PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … Ucapan KP... · 5 menganjurkan Majlis Perhimpunan...
Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … Ucapan KP... · 5 menganjurkan Majlis Perhimpunan...
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
12 JANUARI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
4
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Januari 2016 pada pagi
yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah-Pengarah dan warga kerja
Bahagian Pembangunan &
Maklumat Teknologi (PMT) serta
Pusat Latihan Kimia Malaysia
(PLKM) kerana telah mengatur dan
5
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
Hadirin sekalian,
[UCAPAN TAHUN BARU]
3. Tahun baru, azam baru dan
semestinya semangat baru. Rasanya
belum terlewat bagi saya
mengucapkan Selamat Tahun Baru
2016 kepada tuan-tuan dan puan-
puan semua. Tanpa disedari tahun
2015 telah meninggalkan kita. Saya
6
ingin mengambil kesempatan pagi ini
untuk merakamkan penghargaan dan
ucapkan jutaan terima kasih kepada
semua warga KIMIA Malaysia di Ibu
Pejabat serta Cawangan ke atas
sumbangan anda masing-masing
sepanjang tahun 2015 bagi
pencapaian prestasi dan kejayaan
Jabatan dan menjadikan tahun 2015
sungguh bermakna dalam sejarah
KIMIA Malaysia. Itu adalah secara
keseluruhan.
7
4. Namun, kita perlu tanya diri kita!
Secara peribadi, apakah yang telah
kita capai pada tahun lalu? Adakah
kerja dilakukan dengan penuh
komited? Adakah semua azam dan
datelines yang ditetapkan pada awal
tahun telah tercapai? Let us look
forward now! Tekadkan azam kita
semua untuk tahun ini dan susun
rancangan supaya ia menjadi
kenyataan. Bagi peringkat individu,
kita perlu terus bersikap positif dan
sedia bekerjasama dalam apa jua
8
keadaan. Bagi peringkat KIMIA
Malaysia pula, sebagai warganya kita
perlu sentiasa bersikap proaktif untuk
memastikan penambahbaikan
berterusan menjadi agenda utama
dalam memastikan perkhidmatan
analisis yang diberikan kepada
pelanggan sentiasa relevan dan
memenuhi kehendak mereka.
[PRESTASI 2015]
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
9
5. Untuk maju kehadapan, kita perlu
mengkaji sejarah dengan mempelajari
daripada kelemahan-kelemahan serta
pencapaian-pencapaian kita. Marilah
kita lihat sebentar masa lalu, supaya
kita dapat maju kehadapan dengan
lebih cemerlang lagi sebagai sebuah
organisasi yang dinamik, profesional,
berdedikasi, berintegriti, akauntabiliti,
berkualiti, produkttif, inovatif dan
mengamalkan komunikasi berkesan.
10
6. Sistem Pengurusan Kualiti: Saya ingin
mengimbas kembali beberapa
pencapaian kita pada tahun lalu. Pada
tahun 2015, KIMIA Malaysia terus
memantapkan lagi kecemerlangan
Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi
dengan mengekalkan akreditasi MS
ISO 9001:2008, menambah skop
akreditasi MS ISO:IEC 17025:2005
sebanyak 43 kaedah ujian dan
mendapat pengiktirafan American
Society of Crime Laboratory Directors
/ Laboratory Accreditation Board
11
(ASCLD/LAB) International bagi
migrasi Makmal Kuching, Sabah,
Perak, Terengganu dan Melaka.
Sehingga kini sejumlah 10 Bahagian
Forensik JKM telah mendapat
akreditasi ASCLD/LAB. Tiga
Cawangan lagi (Kedah, Kelantan dan
Sibu) hendaklah meletakkan sasaran
dan berusaha untuk mencapai
pengiktirafan yang amat berprestij ini.
12
7. Kejayaan Jabatan untuk
mengekalkan pensijilan dan akreditasi
dalam standard antarabangsa telah
banyak meningkatkan imej Jabatan
dan negara Malaysia di mata dunia.
Tahniah kita ucapkan kepada semua
pegawai yang bertungkus-lumus
memastikan standard kita sentiasa
mematuhi ISO 9001, ISO IEC 17025
dan ASCLD/LAB.
8. Sistem OSH: Bagi sistem OSH pula,
External Audit (Recertification Audit)
13
OHSAS 18001:2007 oleh pihak SIRIM
QAS telah dijalankan dengan jayanya
di JKMC Johor, Perak, Pulau Pinang,
Sabah (KK &Tawau) pada 2-6
November 2015 dan di Ibu Pejabat
pada 12-13 November 2015. Tempoh
persijilan OHSAS 18001:2007 pada
Januari 2016 hingga Januari 2018.
Saya juga ingin memaklumkan
bahawa sistem OHSAS 18001 akan
beralih kepada ISO 45001. Tempoh
peralihan belum ditentukan oleh pihak
SIRIM QAS. Saya berharap Bahagian
14
IKTD khususnya Unit OSH dapat
membuat persediaan untuk peralihan
kepada standard baru tersebut.
