Peristiwa 13 Mei

38
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa sert harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isi kandungan [sorokkan] 1 Latar belakang o 1.1 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 o 1.2 Pembangkang meraikan kemenangan o 1.3 Perarakan kematian Cina o 1.4 Rumah Menteri Besar Selangor o 1.5 Rejimen Renjer o 1.6 Askar Melayu o 1.7 Panggung Odeon o 1.8 Persepsi 2 Angka korban 3 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei 4 Mageran 5 Nota 6 Rujukan 7 Pautan luar [sunting] Latar belakang [sunting] Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik d kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempata kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) tela gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaa persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang

Transcript of Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Isi kandungan[sorokkan]

1 Latar belakango o o o o o o o

1.1 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 1.2 Pembangkang meraikan kemenangan 1.3 Perarakan kematian Cina 1.4 Rumah Menteri Besar Selangor 1.5 Rejimen Renjer 1.6 Askar Melayu 1.7 Panggung Odeon 1.8 Persepsi

2 Angka korban 3 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei 4 Mageran 5 Nota 6 Rujukan 7 Pautan luar

[sunting]Latar [sunting]Isu

belakang

perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang

besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalamDewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Partydan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2]Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. [sunting]Pembangkang

meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

[sunting]Perarakan

kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.[sunting]Rumah

Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan] Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombakdan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

[sunting]Rejimen

Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orangMelayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayusemakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. [sunting]Askar

Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayuturut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini. [sunting]Panggung

Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina. Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai. [sunting]Persepsi Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4] Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya. [sunting]Angka

korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan] [sunting]Lokasi

Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. [sunting]Mageran Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS. [sunting]Nota 1. Ralat petik: Tag tidak sah; teks bagi rujukan zakaria tidak

disediakan2. Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, p. 78. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-185-2. 3. Al-Mukmin, Hatta (2005). "Keranamu UMNO", p. 104. Abadi Publishing House. ISBN 983-2215-00-5. 4. "Another look at incident on May 13", The Star, 2007-05-14. [sunting]Rujukan

Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1] Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today. Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History Sumber Polis Diraja Malaysia[perlu rujukan]

[sunting]Pautan

luar

The 13 th May 1969 Racial Riots - The True and Fair View. May 13, 1969: Truth and reconciliation. Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969

Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai

punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segalagalanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . 6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

SEJARAH HITAM NEGARA PERISTIWA 13 MEI 1969 sambungan 5SELEPAS 13 MEI 1969 Rusuhan dan kekacauan yang tercetus akhirnya membawa kepada pengisytiharan darurat pada 14 Mei 1969. Selaras dengan itu, Majlis Gerakan Negara ( Mageran ) telah dibentuk dan Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil bagi MCA dan MIC. Selain itu, Mageran turut diwakili oleh perwakilan polis, tentera dan pentadbiran awam. Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara dan Tun Razak selaku pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya. Majlis yang terdiri daripada pelbagai perwakilan itu telah mengadakan persidangan tertutup dari masa ke semasa secara tertutup dalam usahanya untuk membentuk asas pembinaan negara yang lebih kukuh. Di samping itu, Mageran turut berperanan dalam merancang serta membuat rombakan semula ke atas perlembangaan bagi tujuan mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. Pada masa yang sama, Tun Dr. Ismail telah kembali ke dalam kerajaan dan telah dilantik sebagai Menteri dalam negeri. Kehadiran beliau memberi satu kelegaan kepada orang Melayu yang beranggapan Dr. Ismail merupakan seorang ahli politik yang cekal, tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa. Dalam memperkatakan isu 13 Mei, Tun Dr. Ismail, menyatakan bahawa amalan demokrasi di negara ini telah mati akibat daripada tragedi 13 Mei dan mengulas bahawa: Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu benar-benar terganggu dan terkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk kerajaan negeri di Perak mahupun Selangor. Kenyataan itu jelas menunjukan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik negara selepas keputusan pilihan raya 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan Melayu yang semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut persamaan hak sebagai warganegara. Walaupun Mageran telah mengambil alih pentadbiran negara, tetapi Tunku Abdul Rahman masih kekal sebagai Perdana Menteri dan terus mengetuai kabinetnya yang telah kehilangan kuasa pentadbirannya. Selain itu, Tunku juga mengetuai Majlis Muhibah Negara yang dilihat sebagai kabinet sementara Majlis Mageran. Majlis Muhibah Negara bertujuan unutk memupuk persefahaman antara kaum dan banyak menumpukan kepada kerja-kerja sosial bagi menjamin semula persefahaman yang terjejas akibat daripada persengketaan kaum. Dalam usaha pemulihan, para pemimpin tertinggi negara berpendapat bahawa rundingan

