PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap...

26

Transcript of PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap...

Page 1: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai
Page 2: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai
Page 3: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP

PERANAN GURU KAUNSELING DENGAN

KESEDIAAN PELAJAR UNTUK BERJUMPA GURU KAUNSELING

LAI MEI YEE

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai
Page 5: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

DEDIKASI

Untuk

ayah yang disanjungi

Lai Yok Thoong

dan ibu yang tersayang

Tiau Foon Thye

Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu

yang telah bersusah payah mendidikku dan memeliharaku

agar menjadi seorang manusia yang berguna

serta

adik beradik yang dikasihi

Mei Leng, Mei Yoon, Mei Ting dan Sze Ming

Segala dorongan dan sokongan yang telah kalian

berikan mengajarku erti ketabahan. Dengan ketabahan dan pengorbanan,

kejayaan ini dapat dicapai akhirnya.

Terima Kasih

Page 6: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan penghormatan yang ikhlas kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, Dr. Tan Soo Yin atas segala kesudian beliau memberi bimbingan,

tunjuk ajar, dorongan serta nasihat pakar tanpa berasa jemu sepanjang tempoh

penyediaan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Negeri, atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tanjung

Puteri, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Pengetua Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru dan semua guru yang telah banyak memberikan kerjasama ketika

proses pengumpulan data dijalankan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang disayangi atas

sokongan moral dan kewangan yang diberikan. Bantuan dan galakan keluarga sepanjang

proses menyiapkan projek ini juga akan diingati selama-lamanya.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis menyiapkan projek

penyelidikan ini.

Page 7: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan antara persepsi

pelajar Sekolah Menengah Teknik terhadap peranan guru kaunseling. Perbandingan

persepsi mereka dan kesediaan mereka juga dikaji berdasarkan faktor jantina dan aliran

jurusan. Sampel kajian melibatkan 217 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah

Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru. Soal selidik yang dibahagikan kepada

tiga bahagian iaitu buti-butir peribadi responden, persepsi pelajar terhadap peranan guru

kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling telah digunakan

dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan komputer

melalui program SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Data yang diperolehi

dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif frekuensi, peratus, min dan sisihan

piawai untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan

kesediaan berjumpa guru kaunseling. Manakala untuk analisis inferensi ujian kolerasi

Pearson ‘r’, ujian-t (dua hala) dan ANOVA (sehala) digunakan. Dapatan kajian yang

diperolehi menunjukkan persepsi terhadap peranan guru kaunseling adalah positif

manakala tahap kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling adalah sederhana.

Dapatan juga menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru

kaunseling. Pada keseluruhannya, keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan

persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa guru

kaunseling yang signifikan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik yang berlainan

jantina dan jurusan. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi beberapa

implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Page 8: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the relationship between Form Four

students’ perception of school counselors’ role and willingness to see school

counselors’. Besides that, students’ perception of school counselors’ role and their

willingness to see school counselors’ was also compared based on gender and course

attend. This study involved 217 From Four students from three Sekolah Menengah

Teknik in Johor. Questionnaire were chosen as an instrument in this research. This

questionnaire was divided into three parts namely the background of the respondents,

perception of students’ on the school counselors’ role and willingness to see school

counselors’. The data collected was analysed by using SPSS (Statistical Package For

Social Science). For the descriptive analysis, frequency, percentage, mean and

standard deviation were obtained. For inference analysis, Pearson ‘r’, t-test and

Oneway ANOVA were used. The result of the study showed that the perception of

students about the school counselors’ role was positive. However, the level of

willingness to see school counselors’ was moderate. The findings of the study also

showed that there was significant relationship between perception of students on the

school counselors’ role and their willingness to see school counselors’. As a whole,

the result of this study showed that there was no significant difference in the

perception students on the school counselors’ role and the level of willingness to see

school counselors’ among the students with respect to gender and course attend.

Pertaining to the research findings, several implications and recommendations were

discussed.

