P3 A Peribahasa
-
Upload
sherry-ally -
Category
Spiritual
-
view
5.014 -
download
4
description
Transcript of P3 A Peribahasa
Terang akal
Lihat gambar dan kata-kata dibawah ini. Apakah yang dapat kamu fahami melalui kata-kata dibawah ini?
Terang akal Terang akal memberi maksud memberi maksud
tajam akal, tajam akal, cerdik atau cerdik atau
pandai.pandai.
Terang akal adalah salah satu
PERIBAHASA Melayu.
MATA
TANGAN KAKI
Dibawah ini terdapat beberapa peribahasa yang mengandungi perkataan-perkataan berikut.
Mata duitan
Menjolok mata
Mata keranjang
Lepas tangan
Buah tangan
Panjang tangan
Kaki ayam
Kaki judi
Kaki bangku
Mata duitanOrang yang tamakkan wang
Sikap mata duitan Ramli membuatkan dia berkawan dengan orang yang kaya sahaja.
Mata keranjangLelaki yang suka mengusik dan memikat wanita cantik. Lelaki yang mata keranjang
itu diberi amaran supaya berhenti mengusik gadis-gadis di situ.
Menjolok mata
Emak menyuruh kakak menukar pakaiannya kerana baju yang dipakai itu terlalu nipis dan menjolok mata.
Perbuatan atau cara berpakaian yang tidak sopan.
Lepas tangan
Ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan terhadap pelajaran anak-anak mereka.
Tidak sama-sama bertanggungjawab; tidak masuk campur
Panjang tangan
Murid yang panjang tangan itu telah ditangkap dan didenda oleh guru besar.
Suka mencuri
Buah tangan
Emak membawa sedikit buah tangan semasa melawat keluarga Encik Ahmad di Sabah.
Oleh-oleh atau hadiah
Kaki ayam
Janganlah suka berkaki ayam ketika berjalan, takut terpijak kaca atau paku.
Berjalan dengan tidak berkasut.
Kaki bangku
Ismail hanya memerhatikan kawan-kawannya bermain bola sepak kerana dia kaki bangku.
Orang yang tidak pandai bermain bola sepak.
Kaki judi
Encik Samad terpaksa menanggung hutang anaknya yang kaki judi setelah dia menghilangkan diri.
Orang yang suka berjudi.
453
1
2
7
8
6
(1) kematian ibu bapa. Ke Bawah :
(3) semua yang dimintaakan diberi.
(5) Disayangi lebih dariyang lain.
(7) Seorang anak sahaja. Melintang :
(2) Di bawah jagaanseorang ketua.
(4) Anak kepada isteribaru.
(6) Anak orang lain yangdiambil.
(8) Bekerja sebagai kelasi.
453
1
2
7
8
6
(1) kematian ibu bapa.
Ke Bawah :
(3) semua yang diminta akan diberi.
(5) disayangi lebih dari yang lain.
(7) seorang anak sahaja.
Melintang :
(2) di bawah jagaan seorang ketua.
(4) anak kepada isteri baru.
(6) anak orang lain yang diambil.
(8) bekerja sebagai kelasi.
Nama : ________________ Tarikh : ____________Kelas : 3 / ____