PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf ·...
-
Upload
trinhxuyen -
Category
Documents
-
view
230 -
download
3
Transcript of PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf ·...
PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS
SHAH REZAL BIN RUSLI
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2003
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia saya, Puan Anazida Binti
Zainal di atas segala bimbingan, dorongan serta sokongan yang diberi sepanjang tempoh
saya menjalankan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan Projek Sarjana Muda saya
ini. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya dan
juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti
Teknologi Malaysia, yang pernah mengajar saya.
ABSTRAK
Cakera keras merupakan sebuah komponen yang paling penting dalam sesebuah
komputer. Di sinilah segala maklumat dan data disimpan. Justeru itu, prestasi cakera
keras memainkan peranan yang penting bagi mandapatkan prestasi yang baik daripada
keseluruhan sistem komputer. Walaubagimanapun, terdapat perbezaan prestasi di antara
sebuah cakera keras dengan cakera keras yang lain walaupun mempunyai spesifikasi
yang sama. Oleh itu, dalam projek ini, perisian yang mampu mengukur prestasi dua
buah cakera keras dibangunkan. Teknik yang digunakan untuk mengukur prestasi
sesebuah cakera keras ialah kelajuan cakera keras menulis dan membaca fail dengan
menggunakan ingatan cache. Perisian Microsft Visual Basic 6.0 digunakan sebagai
platform pengaturcaraan dalam pembangunan perisian ini. Hasil dari pengujian yang
dijalankan terhadap cakera keras akan dipaparkan dalam bentuk bergraf dan paparan
bertulis bagi memudahkan pengguna membuat penilaian prestasi cakera yang manakah
yang lebih baik. Diharap dengan hasil dari projek ini nanti, akan dapat membantu sedikit
sebanyak kepada pengguna dalam memilih cakera keras yang lebih baik prestasinya.
ABSTRACT
Hard disk is the most important component in computer system. All data and
information are kept here. So, performance from hard disk is the major factor to get the
best performance from the entire computer system. Thus, performance comparison
between hard disks is the best way to help users to choose the best hard disk for their
used. So, in this project, software that could performs a benchmarking technique to test
two hard disks performance in terms of read and write speed has been developed.
Microsoft Visual Basic 6.0 was used as the programming platform in developing the
software. The technique developed in the software measured hard disk speed in writing
and reading a file using cache memory. The software would display test result in graph
and text format. The results can be used to help users making decision of which hard
disk has higher performance. Hopefully, users could gain benefits from the software in
making their choice of hard disk that is suitable with their daily works.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI RINGKASAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan Projek 1
1.2 Analisa Masalah 2
1.3 Objektif Projek 3
1.4 Skop Projek 4
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 5
2.2 Pengenalan Kepada Cakera Keras 5
2.3 Sejarah Cakera Keras 8
2.4 Komponen Cakera Keras 10
2.5 Operasi Baca/Tulis 12
2.6 Strukutr Logikal dan Sistem Fail Pada Cakera 16
Keras
2.7 Ingatan Maya atau Virtual Memory 17
2.8 Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi 18
2.9 Pengujian Cakera Keras 21