dan parti Perikatan sahaja tidak memadai untuk memastikan keharmonian kaum. Lantaran itu, Majlis Perunding Negara ( MPN ) telah ditubuhkan pada Januari 1970 dan ia melibatkan perwakilan daripada semua parti politik dan terdiri daripada 65 anggota yang merangkumi anggota-anggota kerajaan, persatuan-persatuan agama dan professional, kesatuan sekerja dan golongan minoriti. MPN telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada Januari 1970 bagi membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah perkauman IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada perubahan iklim politik di Malaysia. Ia bertukar wajah daripada satu bentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada satu bentuk politik yang lebih terkawal dan tersusun. Impak serta merta lantaran daripada 13 Mei ialah penggantungan parlimen dan penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, segala aktiviti politik telah diharamkan dan turut menyaksikan penahanan pemimpin-pemimpin politik seperti Lim Kit Siang yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga 1 Oktober, 1970. Kawalan serta penapisan ke atas media massa turut diperketatkan bagi memastikan tiada penyiaran yang berbau perkauman dan mencetuskan sebarang kejadian yang tidak diingini. Perhatian turut diberikan ke atas kemasukkan bahan dari luar negeri di mana artikal-artikal yang dianggap kurang sesuai ditapis sebelum dibenarkan pengedarannya. Kejayaan MPN dan pembentukkan kerajaan campuran di Sarawak telah membawa kepada pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Kerajaan campuran yang pertama terbentuk di Sarawak antara SUPP dengan Perikatan Sarawak yang dianggotai oleh Parti Bumiputera, Pesaka dan Sarawak Chinese Association. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan pembentukkan kerajaan campuran di Pulau Pinang pada Februari 1972 apabila Gerakan bersetuju untuk menyertai Perikatan dan ia diikuti dengan satu lagi kerajaan campuran PPP-Perikatan di Perak yang berkuatkuasa pada 1 Mei 1973. Kemasukkan Pas dan pembentukkan kerajaan campuran di Kelantan pada 1 Januari 1973 telah berjaya membina satu senario politik baru di Malaysia. Gerakan, PPP dan SUPP yang merupakan parti-parti bukan Melayu radikal sebelum ini telah mengenepikan corak perjuangan masing-masing demi untuk mewujudkan satu senario politik dalaman yang lebih bersifat kesederhanaan dan mampu bekerjasama dengan parti-parti lain yang mewakili pelbagai kaum. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada pembentukkan Barisan Nasional pada 1 Jun 1974. Ia memperlihatkan kemampuan UMNO sebagai tunjangnya dan memainkan peranan penting dalam usaha berkompromi dengan pelbagai parti yang mewakili kaum yang berbeza. 13 Mei telah meninggalkan kesan mendalam terhadap integrasi kaum di Malaysia. Walaupun langkah segera dapat membendung rusuhan kaum itu daripada berlanjutan tetapi peristiwa itu terpahat dalam sanubari orang Melayu dan Cina dan ia ternyata memberi kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini. Sentimen perkauman pada ketika itu berada di tahap yang tinngi dan ia terbukti dengan meletusnya siri rusuhan yang kedua pada 28 Jun 1969. Ia berlaku di sekitar Sentul dan membabitkan orang India. Rusuhan itu

