PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · psz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang...

30
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR DI FAKULTI ALAM BINA , UTM. SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya ERMA SHARINA BINTI MAT ZAKI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 26 A, JALAN 10 PROF.DR ZAITUN BINTI HAJI SIDIN TAMAN BUKIT MEWAH 43000 KAJANG SELANGOR TEL: 013-7191267 Tarikh: 23 April 2010 Tarikh: 23 April 2010 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Transcript of PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · psz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang...

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR DI FAKULTI ALAM BINA , UTM.

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya ERMA SHARINA BINTI MAT ZAKI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 26 A, JALAN 10 PROF.DR ZAITUN BINTI HAJI SIDIN TAMAN BUKIT MEWAH 43000 KAJANG SELANGOR TEL: 013-7191267 Tarikh: 23 April 2010 Tarikh: 23 April 2010

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan :……………………………………………………

Nama Penyelia : PROF. DR ZAITUN BINTI HAJI SIDIN

Tarikh : 23 APRIL 2010

KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR DI FAKULTI ALAM BINA, UTM.

ERMA SHARINA BINTI MAT ZAKI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………… Nama Penulis : ERMA SHARINA BINTI MAT ZAKI Tarikh : ………………………………………….

iii

DEDIKASI

Allah S.W.T

Di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan

Untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Ditujukan Khas Buat

Prof. Dr. Zaitun Binti Haji Sidin

Pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Ayahanda Dan Bonda Tercinta

Mat Zaki Bin Amer & Zaharah Binti Rasid

Yang sentiasa memberi sokongan

Untukku meneruskan perjuangan ini

Kekanda Serta Adinda Tersayang

Asha Shira, Mohd Salfarin & Ariff Farhan

Yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

Agar menjadi insan cemerlang

Rakan-rakan Yang Disayangi

Mohd Haris, Siti Nurhanes, Azri Aziz, Mohamad Syafiq, Nur Syafiq,

Ahmad Azwan, Suffian, Sri & Loh

Yang sentiasa memberi galakkan

Terima kasih di atas sokongan,

Galakan dan pengorbanan kalian

Akanku kenang selamanya insyAllah.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan semesta alam,

Yang Menguasai kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya kerana

dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, maka saya dapat menyiapkan penyelidikan

ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, kekasih Allah, Rasullullah s.a.w serta

para sahabat baginda.

Teristimewa buat ayahanda yang dikasihi, Mat Zaki Bin Amer dan bonda tercinta

Zaharah Binti Rasid yang telah banyak berkorban mendidik dan membimbing saya

sedari kecil hingga kini. Tidak lupa kepada kakak, abang dan adik di atas segala

pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Jasa dan pengorbanan kalian

tidak akan dilupakan. Moga Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya buat kami seisi

keluarga.

Terima kasih juga buat seluruh pensyarah, guru-guru yang pernah mendidik

khasnya penyelia projek, Prof. Dr. Zaitun binti Haji Sidin kerana banyak memberi

panduan, sokongan dan nasihat di dalam melaksanakan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan ditujukan buat teman-teman seperjuangan, yang dekat

mahupun yang jauh khasnya mahasiswa/i kursus SPJ dan rakan-rakan sepenyeliaan di

atas sokongan moral, semangat, idea serta kritikan membina sehingga terhasilnya

penulisan kajian ini.

Terima kasih juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T

membalas jasa baik kalian.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsepsi pembelajaran pelajar di

Fakulti Alam Bina , UTM sesi 2009/2010. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji

konstruk yang paling dominan dan kurang dominan di kalangan pelajar, samada

terdapat perbezaan konsepsi pembelajaran antara pelajar Tahun satu dan Tahun

Akhir. Subjek kajian ini terdiri daripada 101 orang pelajar Tahun Satu dan Tahun

Akhir daripada lima kursus berlainan yang dipilih melalui kaedah pensampelan

berlapis. Borang soal selidik telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data.

Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya pelajar Fakulti Alam Bina memegang

konsepsi pada tahap tinggi dengan nilai min sebanyak 4.05 dan konsepsi

pembelajaran sebagai suatu tugas (DUTY) merupakan konsepsi yang paling

dominan. Konsepsi pembelajaran bagi pelajar Tahun Satu dan Tahun Akhir adalah

berbeza dengan nilai min bagi pelajar Tahun Satu pada 3.77 dan nilai min bagi

pelajar Tahun Akhir ialah 4.15. Di samping itu, konsepsi pembelajaran sebagai suatu

tugas (DUTY) merupakan konsepsi pembelajaran yang paling dominan bagi kedua-

dua tahun pengajian. Manakala konsepsi pembelajaran yang kurang dominan ialah

pembelajaran sebagai mendapatkan maklumat (INFO) bagi pelajar Tahun Satu dan

konsepsi pembelajaran sebagai mengingati, menggunakan, dan memahami maklumat

(RUU) bagi pelajar Tahun Akhir.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify students’ learning conceptions from

Faculty of Built Environment session 2009/2010 in UTM. This study is also aimed

to identify the most and least dominant of learning conceptions among them, whether

there are differences in learning conceptions between First Year and Final Year

students. The subjects were 101 of First Year and Final Year students chosen by

using stratified random sampling from five different courses in Faculty of Built

Environment. A set of questionnaires were used to collect data. Findings indicates

that students at Faculty of Built Environment have high level of learning conceptions

with mean value 4.05. It also shows that conception of learning as a duty (DUTY) is

the most dominant conception. Conceptions of learning for First Year and Final Year

students are different based on the mean value for First Year students at 3.77 while

Final year students is 4.15. In addition, the conception of learning as a duty (DUTY)

is the most dominant for both years of study. While the least dominant conceptions

of learning is a learning as gaining information (INFO) for First Year students and

learning as remembering , using, and understanding information (RUU) for final year

students.

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN NAMA xiv

LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Operasi 9

viii

1.9 Penutup 11

2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Pembelajaran 12

2.3 Konsepsi Pembelajaran 15

2.4 Konstruk Konsepsi Pembelajaran 17

2.4.1 Konsepsi Pembelajaran Yang

Dikemukakan Oleh Saljo (1979) 17

2.4.2 Konsepsi Pembelajaran Yang

Dikemukakan Oleh Marton, Dall’ Alba

dan Beaty (1993) 18

2.4.3 Konsepsi Pembelajaran Yang

Dikemukakan Oleh Purdie dan Hattie

(2002) 20

2.5 Hubungan antara konsepsi pembelajaran

dengan pendekatan pembelajaran 22

2.6 Kajian-kajian Lepas Mengenai Konsepsi

Pembelajaran Pelajar Di Universiti 23

2.7 Disiplin pembelajaran pelajar di Fakulti

Alam Bina 24

2.8 Perbezaan konsepsi pembelajaran pelajar

berdasarkan disiplin dan tahun pengajian. 26

2.9 Penutup 28

ix

3 METODOLOGI 29

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.3.1 Populasi kajian 30

3.3.2 Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Bahagian A 34

3.4.2 Bahagian B 34

3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan Istrumen. 37

3.5.1 Kesahan instrument 37

3.5.2 Kebolehpercayaan instrumen

(kajian rintis) 37

3.5.2.1 Kaedah pengumpulan

data bagi kajian rintis. 38

3.6 Pengumpulan data bagi kajian sebenar 39

3.7 Analisis Data 40

3.8 Penutup 42

4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Dapatan kajian 44

4.2.1 Analisis Bahagian A – Demografi Responden 44

4.2.1.1 Taburan Responden Berdasarkan

Tahun pengajian 43

4.2.1.2 Taburan Responden Berdasarkan

kursus pengajian 46

4.2.1.3 Taburan Responden Berdasarkan

x

Latar belakang pendidikan. 47

4.2.1.4 Taburan Responden Berdasarkan

PNGK keseluruhan semester 48

4.2.2 Analisis Bahagian B –

Pernyataan Maklumbalas Responden. 49

4.2.2.1 Persoalan kajian 1 : Apakah tahap

konsepsi pembelajaran yang diamalkan

pelajar-pelajar di Fakulti Alam Bina? 49

4.2.2.2 Persoalan kajian 2: Apakah konstruk

konsepsi pembelajaran yang paling

dominandan kurang dominan yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar di

