peribahasa
-
Upload
myname-tiff -
Category
Documents
-
view
2.814 -
download
5
Transcript of peribahasa
Ada hati Ada keinginan
Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri
Air seni Air kencing, air kecil
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Akar umbi Akar tunjang
Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
mengalaminya
Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
Ambil langkah Mulai hendak berjalan
Mulai bertindak
Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan Orang harapan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih
Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat
dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak
Bagai menatang minyak yang penuh
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu
Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan
Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang
Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Baik buruk sama-sama dipikul
Berat tulang Malas
Berbalik hati Berubah hati
Berdiri sama tegak, duduk sama rendah
Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
Beri jalan Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat
keuntungan
Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus
Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut
Pengasih dan penyayang
Berpeluk tubuh Malas berusaha
Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan
Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
kecemerlangan
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja
Bertikam lidah BertengkarBesar hati Bangga, gembira
Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan
Biar mati anak, jangan mati adat Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang
dipegang terpelihara
Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba
Buah fikiran Pendapat
Cahaya mata Anak Kekasih, buah hati
Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
Celik computer Arif atau tahu tentang computer
Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama rugi Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka
keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung
Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Genggam bara biar sampai jadi arang
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Goyang kaki Bersenang-senang
Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu
ditinggalkan
Hancur hati Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah
Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
Ibarat melukut di tepi gantang Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan
yang bijak
Jantung hati Orang yang dikasihi
Jauhari juga mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali
banyak pengalamannya dan luas pandangannya
Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak
Kacang hantu Orang jahat
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)
Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bekerjasama melakukan sesuatu
Kecil hati Berasa tersinggung
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Lain lubuk lain ikannya
Lain negeri lain orangnya
Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan
Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi
Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
Mata hati Perasaan hati
Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Membanting tulang Bekerja kerasMembuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri
Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki
Baru hendak belajar sesuatu
Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan
Mencolok mata Menyakitkan pandangan
Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea
Mengangkat bendera putih Menyerah kalah
Menunggu buah yang tak gugur
Mengharapkan sesuatu yang tak jelas
Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru
Naik darah Menjadi marah
Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
Orang mengantuk disorongkan bantal
Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Otak batu Bodoh
Otak cair Pandai
Padang jarak padang tekukur
Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran Cepat marah, sangat pemarah
Pandai makan pandailah simpan Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap
Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teraturPilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan
dan lain-lain
Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
Rezeki kalau secupak tidak akan Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
jadi segantang Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah
Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama
Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut
dilakukan
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
Sediakan payung sebelum hujan Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam
Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai
Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik
Sudah terhantuk baru terngadah Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari
kesilapan
Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
Tangan kosong Tidak membawa apa-apa
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
Tangkai jering Kedekut
Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan
kita
Umpama biawak bercabang lidah Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang
Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
a. Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 :
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.
2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diriMaksud : Sombong
5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.
6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat . Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.
12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.
16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong
17. murah hatiMaksud : Pemurah.Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosongMaksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian.
2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hatiMaksud : Gembira.
25. anak buahMaksud : Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalangMaksud : HalanganPemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
MAKSUD PERIBAHASA DAN CONTOH AYAT :
1. Ada air adalah ikan.Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
2. Ada gula adalah semutMaksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnyaMaksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
5. Air sama air, sampah ke tepi jugaMaksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buayaMaksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganMaksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasaMaksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakaiMaksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
10. Alah sabung, menang sorakMaksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
Peribahasa yang Mempunyai Maksud Pertentangan untuk Kegunaan Menulis Karangan
Soalan: Punca kes buli meningkat di sekolah.
Pada pendapat saya, kes buli berlaku di sekolah dan semakin hari semakin leluasa keran kelonggaranan kawalan disiplin di sekolah. Hal ini berlaku demikian kerana peranan pengawas sebagai "polis sekolah" sudah basi dan ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan menjalankan tugas secara melepaskan batuk di tangga. Oleh hal yang demikian, pelajar terus bermaharajalela di kawasan sekolah sekali gus menyebabkan kes buli mencatatkan peningkatan bak cendawan tumbuh selepas hujan.
SOALAN: Langkah mengatasi kes buli di sekolah.