berakhir dengan kematian 15 orang India dan kemusnahan harta benda. Dalam tempoh masalah selepas rusuhan itu, hubungan dalam bidang sosial dan ekonomi antara oaring-orang Melayu dan Cina terputus. Dalam bulan Jun, bilangan orang Cina dan India yang sudi berurusniaga dengan orang Melayu amatlah terhad. Malahan mereka enggan menaiki teksi orang Melayu dan tidak membeli barangan yang dianggap sebagai simbol orang Melayu seperti batik dan buah durian. Senario ini menampakkan tahap integrasi antara kaum di negara berada pada tahap yang amat rendah dan kurang sihat. Walaupun perisitwa 13 Mei dikaitkan secara langsung pilihan raya 1969, namun begitu bibit-bibit permusuhan antara kaum telah wujud lebih awal daripada itu. Perasaan iri hati dan tidak puas hati telah timbul akibat daripada jurang ekonomi dan sosial yang terlalu luas. Orang Melayu terkilan dengan kedudukan ekonomi mereka dan beranggapan kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu mereka. Golongan bukan Melayu pula dibelenggu dengan masalah taraf kewargenegaraan mereka dan enggan bertoleransi dalam soal bahasa, kebudayaan dan pendidikan.

Peristiwa 13 Mei Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahliahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soalsoal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Halan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ,

berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu , Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan . Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang negatif sial. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINA Di Jinjang , Kepong , kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan . Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur . Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan . Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk . Ketika berkumpul , cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi , tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REGIMEN RENJER Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lainlain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang . Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina . Pemudapemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

ASKAR MELAYU Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong biih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap , dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

PANGGUNG ODEON Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon , di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal , Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton

wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar . Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak , Kedah , Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

ANGKA KORBAN Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan . 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.

DI MANA TUNKU Ketika itu (13 Mei 1969) , Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana . 6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut. Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu , Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei

1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.

MAGERAN Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri . Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah . Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula

Rentetan Peristiwa Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 MeiPada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandarbandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. 1) Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. 2) Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. 3) Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga

telah dibawa dari Negeri China dan India . 4) Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5) PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segalagalanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . 6) Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .

Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . 7) Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah

berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat sematamata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. 9) Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10) Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail . 11) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. 12) Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang

menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. 13) Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". 14) Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan . 15) Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian

daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. 16) Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemudapemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.FAKTA PERISTIWANEGARA menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil pada waktu itu. Perhubungan antara kaum umpama api di dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tarikh yang mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Buku yang cuba mencungkil peristiwa tersebut secara akademik ini terbahagi kepada enam bab. Dalam bab 1 pengarang menyorot sejarah awal pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengarang mendedahkan dasar pemerintahan Jepun di negeri Melayu dan dasar British selepas kekalahan Jepun. Parti Komunis Malaya menggunakan kekerasan setelah gagal merampas kuasa di negeri Melayu. Penubuhan parti politik pula sekadar menyuburkan perasaan perkauman. Dalam bab 2, pengarang mengkaji Kuala Lumpur dan latar kependudukannya. Pengenalan perlembagaan baharu untuk perbandaran Kuala Lumpur pada 27 Mei 1951 melebarkan jurang perkauman antara orang Melayu dengan orang Cina. Beliau juga mendedahkan bahawa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur bukanlah yang pertama, malah pernah berlaku di negeri lain sebelum itu. Pengarang menghuraikan masalah hubungan sosial antara kaum Melayu dengan Cina dalam bab 3. Jepun melayan orang Cina dengan teruk berbanding dengan orang Melayu. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang Cina. British pula mengamalkan dasar pecah dan perintah, iaitu orang Cina dibenarkan tinggal di bandar dan orang Melayu di kampung. Akibatnya, tercetus masalah kerana konflik politik, sosial dan ekonomi. Media massa turut memainkan peranan memanaskan konflik antara kaum ini. Dalam bab 4, pengarang mendapati bahawa akhbar tempatan saban hari membuat ulasan dan komentar yang bersifat prejudis, sama ada untuk membela sesuatu kaum atau memperlekehkan kaum lain. Dalam bab 5, pengarang menyorot rusuhan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura dan yang kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Puncanya ialah kempen pilihan raya yang diwarnai unsur perkauman yang bertujuan untuk memancing undi.