2.10 Teknik- Teknik Pengujian Cakera Keras 22
2.10.1 Teknik 1 : Mengukur Kelajuan
Menulis dan Membaca Sebuah Fail
Pada Cakera Keras Tanpa
Menggunakan Ingatan Cache 23
2.10.2 Teknik 2 : Mengukur Kelajuan
Menulis dan Membaca Sebuah Fail
Pada Cakera Keras Dengan
Menggunakan Ingatan Cache 24
2.10.3 Teknik 3 : Mengukur Kelajuan
Menulis dan Membaca Pelbaga
Saiz Fail 27
2.10.4 Teknik 4 : Mengukur Kelajuan
Menulis Dua Kali Fail Secara Bersiri
Pada Cakera Keras 28
2.11 Justifikasi Teknik Pengujian 29
2.12 Perbandingan Prestasi Antara Dua Cakera Keras 31
2.13 Fail Ujian 32
2.14 Perisian Sepadan Yang Ada 33
2.14.1 Disknt98 34
2.14.2 SiSoft Sandra Professional 35
2.14.3 Fresh Diagnose 36
2.15 Rumusan 37
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 38
3.2 Kajian Latar Belakang 38
3.3 Metodologi Pembangunan 39
3.3.1 Kaedah dan Teknik 40
3.3.2 Justifikasi Metadologi 41
3.3.2.1 Fasa Perancangan 41
3.3.2.2 Fasa Analisa Sistem 42
3.3.2.3 Fasa Rekabentuk Sistem 43
3.3.2.4 Fasa Implimentasi 44
3.3.2.5 Fasa Penyelenggaraan 44
3.4 Perancangan Projek 45
3.5 Keperluan Sistem 45
3.5.1 Keperluan Perkakasan 46
3.5.2 Keperluan Perisian 47
3.5.2.1 Justifikasi Perisan
Microsoft Visual Basic 6.0 47
BAB IV HASIL AWALAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Rekabentuk Umum 49
4.3 Rekabentuk Logikal Komponen 53
4.4 Rekabentuk Antaramuka 57
BAB V FASA IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perisian Pembangunan Aplikasi 62
5.3 Pembangunan Modul 63
5.3.1 Modul Menulis Fail Pada Cakera Keras 65
5.3.2 Modul Membaca Fail Pada Cakera Keras 67
5.3.3 Modul Kiraan Tempoh Pelaksanaan
Operasi 68
5.3.4 Modul Buang Fail 69
5.3.5 Modul Kiraan Kadar Penghantaran Data 70
5.3.6 Modul Maklumat Cakera Keras 71
5.3.7 Modul Graf Keputusan 72
5.4 Pengujian Sistem 75
5.4.1 Pengujian Modul Menulis Pada Cakera
Keras 75
5.4.2 Pengujian Modul Mmbaca Fail 78
5.4.3 Pengujian Modul Mengira Kadar
Penghantaran Data 81
5.5 Kesimpulan Pengujian 82
BAB VI KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 83
6.2 Justifikasi Objektif 83
6.3 Kebaikan Sistem 85
6.4 Kelemahan Sistem 86
6.5 Cadangan Masa Depan 87
6.6 Kesimpulan 88
RUJUKAN 89
LAMPIRAN
LAMPIRAN A- E 90 - 102
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Projek
Penggunaan aplikasi yang menguji keupayaan prestasi sesuatu sistem komputer
telah menjadi suatu yang penting pada masa sekarang. Kepelbagaian produk komputer
peribadi yang banyak berada di pasaran telah menyebabkan banyak pembeli runsing
untuk memilih barangan produk yang mana mempunyai prestasi yang lebih baik. Begitu
juga dengan cakera keras. Walaupun cakera keras yang ada di pasaran masa kini
mempunyai spesifikasi yang sama, tetapi prestasi antara cakera-cakera keras ini
mempunyai perbezaan dari segi prestasi antara satu sama lain. Disebabkan masalah ini,
banyak aplikasi atau perisian telah dibangunkan untuk membuat perbandingan prestasi
antara produk-produk tertentu. Untuk menguji prestasi sesuatu cakera keras beberapa
teknik digunakan. Antaranya ialah menguji kelajuan cakera keras mambaca dan menulis
sesuatu fail. Fail yang mempunyai saiz tertentu akan ditulis atau dibaca pada cakera
keras dan masa yang digunakan untuk menyelesaikan operasi ini dicatatkan. Pengujian
yang sama akan dijalankan pada cakera keras yang lain untuk mendapatkan hasil ujian
dan seterusnya perbandingan antara kedua-dua cakera keras yang diuji akan dilakukan.
Dengan ini, prestasi sebenar sesuatu cakera keras dengan cakera keras yang lain dapat
dinilai.
