PERKHEMAHAN PENGAKAP SKSN INTERNSHIP.docx

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA KM 10, JALAN KUALA KEDAH 06600 KUALA KEDAH, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS CADANGAN “PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKIBP” TARIKH: 5 OGOS 2014 TEMPAT: BILIK PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ANJURAN: GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Transcript of PERKHEMAHAN PENGAKAP SKSN INTERNSHIP.docx

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYAKM 10, JALAN KUALA KEDAH 06600 KUALA KEDAH,KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKIBP

TARIKH:

5 OGOS 2014

TEMPAT:

BILIK PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

ANJURAN:

GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1.0 PENGENALAN

PPKIBP, Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Nyonya akan mengadakan Perkhemahan Pengakap sebagai salah satu aktiviti kokurikulum dalam usaha untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkhemahan ini akan disertai oleh semua murid-murid PPKIBP. Ianya akan diadakan pada 5 Ogos 2014. Meskipun peserta perkhemahan ini adalah murid-murid yang istimewa namun mereka juga digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum untuk mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid PPKIBP membina keyakinan diri menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini, diharapakan dapat menanam sifat berdikari dalam kehidupan seharian

2.0 RASIONAL

Menyedari perkembangan ko-kurikulum mesti selari dengan peningkatan kurikulum agar perkembangan murid lebih cemerlang maka adalah perlu untuk sekolah ini 2.1 Melahirkan murid yang ikhlas, cemerlang, berdaya saing, berdaya juang dan ketahanan diri.2.2 Memberi pendedahan kepada murid berkeperluan khas tentang aktiviti pengakap seperti mana yang dijalankan oleh murid di aliran perdana.

3.0 MATLAMAT

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancangakan memberi peluang kepada para peserta memperkukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari dan mengaplikasikan teori-teori semasa perkhemahan dijalankan serta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi keyakinan diri, kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Bagi membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid-murid PPKIBP yang lebih berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu berhadapan dengan situasi mencabar melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta membina keyakinan diri, menerapkan sikap saling menghormati antara peserta dengan peserta dengan guru terjalin. Tambahan lagi dengan adanya aktiviti kerohanian yang dipraktikkan dalam perkhemahan ini diharapakan dapat menyemai nilai-nilai kerohanian dalam diri agar dapat membentuk sahsiah yang lebih mampan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi yang bersemangat patriotik, cintakan agama, bangsa dan agama.4.2 Membina dan memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar4.3 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran.4.4 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi dan bertangungjawab. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.4.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

5.0 TARIKH5 OGOS 201422 dan 23 Julai 2014

6.0 TEMPATBil Bilik Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

7.0 AHLI JAWATANKUASARujuk Lampiran ARujuk Lampiran A

8.0 PESERTARujuk Lampiran BRujuk Lampiran B

9.0 JADUAL PROGRAMRujuk Lampiran CRujuk Lampiran C

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lampiran D

Rujuk Lamipran D11.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara murid, guru dan masyarakat luar.

Disediakan Oleh :

.(EN. MOHAMAD NAZRIEN BIN HASSAN)Setiausaha,Program Perkhemahan Pengakap PPKIBP.

Disahkan Oleh : .(TN. HJ. WAN AHMAD BIN WAN DAN BKM .PJK.Guru Besar,SK Seberang Nyonya.

Disemak Oleh :

. (CIK ZAINAB BINTI RAMLI) Penyelaras Pendidikan Khas, SK Seberang Nyonya.