kerja luar Iklan dan kos dokumentasi
Penyeliaan Kos luar jangka Bayaran ikhtisas
25
Rajah 2. 7 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Tender (Sumber: CKUB,
2010)
Bagi penyediaan ACDA, ia dilakukan selepas projek siap bagi memberi
kenyataan tentang jumlah kos yang telah dibelanjakan sepanjang projek dijalankan
sehingga siap. Dalam pelan kos ini juga terdapat beberapa perubahan yang berkait
dengan harga kontrak. Antaranya ialah perubahan kerja (variation order), turun naik
harga bahan dan lain-lain tuntutan kontrak.
Wang kos prima Wang peruntukan
sementara Kerja awalan
Kerja-kerja cerucuk
Bangunan Kemudahan Kerja-kerja luar Bayaran ikhtisas
Kos luar jangka Penyeliaan
26
Rajah 2. 8 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir seperti yang Disiapkan
(Sumber: CKUB, 2010)
2.4.3 Kaedah Anggaran Kos Awalan
Penyediaan anggaran kos awalan bagi projek JKR dinyatakan dalam Buku
Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga (2010). Dalam buku tersebut
dinyatakan mengenai dua kaedah yang sering digunakan bagi pengiraan anggaran
kos awalan iaitu Kaedah Unit Hasil Terakhir (Unit of End Product Method) dan
Kaedah Kuantiti Hampir (Approximate Quantity). Kaedah ini digunakan bergantung
kepada maklumat yang diperolehi semasa anggaran kos awalan disediakan dan
penggunaannya boleh digabungkan atau menggunakan salah satu kaedah sahaja.
Wang kos prima Wang peruntukan
sementara Kerja awalan
Kerja-kerja cerucuk
Bangunan Kemudahan Kerja-kerja luar Iklan dan
dokumentasi
Penyeliaan Bayaran ikhtisas
27
Rajah 2. 9 Kaedah Anggaran Kos Awalan JKR (Sumber: CKUB, 2010)
Kaedah Unit Hasil Terakhir diukur dalam unit kos meter persegi (cost/m2).
Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan anggaran kasar kos. Anggaran kos ini
diambil dari ringkasan projek atau melalui pengiraan kuantiti secara kasar daripada
reka bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina. Kuantiti ini akan didarabkan
dengan harga seunit yang diperolehi daripada data kos untuk mendapatkan anggaran
kos.
Bagi kaedah kuantiti hampir, penyediaan anggaran kos memerlukan
maklumat reka bentuk yang lebih lengkap dan terperinci termasuk jadual kemasan
untuk membolehkan anggaran yang disediakan dapat dijadikan rujukan bagi
menyemak, mengesahkan atau mengkaji semula anggaran yang telah disediakan.
Kuantiti bagi kaedah ini diperolehi daripada pengiraan sementara daripada reka
bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina. Pengiraan yang dilakukan tidak
memerlukan perincian yang sepenuhnya kerana pengiraan hanya akan diringkaskan
dengan mengumpulkan kerja yang sama dalam satu item sahaja.
Kaedah Anggaran Kos Awalan
Kaedah Unit Hasil Terakhir
Kaedah Kuantiti Hampir
28
2.5 Ketepatan
Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada ketepatan anggaran yang
dihasilkan sepanjang proses reka bentuk dan pembinaan dijalankan (Ahuja, Dazzi
dan Abou Rizk, 1994; Enshassi, Mohamed & Abdel-Hadi, 2013). Ketepatan
disifatkan sebagai nilai yang menghampiri nilai sebenar dan mempunyai kesilapan
anggaran yang sangat rendah (Jumas, Mohd-Rahim dan Zainon, 2016). Menurut
Skitmore (1991) menerusi kajian yang dijalankan oleh Aibinu dan Pasco (2008),
ketepatan anggaran awal yang dibandingkan dengan harga kontrak terbahagi kepada
dua aspek iaitu (kesilapan anggaran) bias dan konsistensi (consistency).
2.5.1 Mengukur Ketepatan Anggaran
Seperti dinyatakan di atas, aspek yang digunakan bagi mengukur ketepatan
anggaran terbahagi kepada dua iaitu kesilapan anggaran dan tahap konsistensi
anggaran.
Kesilapan anggaran berkait rapat dengan purata perbezaan harga tender
sebenar dengan anggaran yang diramal. Bagi kajian ini, kesilapan anggaran
didefinisikan sebagai purata perbezaan anggaran awal pada peringkat pra-kontrak
yang berbeza dengan harga tender sebenar. Pengiraan yang digunakan bagi
mendapatkan ketepatan ini adalah berasaskan kepada purata dan sisihan piawaian.
Pengiraan menggunakan sisihan piawaian didefinisikan sebagai pengiraan jarak
(perbezaan) nilai setiap data dengan nilai purata.
29
Manakala bagi tahap konsistensi, penggunaan kaedah variasi digunakan bagi
memberi gambaran tentang variasi pola ketepatan sekitar nilai purata yang
dinyatakan. Variasi digunakan untuk mengukur jarak (perbezaan) nilai data antara
satu dengan yang lain.
Ini bertepatan dengan kajian-kajian lepas yang menggunakan kaedah yang
sama. Zafira Nadia Maaz (2015) membuat ringkasan berkaitan dengan pengkaji
lepas dan kaedah yang digunakan oleh mereka untuk mendapatkan ketepatan
anggaran berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Skitmore (1991). Jadual
ringkasan bagi kajian-kajian lepas dan teknik pengiraan yang digunakan dinyatakan
seperti Jadual 2.2 dibawah ini.
Jadual 2. 2 Ringkasan Kajian-kajian Lepas
Pengkaji Kaedah Pengiraan
Ketepatan
Morrison & Stevens Purata
Skitmore Purata dan sisihan
piawaian
Skitmore Purata punca kuasa dua
Skitmore & Tan Purata dan sisihan
piawaian
Kekonsistensinan
Mc Caffer Sisihan piawaian
Mc Caffer Variasi koefisien
Ross Variasi koefisien
Jupp & Millan Sisihan piawaian
Morission & Stevens Variasi koefisien
Sumber: Skitmore (1991) ; Zafira Nadia M. (2015)
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Oladokun, Oladokun dan Odesola
(2011), mereka menyenaraikan beberapa dapatan kajian dari penyelidikan lepas
mengenai ketepatan anggaran. Antara yang dinyatakan adalah Skitmore (1986) yang
30
menganalisa 36 projek sederhana-besar yang membuat kesimpulan bahawa kesilapan
anggaran sebanyak 1.29% dan variasi koefisien sebanyak 5.88%.
