Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok

8
BAB 3 PERINGKAT AWAL DALAM PEMBENTUKAN KUMPULAN. Hajijah Maulad Abdul Rahsip, Noor Suhada bt Aziz & Solehah bt Ghazali 3.1 PERINGKAT PERTAMA: MEMBENTUK KELOMPOK 3.1.1 Penubuhan Kelompok dan Pengambilan Ahli Ahli yang berpotensi untuk menjadi ahli kelompok perlu jelas dengan matlamat dan rational penubuhan kelompok. Kaunselor boleh melakukan hubungan secara terus dengan populasi yang boleh mendapat manfaat dengan penubuhan kelompok tersebut. 3.1.2 Proses Menilai dan Memilih Ahli Kelompok Mengikut akta ACA (2005) : untuk memilih ahli kelompok, mestilah memilih ahli yang berkeperluan dan matlamat seiring dengan matlamat kelompok yang mana ia tidak akan menghalang perjalanan kelompok dan tidak akan merasa terancam dengan kelompok yang ditubuhkan tersebut i. Ketua atau fasilitator boleh membantu untuk membuat penilaian mengenai kesediaan kelompok dan berbincang mengenai potensi untuk mengubah kehidupan bagi seseorang individu yang terbabit ii. Penilaian perlulah dijalankan dengan melibatkan proses dan perhubungan dua hala.

Transcript of Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok

BAB 3

PERINGKAT AWAL DALAM PEMBENTUKAN KUMPULAN.

Hajijah Maulad Abdul Rahsip, Noor Suhada bt Aziz & Solehah bt Ghazali

3.1 PERINGKAT PERTAMA: MEMBENTUK KELOMPOK

3.1.1Penubuhan Kelompok dan Pengambilan Ahli

Ahli yang berpotensi untuk menjadi ahli kelompok perlu jelas dengan

matlamat dan rational penubuhan kelompok. Kaunselor boleh melakukan

hubungan secara terus dengan populasi yang boleh mendapat manfaat

dengan penubuhan kelompok tersebut.

3.1.2Proses Menilai dan Memilih Ahli Kelompok

Mengikut akta ACA (2005) :

untuk memilih ahli kelompok, mestilah memilih ahli yang berkeperluan

dan matlamat seiring dengan matlamat kelompok yang mana ia tidak

akan menghalang perjalanan kelompok dan tidak akan merasa terancam

dengan kelompok yang ditubuhkan tersebut

i. Ketua atau fasilitator boleh membantu untuk membuat penilaian

mengenai kesediaan kelompok dan berbincang mengenai potensi

untuk mengubah kehidupan bagi seseorang individu yang terbabit

ii. Penilaian perlulah dijalankan dengan melibatkan proses dan

perhubungan dua hala.

iii. Ahli yang berpotensi perlu diberi peluang untuk menilai secara

rahsia dengan adanya sesi temubual bagi melihat adakah kelompok

dan ketua tersebut adalah sesuai untuk mereka.

iv. Proses menilai ini juga sangat penting bertujuan untuk mengelakkan

kemudharatan berlaku pada ahli kelompok.

v. Antara soalan asas yang boleh ditanyakan dalam mencari ahli

kelmpok adalah

“ Adakah kelompok yang ditubuhkan ini produktif atau counterproduktif

untuk seseorang individu itu ?”

Sekiranya jawapanya adalah “couterproactive” jadi individu terbabit tidak

sesuai menyertai kelompok tersebut kerana mungkin kesan negatif yang

akan diperolehi kelak.

vi. Proses menilai ini sangat perlu untuk memberi peluang kepada

ketua menilai calon-calon ahli kelompok yang sesuai dan

mengetahui apakah yang diingini oleh seseorang individu itu dalam

kelompok yang akan ditubuhkan tersebut

vii. Ini juga merupakan peluang untuk ahli kelompok yang berpotensi

untuk mengenal ketua dan membentuk keyakinan .

viii. Sekiranya proses menilai ini tidak dijalankan dengan baik dan betul,

mungkin kesannya ahli-ahli akan merasa kurang semangat dengan

kelompok tersebut dan tidak banyak membantu

Yalom (2005) ada menyatakan bahawa kelompok ini sangat sesuai

dijalankan kepada mereka yang mempunyai masalah interpersonal

seperti kesunyian dan lain-lain. Asas terpenting dalam pemilihan ahli

adalah memilih ahli yang berpotensi dapat memberikan kerjasama.

sekiranya terdapat ahli yang tidak sesuai, ketua perlu memberikan alasan

yang munasabah dan membuat rujukan ahli ini dengan cara yang

professional.