Bab akhir merakamkan peristiwa 13 Mei secara terperinci. Segalanya bermula apabila parti pembangkang merampas banyak kerusi Parlimen yang dipegang oleh Perikatan. Kemenangan itu menaikkan semangat DAP dan Gerakan, lalu tercetus peristiwa hitam tersebut. Dalam bab ini juga, terdapat wawancara dengan beberapa individu yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Buku ini memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam itu biasanya dilihat dari sudut emosi. Data komprehensif yang disisipkan dapat dipertanggungjawabkan dan membantu pengkaji untuk mengetahui perkara sebenar di sebalik peristiwa tersebut.

LIM KIT SIANG BAPA TRAGEDI 13 MEI 1969.Lim Kit Siang dan DAP memang layak diberikan pengiktirafan sebagai BAPA TRAGEDI 13HB MEI 1969. DAP dan LKS serta seluruh kepimpinan DAP tidak pernah samasekali memperjuangkan kesaksamaan hak samarata sebaliknya memanipulasikannya untuk memperjuangkan dominasi cauvinis rasis mereka. Ini amat jelas terlihat pada kata-kata rasis yang dipertuturkan oleh LKS pada 11hb dan 12hb. Mei 1969. Konflik antara pemimpin politik Melayu diperalatkan oleh DAP untuk mencapai maksud iltizam politik DAP yakni menjadikan Malaysia sebuah Negara Berpecah Belah. Sifat pemarah dan tergesa-gesa anak-anak muda Melayu turut diperalatkan oleh DAP sebagai 'Senjata Ampuh' memusnahkan kuasa politik, sosial, ekonomi dan pendidikan Melayu. Bahkan, DAP bukan saja menjadikan Melayu sebagai sasaran mereka tetapi juga etnik-etnik lain. Bukan rahsia lagi DAP berselindung di sebalik slogan Kredibiliti, Akauntabiliti dan Transparensi untuk melemparkan persepsi buruk kepada UMNO dan memalukan MCA serta MIC. Di dalam PEMBULAK RAKYAT (PR) DAP menjadikan PKR dan PAS sebagai perisai politiknya. Sifat bacol DAP ini sebenarnya mahu membunuh PKR dan PAS bersekali dengan UMNO. Apabila ini berlaku, maka tinggallah DAP sebagai sebuah parti politik berdominasikan cauvinis bersifat ultra-kiasu total. Tiada pemerintahan sosialisma di dunia ini bersifat adil saksama pun. Malah ianya menyebabkan sesebuah negara itu terjun ke dalam sebuah kancah kemusnahan total. Berbeza dengan aspirasi dan iltizam UMNO yang mahukan BARISAN NASIONAL menjadi PAYUNG ADIL SAKSAMA kepada semua kaum, bersikap sederhana dalam semua aspek dan menghormati antara satu sama lain. 1MALAYSIA bukanlah setakat hanya sebuah slogan tetapi ianya adalah sebuah Tindakan Berani menghapuskan semua unsurunsur ekstrim perkauman yang bersifat cauvinistik dan ultra kiasu sepertimana diperjuangkan oleh DAP di dalam PEMBULAK RAKYAT (PR).

Malaysia hanya boleh diselamatkan melalui perjuangan di atas landasan kesederhanaan dan bukannya di atas politik ekstrim melampau sepertimana PEMBULAK RAKYAT perjuangkan. 1MALAYSIA membawa kepada penyatuan semua kaum di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan menghormati hak kebebasan mengamalkan agama mengikut kerangka Perlembagaan Malaysia. Ini adalah Model Politik yang sesuai dengan iklim politik Malaysia. Sebaliknya, PEMBULAK RAKYAT (PR) mahu Malaysia ini dipecahkan dan diperintahkan berdasarkan kepada perpecahan iltizam politik DAP, PKR dan PAS tanpa ada sebarang penyatuan di peringkat rakyat bawahan. Apakah bakal terjadi apabila ada negeri-negeri di perintah mengikut 3 acuan iltizam politik yang jauh berbeza tanpa ada sedikit pun persefahaman di antara mereka? Mahukah anda Kelantan Kedah di perintah oleh PAS yang ekstrim dalam ISLAM mengikut acuan Sosialisma Islam (bertentangan dengan ISLAM TULIN), Selangor pula diperintah oleh PKR mengikut telunjuk DAP dan Pulau Pinang terus dicengkam oleh pemerintahan kuku besi Sosialisma DAP? Mintak dijauhkan.

