Peristiwa Isra dan Mi [raj · PDF filePERISTIWA ISRA Peristiwa Isra [ dan Mi [raj 1. Berlaku...

3

Click here to load reader

Transcript of Peristiwa Isra dan Mi [raj · PDF filePERISTIWA ISRA Peristiwa Isra [ dan Mi [raj 1. Berlaku...

Page 1: Peristiwa Isra dan Mi [raj · PDF filePERISTIWA ISRA Peristiwa Isra [ dan Mi [raj 1. Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan 621M dalam usia 52 tahun. 2.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 1. Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan

621M dalam usia 52 tahun. 2. Berlaku kira-kira ½ tahun sebelum hijrah ke Madinah.

Surah al Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

MENGAPA BERLAKU? 1. Mukjizat Rasul. 2. Menghiburkan hati yang duka. (Tahun Dukacita). 3. Memaparkan kekuasaan Allah. 4. Menerima perintah solat.

PERISTIWA SEBELUM ISRA’ Menurut Imam Bukhari :

1. Nabi tidur bersama Hamzah dan Jaafar. 2. Didatangi malaikat Jibril & Mikail mengangkat nabi ke telaga zam zam. 3. Dibedah, dibersihkan hati dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. 4. Ditutup dan dicop kenabian pada belikatnya.

IKTIBAR : Buang sifat buruk dari hati kita. 5. Menaiki “Buraq” binatang di Syurga yang luarbiasa.

IKTIBAR : Kenderaan yang sempurna.

Perjalanan ke alam akhirat memerlukan kenderaan iaitu amal soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja cepat. (Tidak bertangguh-tangguh). PERSINGGAHAN SEMASA ISRA’

1. Kota Yathrib (Madinah). 2. Madyan. 3. Bukit Tursinah. 4. Baitullaham 5. Baitul Muqaddis

PERISTIWA ISRA’ Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Jibril. IKTIBAR:-

1. Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi. 2. Solat sunat bila masuk ke Masjid.

GAMBARAN ISRA’ 1

Jin Ifrit membawa obor api mengejar nabi untuk menghalang perjalanannya. IKTIBAR:- Setiap usaha kebaikan tidak terlepas dengan ujian. Iblis dan syaitan adalah musuh utama manusia. Kita dilarang berdamping/mengamalkan ilmu hitam

GAMBARAN ISRA’ 2

Petani bercucuk tanam dan memungut hasil segera tanpa henti. IKTIBAR:-

1. Pahala berlipat ganda bagi yang berjihad dan bersedekah. 2. Setiap amal akan diberi balasan yang setimpal. 3. Carilah rezki yang halal. 4. Surah Al-Baqarah ayat 261.

GAMBARAN ISRA’ 3

Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) dan anaknya. IKTIBAR : -

1. Iman sebagai perisai. 2. Ganjaran berlipat ganda bagi yang mempertahankan keimanan mereka. 3. Kemuliaan seseorang terletak di atas kekuatan iman. 4. Surah al-Ankabut ayat 2 – 3.

GAMBARAN ISRA’ 4

Manusia memecah kepalanya dengan Batu. IKTIBAR :-

1. Balasan orang yang malas mengerjakan solat. 2. Tetap memelihara solat walau dalam apa jua keadaan (kecuali uzur syar-i). 3. Surah Al-Ankabut ayat 45

GAMBARAN ISRA’ 5

Manusia makan duri daipada bara api. 1. Balasan tidak mengeluarkan zakat. 2. Zakat sebagai pembersih dan perisai dari azab. 3. Zakat wajib bila cukup syarat-syaratnya. 4. Surah Taubah ayat 34.

Page 2: Peristiwa Isra dan Mi [raj · PDF filePERISTIWA ISRA Peristiwa Isra [ dan Mi [raj 1. Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan 621M dalam usia 52 tahun. 2.

GAMBARAN ISRA’ 6

Manusia makan daging busuk. IKTIBAR :-

• Zina dosa besar. • Zina merosakkan masyarakat. • Zina, homoseks dan lesbian boleh menyebabkan penyakit. • Surah al-Isra’ ayat 32.

GAMBARAN ISRA’ 7

Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu. IKTIBAR :-

1. Balasan makan riba. 2. Merangkumi pemberi, penerima, pencatat dan saksi. 3. Menggalakkan saling tolong-menolong. 4. Surah al-Baqarah ayat 278.

GAMBARAN ISRA’ 8

Kayu berduri mengait org lalu. IKTIBAR :-

1. Balasan mengganggu orang lain. 2. Islam menuntut kedamaian. 3. Islam melarang membuang masa dengan sia-sia. 4. Surah Hud ayat 113.

