Perkahwinan

29
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEMESTER III, SESI 2012/2013 MATA PELAJARAN INSTITUSI –INSTITUSI ISLAM ULT 2122 (SEC 6) Tugasan Kumpulan Tajuk : Perkahwinan Dari Perspektif Islam Pelajar: Kumpulan 2 Khairul Fahmi Bin Mansor SX112242GUF04 Nik Azihan Bin Ismail SX112250GUF04 Zulkifli Bin Awang Hamat SX112256GUF04 Mohd Harmizi Bin Daud SX110638GUS04 Nor Hisham Bin Husain SX112251GUF04 Pensyarah: Dr Othman Bin Napiah UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

description

Perkahwinan

Transcript of Perkahwinan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEMESTER III, SESI 2012/2013

MATA PELAJARAN

INSTITUSI –INSTITUSI ISLAM

ULT 2122 (SEC 6)

Tugasan Kumpulan

Tajuk : Perkahwinan Dari Perspektif Islam

Pelajar:

Kumpulan 2

Khairul Fahmi Bin Mansor SX112242GUF04

Nik Azihan Bin Ismail SX112250GUF04

Zulkifli Bin Awang Hamat SX112256GUF04

Mohd Harmizi Bin Daud SX110638GUS04

Nor Hisham Bin Husain SX112251GUF04

Pensyarah: Dr Othman Bin Napiah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan ............................................................................................................. 1

2. Pengenalan ............................................................................................................... 2

3. Konsep Perkahwinan Mengikut Perspektif Islam ....................................................... 4

3.1.Kufu dalam pernikahan .................................................................................. 6

3.2.Khiar dalam perkahwinan .............................................................................. 7

3.3.Wanita-wanita yang haram dikahwini ............................................................ 8

3.4.Pengertian Maskahwin (mahar) ..................................................................... 9

3.5.Mati Suami Atau Isteri Sebelum Persetubuhan ............................................. 13

3.6.Mut’ah ......................................................................................................... 13

3.7.Mereka yang enggan berkahwin ................................................................... 14

4. Falsafah Perkahwinan Dalam Islam ........................................................................ 16

5. Matlamat Perkahwinan Dalam Islam ...................................................................... 18

6. Isu Isu Berkaitan Perkahwinan ................................................................................ 21

6.1 Kahwin Lari ........................................................................................... 21

6.2 Kahwin Mut’ah ...................................................................................... 22

7. Kesimpulan ............................................................................................................ 25

8. Rujukan .................................................................................................................. 27

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 1

1. PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Mu Ya Allah Tuhan yang telah

menciptakan setiap makhluk di dunia ini secara berpasang-pasangan demi kesinambunagn

zuriat makhluk-makhluknya. Selawat dan salam juga kepada junjungan besar Nabi

Muhammad s.a.w dan ahli keluarga sebagai contoh dan tauladan (Uswatul Hasanah) kepada

sekalian umat manusia.

Institusi perkahwinan merupakan satu institusi penting ke arah pembentukan sebuah

masyarakat sempurna dengan mawaddah dan rahmah kerana ia berjalan di atas landasan atau

sistem yang digariskan oleh Allah SWT. Sesuai dengan fitrah manusia, perkahwinan sangat

digalakkan di dalam Islam bagi mewujudkan suasana harmoni, kasih sayang, saling

menghormati serta saling memenuhi keperluan antara satu sama lain. Sesuai dengan topik ini

kita akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang Konsep, Falsafah dan Matlamat

Perkahwinan Dalam Islam.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 2

2. PENGENALAN

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa adalah berkumpul, berhimpun, bercantum

atau bercampur. Manakala dari sudut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang

menghalalkan persetubuhan diantara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata

yang menunjukkan nikah menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Dalam Islam perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w yang

merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat

mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh rasa tanggungjawab. Mereka ini

adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberikan iaitu sebagai khalifah

Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Orang yang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap

rumahtangga dan ahli keluarganya. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan

kebahagian keluarganya akan mendapat pahala dari Allah S.W.T. Perkahwinan juga

merupakan suatu sunnah Rasulullah bagi meneruskan dakwahnya dalam mengatasi masalah

sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui perkahwinan juga dapat mewujudkan perpaduan

dikalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-

pasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara

yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.”

