Perkhidmatan Tiket Serahan Tingkap

9
PERKHIDMATAN TIKET SERAHAN TINGKAP Ringkasan Anda mesti tertanya-tanya sama ada mampukah Pos Malaysia Berhad menyediakan peti surat persendirian yang mencukupi untuk semua orang di dalam negara ini? Bagaimana jika anda ingin menyewa peti surat persendirian, dan perkhidmatan tersebut telah dipenuhi ? Biarkan kami menyelesaikan kebimbangan anda. Kami mempunyai penyelesaian alternatif bagi kemudahan semua warga Malaysia. Perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan Tiket Serahan Tingkap. Ciri-ciri Dengan perkhidmatan ini, kami akan menyusun surat/paket dan kami akan menghantar dokumen-dokumen berkenaan ke alamat yang anda berikan semasa permohonan dilakukan. Anda boleh datang semasa waktu pejabat untuk menuntut dokumen-dokumen tersebut. Dengan itu kami akan bertindak sebagai rumah kedua anda dengan tahap keselamatan yang dipertingkatkan dan terjamin. Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada surat-surat tersebut kecuali anda kerana kami menetapkan barang siapa yang ingin menuntut surat-surat tersebut perlu mengemukakan Tiket serahan di kaunter tertentu. Arahan Anda boleh memohon menggunakan perkhidmatan ini dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat Pos Besar di seluruh negara dan serahkan kepada Pengurus Negeri. Kadar Sewaan Bagi sepanjang tahun : RM 30 Bagi separuh tahun kedua : RM 15 Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa PERKHIDMATAN BEG BERKUNCI Ringkasan Ringkasan Perkhidmatan ini membolehkan anda menuntut mel syarikat anda dalam kuantiti yang banyak di dalam beg berkunci. Dengan itu, masa dan kos dapat dijimatkan. Ciri-ciri Utama Semua mel akan disusun dan dimasukkan ke dalam bag berkunci sebelum diserahkan kepada pelanggan. Tahap keselamatan mel akan dititik beratkan dan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam jangka masa pendek. Perkhidmatan ini hanya boleh didapati di Pejabat Pos Besar di seluruh negara. Kadar Sewaan

