Perkhidmatan ekosistem (12)

23
Perkhidmatan ekosistem

description

apakah perkhidmatan ekosistem

Transcript of Perkhidmatan ekosistem (12)

Perkhidmatan ekosistem

Apakah perkhidmatan ekosistem?

• Perkhidmatan ekosistem adalah transformasi satu set aset semula jadi (tanah, tumbuhan dan haiwan, udara dan air) ke dalam perkara yang kita nilai.

• Sebagai contoh, apabila kulat, cacing dan bakteria mengubah "bahan" mentah (cahaya matahari, karbon dan nitrogen) kepada tanah subur, transformasi ini adalah satu perkhidmatan ekosistem.

• Walau bagaimanapun, jika kita membenarkan aset semula jadi berkurangan maka begitu juga faedahnya akan berkurang. Sebaliknya, jika kita menjaga dan mengekalkan aset semula jadi kita, kita akan mendapat manfaat daripada pulangan yang lebih besar.

Perkhidmatan ekosistem termasuklah:

• Perkhidmatan membekalkan seperti makanan dan air

• Perkhidmatan mengawalatur seperti mengawal banjir dan penyakit

• Perkhidmatan budaya seperti memberi keuntungan rekreasi dam keagamaan

• Perkhidmatan penampungan seperti kitar nutrien

Bagaimana biodiversiti berkaitan kepada perkhidmatan ekosistem?

• Biodiversiti merupakan kepelbagaian sumber yang banyak dalam ekosistem. Contohnya makanan dan sumber genetik

• Kepelbagaian dalam biodiversiti ertinya pelbagai sumber dalam ekosistem

• Kehilangan biodiversiti boleh mengakibatkan kerugian perkhidmatan ekosistem

Penggunaan Air

• Penggunaan air sebanyak 100 liter seorangsetiap sehari adalah tahap yang disarankan.1

• Penggunaan air yang asas adalah disarankansebanyak 50 liter sehari bagi setiap orang.• Adakalanya, pengguna boleh bertahan denganhanya menggunakan 30 liter sehari: iaitu 5 literuntuk minum dan 25 liter untuk mengekalkankebersihan diri• Pada realitinya, ramai penduduk dunia tidak• mencecah tahap minimum penggunaan air

KAJIAN KES AIR

Matlamat Pembangunan Alaf Baru (MDG)

• Menggalakkan kestabilan alam sekitar• Pengurangan ½ daripada jumlah penduduk

dunia yang tidak menerima bekalan air bersih dan perkhidmatan sanitasi menjelang tahun 2015

• Menurut MDG, keperluan air minuman bagiseseorang didefinasikan sebagai bekalan airsebanyak 20 liter sehari yang diperolehi di dalam

radius tidak melebihi 1 kilometer.2

• Di Malaysia, penggunaan air bagi seorang adakalanya mencecah jumlah 300 liter sehari hingga500 liter sehari di kawasan bandar.3

• Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2000,terdapat 3.75 bilion orang di 80 negara yangmenerima kurang daripada 20-50 liter air sehari4

• Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan bahawa,pengguna di Malaysia harus berwaspada denganpenggunaan air mereka dan mula menjimatkanpenggunaan air.

Penjimatan Air bermula dari rumah:

• Penggunaan Air secara efisyen pada tahap domestik

• Pendidikan dan kesedaran pengguna mengenai air dengan cara mengenalpasti corak penggunaan air serta aktiviti-aktiviti yang menyebabkan pembaziran

• Kaedah penggunaan semula dan kitar semula yang mudah dan praktis seperti penggunaan air

terpakai di dapur untuk menyiram tanaman

• Kita akan menjamin bekalan air yang bersih bagi generasi akan datang.

• Fokus kita haruslah tertumpu kepada pengurusan permintaan (oleh pengguna dan industri) dan tidak hanya

menumpu kepada pengurusan bekalan.• Penjimatan Air boleh tercapai jika kita MENUKAR GAYA

HIDUP kita dan ia tidak bermaksud penggunaan air yang minimum tetapi penggunaan air secara mampan.

KAJIAN KES KITARAN NUTRIEN

Apakah dimaksudkan dengan kitar nutrien?

• Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen.

• Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari.

• Nutrien-nutrien ini diperlukan dengan banyak. • Lain-lain nutrien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum.• Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat

makanan seperti lemak, karbohidrat dan protin. • Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini

mati dan terurai. • Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya

biosfera. • Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi

tidak adanya gangguan.

Bagimanakah kitar karbon berlaku?

• Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza.

• Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi.

• Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi.

• Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat.

• Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara.

Bagimanakah kitar karbon berlaku?

• Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan.

• Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik.

• Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan.

• Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.

Bagimanakah kitar karbon berlaku?• Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon

dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon.

• Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis.

• Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan.

• Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat.

• Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

Bagaimanakah kitar oksigen berlaku?

• Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses fotosintesis, pernafasan , pembakaran dan pereputan.

• Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan.

Bagaimanakah kitar oksigen berlaku?

• Dalam kitar oksgen , gas oksigen digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida.

• Begitu juga proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkai –bangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria.

• Semasa prose ini berlaku oksigen digunakan. • Pembakaran juga menggunakan oksigen terutama dalam

kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain.

Bagaimanakah kitar oksigen berlaku?

• Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesin.

• Semasa proses fotosintesis timbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makana.

• Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan. • Proses ini berlaku berterusan.

Bagaimanakah kitar nutrien boleh diganggu oleh manusia?

Menambahkan nutrien - contohnya karbon dikosida akan bertambah melalui:

i) Pembalakan berlebihan tanpa tanam semulaii) Pembakaran bahan fosil dalam industriiii)Pembakaran sampah sarap secara terbukaiv)Petani pindah membakar hutan

Mengambil nutrien – karbon dioksida keluar dari sistem ini melalui:

i)Pemburuan haiwan hutan dan dibawa ke tempat lainii)Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain.iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

• www.ktak.gov.my• www.fomca.org.my•http://www.ecokids.ca/pub/eco_info/

topics/water/water/index.cfm• http://www.bewatersmart.net/links.html

Rujukan

1 State of Water Population 2001, United Nation Population Fund

2 World Health Organization and United Nations Children’s Fund, Global Water Supply and Sanitation Assessment 2000 Report

3 Malaysian Water Industry Guide 20044 Peter Gleick et al, The World’s Water 2002-

2003 (Island Press 2002)