Tragedi 13 Mei 1969 - Peristiwa Terancang atau Kebetulan?Tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita yang sering dikaitkan dengan ketidak harmonian kaum di Malaysia. Rusuhan kaum ini telah mengorbankan 181 nyawa (JMD, 2010, m.s 21). Berikutan tragedi ini, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah mengambil beberapa keputusan drastik seperti menggantung Parlimen, meluluskan Undang-Undang Darurat dan menubuhkan MAGERAN untuk mentadbir negara. Tunku Abdul Rahman mengarahkan Tun Abdul Razak mengetuai MAGERAN sekaligus memberikan beliau kuasa mutlak seperti seorang diktator untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi punca masalah peristiwa 13 Mei 1968. Pada awalnya, Tun Abdul Razak menolak perlantikan ini, beliau mencadangkan agar MAGERAN diketuai oleh pihak tentera. Namun, Tunku Abdul Rahman tetap dengan keputusan beliau (Paridah, 2009, m.s 83) untuk melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Keyakinan tinggi Tunku Abdul Rahman kepada kewibawaan Tun Abdul Razak membuktikan bahawa kesimpulan Dr. Kua Kia Soong dalam buku beliau, May 13; Declassified Documents on the Malaysian riots of 1969, bahawa tragedi 13 Mei sengaja dirancang oleh Tunku Abdul Razak untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman sebagai salah sama sekali (Kua Kia Soong2007). Kesimpulan Dr. Kua ini juga bertentangan dengan apa yang dinyatakan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau, May 13: Before and After, (1969, m.s. 98-100) (baca jugaDato Seri Yuen Yuet Leng, Nation Before Self (and Values That,Do Not Die, 2008) dan NOC Official Report The May 13 Tragedy (1969). Hakikatnya, nama Tun Abdul Razak tidak boleh tidak dipisahkan daripada institusi, polisi dan perisitiwa penting negara seperti tragedi 13 Mei 1969,Dasar Ekonomi Baru (DEB),Barisan Nasional (BN), Rukun Negara, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN/NOC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Federal Land Development Authority (FELDA), Lembaga Padi Negara (LPN), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Bank Bumiputra dan banyak lagi. Institusi-institusi ini menyediakan jawapan yang ampuh bagi mematahkan mana-mana tulisan dan tesis sumbang yang seakan cuba menidakkan sumbangan dan keikhlasan TunAbdul membangunkan negara yang hancur berikutan tragedi malang 13 Mei Penyatuan Politik & Perpaduan Kaum. Sumbangan Tun Abdul Razak terhadap perpaduan negara kekal relevan hingga ke hari ini. Malahan, di bawah pentadbiran beliau, negara telah menyaksikan banyak peristiwa besar dalam lanskap politik negara yang tidak dapat dibayangkan oleh ramai pihak. Contohnya, Tun Abdul Razak berjaya menyatukan UMNO dan PAS di dalam BN yang dibentuk bagimenggantikan Perikatan pada tahun 1974. Beliau juga berjaya membawa masuk parti-parti aliran kiri seperti GERAKAN ke dalam BN sekaligus mengurangkan politiking dalam negara bagi membantu mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum yang terjejas teruk berikutan tragedi 13 Mei.

