Peristiwa 13 Mei 1969

30
1.0) Pendahuluan Sebelum perang dunia kedua iaitu 1941, British telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis semasa mentadbir Tanah Melayu. Hal ini memberi kesan kepada perubahan sosio masyarakat di Tanah Melayu. Di mana bermulanya kemasukan masyarakat imegran daripada dua buah Negara iaitu China dan India sebagai pengerak ekonomi Tanah Melayu ketika itu. Oleh sebab itu, wujudlah masyarakat Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu orang India, Cina dan Melyu. Tiga kaum utama ini tinggal di tempat yang sama namun, mereka tidak pernah bergaul mahupun tiada sebarang usaha British untuk menyatukan hubungan antara kaum ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat imegran menganggap diri mereka hanya tinggal sementara di Tanah Melayu menyebabkan British dan orang Melayu untuk tidak memandang berat dalam memerbaiki hubungan antara kaum ini. Perkara ini bertambah berat apabila semakin ramai masyarakat imegran dari India dan China datang bekerja di Tanah Melayu sehingga jumlah populasi masyarakat melayu tidak tetap dan pada tahun 1931 iaitu masyarakat imegran mencecah 49.0 manakala masyarakat melayu hanya 49.2. Jumlah penduduk imegran yang ramai menyebabkan proses asmilasi susah untuk berlaku kerana masyarakat imegran ini sudah tentu akan hidup secara berkelompok dan meraka akan susah untuk bergaul dengan masyarakat kaum yang lain. Pencampuran dan pergaulan masyarakat antara pelbagai kaum semakin terhad menyebabkan kaum lain tidak memahami budaya dan agama kaum yg lain. Jelaslah bahawa proses penyatuan kaum sukar dan tidak pernah untuk dilakukan ketika pentadbiran British. Dalam tugasan ini saya akan menjelaskan masalah dan hubungan antara kaum 1

description

Penyatuan Kaum merupakan isu hangat dan berakhir dgn tragedi 13 Mei. tugasan ini telah menganalisis peristiwa tersebut menurut perpektif sejarah.

Transcript of Peristiwa 13 Mei 1969

1.0) Pendahuluan Sebelum perang dunia kedua iaitu 1941, British telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis semasa mentadbir Tanah Melayu. Hal ini memberi kesan kepada perubahan sosio masyarakat di Tanah Melayu. Di mana bermulanya kemasukan masyarakat imegran daripada dua buah Negara iaitu China dan India sebagai pengerak ekonomi Tanah Melayu ketika itu. Oleh sebab itu, wujudlah masyarakat Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu orang India, Cina dan Melyu. Tiga kaum utama ini tinggal di tempat yang sama namun, mereka tidak pernah bergaul mahupun tiada sebarang usaha British untuk menyatukan hubungan antara kaum ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat imegran menganggap diri mereka hanya tinggal sementara di Tanah Melayu menyebabkan British dan orang Melayu untuk tidak memandang berat dalam memerbaiki hubungan antara kaum ini. Perkara ini bertambah berat apabila semakin ramai masyarakat imegran dari India dan China datang bekerja di Tanah Melayu sehingga jumlah populasi masyarakat melayu tidak tetap dan pada tahun 1931 iaitu masyarakat imegran mencecah 49.0 manakala masyarakat melayu hanya 49.2. Jumlah penduduk imegran yang ramai menyebabkan proses asmilasi susah untuk berlaku kerana masyarakat imegran ini sudah tentu akan hidup secara berkelompok dan meraka akan susah untuk bergaul dengan masyarakat kaum yang lain. Pencampuran dan pergaulan masyarakat antara pelbagai kaum semakin terhad menyebabkan kaum lain tidak memahami budaya dan agama kaum yg lain. Jelaslah bahawa proses penyatuan kaum sukar dan tidak pernah untuk dilakukan ketika pentadbiran British. Dalam tugasan ini saya akan menjelaskan masalah dan hubungan antara kaum bermula dengan perang dunia kedua iaitu penjajahan Jepun sehingga peristiwa berdarah iaitu 13 Mei 1969. Dalam membincangkan rentetan peritiwa sehingga tercetusnya 13 Mei 1969, saya akan lebih menyentuh kepada hubungan antara Melayu-Cina dan sedikit hubungan dengan orang India kerana jumlah orang Cina lebih ramai dari orang India dan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei banyak kaitannya antara orang Melayu dan Cina. Serta saya akan menumpukan perhatian ke atas apa yang yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan tidak pula apa yang berlaku di Singapura atau Sabah dan Sarawak.

2.0) Jepun mencetuskan api perkauman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah berbeza-beza mengikut kaum atas dasar kepentingan kepada Jepun. Pada waktu yang sama, wujud tempat kekosogan dalam hal ehwal pentadbiran kerana ketiadaan kerajaan Inggeris perkara ini menyebabkan kaum Melayu diberi peluang untuk mengisi jawatan kanan dalam perkhidmatan kerajaan[footnoteRef:1]. Mereka tidak berpeluang untuk menjawat jawatan sebegini semasa pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itu, peluang ini telah memberi pengalaman kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir Negara. Secara tidak lansung, gologan cerdik pandai orang-orangg Melayu mula bergiat aktif dalam politik dan boleh menjadikan mereka sebagai pemimpin dalam kegiatan-kegiatan politik Melayu selepas perang. [1: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 50]

