Perkaitan Dengan Ilmu Pengajian Sosial Di Peringkat Rendah

download Perkaitan Dengan Ilmu Pengajian Sosial Di Peringkat Rendah

of 1

description

rujukan

Transcript of Perkaitan Dengan Ilmu Pengajian Sosial Di Peringkat Rendah

PERKAITAN DENGAN ILMU PENGAJIAN SOSIAL DI PERINGKAT RENDAH1. Persediaan dengan pembelajaran ilmu dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan ekonomi asas di peringkat menengah

Kajian tempatan merupakan satu subjek yang luas skopnya di mana subjek ini boleh merangkumi subjek kajian sosial yang lain seperti sejarah, geografi dan ekonomi asas yang majoriti akan diajar sewaktu melangkah ke sekolah menengah Contohnya: *subjek sejarah: dalam huraian sukatan pelajaran kajian tempatan terdapat tajuk yang berkaitan dengan SEJARAH NEGARA KITA (tahun 5) di mana murid akan mempelajari asas sejarah yang terdapat di Negara kita seperti pengasasan Melaka, sejarah awal Sabah dan Sarawak dan sebagainya.*subjek Geografi: dalam huraian sukatan pelajaran kajian tempatan terdapat tajuk yang berkaitan dengan KEINDAHAN NEGARA KITA (tahun 5) di mana murid akan mempelajari bentuk muka bumi di Malaysia, kepentingan flora dan fauna dan sebagainya.*subjek Ekonomi Asas: dalam huraian sukatan pelajaran kajian tempatan terdapat tajuk yang berkaitan dengan EKONOMI NEGARA (TAHUN 6) di mana murid akan mempelajari mengenai kegiatan ekonomi utama, kawasan utama kegiatan ekonomi, sumbangan kegiatan ekonomi dan sebagainya.

2. PERKAITAN DENGAN PEMBENTUKAN NILAI SIKAP DAN WATAK DI PERINGKAT RENDAH

Seperti huraian sukatan pelajaran kajian tempatan, subjek ini ada menekankan unsur-unsur patriotisme dalam beberapa tajuk subjek kajian tempatan tahap 2. Selain itu, dala objektif subjek ini juga menekankan nilai mensyukuri segala nikmat Tuhan, mencintai dan menghargai alam sekitar seiring dengan matlamat utama subjek ini iaitu bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

RUJUKAN: http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/k_tempatan.htm