Oleh sebab kes buli yang sudah menjadi buah mulut masyarakat yang meniti dari bibir ke bibir, sudah sampai masanya pihak sekolah menjalankan peranan untuk membanterasnya. Hal ini berlaku demikian kerana pihak sekolah harus memegang prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Kawalan disiplin yang ketat memang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Oleh sebab itu, badan pengawas dan guru disiplin harus diberi kuasa autoriti untuk menangkap pelajar yang disyaki membuli pelajar yang lain. Jika kerjasama yang utuh antara pihak pentadbir sekolah dengan badan pengawas diimplementasikan, nescaya kita dapat mengurangkan gejala sosial sehingga akar umbinya . Oleh hal yang demikian, usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Senarai Peribahasa yang Berlawanan
i) bagai aur dengan tebing berlawanan dengan peribahasa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
ii) usaha tangga kejayaan berlawanan dengan peribahasa malas bergarit, perut perit
iii) alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan berlawanan dengan peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
iv) bersatu kita teguh, bercerai kita roboh berlawanan dengan maksud jong pecah yu kenyang
v) sediakan payung sebelum hujan berlawanan dengan peribahasa nasi sudah menjadi bubur
Secara tuntas, saya berharap para pelajar dapat belajar menulis karangan dengan baik. Penulisan karangan yang baik akan membantu pelajar mempertingkatkan markah dalam subjek Bahasa Melayu. Ingatlah wahai pelajarku, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain mestilah menjadi prinsip pelajar dalam mempelajari teknik penulisan.
Setiap calon PMR dan SPM digalakkan menggunakan ungkapan yang menarik dalam penulisan karangan. Selain kata, frasa dan ayat yang menarik, penggunaan ungkapan atau peribahasa yang tepat dan sesuai sudah tentu akan disukai oleh pemeriksa. Lihat penggunaan peribahasa yang memaparkan nilai tanggungjawab, kerjasama, dan perpaduan dalam ayat-ayat seperti yang dibawah ini:
1. Tanggungjawab Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada
dijajah oleh musuh bak kata pepatah, ‘biar putih tulang jangan putih mata’.
Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.
Setiap pemuda dan pemudi di negara kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan dan memajukan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan.
Semua rakyat Malaysia mestilah menjaga dan memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita kerana hilang bahasa, lenyaplah bahasa.
Saya amat kesal dengan segelintir kakitangan syarikat ini ibarat harapkan pagar, pagar makan padi kerana telah mencuri pelbagai barangan yang disimpan di kilang pada minggu lepas.
Saya tidak menyangka kejadian haruan makan anak sering berlaku dalam masyarakat kita kerana sebagai ketua keluarga mereka seharusnya menjaga dan memelihara anak bagai menatang minyak yang penuh.
2. Kerjasama Kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani
gejala sosial yang semakin leluasa dalam kalangan remaja. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama-sama didaki ke lurah sama-sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.
Walaupun tugas itu sangat berat, namun jika kita bersama-sama melakukannya pekerjaan tersebut akan menjadi mudah atau ringan kerana berat sama-sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing.
Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama-sama dilapah, hati kuman sama-sama dicecah.
Sebagai penduduk di dalam sesuatu kawasan taman, kita mestikan sentiasa berbincang atau bermuafakat untuk melakukan sesuatu aktiviti atau program kerana muafakat membawa berkat.
Perduduk taman itu telah membuat kata sepakat untuk menubuhkan persatuan penduduk taman bagi menjalankan pelbagai aktiviti.
Penduduk kampung itu mengutamakan perbincangan atau permuafakatan dalam pelbagai perkara kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Sikapnya yang melempar batu sembunyi tangan itu amat dikesali oleh pelbagai pihak kerana dia tidak mengaku perbuatannya yang telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.
3. Perpaduan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mestilah sentiasa
bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada diganggu gugat oleh musuh kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Untuk menangani masalah ini, pembeli sewajarnya bersatu kerana cara sedemikian lebih berkesan seperti kata pepatah ‘segenggam lidi sukar dipatahkan berbanding sebatang lidi’.
Kita mestilah sentiasa berhati-hati kerana musuh dalam selimut lebih berbahaya daripada musuh yang berada di depan mata kita.
Pemuda itu seperti musang berbulu ayam kerana kelihatan peramah dan baik orangnya sedangkan dialah yang sebenarnya terlibat dalam pelbagai kes kecuran di kampung ini.
Dalam keadaan negara kita yang tidak stabil ini, banyak yang menjadi duri dalam daging untuk menjatuhkan kerajaan.