Cheong (1991) berpendapat bahawa ketepatan anggaran yang disediakan oleh
firma juruukur bahan di Singapura mempunyai sisihan piawaian dalam lingkungan
5% ke 10% dari harga kontrak. Beliau telah membuat kajian lanjutan dan mendapati
perbezaan anggaran dengan harga kontrak berada dalam 33.79% terlebih anggar dan
31.30% terkurang anggar.
Jika dilihat dari sudut dan perspektif negara Malaysia, kajian yang dijalankan
oleh Azman (2012) bagi projek JKR mendapati variasi koefisien sebanyak 9% dan
ketepatan sebanyak 10.88%. Beliau menyatakan anggaran kos yang disediakan oleh
JKR adalah sangat lemah dan mempunyai kesilapan yang tinggi.
Bagi kajian yang dijalankan oleh Zafira Nadia M. (2015), kesilapan anggaran
bagi kesemua jenis projek berada dalam lingkungan terlebih anggar 116.54% hingga
ke 44.77% bagi terkurang anggar. Untuk sisihan piawaian pula, nilai yang diperolehi
adalah 5.69% bagi projek bangunan pendidikan, 12.62% bagi projek bangunan
perubatan dan 16.40% bagi projek bangunan pejabat. Manakala bagi kadar
konsistensi projek, variasi koefisien menunjukkan tahap konsisten pada nilai di
antara 0.68% ke 1.02%.
Ketepatan anggaran juga boleh dibandingkan melalui Jadual 2.3 yang
diperolehi daripada AACE International (2016). Berdasarkan jadual ini, anggaran
kos awal sepatutnya berada pada Kelas 3 (Class 3), Kelas 4 (Class 4) dan Kelas 5
(Class 5). Kadar ketepatan berdasarkan kepada kelas yang dinyatakan adalah
pelbagai dari -20% ke +30%.
31
Jadual 2. 3 Pengkelasan Matrik Anggaran Kos
Primary
Characteristic Secondary Characteristic
ESTIMATE
CLASS
MATURITY
LEVEL OF
PROJECT
DEFINITION
DELIVERABLES
Expressed as % of
complete
definition
END
USAGE
Typical
purpose of
estimate
METHODOLOGY
Typical estimating
method
EXPECTED
ACCURACY
RANGE
Typical
variation in
low and high
ranges
Class 5 0% to 2% Concept
screening
Capacity factored,
parametric models,
judgment, or
analogy
L: - 20% to -
50%
H: +30% to
+100%
Class 4 1% to 15% Study or
feasibility
Equipment factored
or parametric
models
L: -15% to -
30%
H: +20% to
+50%
Class 3 10% to 40%
Budget
authorization
or control
Semi-detailed unit
costs with assembly
level line intems
L: -10% to -
20%
H: +10% to
+30%
Class 2 30% to 75% Control or
bid/tender
Detailed unit cost
with forced detailed
take-off
L: -5% to -
15%
H: +5% to
+20%
Class 1 65% to 100%
Check
estimate or
bid/tender
Detailed unit cost
with detailed take-
off
L: -3% to -
10%
H: +3% to
+15%
Sumber: AACE International – Cost Estimate Classification System (2016)
32
• Klien
• Firma, Parameter Reka Bentuk dan Maklumat
• Ciri-ciri Projek
• Kaedah Perolehan dan Keperluan Kontrak
• Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran
Kategori Faktor Ketepatan Anggaran
2.5.2 Faktor Ketepatan Anggaran
Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Muther Abdel-Hadi (2013) telah
membuat kajian perintis (pilot study) bagi menentukan faktor ketepatan anggaran
yang bersesuaian dengan keadaan industri pembinaan. Berdasarkan kajian perintis
yang dilakukan ke atas segolongan individu yang berkemahiran dalam bidang
pembinaan, 15 faktor telah dibuang dari senarai, 15 faktor lagi diubah suai mengikut
nasihat daripada golongan mahir, 12 faktor digabungkan dan 6 faktor baru
dimasukkan dalam senarai faktor ketepatan anggaran.
Daripada 85 faktor yang diambil daripada 12 kajian penyelidikan lepas (Al-
Khaldi, 1990; Al-Thunaian, 1996; Akintoye, 2000; Madi, 2003; Trost dan
Oberlender, 2003; Elhag et. al., 2005; Shash dan Ibrahim, 2005; Babalola dan
Aladegbaiye, 2006; Dysert, 2006; Enshassi et. al., 2007; Liu dan Zhu, 2007;
Odusami dan Onukwube, 2008), hanya 64 faktor yang diterima pakai selepas kajian
perintis dijalankan. Faktor-faktor ini kemudiannya dikategorikan mengikut lima (5)
kategori utama iaitu klien, firma, parameter reka bentuk dan maklumat, ciri-ciri
projek, kaedah perolehan dan keperluan kontrak serta faktor luaran dan keadaan
pasaran.
Lima kategori utama bagi faktor ketepatan anggaran ini dijadikan asas utama
dalam mengolah faktor-faktor ketepatan yang lain bagi kajian ini. Pemilihan faktor
Rajah 2. 10 Kategori Faktor Ketepatan Anggaran
33
dibuat berdasarkan kepada kedudukan faktor-faktor dalam setiap kategori.
Kedudukan faktor yang tertinggi akan diambil bagi tujuan kajian ini. Faktor-faktor
ini telah mengambil kira kajian lepas yang dijalankan di Malaysia sebelum ini oleh
Azman dan Zafira Nadia. Kedua-dua pengkaji menekankan faktor bagi ciri-ciri
projek iaitu jenis projek dan lokasi projek. Selain itu, faktor yang diambil perhatian
juga termasuklah nilai projek, saiz projek, intensiti harga, jumlah pembida, tempoh
kontrak dan tahun projek.
Setelah menganalisa kajian yang dijalankan oleh Adnan Enshassi, Sherif
Mohamed dan Muther Abdel-Hadi (2013) dan mengambil berat faktor-faktor yang
dibangkitkan oleh Azman M. A. dan Zafira Nadia M., senarai faktor yang
dibincangkan dalam kajian literatur adalah seperti dalam Jadual 2.4. Faktor-faktor
ini telah disenarai pendek dan digabungkan berdasarkan kefahaman dan pendapat
pengkaji sendiri.
