Perbezaan sastera melayu dengan sastera bangsa bangsa lain

3
Perbezaan Sastera Melayu dengan Sastera Bangsa-bangsa Lain Setiap bangsa mempunyai karya kesusasteraan masing-masing sama ada dalam bahasa ibundanya ataupun dalam bahasa bangsa lain. Hasil sastera yang ditulis dalam bahasa lain dapat dilihat dengan banyak terutama sekali di Malaysia yang berbilang kaum dan nasionaliti. Setiap hasil sastera mempunyai ideologi dan kreativiti yang berbeza bergantung kepada siapa si pengkarya. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai perbezaan yang dapat dilihat sama ada ketara ataupun tidak antara sastera Melayu dengan sastera-sastera lain di dunia. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah dari segi genre hasil kesusasteraan. Karya sastera Melayu seperti prosa tradisional banyak menerapkan unsur-unsur kuasa luar biasa atau pun supernatural. Contohnya, terdapat penekanan pada perihal kuasa-kuasa ajaib dan sakti raja-raja pada zaman dahulu serta wujudnya makhluk-makhluk seperti dewa, dewi dan bidadari sebagai salah satu watak dalam prosa tersebut. Hal ini berbeza dengan hasil kesusasteraan dari Barat contohnya, mereka kurang menerapkan genre ini dalam hasil karya mereka malah banyak menggunakan genre yang lebih realistik. Seterusnya, perbezaan yang paling dominan ialah gaya bahasa yang digunakan. Hal ini sangat ketara kerana penggunaan bahasa dalam sastera antara satu bangsa dengan bangsa yang lain juga berbeza. Walau bagaimanapun, konsep kiasan bahasa yang digunakan dalam karya-karya masih sama jika sastera-sastera tersebut dibandingkan. Misalnya, sastera Melayu lebih cenderung menggunakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris manakala sastera Indonesia lebih cenderung menggunakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Belanda dalam hasil sastera mereka. Bahasa Melayu- Indonesia juga mempunyai dialek Riau dan Jawa yang agak pekat. Selain itu, bentuk ataupun cara penulisan puisi tradisional Melayu seperti pantun dan syair berbeza daripada

Transcript of Perbezaan sastera melayu dengan sastera bangsa bangsa lain

Page 1: Perbezaan sastera melayu dengan sastera bangsa bangsa lain

Perbezaan Sastera Melayu dengan Sastera Bangsa-bangsa Lain

Setiap bangsa mempunyai karya kesusasteraan masing-masing sama ada dalam bahasa ibundanya ataupun dalam bahasa bangsa lain. Hasil sastera yang ditulis dalam bahasa lain dapat dilihat dengan banyak terutama sekali di Malaysia yang berbilang kaum dan nasionaliti. Setiap hasil sastera mempunyai ideologi dan kreativiti yang berbeza bergantung kepada siapa si pengkarya. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai perbezaan yang dapat dilihat sama ada ketara ataupun tidak antara sastera Melayu dengan sastera-sastera lain di dunia.

Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah dari segi genre hasil kesusasteraan. Karya sastera Melayu seperti prosa tradisional banyak menerapkan unsur-unsur kuasa luar biasa atau pun supernatural. Contohnya, terdapat penekanan pada perihal kuasa-kuasa ajaib dan sakti raja-raja pada zaman dahulu serta wujudnya makhluk-makhluk seperti dewa, dewi dan bidadari sebagai salah satu watak dalam prosa tersebut. Hal ini berbeza dengan hasil kesusasteraan dari Barat contohnya, mereka kurang menerapkan genre ini dalam hasil karya mereka malah banyak menggunakan genre yang lebih realistik.

Seterusnya, perbezaan yang paling dominan ialah gaya bahasa yang digunakan. Hal ini sangat ketara kerana penggunaan bahasa dalam sastera antara satu bangsa dengan bangsa yang lain juga berbeza. Walau bagaimanapun, konsep kiasan bahasa yang digunakan dalam karya-karya masih sama jika sastera-sastera tersebut dibandingkan. Misalnya, sastera Melayu lebih cenderung menggunakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris manakala sastera Indonesia lebih cenderung menggunakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Belanda dalam hasil sastera mereka. Bahasa Melayu-Indonesia juga mempunyai dialek Riau dan Jawa yang agak pekat.

Selain itu, bentuk ataupun cara penulisan puisi tradisional Melayu seperti pantun dan syair berbeza daripada sastera bangsa lain. Puisi-puisi tradisional Melayu mempunyai bentuk terikat. Selalunya mempunyai empat baris dalam satu rangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam setiap baris juga mempunyai bilangan yang hampir sama. Rima akhir puisi tersebut juga mempunyai persamaan. Dua baris pertama puisi ini terdiri daripada pembayang dan baris seterusnya mempunyai mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Cara penulisan ini jarang dilihat dalam hasil kesusasteraan bangsa lain terutama sekali bangsa yang bukan daripada Asia Tenggara.

Di samping itu, perbezaan antara sastera Melayu dengan sastera bangsa lain ialah latar belakang sesuatu cerita yang disampaikan. Kebanyakan hasil kesusasteraan seperti drama ataupun cerpen penulis dari Malaysia mempunyai latar masyarakat penduduk yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dengan latar belakang yang berbeza-beza yang hidup bersama-sama. Berbeza dengan bangsa lain, umum mengetahui kebanyakan mereka hanya hidup dalam kalangan bangsa mereka sendiri sahaja.

Akhir sekali, sastera Melayu berbeza dengan sastera lain dari segi cara dan intonasi semasa menyampaikan sesuatu hasil sastera. Masyarakat Melayu terkenal dengan

Page 2: Perbezaan sastera melayu dengan sastera bangsa bangsa lain

pelbagai cerita rakyat pelbagai kaum. Pasca era kemodenan, penyampaian cerita-cerita rakyat, puisi dan sebagainya menjadi salah satu cara masyarakat Melayu mengisi waktu senggang mereka. Hasil sastera ini pula disampaikan dengan cara yang tersendiri bagi menarik perhatian para pendengar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Syair merupakan hasil sastera yang mempunyai perbezaan paling ketara dari segi intonasi sewaktu menyampaikannya.

Kesimpulannya, hasil kesusasteraan setiap bangsa mempunyai keunikan dan keindahan bahasa yang tersendiri. Oleh itu, kita haruslah menghargai setiap karya-karya sastera daripada apa-apa bangsa sekalipun. Kita juga perlulah memberikan sokongan moral kepada pengkarya-pengkarya yang baru menceburi bidang ini. Hal ini kerana mereka sedang berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan cuba menyampaikan mesej yang positif melalui hasil penulisan mereka.