PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5-...

17
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT JPICT BIL 01/2014 BERTARIKH 20 FEBRUARI 2014 AGENDA/ PARA PERKARA/KEPUTUSAN 4.3 4.3.5 BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS) Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Kawalan Industri (BKI) mencari peruntukan untuk melaksanakan integrasi Sistem Survey Tracker dengan Sistem BLESS. Tindakan : BKI Status/Maklumbalas: Berikut adalah pecahan anggaran kos pembangunan integrasi sistem-sistem JLM – BLESS m/s 1

Transcript of PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5-...

Page 1: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT JPICT BIL 01/2014 BERTARIKH 20 FEBRUARI 2014

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4.3

4.3.5

BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS) Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Kawalan Industri (BKI) mencari peruntukan untuk melaksanakan integrasi Sistem Survey Tracker dengan Sistem BLESS. Tindakan : BKI Status/Maklumbalas: Berikut adalah pecahan anggaran kos pembangunan integrasi sistem-sistem JLM – BLESS

m/s 1

Page 2: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 2

AGENDA/ PERKARA/KEPUTUSAN PARA

4.3.6

Mesyuarat juga bersetuju supaya BKI menyediakan kertas cadangan untuk dibawa ke peringkat JPICT MOT bagi mendapatkan kelulusan teknikal. Tindakan : BKI, UTMKE Status/Maklumbalas: UTMKE dan BKI telah menyediakan kertas kerja tersebut yang merangkumi pembangunan integrasi bagi sistem Survey Tracker, Sistem Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (LIYR) dan Sistem Pendaftaran Kapal dengan Sistem Business Licensing Support System (BLESS). Kertas kerja tersebut akan dihantar kepada urusetia JPICT MOT selewat-lewatnya pada 21 Mei 2014.

Page 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 3

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4.4

4.4.1

4.4.2

PEJABAT-PEJABAT YANG TIADA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN 1*NETWORK Memandangkan Pejabat Laut Dayabumi telah ditutup, adalah dicadangkan agar talian JLM 1*Network pejabat tersebut yang berkapasiti 1Mbps dipindahkan ke Pejabat Laut Marina Kuching dengan kos pemindahan sebanyak RM10,400.00 (one-time). Dengan ini, tiada adendum kepada kontrak diperlukan. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Selesai. Pihak TM telah melaksanakan kerja pendawaian dalaman 1*Network di Marina pada 21 – 22 April 2014. Pemasangan router juga telah dilaksanakan pada 05 Mei 2014. Kini, Pejabat Laut Marina, Kuching telah dimigrasi ke talian 1Network JLM. Perkara berhubung kajian penambahan saiz bandwidth JLM 1*Network telah dibincangkan bersama pihak TM di dalam Mesyuarat Performance Review yang telah diadakan pada 22 Disember 2013 yang lepas. Mesyuarat tersebut telah meminta agar pihak TM menjalankan kajian tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan / peningkatan. Pihak TM sedang melaksanakan kajian tersebut dan dijangka dapat dikemukakan kepada Jabatan pada akhir bulan Februari 2014. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Berdasarkan laporan penggunaan tertinggi ‘bandwidth’ daripada Januari hingga Oktober 2013, pihak TM telah mengenalpasti sembilan (9) lokasi yang terbabit seperti berikut: 1- Wisma Pelaut 2- Gelang Patah (Wilayah Selatan) 3- Wilayah Tengah 4- Institut Latihan Pulau Indah 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) 7- Jabatan Laut Labuan 8- TPM IT 9- Manjung

Page 4: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 4

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Pihak TM telah melakukan siasatan penggunaan ‘bandwidth’ ke atas sembilan lokasi terbabit dan hasil kajian secara ringkasnya adalah seperti berikut : Bil  Lokasi  ‘bandwi

dth speed’ 

Jumlah Penggunaan 

akses  ‘work related usage’ 

akses  ‘non‐work related usage’ 

1.  Wisma Pelaut  2 Mbps  92%  70%  22% 2.  Gelang  Patah 

(Wilayah Selatan) 