9. Piagam Pelanggan: Peratus laporan
yang dikeluarkan dalam tempoh masa
yang dijanjikan dalam Piagam
Pelanggan adalah 96.1%. Walaupun
tidak mencapai sasaran tetapi
meningkat berbanding tahun 2014
dengan pencapaian 83.3%.
15
10. Program Promosi Sains & Teknologi
yang telah dijalankan sepanjang tahun
2015 adalah sebanyak 111 program
dan mendapat sambutan yang
menggalakan dengan bilangan orang
ramai yang mendapat impak daripada
S&T tersebut adalah sebanyak 24,311
orang.
11. Pencapaian latihan pada tahun ini
amat membanggakan dimana
bilangan pegawai yang telah
menjalani latihan di Institusi luar
16
Negara adalah sebanyak 25 orang
bagi tempoh kursus > 2 minggu dan
23 orang bagi tempoh kursus < 2
minggu. Sehubungan dengan ini
sewajarnyalah KIMIA Malaysia
mampu menunjukkan prestasi lebih
tinggi hasil dari latihan yang diterima.
17
12. Prestasi kewangan:
Jumlah Peruntukan
Perbelanjaan % Perbelanjaan
Mengurus
(2015)
RM96,503,900
RM97,254,813
RM94,920,420.41
RM95,532,600.68
98.35%
98.23 %
Pembangunan RM18,620,000.00 RM12,611,000.00
RM9,785,851,79
RM12,354,879.99
96.69%
(8.5 juta dikembalikan kepada EPU)
97.97 %
Hasil (2015) RM 2,374,933.00
RM2,695,995.45
13. Kenaikan Pangkat: Seramai 159
pegawai dari kumpulan Pengurusan
Tertinggi & Profesional telah
mendapat kenaikan pangkat :
18
VK7-VU7 (2), C54-VU7 (1), C54-VK7
(3), C52-C54 (7), C48-C52 (33), C41-
C44 (113) dan terbaru pada 18/1/2016
nanti seramai 6 pegawai lagi akan di
naikan pangkat :C52-C54 (4)danC48-
C52(2) akan saya umumkan kemudian
nama pegawainya.
14. Seramai 109 pegawai dari kumpulan
pelaksana telah mendapat kenaikan
pangkat :
C32-C38 (6), C27-C32 (14), C22-C26
(30), C17-C22 (46), N11-N14 (12), N1-
N4(1)
19
15. Program Turun Padang Lawatan KP
Kimia kesemua Cawangan
Terengganu 17/3, Kuching 23/4, Johor
25/5, Sabah 4/6, Sibu 25/8, Pahang
18/9 ,Pulau Pinang 21/9, Bintulu
30/11 dan yang terakhir adalah JKM C
Kelantan pada 28/12/2015.
Hadirin sekalian,
[PELAN KORPORAT & HALA TUJU]
16. Plan korporat Jabatan harus selari
dengan teras strategik dan bidang
fokus RMKe11 yang relevan dengan
20
perkhidmatan utama Jabatan (core
competencies) iaitu perkhidmatan
analisis saintifik. Jabatan telah
menetapkan outcome dan KPI dari
setiap pelan tindakan dan strategi
yang dikenalpasti. Agensi pusat EPU
telah menetapkan bahawa Kimia
Malaysia adalah tertakluk di bawah
teras strategik 6 RMKe 11 dalam satu
forum perbincangan pada Disember
2015 iaitu:
“Merekayasa pertumbuhan ekonomi
untuk peningkatan kemakmuran’.
21
17. Justeru itu, sedikit pindaan
(adjustments) telah dibuat
berpandukan dokumen RMKe11ke
atas plan korporat Jabatan yang
dibangunkan bersama MAMPU pada
7 – 10 Jun 2015 di Hotel Awana,
Genting Highland.
18. Perancangan Strategik Jabatan Kimia
Malaysia 2016-2020]
Penetapan visi,misi dan hala tuju
adalah seperti berikut:
Visi: Peneraju dalam
perkhidmatan kimia analisis dan
22
sains forensik untuk
kesejahteraan rakyat
Misi: Kimia Malaysia adalah
komited untuk menyediakan
perkhidmatan Kimia analisis dan
sains forensik yang efisien bagi
menjamin kesejahteraan hidup
rakyat.
19. Rancangan Malaysia Ke-11, Jabatan
Kimia Malaysia.