Dalam Islam perkahwinan telah disyariatkan oleh Al-Quran, sunnah dan Ijma’ ulama’. Dalil

yang terdapat dalam Al-Quran berbunyi :

“Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan

kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu

samaada lelaki dan perempuan”

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 3

(Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari sunnah Rasulullah s.a.w. pula bermaksud :.

“ Wahai para pemuda sesiapa diantara kamu yang mampu memikul

tanggungjawab perkahwinan hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya

perkahwinan itu dapat menahan pandangan dan memelihara kemaluan

(kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia

berpuasa kerana berpuasa itu dapat menahan nafsunya.”

(Hadis Riwayat Bukhari & muslim)

Para Ijma’ Ulama’ telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada

kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumahtangga. Terdapat empat jenis

hukum yang telah dipersetujui oleh para ulama’ iaitu fardhu, haram, makruh dan Sunat.

Hukum-hukum ini bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan bagi mereka yang bakal

berkahwin supaya tidak menjadi suatu penganiayaan di dalam ikatan perkahwinan itu

sendiri.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 4

3. KONSEP PERKAHWINAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Allah telah menciptakan manusia dan makhluk-makhluk lain di bumi ini dengan

pelbagai rupa bentuk dan jenis. Setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai pasangan

masing-masing. Umpamanya jika adanya kejadian siang, maka akan adanya malam selepas

terbenamnya matahari. Begitulah juga kita sebagai manusia yang mempunyai keinginan dan

fitrah untuk hidup secara berpasangan. Manusia tidak dapat lari dari keinginan berpasangan

kerana ia memainkan peranan yang penting untuk menempuhi kehidupan. Allah menciptakan

manusia kepada 2 jenis iaitu lelaki dan perempuan dan kedua-duanya mempunyai keinginan

untuk berpasangan dan saling melengkapi antara mereka. Firman Allah SWT,

‘Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan

daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang

membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang

ramai”

(Surah An-Nisa : 1)

Dalam konteks Islam, perkongsian hidup atau hidup berpasangan ini diterjemahkan

melalui perkahwinan yang sah. Perkahwinan atau pernikahan boleh didefinasikan dari segi

bahasa dan syarak. Pengertian nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul manakala

dari segi syarak, nikah bermaksud satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh/

berseronok) di antara suami dan isteri dengan cara yang dibenarkan oleh Islam (Kitab Fikah

Mazhab Syafie Bahagian 4, Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji;

ms 571, September 2002). Nikah juga dimaksudkan sebagai akad atau perjanjian di antara

lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin dengan kaedah dan syarat

tertentu dalam bentuk yang kekal (Memasuki Gerbang Perkahwinan, JAKIM; ms 18, 1997).

Dengan sempurnanya pernikahan atau perkahwinan itu, menjadi tanggungjawab kepada

pasangan tersebut melaksanakan apa yang telah ditetapkan dalam institusi kekeluargaan yang

berpandukan lunas dan syariat Islam. Fungsi perkahwinan juga menjadi syariat dengan tujuan

pengembangan zuriat manusia melalui kaedah yang halal demi kesejahteraan hidup di dunia

dan akhirat.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 5

Perkahwinan merupakan suatu institusi yang penting dalam Islam dalam membentuk

masyarakat yang sempurna dengan berlandaskan sistem dan hukum yang telah ditetapkan

oleh Allah. Bagi memenuhi fitrah dan kehendak manusia, perkahwinan amat digalakkan dan

ini akan membentuk rasa kasih sayang, mengatur kehidupan yang lebih harmoni, rasa

tanggungjawab dan saling menghormati dan melengkapi antara satu sama lain. Dalam Islam,

perkahwinan bukanlah dianggap sebagai tiket hanya untuk kepuasan nafsu syahwat semata-

mata sebaliknya ia membawa maksud yang lebih meluas. Soal tanggungjawab samada

kepada suami dan isteri amat ditekankan bagi membentuk kehidupan yang sempurna dan

diberkati. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia telah menciptakan

untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan

merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu

perasaan mesra dan kasih sayang”

(Surah ar-Rum : 21)

Perkahwinan juga merupakan salah satu daripada sunah para rasul dan nabi. Firman Allah

SWT yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum

kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan”.

