Perkembangan bahasa melayu

10
Perkembangan Bahasa Melayu Dr Murshidi

Transcript of Perkembangan bahasa melayu

Page 1: Perkembangan bahasa melayu

Perkembangan Bahasa Melayu

Dr Murshidi

Page 2: Perkembangan bahasa melayu

Perkembangan Bahasa Melayu

• Kebanyakan ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

• Bahasa Melayu Kuno• Bahasa Melayu Klasik dan• Bahasa Melayu Moden

Page 3: Perkembangan bahasa melayu

Bahasa Melayu Kuno• Merupakan keluarga bahasa Nusantara• Kegemilangannya dari abad ke 7 hingga abad ke 13 pada

zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

• Penuturnya di Semenanjung Tanah Melayu. Kepulauan Riau dan Sumatera.

• Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

1) Bersifat sederhanan dan mudah menerima pengaruh luar.2) Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.3) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.4) Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan

bahasa Jawa.

Page 4: Perkembangan bahasa melayu

Pengaruh Bahasa Sanskrit

• Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. • Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu

dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.

• Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.

1) Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India,

2) kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan

3) fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam bahasa melayu kuno.

• Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab. Hanya orang India yang beragama Hindu saja yang mendominasikan kawasan ini.

Page 5: Perkembangan bahasa melayu

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.• Susunan ayat bersifat Melayu. • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (contoh: bulan-wulan)• Bunyi e pepet tidak wujud (contoh: dengan- dngan atau

dangan)• Awalan ber- ialah mar-dalam Melayu kuno (contoh:

berlepas-marlapas)• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:

diperbuat-nipanwuat)• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph,

dh, kh, k, h (contoh: sukhatshitta)• Huruf h hilang dalam bahasa moden (contoh: semua-

samuha, saya- sahaya)

Page 6: Perkembangan bahasa melayu

Bahasa Melayu Klasik

• Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

1) Zaman kerajaan Melaka.2) Zaman kerajaan Acheh.3) Zaman kerajaan Johor-Riau • Antara tokoh-tokoh penulis yang penting

ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Page 7: Perkembangan bahasa melayu

Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik• Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama islam yang semakin

mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13• Terdapat tiga batu bersurat yang penting:(a) Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

• Ditulis dalam huruf India, mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad-7

(b) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)• Masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan

kata-kata Arab seperti kalimah nabi, Allah dan rahmat.(c) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)• ditulis dalam bahasa Jawi. Membuktikan tulisan Arab telah digunakan

dalam bahasa Melayu pada abad itu.• Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir

perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk lisan.

Page 8: Perkembangan bahasa melayu

Ciri-ciri bahasa klasik• Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.• Banyak ayat pasif.• Menggunakan bahasa istana.• Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghut (bersedih)

• Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

• Ayat songsang.• Banyak menggunakan partikel “pun” dan “lah”

Page 9: Perkembangan bahasa melayu

Bahasa Melayu Moden• Bahasa melayu moden dikatakan bermula pada

abad ke-19.• Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah, bahasa

melayu moden berasal daripada bahasa melayu klasik. Bahasa melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu purba.

• Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden, iaitu Hikayat Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1849, menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu memperlajari bahasa sendiri.

Page 10: Perkembangan bahasa melayu

• Sejarah perkembangan bahasa melayu dalam kalangan masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu secara kronologi dijelaskan seperti yang berikut:

(a) Lahirnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.

(b) Persaudaraan Sahabat Pena Malaya.(c) Pejabat karang mengarang.(d) Asas 50 (e) Penubuhan dewan bahasa dan pustaka.