Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

download Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

of 37

Transcript of Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    1/37

    X PENGENALAN

    Di dalam tubuh kita terdapat beberapa kelenjar yang membawa hormon kedalam sistem peredaran atau tisu-tisu perantara. Sistem ini dikenali sebagaisistem endokrin. Kita makan dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh harus dihadamkan

    dan dibuang keluar. Apa yang telah kita makan, harus dikeluarkan untukdigantikan dengan yang baru. Oleh itu, mari kita lihat bagaimana sistemendokrin, sistem penghadaman dan perkumuhan di dalam sistem tubuh badan

    berhubung kait dan berfungsi.

    TTooppiik

    33

    X Sistemsistem

    Tubuh

    Manusia 2

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem endokrin;

    2. Membincangkan tentang sistem endokrin utama yang terdapat didalam tubuh manusia;

    3. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem pencernaan; dan4. Menjelaskan dengan lebih lanjut tentang sistem perkumuhan.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    2/37

    72X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    SISTEM ENDOKRIN

    Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagaihormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormonke seluruh tubuh.

    3.1.1 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon

    Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak

    dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yangdilakukan oleh hormon:

    (a) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungankimia dan isi padunya di dalam tubuh badan;

    (b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan danperubahan suhu yang melampau;

    (c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan

    (d) Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan,

    pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanankepada anak yang baru lahir.

    Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-selsasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahantetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas denganmensintesis dan merembeskan hormon.

    Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yangdidapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara.Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada

    kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

    Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan sepertipankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.Rajah 3.1 menunjukan sistem endokrin.

    3.1

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    3/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 73

    Rajah 3.1: Sistem endokrinSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    3.1.2 Kelenjar Endokrin Utama

    Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid,paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    4/37

    74X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    (a) Kelenjar Pituitari (lihat Rajah 3.2)

    Rajah 3.2: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (i) Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyakhormon dan mengawal aktiviti tubuh;

    (ii) Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat;(iii) Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior

    (rujuk Jadual 3.1);

    (iv) Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan

    (v) Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalamtubuh.

    Jadual 3.1: Lobus Anterior dan Lobus Posterior

    Lobus Anterior Lobus Posterior

    x Hormon pertumbuhan Mengawaltumbesaran tubuh.

    x Hormon tirotropik Mengawal aktivitikelenjar tiroid dalam menghasilkantiroksin.

    x Hormon adrenokortikotropik Mengawal aktiviti suprarenal dalammenghasilkan kortisol daripada kortekskelenjar suprarenal.

    x Hormon antidiuretik Mengaturjumlah air yang dikumuhkanmelalui ginjal.

    x Hormon oksitosik Meransangpengecutan uterus sewaktumelahirkan bayi danpengeluaran air susu sewaktumenyusukan bayi.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    5/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 75

    x Hormon gonadotrofik:

    (a) Hormon perangsang folikel Merangsang perkembangan folikelGraafian dalam ovari danpembentukan spermatozoa dalamtestis.

    (b) Hormon luteinising Mengawalrembesan estrogen danprogesteron dalam ovari dantestosteron dalam testis.

    (c) Hormon prolaktin Mengawal

    rembesan air susu danmengekalkan bekalan korpusluteum semasa kehamilan.

    (b) Kelenjar Tiroid (lihat Rajah 3.3)

    Rajah 3.3: Anterior kelenjar tiroidSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (i) Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinksdan trakea;

    (ii) Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah;

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    6/37

    76X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    (iii) Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungisebatian iodin;

    (iv) Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dansebagai perangsang proses pengoksidaan;

    (v) Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbondioksida; dan

    (vi) Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid, iaitu hiperembesan danhiporembesan (rujuk Jadual 3.3).

