Perkumuhan manusia

3
Perkumuhan Manusia Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste material) dihasilkan. Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika terkumpul di dalam sel-sel badan. Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk memastikan kesihatan yang baik bagi organisma. Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai perkumuhan. Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya. Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada: 1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan air dan makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine). 2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon dioksida dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory system). 3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.

Transcript of Perkumuhan manusia

Page 1: Perkumuhan manusia

Perkumuhan Manusia

Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste material)

dihasilkan.

Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika

terkumpul di dalam sel-sel badan.

Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk memastikan

kesihatan yang baik bagi organisma.

Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai perkumuhan.

Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma

menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya.

Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada:

1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan air dan

makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine).

2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon

dioksida dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory system).

3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang

berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.

Page 2: Perkumuhan manusia

Organ perkumuhan manusia

Organ perkumuhan melaksanakan perkumuhan di dalam badan kita.

Manusia mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu kulit (skin), paru-paru(lung)

dan buah pinggang (kidney).

Bahan buangan dikeluarkan melalui organ perkumuhan dikenali sebagai bahan

perkumuhan / kumuh (excretory materials).

Organ perkumuhan manusia.

Page 3: Perkumuhan manusia

Bahan perkumuhan manusia

1. Air, yang merupakan produk respirasi sel dan lebihan air yang diserap

daripada makanan di dalam usus besar (large intestine).

2. Karbon dioksida, yang merupakan bahan buangan daripada proses respirasi

sel.

3. Garam mineral seperti garam/natrium klorida (sodium chloride) yang

berlebihan dalam makanan.

4. Urea, yang merupakan bahan bernitrogen yang dihasilkan daripada

penguraian lebihan protein di dalam hati (liver).

Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan perkumuhan yang dikeluarkan oleh organ

perkumuhan manusia.

Organ perkumuhan Bahan perkumuhan

Kaedah perkumuhan Air Urea

Garam

mineral Karbon

dioksida Kulit / / / X Menghasilkan peluh Paru-paru / X X / Melepaskan wap air Buah pinggang / / / X Menghasilkan urin

Kepentingan perkumuhan

1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil perkumuhan seperti urea boleh

meracuni sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam badan.

2. Untuk mengawal kepekatan darah. Kepekatan garam yang tinggi di dalam

badan, boleh meningkatkan kepekatan darah.

3. Untuk mengawal suhu badan. Penyejatan peluh pada kulit boleh

menyejukkan badan.