Page 9: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Hipotesis Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 10: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 13

1.9 Kesimpulan 15

BAHAGIAN DUA

BAB TINJAUAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 Kajian Lepas Tempatan 17

2.1.1 Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap

Peranan Guru Kaunseling 17

2.1.2 Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Berjumpa

Dengan Guru Kaunseling 20

2.2 Kajian Lepas Luar Negeri 27

2.2.1 Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap

Peranan Guru Kaunseling 27

2.2.2 Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Berjumpa

Dengan Guru Kaunseling 29

2.3 Kesimpulan 33

BAHAGIAN TIGA

BAB METODOLOGI

3.0 Pengenalan 35

3.1 Reka Bentuk Kajian 36

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.3 Instrumen Kajian 38

3.4 Kajian Rintis 41

Page 11: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

3.5 Prosedur Mengumpul Data Kajian 42

3.6 Analisis Data 43

3.7 Kesimpulan 46

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 47

4.1 Bahagian A: Analisis Taburan Butir-butir Peribadi

Responden 49

4.2 Bahagian B: Analisis Deskriptif 50

4.2.1 Persoalan Kajian 1: Persepsi Pelajar

Terhadap Peranan Guru Kaunseling Secara

Keseluruhan 50

4.2.2 Persoalan Kajian 2: Tahap Kesediaan Pelajar

Berjumpa Dengan Guru Kaunseling Secara

Keseluruhan 51

4.3 Bahagian C: Analisis Inferensi 52

4.3.1 Hubungan Antara Persepsi Terhadap Peranan Guru Kaunseling Dan Kesediaan

Berjumpa Dengan Guru Kaunseling 53

4.3.2 Analisis ujian-t (dua hala) Bagi Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina 54

4.3.3 Analisis ANOVA (Sehala) Bagi Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 55

4.3.4 Analisis ujian-t (dua hala) Bagi Perbezaan Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina 56

Page 12: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

4.3.5 Analisis ANOVA (Sehala) Bagi Perbezaan

Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 57

4.4 Kesimpulan 59

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 60

5.1 Perbincangan Dapatan 60

5.1.1 Taburan Butir-butir Peribadi Responden 61

5.1.2 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru

Kaunseling Secara Keseluruhan 61

5.1.3 Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan

Guru Kaunseling Secara Keseluruhan 63

5.1.4 Hubungan Antara Persepsi Pelajar Terhadap

Peranan Guru Kaunseling Dan Kesediaan

Pelajar Berjumpa Dengan Guru Kaunseling 63

5.1.5 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan

Guru Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina64

5.1.6 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 65

5.1.7 Perbezaan Kesediaan Pelajar Berjumpa

Guru Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina65

5.1.8 Kesediaan Pelajar Berjumpa Guru

Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 66

5.2 Rumusan Kajian 66

5.3 Implikasi Kajian 67

Page 13: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

5.4 Cadangan Kajian 69

5.4.1 Cadangan Tindakan 69

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.5 Kesimpulan 71

BAHAGIAN ENAM

SENARAI RUJUKAN 72-78

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 79-96

Page 14: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Frekuensi dan peratus sampel kajian

