Perjanjian Sewa Rumah

9
Mahadir bin S aat D1-1 KIP kg. Sitiawan 32000 Sitiawan Perak Darul Ridzuan Tel : 013-7745262 / 019-7285562 02 Okt 2012 PERS/RMH/1000 (01) En. Rudi Harsond bin Jamali No. 676, (PTB 4769) Jln Anggerik 3/6 Taman Anggerik Tenggara 81000 Bandar Tenggara Johor Darul Takzim PERJANJIAN SEWA RUMAH 1. Merujuk kepada perkara di atas, dimajukan sesalinan Perjanjian Sewa Rumah yang telah dipersetujui dan yang telah ditandatangani untuk dijadikan rujukan dan simpanan oleh En. Rudi. 2. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan sila berhubung terus dengan saya melalui nombor telefon yang tertera di atas. 3. Sekian. MAHADIR BIN S AAT T 823550 Disertakan: 1. Perjanjian Sewa Rumah - 01 set. 1

description

per

Transcript of Perjanjian Sewa Rumah

Page 1: Perjanjian Sewa Rumah

Mahadir bin S’aatD1-1 KIP kg. Sitiawan32000 SitiawanPerak Darul Ridzuan

Tel : 013-7745262 / 019-7285562

02 Okt 2012

PERS/RMH/1000 – (01)

En. Rudi Harsond bin JamaliNo. 676, (PTB 4769)Jln Anggerik 3/6Taman Anggerik Tenggara81000 Bandar TenggaraJohor Darul Takzim

PERJANJIAN SEWA RUMAH

1. Merujuk kepada perkara di atas, dimajukan sesalinan Perjanjian Sewa Rumah yang telah dipersetujui dan yang telah ditandatangani untuk dijadikan rujukan dan simpanan oleh En. Rudi.

2. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan sila berhubung terus dengan saya melalui nombor telefon yang tertera di atas.

3. Sekian.

MAHADIR BIN S’AATT 823550

Disertakan:

1. Perjanjian Sewa Rumah - 01 set.

1

Page 2: Perjanjian Sewa Rumah

BERTARIKH PADA 01 HARIBULAN SEP TAHUN _2012_

DIANTARA

RUDI HARSOND BIN JAMALI

(Penyewa)

DAN

MAHADIR BIN S’AAT(Tuan Rumah)

********************************************PERJANJIAN SEWA RUMAH

********************************************PREMIS NO. 676 (PTB 4769)

JALAN ANGGERIK 3/6TAMAN ANGGERIK TENGGARA

81000 BANDAR TENGGARAJOHOR DARUL TAKZIM.

2

Page 3: Perjanjian Sewa Rumah

PERJANJIAN SEWA

SUATU PERJANJIAN yang dibuat pada hari dan tahun yang dinyatakan di dalam seksyen 1 Jadual Pertama diantara pihak yang nama serta butir-butir dinyatakan didalam Seksyen 2 Jadual Pertama (selepas ini disebut “Penyewa”) di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA Tuanrumah adalah tuanpunya berdaftar atau “beneficial premis” dan Tuanrumah telah bersetuju untuk memberi sewaan rumah (selepas ini disebut “premis tersebut “) seperti yang dinyatakan didalam Seksyen 4 Jadual Pertama.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

1. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung didalam ini, Tuanrumah dengan ini memberi dan Penyewa menerima sewaan premis tersebut untuk tempoh seperti yang dinyatakan didalam Seksyen 2, Jadual Kedua dengan kadar sewaan bulanan seperti yang dinyatakan di Seksyen 4 Jadual Kedua (selepas ini disebut “sewaan bulanan” yang hendaklah dibayar pada atau sebelum sepuluh haribulan setiap dan tiap-tiap bulan berikutnya) dan di kreditkan ke akaun Maybank tuan rumah.