Janganlah ada antara kita yang menjadi gunting dalam lipatan untuk mengucarkan-kacirkan perpaduan dalam kalangan ahli persatuan kita ini.
Sebagai ahli parti, kita janganlah menikam dari belakang, sebaliknya segali ketidakpuashatian yang ada hendaklah diluahkan dalam mesyuarakat.
Perhubungan antara kedua-dua orang pemimpin atasan ibarat retak menanti belah kerana mereka sering bertelagah dan berselisih pendapat dalam banyak perkara.
Kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang akan menyebabkan perpaduan yang kita bina selama ini hancur kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang yang menyebabkan semua orang disekelilingnya ditimpa kesusahan.
Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.
Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.
Kata Yang Hampir Sama Maknanya.Kata Maknanya
1. besar2. lebar3. longgar4. Luas
1. tidak kecil ukurannya2. ukuran lintang sesuatu bidang3. tidak sempit (pakaian)4. tidak sempit, lapang (halaman)
1. basi2. busuk3. hangit4. tengik
1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar2. buruk atau rosak (buah)3. nasi yang hampir hangus dan berbau4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)
1. beku2. kaku3. kejur4. tegang
1. keras kerana sejuk (cecair)2. kejang3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)4. keras dan liat (urat, otot)
1. belah2. hancur3. patah4. retak
1. pecah menjadi dua bahagian2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat3. hampir putus4. menunjukkan akan pecah
1. bengkok2. bongkok3. condong4. serong
1. tidak lurus2. melengkung, tidak lurus3. senget4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)
1. empuk2. lemau3. lembik4. lembut
1. lembut dan mudah dikunyah2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)3. tidak keras, lembut4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan
1. gembur2. rangup3. rapuh4. retas
1. tidak keras padat (tanah)2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)3. mudah patah atau mudah pecah4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)
1. muncul2. tampil3. terbit4. timbul
1. keluar dengan tiba-tiba2. datang ke depan3. keluar dari tempat yang terlindung4. naik ke atas dari dalam air
1. berbuai2. bergegar3. bergoyang4. berkocak
1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang3. bergerak terayun-ayun4. bergoncang (air dalam bekas)
1. berkeliaran2. berhamburan3. berserakan4. bertempiaran
1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini3. tidak tersusun atau tidak kemas4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan
1. nencolok2. mencucuk3. menjolok4. merodok
1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)2. menikam atau menusuk dengan benda tajam3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur4. menusuk, menikam senjata tajam
1. mengambil
2. menyambar3. merampas4. merenggut
1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu membawa2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut4. menarik dengan cepat
1. mencuit2. meraba3. menyentuh4. menyinggung
1. menyentuh dengan hujung jari2. hendak mencari sesuatu3. melanggar sedikit4. menyentuh dengan siku
1. menanak2. menjerang3. mengukus4. merebus
1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)2. meletakkan cerek di atas api, memasak3. memanaskan sesuatu dengan wap air4. memasak sesuatu dalam air mendidih
1. menatang2. mengelek3. menjinjing4. menjunjung
1. membawa sesuatu di atas tapak tangan2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah4. membawa sesuatu di atas kepala
1. memangkas
2. mencencang3. mengerat4. menghiris
1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting (rambut)2. memotong sesuatu sehingga halus-halus3. memotong, memenggal, memancung4. memotong, mengerat tipis-tipis
1. memagut2.menggerit3. menggigit4. mengunyah
1. menggigit2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan3. memotong dengan gigi4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan
1. mengelap2. menggosok3. menggilap4. menyapu
1. mengeringkan2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih3. menggosok supaya berkilat4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu
1. mencium2. menghirup3. menghisap
4. mengucup
1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu2. menghisap dan menelan benda cair3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan nafas4. menyentuh dengan bibir.