3.2 Pembentukan Kelompok

3.2.1Kelompok Terbuka vs Kelompok Tertutup (Open versus

Closed Group)

Terdapat kelompok yang akan dilaksanakan dalam masa yang singkat,

focus kepada jalan penyelesaian, bergantung kepada ahli kelompok.

Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan yang jelas dalam kedua-dua

jenis kelompok ini. Dalam kelompok yang tertutup, tidak akan berlaku

penambahan ahli baru dalam kelompok kaunseling. Hal ini membantu

kepada kestabilan semasa menjalankan sesi dan akan memastikan

kelangsungan perjalanan sesi kelompok.

Manakala, dalam kelompok yang terbuka, terdapat ahli baru yang

akan menggantikan ahli lain yang meninggalkan kelompok. Kelemahan

bagi kelompok terbuka ialah ahli baru berkemungkinan mengahadapi

kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam kelompok. Hal ini demikian

kerana, ahli baru tidak tahu akan isu yang dibincangkan dalam kelompok.

Selain itu, ia juga akan menganggu kelancaran sesi kelompok yang

dijalankan. Maka, pemimpin kelompok perlu memastikan dan memberi

perhatian terhadap ahli kelompok yang baru.

3.2.2Ahli Sukarela vs Ahli tidak Sukarela (Voluntary versus

Involuntary Membership)

Secara umumnya, terdapat beberapa kelebihan apabila ahli menyertai

kelompok secara sukarela. Kebiasaannya, ahli menyertai kelompok

kerana dihantar untuk menghadiri sesi kaunseling akan menyekat atau

meminimumkan keberkesanan sesi yang dijalankan.

Corey menyatakan bahawa, beliau banyak bertemu dengan ahli

yang menghadiri kelompok bukan atas kerelaan tetapi ternyata dengan

menghadiri sesi kaunseling tersebut, mereka boleh berubah seperti yang

mereka mahukan. Seorang kaunselor perlu mempelajari bagaimana

hendak berhadapan dengan ahli yang hadir bukan atas kerelaan

berbanding hanya mengutamakan dan berfokus kepada ahli yang

sukarela untuk menghadiri sesi kaunseling. Namun begitu, sesi ini

berkemungkinan mengambil masa yang lama untuk mewujudkan

kepercayaan dan kesediaan dalam kelompok.

3.2.3Kelompok Homogeneous vs Heterogeneous (Homogeneous

versus Heterogeneous Group)

Selain itu, pemimpin kelompok hendaklah menentukan jenis kelompok

yang akan dibantu. Antaranya ialah ;

HOMOGEN HETROGEN

- Kelompok yang dibentuk berdasarkan

pemilihan ahli yang mempunyai kategori

yang sama seperti kanak-kanak dengan

kanak-kanak, remaja dengan remaja,dewasa

dengan dewasa. Ataupun ia juga boleh

dikelompokkan mengikut isu yang sama

dihadapi dalam satu kelompok.

- Dengan adanya persamaan antara ahli

kelompok, mereka mudah untuk

mengekpresikan perasaan mereka

- Kelompok yang mempunyai ciri yang

berbeza dalam satu kelompok.

- Maka, proses kaunseling mengambil masa

sama ada dalam jangka masa yang pendek

ataupun panjang dalam perkembangan

kelompok.

3.3 Tempat pertemuan kelompok (Meeting place)

Banyak tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat pertemuan, namun,privasi klien perlu

diambil berat. Posisi kedudukan yang menghadap muka antara setiap ahli kelompok juga

memainkan peranan penting supaya dapat memudahkan interaksi antara semua ahli apabila

berhadapan. Selain itu, persekitaran juga perlu dititikberatkan, persekitaran yang positif

mendatangkan kelancaran kepada kelompok begitu juga sebaliknya.

3.4 Saiz kelompok (group size)

Jumlah anggota kelompok bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, pengalaman

daripada pemimpin kelompok, jenis masalah yang ingin diterokai. Kelompok bagi kanak-

kanak boleh seramai 3 atau 4 orang, sedangkan kelompok bagi orang dewasa boleh seramai

6-8orang. Jumlah anggota kelompok boleh dikatakan baik jika dapat memberikan interaksi

dan kesempatan kepada setiap anggota untuk terlibat dan merasakan penyatuan antara

anggota kelompok yang lain.

