PERJANJIAN HUDAIBIYAH

2
PERJANJIAN HUDAIBIYAH Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Makkah dengan Rasulullah. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani. Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam Makkah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu. Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun

description

sirah

Transcript of PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Makkah dengan Rasulullah. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani.Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam Makkah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematiannya. Ikrar ini dikenali sebagai Baiatul Ridhuan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.