Fakulti Alam Bina? 55

4.2.2.3 Persoalan kajian 3: Adakah terdapat

perbezaan mengenai konsepsi pembelajaran

di antara pelajar tahun satu dan tahun akhir

bagi setiap kursus di Fakulti Alam Bina? 56

4.2.2.4 Persoalan kajian 4 : Apakah konstruk

konsepsi pembelajaran yang paling

dominan dan kurang dominan bagi

pelajar tahun satu dan tahun akhir

bagi setiap kursus di Fakulti Alam Bina. 74

4.3 Penutup 78

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 79

5.1 Pengenalan 79

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 79

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan Kajian 81

5.4 Cadangan 86

5.4.1 Cadangan Tindakan 86

xi

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 87

RUJUKAN 89

LAMPIRAN

Lampiran A-borang soal selidik 98

Pengesahan Instrumen

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1: Taburan populasi kajian pelajar tahun satu 31

dan tahun akhir di Fakulti Alam Bina

enrolmen 2009/2010.

3.2 Taburan item konsepsi pembelajaran

Conceptions of learning inventory (COLI) 35

3.3 Skala Likert bagi jawapan sub - sub item bahagian B. 36

3.4 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 36

3.5 Nilai Korelasi dan Interpretasinya 38

3.6 Pengelasan Maklum Balas Responden

Berdasarkan Skor Min 41

4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 44

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian 45

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus Pengajian 46

4.4 Taburan Responden Berdasarkan latar belakang

Pendidikan 47

4.5 Taburan Responden Berdasarkan PNGK keseluruhan

Semester 48

4.6 Konstruk konsepsi pembelajaran berdasarkan skor

xiii

Min 49

4.7 Tahap konsepsi pembelajaran mengikut bilangan

Pelajar 51

4.8 Tahap konsepsi pembelajaran mengikut tahun

Pengajian 52

4.9 Tahap konsepsi pembelajaran pelajar mengikut

kursus 53

pengajian.

4.10 Konstruk Konsepsi pembelajaran paling dominan

dan 55

kurang dominan.

4.11 Perbezaan antara konsepsi pembelajaran tahun satu

dan tahun akhir 56

4.12 Analisis ujian T berasaskan tahun pengajian

pelajar. 58

4.13 Perbezaan antara konsepsi pembelajaran berdasarkan

kursus pengajian. 59

4.14 Analisis ujian ANOVA satu hala berdasarkan kursus

pengajian pelajar 61

4.15 Perbandingan nilai signifikan antara konsepsi

pembelajaran dengan kursus pengajian. 62

4.16 Analisis ujian MANOVA bagi setiap konstruk

berdasarkan kursus pengajian pelajar 63

4.17 Ujian susulan MANOVA bagi setiap konstruk

Konsepsi pembelajaran berdasarkan kursus

Pengajian. 65

4.18 Perbezaan antara kursus pengajian dan

xiv

tahun pengajian 71

4.19 Konstruk yang paling dominan dan kurang dominan

bagi pelajar tahun satu. 74

4.20 Konstruk yang paling dominan dan kurang dominan

bagi pelajar tahun akhir. 75

4.21 taburan konstruk konsepsi pembelajaran yang paling

dominan dan kurang dominan berdasarkan kursus

pengajian. 76

xv

SENARAI SINGKATAN NAMA

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FAB - Fakulti Alam Bina

ICT - Information and Communication Technology

COLI - Conceptions of learning inventory

SPSS - Statistical Package for The Social Science ()

f - Kekerapan

% - Peratusan

AS - Amat Setuju

S - Setuju

SS - Sedikit Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SBC - Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

SBQ - Sarjana Muda Sains (Ukur Bahan)

SBL - Sarjana Muda Sains (Lanskap)

SBS - Sarjana Muda Sains (Senibina)

SBW - Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar Dan Wilayah)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 99

B Pengesahan instrumen kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan matang semenjak Malaysia

mencapai kemerdekaan. Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar

dalam mendidik anak bangsa ke arah memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah

Pendidikan Negara. Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan

melengkapkan pelajar dalam menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Semakin tinggi

ilmu seseorang itu, semakin tinggilah kedudukannya didalam masyarakat.

Oleh itu, ramai yang berlumba-lumba merebut peluang untuk belajar setinggi

mungkin. Tidak hairanlah jika institusi – institusi pendidikan tinggi samada awam

mahupun swasta, tumbuh bagaikan cendawan untuk menampung dan merealisasikan

hasrat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Universiti merupakan satu institusi

yang penting dalam membentuk generasi yang diingini dalam sesebuah negara.