Jadual 2. 4 Senarai Pendek Faktor-faktor Ketepatan Anggaran
Kategori Faktor
Klien
Pengalaman klien
Skop dan definisi yang jelas oleh klien
Pengalaman dalam perolehan pembinaan
Firma, Parameter Reka Bentuk dan
Maklumat
Pengalaman pasukan projek dalam
pembinaan
Pengalaman dan tahap kemahiran firma
Kualiti maklumat yang diperoleh
Ketepatan dan kebolehpercayaan
maklumat kos
Maklumat kos yang lengkap
Ciri-ciri Projek
Kerumitan Projek
Keadaan di tapak bina
Kekangan di tapak bina
34
Kaedah dan teknik pembinaan yang
digunakan
Saiz projek
Keperluan tapak bina
Jangka masa projek
Jenis projek
Lokasi projek
Kaedah Perolehan dan Keperluan
Kontrak
Syarat kontrak yang jelas
Cara pemilihan tender
Jumlah kerja-kerja yang memerlukan
kepakaran
Jenis kontrak
Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran Jumlah Pembida
2.5.2.1 Kategori Klien
Bagi kategori klien, terdapat tiga (3) faktor yang dibincangkan. Faktor-faktor
tersebut adalah pengalaman klien, skop dan definisi yang jelas oleh klien dan
pengalaman klien dalam perolehan pembinaan. Tahap pengalaman klien berada pada
kedudukan pertama dengan indeks kepentingan relatif (relative importance index)
0.843 (Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Munther Abdel-Hadi, 2013). Ini
membuktikan kenyataan Babalola dan Aladegbaiye (2006) bahawa tahap
pengalaman klien memberi peranan yang besar dalam mencapai anggaran kos yang
tepat.
Faktor ini mempunyai hubungan dengan dua faktor yang seterusnya iaitu
skop dan definisi yang jelas oleh klien dan pengalaman klien dalam perolehan
pembinaan. Klien berperanan dalam memberikan penyataan yang jelas dan
terperinci mengenai skop dan kerpeluan projek yang dicadangkan. Sekiranya klien
tidak berpengalaman dalam menguruskan projek pembinaan, ini akan menyebabkan
35
penyampaian maklumat yang tidak lengkap dan pemahaman pasukan projek
mengenai apa yang dikehendaki oleh klien tidak dapat disampaikan dengan sebaik
mungkin. Bahkan, disebabkan klien tidak berpengalaman dalam menguruskan
projek pembinaan, masa yang diambil dalam proses perancangan, penyiapan reka
bentuk serta pembinaan akan mengambil masa yang lama.
Hal yang sama akan terjadi sekiranya klien tidak mempunyai pengalaman
dalam perolehan pembinaan. Dalam industri pembinaan, terdapat beberapa kaedah
perolehan yang sering kali digunakan dalam membuat sesuatu projek. Sekiranya
klien telah membiasakan diri dengan perolehan-perolehan yang sering digunakan,
kerja-kerja perancangan reka bentuk dan pembinaan serta komunikasi dalam
perhubungan antara klien dengan pasukan projek dapat dipermudahkan.
2.5.2.2 Kategori Firma, Parameter Reka Bentuk dan Maklumat
Firma mempunyai peranan yang penting dalam memastikan anggaran yang
dihasilkan tepat dan boleh dipercayai. Penghasilan anggaran yang tepat dipengaruhi
oleh pengalaman pasukan projek itu sendiri. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Trost dan Oberlender (2003), faktor pengalaman pasukan dan maklumat mendapat
18.9%. Manakala dalam kajian yang berbeza oleh Alumbugu P. O. et. al. (2014)
menyatakan penghasilan anggaran oleh individu yang berpengalaman dalam firma
akan memberikan kualiti ketepatan anggaran yang sewajarnya di peringkat
konseptual.
Sekiranya sesebuah firma itu mempunyai individu yang mahir dalam
menganggar kos atau mempunyai pengalaman 10 hingga 20 tahun pengalaman
dalam bidang pembinaan, kerja-kerja menganggar akan menjadi lebih cepat dan
mudah. Hal ini disebabkan oleh, kepakaran dan pengalaman yang banyak dalam
bidang tersebut mampu memberikan gambaran kasar tentang kos yang terlibat dalam
36
anggaran tersebut serta kaedah yang paling sesuai digunakan bagi membuat sesuatu
anggaran. Perolehan maklumat yang lengkap dan terperinci daripada pasukan projek
yang lain juga membantu dalam memberikan maklumat anggaran kos yang lebih
lengkap, tepat dan bermakna.
2.5.2.3 Kategori Ciri-ciri Projek
Ciri-ciri projek merupakan skop yang sangat luas untuk dibincangkan.
Sesuatu projek itu bergantung kepada tahap kerumitan projek yang dicadangkan.
Kerumitan projek ini bergantung kepada jenis projek, lokasi, saiz dan jangka masa
projek malah ia bergantung kepada keadaan dan keperluan di tapak bina.
Jenis projek menjadi faktor dalam ketepatan anggaran kos awal dapat
dibuktikan dengan dapatan kajian yang menerangkan bangunan pendidikan
mempunyai ketepatan 5.16% yang merupakan ketepatan yang paling hampir dengan
ketepatan yang dicadangkan iaitu 10%. Ketepatan bangunan pendidikan lebih tepat
berbanding bangunan perubatan dan pejabat disebabkan oleh reka bentuk pembinaan
sekolah hampir sama.
Berdasarkan dapatan kajian oleh Azman (2012), kesilapan dalam membuat
anggaran bagi saiz projek yang besar lebih konsisten berbanding dengan saiz projek
yang kecil. Beliau menerangkan dengan lebih terperinci lagi bahawa, tahap
konsistensi ini berbeza dengan yang dijalankan oleh kajian lain. Hal ini kerana,
juruukur bahan memberikan lebih perhatian terhadap projek yang berskala besar
kerana projek sebegini mempunyai kepentingan yang lebih tinggi.