    Jadual 3.2: Hiporembesan dan Hiperembesan

    Hiporembesan Hiperembesan

    x Berlakunya kretinisme iaitukekurangan rembesan pada waktu

    bayi mengakibatkan pertumbuhanmental dan fizikal terencat.

    x Bagi golongan dewasa, keadaan inimenyebabkan miksedema di manaproses metabolik sangat perlahan dancenderung untuk menjadi gemuk,

    pergerakan lembap, kulit menjaditebal dan kering, rambut gugur danmenjadi jarang, suhu badan di bawahnormal dan denyut nadi perlahan.

    x Kadar metabolisme menjadi tinggidan suhu badan lebih tinggidaripada normal.

    x Pada keadaan ini, pesakitkehilangan berat badan, gelisahdan mudah marah, kadardenyutan nadi naik, output jantung

    bertambah dan mengalami

    simptom kardiovaskular sepertifibrilasi atrium dan kegagalan

    jantung.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    7/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 77

    (c) Kelenjar Paratiroid (lihat Rajah 3.4)

    Rajah 3.4: Empat kelenjar paratiroidSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (i) Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasiapratrakea berserta dengan kelenjar tiroid;

    (ii) Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengaturmetabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dantulang; dan

    (iii) Dua keadaan pada kelenjar paratiroid adalah dihuraikan dalam Jadual 3.3.

    Jadual 3.3: Hipoparatiroidisme dan Hiperparatiroidisme

    Hipoparatiroidisme Hiperparatiroidisme

    x Kekurangan kalsium dalamkandungan darah.

    x

    Keadaan ini menyebabkankeadaan seperti tetanus iaitugejala kekejangan otot dankonvulsi terutamanya padatangan dan kaki yang dikenalisebagai karpopedal spasma.

    x Gejala di atas dapat diredakandengan memberikan kalsiumdalam kadar segera.

    x Aktiviti kelenjar yang berlebihanberkaitan dengan pembesaran(tumor) kelenjar.

    x Pengagihan kalsium terganggu dimana kalsium dikeluarkan semuladari tulang dan dimasukkan kembalike serum darah.

    x Ini akan menyebabkan penyakittulang di mana bahagian tulangmenjadi nipis.

    x Kegagalan ginjal juga boleh berlakujika kalsium terbina di dalam ginjal.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    8/37

    78X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    (d) Kelenjar Timus (lihat Rajah 3.5)

    Rajah 3.5: Kedudukan kelenjar timusSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (i) Terletak dalam toraks;

    (ii) Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus;(iii) Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang

    baru lahir;

    (iv) Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dankemudian ia mengecut semula; dan

    (v) Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    9/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 79

    (e) Kelenjar Adrenal (lihat Rajah 3.6)

    Rajah 3.6: Kelenjar suprarenal kanan dan kiriSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (i) Terletak di bahagian atas setiap ginjal;

    (ii) Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat;

    (iii) Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian

    medula menghasilkan adrenalin dan nondrenalin;

    (iv) Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marahatau takut, asfiksia dan kelaparan; dan

    (v) Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawankejutan yang disebabkan oleh situasi ini.

    (vi) Komponen utama kelenjar adrenal ialah medula adrenal yangdikelilingi oleh korteks adrenal (rujuk Jadual 3.4).

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    10/37

    80X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Jadual 3.4: Korteks Adrenal dan Medula Adrenal

    Korteks Adrenal Medula Adrenal

    x Terbahagi kepada tigazon.

    x Zon pertama adalahglomerulosamenghasilkan rembesanmineralo-kortikoid.

    Zon tengah pula dikenalisebagai zon fasikulata danmerembeskan hormonglukokortikoid.

    x Zon dalam dipanggil zonretikularis danmerembeskan hormonandrogen.

    x Mempunyai sel-sel kromafin yangmenghasilkan hormon.

    x Rembesan hormon dikawal oleh sistemsaraf autonomik.

    x 80% daripada rembesan medula adalahadrenalin dan ianya bersifat lebihpoten daripada noradrenalin.

    (f) Kelenjar Pineal

    (i) Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah(Rajah 3.7);

    (ii) Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater;

    (iii) Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin; dan

    (iv) Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan caramerencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropinpula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    11/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 81

    Rajah 3.7: Kedudukan kelenjar pineal pada otakSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    3.1.3 Tindakan Hormon

    Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif sepertiyang diterangkan dalam Jadual 3.5.

    Berikan definisi sistem endokrin dan jelaskan fungsi sistem ini dalam

    membantu metabolisme fisiologi dalam tubuh.

