Perintah Am Bab A

43
PERINTAH AM BAB A PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PERLANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN)

Transcript of Perintah Am Bab A

Page 1: Perintah Am Bab A

PERINTAH AM BAB APERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM

(PERLANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN)

Page 2: Perintah Am Bab A

Berkuat kuasa pada 1 Mei 2005.Peraturan ini berasaskan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan berikut;

1. Perlantikan2. Pengambilan3. Tarikh Perlantikan, Gaji Permulaan dan Pergerakan

Gaji4. Tempoh Percubaan, Pengesahan dan Perlanjutan

Tempoh Percubaan5. Kekananan

Page 3: Perintah Am Bab A

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Peraturan-peraturan ini digunapakai bagi semua perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. 1.2 Tatacara perlantikan (tetap, atau sementara) ke dalam perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa sesuatu suruhanjaya melainkan perlantikan tertentu yang dikecualikan oleh Suruhanjaya. 1.3 Tatacara perlantikan bagi pegawai kontrak ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Page 4: Perintah Am Bab A

1.4 Tafsiran 

(i) Jabatan bermaksud

a) sesuatu kementerian,b) sesuatu jabatan pesekutuan sama ada di

peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan,

c) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara,d) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan

awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Page 5: Perintah Am Bab A

(ii) “kenaikan pangkat”

Iaitu peningkatan secara hakiki dari satu gred ke satu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim

perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

(iii) Ketua JabatanIaitu seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu

jabatan atau Ketua Perkhidmatan mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 6: Perintah Am Bab A

(iv) Ketua PerkhidmatanIaitu seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu

perkhidmatan

(v) “pegawai”Iaitu semua ketegori pegawai yang sedang berkhidmat

yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak.

Page 7: Perintah Am Bab A

(vi) “pemangkuan”Iaitu pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada  gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

(vii) “penanggungan kerja”Iaitu pelaksanaan tugas bagi suatu jawatan lain di samping tugasnya sendiri untuk satu tempoh tertentu yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Page 8: Perintah Am Bab A

(viii) “pengamal perubatan berdaftar”Iaitu pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

(ix) “perkhidmatan awam”Iaitu perkhidmatan awam Persekutuan di bawah perenggan (b), (c), (d) dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

Page 9: Perintah Am Bab A

(x) “pertukuran sementara” Bermaksud perlantikan seseorang pegawai ke perkhidmatan lain di bawah perenggan (a), (b), (c), (d) dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau perlantikan ke suatu jawatan  dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk tepoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan terdahulu.

Page 10: Perintah Am Bab A

(xi) “peminjaman”Bermaksud perlantikan seseorang pegawai perkhidmatan di bawah perenggan Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke;a) perkhidmatan di bawah perenggan (g) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuanb) pihak berkuasa berkanunc) pihak berkuasa tempatan ataud) mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.

Page 11: Perintah Am Bab A

(xii) SuruhanjayaBermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

(xiii) Perlantikan pertamaBermaksud perlantikan kali pertama dalam 

perkhidmatan awam.

Page 12: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

2.1 Perlantikan mengikut skim perkhidmatan;a) Hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan

dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa pada masa itu.

b) Kalau ada pindaan pada syarat yang dinyatakan, maka Ketua Jabatan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.

Page 13: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.2 Perlantikan hanya untuk warganegara sahaja.

 a) Atas alasan kepentingan negara, 

Yang di-Pertuan  Agong boleh melantik warganegara lain tetapi secara kontrak (peruntukan Bahagian X Perlembagaan Persekutuan).

Page 14: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.3 Seseorang pegawai yang telah meletak jawatan tidak boleh dilantik semula  ke dalam perkidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya setelah menimbang laporan daripada Ketua Jabatan lama.

Page 15: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.4 Seseorang pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan boleh dilantik semula sekiranya pegawai itu disahkan sihat dan berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu 

panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Suruhanjaya.

 Panel perubatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar yang salah seorang adalah pakar penyakitnya.

