Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

download Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

of 3

Transcript of Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

  • 8/2/2019 Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

    1/3

    PERBINCANGAN ISU WANITA DAN SUKAN

    Wanita dan sukan merupakan salah satu isu yang timbul dalam arena sukan hari ini.

    Pandangan serta stereotaip yang berbeza mengenai penglibatan wanita dalam bidang sukan

    adalah satu perkara yang normal serta sering membelenggu golongan wanita daipada bergiat

    aktif di dalam sukan. Jika dilihat dari segi agama dan kepercayaan, sukan dilihat sebagai

    masalah yang akan timbul dalam melibatkan wanita dan sukan. Berdasarkan artikel yang telah

    diperolehi, Islam tidak pernah menghalang atau menolak sukan sebagai aktiviti yang berfaedah.

    Malahan Allah sendiri berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

    `Tidak Kami mengabaikan sesuatu pun di dalam Al-Kitab

    Surah Al-Anam, 38

    .

    Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit

    fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan

    perkara duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, dengan jelas kita dapat melihat Islam tidak menghalang

    penglibatan sukan oleh wanita malahan mereka dituntut untuk sentiasa dalam keadaan cergas

    dan sihat. Malahan, pepatah Arab pernah mengatakan `Akal yang sihat adalah dari badan yang

    sihat .Pendek kata, pandangan jumud masyarakat yang terlalu fanatik dalam keagamaan telah

    menghalang penglibatan wanita di dalam sukan.

    Islam telah meletakkan batasan-batasan yang perlu diikuti Justeru, Islam telah

    menggariskan beberapa garis panduan yang perlu diikuti bagi membolehkan golongan wanita

    dapat melibatkan diri di dalam sukan. Berdasarkan artikel 4, wanita yang ingin bergiat di dalam

    sukan hendaklah memikirkan soal aurat dalam aktiviti sukan yang akan dijalankan. Misalnya,

    wanita seharusnya berpakaian menutup aurat termasuklah keseluruhan badan kecuali muka

    dan tapak tangan. Tidak menjadi permasalahan sekiranya syarat ini dilaksanakan kerana

    terdapat atlet dari negara Islam telah mempraktikkannya. Malahan ada antara mereka yang

    mendapat kejuaraan walaupun dalam keadaan menutup aurat seperti yang berlaku kepada

    pemain wanita dalam sukan sepak takraw Cahya Permata Fahrani yang memakai tudung.

    Beliau dapat melakukan servis dan kibasan kencang pada permainan tersebut malahan

    mengakui bahawa pemakaian tudung tidak membataskan wanita Islam menyertai sukan

    berkenaaan. Batas pergaulan antara lelaki dan wanita juga hendaklah dijaga dan wanita

    dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan untuk menarik perhatian lelaki.

  • 8/2/2019 Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

    2/3

    Di dalam artikel 3 pula menunjukkan betapa jumudnya sikap masyarakat tentang sukan

    dan wanita. Misalnya, 6 buah sekolah di Jeddah telah dikenakan tindakan kerana melakukan

    kesalahan menganjurkan aktiviti sukan bagi pelajar perempuan di sekolah mereka. Pihak

    kementerian pendidikan negara tersebut telah menganggap sekolah berkenaan telah

    melakukan kesalahan kerana membenarkan aktiviti sukan berkenaan dilakukan secara diam-

    diam. Sikap sebegini sememangnya menunjukkan bahawa mereka masih belum faham

    mengenai peranan wanita dalam sukan yang sememangnya tidak dihalang dalam Islam.

    Akibatnya, sikap buruk sebegini telah menjejaskan kesyumulan Islam sebagai agama yang

    universal. Kita amat terkilan kerana wanita seolah-olah tidak diberi peranan dalam menunjukkan

    kebolehan mereka di dalam sukan. Oleh demikian, perkembangan sukan oleh wanita sedikit

    sebanyak tercalar akibat sikap sedemikian. Antara kata-kata yang dapat dikutip ialah ucapan

    daripada Pengetus sekolah Al-Hamra. Ringkasnya, beliau sangat terkejut apabila menerima

    panggilan daripada kementerian pendidikan yang bertanyakan tentang pertandingan sukan

    tersebut serta sebab penganjurannya. Beliau juga telah menerima banyak panggilan telefon

    daripada syeikh-syeikh serta orang lelaki perseorangan yang menasihatkan beliau agar tidak

    menganjurkan lagi pertandingan seumpamanya pada masa hadapan, kerana ia tidak

    bersesuaian dengan fitrah wanita.