Manakala, bagi orang Cina pula penjajahan Jepun telah mebawa impak dan kesan yang negatif kepada orang-orang Cina. Peristiwa Perang Cina-Jepun membawa sifat dendam orang Cina dan orang Jepun. Oleh sebab itu, berlakunya penyisihan dan penindasan yang hebat berlaku ke atas orang-orang Cina. Penindasan yang berterusan dan masalah kekurangan makanan dari pihak jepun terhadap orang-orang Cina menyebakan ramai orang-orang Cina berlari ke dalam hutan.Mereka mengambil langkah insentif dengan membuat petempatan dan membuat makanan sendiri.[footnoteRef:2] Dalam sentimen anti Jepun, Orang Cina telah memulakan langkah dengan menjalankan pemuluanan terhadap Jepun. Namun, pemulaunan tersebut membawa kepada pembunuhan seramai 70,000 orang Cina di Singapura kerana pihak Jepun telah menganggap kesemua orang Cina berkenaan adalah Komunis[footnoteRef:3]. Selain itu, PKM (Parti Komunis Melayu) telah menyebarkan perasaan anti-Jepun dan membentuk satu pertubuhan untuk menentang Jepun iaitu Malayan PeopleAnti-Jepun Army (MPAJA). Penentagan Jepun ke atas MPAJA dan PKM secara tidak langsung telah membawa kepada permasalahan kaum. Hal ini demikian kerana, Jepun menggunakan anggota polis yang ramai terdiri daripada orang Melayu dan India untuk menentang MPAJA yang kebanyakanya ialah orang Cina. Perkara ini telah menyebabkan hubungan orang Melayu dan orang Cina semakin tegang.[footnoteRef:4] Selepas penyerahan diri Jepun pada bulan Ogos 1945 sehingga kedatagan semula kerajaan Inggeris pada akhir bulan september 1945 berlakunya kekosogan pemerintah MPAJA mengambil peluang itu untuk bermaharajalela dengan mengenetepikan undang-undang dan mereka menggunakan undang-undang sendiri. Mereka juga mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap orang-orang yang dipaksa untuk berkerjamsama dengan Jepun dan kebanyakan orang-orang yang dipaksa untuk bekerjasama dengan pihak Jepun ketika itu adalah orang Melayu dan sedikit orang India. Hal ini, berlakunya pergeseran kaum Melayu dan kaum Cina yang serius. Iaitu banyak berlakunya pertumpahan darah berlaku antara kaum Cina dan kaum Melayu. Mereka telah menghukum penduduk kampung khususnya orang Melayu. Sebagai contoh bentuk hukuman yang dasyat ialah terdapat antara orang Melayu diikat kaki serta tangannya dan dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam laut hidup-hidup.[footnoteRef:5] Jelaslah bahawa penjajahan Jepun yang mentadbir mengikut layanan yang berbeza terhadap setiap kaum mengikut kepentingan pihak Jepun telah memberi implikasi yang besar terhadap hubungan di antara orang Melayu orang Cina dan India yang sememangnya rengang sebelum ini iaitu mereka sudah mula memusuhi antara satu sama yang lain kerana dendam dan marah. [2: Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) hlm 532] [3: Mohamed Ali haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012): 97-123] [4: Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) hlm 534] [5: Mohamed Ali haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Dlm Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012), hlm 107]

3.0) Bantahan Malayan UnionPada 1 April 1946 Malayan Union telah diperkenalkan oleh British selepas penjajahan Jepun telah merumitkan lagi hubungan kaum. Malayan Union merupakan penyatuan negeri berasaskan kepada bangsa Malayan di mana taraf kewarganegaraan diberikan kepada kaum bukan Melayu iaitu kaum India dan Cina berlandaskan konsep jus soli. Dalam hal ini, kaum bukan Melayu layak untuk mendapat kerakyatan Malayan Union jika mereka lahir di Tanah Melayu atau tinggal selama 10 dari 15 tahun sebelum itu. Oleh sebab itu, melalui syarat-syarat ini adalah dianggarkan 83% daripada kaum Cina dan 75% daripada kaum India di Tanah Melayu layak untuk mendapatkan kerakyatan.[footnoteRef:6] Malah, perkhidmatan awam juga terbuka kepada orang bukan Melayu yang sebelumnya tidak terbuka kepada mereka. Bagi masyarakat Melayu mereka melihat Malayan Union akan menjejaskan kedudukan istimewa orang Melyu dengan British memberi peluang kepada masyarakat bukan Melayu dengan memberi tafar kewarganegaraan dan kedudukan perkhidmatan awam yang dikhaskan kepada masyarakat Tempatan. Perkara ini seperti menuang minyak ke arah api yg sedang membakar kerana pada waktu itu, perasaaan perkauman mula membara disebabkan semasa dan selepas penjajahan Jepun. Malayan Union membawa penghinaan kepada kaum Melayu apabila cara yang digunakan oleh British untuk mendapat persetujuan raja-raja Melayu dengan menghantar wakil iaitu Sir Harold Mac Micheal untuk mendapat tandatangan secara paksa dari setiap Raja. Tindakan paksa ini terkandung dalam kuasa wakil tersebut yang boleh mencadangkan seseorang Raja dilucutkan dari takhta sekiranya pentadbiran kerajaannya tidak memuaskan dalam zaman pendudkan Jepun.[footnoteRef:7] [6: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 56] [7: R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd. Napis dan Ramlah Muhamad (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982), hlm.36]

Bantahan orang Melayu terhadap syor mengenai kewarganegaraan dan kedudukkan perkhidmatan kepada orang bukan Melayu serta cara paksaan oleh British dalam mendapat persetujuan Malayan Union ini telah menyatukan orang-orang Melayu untuk membuat bantahan yang keras. Maka Kongres Melayu Se-Malaya telah diadakan pada bulan Mac dan Mei 1946, dalam kongres tersebut mereka telah mengesyorkan supaya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan. Pertubuhan ini merupakan suara kaum Melayu dalam usaha membantah Malayan Union di mana UMNO meminta supaya British dapat mengembalikan kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu dan menerima prinsip bahawa Tanah Melayu adalah negeri Melayu. Berhubung dengan hak sama rata dan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu, UMNO berpendapat sebarang kemudahan yang diberikan kepada masyarakat bukan Melayu adalah berlandaskan budi bicara atau persetujuan orang-orang Melayu yg mempunyai kuasa Politik. UMNO beranggapan, sekiranya kuasa politik diberikan kepada orang bukan melayu, orang Melayu akan dikuasai oleh mereka kerana orang Cina dan India telah berkuasa dalam sektor ekonomi ketika itu. Malah orang-orang Melayu bersifat syak wasangka dengan memberi taraf kewarganegaraan kepada orang Cina kerana kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) yang kebanyakan ahli-ahli nya adalah orang-orang Cina.[footnoteRef:8] [8: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 61-62]