Lapan (8) projek telah diluluskan yang
terdiri dari satu (1) projek fizikal
sambungan dan tujuh (7) projek fizikal
23
kelengkapan. Jumlah peruntukan
keseluruhan projek bagi tahun 2016
adalah RM30,165,000.00 manakala
bagi tahun 2017 adalah
RM45,413,000.00. Projek-projek yang
diluluskan adalah:
Perolehan peralatan saintifik bagi
menaiktaraf alat lama dan
mengautomasi kaedah sedia ada
Pengukuhan perkhidmatan pusat
analisis toksikologi di Jabatan
Kimia Malaysia
24
Perluasan perkhidmatan analisis
buangan terjadual di zon utara dan
selatan
Memperluaskan perkhidmatan
pemeriksaan dokumen di zon utara
(JKM Pulau Pinang)
Penubuhan makmal analisis bahan
senjata kimia Jabatan Kimia
Malaysia
Pengwujudan Centre for Metrology
in Chemistry di Jabatan Kimia
Malaysia
25
Penggantian peralatan usang untuk
perkhidmatan analisis sampel asap
dari serobong kilang (stack gas)
dan keperluan peralatan untuk
analisis tanah tercemar di Malaysia.
Pembinaan bangunan baru Jabatan
Kimia Malaysia Cawangan
Terengganu.
Hadirin sekalian,
[PEMANGKUAN PEGAWAI SAINS GRED
C52 KE C54 SERTA GRED C48 KE C52]
20. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada 4 orang Pegawai Sains atas
26
pemangkuan dari Gred C52 ke Gred
C54. Mereka adalah:
Puan Roslin Bar
En. Wong Kong Yong
En. Mohd. Jamadi bin Haji Md. Jidi
En. Khairul Hadi bin Haji Abdul Raof
21. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada 2 orang Pegawai Sains atas
pemangkuan dari Gred C48 ke Gred
C52. Mereka adalah:
Encik Muhamad Fauzi bin Ghazali
27
Tuan Haji Abdul Ghani bin Harun
22. Saya amat berharap agar atas
pemangkuan ini, anda semua akan
menggandakan usaha dan berusaha
dengan lebih gigih untuk mengangkat
tinggi nama Jabatan Kimia Malaysia
ke tahap yang lebih cemerlang.
Tahniah sekali lagi.
28
Hadirin sekalian,
[PROGRAM PELAYANAN RAKYAT &
DIALOG STI MOSTI]
23. Pada 19 Disember 2015 yang lalu,
seramai 12 orang kakitangan Jabatan
Kimia Malaysia, Cawangan Perak
telah terlibat dengan pameran sains
interaktif semasa „Program Pelayanan
Rakyat & Dialog STI MOSTI dengan
Masyarakat Orang Asli” di Dewan Tan
Sri Bernard Dompok, Perkampungan
Orang Asli, Simpang Pulai, Gopeng.
29
24. Pameran tersebut mendapat
sambutan dari masyarakat dan
terutamanya remaja orang asli bagi
menggalakkan mereka mencintai
sains dan lebih mengenali Jabatan
Kimia Malaysia.
25. Saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan kepada Pengarah serta
semua pegawai dan kakitangan JKMC
Perak atas komitmen mereka dalam
menjayakan program ini.
30
Hadirin sekalian,
[PETROSAINS PLAYSMART KUANTAN]
26. Pada 12 - 13 Disember 2015 yang
lalu, Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Pahang telah terlibat
dengan pameran bersempena
Petrosains Playsmart Kuantan:
“Mission Mystery 2015” yang
bertempat di Petrosains Playsmart
Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang.
27. Pameran yang bertujuan untuk
meningkatkan minat dan kesedaran
31
orang ramai serta menggalakan
pemikiran kritis dan kreatif mengenai
impak Sains dan Teknologi ini telah
dihadiri oleh kira-kira 400 orang
pelawat.
28. Di sini, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada Pengarah
serta semua pegawai dan kakitangan
JKMC Pahang atas kerjasama dan
usaha mereka dalam menjayakan
program ini.
32
[Hari Keluarga & Malam Mesra Kimia
2015]
29. Seperti semua sedia maklum, Hari
Keluarga dan Malam Mesra Kimia
2015 telah berlangsung di Hotel Glory
Beach Resort, Port Dickson pada 19-
10 Disember yang lalu. Saya ingin
mengucapkan tahniah kepada Kelab
Sukan & Kebajikan Kimia serta para
urusetia yang telah bertungkus lumus
dalam menjayakan program tersebut.
33
30. Program ini telah berlangsung dengan
begitu meriah dan ceria sekali. Semua
yang hadir nampak begitu
bersemangat dan gembira sekali.
Setiap program pasti ada sedikit
kekurangannya, namun usaha murni
kelab dalam menjayakan majlis ini
tidak harus dipandang enteng.
Tahniah semua!
31. Saya juga lihat program ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan
dari seluruh warga Kimia. Terima
34
kasih kepada semua yang sudi hadir.
Semangat kekitaan dan sehati sejiwa
sebegini yang kita inginkan. Terima
kasih sekali lagi.
[PENUTUP]
32. Sebelum saya mengakhiri ucapan,
saya ingin mengucapkan „Selamat
Hari Lahir‟ serta semoga panjang
umur dan murah rezeki kepada warga
Kimia yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Januari ini.
35
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.