SEJARAH PERHUBUNGAN MELAYU CHINABuku Peristiwa 13: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina ini merupakan terjemahan daripada sebuah buku yang berjudul 13th May 1969: A Historical Survey of SinoMalay Relations yang ditulis oleh En. Leon Comber dan telah diterbitkan oleh Heinemann Educational Book (Asia) Ltd pada tahun 1985. Penulis merupakan seorang pengawai muda British yang bertugas di Markas Ke-34 Indian Corps dan terlibat secara langsung dalam pasukan penyerang Gerakan Zipper pada tahun 1945. Dalam masa yang sama kajian ini telah menjadi sebahagian daripada kajian akademik penulis di peringkat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang Comparative Asian Studies di Universti Hong Kong. Buku ini telah diakui oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra sebagai salah sebuah catatan awal yang dapat memberikan gambaran yang tepat, padat dan jelas tentang peristiwa 13 Mei 1969 dan sebab musabab keadaan berlaku kejadian tersebut. Beliau difikirkan sangat layak menulis dari kacamata pegawai-pegawai British kerana beliau fasih bertutur bahasa Malaysia dan juga bahasa Cina selain daripada bahasa Inggeris. Ini mencerminkan beliau sangat menghargai kebudayaan yang ada selain daripada dapat mengemukakan maklumat dan pentafsiran dengan keadaan politik dan perhubungan kaum di Malaysia ketika peristiwa tersebut berlaku. Selain itu penulisan buku ini juga telah dipandu oleh sejarawan dan para akademik tempatan yang tidak dapat disangkalkan kewibawaan mereka dalam memberikan idea yang sangat bagus. Pada pengenalan awal buku ini dimulakan dengan penghijrahan masyarakat yang berbilang kaum ke Tanah Melayu. Ia dikaitkan dengan dasar British terhadap kaum-kaum tersebut dengan kegiatan ekonomi yang tertentu. Pengenalan komoditi seperti getah, bijih timah, lada hitam dan sebagainya telah membahagibahagikan penempatan antara komuniti-komuniti ini kepada kawasan-kawasan tertentu dan mewujudkan polarisasi antara kaum di Tanah Melayu. Ini merupakan sesuatu pendekatan yang sangat berani telah dibuat oleh penulis untuk memberi gambaran awal perhubungan antara kaum tersebut. Dalam membawakan pendekatan- pendekatan ini, ia yang berkisar dengan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dan juga telah memberi gambaran latarbelakang sebelum dasar tersebut diperkenalkan. Misalnya, kerajaan British membenarkan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) kerana bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di kalangan orang Cina dan juga sentimen perkauman antara orang Melayu dan Cina semasa kependudukan Jepun di Tanah

Melayu. Dengan adanya pertubuhan tersebut, British berharap orang Cina dapat bersatu dalam mengukuhkan kedudukan politik dan mengalih pandangan dan kesetiaan mereka dari Negara China ke Tanah Melayu. Pendekatan ini akan memudahkan pembaca mencerna fakta-fakta yang diketengahkan. Sesuatu yang sangat menarik dalam membincangkan buku ini adalah penulis menggunakan analisis daripada komposisi kaum dan data-data kuantiti dalam setiap perbincangan. Keadaan ini mungkin berbeza dengan bukubuku yang ditulis mengenai 13 Mei yang lain. Contohnya buku yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman yang berjudul 13 Mei: Sebelum dan Selepas yang telah diulang cetak pada tahun 2007. Buku tersebut ditulis berdasarkan pengalaman yang dialami oleh Tunku menghadapi peristiwa tersebut. Tiada analisis dan peratusan sepanjang perbincangan dibuat. Pembahagian bab untuk buku ini telah dibuat dengan menyediakan lapan bab yang dipecahkan mengikut kronologi masa dan juga perkembangan sejarah. Ini merupakan langkah yang sangat baik untuk memudahkan pembaca memahami dan dapat menganalisis fakta yang hendak disampaikan. Pendekatan dibuat bermula dengan sejarah kedatangan kaum immigran hingga reaksi dan langkahlangkah yang dibuat selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei tersebut. Selain itu, penulis juga telah mengetengahkan aspek penganalisaan fakta-fakta dibuat dengan huraian dan contoh-contoh yang tepat dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ini dapat dilihat melalui sejarah sebelum dan selepas tragedi 13 Mei dari segi perhubungan antara kaum di Malaysia. Daripada hasil kajian dilakukan, penulis juga cuba melakukan permulaan dengan menganalisis hal-hal yang berkaitan dengan dasar dan undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan. Kesannya beberapa pindaan perlembagaan dan pelbagai undang-undang baru dibuat untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi. Gaya penulisan yang dibuat oleh penulis menggambarkan kekuatan fakta yang beliau perolehi dalam penyelidikan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pengalaman penulis sebagai seorang perisik kerajaan mempunyai akses yang sangat banyak terhadap bahan-bahan tersebut. Buku ini boleh bersifat akademik kerana dapat memberi pengetahuan kepada pembaca jika hendak dibandingkan dengan buku-buku yang lain. Persembahan grafik dalam pelbagai bentuk seperti jadual, gambar rajah dan gambar-gambar bersejarah dapat menanam minat serta