2 Mbps  95%  67%  28% 

3.  Wilayah Tengah 

2 Mbps  91%  57%  34% 

4.  Institut Latihan  Pulau Indah 

2 Mbps  95%  60%  35% 

5.  Jab.  Laut Sabah (Sepanggar) 

4 Mbps  95%  68%  27% 

6.  Jab.  Laut Sarawak (Kuching) 

4 Mbps  95%  64%  31% 

7.  Jab.  Laut Labuan 

2 Mbps  93%  75%  18% 

8.  TPM IT  30 Mbps  95%  72%  23% 9.  Manjung  512 

Kbps 85%  60%  25% 

Pihak TM telah mencadangkan penambahbaikan seperti berikut: Bil  Lokasi  ‘bandwidth 

speed’ lama 

Menambah ‘bandwidth speed’ baru 

1.  Wisma Pelaut  2 Mbps  4 Mbps 2.  Gelang  Patah  (Wilayah 

Selatan) 2 Mbps  4 Mbps 

3.  Wilayah Tengah  2 Mbps  4 Mbps 4.  Institut Latihan Pulau Indah  2 Mbps  4 Mbps 5.  Jab. Laut Sabah (Sepanggar)  4 Mbps  8 Mbps 6.  Jab. Laut Sarawak (Kuching)  4 Mbps  8 Mbps 7.  Jab. Laut Labuan  2 Mbps  4 Mbps 8.  TPM IT  30 Mbps  40 Mbps 9.  Manjung  512 Kbps  2 Mbps 

Page 5: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 5

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4.6

4.6.1

4.6.3

CADANGAN SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK DI IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT WILAYAH TENGAH, JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR DAN JABATAN LAUT WILAYAH SELATAN Sebutharga sewaan komputer untuk Ibu Pejabat Laut telah dilaksanakan secara e-Perolehan online memandangkan kekurangan penyertaan untuk e-Bidding. Sebutharga telah diiklankan pada 3 Februari 2014 dan telah ditutup pada 17 Februari 2014. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Jabatan telah diadakan pada 12 Mei 2014 dan Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada hari yang sama kepada Penyebutharga yang berjaya. Sebutharga dibuka pada kali pertama pada 27 Oktober tidak berjaya kerana hanya satu (1) saja penyertaan. Sebutharga dibuka kali kedua secara eP online tetapi masih gagal diimplimentasi kerana hanya dua (2) penyebutharga yang menghantar dokumen. Sebutharga dibuka buat kali ketiga secara manual terbuka kepada Semenanjung Malaysia dan sekarang masih dalam peringkat penerimaan dokumen yang mana tarikh tutup sebutharga pada 22.01.2014. Tindakan : JLW Timur Status/Maklumbalas: Sebutharga kali ketiga telah ditutup pada 22.01.2014 dan telah dibuat pemilihan pada 02.02.2014. Penyebutharga yang terpilih telah diberi surat tawaran kerja. Penyebutharga yang terpilih telah memberi surat setuju terima pada 15.02.2014. Pembekal telah membuat pengesahan tempahan (purchase order) bertarikh 07.04.2014 dan penghantaran dijangka di buat dalam tempoh dua hingga 4 minggu dari tarikh tempahan. Pembekal memaklumkan sebanyak 8 unit Pencetak laser telah sampai di Kuala Terengganu Manakala baki peralatan lain (HP Z230 worksattion - 26 unit HP 2Book 15-5 unit) belum sampai di Kuala Terengganu. Perbincangan terkini dengan pembekal bertarikh 06.05.2014 telah diadakan. Pembekal dikehendaki menyediakan Jadual Pelaksanaan Kerja (JPK) terbaru dengan mengambilkira semua aktiviti atau perkara yang terlibat bagi penghantaran komputer di Pejabat-Pejabat Laut sebelum 08.06.2014. Jabatan akan menilai Jadual Pelaksanaan Kerja sama ada pembekal dapat mematuhi tarikh muktamad yang ditetapkan Jabatan pada 16 Mei 2014 atau tidak. Tindakan pembatalan selanjutnya akan diambil jika pembekal gagal mematuhi tarikh tersebut. Pembekal telah memohon pelanjutan pelaksanaan sewa ke Pertengan Mei 2014.