Selaras dengan wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan

perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan

agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Lantaran itu, bidang pendidikan sentiasa

memainkan peranan yang amat penting. Bagi institusi pengajian tinggi,

tanggungjawabnya adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran

dan berakhlak. Maka, belajar merupakan satu proses yang penting untuk menimba ilmu

pengetahuan bagi mengasahkan bakat dan potensi yang ada pada diri pelajar untuk

kecemerlangan kerjaya mereka di masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seperti semua sedia maklum setiap pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke

menara gading merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik seperti memperolehi

keputusan yang membanggakan di dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),

diploma ataupun Matrikulasi. Mereka yang menyambung pengajian ke peringkat

universiti diwajibkan menjalani kursus dalam bidang masing-masing selama tiga, empat

atau lima tahun.

Setiap pelajar yang diterima menyambung pelajaran merupakan pelajar yang

mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak

berpeluang. Akan tetapi terdapat pelajar yang kecundang ketika menjalani kursus yang

diperolehi di universiti walaupun mendapat pointer yang tinggi sebelum diterima masuk

ke universiti. Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji lepas iaitu Melnorbaizura pada

tahun 2008 mendapati, perkara diatas terjadi kerana kejutan budaya serta faktor

persekitaran yang menjejaskan pembelajaran.

Antara cabaran pelajar masa kini ialah bukan sahaja perlu mempunyai

kecemerlangan akademik yang baik, malah perlu melengkapkan diri ke arah

kecemerlangan kerjaya yang seharusnya bermula pada awal tahun pengajian lagi dan

bukannya semasa di akhir pengajian. Tambahan pula, konsepsi pembelajaran yang

berlainan yang diamalkan semasa di sekolah dan universiti turut menjejaskan mutu

pembelajaran mereka. Jika dilihat cara pelajar Fakulti Mekanikal belajar berbeza dengan

cara pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Fakulti Alam Bina berikutan disiplin

yang dipelajari memerlukan konsepsi pembelajaran yang berlainan.

Selain itu, kehidupan pelajar universiti yang bebas dan lebih berdikari dalam

meneroka ilmu juga menyebabkan mereka yang terbiasa bergantung dengan guru semasa

disekolah menjadi lemah dalam menentukan konsepsi pembelajaran sendiri. Konsepsi

pembelajaran penting bagi setiap individu bagi memastikan pembelajaran yang

dilakukan berkualiti. Tanpa konsepsi pembelajaran yang betul, pelajar mungkin

mengalami tekanan emosi ketika menelaah pelajaran kerana merasakan ia sebagai beban

yang terlalu berat untuk dipikul.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pelajar yang cemerlang apabila memasuki

universiti berbanding di sekolah mahupun di Matrikulasi. Ini adalah kerana sistem

pemarkahan yang digunakan di universiti terbahagi kepada dua iaitu peperiksaan dan

juga kerja khusus yang masing-masing menyumbangkan markah. Oleh itu, pelajar tidak

hanya bergantung kepada peperiksaan akan tetapi dinilai berdasarkan penilaian

beterusan yang memerlukan motivasi serta komitmen daripada pelajar.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan universiti kejuruteraan dan

teknologi yang pertama di Malaysia (sumber laman web rasmi UTM). UTM

mengutamakan pendidikan teknikal dan mempunyai dua kampus, iaitu kampus utama di

Skudai yang menawarkan program bagi ijazah sarjana muda, sarjana, dan juga doktor

falsafah manakala kampus cawangan Jalan Semarak Kuala Lumpur menawarkan kursus

untuk program diploma. Kampus UTM di Skudai merupakan universiti pertama di

negeri Johor dan mempunyai sebanyak 14 fakulti. Antara fakulti yang terdapat di UTM

ialah Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektik, Fakulti Kejuruteraan Awam, dan lain-lain.

Fakulti Alam Bina (FAB) khususnya telah ditubuhkan seawal 1970 yang dikenali

sebagai Fakulti Senibina (Sumber : Laman web Fakulti Alam Bina). Lantaran empat

tahun kemudiannya iaitu pada 1974, Fakulti Senibina telah ditukar menjadi Fakulti Alam

Bina agar ia bersesuaian dengan kursus-kursus yang ditawarkan. Mengikut statistik

enrolmen pelajar pada semester 1 sesi 2009/2010, terdapat seramai 1344 pelajar yang

sedang mengikuti program (sumber ; timbalan pendaftar Fakulti Alam Bina).