mengukuhkan pemahaman kepada pembaca. Gambar-gambar tersebut diketengahkan dari pelbagai sudut menjadikan ia menarik untuk dimuatkan dalam bahagian akhir buku ini. Dalam perkara yang lain, beberapa perkara yang harus diberi perhatian adalah berkaitan dasar kerajaan ditunjukkan melalui analisis ucapan pemimpin dan statistik perlu ditambah dalam menghuraikan sesuatu fakta. Namun begitu, penulis buku ini cuba untuk memberi gambaran kasar sahaja tentang sesuatu peristiwa tersebut. Penggunaan sumber dalam penulisan ini dan pandangan mengenai tragedi 13 Mei ini dilihat lebih menumpukan kepada penggunaan tulisan dari perspektif barat. Notakaki yang disertakan menunjukkan sumber-sumber yang digunakan hasil tulisan barat tanpa melihat dari perspektif orang Melayu atau menerima pandangan daripada orang yang mengalami peristiwa tersebut. Walaupun tidak dinafikan penulis juga ada merujuk laporan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), namun ini tidak boleh dijadikan ukuran sejarah sebenar yang diragui kesahihannya dan boleh dipersoalkan. Penulisan ini ditulis tanpa merujuk beberapa metadologi yang lain seperti temuramah, rujukan sumber-sumber primier seperti bahan-bahan yang ada di arkib London. Jika dilihat daripada sumber bibliografi yang telah dirujuk, beberapa perkara boleh dipersoalkan antaranya hasil penulisan seperti buku-buku ini telah diterbitkan. Tidak mustahil mungkin terdapat percanggahan fakta dalam buku tersebut dengan keadaan sebenar peristiwa tersebut berlaku. Sehubungan itu, buku ini boleh dinilai balik dari taraf penulisan yang menggambarkan keadaan sebenar tragedi 13 Mei ini. Penulisan oleh Leon Comber ini juga mempunyai kekuatan penulisan tersendiri terutamanya dalam mengetengahkan sejarah sosial masyarakat yang ada di Tanah Melayu. Sejarah ini merangkumi sebab-sebab kepada kemasukan imigran, perkembangan dan pembentukan masyarakat berbilang bangsa ini. Pendekatan yang digunakan dengan membawa pembaca pada zaman awal kolonial sehinggalah kependudukan Jepun di Tanah Melayu ini. Dalam masa yang sama, buku ini juga boleh dijadikan rujukan kepada para pengkaji dalam menilai dasardasar yang telah digubal oleh British. Ini kerana pada pandangan saya peristiwa 13 Mei tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba. Perkara tersebut telah tercetus secara evolusi dimana persoalan-persoalan yang timbul boleh dikaitkan dengan dasar yang telah digubal oleh British sebelum itu dan kemuncak ia berlaku pada