1. melihat2. meneliti3. mengintai4. menonton
1. memandang, menengok2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang4. menengok sesuatu pertunjukkan
1. menyimbah2. menyiram3. merendam4. merenjis
1. menyiram dengan air sehingga basah2. mencurahkan air pada sesuatu3. menaruh sesuatu di dalam air4. memercik air pada seseorang atau sesuatu
1. menganyam2. memilih3. menenun4. menyulam
1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin2. memintal tali / berjalin3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera4. menjahit perhiasan pada kain
1. melulur2. meneguk3. menelan4. menghisap
1. menelan bulat-bulat2. menelan sesuatu benda cair3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong4. menyedut sesuatu ke dalam perut
1. terjelopok2. terperosok3. tersungkut4. terjunam
1. jatuh terduduk2. jatuh ke dalam lubang3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah4. jatuh kepala dahulu
1. bolak-balik2. lalu -lalang3. mundar- mandir4. pindah-
1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik2. banyak kali lalu (keluar masuk)3. berjalan pergi balik, berulang-alik
4. selalu bertukar tempat
randah
Kata Banyak MaknaKata Maknanya
Akal1. fikiran2. ikhtiar3. muslihat, tipu helah
Alamat
1. tanda2. tempat tinggal3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang1. benda2. lebih kurang3. apa-apa saja
Bermuka-muka1. beberapa banyak muka surat.2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur1. bergerak ke sana ke mari.2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar
1. tidak kecil.2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.3. penting, berpengaruh, berkuasa4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah
1. terang2. jernih.3. agak putih.4. berseri, tidak muram.5. baik, bahagia.
Cetek1. tidak luas (pengetahuan)2. tidak dalam (air)
Dalam1. tidak cetek2. luas pengalaman
Diam1. tidak bercakap, senyap2. tinggal
Diam-diam1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.2. tidak berbuat apa-apa
Dingin1. sejuk2. tidak meriah
Faedah1. guna, manfaat.2. bunga, laba, untung
Halaman1. muka surat.2. pekarangan rumah
Halus1. kecil-kecil.2. beradab
Hampa1. kecewa2. tidak berisi3. kosong
Hangat1. berita yang masih baru2. panas
Haus1. dahaga2. sangat ingin mendapatkan sesuatu3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas1. terang, nyata2. selesai, beres
Kemas1. teratur2. disiapkan dengan baik3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan1. dimasuki oleh sesuatu2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan1. kelajuan2. kecekapan
Lapangan1. kawasan yang luas2. jurusan, bidang
Lapang1. luas2. tidak sibuk
Masak1. boleh dipetik dan dimakan2. tidak mentah3. berpengalaman
Menganjurkan1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan2. mengadakan3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menggosok-gosok 1. menggilap
Menjelaskan1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut2. menyelesaikan hutang
Menjemput1. mengambil2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan
1. membebaskan / menjadi tidak terikat2. menghilangkan (letih / penat)3. memberikan / menguntukkan4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
Membuka1. menjadikan tidak bertutup2. menghidupkan sesuatu3. memberikan peluang
Memotong 1. mengerat / memenggal2. mengurangkan sesuatu3. memintas4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi1. mengiringi / menemani2. menandingi / berlawan
Menahan
1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan, menghentikan.2. melawan / menangkis serangan3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong2. banyak memerlukan3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut1. mendesak2. mencari ilmu
Pengajaran1. sesuatu yang diajar2. pedoman
Rasa1. rasa dengan lidah2. pendapat, fikiran3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong1. tidak lurus, tidak tepat letaknya2. tidak jujur, curang
Tahan1. tidak mudah rosak2. sanggup menderita3. cukup, memadai
Tajam1. dapat memotong dengan mudah2. cerdik3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar
1. tidak terasa apa-apa2. tidak mujarab, hilang kekuatan3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat4. meminta dikurangkan harga barangan.
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:(a) kata hubung gabungan,(b) kata hubung pancangan,(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh Ayat Contohagar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.apabila Mukanya pucat apabila disoal.atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.dan Leela dan Siu Lan berjiran.hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.Jika Saya berpayung jika hujan.Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. serta Zahid serta abangnya menonton wayang.semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.tetapi Badannya besar tetapi penakut.
Kata Hubung Berpasangan Contoh Ayat ContohBaik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong
membersihkan balai raya itu.Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu ketikaDengan yang tetapi jikaKerana serta kalau kemudiandemikian walhal walau agaratau demi supaya
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara seharusnya andaikatasemoga seketika sebaliknya sedangkansetelah sesungguhnya walaupun itupunsewaktu seandainya meskipun sekali[unmudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapunpadahal
Contoh ayat
1. menggabungkan dua ayatAzhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kataKita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayatNegara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.