Dalam kajian yang sama, beliau turut membincangkan berkenaan dengan
lokasi projek. Menurut beliau, terdapat perbezaan dalam kesilapan anggaran di
37
negeri yang berbeza. Ini disebabkan oleh faktor ekonomi yang memberi impak
kepada harga kos pembinaan.
2.5.2.4 Kategori Kaedah Perolehan dan Keperluan Kontrak
Bagi kategori ini, syarat kontrak yang jelas, cara penilaian tender, jumlah
kerja-kerja yang memerlukan kepakaran dan jenis kontrak menjadi faktor dalam
ketepatan anggaran kos. Menurut Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Munther
Abdel-Hadi (2013) berdasarkan Dysert (2006) menyatakan syarat-syarat kontrak dan
spesifikasi yang jelas dapat memastikan servis yang terbaik dapat diberikan oleh
kontraktor dan melindungi organisasi daripada kerugian dan kecacatan.
2.5.2.5 Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran
Azman (2012) menyatakan kenaikan jumlah pembida dalam sesuatu projek
akan menyebabkan anggaran mempunyai kesilapan yang lebih tinggi. Beliau
memberi penerangan dengan lebih mendalam melalui penyataan Skitmore (2002)
yang menyatakan hubungan antara konsistensi dengan jumlah pembida tidak dapat
dikenal pasti. Hal ini kerana ia bercanggah dengan model efficacy yang
mencadangkan konsistensi akan berkurang dengan penambahan pembida.
38
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang prosedur yang dijalankan sepanjang proses
kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian. Objektif kajian adalah seperti
berikut:-
1. Untuk mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-
kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender
2. Untuk mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek
Bab ini juga membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan bagi
mendapatkan data dan menganalisis data untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat
dan diingini. Metodologi kajian ini merangkumi proses kajian, data kajian, sampel
kajian, instrumen kajian serta kaedah penganalisaan data.
39
3.2 Proses Kajian
Metodologi kajian ini mempunyai lima (5) peringkat yang merangkumi
peringkat perancangan kajian, kajian literatur, metodologi kajian, analisis data serta
kesimpulan dan cadangan.
Pada peringkat perancangan kajian, isu yang timbul dibincangkan dan diolah
untuk dijadikan persoalan. Persoalan ini membantu dalam membentuk arah tuju
kajian dan terhasilnya objektif serta skop kajian. Kemudian, pengumpulan data
sekunder dilaksanakan bagi mengolah dan membentuk kajian literatur yang
bertepatan dengan isu, persoalan serta objektif kajian yang hendak dicapai.
Setelah itu, proses metodologi kajian dilakukan. Proses ini dijalankan bagi
mengetahui reka bentuk kajian yang diolah bagi mendapatkan data dan maklumat
yang bertepatan dengan objektif. Bersandarkan kepada kaedah yang bersesuaian,
sampel dan instrumen kajian dihasilkan bagi memberi panduan dalam
mengumpulkan data yang tepat dan sesuai dengan kehendak kajian.
Selepas proses pengumpulan data dijalankan, penganalisaan data dilakukan.
Analisis data ini melibatkan proses semakan dan tafsiran data yang bermanfaat yang
kemudiannya dijadikan maklumat bagi tujuan perbincangan dapatan kajian.
Perbincangan dapatan kajian ini melibatkan tafsiran maklumat-maklumat ini ke
dalam bentuk jadual. Akhir sekali, kesimpulan dan cadangan bagi keseluruhan
kajian dilakukan berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi.
40
PERINGKAT 1 - PERANCANGAN KAJIAN
• Penentuan bidang kajian
• Mengenal pasti isu
• Mengenal pasti persoalan, objektif dan skop kajian
PERINGKAT 2 - KAJIAN LITERATUR
• Pengumpulan data sekunder
• buku
• jurnal
• jurnal persidangan
• tesis
• laman sesawang
PERINGKAT 3 - METODOLOGI KAJIAN
• Analisis dokumen daripada fail firma ukur bahan
• Borang pengumpulan data
• data anggaran awal kos - PDA, ATDA
PERINGKAT 4 - ANALISIS DATA
• Kaedah pengiraan purata perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi
• Ditafsirkan dalam bentuk jadual
PERINGKAT 5 - KESIMPULAN & CADANGAN
Rajah 3. 1 Carta Aliran Kajian
41
3.3 Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kaedah
kualitatif. Kaedah ini menggunakan pendekatan kajian kes yang menggunakan
teknik pengumpulan data. Pengumpulan data ini bersumberkan kepada kos anggaran
awal yang diperolehi daripada analisa dokumen dari fail projek firma ukur bahan
yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Johor. Data bercetak yang dirujuk adalah
termasuk Preliminary Detailed Abstract (PDA) dan As Tendered Detailed Abstract
(ATDA).
3.4 Instrumen Kajian
Bagi mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian yang dijalankan,
kaedah borang pengumpulan data digunakan sebagai instrumen kajian. Borang
pengumpulan data yang sistematik dihasilkan bagi memudahkan proses
pengambilan, pengumpulan dan penganalisaan data.
Data yang dianalisa merupakan data yang diambil daripada dokumen Cabutan
Butir-Butir Awal atau dikenali sebagai Preliminary Detailed Abstract (PDA) dan
Cabutan Butir Butir Selepas Tender (As Tendered Detailed Abstract - ATDA).
Format borang pengumpulan data ini dihasilkan berdasarkan rujukan terhadap kajian
lepas dan kajian literatur yang dibincangkan dalam bab sebelum ini. Contoh borang
pengumpulan data dilampirkan di Lampiran A.
42
3.5 Sampel Kajian
Menurut Santosh Gupta (2007), sampel kajian bergantung kepada cara kajian
dijalankan. Bagi kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 15 projek yang dirancang
dan diuruskan oleh firma ukur bahan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor.
3.6 Penganalisaan Data
Setelah borang pengumpulan data dilengkapkan, proses penganalisaan data
akan bermula. Penganalisaan data ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian yang
dinyatakan pada permulaan bab ini. Kaedah statisitik deskriptif berdasarkan jadual
digunakan bagi pentafsiran data dan penggunaan nombor mutlak (absolute number)
digunakan sebagai angka perbezaan peratusan tanpa mengira nilai positif atau
negatif. Hal ini disebabkan oleh penilaian hanya dilakukan untuk melihat sejauh
mana tahap perbezaan anggaran dengan harga tender sebenar dan bukannya
mengambil kira anggaran yang dilakukan terkurang anggar ataupun terlebih anggar.