Skor bagi faktor demografi

Lima aras skala likert

Pengelasan skala likert

Pengkelasan persepsi pelajar terhadap peranan guru

kaunseling

Pengkelasan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru

kaunseling

Klasifikasi kekuatan kolerasi

Taburan responden mengikut jantina

Taburan responden mengikut jurusan

Taburan responden mengikut umur

Taburan persepsi pelajar terhadap peranan guru

kaunseling

Taburan tahap kesediaan pelajar berjumpa guru

kaunseling

Ujian kolerasi Pearson ‘r’ antara persepsi pelajar

terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan

berjumpa dengan guru kaunseing

38

39

43

44

44

45

46

49

49

50

51

52

53

Page 15: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

4.7

4.8

4.9

4.10

Analisis ujian-t (dua hala) bagi persepsi pelajar terhadap

peranan guru kaunseling berdasarkan faktor jantina

Analisis ANOVA (Sehala) bagi persepsi pelajar

terhadap peranan guru kaunseling berdasarkan faktor

jurusan

Analisis ujian-t (dua hala) bagi kesediaan pelajar

berjumpa dengan guru kaunseling berdasarkan faktor

jantina

Analisis ANOVA (Sehala) bagi kesediaan pelajar

berjumpa dengan guru kaunseling berdasarkan faktor

jurusan

54

55

57

58

Page 16: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

SENARAI SINGKATAN

% Peratus

BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

SMT Sekolah Menengah Teknik

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Packages for the Social Sciences

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Hipo nol Hipotesis Nol

N Frekuensi

SD Sisihan Piawai

p Paras Signifikan

df darjah kebebasan

Page 17: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kajian 79-83

B Keputusan Kajian Rintis (Nilai Alpha) 84-89

C Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

(GBKSM) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan

Siswazah / Siswazah (Senarai Tugas) 90-91

D Carta Aliran Bimbingan / Kaunseling 92

E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi

Krejcie & Morgan (1970) 93

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

BPPDP 94-95

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

JPN, Johor Darul Ta’zim 96

Page 18: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Aminah (1994) menyatakan bahawa merujuk kepada majalah yang bertajuk

Panduan Kerjaya di Tanah Melayu bagi Ibu Bapa, Guru-guru dan Murid-murid,

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar sekolah mula beroperasi di

Malaysia pada tahun 1939. Pada tahun 1960, Kementerian Pendidikan mengeluarkan

surat pekeliling tentang perlaksanaan perkhidmatan ini. Berkat usaha En. Russel M.

Mackencie perkhidmatan ini berkembang dengan laju sejak 1963 (Aminah, 1994).

Pada tahun 1963, beberapa surat pekeliling dimaktubkan oleh Kementerian

Pendidikan supaya setiap sekolah diwajibkan melantik guru kaunseling. Merujuk

kepada surat pekeliling KP(PP)0050/117 Jld2(1)1982, beban mengajar guru panduan

adalah dua belas waktu seminggu. Kemudian diperbaharukan dengan surat pekeliling

KP (BS-HEP) 8543/60/(91) supaya setiap sekolah menengah melantik guru kaunseling

yang sepenuh masa. Surat pekeliling Iktisas Bil. 1/1979 menyenaraikan tugas guru

Page 19: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

2

kaunseling dan diperbaharukan dengan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah (1993).

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan bermatlamat untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bertujuan untuk membantu pelajar

memahami dan menyakinkan dirinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan

persekitaran dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak

Kementerian Pendidikan menyedari hakikat ini terus menyokong penubuhan bimbingan

dan Kaunseling di setiap sekolah menengah di seluruh negara dan berusaha

mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka.

Menurut Noriah (1998), Maktab Perguruan Ilmu Khas menawarkan Sijil

Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling selama setahun dengan kursus pada tahun

1980. Pada masa yang sama Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan kursus

Diploma Kaunseling selama dua semester berbanding dengan Universiti Pertanian

Malaysia memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda mulai 1982. Apa yang mendukacitakan

ialah kaunselor di Malaysia hanya berpeluang memohon lesen di bawah Akta Kaunselor

pada tahun 1998 berbanding dengan pendaftaran sebagai seorang kaunselor di Amerika

Syarikat pada pertengahan tahun 1970 an (Azlizamani, 2002).

1.1 Latar Belakang Kajian

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sangat penting dalam dunia

pendidikan. Matlamat utamanya adalah memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang

menghadapi pelbagai masalah dalam aspek kerjaya, pelajaran, sosial dan peribadi. Dari

aspek kerjaya dan pelajaran, guru kaunseling akan mengendalikan perkhidmatan ini

Page 20: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

3

untuk mengembangkan bakat dan kebolehan diri pelajar dengan menyediakan peluang,

kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi yang sedia

ada pelajar. Ini membawa implikasi perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan

akademik secara meluas di sekolah.