Pelbagai kursus disediakan di bawah Fakulti Alam Bina bagi memenuhi tuntutan

semasa dan peluang pekerjaan agar pelajar dapat memilih kursus yang diminati

berdasarkan kelayakkan seterusnya mendalami ilmu itu. Terdapat Lima Kursus yang

ditawarkan dibawah fakulti ini iaitu pembinaan, ukur bahan, lanskap, senibina dan juga

perancangan bandar dan wilayah. Tempoh pengajian bagi setiap kursus adalah

bergantung kepada jam kredit yang diperlukan oleh sesebuah kursus itu.

Kebanyakkanya, tempoh pengajian adalah selama tiga, empat, dan lima tahun.

Setiap daripada kursus yang ditawarkan mempunyai skopnya yang tersendiri.

Menurut laman web rasmi Fakulti Alam Bina (FAB), kesemua program yang ditawarkan

direkabentuk untuk membekalkan asas akademik yang mantap dan menekankan

perkembangan kemahiran generik kepada pelajar yang mempunyai kebolehan teknikal.

Ini kerana, kebanyakkan kursus dibawah fakulti ini memerlukan pelajarnya menerapkan

kemahiran generik dalam menyelesaikan masalah, kebolehan membuat keputusan,

berpengetahuan dalam bidang berkaitan, kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, bekerja

secara berpasukan, mempunyai tanggungjawab sosial, dan sebagainya. Manakala

kebolehan teknikal diperlukan kerana rata-rata subjek yang ditawarkan memerlukan

pelajarnya mempunyai kemahiran hands-on dan kebanyakkan masa dihabiskan di studio

kerja berbanding kuliah.

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai

dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal cemerlang.

Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan

susah payah. Pelbagai program pembangunan pelajar telah diatur dan dirancang di

semua peringkat sama ada di kolej-kolej kediaman, fakulti dan universiti bertujuan untuk

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kemahiran generik.

Impak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), telah

menyebabkan pembelajaran elektronik e-learning diwujudkan untuk memudahkan

proses pembelajaran. Sistem bantuan pembelajaran seperti e-learning yang

direalisasikan oleh pihak universiti ternyata mampu memberi kemudahan kepada para

pelajar. E-learning merupakan pembelajaran maya yang merujuk kepada satu proses

dimana seseorang pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan

kebolehan melalui interaksi elektronik seperti melalui internet dan juga alat elektronik

yang lain. Dengan itu, pelajar dapat mengakses maklumat diamana-mana sahaja.

Selain itu, dengan adanya e-learning ini, pelajar-pelajar dapat mengakses

maklumat mengenai sesuatu subjek disamping mendapatkan nota-nota kuliah daripada

para pensyarah. Ia juga berperanan sebagai penghubung antara rakan-rakan kelas serta

pensyarah untuk berbincang mengenai sesuatu tajuk melalui forum perbincangan. Ia

dilihat lebih mudah, kerana tidak memerlukan komitmen masa dan tempat yang statik.

Disamping itu, pusat sumber serta makmal komputer yang disediakan disetiap

fakulti bahkan di kolej-kolej kediaman turut menyumbang kemudahan pembelajaran

agar proses pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada satu-satu tempat bahkan meliputi

seluruh kawasan universiti. Dengan segala kemudahan yang ada ini, para pelajar

seharusnya dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih bervariasi dan selesa untuk

mencapai kejayaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Konsepsi pembelajaran merupakan perkara pertama yang diajukan dalam

mengetahui proses pembelajaran seseorang seperti “Apakah maksud sebenar

pembelajaran bagi anda?” (Saljo, 1979) sebelum mengetahui gaya pembelajaran, stail

mahupun pendekatan yang digunakan mereka. Sebagai pelajar yang sudah dewasa,

pelajar seharusnya mempunyai konsepsi pembelajaran tersendiri dan konsepsi ini

mungkin berbeza diantara setiap pelajar. Hal ini berikutan konsepsi ini mungkin

dipengaruhi oleh disiplin pembelajaran yang diambil oleh mereka.

