Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

download Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

of 5

Transcript of Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

  • 7/28/2019 Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

    1/5

    1.0 BANDING BEZA PSV KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) DENGAN KURIKULUM BARU

    SEKOLAH RENDAH (KBSR)

    1.1 Konsep Kurikulum

    Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman terancang

    yang seelok- eloknya di timba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh

    guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Menurut Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009),

    kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan

    dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua

    pengertian tersebut, dapat dikatakan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran

    yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan. Sistem pendidikan peringkat di Malaysia pada

    masa kini adalah berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah ditukar menjadi

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1988. Sebelum KBSR wujud, sistem pendidikan di

    negara ini menggunakan Kurikulum Lama Sekolah Rendah.

    1.2 Kurikulum Lama Sekolah Rendah

    Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum

    Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dandipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,

    Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan

    dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Mata pelajaran pendidikan seni dikenali

    sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan semasa KLSR.

    Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum tahun 80- an dirancang berasaskan

    isi kandungan mata pelajaran. Namun, isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu

    mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran

    adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Antara kelemahan

    terbesar dalam KLSR adalah isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk

    mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan

    untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspekpembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh

    fahaman behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi

    perhatian yang sewajarnya.

    1.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Pada

    tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya, lanjutan itu,

    KBSR yang dikenali pada asasnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah. Secara umumnya KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia

    dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual teramasuk di dalam bidang

    perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian dan kesihatan.

    1.3.1 Matlamat

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang

  • 7/28/2019 Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

    2/5

    harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum

    berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan

    alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan

    diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemupukan

    asas seni visual boleh dirujuk kepada penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas

    dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni.

    1.3.2 Objektif

    Kurikulum PSV digubal bagi memastikan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah dibentuk dalam

    KBSR Pendidikan Seni Visual. Rajah 1 menunjukkan objektif PSV KBSR.

    1.3.3 Isi Kandungan

    Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek iaitu

    pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta

    penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan tersebut kurikulum PSV sekolah

    rendah disusun dalam empat bidang kegiatan utama. Jadual 1 menujukkan bidang- bidang yang

    terkandung di dalam PSV KBSR dan kegiatan

    kegiatan di dalam bidang- bidang tersebut.

    1)Menggambar

    -Menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis

    serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,

    struktur dan imbangan.

    -Merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.

    -Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.

    - contoh aktiviti

    1)Lukisan

    2)Catan3)Kolaj

    4)Montaj

    5)Cetakan

    6)Resis

    7)Gosokan

    8)Stensilan

    9)Percikan

    10) Gurisan

    11) Capan

    12) Mozek

    13) Poster

    2)Membuat Corak dan Rekaan

    -Memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan

    mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

    -Membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.

    -Menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan corak tertentu.

    1)corak tidak terancang

  • 7/28/2019 Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

    3/5

    i.Pualaman

    ii.Tiupan

    iii.Titisan

    iv.Ikatan dan celupan

    v.Renjisan dan percikan

    2)Corak terancang

    i.Lukisan

    ii.Catan

    iii.Cetakan

    iv.Capan

    v.Lipatan dan guntingan

    vi.Resis

    vii.Kolaj

    viii.Kaligrafi

    3)Membentuk dan Membuat Binaan-Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,

    imbangan dan kestabilan.

    -Mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

    -Memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan

    proses penghasilan seni.

    1)Arca timbul

    2)Asemblaj

    3)Mobail

    4)Stabail

    5)Model

    6)Diorama7)Boneka

    8)Topeng

    9)Origami

    4)Mengenal Kraf Tradisional

    -Memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

    -Memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

    1)Alat domestik

    2)Alat permainan

    3)Alat pertahanan diri

    4)Perhiasan diri (ornamen)

    5)Batik

    6)Tekat

    7)Ukiran

    8)Tenunan

    9)Anyaman

    10)Tembikar

    1.3.4 Pendekatan

    Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif,

  • 7/28/2019 Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

    4/5

    interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, menghargai

    nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

    1)Pemerhatian secara aktif.

    -Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci.

    -Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual.

    -Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

    -Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid kea rah perkembangan

    persepsi dan pemikiran abstrak.

    2)Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.

    -Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif

    dengan menggunakan alat dan dan bahan.

    -Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung

    dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

    3)Apresiasi seni visual secara mudah.-memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam

    pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

    -Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

    4)Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan - murid dipupuk nilai menyayangi dan

    menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.

    -ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan

    kepekaan.

    1.4Perbandingan KLSR dengan KBSRKBSR

    1.Bercorak pendidikan asas.

    2.Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

    3.Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.

    4.Bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat.

    5.Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.

    6.Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid.

    7.Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata

    pelajaran.

    8.Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk

    mengurangkan beban pelajar.

    9.Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu.

    10.Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan.

    KLSR

    1.Keterlaluan dalam isi kandungan. Isi kandungan yang banyak dan mengabaikan kemahiran asas.

  • 7/28/2019 Perbezaan Psv Klsr Dan Kbsr

    5/5

    2.Pelajaran berpusat kepada guru.

    3.Proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara formal dan kurang fleksibel.

    4.Mengabaikan perbezaan individu.

    5.Semua murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini mengakibatkan murid yang sederhana

    atau lemah tidak dapat mengikuti pelajaran sehingga hilang minat terhadap pelajaran dan seterusnya

    hampir- hampir menjadi buta huruf.

    6.Sukatan pelajaran amat rigid dan kadang kala menegaskan sesuatu aspek kemahiran sahaja.

    7.Terlalu banyak mata pelajaran di peringkat awal membebankan pembelajaran.

    8.Pengajaran berasaskan cara kelas.

    9.Mengutamakan kegunaan buku teks dan kapur, tetapi sedikit alat bantuan mengajar yang lain.

    RUJUKAN

    1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5.

    Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan

    Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    3)Mazlam Othman, Ruzitah Tapah. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah

    Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    4)Rahmat Salihon. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Shah Alam: Oxford

    Fajar Sdn. Bhd.

    5)Tiada Penulis. (1986). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Lima. Kuala Lumpur: Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    6)Tiada Penulis. (1986). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    7)Tengku Zawawi b Tengku Zainal. Pengaruh aspek psikologi dan pedagogi dalam pembentukan

    kurikulum Matematik. http://mujahid.tripod.com/math6.html. dilayari pada 12 Februari 2010.

    8)Tiada Penulis. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.

    http://www.ppk.smkdpk.com/hsp/hsp_seni.html#. Dilayari pada 09 Februari 2010.

    9)Tiada penulis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )

    http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. dilayari pada 09 Februari 2010