Bagi tujuan penganalisaan data untuk objektif pertama, pengiraan perbezaan
peratusan anggaran digunakan. Dengan menggunakan kaedah ini, purata perbezaan
anggaran bagi tempoh masa yang berbeza boleh dihasilkan. Penggunaan kaedah ini
boleh memberikan pengetahuan tentang sejauh mana peratusan perbezaan anggaran
awal projek yang dilakukan berbeza dengan harga tender sebenar.
43
Perbezaan Peratusan Anggaran ( =
= 1, 2, 3 …..
Purata Perbezaan Peratusan Anggaran ( = ∑
kesilapan anggaran
jumlah projek/sampel
Sisihan Piawaian (s) √∑
kesilapan anggaran
purata kesilapan anggaran
jumlah projek/sampel
Variasi (Var) =
Selepas pengiraan untuk purata perbezaan peratusan anggaran dilakukan,
pengiraan menggunakan sisihan piawaian (standard deviation) dan variasi dibuat
44
bagi menyokong perbezaan peratusan anggaran sekaligus mengukuhkan lagi analisis
bagi objektif kedua. Sisihan piawaian merupakan kaedah pengiraan yang digunakan
bagi menetukan sejauh mana taburan ketepatan anggaran awal daripada purata
perbezaan anggaran awal (Bruno and Joslin, 2005). Manakala, variasi digunakan
bagi menentukan tahap konsistensi anggaran awal yang dilakukan.
Sisihan piawaian telah dilabelkan sebagai kaedah yang diterima pakai untuk
pengiraan ketepatan. Ini turut dijelaskan oleh Flanagan dan Skitmore. Kedua-dua
pengkaji ini menyatakan kaedah sisihan piawaian merupakan kaedah yang paling
sesuai bagi menganalisa ketepatan anggaran awal kos. Hipotesis dalam
menggunakan kaedah sisihan piawaian ini adalah semakin kecil nilai kesilapan
anggaran, semakin tinggi tahap ketepatan anggaran awal.
Untuk mengukuhkan lagi ketepatan anggaran, pengiraan variasi dinilai.
Pengiraan ini melibatkan pembahagian sisihan piawaian dengan purata kesilapan
anggaran. Variasi dikira bagi mengetahui konsistensi ketepatan. Semakin tinggi
variasi koefisien, semakin tidak konsisten sesuatu ketepatan yang dikira.
Bagi kesemua formula yang dinyatakan di atas, pengiraan akan dihasilkan
menggunakan Microsoft Excel 2010 bagi mendapatkan pengiraan yang tepat dan
memudahkan penghasilan maklumat.
Bagi kaedah regresi, jumlah sampel yang diperlukan untuk mendapatkan data
yang tepat menurut Samuel (1991) berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nunnally
(1978) adalah minimum 100 sampel sekiranya pembolehubah yang digunakan adalah
2 ataupun 3. Bagi Cohen (1988) dalam Samuel (1991) menyatakan bahawa sampel
minimum yang digunakan adalah 24 sahaja sekiranya kajian hanya menggunakan
satu pembolehubah. Manakala, menurut Salgueiro dan Seixas (2017), menambahkan
bilangan mata data (data points) dapat meningkatkan lagi parameter anggaran dan
45
mengurangkan risiko data yang tidak tepat. Minimum mata data yang diperlukan
bagi mendapatkan regresi analisis yang baik adalah sebanyak 12 mata data.
46
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan berdasarkan
metodologi dan reka bentuk kajian yang telah diterangkan dalam bab sebelum ini.
Dalam bab ini, penganalisaan data dilakukan berdasarkan data yang telah diperolehi
daripada firma. Data akan diproses dan dianalisis bagi memastikan kebolehgunaan
data tersebut untuk mencapai objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1 iaitu
bagi mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-kontrak
yang berbeza berbanding dengan harga tender dan mengenal pasti pola ketepatan
anggaran awal projek.
4.2 Analisis Data
47
Jadual 4. 1 Ringkasan Perbezaan Peratusan Anggaran Awal dengan Harga Tender
Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan
Projek Harga
Tender (RM)
Anggaran
(RM)
Perbezaan
dengan
Harga
Tender (%)
Anggaran
(RM)
Perbezaan
dengan
Harga
Tender (%)
Anggaran
(RM)
Perbezaan
dengan
Harga
Tender (%)
A 52,750,000.00 - - 52,002,838.40 1.42 53,167,310.00 0.79
B 16,085,000.00 16,800,000.00 4.45 18,544,988.00 15.29 - -
C 10,205,603.46 10,624,043.00 4.10 - - - -
D 35,000,000.00 31,663,268.73 9.53 28,691,424.30 18.02 25,063,072.00 28.39
E 4,428,000.00 4,488,000.00 1.36 - - - -
F 19,155,994.16 22,448,608.35 17.19 - - - -
G 11,999,866.20 12,873,104.00 7.28 - - - -
H 23,389,898.07 - - 24,223,055.90 3.56 - -
I 14,130,000.00 14,537,900.00 2.89 13,953,042.00 1.25 - -
J 11,990,000.00 15,328,000.00 27.84 16,023,586.00 33.64 - -
K 20,254,953.65 22,228,571.16 9.74 21,356,469.36 5.44 - -
L 4,115,000.00 - - - - 4,360,423.35 5.96
M 800,100.00 - - 947,454.85 18.42 - -
N 10,523,385.00 10,749,302.50 2.15 10,578,000.00 0.52 - -
O 9,333,117.13 - - 8,081,947.75 13.41 - -
Purata
Perbezaan
dgn Harga
Tender (%)
0.00
8.65
11.10
11.72
48
Jadual 4.1 menunjukkan ringkasan perbezaan peratusan anggaran awal
dengan harga tender bagi 15 buah projek yang digunakan bagi tujuan penganalisaan.
Projek-projek ini dilabelkan sebagai Projek A sehingga Projek O. Jadual 4.1 ini
digunakan bagi menerangkan analisis bagi objektif pertama dan kedua.
