Perbezaan Model Assure Dan Model Addie

download Perbezaan Model Assure Dan Model Addie

of 4

description

R

Transcript of Perbezaan Model Assure Dan Model Addie

PERBEZAAN MODEL ASSURE DAN MODEL ADDIEMODEL ASSUREPERBEZAANMODEL ADDIE

Model ini telah diperkenalkanolehHeinich, Molanda, Russell(1989pengasasRosset pada tahun 1987

Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan mediadefinisiAda satu model desain pembelajaranYang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode

Model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran.fokuslima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.

1. Analyse learner(Analisis pelajar).2. State learning objectives(Nyatakan objektif pembelajaran).3. Select media and method(Pilih media dan kaedah).4. Utilise media and method(Gunakan media dan kaedah).5. Require learner response (Dapat respons pelajar).6. Evaluate(Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran).Jenis peringkat1. Analisis2. Design3. Develop4. implement5. evaluation

Model ASSUREModel ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :

A - Analisis pelajar (analyse learner)

S - Nyatakan objektif ( state objective)

S - Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials)

U - Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials)

R - Galakkan penglibatan murid ( required learner participation)E - Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)

Model ADDIEModel ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:-Analisis-Rekabentuk-Pembangunan-Pelaksanaan-Penilaian

AnalisisPada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?Menentukan sikap baru yang akan dipamerkanApakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Reka bentukDi antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentukAplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.Membangunkan papan ceritaMereka bentuk antara mukaMembangunkan prototaipMenggunakan reka bentuk visual

PembangunanKerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

PelaksanaanProjek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

PenilaianFasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.1)Peranan dan kepentingan model ASSURE dan model ADDIE.

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

2)Nyatakan persamaan dan perbezaan antara model ASSURE dan model ADDIE.

PERSAMAAN

*Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.*Setiap model ada fungsi yang tersendiri.

PERBEZAAN

- Definisi: Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media manakala model ADDIE merupakan satu model rekabentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik iaitu mode.

- Peringkat: Model ASSURE mengandungi enam langkah manakala model ADDIE mengandungi lima langkah.

-Jenis Peringkat: Model ASSURE bermula dengan menganalisis ciri-ciri pelajar, menyatakan objektif P&P, pemilihan media dan bahan pengajaran-pembelajaran, penggunaan media dan bahan pengajaran- pembelajaran, penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menilai dan semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan P&P. Model ADDIE pula bermula dengan analisis, bentuk, bina, laksana dan menilai.

-Fokus: Model ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran manakala model ADDIE merupakan asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain menjadi pedoman dalam membangun peranti dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis dan mendukung prestasi pelatihan itu sendiri.

3)Impak penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Perancangan yang rapi oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.Reka bentuk ini membantu guru membuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.

- Dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan terkawal. Guru dapat membantu dalam penyediaan disiplin yang positif dalam kalangan murid.

- Pembelajaran murid akan lebih bermakna dan menyeronokkan.Reply