Page 6: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 6

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4.7

4.7.1

CADANGAN CENTRALIZED SDPX Jabatan telah membentangkan Kertas Kerja Pelaksanaan SDPX secara Centralized System pada 18 November 2013 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pengangkutan Bil.4/2013. Mesyuarat bersetuju supaya kertas kerja tersebut diangkat ke MAMPU untuk mendapatkan kelulusan teknikal. Tindakan : Bahagian HEPP, UTMKE Status/Maklumbalas: Kertas Kerja Pelaksanaan SDPX secara Centralized System akan diangkat ke MAMPU sebaik sahaja mendapat surat kelulusan / perakuan daripada Kementerian Kewangan dalam permohonan semula peruntukan One-Off Belanja Mengurus 2015.

4.7.2

Namun demikian, peruntukan One-Off Belanja Mengurus 2014 bagi cadangan tersebut tidak diluluskan. Sehubungan itu, pihak HEPP telah memohon semula peruntukan One-Off Belanja Mengurus 2015 untuk membiayai projek tersebut. Tindakan : Bahagian HEPP, UTMKE Status/Maklumbalas: Berdasarkan kepada Mesyuarat Pemeriksaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2015 Peringkat Kementerian Kewangan bagi Jabatan Laut Malaysia yang diadakan pada 6 Mei 2014 di ILPPPL, Kementerian Kewangan secara lisan bersetuju memperaku sebanyak RM800,000.00 bagi pelaksanaan SDOX secara Centralized System. Pihak Jabatan masih menunggu surat rasmi dari Kementerian Kewangan berkaitan dengan perkara tersebut.

4.8

4.8.1

CADANGAN PENGGUNAAN VISITOR MANAGEMENT SYSTEM (VMS) OLEH ICORE SOLUTION SDN. BHD. UTMKE telah menghubungi Bahagian Pengurusan Maklumat, MOT berkaitan dengan pemasangan Visitor Management System (VMS) dan pihak kementerian memaklumkan kepada UTMKE agar penggunaan sistem VMS dibuat secara POC (Proof of Concept) dalam jangka tempoh yang tertentu. Tempoh POC ini adalah selama 1 tahun dan UTMKE akan menyemak balik keberkesanan penggunaan sistem ini samada meneruskan POC atau sebaliknya. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: UTMKE telah memasang dua (2) unit workstation di Ibu Pejabat Laut iaitu satu (1) unit di

Page 7: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 7

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Pondok Pengawal Keselamatan dan satu (1) unit di Kaunter Pas Pelawat bagi tujuan penggunaan sistem VMS. Penggunaan sistem ini akan bermula sepenuhnya pada Jun 2014 selepas sesi Pilot Test selama satu (1) minggu yang akan bermula pada 26 Mei 2014 sehingga 30 Mei 2014.

5.0

5.1

5.1.1

LAPORAN JPICT PERINGKAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SINGLE WINDOW SHIP CLEARANCE SYSTEM (SWSCS) Tender terbuka telah diiklankan pada 29 November 2013 dan telah ditutup pada 7 Januari 2014. Buat masa kini, proses penilaian kewangan dan teknikal tender sedang dijalankan. Proof Of Concept (POC) akan dilaksanakan selepas 20 Februari 2014 dan lembaga-lembaga pelabuhan yang terlibat akan turut dijemput untuk menghadiri sesi POC tersebut. Tindakan : Bahagian HEPP, UTMKE Status/Maklumbalas: Merujuk kepada arahan Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan skop pembangunan SWSCS oleh Jabatan Laut dan uCUSTOM oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 8 April 2014 di Ibu Pejabat Laut. Mesyuarat bersetuju supaya satu bengkel diadakan bagi menyemak skop SWSCS dan UCustom secara terperinci bagi mengenalpasti skop-skop yang sama dan yang berbeza. Pada 29-30hb April 2014, satu bengkel Keperluan Jabatan Laut dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diadakan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bengkel ini diadakan bagi menyemak dan membincangkan skop-skop pembangunan SWSCS dan UCustom. Hasil daripada bengkel tersebut, projek ini akan mengambil kira konsep Single Sign On (SSO) bagi modul-modul yang melibatkan vessel clearance yang akan menggunakan platform UCustom dan JLM akan meneruskan projek SWSCS dengan mengambil kira lain-lain skop yang tidak dibangunkan oleh sistem UCustom seperti pembangunan semula dan integrasi sistem-sistem dalaman JLM. Selain dari itu, MOT akan panjangkan kepada pengurusan tertinggi berhubung dengan halatuju projek SWSCS berdasarkan kepada hasil dari bengkel tersebut.