Sementara itu, Masyarakat India dan China tidak memberi sebarang reaksi malah mereka bersetuju dengan Malayan Union atas sebab kewarganegaraan diberi kpd mereka. Atas bantahan yang kuat dibuat oleh UMNO maka pada bulan julai 1946, Btitish bersetuju untk membentuk sebuah jawatan kuasa kerja bagi merangka perlembagaan lain sebagai ganti perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa ini juga terdiri daripada 6 orang wakil kerajaan, 2 orang wakil UMNO dan 4 orang wakil raja-raja Melayu serta jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Malcom Mac Donald. Dari masa ke semasa, jawatankuasa ini telah bersetuju merangka perlembagaan yang baru. Pada tahun 1948 Malayan Union digubal dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu. . Namun, Perseketuan Tanah Melayu juga telah menimbulkan sikap perkauman iaitu masyarakat Cina dan India tidak berpuas hati dengan syarat-syarat untuk menjadi warganegara Tanah Melayu. Syarat-syarat kewarganegaraan yg telah ditetapkan oleh Perseketuan Tanah Melayu iaitu mereka dilahirkan di Perseketuan dan ibubapa mereka dilahirkan di Perseketuan serta telah tinggal beberapa lama di Perseketuan atau mereka sendiri dilahirkan serta telah tinggal beberapa lama di Perseketuan. Serta kewarganegaraan bukanlah boleh diperolehi secara automatik tetapi secara memohon, jika pemohon berkelakuan baik mengesahkan niatnya untuk menetap di perseketuan dan mempunyai "pengetahuan yang cukup" tentang Bahasa Melayu atau Inggeris Bagi masyarakat Cina dan India syarat-syarat perseketuan Tanah Melayu amat sukar dipenuhi serta syarat-syarat ini lebih ketat berbanding syarat kewarganegaraan Malayan Union. Oleh sebab itu, pada tahun 1949 dianggarkan bahawa hanya kira-kira 500,000 penduduk Cina di Perseketuan jumlah ini kurang sedikit dari satu perlima telah menjadi warganegaraan perseketuan.[footnoteRef:9] [9: R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd. Napis dan Ramlah Muhamad (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982), hlm.40]

Pembubaran Malayan Union dan penubuhan Perseketuan Tanah Melayu boleh dianggap sebagai kemenagan berpihak kepada orang-orang Melayu dimana kedudukkan orang Melayu dikembalikan serta raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggunjawab kepada rakyat. Orang Melayu juga berjaya membatalkan rancanganMalayan Unionoleh Kerajaan British yang cuba menawarkan kewarganegaraan bukan Melayu dan kesaksamaan taraf dengan Melayu. Dapatlah dilihat bahawa orang Melayu Berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai hak milik orang Melayu dan amatlah sukar bagi mereka untuk bersikap bertolak ansur kepada orang bukan Melayu kerana Tanah Melayu untuk orang Melayu. Hal ini,membawa kepada perasaan tidak puas hati daripada orang bukan Melayu dan termasuklah pertubuhan politik seperti AMCJA, PUTERA dan PKM kerana mereka menganggap Perseketuan Tanah Melayu bersifat imperialis dan neokolonialis.

4.0) Hubungan Kaum semasa DaruratKeadaan Darurat di Tanah Melayu diistiharkan pada bulan Jun 1948 keadaan darurat ini berfaktorkan kebangkitan dan penentangan daipada PKM (Parti Komunis Malaya). PKM bertindak membuat penentagan dengan membakar ladang-ladang getah malah telah membunuh peladang-peladang getah dan pelombong-pelombong Inggeris. Kebanyakkan ahli PKM adalah orang-orang Cina. Manakala bagi pihak yang menetang PKM yang merupakan pasukan keselamatan adalah berbangsa Inggeris dan pasukan senjata Komenwel. Mereka ditugaskan untuk membantu Polis Tanah Melayu yang hampir semuanya terdidri daripada orang-orang Melayu dan orang-orang India. Secara amanya kita mengetahui bahawa pertempuran ini merupakan satu pertumpuran bercorak perkuaman. Semasa darurat, PKM bergantung kepada setingan-setingan Cina untuk mendapatkan bahan makanan dan maklumat. Pihak British telah menyekat usaha saluran makanan dan maklumat daripada setinggan-setinggan Cina ini dengan mewujudkan Kampung-kampung Baru agar kekuatan PKM dapat dilumpuhkan. Kampung-kampung Baru tersebut merupakan khemah-khemah askar dengan mempunyai kedudukan pertahanan di sekelilingnya, iaitu dilingkungi pula oleh dawai berduri dan dikawal oleh polis. Sesiapa pun tidak keluar pada malam, dan sekiranya perlu keluar pada waktu pagi, mereka perlu diperiksa untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang bekalan yang dapat diberikan kepada pihak PKM.[footnoteRef:10] [10: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73]