2. Pada tarikh perjanjian ini ditandatangani Penyewa akan membayar jumlah seperti yang dinyatakan didalam Seksyen 5 Jadual Kedua kepada Tuanrumah (yang mana penerimaannya adalah diakui) dan dengan itu dianggap dibayar oleh penyewa kepada Tuanrumah yang merupakan sewaan untuk satu (1) bulan yang akan dipegang oleh Tuanrumah sebagai deposit dan sekiranya tiada pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini akan dikembalikan kepada penyewa apabila tamat tempoh Perjanjian ini tertakluk bahawa Tuanrumah pada bila-bila masa yang sesuai boleh menggunakan keseluruhan atau sebahagian daripada deposit tersebut untuk jumlah yang Penyewa bertanggungan dibawah terma-terma disini tanpa prejudis terhadap hak Tuanrumah untuk menuntut apa-apa pembayaran selanjutnya yang Penyewa bertanggungan mengikut Perjanjian ini dan tertakluk selanjutnya bahawa deposit tersebut pada bila-bila masa pun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Tuanrumah, dianggap sebagai bayaran sewa yang kena dibayar sepanjang tempoh sewaan ini. Dalam Jadual Kedua juga Penyewa dikehendaki membayar jumlah seperti yang dinyatakan didalam Seksyen 5 Jadual Kedua kepada Tuanrumah pendahuluan deposit air dan elektrik kepada Tuanrumah dan Penyewa tidak boleh menuntutnya kembali daripada Tuanrumah walaupun tempoh perjanjian ini masih berkuatkuasa atau tidak, atau dalam keadaan mana sekalipun tanpa prejudis terhadap hak Tuanrumah.

3

Page 4: Perjanjian Sewa Rumah

3. Penyewa dengan ini mengakujanji kepada Tuanrumah bahawa disepanjang tempoh sewaan ini:

a. Akan membayar sewa seperti yang diperuntukan di Seksyen 4 Jadual Kedua tepat pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

b. Akan menjaga setiap bahagian premis tersebut bersama-sama dengan semua kelengkapan tetap dan tambahan keatasnya didalam keadaan baik dan terpelihara disepanjang tempoh sewaan dan akan menyerahkan kesemuanya pada akhir tempoh sewaan ini didalam keadaan baik dan terpelihara dan sekiranya mana-mana kelengkapan tetap menjadi rosak atau pecah disebabkan kesalahan atau kecuaian penyewa, maka penyewa akan menggantirugi atau membaikinya diatas perbelanjaannya sendiri (kerosakan atau kehausan yang berpatutan adalah dikecualikan).

c. Tidak akan memberi sewa kecil, menyerah hak atau melepaskan pemilikan kosong premis tersebut atau sebahagian daripadanya tanpa memperolehi persetujuan secara bertulis daripada Tuanrumah.

d. Akan membayar semua perbelanjaan berkenaan dengan premis tersebut meliputi kegunaan air, elektrik, telefon (sekiranya ada), saluran najis dan lain-lainnya didalam sepanjang tempoh sewaan.

e. Tidak akan menggunakan premis tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya untuk tujuan yang tidak sah atau tidak bermoral dan tidak akan menjalankan atau membenarkan atau memyebabkan premis tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya untuk tujuan kegunaan pengeluaran atau urusan yang tidak diingini, busuk, bising atau merbahaya atau ketidakselesaan kepada Tuanrumah atau jiran-jiran, dan

f. Akan membenarkan Tuanrumah atau wakil-wakilnya atau pekerja-pekerjanya memasuki premis tersebut pada bila-bila masa yang munasabah disepanjang tempoh sewaan ini untuk membaiki kerosakan seperti struktur asal dinding dan lantai, peparitan, saluran paip serta sesalur elektrik, air dan lain-lain yang bukan disebabkan oleh kecuaian Penyewa. Kerosakan tersebut hendaklah dibaiki dengan perbelanjaan Tuanrumah dalam masa empat belas (14) hari selepas penyerahan notis oleh Penyewa kepada Tuanrumah. Sekiranya Tuanrumah gagal membaiki kerosakan tersebut dalam tempoh tersebut, Penyewa dengan mendapat kelulusan dan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Tuanrumah, boleh membaiki sendiri kerosakan tersebut dan segala perbelanjaan ditanggung oleh Tuanrumah.