    SEMAK KENDIRI 3.1

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    12/37

    82X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Jadual 3.5: Tindakan Positif dan Negatif Hormon

    Tindakan Positif Tindakan Negatif

    x Terdapat hormon yang terhasildengan mengaktifkan kelenjar yangmenghasilkan hormon tersebut.

    x Hasilnya adalah berlawanandengan tindakan negatif.

    x

    Dalam tindakan positif,peningkatan sel hormon akanmenghasilkan lebih banyakhormon.

    x Contoh peningkatan hormon bolehdilihat pada kontraksi semasa inginmelahir bayi.

    x Kekurang hormon akan menyebabkankelenjar merembes dengan lebih banyakdan tekanan darah akan meningkat.

    x Tindakan negatif berlaku di manapembuluh-pembuluh akan tertariksemasa rembesan hormon yang banyak

    dikeluarkan.

    x Boleh dikatakan seperti mengawalkelajuan pada kereta, apabilaspeedometer menunjukkan kelajuanmelampau, kita akan mengurangkankelajuan. Apabila kita sedar kelajuansemakin berkurangan, kita akanmenekan pedal minyak untukmenambah kelajuan.

    x Kebanyakan kelenjar mempunyaikepekaan sebegitu untuk memberitahu

    tentang kelajuan endokrin.

    x Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akanmengeluarkan rembesan yang sesuaiuntuk menyeimbangkan kandunganhormon dalam darah.

    SISTEM PENCERNAAN

    Sistem pencernaan (Rajah 3.8) mengandungi organ-organ yang bertanggungjawabmenjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserapsupaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh. Makanan merupakan komponen pentingyang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak

    3.2

    AKTIVITI 3.1

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem endokrin dengan melayariinternet dan bincangkannya bersama rakan atau tutor.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    13/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 83

    berada di dalam bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel. Olehitu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh.

    Rajah 3.8: Sistem pencernaanSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    3.2.1 Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan

    Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulutdan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistempencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut:

    (a) Mulut

    (i) Dikenali juga sebagai kaviti oral.

    (ii) Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:

    x Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    14/37

    84X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    x Ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalampipi.

    (iii) Ruang mulut (Rajah 3.9) terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateraldan dua pembukaan, anterior dan posterior.

    (iv) Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripadakaviti hidung.

    (v) Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertigadaripada anterior lelangit.

    (vi) Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripadaposteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak.

    (vii) Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut danterdiri daripada otot.

    (viii) Bagi dinding lateral mulut dan pipi, ianya adalah otot yang dilapisioleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di

    bahagian luar.

    (ix) Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi.

    (x) Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas danbibir bawah.

    (xi) Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupioleh membran mukus.

    (xii) Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentukpembukaan posterior.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    15/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 85

    Rajah 3.9: Ruang mulutSumber: Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia disunting olehMasood bin Abdul Rashid, dan Mohd Ariffin bin Siri. (1997). Anatomi dan

    fisiologi Untuk jururawat dan lain-lain pelajar para-perubatan. Hulu Kelang,Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (b) Lidah

    (i) Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem pencernaan.

    (ii) Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya

    bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut.(iii) Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Otot

    ekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsikterlibat dalam perubahan bentuk lidah.

    (iv) Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolankecil yang dipanggil papila.

    (v) Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dansirkumvalat.

    (vi) Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat.

    (vii) Lidah mempunyai beberapa tugas, seperti yang ditunjukkan dalamJadual 3.6.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    16/37

    86X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Jadual 3.6: Tugas Lidah

    Tugas Lidah

    (a) Deria rasa x Lidah dapat mengenal pelbagai jenis rasa sepertimanis, masin, masam dan pahit dan ini membantusesorang menikmati makanan atau minumannya.

    (b) Pertuturan x Lidah adalah penting untuk pertuturan.

    (c) Kunyahan dan

    telanan

    x Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan.

    (d) Sentuhan x Merupakan salah satu organ deria sentuhan.

    Rajah 3.10 menunjukkan reseptor rasa yang terdapat pada lidah.

    Rajah 3.10: Lidah Reseptor rasaSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    17/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 87

    (c) Gigi

    (i) Merupakan struktur tambahan di dalam sistem pencernaan.

    (ii) Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiridaripada lapan gigi kacip, empat gigi taring, lapan gigi geraham kecil dan12 gigi geraham besar.

    (iii) Gigi membantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambahrasa lazat pada makanan tersebut.