Page 8: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 8

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

6.0

6.1

6.1.2

STATUS PERLAKSANAAN PROJEK ICT RMK10 SEBUTHARGA IPL 11/2012 – PENYELENGGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM APLIKASI BAGI SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX) UNTUK JABATAN LAUT MALAYSIA Bahagian Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan (HEPP) telah mengeluarkan sebutharga No. IPL 3/2014 Penyelenggaraan Perkakasan, Perisian dan Sistem Aplikasi Bagi Sistem Dokumen Pelaut (SDPX) untuk Jabatan Laut Malaysia yang telah diiklankan pada 30 Januari 2014 yang lepas. Iklan sebutharga telah ditutup pada pada 12 Februari 2014. Sebutharga ini dalam proses penilaian teknikal dan kewangan. Tindakan : Bahagian HEPP, UTMKE Status/Maklumbalas: Surat Setuju Terima (SST) untuk Sebutharga No. IPL 3/2014 telah dikeluarkan pada 5 Mei 2014 kepada penyebutharga yang telah berjaya iaitu syarikat Janasys Sdn. Bhd. bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan, perisian dan sistem aplikasi bagi sistem Dokumen Pelaut (SDPX) Jabatan Laut Malaysia. Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan bermula pada 19 Mei 2014 sehingga 18 Mei 2015.

7.0

7.1

INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) Laporan Penemuan Audit Pemantauan Pertama oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah dilaksanakan pada 16 Januari 2014 :

Bil Cadangan Penambahbaikan

Makluman Status Tindakan

1. Skop Pensijilan Didapati Pusat Pemulihan Bencana di ILPPPL dimasukkan ke dalam skop, maka aset-aset yang terlibat haruslah dikenalpasti.

Februari – Mac 2014

2. Risk Treatment Plan Timeline yang digunapakai adalah perlu dilihat kembali.

Mac – April 2014

3 Audit Logging Rekod daftar pergerakan media backup pengawai penghantar media backup telah diwujudkan, walaubagaimanapun rekod untuk untuk bulan Disember 2013 (di DRC) perlu ditambahbaik.

Februari 2014

Page 9: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 9

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4. Access Control Policy Pentadbir ID untuk sistem atau aplikasi atau pengkalan data boleh ditambahbaik dengan memakai unik ID.

Februari - Mac 2014

5 Review of User Access Right

Log Access Server Pusat Data telah diwujudkan untuk memantau pengguna memperolehi pentadbir hak tetapi ia boleh ditambahbaik dengan memastikan maklumat adalah terkini dan lengkap.

Februari – Mac 2014

Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas:

Bil Cadangan Penambahbaikan

Makluman Status Tindakan

1. Skop Pensijilan Didapati Pusat Pemulihan Bencana di ILPPPL dimasukkan ke dalam skop, maka aset-aset yang terlibat haruslah dikenalpasti.

Selesai.

Senarai Aset di ILPPPL telah dikemaskini.

Tindakan telah diambil pada 3 Mac 2014

2. Risk Treatment Plan Timeline yang digunapakai adalah perlu dilihat kembali.

Selesai.

Sesi Semakan Risk Treatment Plan telah dilaksanakan pada 5 Mei 2014.