g. Akan memulangkan kembali unit-unit kunci rumah yang diterima dalam jumlah yang sama dan kunci yang sama fungsinya berdasarkan “Akuan Terima

4

Page 5: Perjanjian Sewa Rumah

Kunci” kepada Tuanrumah bila mana tamat tempoh Perjanjian ini atau Penyewa melanggar mana-mana peruntukan didalam Perjanjian ini.

4. Tuanrumah dengan mengakujanji dengan Penyewa bahawa sepanjang sewaan ini Tuanpunya premis tersebut akan;

a. Membayar cukai pintu dan cukai tanah untuk premis tersebut.

b. Membenarkan dan tidak akan menganggu Penyewa daripada menggunakan premis tersebut selagi Penyewa melaksanakan segala syarat-syarat serta peraturan-peraturan yang terkandung didalam perjanjian ini.

5. TERTAKLUK PADA BILA-BILA MASA dan adalah dengan ini dipersetujui bahawa sekiranya sewa yang ditetapkan atau mana-mana bahagian darinya adalah tidak berbayar untuk selama empatbelas (14) hari selepas ianya patut dibayar (samada dituntut secara rasmi ataupun tidak) atau sekiranya Penyewa melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat untuknya didalam Perjanjian ini maka didalam tiap-tiap keadaan yang tersebut Tuanrumah adalah berhak disisi undang-undang untuk memasuki semula premis tersebut atau mana-mana bahagian darinya atau keseluruhan pada bila-bila masa dan dengan ini Perjanjian ini akan tamat dan musnah tetapi tanpa prasangka ke atas hak Tuanrumah didalam Perjanjian ini. 6. Pihak-pihak dengan ini bersetuju bahawa dalam tempoh dari tarikh perjanjian (merujuk pada Jadual Kedua Bilangan 1) tiada mana-mana satu pihak boleh menamatkan Perjanjian ini selepas tempoh tersebut, mana-mana satu pihak yang berhasrat untuk menamatkan sewaan sebelum tamat tempoh Perjanjian ini boleh berbuat demikian dengan memberi notis tersebut, maka dengan ini Perjanjian ini adalah dianggap musnah dan terbatal dan Tuanrumah hendaklah mengembalikan semula kepada Penyewa wang deposit (cagaran) seperti yang terkandung didalam Jadual Kedua Bil. 5 sahaja tanpa faedah dan tiada mana-mana satu pihak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap pihak yang satu lagi.

7. Segala perbelanjaan untuk menyediakan dan menyempurnakan Perjanjian ini akan dibiayai oleh Tuanrumah.

8. Didalam keadaan dimana Tuanrumah meninggal dalam tempoh Perjanjian ini, pembayaran sewa hendaklah dibuat kepada orang atau waris yang telah dilantik atau jika tidak ada waris yang telah dilantik, kepada orang atau menurut Perintah Pembahagian atau Mahkamah.

9. Segala notis bersabit dengan Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan akan dikira sebagai penyerahan yang mencukupi sekiranya dihantar kepada alamat pihak yang satu lagi di Malaysia secara pos berdaftar dan adalah dikira telah diterima pada hari berikutnya.

5

Page 6: Perjanjian Sewa Rumah

10. Dalam perjanjian ini “Penyewa” bermaksud mana-mana anggota atau orang yang menghuni premis tersebut.

11. Masa adalah disifatkan sebagai penting dalam Perjanjian ini.

12. Perjanjian ini mengikat waris, pengganti dalam hakmilik dan penerima serahhak harta tersebut bagi kedua-dua pihak.

SEBAGAI MENYAKSIKAN perjanjian ini, Tuanrumah dan Penyewa telah menurunkan tandatangan masing-masing pada hari dan tahun sebagaimana yang tertulis didalam Seksyen 1 Jadual Pertama.