(Surah al-Ra’d : 38)

Salah satu kaedah dakwah yang digunakan oleh baginda Rasulullah SAW ialah

melalui perkahwinan, dimana ia berfungsi sebagai medium untuk mengatasi masalah sosial

dalam masyarakat dari dahulu hingga sekarang, mewujudkan perpaduan dalam kalangan

umat Islam selain melahirkan generasi yang soleh. Baginda Rasulullah SAW tidak bersetuju

dengan pendapat sesetengah golongan yang enggan berkahwin dengan alasan takut tidak

dapat mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya memilih gaya hidup dengan hanya berzikir

dan beribadat sahaja sepanjang hari. Islam tidak pernah menghalang keinginan dan fitrah

semula jadi setiap manusia khususnya setiap muslimin untuk mencari kehidupan dunia.

Sabda Rasulullah SAW,

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 6

“Demi Allah, seseungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada

Allah dan paling bertaqwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan

berbuka dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling dari sunahku,

makad ia bukanlah dariku”.

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 4776 )

Orang yang berkahwin akan dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik, sempurna

dan lebih bertanggungjawab. Mereka yang berkahwin merupakan golongan yang berjaya

melaksanakan amanah yang yang telah diberikan oleh Allah dalam menjaga peradaban dan

tamadun manusia. Tanpa aturan dan tanggungjawab ini, usaha mewujudkan masyarakat dan

ummah yang berjaya dari segi ukhrawi mahupuh duniawi pasti tidak akan berhasil.

Perkahwinan yang diredhai olehNya akan mencapai nikmat kebahagiaan dan seterusnya akan

melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

3.1.Kufu Dalam Pernikahan

Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan. Kufu tidak menjadi syarat

dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah

memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan

perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-

mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di

sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan

Maha Bijaksana ".

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 7

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak

ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain

hanyalah dengan taqwa ".

Kufu berpunca daripada lima sebab :

a) Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.

b) Merdeka bukan hamba .

c) Keturunan.

d) Pekerjaan.

e) 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )

3.2.Khiar Dalam Perkahwinan

Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk

memilih di antara diteruskan nikahnya atau fasakh. Apabila berlaku pernikahan di antara

seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada cacat-celanya, maka

bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar. Bagi lelaki yang membolehkan

khiar padanya ada lima perkara iaitu:

i. Gila.

ii. Jazam. ( penyakit kusta )

iii. Barash. ( penyakit sopak )

iv. Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh.

v. 'Unnah ( mati pucuk )

Bagi perempuan yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara:

i. Gila.

ii. Jazam. (penyakit kusta)

iii. Barash (penyakit sopak)

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 8

iv. Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang dari

persetubuhan)

v. Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang dari

persetubuhan)

Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah

satu daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar

dihadapan Qadhi.

3.3.Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini

1) Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:

i. Haram buat selamanya.

ii. Haram buat sementara waktu.

2) Sebab-sebab haram dikahwini:

i. Haram dengan sebab keturunan.

ii. Haram dengan sebab susuan.

iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )

3) Haram dengan sebab keturunan:

i. Ibu dan nenek hingga ke atas.

ii. Anak dan cucu hingga kebawah.

iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.

iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke

atas.

v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.

vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.

vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah

s.w.t. yang bermaksud:

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 9

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara

sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak

saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

4) Haram dengan sebab susuan:

i. Ibu yang menyusukan.

ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". (

Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang

yang haram dengan sebab keturunan.

3.4. Pengertian Maskahwin ( Mahar ).

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan

sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ".

( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada

besi"

( Riwayat Bukhari )

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 10

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja

asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang

bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang

lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w.

bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an,

lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun

mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan

yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan

banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan

berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan

maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".

( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".

( Riwayat Ahmad )

3.4.1. Bahagian-Bahagian Mahar :

a) Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara

perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama

dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu

saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari

segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 11

b) Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui

oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin

saudara-saudara perempuan itu.

3.4.2. Hukum Menyebut Maskahwin Di Waktu Aqad Nikah:

i ) Wajib.

a. Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan

bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (

Mahar Misil ).

b. Jika bakal isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan

telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan

kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.

c. Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih

budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri

tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh

yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui. Maksud

wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap

berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).

ii ) Sunat.

Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad, apabila

ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat

mengelakkan dari berlaku perselisihan, berhubung dengannya, disamping dapat

membezakan diantara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada seorang

perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa mahar.

Sekiranya mahar tidak di sebut dimasa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan itu

tidak sah tetapi makruh jika mahar itu tidak disebut.

3.4.3. Wajib Maskahwin

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 12

Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika

dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang

berikut:-

i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan

dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau

meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar

maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika

dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari

mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.

ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak

suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua

belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan

maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).

3.4.4. Gugur Separuh Maskahwin

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin

sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan

sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan

maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak

suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi

sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan

perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin itu akan

gugur semuanya.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 13

3.5.Mati Suami Atau Isteri Sebelum Persetubuhan

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si

suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika

maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan,

pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika

maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:

"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki

kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun

belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah, mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah,

maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan

perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu

Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah

memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat

Al-Tarmidzi)

3.6.Mut'ah

Mut'ah bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.

Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak

suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada

persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan

kedua-duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar.

Firman Allah: Ertinya : Tenangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan

lepaskanlah mereka dengan cara yang baik. ( Surah Al-Ahzab ayat 49)

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 14

3.7.Mereka Yang Enggan Berkahwin

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang

sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin

adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah

untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan

untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia

serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai

keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana

dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana

baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah

dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi

Waqqas :

"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira

dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani

bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan

hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-

isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah

tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa

'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan

sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang

yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya

yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan

sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan

berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku

akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-

lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 15

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang

sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-

kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin

dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah

pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal

mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka

bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan

mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman

bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan

semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan

firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik

yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa

yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang

membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda

menjawab dengan sabdanya:

Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)

Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang

(tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa

berkahwin), tentulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 16

4. FALSAFAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah”

(Surah al-Rum, ayat 21)

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas

Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan. Rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 17

memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan. Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan. Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas.

Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 18

5. MATLAMAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1.Perkahwinan Sunnah Para Nabi dan Rasul.

Firma Allah:

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum

kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan.”

(Surah al-Ra’d : 38)

Allah mengutus para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan

kebenaran. Mereka adalah model yang mesti diikuti oleh manusia demi keamanan,

kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat. Dengan mencontohi sunnah para

nabi dan rasul ini, iaitu membina keluarga melalui perkahwinan, insya-Allah manusia akan

memperoleh kebaikan dan keselamatan yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin. Daripada Aisyah

r.ha. ia berkata: Telah bersabda Nabi s.a.w:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut

sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.”

(Riwayat al-Imam Ibn Majah)

2.Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram.

Melalui perkahwinan, seseorang akan berasa aman dan tenteram dengan adanya

ikatan kasih dan sayang antara suami isteri. Allah menyatakan perkara ini dalam firman-Nya:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya,

bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis

kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan

jadikan-Nya antara kamu perasaan cinta dan kasih saying.”

(Surah al-Rum : 21 )

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 19

3.Memelihara iman.

Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w:

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi

separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah di separuh

yang belum disempurnakan lagi.”

Hadis ini menjelaskan apabila seseorang itu telah berkahwin, maka ia akan terselamat

daripada perkara-perkara yang tidak elok yang boleh menjerumuskan dirinya dalam kancah

dosa dan noda.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin

kerana dengan membuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan

dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak mampu

berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa dapat

menghalang keinginan nafsunya.”