3 Audit Logging Rekod daftar pergerakan media backup pengawai penghantar media backup telah diwujudkan, walaubagaimanapun rekod untuk untuk bulan Disember 2013 (di DRC) perlu ditambahbaik.

Selesai.

Rekod daftar pergerakan media backup di DRC (ILPPPL) telah dikemaskini.

Tindakan telah diambil pada 7 Februari 2014

Page 10: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 10

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4. Access Control Policy Pentadbir ID untuk sistem atau aplikasi atau pengkalan data boleh ditambahbaik dengan memakai unik ID.

Dalam Tindakan.

Dijangka siap pada bulan Jun 2014.

5 Review of User Access Right

Log Access Server Pusat Data telah diwujudkan untuk memantau pengguna memperolehi pentadbir hak tetapi ia boleh ditambahbaik dengan memastikan maklumat adalah terkini dan lengkap.

Selesai.

Senarai Pengguna yang mempunyai akses ke server-server JLM telah dikemaskini.

Tindakan telah diambil pada 14 Mac 2014

7.2

Berikut adalah Cadangan Pelan Perancangan ISO/IEC 27001 (ISMS) tahun 2014 :

Bil Aktiviti / Perancangan Tarikh/Bulan

AUDIT PEMANTAUAN

1. Audit Pemantauan ISMS Pertama 16 Januari 2014

SEMAKAN SKOP, ASET, SOA, RISIKO DAN KAEDAH RAWATAN

2. Kelulusan Plan Perancangan dari JPICT Jabatan Bil.1/2014 Febuari 2014

3. Semakan Skop dan Boundaries ISMS Jabatan Febuari -Mac 2014

4. Semakan Senarai Aset Mac 2014

5. Semakan Risiko-Risiko yang dikenalpasti Mac - April 2014

6. Semakan Penilaian Risiko April 2014

7. Kenalpasti Kaedah Rawatan (Treatment Plan) April 2014

8. Kenalpasti Statement of Applicability (SOA) Standard 2013 Mei 2014

9. Kelulusan dari JPICT Jabatan Bil.2 / 2014 Mei/Jun 2014

PELAKSANAAN PENAMBAHBAIK ISMS

Page 11: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 11

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

10. Perlaksanaan Penambahbaikan ‘Treatment Plan ’ Mei – Julai 2014

11. Perlaksanaan Penambahbaikan Kawalan-Kawalan (Controls) Mei – Julai 2014

12. Kenalpasti kaedah pengukuran (measurement) Julai 2014

13. Latihan dan Program Kesedaraan Sepanjang Tahun

14. Melapor status semasa dalam JPICT Jabatan Bil.3/2014 Julai/Ogos 2014

PEMANTAUAN DAN AUDIT DALAM

15. Memantau dan menyemak prosedur dan kawalan (Controls) Ogos-September 2014

16. Melakukan Pengukuran Keberkesanan (measurement) Oktober 2014

17. Melaksanakan Audit Dalaman Oktober 2014

18. Menyemak Laporan Audit Dalaman Oktober 2014

19. Kemaskini prosedur dan kawalan November 2014

20. Pembentangan hasil Audit Dalaman di JPICT Jabatan Bil.4/2014

November/Disember 2014

PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN ISMS

20. Melaksanakan penambahbaikan prosedur dan kawalan November/Disember 2014

21. Mengambil langkah-langkah Pembetulan dan Pencegahan November/Disember 2014

Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Berikut adalah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh UTMKE dalam pelaksanaan ISMS sepanjang tahun 2014.