Walaubagaimanapun, rancangan kampung-kampung baru ini membawa kebaikan kepada keamanan Tanah Melayu ketika itu namun bagi pihak setinggan-setinggan Cina yang ditempatka di kawasan itu melihat rancagan ini membebankan mereka. Kehidupan mereka di kampung-kampung baru ini seperti dalam khemah tahanan malah mereka sebenarnya dipaksa untuk tinggal di situ. Mereka juga merasakan bahawa hanya kaum mereka yang dilayan tidak sepatutnya dan kehidupan meraka lebih susah dari kaum Melayu. Ini telah menibulkan persaan dendam dan iri hati terhadap kaum Melayu kerana bagi mereka pentadbiran Inggeris lebih memihak kepada mereka. Berbeza dengan perspektif di kalagan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu melihat bahawa rancagan kampung-kampung baru ini memakan perbelanjaan yang tinggi untuk membeli kemudahan yang jauh lebih baik daripada kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung-kampung Melayu. Mereka berasa bahawa kacau-bilau orang Cina sudah cukup dan mengeluarkan belanja yang besar tidakperlu kerana mereka menggangapkan orang-orang Cina ini adalah orang asing.[footnoteRef:11] Keadaan kampong-kampung Melayu telah digambarkan dalam Warta Negara, 22 November 1952, mendakwa bahawa orang Melayu di kampong ditinggalkan dengan lampu using, perigi dalam keadaan buruk dan jalan berlumpur[footnoteRef:12]. Pandagan-pandagan yang berbeza ini hanya menambahkan lagi perasaan dendam dan benci antara orang Melayu dan orang Cina yang belum lagi surut selepas kedatagan Jepun. Kampung-kampung baru yang mengasingkan kaum Cina dengan kaum Melayu dan India telah memburukan lagi hubungan kaum. Di mana, petempatan dan kehidupan yang berangsingan tidak memberikan tiga kaum utama ini untuk bergaul dan menimbulkan suatu pengasingan kaum yang ketara. Persefahaman tidak akan berlaku disebabkan pergaulan yang terbatas antara mereka. Dengan itu, hubungna antara kaum sudah pasti tidak dapat diperbaiki. [11: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73-74] [12: Ho Hui Ling, Darurat 1848-1960 keadaan sosial di Tanah Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004),hlm 133]

5.0) Usaha ke arah kemerdekaanPemberontakan Parti Komunis Malaya pada tahun 1948 bukanlah dilihat sebagai penghalang untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu. Namun pemberontakan PKM telah mempercepatkan lagi usaha ke arah kemerdekaan. Hal ini demikian kerana, British ingin menentang PKM kerana sebahagian daripada perang dingin dalam menentang fahaman komunis, namun pemberontakan komunis di Tanah Melayu berbentuk nasionalis iaitu pemberontakan bersenjata bagi menentang kolonial. Oleh sebab itu, British menerima dasar dekolinasasi dgn lebih pesat. Bagi penyerahan kuasa kerajaan, British telah menetapkan untuk mengadakan Pilihan Raya bagi memilih badan politik yg berhak diberi kuasa untuk memerintah Tanah Melayu dan bukan kepada komunis. Malahan, British juga telah menetapkan syarat kemerdekaan hanya dapat diberi dengan persetujuan dan kerjasama antara kaum utama di Tanah Melayu. Dalam hal ini, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum atau Communities Laison Committee (CLC) bagi mencari penyelaesaian pertikaian antara kaum di Tanah Melayu. Ahli-ahli CLC terdiri daripada pemimpin-pemimpin daripada setiap kaum yang utama dan pemimpin dari British. Antara perkara yang dicadangkan oleh CLC iaitu kerakyatan Jus Soli sebagai dasar kerakyatan perseketuan dan tempoh kerakyatan perlu dipendekkan. Serta syarat mengenai pandai berbahasa Melayu perlu dimansuhkan.. Dasar sama rata antara semua kaum adalah sama rata berlandaskan konsep demonkrasi dan hak asasi manusia. Bagi sekolah kerajaan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa perantaraan.[footnoteRef:13].Namun cadangan CLC ini tidak berjaya kerana adanya penentagan daripada pihak anasir-anasir pelampau Melayu yang menyokong dasar Tanah Melayu untuk orang Melayu. [13: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 325]

Setelah berjaya menpertahankan status Quo politik dan mengembalikan identiti bangsa Melayu dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Dato'Onn mempunyai pandagan yang baru dalam menerajui konsep politik di Tanah Melayu iaitu UMNO sebagai parti kebangsaan bagi persekutuan Tanah Melayu demi melahirkan satu konsep Negara Bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang baru selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan. Beliau mencadangkan untuk membuka keahlian kepada kaum lain dalam menyertai UMNO. Serta beliau mencadangkan agar nama UMNO itu patut diubah menjadi Pertubuhan Kebangsaan Tanah Melayu Bersatu .Namun cadagan beliau telah ditentang hebat oleh ahli UMNO kerana mereka melihat bahawa UMNO tidak dapat berkerjasama dengan kaum lain dalam satu parti politik ketika itu perasaan perkauman dan dendam orang Melayu kepada kaum lain amatlah menebal kerana peristiwa sebelum ini. Kesan daripada penentagan ahli UMNO yang masih berfikiran sempit ini, pada pertengahan tahun 1951 DatoOnn Jaafar telah meletak jawatan dan digantikan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua.Selepas perletakan jawatan, DatoOnn kemudiannya membentuk parti baharu yang bukan berbentuk perkauman iaitu Independence Of Malaya Party (IMP). Parti ini di sokong oleh Tan Cheng Lock, pemimpin MCA, K.L. Devaser dari MIC, E.E.C Thuraisingham dari persatuan Ceylonese Malaya dan beberapa persatuan kecil bagi menjalankan satu dasar progresif dengan matlamatnya mempunyai kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dalam masa 10 tahun. Perbentukan IMP selaras dengan syarat British iaitu kerjasama dengan semua kaum politik untuk membentuk satu kerajaan sendiri.[footnoteRef:14] Namun, usaha DatoOnn menampakan kegagalan apabila IMP kalah dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur telah dimenagani oleh kerjasama antara UMNO-MCA dengan memenangani 9 daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan dan menyebabkan kekalahan yang teruk bagi IMP. Kegagalan IMP membuktikan bahawa kerjasama antara kaum dalam satu parti politik adalah sukar bagi penduduk Tanah Melayu. [14: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 331]