(Riwayat Ibn Mas’ud)

Selain itu, perkahwinan juga menjadi medan untuk seseorang itu menyempurnakan

tanggunggjawabnya dengan sabar. Bagi pasangan yang dapat menjalankan tanggungjawab

masing-masing dengan baik, maka mereka akan beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah dan

dengan itu akan meningkatkan lagi iman dan kedudukan mereka di sisi Tuhan.

4.Mengikis rasa takut.

Galakan untuk berkahwin meliputi semua masyarakat termasuk golongan fakir

miskin. Dengan anjuran berkahwin ini, Islam ingin mengikis rasa takut tidak mampu

memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak disebabkan oleh kemiskinan yang

dihadapi. Sesungguhnya Allah s.w.t menjamin rezeki setiap hamba-Nya. Ini dinyatakan oleh

hadis:

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 20

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut miskin, maka ia

bukanlah daripada golonganku.”

(Riwayat Abu Daud)

5.Mengembangkan keturunan.

Rasulullah s.a.w. amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti. Oleh

yang demikian, menerusi perkahwinan, akan lahirlah zuriat yang beriman dan bertakwa yang

memakmurkan bumi.

Daripada Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi s.a.w:

“ Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku

akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.”

(Riwayat al-Imam Abu Daud)

6.Mewujudkan Disiplin

Melalui perkahwinan, akan wujudlah displin dalam diri setiap anggota rumahtangga

itu. Akan berlaku pengagihan tugas antara suami, isteri dan anak-anak. Perkahwinan menjadi

cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan

teratur.

Rujukan: Siti Nor Bahyah Mahamood dan Zulina Hassan: 31 Ciri Suami Idaman (JUN

2006),(ms11 hingga 17)

7. Perkahwinan adalah ibadah.

Perkahwinan yang dilaksanakan menurut tuntutan syariat bukan sahaja mencetus

banyak kebaikan, malah sentiasa mendapat pahala. Islam mengajar agar keluarga dan

rumahtangga menjadi tempat bernaung yang kukuh dan menjanjikan ketenangan di mana

wujudnya suasana yang dikatakan “Rumahku Syurgaku”. Bapa adalah orang yang diletakkan

harapan memberikan keperluan dan didikan, sementara ibu sebagai lambang kasih sayang

dan ketenangan.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 21

6. ISU ISU BERKAITAN PERKAHWINAN

6.1.Kahwin lari

Kahwin lari ini juga merupakan satu masalah semasa yang berlaku, terutama pasangan atau disebabkan wali tidak mahu mengahwinkan anak perempuan mereka atau antara pasangan tersebut dengan wali atau kerajaan ada sebab-sebab tertentu yang mana mereka tidak boleh dikahwinkan di daerah atau di negeri berkenaan.

Oleh itu pasangan yang mempuyai masalah tersebut, mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mereka, baik untuk mengadakan perkahwinan pertama atau poligami dengan mengambil langkah kahwin lari, yang mana akad perkahwinan mereka dilangsungkan dengan berwalikan wali hakim. Pada biasanya pasangan yang melakukan kahwin lari dilakukan di Selatan Thailand.

Pendapat Ulama’ Tentang kahwin Lari

Kahwin lari adalah merupakan satu isu dan masalah semasa yang melandai masyarakat hari ini, khasnya di Malaysia. Justeru, ulama’ dan mufti-mufti terpaksa membuat pertimbangan yang rapi dan penelitian yang jelas sebelum mengeluarkan fatwa. Setelah mengadakan perbincangan untuk menangani gejala tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan, khasnya pendapat yang dikeluarkan oleh mufti-mufti kerajaan Negeri Kedah, Kelantan dan Johor bersepakat tentang hukum kahwin lari, sama ada ia sah atau tidak bergantung kepada keadaan tertentu iaitu:

1. Hukum kahwin lari adalah sah sekiranya jarak antara tempat tinggal wali nasab kepada pengantin perempuan dengan tempat yang dilangsungkan perkahwinan melebihi 2 marhalah, iaitu dalam kadar jarak melebihi 57 batu atau 100 km menurut ukuran jumhur ulama’ sekarang. Lantaran itu Majlis Fatwa dan Mufti negeri-negeri tersebut berpendapat, mana-mana perkahwinan atau kahwin lari tersebut tidak sah sekiranya jarak tersebut tidak mencukupi dan perkahwinan antara mereka mestilah diakad semula oleh wali nasab, sekiranya wali nasab masih ada semuanya.