Dari aspek sosial dan peribadi, Amla (1996) menyatakan bahawa Bimbingan

dan Kaunseling merupakan satu perkhidmatan penting untuk merangsang pelajar

berkembang ke arah kesejahteraan diri. Dalam hal ini, guru kaunseling juga memainkan

peranan yang penting dalam usaha mengurangkan konflik dan perubahan tingkah laku

yang dihadapi oleh pelajar. Lantaran daripada pelajar mengalami pelbagai perubahan

dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi pada peringkat meninggalkan zaman kanak-

kanak dalam kesediaan untuk memasuki ke zaman dewasa. Perubahan yang berlaku

akan menimbulkan pelbagai masalah pada pelajar, diharapkan perkhidmatan ini dapat

menjauhkan pelajar dapat terlibat dengan perbuatan salah laku, contohnya ponteng

sekolah, mencuri, merokok, merosakan harta benda sekolah, melawan guru dan

penyalahgunaan dadah. Guru kaunseling akan memberi perhatian dan sokongan kepada

pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin.

Alimuddin (1988) berpendapat pelajar pada peringkat remaja memerlukan

perkhidmatan ini untuk membentuk nilai-nilai diri, pemahaman diri sendiri dan

kemahiran berinteraksi dengan orang lain. Mereka cuba memahami diri dari segi

kebolehan dan keupayaannya untuk menghadapi cabaran perubahan teknologi yang

cepat dan pesat. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa tiada masa untuk membimbing

anak mereka kerana desakan kehidupan yang semakin berubah. Maka, beban ini

ditambahkan pada guru kaunseling untuk membantu pelajar kerana kebanyakan masa

pelajar berada di sekolah.

Secara keseluruhannya, keperluan pelajar berjumpa guru kaunseling

dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang perkembangan pelajaran dan

vokasional, perkembangan kemahiran belajar dan perkembangan kerjaya (Huzili, 1999).

Akan tetapi, tiga bidang ini adalah tidak dapat merangsang pelajar menuju ke arah

Page 21: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

4

kesejahteraan diri. Ini kerana pelajar pada masa kini menghadapi berbagai-bagai

cabaran dari segi akademik, kerjaya, personal dan hubungan pergaulan mereka (Ahmad,

2001). Guru kaunseling haruslah membuat perancangan dan pentafsiran yang berkesan

bagi membantu pelajar menghadapi pelbagai masalah yang berlainan. Menurut Mohd

Shuaib (1993), masalah utama pelajar-pelajar sekolah menengah termasuk masalah rupa

paras dan kesihatan, hubungan dalam keluarga, hubungan sosial, hubungan dengan

jantina yang berbeza, masalah akademik, masalah peribadi, masalah kerjaya masa

hadapan dan masalah seks. Maka, bidang perkembangan emosi dan perkembangan

sosial penting untuk dijalankan serentak dalam pembentukan akhlak yang mulia di

kalangan pelajar. Ringkasnya dapat disimpulkan bahawa peranan guru kaunseling

termasuk perkembangan pelajaran dan vokasional, perkembangan kemahiran belajar,

perkembangan kerjaya, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.

Apa yang dapat dipamerkan ialah guru kaunseling dijadikan sebagai wakil

pengetua, petugas urusan ketertiban dan disiplin sekolah, memeriksa kehadiran pelajar-

pelajar dan tugas lain yang bersifat pengawasan terhadap para pelajar (Abas Yusuf,

1991). Ini juga mengelirukan persepsi pelajar terhadap peranan sebenar guru

kaunseling. Tidak hairanlah terdapat persoalan yang timbul pada pelajar ialah sama ada

guru kaunseling hanya dianggap sebagai pembantu atau guru tambahan yang hanya

menjalankan aktiviti-aktiviti yang kurang penting sahaja di sekolah (Noriah, 1998).