description

abm PERDAGANGAN TINGKATAN 5 BAB KOMUNIKASI

Transcript of Perkhidmatan Tiket Serahan Tingkap

PERKHIDMATAN TIKET SERAHAN TINGKAPRingkasanAnda mesti tertanya-tanya sama ada mampukah Pos Malaysia Berhad menyediakan peti surat persendirian yang mencukupi untuk semua orang di dalam negara ini? Bagaimana jika anda ingin menyewa peti surat persendirian, dan perkhidmatan tersebut telah dipenuhi ?Biarkan kami menyelesaikan kebimbangan anda. Kami mempunyai penyelesaian alternatif bagi kemudahan semua warga Malaysia. Perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan Tiket Serahan Tingkap.Ciri-ciriDengan perkhidmatan ini, kami akan menyusun surat/paket dan kami akan menghantar dokumen-dokumen berkenaan ke alamat yang anda berikan semasa permohonan dilakukan. Anda boleh datang semasa waktu pejabat untuk menuntut dokumen-dokumen tersebut. Dengan itu kami akan bertindak sebagai rumah kedua anda dengan tahap keselamatan yang dipertingkatkan dan terjamin.Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada surat-surat tersebut kecuali anda kerana kami menetapkan barang siapa yang ingin menuntut surat-surat tersebut perlu mengemukakan Tiket serahan di kaunter tertentu.ArahanAnda boleh memohon menggunakan perkhidmatan ini dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat Pos Besar di seluruh negara dan serahkan kepada Pengurus Negeri.Kadar Sewaan Bagi sepanjang tahun : RM 30 Bagi separuh tahun kedua : RM 15Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel AntarabangsaPERKHIDMATAN BEG BERKUNCIRingkasanRingkasan Perkhidmatan ini membolehkan anda menuntut mel syarikat anda dalam kuantiti yang banyak di dalam beg berkunci. Dengan itu, masa dan kos dapat dijimatkan.Ciri-ciri UtamaSemua mel akan disusun dan dimasukkan ke dalam bag berkunci sebelum diserahkan kepada pelanggan. Tahap keselamatan mel akan dititik beratkan dan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam jangka masa pendek. Perkhidmatan ini hanya boleh didapati di Pejabat Pos Besar di seluruh negara.Kadar Sewaan Bagi sepanjang tahun : RM 50 Bagi separuh tahun kedua : RM 25ArahanAnda boleh memohon menggunakan perkhidmatan ini dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Pos Besar dan serahkan kepada Pejabat Pengurus Negeri. Anda perlu menunjukan kad ini semasa menuntut mel-mel anda.Beg-beg ini hanya boleh dituntut di waktu pejabat sahaja di pejabat-pejabat pos besar. Anda perlu menyediakan 2 bag beserta kunci mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel AntarabangsaPERKHIDMATAN POS RENTIRingkasanRingkasan Adakah anda mengimpikan untuk keluar bercuti bagi merehatkan diri daripada segala tekanan? Namun anda mempunyai kewajipan ingin terus berhubung dengan keluarga dan rakan tetapi perjalanan anda mungkin tiada akses hubungan komunikasi elektronik. Adakah berkomunikasi dengan kaedah lama tidak mustahil?Perkhidmatan Pos Renti akan membantu anda. Perkhidmatan ini dituju khas kepada pelancong atau pengembara yang tidak mempunyai alamat tetap. Mereka boleh menuntut mel yang dialamatkan kepada mereka melalui pos renti di Pejabat Pos Besar yang berhampiran.Ciri-ciriSurat-surat yang dihantarkan dari Brunei dan Singapura ,akan disimpan selama sebulan manakala surat-surat selain daripada itu akan disimpan selama dua bulan. Selepas tempoh tertentu, jika surat-surat tersebut masih tidak dituntut ia akan dihantar Pejabat Surat Mati. Pemohon boleh menuntut mel yang berkenaan pada bila-bila masa di Pejabat Pos Besar.ArahanMudah sahaja, perkhidmatan bebas daripada halangan. Apa yang perlu anda ketahui adalah alamat Pejabat Pos Besar yang berhampiran dengan lokasi percutian anda dan memudahkan ahli keluarga dan sahabat anda untuk mengirimkan mel kepada anda.Seterusnya, anda boleh semak di kaunter pertanyaan di Pejabat Pos Besar sama ada anda ada menerima sebarang mel.Selain daripada itu, perlu diingatkan bahawa anda perlu membawa kad pengenalan atau paspot untuk pengesahan.Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel AntarabangsaPerkhidmatan 'Franking'Pos Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan alternatif menghantar surat menggunakan mesin frangki bagi menggantikan setem. Pos Malaysia Berhad telah melantik empat pengedar yang sah yang menjual mesin frangki. Senarai pengedar yang sah adalah seperti di bawah:PengedarLokasiNo. TelefonPegawaiJenama

1Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.Suite C-11-1 to C-11-2Level 11, Wisma GoshenPlaza PantaiNo. 5 Jalan 4/83AOff Jalan Pantai Baru53927 KLT: 03-20277799F: 03-22828099Mr. DavidPitney Bowes

2Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.2.07 Level 2, Wisma AcademyLot 4A, Jalan 19/146300 Petaling JayaT: 03-79582266F: 03-79583266Mr. DavidPuan YatiNeopost

3Dicklin Sdn. Bhd.No. 5 Jalan Bangsar Utama 3Bangsar Utama59000 KLT: 03-22822250F: 03-22824936Mr. DannyMr. ThamFrama

4Post Perfect International Sdn. Bhd.C-32-46, IOI Boulevard,Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya,47170 PuchongT: 03- 80715188F: 03- 80715199Ms. JessicaMr. MikeFrancotyp Postalia