Bil Aktiviti / Perancangan Tarikh/Bulan

AUDIT PEMANTAUAN

1. Audit Pemantauan ISMS Pertama 16 Januari 2014

SEMAKAN SKOP, ASET, SOA, RISIKO DAN KAEDAH RAWATAN

Page 12: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 12

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

7.4

7.5

2. Kelulusan Plan Perancangan dari JPICT Jabatan Bil.1/2014 20 Febuari 2014

3. Semakan Skop dan Boundaries ISMS Jabatan 3 Mac 2014

4. Semakan Senarai Aset 3 Mac 2014

5. Semakan Risiko-Risiko yang dikenalpasti 14 April 2014

6. Semakan Penilaian Risiko 15 April 2014

7. Kenalpasti Kaedah Rawatan (Treatment Plan) 5 Mei 2014

8. Kenalpasti Statement of Applicability (SOA) Standard 2013 6 Mei 2014

9. Kelulusan dari JPICT Jabatan Bil.2 / 2014 15 Mei 2014

Tuan Pengerusi meminta agar semua perkara yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jangkamasa yang telah dicadangkan. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Semua Pelaksanaan ISMS yang dibuat oleh UTMKE adalah berdasarkan kepada Pelan Perancangan ISO/IEC 27001:2005 (ISMS) Tahun 2014. Tuan Pengerusi mohon agar pihak UTMKE dapat menghubungi pihak MAMPU untuk mengenalpasti sama ada khidmat rundingan ISMS disediakan oleh pihak MAMPU atau tidak. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: UTMKE telah menghubungi MAMPU bagi mendapatkan khidmat rundingan untuk ISO/IEC 27001:2013 (ISMS). Pihak MAMPU memaklumkan mereka ada menyediakan khidmat rundingan kepada agensi-agensi kerajaan bagi peralihan ISO/IEC 27001:2005 ke ISO/IEC 27001:2013.

Page 13: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 13

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

8.0

8.2

8.5

8.6

PORTAL Carta digital bagi batas pelabuhan di wilayah utara dan timur tertangguh buat sementara waktu disebabkan komputer yang digunakan untuk membuat carta digital tersebut mengalami kerosakan dan sedang dibaik pulih. Penyediaan carta digital akan disambung selepas komputer tersebut dibaik pulih. Tindakan : HEPP, BKP Status/Maklumbalas: Selesai. Carta digital bagi batas pelabuhan di wilayah utara dan timur telah selesai dimasukkan ke dalam Laman Web Jabatan pada 12 Mei 2014. Tuan Pengerusi meminta Jawatankuasa Kerja Laman Web JLM mengkaji semula kandungan di dalam Laman Web JLM. Tindakan : Jawatankuasa Kerja Laman Web Status/Maklumbalas: Jawatankuasa Spesifikasi Teknikal bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Laman Web dan JALIN untuk Jabatan Laut Malaysia telah dibentuk pada 27 Mac 2014. Jawatankuasa ini telah membuat kajian dan telah menyediakan dokumen spesifikasi teknikal untuk kelulusan Jawatankuasa Kerja Laman Web pada 12 Mei 2014. Ahli-Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Bil.5/2014 sebulat suara bersetuju. Sebutharga ini dijangka akan diiklankan dalam bulan Jun 2014. Tuan Pengerusi juga meminta agar pihak Jawatankuasa Kerja Laman Web JLM dapat membuat temujanji bersama pihak Multimedia Development Corporation (MDEC) agar dapat mengatur satu perbincangan untuk menambahbaik Laman Web JLM. Tindakan : Jawatankuasa Kerja Laman Web Status/Maklumbalas: Jawatankuasa Kerja Laman Web Jabatan telah menghubungi pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk mengadakan sesi perbincangan bagi mengenalpasti aspek-aspek yang perlu ditambahbaik di dalam Laman Web Jabatan. Walaubagaimanapun, MDeC memaklumkan bahawa buat masa ini sesi perbincangan tersebut tidak dapat diadakan kerana pihak MDeC telah mengaturkan beberapa siri taklimat kepada semua agensi iaitu pada 14hb Mei 2014, 15hb Mei 2014, 19hb Mei 2014, 20hb Mei 2014 dan 29 Mei 2014. Jabatan Laut akan menghadiri sesi taklimat tersebut pada 20 Mei 2014.

Page 14: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

9.0

9.1

9.1.3

PEMBENTANGAN KERTAS SEAFARER KIOSK – SISTEM DOKUMENTASI PELAUT PADA KIOSK KOMPUTER JLM Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Kertas Cadangan Seafarer Kiosk – Sistem Dokumentasi Pelaut Pada Kiosk Komputer JLM di hantar ke peringkat JPICT MOT. Tindakan : Bahagian HEPP, UTMKE Status/Maklumbalas: Kertas Cadangan Seaferer Kiosk – Sistem Dokumen Pelaut (SDPX) pada Kiosk Komputer akan diangkat ke peringkat JPICT MOT Bil.2/2014.