Bahkan ada yang menganggap guru kaunseling sebagai guru yang tidak mempunyai

tugas tertentu (Noriah, 1998). Pelajar tidak bersedia berjumpa guru kaunseling kerana

pada pendapat mereka guru kaunseling kekurangan masa untuk membantu mereka.

Tambahan pula keselesaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling menurun kerana

guru kuanseling memainkan ‘dual role’ sebagai kaunselor dan guru (Lai, 1996).

Pelajar-pelajar sekolah menengah teknik berada dalam lingkungan umur 16

hingga 18 tahun iaitu di peringkat remaja. Para remaja semula jadi bersikap pemalu,

pendiam dan tidak berbincang masalah yang dihadapi berbanding dengan remaja-

remaja yang berasal dari negara-negara Barat yang bersikap terbuka dan berani. Mereka

akan menyimpan masalah peribadi tanpa menyelesaikannya dengan berjumpa dengan

Page 22: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

5

guru kaunseling (Usha, 2000). Menurut Sharifah Alwiah (1986) terdapat segelintir

pelajar tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah. Masalah yang disimpani

lama kelamaan akan menimbulkan ketegangan dan gangguan emosi kepada pelajar.

Pada anggapan mereka bahawa orang dewasa tidak memahami masalah remaja. Ahmad

(2001) menyatakan bahawa kesediaan untuk pendedahan kendiri jarang berlaku di

kalangan pelajar untuk bersedia berjumpa dengan guru kaunseling berbanding dengan

keluarga dan rakan-rakan mereka. Ini sama dengan penemuan Alimuddin (1988) iaitu

apabila mengatasi masalah pilihan yang terakhir pelajar adalah berjumpa dengan guru

kaunseling.

Lai (1996) mendapati bahawa ramai guru kaunseling dikenali sebagai pemberi

nasihat. Ini kerana guru kaunseling memainkan peranan penting melatih pelajar

mengenal pasti proses mengenal masalah dan seterusnya berusaha untuk mencari

penyelesaian masalah mereka masing-masing. Akan tetapi, pelajar beranggap bahawa

guru kaunseling ingin memaksa mereka mengikut arahan yang sudah ditetapkan. Pada

hal ini, guru kaunseling hanya membimbing pelajar menuju ke tujuan yang bersesuaian

dengan potensi dan kebolehan yang sedia ada pada mereka supaya pelajar akan

menimbangkan pilihan-pilihan yang ada dan mengambil keputusan-keputusan yang

sewajarnya. Tambahan pula, guru-guru berpandangan negatif terhadap perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling bahawa ia tidak berkesan dan hanya sebagai pemberi

khidmat nasihat (Suradi Salim, 1994). Ini kerana pelajar-pelajar sentiasa dalam kontek

dengan guru-guru, guru akan lebih memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh

mereka. Jadi, segala persepsi guru mengenai peranan guru kaunseling serta

perkhidmatannya turut mempengaruhi tahap kesediaan pelajar berjumpa dengan guru

kaunseling.

Pelajar beranggapan bahawa seseorang yang berjumpa dengan guru kaunseling

untuk mendapat perkhidmatan adalah bermasalah teruk atau terdapat sesuatu yang tidak

betul pada klien (Downing dan Harrison, 1992). Pengaruh guru amat besar dalam

kehidupan pelajar, maka guru haruslah bekerjasama dalam memperbaiki persepsi dan

penerimaan perkhidmatan ini di kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar dapat

Page 23: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

6

memperbetulkan persepsi yang salah bahawa guru kaunseling adalah bersedia

membantu klien dan bukannya kepada pesakit. Ini akan meningkatkan keselesaan

pelajar untuk berjumpa dengan guru kaunseling.

Menurut Usha (2000) pelajar sekolah menengah masih tidak faham peranan

sebenar guru kaunseling. Beliau berpendapat sekiranya pelajar menyedari kepentingan

perkhidmatan ini mereka memberi sambutan yang baik terhadap perkhidmatan ini.