Kajian yang dijalankan mendapati terdapat enam konsepsi yang utama di dalam

pembelajaran (Bigss, 1993). Konsepsi yang dipegang pelajar amat penting dalam

menentukan tahap pembelajaran mereka. Namun belum terdapat kajian yang meninjau

konsepsi pembelajaran di kalangan pelajar – pelajar di Fakulti Alam Bina sejauh ini.

Apakah konsepsi yang terbentuk, hasil daripada pengalaman pembelajaran yang mereka

lalui sepanjang mereka belajar di Fakulti Alam Bina. Adakah konsepsi yang dipegang

oleh pelajar – pelajar ini akan berubah akibat lebih lama belajar di universiti kerana

pendedahan pembelajaran yang berbeza. Adakah konsepsi pelajar tahun satu berbeza

berbanding dengan pelajar tahun akhir kerana mempunyai pengalaman yang lebih dan

perbezaan dari segi keperluan pembelajaran yang berbeza. Apakah konsepsi yang paling

dominan dan kurang dominan yang dipegang pelajar diantara enam konstuk yang

dikemukakan. Adakah mereka memegang satu atau lebih konsepsi pada masa yang

sama.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui konsepsi pembelajaran dalam

kalangan pelajar-pelajar di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai

Johor. Dengan kajian ini, diharapkan mereka dapat mempelajari kaedah pembelajaran

yang lebih berkesan untuk menumpukan perhatian, memproses dan mengingati sesuatu

maklumat baru atau sedia ada berdasarkan konsepsi pembelajaran yang mereka bina dan

pegang.

1.4 Objektif Kajian.

Kajian ini menggariskan beberapa objektif sebagai garis panduan untuk

memastikan matlamat kajian terlaksana. Objektif yang ingin dicapai adalah seperti

berikut :

i. Mengkaji tahap konsepsi pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar di

Fakulti Alam Bina.

ii. Mengenalpasti konstruk konsepsi pembelajaran yang paling dominan dan

kurang dominan dalam kalangan pelajar-pelajar di Fakulti Alam Bina.

iii. Mengenalpasti samada terdapat perbezaan mengenai konsepsi pembelajaran

diantara pelajar tahun satu dan tahun akhir bagi setiap kursus di Fakulti Alam

Bina.

iv. Mengenalpasti konstruk konsepsi pembelajaran yang paling dominan dan

kurang dominan antara pelajar tahun satu dan tahun akhir bagi setiap kursus di

Fakulti Alam Bina.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang terbit daripada kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap konsepsi pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar di

Fakulti Alam Bina?

ii. Apakah konstruk konsepsi pembelajaran yang paling dominan dan kurang

dominan dalam kalangan pelajar-pelajar di Fakulti Alam Bina?

iii. Adakah terdapat perbezaan mengenai konsepsi pembelajaran di antara pelajar

tahun satu dan tahun akhir bagi setiap kursus di Fakulti Alam Bina?

iv. Apakah konstruk konsepsi pembelajaran yang paling dominan dan kurang

dominan bagi pelajar tahun satu dan tahun akhir bagi setiap kursus di Fakulti

Alam Bina?

1.6 Kepentingan kajian

Sistem pembelajaran di Malaysia dilihat semakin berkembang dan telah

mengalami transformasi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan ledakan

maklumat. Setiap daripada pelajar perlu memperkemaskan diri untuk menghadapi era

yang mencabar ini. Oleh itu, kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti

konsepsi pembelajaran pelajar di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

Hali ini berikutan, kajian seperti ini belum pernah dilakukan oleh pengkaji lain setakat

ini. Konsepsi pembelajaran yang di pegang oleh pelajar – pelajar di Fakulti Alam Bina

mungkin berbeza daripada konsepsi pembelajaran daripada fakulti yang lain mungkin

kerana keadaan dan keperluan pembelajaran yang berbeza.

Disamping itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan konsepsi pembelajaran

berdasarkan tahun serta kursus pengajian. Pelajar tahun satu mungkin masih terumbang

ambing dengan konsepsi pegangan mereka sendiri dan berkemungkinan berubah

mengikut tahun pengajian mereka. Pelajar tahun akhir pula berkemungkinan

menjadikan pengalaman lalu seperti keputusan peperiksaan sebagai panduan dalam

memilih konsepsi yang sesuai.

