Peribahasa

download Peribahasa

of 5

description

peribahasa - maksud

Transcript of Peribahasa

PeribahasaMaksudnya

Sebagaimana acuan begitulah kuihnyaSifat seseorang anak biasanya mengikut kelakuan bapanya

Ukur baju di badan sendiriKalau hendak melakukan sesuatu kerja, ikutlah kemampuan diri sendiri.

Alah bisa tegal biasa

Sesuatu kerja yang rumit menjadi mudah sekiranya selalu dilakukan.

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyutOrang yang malas berusaha akhirnya mendapat susah.

Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.Janji mesti ditepati.

Ringan tulang berat perut.Orang yang rajin mudah mendapat banyak rezeki.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jika ingin menerapkan nilai baik kepada anak, lakukanlah sejak ia kecil lagi.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.Kata sepakat dicapai melalui rundingan.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasaSetiap bantuan orang hendaklah kita hargai dan dibalas dengan pemberian atau ucapan terima kasih.

Berani kerana benar, takut kerana salahKalau tidak melakukan sesuatu perbuatan itu, janganlah berasa bimbang.

Hidup sepakat membawa berkat.Jika kita bersatu padu, mudah bagi kita mencapai kejayaan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama-sama akan mendatangkan hasil yang baik.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun seseorang itu telah mati.

Umpama aur dengan tebingHidup saling memerlukan antara satu sama lain.

Seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.Sikap mementingkan diri sendiri.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.Fikirkan semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu agar tidak menyesal kemudian hari.

Alah membeli menang memakai.Biar mahal asalkan tahan lama.

Tepuk dada tanya seleraFikirlah dahulu baru bertindak.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kalau ikut nafsu, padah akibatnya.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.Hendaklah selalu berwaspada supaya tidak menyesal kemudian.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Apabila bercakap, kita mestilah berhati-hati kerana dengan kata-kata kita boleh menerima padah.

Hidup muafakat membawa berkat.

Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama-sama, akan mendatangkan hasil yang baik.

Bersatu teguh bercerai roboh.

Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat. Kalau kita berpecah belah, kita akan menjadi lemah.

Seperti rumput di tepi jalan.Hidup dalam kemiskinan.

Bagai dakwat dengan kertas.Hubungan yang rapat.

Seperti cincin dengan permata.Sama padan.

Seperti lintah menghisap darah.

Meminjamkan wang dengan bunga yang terlalu tinggi atau menipu orang dengan cara lemah lembut.

Seperti harimau menyembunyikan kukuOrang yang menyembunyikan kelebihannya.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahPembahagian yang sama rata.

Ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.Orang besar atau mulia, tidak akan hilang martabatnya jika dia merendah diri sekalipun.

Perumpamaan

1.Bagai ayam di bawah kepuk Mendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu berusaha

2.Bagai balak terendam (Orang gemuk yang malas bergerak) 3.Bagai beliung dengan asahan (Tidak pernah berpisah)

4.Bagai buntal kembung,perut buncit di dalamnya kosong Orang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi bercakap besar.

5.Bagai cicak makan kapur Seseorang yang mendapat malu kerana kesalahan sendiri 6.Bagai dakwat dengan kertas (Perhubungan yang sangat rapat)

7.Bagai denai gajah lalu Perkara atau rahsia yang tidak dapat disembunyikan

8. Bagai gagak menggonggong telur Perempuan hodoh yang berpakaian cantik

9. Bagai haruan makan anak Perbuatan bapa yang menganiayai anak sendiri

10. Bagai itik pulang petang (Orang yang berjalan lambat.)

11. Bagai kambing dihalau ke air Memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

12. Bagai layang-layang putus tali putus harapan untuk meneruskan hidup

13. Bagai melepaskan batok di tangga melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

14. Bagai mendukung biawak hidup Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

15. Bagai pahat dengan penukul Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh.

16. Bagai pelita kehabisan minyak Wajah yang muram akibat sesuatu perkara yang berlaku.

17. Bagai rasa batang pisang Keadaan anggota badan seseorang yang sangat sejuk.

18. Bagai sireh pulang ke gagang (pulang ke tempat yang sepatutnya.)

19. Laksana batik lasam Benda yang semakin lama digunakan semakin baik.

20. Bagai telur di hujung tanduk (keadaan yang tidak selamat.)

21. Bagaimana rupa begitulah bayangnya Sesuatu sifat itu adalah menutut keadaan asalnya.

22. Laksana kunyit dengan kapur Sesuatu benda atau perkara itu bersesuaian atau kena pada tempatnya.

23. Seperti anjing berebut tulang Seseorang yang tamak kerana berebut harta.

24. Laksana golok kayu,ditetak tidak makan,dijual tidak laku Seseorang yang mempunyai ilmu yang sedikit.

25. Seperti api dalam sekam (kejahatan yang dilakukan secara diam-diam.

26. Seperti batu jatuh ke lubuk sesuatu yang hilang dan tidak dijumpai lagi.

27. Seperti belanda minta tanah (beri sedikit,hendak lebih banyak.)

28. Seperti rusa masuk kampung (Keadaan seseorang yang tercengang- cengang apabila tiba di tempat yang baru.)

29. Seperti kerbau dicucuk hidung (Seseorang yang sentiasa mengikut arahan orang lain tanpa membantah.)

30. Seperti ikan dalam belat (Tempat yang terlalu sesak kerana dipenuhi oleh orang ramai.)

31. Seperti duduk di atas duit (Seseorang yang sangat gelisah dan tidak tenteram.)

32. Seperti gagak pulang ke benua (Tidak berubah keadaan seseorang walaupun sudah lama merantau.)

33. Seperti halilintar membelah bumi (Bunyi yang sangat kuat.)

34. Seperti ular kena palu (Keadaan jalan yang bengkang-bengkok.)

35. Seperti sampah hanyut Dipandang hina dan tidak dipeduli oleh masyarakat.

36. Seperti sibuta dapat tongkat Menjadi sombong kerana memperoleh kekayaan atau pangkat.

37. Bagai ayam dimakan tungau (wajah yang pucat dan badan yang kurus kerana menghidap penyakit.)

38. Bagai aur di atas bukit (Menyerah diri kepada nasib.)

39. Bagai aur dengan tebing (Hidup tolong menolong.)

40. Bagai ayam disambar helang (Seseorang yang hilang atau mati dengan tiba-tiba.)

41. Bagai bertepuk sebelah tangan (Kasih atau cinta yang tidak berbalas.)

42. Bagai bulan penuh (Wajah yang sangat cantik.)

43. Bagai duri dalam daging (Hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.)

44. Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing (mementingkan diri sendiri,tidak bersepakat.)

45. Bagai isi dengan kuku (perhubungan yang sangat rapat.)

46. Bagai kacang lupakan kulit (orang yang tidak tahu mengenang budi.)

47. Bagai hempedu lekat di hati (Perhubungan yang sangat akrab)