Dengan kata lain, pemahaman tentang peranan guru kaunseling penting untuk

menaikkan kesediaan pelajar menerima guru kaunseling itu. Contohnya pelajar telah

mengetahui peranan guru kaunseling akan berjumpa dengan guru kaunseling apabila

menghadapi peralihan peringkat pendidikan, terutamanya pada masa membuat

keputusan untuk memilih jurusan bagi pelajar dalam tingkatan empat. Pelajar-pelajar

tingkatan lima lebih rela berjumpa guru kaunseling dalam membuat perancangan

melanjutkan pelajaran atau ingin mula bekerja.

Memandangkan negara kita mempunyai pelbagai budaya, pelajar yang bersedia

untuk berjumpa dengan guru kaunseling ini juga mempertimbangkan guru kaunseling

dari pelbagai ciri-ciri budaya yang terdapat padanya. Azlizamani (2002) melaporkan

pelajar lebih selesa berjumpa dengan guru kaunseling yang bangsa, jantina, umur dan

agama yang sama dengan mereka. Menurut beliau lagi, status yang berpunca daripada

faktor sama umur dan bangsa, berumur lebih tua daripada pelajar, daripada jantina yang

berbeza daripada pelajar, memiliki ijazah sarjana muda, dan telah bercerai sangat

mempengaruhi kepercayaan dan keyakinan pelajar. Dari segi status pendidikan pula,

seseorang guru kaunseling yang mempunyai ijazah profesional dapat meningkatkan

kredibiliti guru kaunseling di kalangan pelajar. Dari segi kecekapan, apabila pelajar

mempunyai persepsi bahawa guru kaunseling adalah pakar yang dipercayai dan sumber

bantuan yang diharapkan, pelajar akan bersedia jumpa dengan guru kaunseling. Dari

segi emosi pula, pelajar akan mudah percaya dan bekerjasama dengan guru kaunseling

yang tahu mengambil hati mereka.

Page 24: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

7

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Rogers (1961) cara seseorang individu berperilaku atau bertindak dan

cara-cara orang itu menyesuaikan diri dalam situasi-situasi selalunya selari dengan

persepsi mereka terhadap diri dan situasi mereka. Kehidupan asas manusia adalah

subjektif dan persepsi individu kepada sesuatu turut dipengaruhi oleh subjektif tersebut.

Pelajar mempunyai banyak faktor subjektif yang boleh mempengaruhi persepsinya

terhadap peranan guru kaunseling di sekolah dan seterusnya kesediaan mereka

berjumpa dengan guru kaunseling.

Menurut Anderson dan Reiter (1994) seorang guru kaunseling yang ideal

haruslah memiliki ciri-ciri keinsanan, profesionalisme dalam mereka bentuk program

sekolah, berperanan dalam kumpulan, berfungsi sebagai fasilitator, pakar perhubungan

awam dan sentiasa berpandangan jauh ke masa akan datang. Persoalan yang timbul

ialah adakah guru kaunseling benar-benar dilengkapkan dalam bidang bimbingan dan

kaunseling selepas mempunyai lulusan institusi pengajian tinggi? Kesediaan pelajar

berjumpa dengan guru kaunseling juga bergantung kepada guru kaunseling yang telah

dilantik. Ini disebabkan masih terdapat guru-guru mata pelajaran yang dilantik oleh

pengetua sekolah menjadi sebagai guru kaunseling itu berkeupaya memberi pertolongan

kepada semua pelajar. Guru matapelajaran tidak menjalankan latihan khusus dan dilatih

kemahiran yang sewajarnya. Atau ia sebenarnya tugas sampingan yang diberi oleh

pengetua sekolah. Menurut Abdul Latiff (1994) seorang guru kaunseling sekolah yang

berkemahiran adalah orang yang berpengalaman dalam bidang pengetahuan gelagak

pemuda-pemudi. Setiap guru kaunseling perlu memiliki kemahiran dari segi

profesional, peribadi, sosial atau agama. Menurut Alimuddin (1988) pelajar

mempunyai pandangan negatif dari segi kebolehan guru kaunseling mampu

menyelesaikan masalah akademik dan peribadi yang dihadapi.