Tambahan pula, pelajar juga dapat mengenalpasti gaya serta pendekatan

pembelajaran tersendiri berdasarkan konsepsi pembelajaran yang betul untuk mencapai

pencapaian akademik yang cemerlang. Secara tidak langsung, kekuatan dan kelemahan

dalam diri pelajar juga dapat dikenalpasti. Ini dapat membantu mereka belajar menuju ke

arah kecenderungan diri bagi mengasah bakat dan potensi diri dalam pemilihan kerjaya

pada masa depan.

Bagi kepentingan universiti, ia dilihat sebagai salah satu usaha di dalam

mengekalkan prestasi akademik pelajar disamping melahirkan pelajar yang berkualiti.

Sesebuah universiti pastinya ingin mengekalkan prestasi berdasarkan visi serta misi yang

telah dirangka. Oleh itu dengan bantuan kajian ini, pihak universiti boleh melihat

sejauhmana konsepsi pelajar – pelajar terhadap pembelajaran selain melakukan

transformasi serta mengadakan program – program pembelajaran di setiap fakulti.

Aktiviti serta program yang dirangka perlu bagi menyokong dan meningkatkan kualiti

pembelajaran mereka.

1.7 Skop kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun satu dan tahun akhir bagi setiap

program pengajian bagi sesi 2009/2010 di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi

Malaysia. Satu set soal selidik disediakan untuk mendapatkan data bagi mengetahui

konsepsi pembelajaran pelajar di fakulti tersebut.

1.8 Definisi Operasi

i) Konsepsi Pembelajaran

Merujuk kepada tanggapan ataupun persepsi seseorang tentang sesuatu perkara.

Didalam kajian ini, ia merujuk kepada tanggapan pelajar terhadap pemikiran –

pemikiran tentang apa yang dikatakan mengenai pembelajaran. Terdapat enam konstruk

yang dikemukakan iaitu :

Pembelajaran sebagai mendapatkan maklumat

Pembelajaran sebagai mengingati, menggunakan, dan memahami maklumat

Pembelajaran sebagai suatu tugas

Pembelajaran sebagai perubahan peribadi

Pembelajaran sebagai proses yang tiada sempadan masa atau tempat

Pembelajaran sebagai pembentukan sosial

ii) Pelajar

Pelajar adalah seseorang yang sedang mengikuti sesuatu pembelajaran di

sesebuah institusi. Didalam kajian ini, pelajar merujuk kepada mereka yang sedang

mengikuti sesuatu program atau kursus di Fakulti Alam Bina pada tahun satu dan tahun

akhir. Pelajar – pelajar yang telibat adalah pelajar - pelajar sesi 2009/2010.

a. Pelajar tahun satu

- Merujuk kepada pelajar yang baru memulakan tahun pengajiannya untuk

sesuatu program pengajian.

b. Pelajar tahun akhir

- Merujuk kepada pelajar yang akan menamatkan pengajiannya dalam jangka

masa satu atau dua semester. Pelajar tahun akhir bagi kajian ini adalah pelajar

tahun tiga, tahun empat, dan tahun lima berdasarkan tempoh program pengajian

masing – masing.

iii) Fakulti Alam Bina

Salah satu fakulti di Universiti Teknologi Malaysia yang menawarkan lima jenis

kursus seperti pembinaan, ukur bahan, senibina lanskap, senibina, dan perancangan

bandar dan wilayah. Didalam kajian ini , Fakulti Alam Bina merujuk kepada fakulti

yang menempatkan pelajar – pelajar yang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan untuk

dikaji konseps pembelajaran mereka.

1.9 Penutup

Proses pembelajaran adalah penting di dalam kehidupan setiap manusia. Mereka

yang menganggap pembelajaran sebagai proses yang membosankan sebenarnya

meletakkan diri di dalam golongan yang merugikan diri kerana tidak menghargai

kemudahan pembelajaran yang ada di negara ini. Selain itu, sistem pendidikan di negara

kita telah berusaha sedaya upaya di dalam memastikan segenap masyarakat samada di

bandar mahupun di desa mendapat pendidikan yang setaraf.

Tambahan pula, kerajaan juga berusaha menyediakan kemudahan pembelajaran

yang serba mencukupi bagi menampung keperluan masyarakat. Bagi mereka yang

berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, seharusnya tidak leka dan terus berusaha

memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Ini adalah kerana darjat manusia dibezakan

melalui akal fikiran dan fikiran yang waras lahir daripada ilmu seseorang itu.