Pembentukan kerjasama antara UMNO-MCA dalam Pilihan Raya Bandaran merupakan titik tolak kepada konsep Malayan secara terbuka oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun kerjasama itu tidak dibuat oleh Tunku sendiri[footnoteRef:15] tetapi kemenagan kerjasama antara UMNO-MCA telah memaksa Tunku berkerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.Manakala bagi MCA pula, Tang Cheng Lock menerima baik pembentukan Perikatan kerana ia dapat mencapai kerjasama antara komuniti Melayu dan komuniti Cina dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Pendekatan kerjasama antara UMNO-MCA telah dipersetujui oleh British dan secara tidak langsung membentuk satu gabungan parti politik perkauman yang telah diadakan pada pertengahan 1953 dan menjadi sempurna pada Oktober 1954 dengan kemasukan MIC ke dalamnya, maka rasmilah Parti Perikatan sebagai sebuah parti gabungan perkauman. [15: Kerjasama UMNO-MCA bukanlah dilakukan denga satu perancagan yang jelas dari pucuk pimpinan UMNO-MCA. Ia sebenarnya berlaku antara dua orang pemimpin kecil UMNO-MCA Kuala Lumpur iaitu Dato Razak Yahya dengan H.S Lee yang merupakan rakan kongsi dalam perusahaan bijih timah di Selangor. ]

Parti perikatan berkerjasama kerana setiap parti mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin memerdekakan Tanah Melayu dengan persetujuan setiap kaum utama. Walaubagaimanapun parti perikatan merupakan parti yang berteraskan kaum maka tidak hairanlah parti perikatan ini lebih bersifat perkauman di mana UMNO, MCA dan MIC lebih mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri. Perkara ini dapat dilihat apabila manifesto perikatan mengambil masa yang lama untuk disipakan kerana masalah kerakyatan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam yang tidak dapat dipersetujui sebulat suara oleh anggota Perikatan. Di mana, UMNO menolak kerakyatan jus soli secara terbuka seperti dituntut oleh MCA dan MIC. MCA pula tidak dapat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebagsaan tunggal. Ahli-ahli MCA yang berpendidikan Cina dan persatuan-persatuan sekolah Cina juga menolak dasar itu. Dasar pelindungan orang Melayu dipersoalan. Pertelingkahan ini cuba diatasi dengan mengetepikan soal-soal sensitive ini dalam Manefesto Perikatan 1955 hanya memuatkan dasar-dasar bekerja dan berusaha membentuk sebuah kerajaan sendiri dan seterusny mencapai kemerdekaan, menjalankan dasar demokrasi, menegakkan kedudukan Raja Berlembagaan, mengamalkan kebebasan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan asas ekonomi dan kebajikan penduduk.[footnoteRef:16] [16: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 344]

Di samping itu, parti perikatan juga bertanding mengikut kawasan masing-masing. Iaitu wakil UMNO akan bertanding di kawasan orang Melayu, wakil MCA akan bertanding di kawasan orang Cina dan wakil MIC akan bertanding di kawasan orang India. Setiap wakil menyampaikan kempen berdasarkan kepentingan kaum sendiri. Seperti semasa Tunku Abdul Rahman berkempen dalam kalagan orang Melayu. Beliau sentiasa menekankan perasaan muhibah dan persaudaraan dalam kalagan masyarakat tanah melayu serta orang Melayu perlu berkorban untuk mendapat kemerdekaan. Perkataan Merdeka manjadikan orang melayu tidak nampak akan masalah politik di depan mata mereka kerana semangat dan cita-cita mereka untuk mencapai kemerdekaan. Manakala, bagi mengambil hati orang Cina, MCA telah berjanji akan menjalankan dasar pengampunan ke atas mereka yang dituduh terlibat atau bersimpati dengan PKM. Maka pada pilihan raya tahun 1955, parti perikatan telah menang dengan jayanya. Melalui kemenangan itu, Perikatan memperoleh bilangan wakil besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan sekali gus melayakkan mereka menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Reid telah dibentuk oleh British untuk membuat perlembagaan Tanah Melayu sebagai langkah besar untuk mencapai kemerdekaan. Suruhanjaya Reid telah mengambil perhatian utama dan menggunakan hampir keseluruhan cadangan Perikatan yang merupakan parti yang menang dan dipersetujui oleh setiap kaum utama. Perikatan telah mengeluarkan Testament Politik Perikatan 1956 atau boleh dikenali sebagai kontrak sosial yang bersetuju dengan soal kerakyatan, bahasa kebangsaan dan agama rasm yang selama ini menjadi masalah mereka. UMNO bersetuju melepaskan kerakyatan jus soli terbuka dan sebaliknya MCA-MIC bersetuju dengan kehendak UMNO untuk melindungi hak istimewa orang Melyu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama islam sebagai agama rasmi Perseketuan.[footnoteRef:17] Suruhanjaya Reid menerima pakai cadagan Perikatan sebagai asas kepada perlembagaan di samping menambah beberapa perkara untuk menyesuaikan dengan keadaan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setelah cadangan Suruhanjaya Reid disebarkan kepada orang awam, ia telah disambut dengan pelbagai reaksi orang ramai. Gologan yang menetang hebat peruntukan ini ialah parti pembangkang terutama parti-parti Melayu seperti PAS dan PN. Bantahan utama mereka ialah mengenai dasar kerakyatan Jus Soli. Bantahan ini akhirnya mendorong mereka bergabung tenaga dalam Kongres Melayu 1957 yang diadakan pada 4-7 Mei 1957 di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Kongres ini ditaja oleh bekas ahli-ahli UMNO dan disokong oleh PAS, PN dan Parti Rakyat Malaya (PRM). Kongres ini menyatakan terhadap kerakyatan Jus Soli yang lebih ketat mengikut dasar 1948 dan 1951[footnoteRef:18]. Namun, parti perikatan menolak dan tidak memperdulikan kongres itu [17: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 354-355] [18: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 357]