Terdapat segelintir pelajar yang masih tidak mengetahui peranan guru

kaunseling di sekolah (Usha, 2000). Kesedaran mengenai perkhidmatan ini dapat

Page 25: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

8

dipertingkatkan dengan menyebarkan maklumat serta pemahaman yang betul kepada

para pelajar supaya mereka akan mempergunakan perkhidmatan ini. Arapan (1988)

bertambah, guru kaunseling menyebarkan maklumat melalui pelbagai cara termasuk

poster, gambar, risalah pengumuman, ceramah dan guru lain menerapkan maklumat

semasa dalam pengajaran di bilik darjah.

Salah satu ciri yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Malaysia ialah untuk

melahirkan generasi atau masyarakat yang mengamalkan budaya penyayang (Lee,

2002). Ini menunjukkan kerajaan ingin mewujudkan budaya penyayang pada

masyarakat akan datang. Guru kaunseling memainkan peranan sebagai golongan

tunggak untuk melahirkan insan yang berguna, berpengaruh dan mempunyai

keperibadian yang mulia dan sempurna. Ekoran daripada itu, Utusan Melayu juga

dalam bahagian lidah pengarang pada Julai 26, 2000, telah menyarankan kepentingan

penambahan bilangan guru kaunseling. Kementerian Pendidikan diminta menambah

bilangan guru kaunseling terlatih dalam usaha menangani masalah disiplin dan para

pelajar dapat menyuarakan masalah mereka (Utusan Malaysia, 26 Julai 2000). Ini

menunjukkan perkhidmatan ini semakin dititikberatkan oleh kerajaan, lebih banyak

kajian diperlukan untuk mendalam pelaksanaan perkhidmatan ini. Kajian ini merupakan

satu cabaran untuk mengkaji persepsi pelajar hasil daripada penilaian mereka sendiri

terhadap guru kaunseling.

Daripada dapatan kajian persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di

sekolah dapat dikenalpasti. Seterusnya apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di sekolah? Dan apakah pula faktor

yang mempengaruhi kesediaan mereka berjumpa dengan guru kaunseling. Jawapan

terhadap pertanyaan-pertanyaan ini adalah penting bagi membolehkan penyelidik

membuat kesimpulan-kesimpulan penting yang mempunyai nilai-nilai jangkaan atau

inferansi yang lebih jauh ke depan. Penyelidik turut membuat perbandingan antara

persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan tahap kesediaan mereka

berjumpa dengan guru kaunseling mengikut jantina dan jurusan.

Page 26: PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP … · perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dengan kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling lai

9

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan perbincangan di atas, lima objektif telah dikenalpasti seperti yang

berikut:

1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di Sekolah

Menengah Teknik.

2. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling.

3. Mengenalpasti perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru

kaunseling dan kesediaan berjumpa dengan guru kaunseling.

4. Mengenalpasti perbezaan persepsi terhadap peranan guru kaunseling

berdasarkan faktor jantina dan jurusan.

5. Mengenal pasti perbezaan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru

kaunseling berdasarkan faktor jantina dan jurusan.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian di atas, maka terdapat

beberapa persoalan kajian yang timbul iaitu:

1. Apakah persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling?

2. Apakah tahap kesediaan pelajar untuk berjumpa dengan guru kaunseling?

3. Apakah perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru

kaunseling dan kesediaan berjumpa dengan guru kaunseling?

4. Apakah perbezaan persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling

berdasarkan faktor jantina dan jurusan?

5. Apakah perbezaan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling

berdasarkan faktor jantina dan jurusan?