Setiap pengedar mesin frangki menjual pelbagai jenis jenama dan model yang berlainan. Sila hubungi pengedar-pengedar ini untuk mendapatkan harga dan model yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan permit frangki beserta nombor akaun untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan mestilah menggunakan nombor akaun setiap kali menambah nilai kredit frangki, pengeposan surat-surat yang telah difrangki atau untuk mengajukan sebarang pertanyaan.Untuk menambah nilai kredit mesin frangki Boleh di buat dengan cara wang tunai, LPO, cek atau bank draft. Pelanggan boleh menambah nilai di mana-mana cawangan Maybank kecuali penggunaan LPO yang perlu dihantar ke Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad.Pengepoan Pelanggan frangki dilarang mengepos surat-surat yang telah difrangki melalui peti pengeposan. Semasa pembelian mesin frangki, pelanggan akan diberi pilihan untuk memilih satu pejabat pos yang terdekat dengan pejabat pelanggan sebagai pejabat pengeposan mereka. Maka, surat-surat yang telah difrangki mestilah dipos di pejabat pengeposan yang telah dipilih.Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

FRANKING1. Bagaimana hendak mendaftar perkhidmatan frangki?Pelanggan hendaklah membeli mesin frangki melalui pembekal mesin frangki yang telah berdaftar dengan PMB seperti yang dinyatakan di bawah.PenjualLokasiHubungiPenghubungJenama

1Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.Suite C-11-1 to C-11-2Level 11, Wisma GoshenPlaza PantaiNo. 5 Jalan 4/83AOff Jalan Pantai Baru59200 KLT: 03-20277799F: 03-22828099Ms. RachelPitney Bowes

2Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.2.07 Level 2, Wisma AcademyLot 4A, Jalan 19/146300 Petaling JayaT: 03-79582266F: 03-79583266Mr. Louis LawEn. SyarimanNeopost

3Dicklin Sdn. Bhd.No. 5 Jalan Bangsar Utama 3Bangsar Utama59000 KLT: 03-22822250F: 03-22824936Mr. DannyMr. ThamFrama

4Post Perfect International Sdn. Bhd.C -3A 46, IOI BoulevardJalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya47170 PuchongT: 03-80715188F: 03-80715199Ms. JessicaFrancotyp Postalia

Segala urusan pendaftaran akan diurus oleh pihak pembekal dengan PMB. PMB tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk proses pendaftaran.2. Bagaimana hendak buat bayaran untuk tambah nilai mesin frangki?Pelanggan boleh membuat bayaran melalui cek, tunai dan pindahan bank. Bayaran hendaklah dibuat atas nama POS MALAYSIA BERHAD dan boleh didepositkan ke mana- mana cawangan Maybank yang berhampiran melalui nombor akaun 514310404340. Sila nyatakan nombor permit sebagai nombor rujukan sewaktu mendepositkan ke dalam akaun PMB.Pelanggan yang menggunakan tambah nilai mesin melalui Pesanan Kerajaan hendak merujuk ke Unit Mel Produk (Frangki) 03-22756543 untuk maklumat lanjut.3. Bagaimana hendak menukar pejabat pengeposan?Pelanggan hendaklah menghantar surat permohonan ke:Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala LumpurPMB tidak mengenakan sebarang caj untuk permohonan ini. Sebarang kos yang dikenakan oleh pembekal akan ditanggung oleh pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak menerima surat makluman pertukaran pejabat pos, sila berhubung dengan pembekal mesin frangki masing- masing seperti di bawahPenjualPenghubungHubungiNo. LesenJenama

1Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.Sarah LeongT: 03-20277799F: 03-22828099PCXXXXXXXXXPitney Bowes

2Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.YatiT: 03-79582266F: 03-79583266NCXXXXXXXXXNeopost

3Dicklin Sdn. Bhd.RinahT: 03-22822250F: 03-22824936FCXXXXXXXXXFrama

4Post Perfect International Sdn. Bhd.JessicaT: 03-80715188F: 03-80715199TCXXXXXXXXXFrancotyp Postalia