    (iv) Jadual 3.7 menunjukkan jenis gigi dan fungsinya.

    Jadual 3.7: Jenis Gigi dan Fungsinya

    Jenis Gigi Fungsi

    Gigi kacip

    x Untuk menggigit dan memotong.

    x Mempunyai pinggir yang rata dantajam.

    Gigi taringx Untuk mengoyak dan menikam.

    x Mempunyai kepala yang tirus.

    Geraham kecil

    x Untuk mengoyak dan mengisar.

    x Mempunyai dua gerigi dipermukaannya.

    Geraham besar

    x Untuk mengisar dan melumatkanmakanan.

    x Mempunyai muka yang lebar dan tidakrata.

    Rajah 3.11 yang berikut menunjukan keratan rentas gigi, pembentukan dan

    masa pertumbuhannya.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    18/37

    88X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Rajah 3.11: Keratan rentas gigi, pembentukan gigi dan masa pertumbuhannyaSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    (d) Kelenjar Air Liur

    (i) Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan.

    (ii) Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiranmulut (lihat Rajah 3.12).

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    19/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 89

    (iii) Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu.Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan dan permulaanpemecahan secara kimia dapat dilakukan.

    (iv) Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liuryang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebutadalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (lihat Jadual3.8).

    (v) Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari.

    (vi) Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentuseperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea danasid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim.

    Jadual 3.8: Kelenjar Air Liur

    Kelenjar parotid x Terletak di hadapan dan di bawah telinga.

    x Merupakan kelenjar air liur yang terbesar.

    x Merembeskan air liur melalui duktus parotid yangmembuka pada bahagian atas vestibul mulut.

    Kelenjar

    submandibular

    x Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi.

    x Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulutdi bawah lidah.

    Kelenjarsublingual

    x Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisilidah.

    x Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

    Huraikan ciri-ciri dan fungsi kaviti mulut, lidah dan kelenjar-kelenjar

    air liur dengan ringkas.

    SEMAK KENDIRI 3.2

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    20/37

    90X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Rajah 3.12: Kelenjar air liurSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    (e) Farinks (Tekak)

    (i) Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Ia terdiri daripadamembran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus.

    (ii) Ianya berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tigabahagian iaitu:

    x Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubangtiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat padanasofarinks adalah adenoid.

    x Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnyaterdapat tonsil.

    x Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakanglarinks.

    (f) Esofagus

    (i) Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea.

    (ii) Mempunyai 23 hingga 25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagianatas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakalasatu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licindan bersifat tidak voluntari.

    (iii) Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabunganantara otot licin dengan otot rangka.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    21/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 91

    (iv) Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks kegaster.

    (g) Gaster (Perut)

    (i) Adalah kawasan penyimpanan makanan sementara sebelummakanan tersebut dicerna oleh usus.

    (ii) Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Gaster akanmengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanankerana ianya bersifat kenyal.

    (iii) Rongga gaster terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus,badan dan pilorus.

    (iv) Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gastermempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik.

    (v) Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida;manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan proteinsusu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut.

    (vi) Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dariasid hidroklorik.

    (vii) Fungsi asid hidroklorik pula adalah:

    x Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakanenzim ptialin (amilase air liur);

    x Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsindan renin bertindak; dan

    x Mensterilkan makanan daripada bakteria.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    22/37

    92X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Rajah 3.13: Permukaan dalam gaster dan duodenumSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (h) Usus Kecil

    (i) Merupakan saluran makanan yang paling sempit.(ii) Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan.

    (iii) Tiga bahagian pada usus kecil adalah:

    x Duodenum menghubungkan gaster dengan jejunum;

    x Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukanduodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan

    x Jejunum dan ileum jejunum mempunyai 2.4m panjang danileum pula 3.6m panjang.

    (iv) Tugas usus kecil adalah:

    x Menyelesaikan semua proses penghadaman;x Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid

    amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalamsalur limfatika; dan

    x Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilanbendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    23/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 93

    (i) Usus Besar (Kolon)

    (i) Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5mpanjang.

    (ii) Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian padausus besar adalah:

    x Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambilbahagian dalam proses pencernaan.

    x Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolonmelintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum.

    x Rektum saluran berotot yang pendek.(iii) Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran

    4 cm.