Page 16: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.5 Pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja tidak boleh dilantik semula kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya.

 2.6 Pegawai yang sedang berkhidmat boleh 

dilantik ke jawatan atau skim perkhidmatan lain jika ia memenuhi syarat skim perkhidmatan yang lain itu.

2.4 Seseorang pegawai yang dibesarakan atas sebab kesihatan boleh dilantik semula sekiranya pegawai itu disahkan sihat dan berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Suruhanjaya.Panel perubatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar yang salah seorang adalah pakar penyakitnya.

Page 17: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.7 Seseorang pegawai boleh kembali ke skim perkhidmatan yang lama sekiranya ia gagal disahkan ke skim perkhidmatan barunya dengan syarat;

a) ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu,

b) kegagalan untuk disahkan bukan atas sebab kelakuannya yang buruk,

c) mendapat persetujuan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

 Pegawai itu diberi gaji yang sama dengan gaji yang diterima sehari sebelum dilantik ke skim perkhidmatan yang lain itu.

Page 18: Perintah Am Bab A

2. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN

 2.8 Seseorang pegawai boleh dipinjamkan ke perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar negara dengan persetujuan pegawai dan kelulusan Suruhanjaya.

 2.9 Seseorang pegawai boleh dilantik 

secara pertukaran sementara ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Page 19: Perintah Am Bab A

3. PENGAMBILAN

3.1 Tatacara pengambilan

Apa-apa pengambilan jawatan awam hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian bahasa Melayu dengan menyatakan;

a) Nama jawatan dan taraf perlantikanb) Nama skim perkhidmatanc) Maklumat gajid) Kelayakan akademik dan kelayakan lain yang dikehendakie) Taraf kewarganegaraan pemohonf) Tarikh tutup permohonang) Alamat ke mana permohonan patut dikirimkan.

Page 20: Perintah Am Bab A

3. PENGAMBILAN

 3.2 Maklumat perjawatan

Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya maklumat perjawatan seperti berikut;

a) Jumlah jawatan kosong yang diperlukanb) Jumlah calon simpanan yang dikehendakic) Syarat khas jika dikehendakid) Diskripsi tugas dan tanggungjawab jawatan itu.

Page 21: Perintah Am Bab A

3.3 Kelulusan setaraf 

Jika ada keraguan tentang kelulusan setara maka hendaklah merujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk penentuan. 3.4 Pegawai yang sedang berkhidmat yang ingin memohon sesuatu jawatan hendaklah melalui  Ketua Jabatannya yang akan mengemukakan  (a) rekod perkhidmatan pegawai berkenaan dan  (b) ulasan Ketua Jabatan (menyokong atau tidak  permohonan itu). Tawaran perlantikan kepada  calon dibuat oleh Suruhanjaya melalui Ketua  Jabatannya. 

Page 22: Perintah Am Bab A

3.5 Pemeriksaan Kesihatan.

1) Setiap calon yang akan dilantik ke perkhidmatan awam hendaklah;

a) diperiksa dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar.

b) membuat perakuan di bawah Akta Berkanun 1960 bahawa ia;

i. tidak mempunyai apa-apa rekod jenayahii. tidak pernah dibuang kerjaiii. bukannya penagih dadahiv. tidak memiliki kewargaan asingv. bukan seorang bankrup

c) menandatangani surat akuan dan mengaku akan mengikut semua arahan kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang  perkhidmatannya.

Page 23: Perintah Am Bab A

3.5 Pemeriksaan Kesihatan.

2. Setiap calon yang menerima tawaran hendaklah menghantar surat setuju terima tawaran perlantikan beserta surat akuan pengamal perubatan berdaftar, akuan berkanun dan Surat Aku Janji kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya. Ketua Jabatan hendaklah melaporkan tarikh calon itu melapor diri untuk bertugas.