5Ricoh (M) Sdn BhdRashidahT:0355612357ACXXXXXXXXXAscom Smile

4. Bolehkah anak syarikat kami menggunakan mesin frangki ini?Boleh. Pelanggan hendaklah mengisi borang PosMel 50 dan perlu dilampirkan borang 9, 24 & 49 / Laporan Tahunan ke:Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala LumpurPelanggan boleh mengepos surat atas nama anak syarikat yang dipohon setelah mendapat kelulusan daripada Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)5. Bagaimana hendak membatalkan perkhidmatan frangki?Pelanggan hendak menghantar surat permohonan dan permit ke:Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala LumpurBayaran balik / pemindahan baki akan dibuat setelah mendapat pengesahan daripada pembekal.Sekiranya pelanggan tidak menerima surat makluman bayaran balik / pemindahan baki, sila berhubung dengan pembekal mesin frangki masing- masing.PenjualPenghubungHubungiNo. LesenJenama

1Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.Sarah LeongT: 03-20277799F: 03-22828099PCXXXXXXXXXPitney Bowes

2Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.YatiT: 03-79582266F: 03-79583266NCXXXXXXXXXNeopost

3Dicklin Sdn. Bhd.RinahT: 03-22822250F: 03-22824936FCXXXXXXXXXFrama

4Post Perfect International Sdn. Bhd.JessicaT: 03-80715188F: 03-80715199TCXXXXXXXXXFrancotyp Postalia

5Ricoh (M) Sdn BhdRashidahT:0355612357ACXXXXXXXXXAscom Smile

6. Bolehkah pengeposan dibuat pada hari ini tetapi tarikh tekapan adalah tarikh semalam?Tidak boleh. Pelanggan hendaklah mencetak tekapan di bawah teraan frangki asal dan tidak boleh menyentuh pada teraan asal. Cetakan semula dibelakang sampul tidak dibenarkan. Bagi pengeposan surat standard, cetakan semula hendaklah tidak boleh melebihi ruang kelegaan 15mm.Sekiranya, tidak mencetak seperti di atas, pelanggan hendaklah membuat permohonan tuntutan tersalah frank, lampirkan sampul tersalah frangki dan doket mel frangki dan hantar ke :Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala Lumpur

7. Saya telah membuat bayaran untuk tambah nilai mesin frangki pada 5 hari yang lepas, bagaimanapun saya tidak dapat download ke dalam mesin frangki?Pelanggan hendaklah merujuk perkara ini ke Unit Mel Produk (Frangki) 03-22756543 untuk maklumat lanjut.8. Bagaimana saya hendak mengepos surat yang terkurang nilai setem?Pelanggan boleh menampal setem atau mencetak nilai terkurang dengan syarat cetakan semula hendak di bawah teraan frangki asal dan tidak boleh menyentuh pada teraan asal. Cetakan semula dibelakang sampul tidak dibenarkan. Bagi pengeposan surat standard, cetakan semula hendaklah tidak boleh melebihi ruang kelegaan 15mm.Sekiranya, tidak mencetak seperti di atas, pelanggan hendaklah membuat permohonan tuntutan tersalah frank, melampirkan sampul tersalah frangki dan doket mel frangki dan hantar ke :Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala Lumpur9. Bagaimana saya hendak menukar nama dan alamat syarikat?Pelanggan hendak menghantar surat permohonan dan borang permohonan permit mesin frangki (Borang FM1/1997) ke:Unit Pengurusan Produk Mel (Frangki)PosMelTingkat 8, Ibu Pejabat Pos Malaysia BerhadKompleks Dayabumi50670 Kuala LumpurUntuk pertukaran nama syarikat, salinan Form 13 hendaklah disertakan sekali semasa permohonan.10. Adakah nilai setem frangki berbeza dengan setem biasa?Tidak. Nilai setem frangki adalah mengikut kadar setem biasa.11. Bolehkah saya membuat bayaran tambah nilai mesin berjumlah ganjil? Contohnya RM1,399.60Pelanggan hendaklah merujuk dengan pembekal mesin frangki masing- masing.PenjualPenghubungHubungiNo. LesenJenama

1Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.Sarah LeongT: 03-20277799F: 03-22828099PCXXXXXXXXXPitney Bowes

2Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.YatiT: 03-79582266F: 03-79583266NCXXXXXXXXXNeopost

3Dicklin Sdn. Bhd.RinahT: 03-22822250F: 03-22824936FCXXXXXXXXXFrama

4Post Perfect International Sdn. Bhd.JessicaT: 03-80715188F: 03-80715199TCXXXXXXXXXFrancotyp Postalia

5Ricoh (M) Sdn BhdRashidahT:0355612357ACXXXXXXXXXAscom Smile

Kajian Sistem Rangkaian MAYPAC Di MalaysiaLIEW, LE JINandMASROM, MASLIN(1989)Kajian Sistem Rangkaian MAYPAC Di Malaysia.Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.PDFliew_le_jin_nmaslin_masrom.pdfDownload (2183Kb)|Preview

AbstractMAYPAC merupakan sistem rangkaian data awam suis peket Malaysia yang direkabentuk khas untuk komunikasi data di antara komputer-komputer dan terminal-terminal data di dalam Malaysia dan negara-negara luar. Ia adalah suatu rangkaian komunikasi yang berasaskan kepada teknologi pensuisan peket.Terdapat tiga komponen utama yang membentuk sistem rangkaian MAYPAC iaitu Ibusawat Suis Peket (ISP), Penumpu Peket (PP) dan Pusat Kawalan Rangkaian (PKR). Perkakasan- perkakasan dan perisian-perisian yang digunakan dalam rangkaian itu tadi adalah merupakan hasil keluaran badan atau kesatuan komunikasi General Telephone & Electronic (GTE), Telenet di Amerika Syarikat. Melalui penggunaan MAYPAC, data dapat diterima dan dihantar dengan cepat, tepat, berkesan dan berekonomi. Tujuan kajian ke atas sistem rangkaian MAYPAC ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah perkakasan dan perisian yang terlibat serta melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaannya dalam komunikasi data. Melalui hasiI kajian ini, beberapa keperluan asas yang diperlukan bagi membangun dan menggunakan sistem rangkaian MAYPAC dapat dikenali. Di samping itu juga, beberapa konsep dan asas-asas kefahaman berhubung dengan sistem komunikasi data dapat dipertingkatkan dan seterusnya dimanfaatkan.KELEBIHAN & KELEMAHAN PERKHIDMATAN KURIER KELEBIHANCEPAT & CEKAP-Perkhidmatan kurier merupakan cara penghantaran mel dan kargo yang paling cepat dan cekap.MUDAH-Penghantaran kargo dengan perkhidmatan kurier adalah mudah kerana segala kerja berhubung dengan penempahan ruang kargo, pengurusan prosedur kastam, dan dokumen kiriman lain diuruskan oleh syarikat kurier.SELAMAT-Cara menghantar mel dan kargo dengan perkhidmatan kurier adalah lebih selamat kerana kerja tersebut dilakukan dengan teliti dan rapi. KELEMAHANMAHAL-Kos yang dikenakan ialah lebih tinggi daripada penghantaran biasa.KEGUNAANNYA TERHAD-Perkhidmatan kurier hanya menyediakan perkhidmatan pengiriman segera,perkhidmatan sebagai ejen penghantar adalah terhad.Perkhidmatan KurierPERKHIDMATAN KURIERDefinisi kurier ialah ejen atau pesuruh yang ditugaskan untuk membawa berita, dokumen, atau kiriman lain dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pantas dan cekap.Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan serahan dari pintu ke pintu. Ia memungut surat, dokumen, kiriman, bungkusan dan kargo dari pintu pengirim dan terus menyerahkannya ke pintu penerima.Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan yang paling pantas. Terdapat beberapa syarikat kurier yang beroperasi di Malysia: DHL Nationwide Express Courier City Link UPS EMS Pos LajuKebaikan Perkhidmatan Kurier1. Cepat dan cekap.2. Mudah3. SelamatKelemahan Perkhidmatan Kurier1. Mahal2. Kegunaan terhad