3.5 Frekuensi dan tempoh pertemuan (Frequency & Length of Meetings)

Ianya bergantung kepada jenis kelompok dan pengalaman ketua kelompok. sekali dalam

seminggu kebiasaannya dijalankan oleh kebanyakan kelompok. bagi kelompok yang terdiri

daripada kanak-kanak dan remaja mungkin lebih baik dilakukan kerap dan tempoh masa yang

lebih singkat. Manakala, bagi kelompok dewasa yang relative, 2 jam dalam satu minggu

adalah sesuai dan beberapa intensif boleh dilakukan.

3.6 Kelompok masa yang singkat vs kelompok masa yang panjang.

Adalah lebih baik jika pemimpin kelompok menetapkan tarikh atau masa yang tertentu untuk

penamatan sesi kelompok. Oleh itu, ahli kelompok akan dapat membuat perancangan dari

segi masa untuk memberi komitmen dalam kelompok. Tempoh sesi yang dijalankan

bergantung kepada jenis kumpulan, bilangan ahli dan keperluan agensi itu sendiri. Terdapat

agensi yang menetapkan polisi bahawa kelompok yang kecil hanya akan mengambil masa

yang singkat. Manakala, bagi kelompok terapi, tempoh masa yang diambil untuk proses

terapi adalah untuk membuat takrifan ciri-ciri.

Bagi kelompok yang mempunyai masa yang terhad, kumpulan ini mempunyai fokus

yang khusus dan menggunakan intervensi yang berfokus dan berkesan. Manakala, untuk

closed group, kelompok ini mempunyai tempoh masa yang lama dan memerlukan komitmen

yang lama dalam kalangan ahli.

Practice group pula, kelompok berkemungkinan menjadi kelompok yang singkat atau lama.

Ada kelompok yang dijalankan sekitar 12-20 minggu, ada 30-50 minggu dan ada yang

melebihi 1 tahun.

Kebanyakan daripada kelompok yang terdiri daripada pelajar kolej atau sekolah

menengah, sesi kelompok akan dijalankan sepanjang semester, lebih kurang 15 minggu.

Kelompok tersebut perlu berjumpa dalam keadaan yang lama untuk memastikan kelompok

tersebut berkesan.

3.7 Manfaat perjumpaan permulaan sesi.

Sebaik sahaja ahli kelompok ditubuhkan, pemimpin kelompok boleh mengutarakan soalan

berkenaan dengan peranan pemimpin kelompok dalam memberikan ahli manfaa secara

maksimum hasil daripada pengalaman kelompok. Menurut Corey, persediaan yang sistematik

perlu dilakukan dan ia bermula daripada proses screening dan dimulakan dengan perjumpaan

awal sesi. Persediaan yang perlu untuk dilakukan adalah penerokaan ahli kelompok seperti

penerokaan beberapa informasi tentang harapan ahli, kerisauan, matlamat serta salah faham

yang ada pada diri ahli. Antara perkara asas dalam kelompok kaunseling adalah mengenal

pasti risiko psikologi yang ada pada ahli kelompok dan kaedah untuk mengatasinya, nilai dan

limitasi dalam kelompok, panduan untuk mendapatkan maklumat daripada pengalaman ahli

kelompok sendiri dan keperluan kepada kerahsiaan. Persediaan ini boleh dilakukan melalui

tindakan awal semasa perjumpaan untuk ahli yang menyertai kelompok tersebut.

Selain itu, Corey akan menjalankan temubual secara peribadi bersama klien sebelum

kelompok dibentuk. Corey akan memulakan sesi dengan proses screening. Sesi permulaan

adalah sesuai untuk menerangkan tentang tujuan kumpulan dan untuk memaklumkan kepada

setiap ahli kelompok bagaimana hendak memanfaatkan masa kelompok , untuk membuat

penerokaan isu yang mungkin akan dibincangkan dalam kelompok, untuk membincangkan

polisi dan peraturan, dan proses untuk membiasakan diri. Hal ini demikian kerana, Corey

berpendapat bahawa, beliau lebih mengutamakan ahli-ahli yang sudah bersedia untuk

menjadi ahli kelompok yang aktif. Corey menyatakan bahawa, perjumpaan pada sesi pertama

membantu mereka untuk membuat keputusan.