4.2.1 Objektif Pertama
Objektif pertama: Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada
peringkat pra-kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender
Bagi mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender
sebenar, anggaran awal bagi projek-projek tersebut dicatatkan dalam bentuk garis
masa. Garis masa yang digunakan bagi menganalisa perbezaan anggaran awal pada
peringkat berbeza ialah setiap tiga (3) bulan. Garis masa yang dianalisa dalam kajian
ini hanya mengambil kira anggaran awal dari 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga
tarikh tender sebenar kerana tempoh masa ini merupakan tempoh masa yang boleh
didapati daripada data yang telah diperoleh.
Bagi kajian ini, disebabkan oleh sampel kos yang diambil adalah daripada
bangunan yang berbeza, penggunaan nilai mutlak (absolute value) digunakan bagi
mendapatkan keputusan analisis yang lebih tepat. Perbezaan peratusan anggaran
ditentukan dalam bentuk nilai mutlak tanpa mengambil kira anggaran tersebut
terkurang anggar atau terlebih anggar. Seperti yang dikehendaki dalam objektif
pertama, anggaran hanya mengambil kira perbezaan peratusan dengan harga tender
sahaja.
49
Jadual 4. 2 Purata Perbezaan Peratusan Anggaran dengan Harga Tender
Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan
Purata Perbezaan
Anggaran dengan
Harga Tender (%)
0.00 8.65 11.10 11.72
Berdasarkan Jadual 4.2, peratusan purata perbezaan anggaran dengan harga
tender ditentukan dengan menggunakan perbezaan peratusan anggaran bagi setiap
projek terlebih dahulu. Kemudian, jumlah keseluruhan peratusan akan dikira dan
dipuratakan. Hasilnya, purata perbezaan peratusan anggaran dengan harga tender
diperolehi.
Bagi tempoh masa sembilan (9) bulan sebelum tarikh tender, purata
perbezaan peratusan anggaran adalah sebanyak 11.72% diikuti oleh penurunan
sebanyak 0.62% pada enam (6) bulan sebelum tarikh tender dengan peratusan
sebanyak 11.10%. Manakala bagi tiga (3) bulan sebelum tarikh tender, peratusan
berkurangan kepada 8.65%. Peratusan perbezaan anggaran awal projek dengan
harga tender menunjukkan perubahan peratusan dalam lingkungan 8% sehingga
12%.
Berdasarkan kepada peratusan ini, analisa terhadap anggaran awal projek
menggambarkan terdapat perbezaan dalam anggaran awal daripada peringkat pra-
kontrak sehingga menghampiri tarikh tender. Faktor yang mempengaruhi peratusan
perbezaan anggaran awal dengan harga tender ini memberikan gambaran tentang
ketepatan anggaran awal yang diramalkan oleh juruukur bahan. Ketepatan anggaran
awal ini berkait rapat dengan objektif kedua yang digunakan untuk mengenal pasti
pola ketepatan anggaran awal projek. Pola ketepatan ini akan diperincikan dalam
sub-topik yang seterusnya.
50
4.2.2 Objektif Kedua
Objektif kedua: Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek
Selaras dengan objektif kedua, pola ketepatan anggaran awal projek dapat
dilihat berdasarkan keputusan analisis daripada objektif pertama. Melalui purata
perbezaan anggaran awal dengan harga tender dalam Jadual 4.2, pola ketepatan bagi
anggaran awal daripada 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga kepada tarikh tender
sebenar dapat dilihat dengan jelas.
Selain menggunakan purata perbezaan anggaran untuk menentukan pola
ketepatan anggaran awal projek, pengiraan sisihan piawaian dan variasi digunakan
dalam menentukan ketepatan anggaran. Sisihan piawaian dan variasi digunakan
dalam menentukan sejauh mana perbezaan anggaran daripada keseluruhan kos harga
tender. Pengiraan menggunakan kedua-dua kaedah ini memberikan perbandingan
yang jelas dengan menggunakan kaedah purata perbezaan dan membuktikan bahawa
purata perbezaan dan nilai sisihan piawaian serta variasi adalah berkait rapat.
Jadual 4. 3 Peratusan perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi
Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan
Purata Perbezaan
Anggaran dengan
Harga Tender (%)
0.00 8.65 11.10 11.72
Sisihan Piawaian
(%) 0.00 8.25 10.67 14.67
Variasi (%) 0.00 0.68 1.14 2.15
Bagi menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan di
atas, Jadual 4.3 menunjukkan keputusan analisa dalam bentuk peratusan bagi purata
51
perbezaan, sisihan piawaian dan variasi. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan bagi
setiap kaedah mengalami penurunan secara beransur-ansur dari 9 bulan sebelum
tarikh tender sehingga ke tarikh tender sebenar.
Apabila purata perbezaan anggaran mengalami penurunan dari 11.72% ke
11.10% pada 6 bulan sebelum tarikh tender, peratusan bagi sisihan piawaian dan
variasi juga menurun. Bagi sisihan piawaian, peratusan pada tempoh masa 6 bulan
sebelum tarikh tender menjadi 10.67% dan bagi variasi menjadi 1.14%.
Daripada analisa peratusan tersebut, dapat dinyatakan bahawa ketepatan
anggaran awal menjadi semakin tepat apabila tarikh tender semakin hampir dan
penurunan peratusan sisihan piawaian dan variasi menunjukkan tahap konsistensi
anggaran semakin konsisten. Ketepatan anggaran semakin meningkat apabila
menghampiri tarikh tender dan ini dipengaruhi oleh tempoh masa yang telah dikaji.
Tempoh masa ini berkait rapat dengan peringkat pelan rangka projek.
Anggaran awal kos yang dijalankan pada tempoh 6 bulan dan 9 bulan
sebelum tarikh tender ini mempunyai perbezaan peratusan melebihi 10% daripada
harga tender sebenar dan pada 3 bulan sebelum tender mempunyai perbezaan
peratusan kurang daripada 10% dan menghampiri 5%. Perbezaan peratusan ini
berlaku terutamanya disebabkan oleh maklumat yang diperolehi bagi membuat
pengiraan kos bagi tempoh masa tersebut adalah berbeza.
Pada tempoh 9 bulan sebelum tarikh tender, projek yang dijalankan telah
mempunyai reka bentuk cadangan. Reka bentuk cadangan ini merangkumi reka
bentuk struktur bangunan yag bakal dibina dengan memberikan perincian terhadap
sistem servis bangunan dan spesifikasi umum. Dengan mengambil kira kos bagi
spesifikasi dan sistem servis bangunan yang umum pada bangunan, anggaran awal
yang dilakukan oleh juruukur bahan akan bergantung kepada ketepatan maklumat
yang diperoleh daripada arkitek.