DITANDATANGI olehTuanrumah dihadapan:

…………………………… ……………………………….Tandatangan Saksi Tandatangan Tuanrumah

Nama : Masudah bt Awang Nama :MAHADIR BIN S’AATNo.K/P : 810706-01-5448 No K/P :T823550

DITANDATANGI oleh PenyewaDihadapan :

……………………………… …………………….………….Tandatangan Saksi Tandatangan Penyewa

Nama : Nordiana bt Wahid Nama : Rudi Harsond bin JamaliNo K/P : 850520-01-6008 No K/P : 870214-23-5315

6

Page 7: Perjanjian Sewa Rumah

JADUAL PERTAMA(hendaklah diambil kira dibaca dan ditafsirkansebagai bahagian yang sebenar Perjanjian ini)

BIL. PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Tarikh Perjanjian 02 OKT 2012

2. Nama & Perihal Tuan RumahNo. K/P Alamat

Tel:

MAHADIR BIN S’AATT 823550D1-1 KUARTES INSTITUSI PENDIDIKAN KG. SITIAWAN, 32000 SITIAWAN, PERAK013-7745262

3. Nama & Perihal PenyewaNo. K/PAlamat Kampung

Tel:

RUDI HARSOND BIN JAMALI870214-23-5315NO 22, JALAN RIANG 16, TAMAN GEMBIRA81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

4. Butir-butir Dan Perihal PremisYang Disewa

No 676 (PTB 4769), JLN ANGGERIK 3/6, TAMAN ANGGERIK TENGGARA, 81000 BANDAR TENGGARA,JOHOR DARUL TAKZIM.

JADUAL KEDUA(hendaklah diambil kira dibaca dan ditafsirkansebagai bahagian yang sebenar Perjanjian ini)

BIL. PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Tempoh Sewaan 2 (DUA) TAHUN

2. Tarikh Mula Berkuatkuasa Sewaan 01 SEP 2012

3. Tarikh Tamat Sewaan 31 OGO 2014

4. Sewaan Bulanan RM 250.00 (DUA RATUS LIMAPULUH SHJ.)

5. Jumlah Deposit (Cagaran) RM 500.00 (LIMA RATUS SHJ.)

6. Deposit(pendahuluan) Air & Elektrik RM 50.00 (LIMA PULUH SHJ.)

7

Page 8: Perjanjian Sewa Rumah

AKUAN TERIMA KUNCI

Saya RUDI HARSOND BIN JAMALI No.K/P 870214-23-5316

Dengan ini mengaku menerima TIGA unit anak kunci rumah No 676 PTB (4769),

JALAN ANGGERIK 3/6, TAMAN ANGGERIK TENGGARA, 81000 BANDAR

TENGGARA, JOHOR DARUL TAKZIM, daripada Encik MAHADIR BIN S’AAT pada

01 haribulan SEP tahun 2012

…………………………………TANDATANGAN PENYEWA

8

Page 9: Perjanjian Sewa Rumah

AKUAN PENERIMAAN

Saya MAHADIR BIN S’AAT No. K/P T823550 Pemilik premis No 676 PTB (4769),

JALAN ANGGERIK 3/6, TAMAN ANGGERIK TENGGARA, 81000 BANDAR

TENGGARA, JOHOR DARUL TAKZIM. dengan ini mengaku menerima wang

cagaran sebanyak RM 500 ( LIMA RATUS RINGGIT SHJ ) dan bayaran pendahuluan

elektrik / air sebanyak RM 50 ( LIMA PULUH RINGGIT SHJ ) daripada penyewa,

Encik RUDI HARSOND BIN JAMALI No. K/P 870214-23-5315 pada 01 haribulan

SEP tahun 2012

………………………………..TANDATANGAN PEMILIK

…………………………………TANDATANGAN PENYEWA

…………………………………TANDATANGAN SAKSI

NAMA: Masudah bt Awang

NO. K/P: 810706-01-5448

9