2. Pasangan pengantin lelaki tersebut ada kufu (setaraf) dengan konteks Islam dengan perempuan yang ingin dikahwininya.

3. Pasangan tersebut khasnya pengantin lelaki mestilah orang yang berpegang teguh dan

menghayati ajaran Islam.

4. Pengantin lelaki adalah ahli tasarruf iaitu mampu membelanjakan harta sendiri.

5. Pengantin lelaki mestilah cukup umur dan mukallaf.

6. Waras.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 22

7. Pengantin lelaki dan perempuan mestilah cerdik.

Kesan kahwin Lari

Walaupun perkahwinan dan akad kahwin lari adalah sah sekiranya dengan menepati syarat tersebut di atas dan ia dapat menyelesaikan masalah pasangan tersebut dan dapat terus hidup bersama, namun secara tidak langsung ia boleh menyebabkan timbul kesan negatif sampingan, antaranya:

1. Boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan pasangan tersebut dengan ibubapa, mertua serta kerabat mereka menjadi renggang dan tidak ada rasa saling hormat menghormati. Sedangkan salah satu daripada tujuan perkahwinan adalah untuk menghubungkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim.

2. Pasangan tersebut akan menghadapi konflik dan tersisih akibat mereka membelakangi nasihat, pandangan dan tidak mengutamakan pandandangan ikhlas keluarga. Sedangkan Islam santiasa menyarankan supaya mentaati dan menghormati ibubapa mereka dan meminta nasihat orang yang lebih tua, kerana tidak ada ibubapa atau saudara-mara yang ingin melihat anak-anak dalam kesusahan.

3. Tindakan terburu-buru muda-mudi sekarang dan mereka yang mengambil keputusan

kahwin lari kebanyakan adalah kerana didorong oleh pemikiran yang sempit untuk melepaskan dan menyelesaikan masalah mereka sahaja. Mereka langsung tidak memikirkan kesan sampingan. Tanpa restu ibubapa dan keluarga, perkahwinan itu boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

6.2.Kahwin Mut’ah

Pengertian kahwin Mut’ah

Mu’tah dari segi bahasa ialah seronok dan bekalan yang sedikit atau benda yang digunakan dengan senang hati.

Menurut pengertian istilah, nikah mut’ah ialah akad perkahwinan yang dilakukan dengan tujuan berseronok untuk sementara waktu sahaja dan sesudah cukup tempoh yang dijanjikan mereka bercerai tanpa talak. Nikah mut’ah ini dikenali dengan perkahwinan sementara kerana lelaki mengahwini perempuan dalam satu tempoh tertentu. Contohnya, sebulan atau setahun.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 23

Dalam maksud yang lain juga, nikah mut’ah adalah perkahwinan untuk sementara waktu, sama ada diketahui jangkamasa tertentu atau tidak diketehui jangkamasanya. Contohnya sesorang berkata: akau nikahkan engkau dengan sesorang wanita (anu) selama satu tahun. Maka pengantin lelaki (kahwin sementara) menjawab: ‘Aku terima nikahnya’. Apabila sampai tempoh seperti yang dinyatakan, maka tercerailah perempuan itu dengan sendirinya.

Dalam nikah mut’ah lelaki tidak wajib memberi maskahwin kepada wanita, tidak diwajibkan memberi nafkah dan di antara mereka tidak dapat menerima warisan. Selain itu, wanita yang berpisah melalui nikah mut’ah tidak ada iddah. Melalui nikah mut’ah sesorang itu hanya diberi keperluan biasa sahaja, dan wanita tersebut akan menjaga lelaki dan menguruskanya.