9.2

9.2.3

CADANGAN PEROLEHAN PERISIAN PENGURUSAN KUALITI ISO BAGI JLM Mesyuarat memutuskan agar kertas cadangan ini ditambahbaik dengan meletakkan struktur pengguna dan peranan yang lengkap. Mesyuarat menetapkan agar kertas cadangan ini akan dibentangkan semula pada mesyuarat JPICT yang akan datang. Tindakan : Urusetia ISO JLM Status/Maklumbalas: Pihak urusetia telah menyemak semula keperluan sistem ini dalam pelaksanaan pengurusan kualiti JLM dan berpendapat bahawa buat masa ianya bukanlah keperluan utama memandangkan pengurusan ISO masih boleh diuruskan dengan baik secara manual.

9.3

9.3.5

PEROLEHAN PERKAKASAN ICT UNTUK JLW SARAWAK Mesyuarat bersetuju dengan kertas cadangan perolehan ini dan Tuan Pengerusi meminta agar pihak JLW Sarawak dapat menyediakan sebutharga dengan segera. Tindakan : JLW Sarawak Status/Maklumbalas: Perolehan perkakasan ICT masih dalam proses pengiklanan sebutharga dan tarikh tutup sebutharga adalah bertarikh 14 Mei 2014.

Page 15: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 15

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

9.4

9.4.2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN CM PORTAL Tuan Pengerusi meminta agar kertas cadangan ini di tambahbaik dengan menyatakan anggaran bajet yang tepat dan dibuat pembentangan semula pada mesyuarat JPICT JLM yang akan datang. Tindakan : BKP Status/Maklumbalas: Akan dibentangkan di dalam Agenda 9.1

10.0

10.1

10.1.4

10.1.5

HAL-HAL LAIN MYGOV MOBILE Tuan Pengerusi meminta agar maklumat yang menyeluruh dapat diperolehi serta melibatkan Pegawai Perhubungan Awam serta wakil daripada semua Wilayah. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: UTMKE telah menghantar emel kepada semua Pengarah Bahagian dan Wilayah pada 22 April 2014 yang lepas. Sehingga 03 Mei 2014, UTMKE hanya mendapat maklumbalas dari HEPP yang mencadangkan agar perkhidmatan yang ada di dalam SDPX boleh dilaksanaan secara mobile apps. Perkhidmatan yang dicadangkan oleh HEPP adalah seperti berikut: i. Semakan Certificates of Competency (COC) ii. Semakan Certificates of Recognition (COR) iii. Semakan Watch Keeping Rating (WKR) UTMKE telah majukan cadangan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) pada 3 Mei 2014 untuk dipertimbangkan oleh secretariat (MDeC) bagi pembangunan perkhidmatan JLM yang boleh dilaksanakan melalui inisiatif gerbang perkhidmatan mobile kerajaan (myGovMobile). Tuan Pengerusi juga minta diadakan satu perjumpaan bersama dengan pihak MAMPU untuk membincangkan berkaitan perkara ini dengan lebih jelas. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Pihak MDeC memaklumkan bahawa sesi perbincangan dengan agensi hanya akan diadakan selepas keputusan pemilihan oleh secretariat MDeC telah dibuat. MDeC turut memaklumkan bahawa perbincangan tersebut hanya akan dilaksanakan dengan agensi yang telah dipilih oleh secretariat (MDec).