Page 24: Perintah Am Bab A

4. TARIKH PERLANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

4.1 Tarikh perlantikan.Tarikh perlantikan dikira dari tarikh pegawai itu melapor diri.

4.2 Penetapan gaji permulaan.Gaji permulaan ditentukan oleh Suruhanjaya. Walau

bagaimanapun Suruhanjaya boleh menetapkan gaji permulaan yang tinggi dari biasa sekiranya pegawai berkenaan mempunyai pengalaman, kelayakan khas atau bakat yang relevan.

Page 25: Perintah Am Bab A

4.3Pergerakan gaji tahunan.

Tarikh pergerakan gaji tahunan bagi pegawai tetap dan sementara adalah seperti berikut;

Tarikh Perlantikan Tarikh Pergerakan gaji1 Jan – 31 Mac 1 Januari tahun 

berikutnya1 Apr. – 30 Jun 1 April tahun berikutnya1 Julai – 30 Sept. 1 Julai tahun berikutnya1 Okt. – 31 Dis. 1 Okt. tahun berikutnya

Page 26: Perintah Am Bab A

Bagi pegawai dalam peminjaman dan pertukaran sementara – pergerakan gaji ditentukan oleh Suruhanjaya.

Pergerakan gaji tahunan adalah berasaskan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau syarat-syarat lain yang ditentukan.

Page 27: Perintah Am Bab A

5. TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

5.1 Tempoh percubaan adalah antara 1 hingga 3 tahun.

Page 28: Perintah Am Bab A

5.2 Syarat pengesahan adalah seperti berikut;

i. memenuhi semua syarat yang ditetepkan dalam skim perkhidmatan,

ii. diperakukan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak,

iii. pegawai boleh memohon terus dari Suruhanjaya untuk pengesahan sekiranya Ketua Jabatan gagal membuat perakuan. 

Siasatan akan dibuat oleh Suruhanjaya.

Page 29: Perintah Am Bab A

5.3 Pelanjutan tempoh percubaan

Pegawai yang tidak disahkan jawatan setelah melewati tempoh 3 tahun hendaklah mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh perjumpaannya kepada Surhanjaya melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 3 bulan selepas tamat tempoh percubaan. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan alasan mengapa pegawai tidak disahkan dengan mengemukakan maklumat pegawai dan syor sama ada dengan denda atau tenpa denda.

Page 30: Perintah Am Bab A

5.4 Tarikh pengesahan.

Tarikh pengesahan bermula dari tarikh pegawai itu memenuhi semua syarat-syarat pengesahan

Page 31: Perintah Am Bab A

5.5 Kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan denda. a) hilang kekananan bagi tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutanb) tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji 

bagi tempoh perlanjutan,c) tarikh pergerakan gajinya diubah mengikut tarikh 

pengesahannya.

Page 32: Perintah Am Bab A

6. KEKANANAN 

6.1 Kekananan ditentukan seperti berikut;a) Bagi pegawai dalam gred lantikan, 

–   mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap.

b) Bagi pegawai dalam gred kenaikan pangkat – mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.

c) Bagi pegawai yang diberikan cuti tanpa gaji maka kekanannya hilang bagi tempoh ia bercuti tanpa gaji.

Page 33: Perintah Am Bab A

7. OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN 

7.1 Seseorang pegawai boleh memilih Skim Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) atau taraf berpencen.

 7.2 Ketua Jabatan hendaklah 

mengemukakan perakuan untuk diberi taraf berpencen apabila pegawai itu layak kepada Suruhanjaya.

Page 34: Perintah Am Bab A

8. KENAIKAN PANGKAT, PAMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA 

8.1 Terdapat 2 jenis kenaikan pangkat iaitu; 

a) kenaikan pangkat ke gred (bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan sokongan)

b) kenaikan pangkat ke jawatan (kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan pengurusan Tertinggi).