13 Mei tersebut. Penulisan buku ini adalah sangat baik kerana ia boleh dijadikan salah satu rujukan utama peristiwa tersebut mengikut kacamata sarjana barat. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penulisan yang lain juga telah dibuat yang telah menyentuh hal ini, namun penulisan buku ini telah mengambilkira fakta yang berlaku berbanding sensitiviti yang muncul kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang boleh dikenalpasti daripada penulisan buku ini adalah seperti boleh dianggap sebagai pandangan orang barat terhadap sejarah Malaysia. Dalam perkara ini, pandangan disampaikan dan diterjemahkan secara terus tanpa merujuk kepada keadaan tempatan kadang kala berbeza tafsirannya. Misalnya masyarakat Melayu lebih banyak berehat-rehat berbanding dengan kerja bukan ditafsir sebagai malas, manakala masyakarat imigran tidak aktif dalam politik bukanlah tidak menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu akan tetapi tiada peluang yang diberikan dalam pertubuhan politik selepas pengisytiharan darurat 1948. Perkara tersebut juga turut menyokong kurangnya penulis mengetengahkan isu pokok secara jelas pihak yang mencetuskan rusuhan. Dalam masa yang penulis tidak menyentuh dasar British yang tidak memahami kemampuan orang Melayu dan bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan maruah dan keistimewaan misalnya dalam Peristiwa Natrah pada 11 Disember 1950.[1] Dalam masa yang sama juga, penulis buku ini tidak menggunakan dasar pelajaran yang digubal pada tahun 1955 hingga 1972 sebagai landasan untuk membincangkan sesuatu perkara. Dalam hal ini amatlah penting dalam memberikan kefahaman dan tidak hanya menunding jari kepada orang Melayu sahaja. Antara dasar-dasar yang telah digubal sebelum peristiwa tersebut berlaku adalah seperti Ordinan Pelajaran 1955, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagainya telah dicabar antara satu sama lain. Dalam hal ini, perkara yang paling penting penulis perlu melihat aspek-aspek lain yang melibatkan sensitiviti antara kaum. Penulisan berkaitan 13 Mei ini mula mendapat tempat semula dikalangan para pengkaji politik tanahair. Ini dapat dilihat selepas penerbitan buku yang bertajuk 13 MEI: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia karya Kua Lia Soong. Buku ini juga menggambarkan gambaran peristiwa 13 Mei yang telah diberi pengkajian yang baru pada masa kini. Namun begitu, sumber yang

digunakan juga masih menggunakan buku karya Leon Comber sebagai salah sebuah rujukan dalam penulisannya. Buku ini juga mempunyai kekuatan yang tersendiri kerana menggunakan rekod-rekod sulit dari Pejabat Rekod Awam di London. Disamping itu juga laporan daripada akhbar, temuramah dan arahanarahan rasmi kepada Angkatan Bersenjata turut memberikan pendekatan dalam mengetengahkan fakta yang benar. Kajian yang semacam ini boleh digunakan dalam memberi kajian lintasan (cross-checked) antara buku-buku yang ditulis dahulu dan pada masa sekarang dlam mewujudkan perspektif baru penulisan akademik. Kesimpulannya, buku Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu Cina karangan Leon Comber ini adalah sangat baik kerana ini merupakan salah satu kajian yang telah diterbitkan dalam bahasa Malaysia dari pandangan British. Usaha sebegini adalah sangat baik dan telah diakui oleh YTM Tunku Abdul Rahman kerana berjaya ditulis dari kaca mata orang yang selayaknya menulis. Namun begitu, beberapa perkara harus diambil kira dan dinilai daripada penulisan ini dari segi penggunaan sumber yang digunakan, analisis kandungan dan pendekatan yang digunakan tentang sesuatu peristiwa tersebut. Perkara yang semacam ini boleh menimbulkan perbagai perspektif dan pendapat. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan kajian pada penyelidik yang seterusnya dalam mencari pelbagai maklumat lain selain rekod-rekod rasmi yang entah bila akan diturunkan taraf sulitnya. Dengan hal yang demikian, beberapa tulisan lain dapat membantu dan memberi kefahaman kepada masyarakat umum.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pembangkang meraikan kemenangan Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-

orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (****). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Perarakan kematian Cina Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. Rumah Menteri Besar Selangor UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging ****.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombakdan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar

terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh,Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lainlain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askarRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. Askar Melayu Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini. Panggung Odeon Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua

orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina. Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah

pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai. Persepsi Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

Angka korban Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang

menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. Mageran Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.