    Jika dilihat dari segi fitrah manusia, wanita juga mempunyai hak untuk mendapat hak

    kesamarataan dalam bidang kehidupan. Diskriminasi yang berlaku dalam masyarakat dunia

    hari ini ialah disebabkan kurangnya pendedahan serta pemikiran yang terlalu konservatif

    terhadap permasalahan wanita dan sukan. Walaupun telah digariskan panduan-panduan yang

    telah ditetapkan, namun mereka masih berdegil dan menganggap wanita tidak perlu bergiat di

    dalam bidang sukan kerana bertentangan dengan fitrah wanita yang lemah lembut. Mitos-mitos

    tentang wanita dan sukan masih melekat di dalam minda masyarakat hari ini sehingga amat

    sukar untuk dilupuskan. Di dalam artikel 2, Zainun Ishak telah menjalankan satu kajian

    mengenai penglibatan remaja perempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Hasil kajian

    tersebut menunjukkan golongan wanita yang bergiat aktif dalam sukan gelanggang sebanyak

    39.7%, 36.5% dalam sukan padang manakala hanya 39.7% sahaja yang aktif dalam aktiviti

    fizikal bersifat riadah seperti joging, berbasikal dan aerobik. Jika dilihat daripada hasil dapatan

    kajian tersebut, golongan wanita masih rendah dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

    Golongan wanita selalunya lebih berminat dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan,

    perubatan dan sebagainya. Justeru isu penglibatan wanita yang rendah di dalam sukan yang

  • 8/2/2019 Perbincangan Isu Wanita Dan Sukan

    3/3

    ditambah pula dengan stereotaip masyarakat yang salah tentang peranan wanita dan sukan

    menjadi pembelenggu kemajuan wanita dalam arena sukan dunia hari ini.

    Di Malaysia, isu sukan dan wanita ini telah diuruskan dengan sebaiknya. Malahan

    wanita juga mampu menunjukkan prestasi malahan telah berjaya merangkul pelbagai gelaran

    dan kejuaraan demi mengharuskan nama negara yang tercinta. Siapa yang tidak mengenali

    Datuk Nicol Ann David, jaguh nombor satu dunia dalam sukan squash. Di dalam artikel 1, kita

    tidak dapat menafikan bahawa pencapaian beliau dalam sukan skuash amat membanggakan.

    Pelbagai kejayaan yang diperolehi hasil usaha beliau, sokongan keluarga, peranan kerajaan

    dalam memberikan latihan, insentif dan sebagainya menjadi perangsang kepadanya untuk

    terus berjaya. Kejayaan beliau dalam sukan berkenaan dijadikan aspirasi kepada pasukan

    sukan yang lain dalam merebut pelbagai kejuaraan bagi mengharumkan nama negara ini.

    Justeru, pencapaian beliau sebagai seorang wanita yang berkecimpung dalam sukan ini

    amatlah membanggakan sehingga digelar sebagai lagenda skuash dunia.

    Secara kesimpulannya, kami merasakan tidak menjadi masalah bagi wanita melibatkan

    diri di dalam sukan kerana marilah kita kembali kepada tujuan sukan itu sendiri untuk

    melahirkan individu yang sihat dan merupakan aktiviti untuk kesihatan tubuh badan. Adakah

    baik sekiranya wanita tidak dibenarkan bersukan dan akhirnya melahirkan golongan wnaita

    yang tidak pradaktif, lemah, mudah terkena penyakit dan obesiti serta pelbagai lagi masalah

    kesihatan akibat pengabaian penjagaan fizikal.