Page 35: Perintah Am Bab A

8.1 Kenaikan pangkat adalah berasaskan merit. 

8.2 Kenaikan pangkat diurus oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dengan mengambil 

kira kriteria brikut;i. kecekapan dan prestasi kerja pegawai 

ituii. kelayakan, pengetahuan kemahiran dan 

pengalaman pegawai ituiii. sifat-sifat peribadi (keutuhan, potensi, 

kepimpinan)iv. kegiatan luar dan sumbangan. Kepada 

negara dan masyarakat.

Page 36: Perintah Am Bab A

8.3 Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengiklankan kekosongan jawatan dan menjemput pemohon yang  berkelayakan melalui pekeliling jabatan.

 8.4 Tarikh kenaikan pangkat ditentukan oleh Lembaga  Kenaikan pangkat.

8.5 Gaji yang diterima bagi seseorang yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji yang diterima dalam gred terdahulu.

 8.6 Tarikh pergerakan gaji bagi pegawai yang dinaikkan pangkat adalah ditentukan mengikut tarikh  ia dinaikkan pangkat berkuatkuasa.

Page 37: Perintah Am Bab A

8.3 Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengiklankan  kekosongan jawatan dan menjemput pemohon yang  berkelayakan melalui pekeliling jabatan. 8.4 Tarikh kenaikan pangkat ditentukan oleh Lembaga  Kenaikan pangkat.

8.5 Gaji yang diterima bagi seseorang yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji yang diterima dalam gred terdahulu.

 8.6 Tarikh pergerakan gaji bagi pegawai yang dinaikkan pangkat adalah ditentukan mengikut tarikh  ia dinaikkan pangkat berkuatkuasa.

Page 38: Perintah Am Bab A

9. PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN

9.1 Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan perkhidmatannya jika pegawai itu telah;

a) menyembunyikan maklumat mengenai kesihatannya.

b) membuat akuan palsu dalam akuan berkanun.c) tidak mematuhi kandungan Surat Aku Janjid) memalsukan dokumen yang berhubung dengan 

perlantikannya.e) gagal tapisan keselamatan.

Page 39: Perintah Am Bab A

9.2 Seseorang pegawai boleh ditamatkan perkhidmatannya walaupun dalam tempoh  percubaan atau percubaan lanjutan dalam tempoh  30 hari notis dikeluarkan. 9.3 Kuasa menamatkan perkhidmatan hendaklah lebih 

tinggi daripada kuasa pihak yang melantik..

Page 40: Perintah Am Bab A

9.4 Seseorang pegawai yang ditamatkan perkhidmatannya  boleh membela diri dalam tempoh 14 hari dari tarikh ia  menerima notis. 9.5 Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai selepas menghantar satu notis bertulis dengan membayarnya sebulan gaji sekiranya pegawai tidak membela diri dan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati  dengan sebab yang meunasabah perkhidmatannya  ditamatkan.

Page 41: Perintah Am Bab A

9.6 Pegawai yang ingin meletak jawatan  hendaklah;

a) mengemukakan notis peletakan jawatan 30 hari sebelum peletakan jawatan itu itu berkuat kuasa atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. (Bagi  pegawai yang telah dilantik atau pegawai sementara)

b) mengemukakan notis peletakan jawatan 90 hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau  membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. (Bagi  pegawai yang telah dilantik atau pegawai sementara).

Page 42: Perintah Am Bab A

9.7 Notis peletakan jawatan hendaklah dihantar oleh pegawai kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatannya. Ketua Perkhidmatan hendaklah  merekodkan dan memaklumkan kepada Suruhanjaya dan Ketua  Pengarah Perkhidmatan Awam. 9.8 Bagi pegawai kontrak, peletakan jawatan adalah mengikut syarat pelantikan dan memberi notis 30 hari sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa.

Page 43: Perintah Am Bab A

10. UMUR 

10.1 Mengikut kalender Gregorian. 

10.2 Jika bulan sahaja diketahui – hendaklah dikira hari terakhir bulan itu.

10.3 Jika tahun sahaja diketahui – hendaklah dikira 31 Disember tahun itu.

 10.4 Umur persaraan hendaklah seperti yang 

ditetapkan undang-undang pencen (58 tahun)