Perkembangan Ilmu Sains Dan Teknologi Tamadun China

download Perkembangan Ilmu Sains Dan Teknologi Tamadun China

of 1

Transcript of Perkembangan Ilmu Sains Dan Teknologi Tamadun China

  • 8/12/2019 Perkembangan Ilmu Sains Dan Teknologi Tamadun China

    1/1

    PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI TAMADUN CHINA

    Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut

    diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat.

    Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah:1. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman.

    2. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah

    buku-buku dalam jumlah yang besar.

    3. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan

    penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan

    orang-orang Cina yang digunakan hingga kini.

    4. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman

    Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas. Pembinaan semula Tembok Besar

    China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada

    Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara.

    5. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat

    permulaan.

    6. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan

    setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.

    7. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan

    meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh

    Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan

    bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu

    terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh.

    Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan

    perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Inimemberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut

    tersebut.

    RUJUKAN

    1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian,

    Pulau Pinang, USM, 1998.

    2. Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge University

    Press,1954.