Perkembangan bahasa

8
Perkembangan Bahasa Apabila diperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan. Bahasa didefinisikan oleh Prof Atan Long sebagai pengguna lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya. Selain itu, terdapat beberapa fungsi bahasa seperti memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat, memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain, menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi, membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri, memungkinkan terlaksanaya perhubungan sosial, membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang pernah dialami serta menjadi asas kepada pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif. Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu :-

Transcript of Perkembangan bahasa

Page 1: Perkembangan bahasa

Perkembangan Bahasa

Apabila diperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau

perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan

membawa kepada suatu peringkat kedewasaan. Bahasa didefinisikan oleh Prof Atan

Long sebagai pengguna lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau

mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

Selain itu, terdapat beberapa fungsi bahasa seperti memudahkan penentuan

kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan

hajat, memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan

orang lain, menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi, membantu jalan

fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri, memungkinkan terlaksanaya

perhubungan sosial, membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat

kembali sesuatu yang pernah dialami serta menjadi asas kepada pemikiran kreatif

dalam penulisan kreatif.

Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu ini dapat dibahagikan

kepada tiga bahagian, iaitu :-

Kemahiran -kemahiran Asas Bahasa Melayu

Kemahiran Lisan

Kemahiran Bacaan

Kemahiran Tulisan

Page 2: Perkembangan bahasa

Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dan menjadi

asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika dilihat dengan teliti, terdapat

dua aspek kemahiran yang terkandung dalam kemahiran lisan iaitu kemahiran

mendengar dan kemahiran bertutur. Umumnya, kanak-kanak mula menguasai

bahasa dari apa yang mereka dengar dan apa yang mereka alaminya dan

seterusnya mereka akan cuba meniru serta menuturkannya berulang kali.

Seseorang itu dikatakan dapat mendengar dengan baik apabila dia dapat

mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa di

sekeliling mereka. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini

bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran seseorang itu

terhadap kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara

ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia

boleh :-

Jadual : Ciri-ciri kemahiran mendengar.

Sumber rujukan : Modul Kursus Asas Program Pemulihan Khas, Jabatan Pendidikan

Khas.

Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bukan bahasa.

Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa.

Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Mendengar secara kritikal.

Mengikut arahan.

Memahami urutan atau sekuan.

Mengingat kembali.

Menentukan idea utama / terpenting.

Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Page 3: Perkembangan bahasa

Selain daripada kemahiran mendengar, terdapat satu lagi sub kemahiran

yang terkandung dalam kemahiran lisan iaitu kemahiran bertutur. Kemahiran

bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

pengajaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada, jeda serta helaan yang betul.

Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek

yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada

unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Selain itu,

mengenal pasti intonasi yang berbeza juga amat penting bagi mewujudkan suasana

pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Lisan

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula

mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa

dengan bahasa itu barulah lambang-lambang tulisan diperkenalkan supaya mereka

mudah meninterprestasikan lambang-lambang pertuturan. Lambang-lambang

pertuturan terlebih dahulu dicipta sebelum lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita

harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca

dan menulis.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan

perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Oleh yang demikian,

mereka akan lebih berani untuk berkomunikasi dan bergaul dengan kanak-kanak

lain.

Selain itu juga, teori psikologi turut mengesahkan bahawa wujudnya

perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran ini melibatkan lambang-

lambang tertentu dan jika sekiranya seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan

kata yang luas, maka ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu

bahasa dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang

betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

Secara kesimpulannya, guru perlulah memperbanyakkan kegiatan lisan di

peringkat awal persekolahan. Jika kegiatan ini dipergiatkan di peringkat awal lagi

Page 4: Perkembangan bahasa

maka perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah dan ini akan

memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Pengesanan Dalam Kelemahan Lisan

Cara Memperbaiki Kelemahan-kelemahan Lisan

Setelah mengenali kelemahan-kelemahan lisan yang dialami oleh murid-murid,

seorang guru itu perlulah mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan itu. Terdapat

beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lisan

seperti :-

Jadual : Cara Memperbaiki Kelemahan Lisan

Sumber Rujukan : Modul Kursus Asas Program Pemulihan Khas, Jabatan

Pendidikan Khas.

Perkara-perkara Penting Dalam Pengajaran Lisan

Semasa menjalankan pengajaran lisan, beberapa perkara penting perlu diberi

perhatian supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik.

Antara perkara penting dalam pengajaran lisan adalah suara pengujar atau suara

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakkerja atau aktiviti lisan untuk murid.

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

Page 5: Perkembangan bahasa

guru. Pengujaran yang baik hendaklah ditutur dengan jelas dan lantang, tersusun

rapi dan boleh didengar oleh pendengar atau murid yang ada.

Selain itu juga, pemilihan tajuk serta bahan perlulah mengikut kebolehan

murid-murid. Topik-topik yang hendak diajar perlulah dipilih, disusun mengikut

kebolehan sedia ada murid-murid supaya pengajaran akan menjadi lebih lancar.

Mengalakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-

bahan mereka sendiri merupakan salah satu perkara penting dalam pengajaran

lisan. Seorang guru itu perlulah memberi peluang kepada murid-murid untuk

mengeluarkan idea serta memberikan pendapat mereka tanpa sebarang sekatan

namun guru perlulah memastikan setiap murid diberi peluang, hanya seorang sahaja

yang bercakap ketika sesuatu ketika dan memastikan setiap murid mendengar

aahan guru.

Antara yang lain adalah peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih

kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. Guru juga boleh mengulang

pelajaran yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran berikutnya untuk

memperkukuhkan ingatan murid-murid dan semasa murid meniru sebutan, guru

mestilah mengamatinya dan jika terdapat kesilapan maka pembetulan hendaklah

dibuat secara spontan.

Secara tuntasnya, pengajaran kemahiran lisan ini akan berjalan lancar jika

murid boleh menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik. Manakala

seorang guru itu perlulah mempergiatkan lagi latihan pengajaran lisan dan

memperbanyakkan aktiviti lisan di dalam kelas.

Page 6: Perkembangan bahasa

Kemahiran Membaca

Definisi Membaca

Frank Smith (1971) : Membaca adalah satu operasi psycholinoustic. Bacaan juga

merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan

memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976) : Membaca adalah proses kembalikan daripada proses

menulis kepada proses mentaksirkan kembali lambang-lambang bertulis dan

mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Bakar (1981) : Membaca adalah gabungan proses menyuarakan

lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

Secara kesimpulannya, membaca adalah proses memindahkan lambang-

lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di

dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada

murid.

Sumber Rujukan : Modul Kursus Asas Program Pemulihan Khas, Jabatan

Pendidikan Khas.

Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-

kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu

membaca. Proses ini harus dicapai dan perlu diperkembangkan sebelum pengajaran

bacaan secara formal dijalankan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca,

antaranya adalah keadaan fizikal seorang murid itu. Keadaan fizikal memerlukan

keadaan mata dan penglihatan yang sempurna supaya