Peribahasa tahun 5
-
Upload
paridahmahmud -
Category
Education
-
view
9.609 -
download
16
description
Transcript of Peribahasa tahun 5
NAMA: PARIDAH BINTI MAHMUD
NO MATRIK: D20112054332
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH (KRT 3013 )
NAMA PENSYARAH: ENCIK HAFIZUL FAHRI BIN HANAFI
2
BAHASA MELAYU : TAHUN 5BAHASA MELAYU : TAHUN 5
Bidang PembelajaranBidang Pembelajaran PERIBAHASAPERIBAHASA
Hasil PembelajaranHasil Pembelajaran Memahami Makna Peribahasa Memahami Makna Peribahasa
Kelas :Kelas : Tahap DuaTahap Dua
1
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata
yang tetap sesunannya
dan mempunyai maksud yang
tertentu.
PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA PERUMPAMAAN KIASAN PEPATAH BIDALAN KATA-KATA HIKMAT
SIMPULAN BAHASASimpulan bahasa adalah
bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
CONTOH SIMPULAN BAHASA
Air Muka Baik hati Cari Jalan Tangkai jering Darah Muda Lupa diri
Sebatang kara Lupa Diri Otak
udang Pilih kasih Murah Hati
PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang paling indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
CONTOH PERUMPAMAAN
Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. Bagai dakwat dengan
kertas. Seperti rumput di tepi jalan Seperti lintah menghisap darah.
KIASAN Kiasan ialah bentuk ungkapan
yang mengambarkan perlakuan (sifat seseorang) atau benda secara bandingan.
Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas dan nyata.
CONTOH KIASAN Angkuh seperti merak. Bersinar seperti permata. Cantik seperti bidadari. Garang seperti harimau. Kuning seperti kunyit. Tajam seperti sembilu.
PEPATAH Pepatah ialah peribahasa yang
berangkap dan terdapat kata yang berulang di dalamnya.
Pepatah juga digunakan untuk menyatakan sesuatu penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
CONTOH PEPATAH Kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
BIDALAN Bidalan ialah peribahasa
yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
CONTOH BIDALAN Indah khabar daripada rupa. Melentur buluh biarlah ketika
rebung. Nasi sudah menjadi bubur. Sudah terantuk baru tengadah. Ukur baju di badan sendiri.
KATA-KATA HIKMATPeribahasa yang terbit daripada
ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan oleh seseorang yang dihormati dan terbilang.
Kata-kata tersebut mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.
CONTOH KATA-KATA HIKMAT
Bahasa menunjukkan bangsa.Bersatu teguh, bercerai roboh.Kata-kata lebih tajam daripada
mata pedang.Kurangkan gula dalam makanan,
tambahkan manis dalam senyuman.
ADA HATI
•MENARUH PERASAAN TERHADAP SESUATU
ABU DAJAL• ORANG YANG
MEMPUNYAI SIKAP ATAU PERANGAI YANG JAHAT
CACING KEPANASAN•TIDAK SELESA DUDUK, RESAH, RIMAS
BAIK HATI•SIKAP MEMBANTU DAN MENOLONG
DURIAN RUNTUH
•KEUNTUNGAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu
berusaha dan bersusah payah
.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat
atau peraturan di tempat yang kita diami
atau tinggal.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu baik di
negeri sendiriMaksud : Walau
bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab,
senang susah bersama
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang
tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut
kemahuan orang
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu
perkara yang dilebih-lebihkan.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakatMaksud : Kata sepakat
yang dicapai dalam mesyuarat.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan
sesuatu yang sukar hendaklah sabar,
sehingga mencapai kejayaan.
.Dayung sudah di tangan, perahu sudah
di airMaksud: Segala-gala
yang dikehendaki sudah diperoleh
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan
penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu
yang susahAir dicincang takkan putusMaksud : Perbalahan atau
pergaduhan sesama saudara- mara /adik-beradik tidak akan
berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
Belakang parang kalau diasah pasti akan tajam
Maksud : Seseoarang yang bodoh sekalipun, jika diajar
betul-betul akan menjadi pandai
Bagai tikus membaiki labuMaksud : Seseorang yang
cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahui,
akhirnya akan merosakkannya sahaja
Biar putih tulang, Jangan putih mata
Maksud : Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa
terancam atau mati
Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikulMaksud : Sesusah-susah
orang yang melihat penderitaan dan kesusahan
orang lain tentulah tidak sama dengan orang yang
menanggungnya.
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga
Maksud : Sekeras-keras hati seseorang itu bila
dipujuk dan dinasihati akan lembut juga
Menconteng arang di mukaMaksud : Melakukan
sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau mencemarkan nama
baik ibu bapa dan keluarga
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud : Sekumpulan orang yang tidak tentu
arah atau berpecah belah kerana kehilangan
pemimpin atau hilang tempat pergantungan
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi
dibawa matiMaksud : Budi bahasa
orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus
diingat sampai mati