Sejarah Kahwin Mut’ah

Mengikut sejarahya pada permulaan Islam, nikah mut’ah diharuskan kerana darurat, khususnya bagi mereka yang keluar berperang atau keluar negeri dalam jangkamasa yang lama. Selain itu mereka tida membawa isteri bersama atau tiada kenalan atau kerabat di sana. Mereka dikhuatiri akan terjerumus kelembah zina dan perbuatan keji kerana tidak tahan kerana berjauhan dengan isteri atau berjauhan dengan isteri.

Mengikut sejarah islam juga, kahwin mut’ah kemudianya diharamkan dengan pasti dan pengharaman dibuat selama-lamanya iaitu bermula dari pembukaan kota Mekkah. Dimana para sahabat pada permulaan Kota Mekkah masih diizinkan oleh Nabi untuk kahwin mut’ah dan kemudian diharamkan.

Hukum Kahwin Mut’ah

Jumhur ulama’ telah bersepakat mengeluarkan hukum bahawa kahwin mut’ah adalah haram. Ulama’ berpendapat demikian dengan berdasarkan hujjah dan dalil yang kukuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan olen Ibn Majah yang bermaksud:

Wahai manusia saya pernah mengizinkan kamu kahwin mut’ah tapi sekarang Allah S.W.T telah mengharamkan sehingga hari kiamat

1. Dalam hadith lain juga Nabi menjelaskan dengan maksudnya bahawa perkahwinan mut’ah adalah haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Samurah al-Jahmi. Beliau ada bersama rasullah ketika berlakunya penaklukan Kota Mekkah, Rasullah telah mengizinkan kahwin mut’ah kemaudian Nabi telah mengharamkan terus perkahwinan jenis ini dan diharamkan dengan lebih pasti lagi semasa berlakunya perang Khaibar. Pendapat itu disokong dengan Hadith yang diriwayat oleh Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 24

Daripada Ali r.a., Rasullah telah melarang kahwin mut’ah dalam perang Kaibar dan melarang memakan daging keldai.

2. Perkahwinan tersebut adalah bercanggah dengan kehendak agama seperti yang dijelaskan dalam al-Quran.

Di dalam al-Quran menjelaskan mana-mana wanita yang bercerai hidup atau bercerai mati dengan suaminya ada penetapan iddah, berhak menerima pusaka, nafkah, hadanah anak-anak dan lainnya. Sedangkan dalam perkahwinan mut’ah semua itu tidak berlaku.

3. Pendapat jumhur juga dengan berdasarkan kata-kata Umar pada ketika itu menjadi khalifah yang suatu masa ketika telah berucap di atas mimbar dangan mengharamkan perkahwinan mut’ah dan sahabat lain bersetuju dengan pendapat beliau. Hal tersebut tidak mungkin Umar berdusta atau mengeluarkan pendapat tanpa sandaran Hadith atau mengikut nafsu sahaja.

4. Kahwin mut’ah hanyalah untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja dan bukan untuk memperolehi zuriat. Sedangkan konsep perkahwinan sebenarnya adalah untuk kedua-duanya. Hal itu disokong oleh Ja’afar Ibn Muhammad yang menghukumkan nikah mut’ah sebagai perbuatan zina. Ia disamakan dengan zina kerana tujuan kahwin mut’ah adalah untuk berseronok dan memuaskan hawa nafsu semata-mata. Selain itu, ia adalah satu kelaziman dan penganiayaan terhadap perempuan yang mana mereka bagaikan barangan dagangan tanpa satu ikatan yang kukuh, baik dari segi nafkah juga pemiliharaan kehormatan dan maruah diri dan pembelaan selepas berpisah.

5. Lima ulama’ juga bersetuju adalah nikah mut’ah adalah batal dan haram buat selama-

lamanya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh iman al- Syaukani, ini adalah berdasarkan Hadith yang diriwayat daripada Ibn Umar melalui sanad sahih:

Bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengizinkan untuk kami nikah mut’ah (3) hari kemudian baginda menegahnya. Demi Allah SWT tiada seorangpun yang aku ketahui melakukan kahwin mut’ah sedangkan ia mempuyai isteri atau mempuyai isteri nescaya aku merejamnya dengan batu.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 25

7. KESIMPULAN

Islam sebagai peraturan hidup yang lengkap dan sempurna yang merangkumi

pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan-peraturan

perkahwinan dan perjalanan hidup berkeluarga dengan sempurna. Peraturan ini tidak hanya

berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggungjawab dan

perasaan hormat-menghormati sesama lain.

Nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama dipupuk menerusi

pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak

mencukupi bagi menjamin kebahagian atau ketenteraman sesebuah keluarga itu. Keluarga

mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai Islamiyyah.

Antara asas-asas penting bagi membentuk keluarga yang harmoni ialah rasa kasih sayang dan

kasihan belas dalam ahlinya.

Begitu juga dengan adab ketika berkomunikasi harus dijaga dengan baik. Suami

hendaklah menjadi kayu ukur atau contoh teladan yang baik untuk para isteri serta anak-anak.

Suami selaku pendokong atau ketua keluarga berkewajipan dalam memberi nafkah kepada

isteri dan anak-anak. Suami harus memainkan peranan yang penting bagi menerajui

perjalanan keluarganya dengan baik. Misalnya sebagai ketua keluarga dia harus menjadi guru

dalam mengajar ilmu agama kepada isteri dan anak-anak. Manakala bagi perempuan pula

tanggungjawab membantu suami dalam mendidik anak-anak dan menguruskan rumahtangga

hendaklah dilaksanakan dengan baik.

Sifat-sifat tanggungjawab dan saling hormat-menghormati harus ada dalam diri setiap

insan yang bekeluarga. Hanya orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaaan yang

akan menpunyai dan menjaga nilai-nilai Islamiyyah ini. Tanpa nilai-nilai murni ini peraturan

yang sempurna tidak memberi banyak kesan kerana orang yang tidak dapat mengawal diri

akan lupa tentang kewujudan Allah SWT. Jika tiada perasaan takut akan Allah di dalam diri

seseorang nescaya mudahlah bagi dirinya untuk melanggar undang-undang dan peraturan

yang ada.

Kepincangan dan keruntuhan rumahtangga yang banyak berlaku di dalam keluarga

Islam pada hari ini sangat membimbangkan. Ini kerana pembentukkan sesebuah keluarga itu

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 26

tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas

keagamaan, kejahilan suami dan isteri tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan

hubungan di antara mereka dan tanggungjawab kedua-duanya terhadap anak-anak.

Justeru itu ikatan perkahwinan yang berlandaskan syariat Islam harus dipandang

serius bagi mereka-mereka yang ingin hidup berkeluarga. Ilmu-ilmu perkahwinan hendaklah

dipelajari dan difahami supaya perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang indah dan bahagia.

Keluarga yang bahagia adalah tanda di mana rahmat Allah SWT sentiasa memayungi

sepanjang perjalanannya.

ULT 2122 Institusi Islam (Kumpulan 2) Page 27

RUJUKAN Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Zarina Sarudin, 2005,

Menempuh Gerbang Perkahwinan, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Siti Nur Fatimah Hasan, 2009, 10 Terminal Syurga

Rumah Tangga, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Zulina Hassan, 2006, 31 Ciri Suami Idaman, Telaga Biru

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Noordin,

2005, Petua Membuat Orang Jatuh Cinta, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji, 2002, Kitab Fikah Mazhab

Syafie, Menghuraikan Bab Undang-undang Kekeluargaan (4), Pustaka Salam Sdn.

Bhd. Kuala Lumpur.

Dr. Mek Wok Mahmud, Sri Zuraihan Mohamad, 2010, Hadirnya Permata Hatiku, Pedoman

Membina Keluarga Bahagia, Mustread Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dr. Nasoha Saabin, 2002, Mengendalikan Hubungan Suami Isteri, PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Nurazmallail MArni, Azhar Muhammad, Kamarul Azmi Jasmi, 2010, Institusi-Institusi

Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

Sayid Sabiq, 1990, Fikih Sunnah Jilid 6, Victory Agencie, Kuala Lumpur.

Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir. 2008. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah

Kahwin, tapi anda malu bertanya,Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.