52
Pada tempoh 6 bulan sebelum tarikh tender, reka bentuk yang dicadangkan
telah diperincikan dengan lebih teliti dan mengambil kira kesemua elemen dalam
bangunan, susun atur dan kaedah pembinaan. Bahkan, pada tempoh ini, anggaran
awal yang dilakukan sebelum ini akan disemak semula dan setiap elemen bangunan
akan dikemas kini bagi mendapatkan anggaran yang lebih tepat berbanding dengan
sebelumnya. Malah, bagi setiap anggaran yang telah dikemas kini, juruukur bahan
akan membuat perbandingan kos dan memberikan kenyataan atau catatan mengenai
perbezaan anggaran kos yang telah berlaku.
Pada tempoh 3 bulan sebelum tarikh tender pula, reka bentuk yang lengkap,
tepat dan terperinci telah dihasilkan. Berdasarkan kepada reka bentuk ini, anggaran
yang dilakukan menjadi lebih tepat dan boleh digunakan sebagai panduan dan
rujukan bagi menentukan harga tender yang bakal dipilih semasa bidaan.
Kebanyakan anggaran awal yang perlu dikemas kini mempunyai persamaan
dalam perubahan kos bagi elemen seperti infrastruktur, kerja-kerja cerucuk, kos
bangunan dan kerja-kerja yang melibatkan mekanikal dan elektrikal. Bagi wang kos
prima dan wang peruntukan sementara, kos-kos ini tidak menyumbang kepada
perubahan yang ketara dalam menyebabkan perubahan kos keseluruhan bangunan.
Malah, perubahan dari segi kos bangunan ini melibatkan perubahan dari segi
keluasan lantai kasar atau dari segi kos meter persegi bangunan.
Berdasarkan kepada dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa tahap ketepatan
anggaran awal semakin meningkat apabila menghampiri tarikh tender dan tahap
konsistensi untuk ketepatan juga meningkat disebabkan oleh faktor maklumat yang
diperolehi sepanjang tempoh pra-kontrak.
53
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kesimpulan kajian dirumuskan berdasarkan analisa yang
dilakukan pada bab sebelumnya dan penerangan tentang sejauh mana kajian yang
dilakukan berjaya mencapai objektif kajian. Malah, masalah dan kekangan yang
dihadapi dalam menjalankan kajian ini serta cadangan penyelidikan lanjutan turut
dinyatakan dalam bab ini.
5.2 Kesimpulan dan Pencapaian Objektif
Kesimpulan dan pencapaian bagi objektif terbahagi kepada dua bahagian
berdasarkan kepada objektif kajian yang dijalankan.
54
5.2.1 Objektif Pertama
Objektif pertama: Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada
peringkat pra-kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender
Berdasarkan kepada analisa yang dijalankan dalam bab sebelum ini, dapat
dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pada anggaran awal projek pada peringkat
pra-kontrak yang berbeza sehingga menghampiri tarikh tender. Bagi kajian ini, pada
tempoh masa 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga 3 bulan sebelum tarikh tender,
perbezaan anggaran dengan harga tender adalah dalam lingkungan 8% ke 12%.
Hasil perbezaan peratusan anggaran ini menyokong cadangan yang disarankan oleh
Skitmore dan Ng (2000) yang menyatakan anggaran awal sepatutnya berada dalam
lingkungan 15%. Ketepatan anggaran ini juga berada dalam lingkungan ketepatan
anggaran yang diperolehi daripada AACE International yang menyatakan bahawa
kadar ketepatan kos bagi anggaran awal berada dalam lingkungan -20% sehingga
30%.
Pendekatan kajian melalui perbezaan pada anggaran awal projek pada
peringkat yang berbeza dengan harga tender telah menunjukkan bahawa ketepatan
anggaran kos yang semakin tepat. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa pada
tempoh masa yang berbeza sebelum tender, terdapat perbezaan dalam anggaran awal
projek.
55
5.2.2 Objektif Kedua
Objektif kedua: Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek
Selain daripada membuktikan bahawa objektif pertama tercapai, purata
perbezaan anggaran awal ini dapat membuktikan pola ketepatan anggaran awal
projek. Penurunan purata perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender
memberi gambaran tentang ketepatan anggaran awal projek. Dalam bab 1 sebelum
ini, hipotesis yang dinyatakan mengenai pola ketepatan anggaran awal projek adalah
ketepatan anggaran awal projek meningkat apabila anggaran dibuat menghampiri
tarikh tender.
Kesimpulannya, ketepatan anggaran awal projek meningkat apabila anggaran
dibuat semakin menghampiri tarikh tender. Semakin hampir dengan tarikh tender,
semakin tepat anggaran yang dibuat dan peratusan perbezaan semakin mengecil. Ini
dapat dilihat berdasarkan kepada kadar peratusan bagi purata perbezaan dengan
harga tender yang semakin menurun apabila mencapai tarikh tender.
Malah, pola ketepatan ini disokong oleh kadar peratusan bagi sisihan
piawaian dan juga variasi yang semakin berkurang apabila menghampiri tarikh
tender. Sisihan piawaian bagi keseluruhan projek di sepanjang peringkat pra-kontrak
berada dalam linkungan 8.25% sehingga ke 14.67% manakala bagi variasi berada
pada tahap 0.68% sehingga ke 2.15% . Ini menunjukkan bahawa tahap konsistensi
anggaran yang semakin meningkat bertepatan dengan kajian yang dijalankan
dijalankan oleh Cheong (1991) yang menyatakan bahawa tahap konsistensi
seharusnya berada pada tahap 5% ke 10% atau dalam lingkungan 9% (Ashworth dan
Skitmore, 1982).
56
Kaedah yang lebih sesuai seperti regresi tidak dapat digunakan dalam kajian
ini bagi membuktikan ketepatan anggaran disebabkan oleh mata data yang tidak
mencukupi. Jumlah minima yang diperlukan untuk menggunakan kaedah regresi
adalah sebanyak 12 mata data dan penggunaan mata data yang lebih banyak dapat
memberikan ketepatan yang lebih baik (Cohen, 1988 ; Samuel, 1991). Dalam kajian
ini, mata data bagi setiap tempoh masa tidak lengkap dan pengiraan hanya
mengambil kira mata data yang sedia ada berdasarkan kepada data yang diperolehi.