Pengisytiharaan kemerdekaan dibuat pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British. Dengan laugan perkataan Merdeka sebanyak tujuh kali dan disambut dengan laungan yang sama dari rakyat berbilang kaum di stadium itu, maka tamatlah penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Kemerdekaan merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, sehingga Tunku Abdul Rahman telah digelar sebagai Bapa Kemerdekaan walaupun orang Melayu telah hilang tarafnya sebagai satu bangsa dan negaranya dikongsi sama oleh rakyat baru. Ditambahkan lagi, usaha kearah kemerdekaan di mana partiperikatan yang bersifat perkauam dan adanya gologan yang membantah kontrak sosial telah memperlihatkan bahawa Tanah Melayu merdeka dalam keadaan rakyatnya masih ada sifat perkauman yang masih menebal di dalam diri mereka. 6.0) Singapura duri dalam dagingPada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman telah mempersetujui percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dengan mewujudkan gagasan Malaysia. Tunku menerima Singapura atas Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diancaman oleh anasir-anasir komunis dan perkara ini akan memberi kesan kepada keselamatan Persekutuan Tanah Melayu jika Singapura tidak dimasukkan ke dalam gagasan Malaysia. Tunku sendiri telah berkata bahaw disebabkan oleh keselamatan negara dan kepentingan ekonomi, kedua-dua buah negara itu perlu berkerjasama. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk dengan percantuman Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Namun, percantuman Singapura telah membawa keburukan daripada kebaikan. Di mana, masyarakat sigapura majoritinya adlah kaum Cina telah membawa perasaan kurang selesa bagi kaum Melayu di semananjung Malaysia. PAP parti yang memerintah Singapura adalah sebuah parti Cina yang mempunyai pemimpin Cina, bukannya sebuah parti yang tidak bercorak perkauman dan sikap dan cara PAP di Singapura dan Perikatan di Malaysia adalah amat berbeza. Antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. Pertama, berlakunya rusushan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan perlampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di perseketuan. Hal ini menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengambil bahagian kecil dalam Pilihan Raya Perseketuan pada tahun 1964 telah dilihat oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee Kuan Yew untuk merebut pucuk pimpinanan. Namun usaha ini gagal kerana PAP telah gagal dalam pilihan raya tersebut. Ketiga pada bulan Mei 1965 Lee telah menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Saeawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep Malaysian Malaysia. Sekali lagi, perkara ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO sebagai satu perbuatan yang menjelaskan cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri pada kerika ini bukan sahaja menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.[footnoteRef:19] Hal ini berbeza dengan pandagan Lee konvensyen ini merupakan satu usaha awal untuk mewujudlan perpaduan kaum dengan menyebarkan hak-hak asasi semua bangsa yang membentuk masyarakat berbilang kaum. Lee juga menegaskan bahawa dengan mencontohi negara-negara yang juga mempunyai masyarakat yang majmuk di mana negara tersebut boleh bersatu jika satu kaum tidak bercita-cita untuk menjadi ketua kaum lain tetapi beranggapan yang semua warganegara adalah sama tanpa mengira kaum. Akan tetapi pendapat Lee Kuan Yew ini tidak sesuai dilakukan di negara Malaysia kerana perkara ini ditentang oleh UMNO yang selama ini mementingkan pemilikan Melayu terhadap negara dengan pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan untuk orang Melayu semuanya boleh dirangkumi di dalam konsep ketuanan Melayu. Sekiranya semua kaum diberi hak yang sama rata UMNO berpandagan bahawa kaum Melayu tidak mampu bersaing kerana status ekonomi kaum Melayu lebih rendah daripada kaum Cina dan kaum India. Oleh sebab itu kedudukan orang Melayu dalam lingkungan politik perlu diperkukuhkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungan dengan masyarakat bukan Melayu, terutamanya orang Cina yang pada umunya dianggap rakus dan tidak mengambil perhatian terhadap budaya masyarakat Melayu. Malahan, orang Melayu menolak konsep Malaysian Malaysia dan telah menimbulkan perasaan marah kerana PAP yang dianggap cuba merampas penguasaan politik Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan perkara ini mendorong kewujudan militant Melayu di Singapura yang dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh Syed Albar dan Syed Nasir di dalam UMNO dengan mengadakan perhimpunan-perhimpuana demi menetang PAP. Suasana perhimpunan ini telah menyebabkan kekacauan di Singapura pada tahun 1964.[footnoteRef:20] [19: Mohd Rizal Mohd Yaakop, Isu Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional Keselamatan Politik, dlm JEBAT 36 (2009), hlm 81.] [20: Mohd Rizal Mohd Yaakop, Isu Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional Keselamatan Politik, dlm JEBAT 36 (2009), hlm 84-85.]