GAMBARAN ISRA’ 9

Tidak mampu memikul tetapi terus menambah pikulan. IKTIBAR :-

1. Balasan tidak amanah. 2. Gila / tamak kuasa tetapi tidak berupaya menjalankan dengan sempurna. 3. Surah An-Nisa’ ayat 58.

GAMBARAN ISRA’ 10

Menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dan bercantum semula. IKTIBAR :-

• Cakap tapi tak amal. • Berkata benar walaupun pahit. • Berdusta ciri-ciri orang munafik. • Surah As-Saf ayat 2-3.

GAMBARAN ISRA’ 11

Mencakar muka dan dada dengan kuku tembaga. IKTIBAR :-

• Balasan pengumpat (dosa besar). • Surah Al-Hujurat ayat 12.

GAMBARAN ISRA’ 12

Lembu besar keluar dari lubang sempit dan mahu masuk semula. IKTIBAR :-

• Sikap angkuh dan sombong. • Sombong yang diharuskan. • Surah Luqman ayat 18.

GAMBARAN ISRA’ 13

Mendengar panggilan sebelah kanan (Yahudi) dan kiri (Nasrani). IKTIBAR :-

• Yahudi dan Nasrani musuh tradisi. • Sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam. • Surah Al-Baqarah ayat 120.

GAMBARAN ISRA’ 14

Panggilan wanita cantik yang penuh perhiasan ditubuhnya. IKTIBAR :-

• Kemewahan dunia yang melalaikan. • Wanita yang lemah aqidah mudah diperalatkan. • Wanita muslim wajib menjaga maruah diri. • Surah An-Naziat ayat 37-39.

GAMBARAN ISRA’ 15

Orang tua menghalang di tengah jalan. IKTIBAR :-

1. Iblis tidak jemu menggoda manusia. 2. Ikhlas dan istiqomah menyekat godaan syaitan. 3. Surah Yasin ayat 60.

GAMBARAN ISRA’ 16

Panggilan perempuan yang terlalu tua. IKTIBAR :-

1. Umur dunia yang hampir qiamat. 2. Manfaatkan usia yang ada. 3. Elak penyakit cinta dunia & benci mati (muhasabah diri). 4. Surah Al-A’raf ayat 187.

Page 3: Peristiwa Isra dan Mi [raj · PDF filePERISTIWA ISRA Peristiwa Isra [ dan Mi [raj 1. Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan 621M dalam usia 52 tahun. 2.

PERISTIWA MIKRAJ

1. Menemui para Anbia dan malaikat penjaga langit yang mendoakan

untukmya. 2. Langit 1 – Bertemu Nabi Adam a.s. 3. Langit 2 – Bertemu Nabi Isa dan Yahya. 4. Langit 3 – Bertemu Nabi Yusuf a.s. 5. Langit 4 – Bertemu Nabi Idris a.s. 6. Langit 5 - Bertemu Nabi Harun a.s. 7. Langit 6 - Bertemu Nabi Musa a.s. 8. Langit 7 – Bertemu Nabi Ibrahim a.s.

(Pesanan – Tanaman Syurga)

1. Melihat rupa Jibril yang sebenar. 2. Dibawa melihat Syurga dan Neraka. 3. Naik ke Mustawa dan mendengar ‘Qalam’ menulis di Luh Mahfuz. 4. Naik hingga ke Arasy dan bermunajat kepada Allah. 5. Menerima solat 50 waktu. 6. Menerima nasihat nabi Musa minta dikurangkan sehingga menjadi 5

waktu. 7. Orang-orang kafir tidak percaya dan ada yang Islam murtad semula. 8. Hanya Abu Bakar yang membenarkan dan beberapa orang sahaja yang

mempercayai walaupun sudah ditunjukkan bukti. PENGAJARAN PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

1. Membuktikan kebesaran Allah. 2. Menguji aqidah/keimanan. 3. Gambaran kehidupan dan balasan di akhirat. 4. Berwaspada dengan godaan syaitan dan perancangan halus Yahudi dan

Nasrani. 5. Solat kemuncak ibadat. 6. Banyakkan muhasabah dan tazkiayun-nafs.

KESIMPULAN Peristiwa ini suatu kenyataan yang mesti diterima kebenarannya oleh orang yang beriman sebagai cara menghisab diri ketika menjalani kehidupan. Janganlah hanyut dalam keduniaan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia ini.