2
1.2 Analisa Masalah
Cakera keras merupakan satu komponen yang penting dalam sesebuah komputer
peribadi. Ianya digunakan untuk menyimpan pelbagai data untuk penggunanya.
Limpahan pelbagai jenis cakera keras di pasaran menyebabkan pengeluar cakera keras
terpaksa bersaing antara satu sama lain bagi melariskan barangan keluaran mereka.
Persaingan yang berlaku antara pengeluar ini menyebabkan pengguna menjadi keliru
dalam perihal memilih cakera keras yang mempunyai prestasi terbaik bagi memenuhi
keperluan mereka.
Seperti yang diterangkan dalam bahagian pengenalan, walaupun cakera keras-
cakera keras ini mempunyai spesifikasi yang sama, tetapi terdapat tahap prestasi yang
berbeza antara satu sama lain. Jadi, untuk mengetahui tahap prestasi sesebuah cakera
keras, sebuah perisian yang mampu megukur prestasi cakera keras digunakan.
Pada masa kini, terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menguji
prestasi cakera keras seperti Sisoft Sandra 2001 Professional dan DiskSpeed malah
pengeluar cakera keras sendiri pun ada menyediakan perisian untuk menguji keupayaan
cakera keras ini. Tetapi, perisian-perisian seperti disebutkan tadi tidak membuat
perbandingan secara nyata perbezaan prestasi antara dua cakera keras. Ianya hanya
membuat perbandingan dengan membandingkan tahap prestasi cakera keras yang diuji
dengan data atau keputusan yang telah dijalankan sebelum itu. Contohnya, apabila
prestasi sebuah cakera keras hendak diukur, cakera keras tadi akan diuji dengan
beberapa set teknik pengujian dan hasil keputusan ujian akan dibandingkan dengan hasil
keputusan cakera keras yang lain yang telah diuji yang mana hasil keputusannya dicapai
dari pangkalan data perisian itu. Ini menyebabkan kita tidak dapat membuat
perbandingan yang nyata jika menggunakan perisian-perisian tersebut.
3
Oleh sebab itu, satu perisian yang mampu membuat perbandingan prestasi yang
nyata antara dua cakera keras diperlukan bagi mendapatkan hasil keputusan yang lebih
tepat.
1.3 Objektif Projek
Dalam melaksanakan projek ini, beberapa objektif projek telah ditetapkan.
Objektif utama yang dikenalpasti ialah :
(i) Menjalankan kajian terhadap cakera keras dan teknik- teknik pengujian
prestasi cakera keras.
(ii) Membangunkan sebuah perisian aplikasi yang mampu membuat
pengujian prestasi antara dua buah cakera keras.
(iii) Menjalankan pengujian berdasarkan teknik yang telah dipilih iaitu
menulis dan membaca fail yang mempunyai saiz tertentu pada cakera
keras dengan menggunakan ingatan cache.
4
1.4 Skop Projek
Untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan, beberapa skop
telah digariskan dalam membangunkan projek ini. Antara skop-skop yang
dikenalpasti ialah :
(i) Tidak mengambilkira jenis format pengalamatan yang digunakan oleh
cakera keras yang diuji.
(ii) Kaedah capaian yang berbeza tidak diambilkira dalam pengujian prestasi
ini.
(iii) Perisian yang akan dibangunkan akan diimplemenkan pada sistem
pengoperasian Windows XP.
(iv) Ciri- ciri prestasi cakera keras yang diukur ialah kelajuan menulis dan
membaca fail pada cakera keras.
(v) Perisian membuat pengujian pada drive yang mewakili setiap cakera
keras yang diuji.
(vi) Perisian mampu memaparkan keputusan secara bertulis dan graf untuk
memudahkan penilaian oleh pengguna.
(vii) Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada tempoh pelaksanaan
operasi (tulis atau baca) dan kadar penghantaran data. Semakin kecil
tempoh pelaksanaan operasi, maka semakin baik prestasi sesebuah cakera
keras manakala semakin besar kadar penghantaran data, maka semakin
baik prestasi sesebuah cakera keras.