Jelaslah, permintaan dan cadangan Lee melalui slogan Malaysian Malaysia yang mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan kaum tertentu sahaja telah dilihat seperti Lee tengah bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Di mana slogan tersebut telah ditentang oleh kaum Melayu serta parti Perikatan kerana mereka melihat slogan ini sebagai suatu serangandan ketidakpuashatian terhadap ketuanan Melayu. Malahan, perbuatan Lee menubuhkan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi. Bagi menyelesaikan konflik-konflik politik yang bersifat perkauman ini yang ditimbulkan oleh Lee Kuan Yew, Tunku Abdul Rahman telah membuat penguguman di Dawan Rakyat bahawa Singapura terpaksa meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.Setelah pemisahan Singapura dengan Malaysia, kerajaan pusat telah memutuskan bahawa cawangan PAP di Malaysia mestilah dibubarkan memandangkan ia telah menjadi parti luar negeri. Pada bullan Mac 1966, wakil tunggal PAP di Dewan Rakyat telah mendaftarkan parti baru dan menamakannya Parti Tindakan Demokratik (DAP) . Pari ini juga memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia sebagaimana yang dikemukakan oleh Lee Kuan Yew. Kemunculan DAP dapat dilihat bahawa usaha dan dendam kaum bukan Melayu terutamanya kaum cina terhadap kaum Melayu masih membara dan semakin membara.7.0) Peristiwa 13 Mei 1969Menjelang pilihan raya tahun 1969, pelbagai cara dan usaha oleh parti-parti yang bertanding untuk menang dalam pilihan raya. Bagi parti perikatan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan kaum Melayu dan bukan Melayu serta perasaan dendam dan prasangka telah yang timbul antara mereka sejak beberapa tahun lagi. Anatara persoalan utama yang terpendam adalah hak keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu dan bumiputera sahaja bagi mengimbangkan kedudukan kaum bumiputera dengan kaum Cina dan India. Dalam manifesto parti perikatan hanya menumpukan penyata kerajaan iaitu kemajuan ekonomi, pertahanan dan keselamatan negara. Namun, perasaan perkauman ini telah menjadi modal bagi parti pembangkang untuk menumpaskan parti perikatan tanpa menghiraukan perasaan kaum lain. Pari pembangkang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan Rakyat (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPP). Parti pembangkang yang dianggap sebagai musuh kepada UMNO ialah PAS. Parti ini menentang hebat orang-orang Cina. PAS membawa janji sekiranya PAS menang, PAS akan meminda Perlembagaan agar lebih berbentuk Melayu daripada berbentuk Malaysia. Pendirian PAS ini adalah berdasarkan cogan kata bangsa, agama dan Tanah Melayu. Perkara ini ditambah buruk lagi apabila PAS menuduh UMNO menyokong dan menjual negara ini kepada orang-orang Cina. Malah, PAS juga telah memfitnah ahli-ahli UMNO seperti Encik Khir Johari yang merupakan menteri perdagagan dan perusahaan dengan menyebarkan gambar-gambar Encik Khir dan isterinya yang memakai pakaian kaum Cina dengan mengatakan mereka telah menjadi orang Cina bagi membuang kepercayaan orang Melayu terhadap ahli-ahli UMNO. Tetapi UMNO dapat mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa PAS tidak dapat berbuat apa-apa kemajuan ekonomi di negeri Kelantan sungguhpun PAS telah menguasai Kerajaan Negeri semenjak 1959 lagi.[footnoteRef:21] Bagi parti pembangkang DAP yang merupakan ancaman besar bagi MCA. Parti ini telah menuduh bahawa MCA dengan menyatakan bahawa MCA telah menyerahkan hak orang-orang Cina kepada UMNO dalam perikatan. Pejuangan DAP adalah menentang perbezaan kaum dengan meneruskan perjuangan PAP iaitu Malaysian Malaysia. Dalam Manifesto DAP ialah Menuju Arah Malaysia untuk rakyat Malaysia. Perkara ini telah disokong oleh orang bukan Melayu atas perasaan diskriminasi kaum bukan bumiputera dan kaum bumiputera. DAP serta Gerakan dan PPP telah mengapikan persaan dan sentiment orang CIna dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu[footnoteRef:22]. Jelaslah, bahawa semua parti pembangkang telah menyentuh isu-isu sensitif dan menyakitkan perasaan antara kaum dilakukan secara terang-terangan dan besar-besaran ini telah meletakkan hubungan antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk. [21: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 126] [22: Tunku Abdul Rahman, 13 MEI Sebelum dan Selepas (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2012) hlm 15]

Menurut Tunku Abdul Rahman, beliau berpandagan bahawa unsur komunis telah menyerap masuk dalam parit-parti pembangkang, mereka berazam untuk menjatuhkan parti Perikatan daripada terus memegang kuasa dengan cara baik mahupun cara yang buruk. Pada pendapat mereka pilihan raya merupakan peluang yang baik untuk melakukan provokasi supaya timbul peristiwa dengan tujuan untuk memulaukan pilihan raya. Semasa kempen pilihan raya dilakukan pihak-pihak komunis telah melancarkan kempen menulis cat merah cogan-cogan kata dan tanda-tanda di atas jalan raya dan tembok. Merah merupakan warna bagi pertubuhan Komunis. Cogan-cogan kata ini menggesa setiap orang untuk memulaukan pilihan raya dan mengandungi perkataan-perkataan yang menyanjung tinggi sifat dan ajaran Mao Tze Tung. Adalah amat sukar bagi pihak polis untuk menangkap orang yang melakukan perkara ini kerana mereka lakukan perkara ini pada waktu malam dan pada siang harinya iannya boleh dibaca dengan jelas.[footnoteRef:23] Sebelum pilihan raya seorang pemuda cina telah ditangkap dan mati kerana terlibat dengan gerakan menulis sesuatu di jalan raya. Keluarga si mati meminta untuk melakukan perarakan mayat anaknya dan ditetapkan pada 9 Mei. Namun, perarakan mayat itu menjadi perarakan besar-besaran di mana kira-kira 10,000 orang teah mengambil bahagian. Mereka meneriakkan cogan kata Mao Tse-tung dan menyayikan lagu komunis. Campur tangan komunis ini telah meburukkan lagi keadaan dan ketegagan kaum. [23: Tunku Abdul Rahman, 13 MEI Sebelum dan Selepas (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2012) hlm 37]