Bahkan, sampel minima bagi menggunakan kaedah regresi adalah sebanyak 24
sampel menurut Salgueiro dan Seixas (2017) tetapi kajian ini hanya berjaya
memperolehi 15 sampel sahaja.
57
5.3 Masalah dan Kekangan yang Dihadapi Dalam Menjalankan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa masalah dan kekangan telah dihadapi:
1. Data yang ingin diperolehi adalah sulit dan sukar untuk diberikan;
2. Data yang diberikan adalah terhad;
3. Tidak kesemua data yang diambil dapat dianalisis atas faktor data yang
diberikan oleh firma tidak lengkap atau mempunyai kesilapan pada tarikh
anggaran;
4. Terdapat firma yang sukar untuk dihubungi dan tidak mahu melayan
pelajar yang menghubungi untuk mendapatkan maklumat;
5. Terdapat projek yang diberikan oleh firma telah lama siap dan sukar
untuk mendapatkan maklumat anggaran atas sebab anggaran sudah terlalu
lama atau fail bagi projek tersebut sudah tiada.
58
5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan
Setelah menjalankan kajian ini, beberapa cadangan penyelidikan lanjutan boleh
dilaksanakan pada masa hadapan:
1. Membuat kajian yang sama tapi memberikan skop yang lebih tertumpu
mengikut jenis bangunan;
2. Membuat kajian yang mengelaskan faktor yang mempengaruhi ketepatan
anggaran awal kos;
3. Menggunakan kaedah temu bual bagi mengetahui dengan lebih lanjut faktor
yang mempengaruhi ketepatan anggaran awal.
59
RUJUKAN
Abdullah, A. (2006). Anggaran Kos Kerja Bangunan Edisi Kedua. Malaysia:
Prentice Hall.
Aibinu, Ajibade Ayodeji; Pasco, Thomas;. (2008). The Accuracy of Pre-tender
Building Cost Estimates in Australia. Construction Management and
Economics, 26(12), 1257-1269.
Alumbugu, Polycarp Olaku; Ola-awo, Wadiu Adeniran; Ibrahim, Saidu; Muhammed,
Mustapha; Abdulazeez, Abdulmumin;. (2014). Assessment of the Factors
Affecting Accuracy of Pre-tender Cost Estimate in Kaduna State, Nigeria.
IOSR Journal of Environmental Science, Toxicology and Food Technology
(IOSR-JESTFT), 8(5), 19-27.
Azman M. A. (2012). The Accuracy of Preliminary Cost Estimates in Public Works
Department (PWD) of Peninsular Malaysia. Master Thesis, University of
Malaya, Kuala Lumpur.
Brook, M. (2008). Estimating and Tendering for Construction Work Fourth Edition.
Butterworth-Heinemann.
Bruno, W. A., & Joslin, M. L. (2005). The concepts of bias, precision and accuracy,
and their use in testing the performance of species richness estimators, with a
literature review of estimator performance. Ecography, 6(28), 815 - 829.
60
Enshassi, Adnan; Mohamed, Sherif; Abdel-Hadi, Munther;. (2013). Factors
Affecting the Accuracy of Pre-Tender Cost Estimates in the Gaza Strip.
Journal of Construction in Developing Countries, 18(1), 73-94.
Greenhalgh, B. (2013). Introduction to Estimating for Construction. New York:
Routledge.
Gupta, S. (2007). Research Methodology and Statistical Techniques. India: Deep &
Deep Publications Pvt. Ltd.
International, A. (2016). Cost Estimate Classification System. AACE International.
Jumas, Dwifitra; Mohd-Rahim, Faizul Azli; Zainon, Nurshuhada;. (2015). The
Significance of Cost Variables and Their Influences on the Conceptual Cost
Estimation Accuracy. 9th ASEAN Postgraduate Seminar (APGS 2015),
Global Built Environment in Transition.
Kiew Y. H. (2009) Accuracy of Pre-tender Cost Estimates of Quantity Surveyor
Consultants. Bachelor Degree Thesis, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Kontrak, P. P. (2010). Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya.
Len, Holm; John, E. Schaufelberger; Dennis, Griffin; Thomas, Cole;. (2005).
Construction Cost Estimating Process and Practices. New Jersey: Pearson
Prentice Hall.
Oladokun, M. G., Oladokun, A. A., & Odesola, I. A. (2011). THe Accuracy of Pre-
tender Cost Estimates of Consultant Quantity Surveyors in Nigeria. Journal
of International Real Estate and Construction Studies, 1(1), 250-259.
61
Oshegale, G.E.; Wahab, A. B.;. (2014). Analysis of Relationship Between
Preliminary Estimate, Tender Sum and Final Accounts (A Case Study of
Selected Building Projects in Edo State, Nigeria). CIvil and Environmental
Research, 6(6), 76-84.
Profesor Dr. Abd. Ghani Khalid. (2008). Model Ramalan Kos Pembinaan. Laporan
Akhir Projek Penyelidikan Kontrak, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat
Pengurusan Penyelidikan.
Salgueiro da Silva, M., & Seixas, T. (2017). The Role of Data Range in Linear
Regression. The Physics Teacher, 55, 371 - 372.
Samuel, G. B. (1991). How Many Subjects Does It Take To Do A Regression
Analysis. Multivariate Behavioral Research, 26(3), 499 - 510.
Sektor Pembinaan dijangka Berkembang 8 Peratus. (12 April, 2017). Retrieved from
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sektor-
pembinaan-dijangka-berkembang-8-peratus-1.468272
Sempena Seminar Construction Industry Transformation Programme (CITP). (9
May, 2017). Retrieved from CIDB Malaysia:
http://www.cidb.gov.my/index.php/my/component/content/article/2-
uncategorised/652-sempena-seminar-construction-industry-transformation-
programme-citp?Itemid=140
Trost, S. M., & Oberlender, G. D. (April, 2003). Predicting Accuracy of Early Cost
Estimates using Factor Analysis and Multivariate Regression. Journal of
Construction ENgineering and Management, 129(2), 198-204.
Zafira Nadia Maaz (2015) Variability and Consistency of Pre-Tender Cost Estimates.
Bachelor Degree Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
62
LAMPIRAN
63
LAMPIRAN A
CONTOH BORANG PENGUMPULAN DATA
64