perkahwinan melayu
Transcript of perkahwinan melayu
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
1/22
B I A R M A T I A N A K , J A N G A N M A T I A D A T
T H U R S D A Y , M A R C H 1 2 , 2 0 0 9
PENGENALAN
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia
dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat
resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat
perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan
yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman
sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang
sebenar.
Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:
1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan
Melayu kepada masyarakat.
2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.
3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang
4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal
mengakiri zaman bujang mereka.
5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli
kumpulan
POSTED BYHTTP://T ITASSEMTWO.BLOGSPOT .COM AT 12 :41 AM 3 COMMENTS :
W E D N E S D A Y , M A R C H 1 1 , 2 0 0 9
ADAT MERISIKDalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat
penting. Pertama sekali adalah peringkatmerisik.
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini
merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan
pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara.
Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara,
sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya,
pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan
http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/pengenalan.html -
7/29/2019 perkahwinan melayu
2/22
bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam
membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan
adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu
masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan
untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh
saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi
merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara
nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulahmempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga
lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun
isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan
sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil
dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah
itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud
kedatangan pihak teruna, dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh
juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak
hatiuntuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum
memiliki pasangan.
Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian
akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan
keluarga teruna.
http://3.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbfknM8p2KI/AAAAAAAAAH8/esxGmvmrueU/s1600-h/imagesv+dfg.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbfkPynoqkI/AAAAAAAAAH0/zzv-863HHXo/s1600-h/imagesfdxgvhf.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbfknM8p2KI/AAAAAAAAAH8/esxGmvmrueU/s1600-h/imagesv+dfg.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbfkPynoqkI/AAAAAAAAAH0/zzv-863HHXo/s1600-h/imagesfdxgvhf.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
3/22
Sudah lama langsatnya condong
Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah
Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolekKami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik
Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Kabung enau tebang satu
Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya
Besar api Teluk Gadung
Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan
Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
4/22
hati mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:
Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?
Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati
Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati
Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati
Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun
yang menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.
Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
http://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbflfN5LVfI/AAAAAAAAAIE/-oMyA35O974/s1600-h/images1za.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
5/22
Baru kini bertatap muka
Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat
Raja Hindu raja di Sailan
Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman
Cendrawasih burung yang sakti
Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang
Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih
Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang
menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut
akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak
gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau
bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut
telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan
adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm
http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htmhttp://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htmhttp://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=http://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbfjiaxNgkI/AAAAAAAAAHs/eJEhinAPPVs/s1600-h/cincinbelahrotan.gifhttp://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm -
7/29/2019 perkahwinan melayu
6/22
POSTED BYHTTP://T ITASSEMTWO.BLOGSPOT .COM AT 11 :46 PM 5 COMMENTS :
MEMINANG & BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari
pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan
oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili merekameminang anak dara yang
telah dipilih.Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi
jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut
adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga
dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersediauntuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini
mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam
menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap
tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat
Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan
adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan
dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai
seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh
orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan.
Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang
tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan
majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk
melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu
kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagaiputus cakap. Ini
bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak
dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang.
Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki
dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut
mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja,iaitu cincin berbatu
http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06848112623002106876 -
7/29/2019 perkahwinan melayu
7/22
intan atau berlian,besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki
tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat
Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang
kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling
utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias
dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagaitanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak
lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak
perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki
memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9
dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung,
sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
http://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd0TE5YjVI/AAAAAAAAAB0/oLzadG4treE/s1600-h/tunang7.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbdz69m4aYI/AAAAAAAAABs/rkAfZY10ieo/s1600-h/tunang4.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd0TE5YjVI/AAAAAAAAAB0/oLzadG4treE/s1600-h/tunang7.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbdz69m4aYI/AAAAAAAAABs/rkAfZY10ieo/s1600-h/tunang4.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
8/22
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan
diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran
tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya
jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia
diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak
perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yangtelah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya
atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara
pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
Pertunangan yangdilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu
anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda.
Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di
antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan
lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya
dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
Pertunanganmengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang
telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak
memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan
perkahwinan.
http://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd1k4WQQnI/AAAAAAAAACE/Zvd25bCO-lk/s1600-h/tunang6.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
9/22
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak
yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan.
Adat ini dipanggillangkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera
bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak
unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas
atau tiga belas, keranajumlah genap dikatakan memberi implikasi yang
tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan
melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut
diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang
menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu
mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan
secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah
satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah
pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian
perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah
bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan
menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan
status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit
jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak
bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
10/22
Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan
di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah
satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu
kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan
selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap
perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan
maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
http://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd3Kwxd-lI/AAAAAAAAACM/jFSSQoAX1Nc/s1600-h/tunang3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd0yW0thRI/AAAAAAAAAB8/izaQnViwU9c/s1600-h/tunang2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd3Kwxd-lI/AAAAAAAAACM/jFSSQoAX1Nc/s1600-h/tunang3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbd0yW0thRI/AAAAAAAAAB8/izaQnViwU9c/s1600-h/tunang2.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
11/22
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan.
Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak
di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang
perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah
wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak
yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki
dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa
pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang
panjang mungkin membawa sedikit masalah.
Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah.
Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala
dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami
adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering
teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh
dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah
sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..
'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'
http://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbdySzG491I/AAAAAAAAABc/eUu66xKXRfY/s1600-h/tunang1.JPG -
7/29/2019 perkahwinan melayu
12/22
POSTED BYHTTP://T ITASSEMTWO.BLOGSPOT .COM AT 3 : 58 PM 12 COMMENTS :
MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50
2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40
3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12
-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA
RM 24
-KERABAT DIRAJA
RM 725
4.SELANGOR
-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/meminang-bertunang_11.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06848112623002106876 -
7/29/2019 perkahwinan melayu
13/22
RM 2500
JANDA
RM 625
-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN
ANAK DARA
RM 2000
JANDA
RM 500
-PUTERI KERABAT DIRAJA
ANAK DARARM 1000
JANDA
RM 250
-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)
ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50
-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75
-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75
-CUCU ORANG-ORANG BESARANAK DARA
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
14/22
RM 200
JANDA
RM 50
-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40
5.KUALA LUMPURANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40
6.PERAK
ANAK DARA
RM 101
7.PULAU PINANG
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24
8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
15/22
9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN
10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN
11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN
12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN
13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80
14.SARAWAK
ANAK DARA
RM 120
JANDA
RM 120
15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 80
Mas kahwin danhantaranadalah dua perkara yangberbeza. Mas kahwin telah
ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
-
7/29/2019 perkahwinan melayu
16/22
tetapihantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak
pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang
ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak
pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin
perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran
sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihakpengantin perempuan akan
membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan
hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.
al-Quran
http://3.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbke80uQtQI/AAAAAAAAAI8/iwF74UG5-i4/s1600-h/1_122649039l[1].jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
17/22
perfume set
http://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkjW84FuqI/AAAAAAAAAKE/HEEwHFIvCEY/s1600-h/hantaran2fd3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkmQTBH-yI/AAAAAAAAAKc/Tz_Itd-t8sY/s1600-h/Perfume-set.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkjW84FuqI/AAAAAAAAAKE/HEEwHFIvCEY/s1600-h/hantaran2fd3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkmQTBH-yI/AAAAAAAAAKc/Tz_Itd-t8sY/s1600-h/Perfume-set.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
18/22
Alat penjagaan diri
Jam tangan
Make up
http://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkfWTH92HI/AAAAAAAAAJE/iEJP42cfQKs/s1600-h/1_399846784l[1].jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkj_vpQPbI/AAAAAAAAAKU/XkyhgLDgOmc/s1600-h/hantaran10.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbkfWTH92HI/AAAAAAAAAJE/iEJP42cfQKs/s1600-h/1_399846784l[1].jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkj_vpQPbI/AAAAAAAAAKU/XkyhgLDgOmc/s1600-h/hantaran10.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
19/22
Chocolate
cake
http://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkfs2kpweI/AAAAAAAAAJM/YZ395gXmcVI/s1600-h/1_564881551l[1].jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkh529eB5I/AAAAAAAAAJs/7QvDsTbJoss/s1600-h/Chocs.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkfs2kpweI/AAAAAAAAAJM/YZ395gXmcVI/s1600-h/1_564881551l[1].jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkh529eB5I/AAAAAAAAAJs/7QvDsTbJoss/s1600-h/Chocs.jpg -
7/29/2019 perkahwinan melayu
20/22
pelbagai variasi hantaran
POSTED BYHTTP://T ITASSEMTWO.BLOGSPOT .COM AT 3 : 42 PM 2 COMMENTS :
ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat.
Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai
besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan
kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya
memakai inai pada jari kelingking,jari manisdan jari hantupada sebelah tangan
sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-
kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai
besar.
http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://www.blogger.com/profile/06848112623002106876http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-berinai.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/Sbkg03ySLdI/AAAAAAAAAJc/_mKfZFuwwQo/s1600-h/all2together_320366660.jpghttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-berinai.htmlhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.html#comment-formhttp://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/mas-kahwin-mengikut-negeri-di-malaysia.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06848112623002106876 -
7/29/2019 perkahwinan melayu
21/22
BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan
dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan
dihiasi dan didudukkan di ataspelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam
sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia
dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari
langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
http://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbeI3rpQDCI/AAAAAAAAAC0/pui3Vm1_HIE/s1600-h/inai+lagi.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbeG3H5r1OI/AAAAAAAAACc/mLwnqyvqIt0/s1600-h/inai.bmphttp://4.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbeI3rpQDCI/AAAAAAAAAC0/pui3Vm1_HIE/s1600-h/inai+lagi.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ShEI0B45Rpg/SbeG3H5r1OI/AAAAAAAAACc/mLwnqyvqIt0/s1600-h/inai.bmp -
7/29/2019 perkahwinan melayu
22/22
BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis
akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak
pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih
dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai
besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang
sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan
dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air
daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang
tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambilsedikit pes inai dari
longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang
disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan
pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan
tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-
dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda
menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini
biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan merekaharus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan
istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah
menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke
depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelakikemudian akan pulangke
rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas
pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa
denganjamuan kari dan nasi.