Keputusan Pilihan Raya telah diumumkan pada 11 Mei 1969, di mana Perikatan telah menang 76 kerusi berbanding 37 yang dimenangi oleh empat parti pembangkang yang lain. Walaupun, parti perikatan telah menang tetapi parti-parti pembangkang yang telah berjaya memperbaiki kedudukan mereka terutamanya DAP yang merupakan parti baru dan dapat mengalahkan MCA. DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan-perarakan kemenagan di Kuala Lumpur dan perakan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak polis. Dalam perarakan beberapa orang telah pergie ke rumah Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor dan pengerusi UMNO cawangan Selangor lalu menytakan kepadanya supaya berhenti kerana beliau bulan lagi Menteri Besar. Perarakan yang tidak terkawal itu, perlahan-perlahan telah memasuki bandar raya dan melalui Kampung Baharu, sebuah perkampungan Melayu yang terbesar di Kuala Lumpur. Sepanjang perarakan di Kampung Baru penyokong DAP dan Gerakan telah mengeluarkan kata-kata seperti Melayu sudah Jatuh, Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua orang Melayu Pada 13 Mei, penyokong UMNO telah berkumpul di luar rumah kediaman Menteri Besar Selangor dengan tujuan mengadakan perarakan yang telah diadakan itu bagi pihak UMNO. Selepas sahaja perarakan itu berjalan, huru-hara antara Melayu dan Cina telah meletus. Perarakan yang dilangsungkan pada 12 dan 13 Mei menunjukan tahap perkauman dan dendam antara kaum Melayu dan bukan Melayu yang tersimpan sejak penjajahan Jepun lagi telah mencapai tahap yang maksimum sehinggakan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Di mana rusuhan kaum ini mengorbankan seramai 180 orang terbunuh, 125 orang daripanya adalah kaum Cina, 37 orang Melayu dan 17 orang India. Maka pada hari 13 Mei 1969 merupakan titik hitam bagi sejarah Malaysia. Setelah itu, pentadbiran negara diletakkan di bawah Majlis Gerkan Negara (MAGERAN) dan Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan pada 22 September 1970.

8.0) KesimpulanRumusannya, perasaan dendam antara kaum dan sikap perkauman merupakan perkara yang begitu sukar untuk dihikis dan diselesaikan kepada masyrakat Tanah Melayu pada tahun 1940-an sehingga 1970-an dan kemuncak bagi masalah ini telah terjadinya peristiwa berdarah antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu yang berlaku pada 13 Mei 1969. Adanya perbezaan yang begitu ketara antara kaum-kaum ini dari segi fizikal, agama dan pendapat dari situlah perbezaan talah menjadi sukar bagi mereka untuk menerima dan memahami antara satu sama lain. Bermula dengan dasar ekonomi kapitalis Brtitis telah menjadikan masyarakat hidup secara berangsingan mengikut aktiviti ekonomi kaum. Kemudian, datangnya Jepun untuk menjajah Tanah Melayu telah mencampurkan kaum-kaum ini dengan meberi layanan yang berbeza dan secara tidak langsung muncul perasaan marah dan dendam antara kaum-kaum ini dan perkara ini dapat digambarkan bahawa Jepun telah menyalakan api perkauman. Api perkauman dan dendam ini masih belum padam ketika British kembali keTanah Melayu selepas perang dunia kedua di mana British telah memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini telah membawa bantahan yang keras oleh kaum Melayu kerana bagi mereka, mereka tidak mahu tinggal dan hidup bersama dengan musuh mereka. Atas bantahan yang keras Malayan Union dibubarkan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan ini merupakan tanda bahawa Tanah Melayu milik orang Melayu. Pada tahun 1948, Darurat telah diistiharkan dan juga telah menambahkan lagi api perkauman di mana peperangan sewaktu darurat dapat disamakan dengan perang antara kaum Melayu dan kaum Cina, serta sewaktu darurat juga orang Melayu melihat bahawa orang Cina adalah komunis. Darurat juga telah berjaya mempercepatkan lagi kemerdekaan dan memaksa setiap kaum untuk berkerjama untuk menamatkan darurat melalui kemerdekaan. Walaupun adanya usaha menyatukan kaum ini namun mereka berkerjasama untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Dalam usaha mencapai kemerdekaan kontrak sosial telah wujud di mana ianya lebih menunjukan ketuanan Melayu. Api perkauman ini masih belum padam walaupun selepas kemerdekaan di mana Lee Kuan Yew telah membawa gagasan Malaysian Malaysia yang dianggap sebagai penentagan ke atas ketuanan Melayu. Api perkauman yang sentiasa membara ini telah membakarkan semangat persefaham dan perpaduan antara kaum dan telah mengorbankan banyak nyawa serta harta benda iaitu terjadinya peritiwa 13 Mei 1969. Lantaran itu, peritiwa ini telah memberi kesedaran akan kepentingan sikap saling hormat menghormati, persefahaman dan perpaduan di kalagan masyarakat yang berbilang kaum ini. Oleh sebab itu, kerajaan telah mengambil langkah dengan mencipta Rukun Negara sebagai ideologi kebagsaan yang bertujuan untuk menyatukan kefahaman dan pendapat setiap lapisan masyarakat. Serta Dasar Ekonomi Baru dibentuk yang bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Masyarakat Malaysia sekarang perlu membuka fikiran mereka dan melihat serta belajar akan peristiwa sejarah 13 Mei 1969 supaya menimbulkan perasaan tentang pentingnya persefahaman dan perpaduan antara kaum dalam membangunkan negara Malaysia. Janganlah kita menutup pandangan kita tanpa belajar akan sejarah masa lampau dengan menimbulkan sentiment-sentiment perkauman di media massa mahupun pergaulan dalam kehidupan seharian.

9.0) RujukanHo Hui Ling. Darurat 1848-1960 keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004Leon Comber. Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari. Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011Mohamed Ali haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Dlm Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012): 97-122Mohd Rizal Mohd Yaakop, Isu Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional Keselamatan Politik, dlm JEBAT 36 (2009): 62-89Ramlah Adam. Gerakan Politik Melayu 1945-1957. Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia.2 ed. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) R.S. Milne dan Diane K. Mauzy. Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd. Napis dan Ramlah Muhamad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982

10.0) Lampiran

Rajah 1 1 Demonstrasi Kaum Melayu dalam menentang Malayan Union

Rajah 1. 2 Kongres Melayu

Rajah 1.3 'Kampung-kampung Baru'

Rajah 1.4 Polis sedang soal siasat lelaki Cina samaada tali barut komunis atau tidak

Rajah 1.5 Tunku Abdul Rahman sedang melaungakan 'Merdeka'

Rajah 1.6 Tunku Abdul Rahman sedang menandatagani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Rajah 1.7 Keadaan Lee Kuan Yew setelah pengumuman pemisahan Singapura dangan Malaysia

Rajah 1.8 Perarakan 'Kemenangan' oleh penyokong DAP dan Gerakan

17