Page 16: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 16

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

10.2

10.2.2

E-NAVIGATION Tuan Pengerusi meminta agar kertas cadangan yang lebih terperinci dapat disediakan oleh Syarikat Green Finder (yang merangkumi transaksi selama 30 tahun, penjimatan yang dapat dibuat oleh pihak JLM serta senarai peralatan yang akan digunakan). Tuan Pengerusi menyatakan bahawa secara dasarnya kertas cadangan ini diterima oleh semua ahli mesyuarat tetapi sekali lagi dinyatakan agar kertas cadangan yang lebih terperinci perlu di hantar kepada JLM. Tindakan : BKP, GreenFinder Status/Maklumbalas: Syarikat Green Finder masih memperhalusi kertas cadangan berkenaan cadangan kewangan dan akan dibentangkan pada mesyuarat JPICT JLM yang akan datang.

10.3

10.3.4

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR MINIMA BAGI EPEROLEHAN DAN ESPKB Mesyuarat bersetuju dengan cadangan infrastruktur minima ini dan sokongan perbelanjaan perlu diperolehi untuk pelaksanaan. Tindakan : UTMKE, BKhP Status/Maklumbalas:

i. Jumlah komputer pengguna ePerolehan & eSPKB: 114 unit ii. Jumlah komputer yang menepati minimum spesifikasi NextGenEP: 37 unit iii. Jumlah komputer yang tidak menepati minimum spesifikasi NextGenEP: 77 unit iv. Jabatan telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak Commerce Dot

Com Sdn. Bhd. pada 18 April 2014 untuk pertimbangan bagi mendapatkan komputer baru.

10.4

10.4.4

PROJEK ICT RMK-10 : CADANGAN INTEGRASI SISTEM APLIKASI DAN PENGKOMPUTERAN JABATAN LAUT MALAYSIA Mesyuarat secara dasarnya bersetuju dan menyokong cadangan ini serta meminta supaya cadangan ini dibawa ke peringkat Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan sokongan dari segi pembiayaan peruntukan persekutuan. Tindakan : UTMKE & UPDP Status/Maklumbalas: Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan Bajet Rolling Plan Keempat (2015) RMK-10 bagi

Page 17: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022014/Agenda4... · 5- Jabatan Laut Sabah (Sepanggar) 6- Jabatan Laut Sarawak (Kuching) ... Jabatan Laut

m/s 17

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Kementerian Pengangkutan telah diadakan pada 24 April 2014. Mesyuarat tersebut memaklumkan bahawa permohonan yang melibatkan projek ICT perlu mendapatkan perakuan daripada pihak MAMPU terlebih dahulu. Jabatan telah mengemukakan template butiran projek yang diedarkan oleh pihak MAMPU pada 23 April 2014 dan pihak MAMPU dijangka bersidang secara dalaman pada 14 Mei 2014 bagi membincangkan kesemua permohonan projek-projek ICT di bawah RMK-10 bagi semua agensi/kementerian.

10.6

10.6.2

SERVER SDPX DI MUARA TEBAS Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa proses penggantian hard disk sedang diusahakan dimana ianya akan melibatkan proses instalasi aplikasi SDPX sebelum server tersebut di hantar semula ke Pejabat Laut Muara Tebas. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Selesai. Pihak Pejabat Laut Muara Tebas Kuching telah menerima server SDPX bertarikh 6 Mac 2014. Pemasangan telah dilaksanakan pada 10 Mac 2014 dan sistem telah berfungsi dengan baik.

10.7

10.7.2

10.7.3

SERVER SDPX DI TANJUNG GEMOK Mesyuarat dimaklumkan juga bahawa perkakasan SDPX Pejabat Laut Dayabumi perlu diuji semula terlebih dahulu sebelum dihantar ke Pejabat Laut Tanjung Gemok. Tindakan : UTMKE Status/Maklumbalas: Pihak UTMKE telah menguji semula perkakasan SDPX Pejabat Laut Dayabumi dan didapati kesemua perkakasan tersebut berfungsi dengan baik. Kesemua perkakasan tersebut kecuali server SDPX telah dihantar ke Pejabat Laut Tg. Gemok pada 9 Mei 2014. Tuan Pengerusi meminta agar perkara 10.7.2 di atas dapat diselesaikan oleh pihak UTMKE bersama dengan pihak HEPP. Tindakan : UTMKE, HEPP Status/Maklumbalas: Proses konfigurasi sistem SDPX dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan Mei 2014.