    (iv) Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh ototlicin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dandi luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari).

    (v) Fungsi usus besar adalah sebagai:

    x Penyerap air, garam dan glukosa;

    x Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam;

    x Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalamtumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan

    x Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakanbakteria untuk kumuhan.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    24/37

    94X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    Rajah 3.14: Usus besar dan bahagian-bahagiannyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Secara kasarnya, proses kimia dalam pencernaan melibatkan mulut, perut,duodenum dan usus kecil (lihat Jadual 3.9).

    Jadual 3.9: Ringkasan Proses Kimia dalam Pencernaan

    Bahagiansalur

    pencernaanKelenjar Rembesan pH Enzim Perubahan

    Mulut Kelenjarair liur

    Air liur 6.5 6.8 Amilase airliur (ptialin)

    Kanjimaltosa

    HCI (bukan

    enzim)

    Pepsinogen

    pepsin

    Pepsin Proteinpepton +polipeptida

    Perut Kelenjar

    gaster

    Jus gaster 1.5

    Renin Kaseinogenkasein (kaseinkemudiannyadicernakan olehpepsin)

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    25/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 95

    Bahagiansalur

    pencernaanKelenjar Rembesan pH Enzim Perubahan

    Amilasepankreas

    Kanjimaltosa

    Tripsin Proteinpepton(polipeptida)

    Duodenum Pankreas Juspankreas

    7.8 8.5

    Lipase Lemak asid

    lemak dangliserol

    Hati Hempedu Beralkali Garamhempedu(bukan enzim)

    Lemak titisanlemak(hempedumeneutralkanasid)

    Enterokinase Tripsinogentripsin

    Erepsin Peptonpolipeptidaasid amino

    Maltase Maltosaglukosa

    Sukrase Sukrosaglukosa +fruktosa

    Laktase Laktosaglukosa +

    galaktosa

    Usus kecil(jejunum

    dan ileum)

    KelenjarBrunner(kelenjar

    usus)

    Jus usus(sukusenterikus)

    Beralkali(7.6)

    Lipase Lemak asidlemak + gliserol

    Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    26/37

    96X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    3.2.2 Mekanisme dan Kawalan Pencernaan

    Kedua-dua aspek ini dihuraikan seperti berikut.

    (a) Mekanisme PencernaanPencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil.Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minumanyang masuk ke dalam tubuh kita.

    (i) Kunyahan dan telanan

    x Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabilamasuk ke dalam mulut.

    x

    Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah.x Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan

    menjadi lumat.

    x Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks danesofagus ke perut.

    x Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepadatindakan menelan ini.

    (ii) Penghadaman

    x Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalamperut dan usus kecil.

    x Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan prosespenghadaman berlaku.

    x Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segifizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap.

    (iii) Penyerapan

    x Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil.

    x Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian laindalam sistem penghadaman.

    1. Di manakah kedudukan kelenjar paratiroid?

    2. Huraikan ciri-ciri dan fungsi gaster, usus kecil dan usus besarsecara ringkas.

    SEMAK KENDIRI 3.3

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    27/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 97

    (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam

    x Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidakhadam.

    x Pembuangan bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh ususbesar.

    (b) Kawalan PencernaanPencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistempencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehanmempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup.

    Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhirproses penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahanmakanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzimpenting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja.Anda boleh rujuk Jadual 3.9 untuk nama dan tindakan enzim terbabit.

    SISTEM PEKUMUHAN

    Seperti yang telah kita ketahui pada sistem pencernaan, makanan akandicernakan oleh enzim di dalam trek gastrousus. Makan yang dicerna akandiserap dan sampai ke sel-sel tertentu di dalam badan. Makanan yang tidakserap akan menjadi feses (najis) dan dikeluarkan melalui anus. Bahan buanganatau hasil akhir di bawa keluar bersama dengan air dan karbon dioksida.

    Karbon dioksida akan dibawa semula ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkanmelalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian hasil akhir akanlarut di dalam air; dari situlah terjadinya peluh yang kemudiannya dikeluarkanmelalui kulit pada sistem integumen.

    Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulittubuh, paru-paru dan kolon. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan

    bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas.Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagaiurin (air kencing). Di dalam bahagian ini akan diterangkan tentang sistem urinaridan kulit tubuh sahaja. Bagi paru-paru, sila rujuk sistem pernafasan; manakala

    bagi kolon sila rujuk sistem pencernaan.

    3.3

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    28/37

    98X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    3.3.1 Struktur dan Fungsi Sistem Perkumuhan

    Sistem perkumuhan terdiri daripada sistem urinari dan kulit tubuh.

    (a) Sistem UrinariTugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan danmembantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkandengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkanhomestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahanlarutan terpilih.

    Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satupundi kencing dan satu uretra (lihat Rajah 3.15).

    Rajah 3.15: Ginjal dan sistem urinari yang berkaitanSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    (i) Ginjal

    x Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan danberbentuk seperti biji kacang hijau.

    x Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal danseberat kira-kira 140gm bagi orang dewasa.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    29/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 99

    x Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyaipembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum.

    x Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluhginjal.

    x Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjalkiri.

    x Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu (lihat Rajah 3.16).

    Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsulsebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;

    Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsulpalsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan

    Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalamdan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.

    Rajah 3.16: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan

    Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (ii) Ureter

    x Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yangkeluar dari setiap ginjal.

    x Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.

    x Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira25cm panjang.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    30/37

    100 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    x Dua bahagian ureter:

    Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yangkembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.

    Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen teruske ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakangpundi kencing.

    x Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:

    Tisu berserat lapisan bahagian luar;

    Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundikencing; dan

    Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsiuntuk melindunginya daripada asid urik.

    (iii) Pundi Kencing (Rajah 3.17)

    x Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untukmenakung air kencing.

    x Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper

    berlipat-lipat apabila kosong.x Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang

    dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagaitrigon.

    x Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknyamenghala ke bawah.

    x Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat pekaterhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing.

    x Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidakvoluntari.

    x Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripadamembran mukus jenis epitelium peralihan.

    x Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga iadikeluarkan melalui uretra.

    x Sebanyak satu liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing.Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh menakung sebanyaktiga liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencingmenakung 6 10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    31/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 101

    Rajah 3.17: Pandangan kiri pundi kencingSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (iv) Uretra

    x Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencingpada waktu yang sesuai.

    x Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang. Uretra wanitatidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa.

    x Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang. Terdapat tigabahagian pada uretra lelaki:

    Bahagian prostat mengeliling uretra, otot pencerut uretra jugaterletak di sini;

    Bahagian membranus uretra yang berlanjutan daripadaprostat; dan

    Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat di dalam zakar.

    (b) Kulit Tubuh (Rajah 3.18)Ia juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagaipembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit.Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.

    1. Apakah ginjal? Huraikan fungsinya.2. Nyatakan fungsi sistem urinari.

    SEMAK KENDIRI 3.4

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    32/37

    102 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    (i) EpidermisEpidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epiteliumyang terbahagi kepada dua lapisan:

    x Lapisan bersisik (Lapisan Horny)Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan.Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel barudari janasel.

    x Lapisan janaselSel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sinisentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel

    yang terdapat pada lapisan bersisik.

    Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapakkaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusiapula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen.

    (i) Dermis

    x Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25ke 2.5mm.

    x Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di manaia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di

    kelopak mata, penis dan skrotum.

    x Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh.

    x Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki,dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain.

    x Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana iadisebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasaterhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehatdan peluh menjadi tidak begitu nyata.

    x Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasamelakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi

    nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata.

    x Terdapat dua kelenjar peluh iaitu:

    - Kelenjar peluh ekrin (Merokrin)Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapatidi seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki.Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesanyang lebih berair.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    33/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 103

    - Kelenjar peluh apokrinKelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dankawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusiamencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi denganmengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun,rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit danmengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

    Rajah 3.18: Skema kulit dan struktur di dalamnyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bandingkan struktur epidermis dan dermis.

    SEMAK KENDIRI 3.5

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    34/37

    104 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    3.3.2 Mekanisme dan Kawalan Perkumuhan

    Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa. Kandungan di dalam urinadalah urea, garam mineral dan air. Jumlah air yang kita minum dan jumlahpeluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang kita keluarkan. Ginjal akanmenghasilkan lebih banyak urin apabila kita minum dengan banyak. Ini berlakukerana ginjal bertanggungjawab untuk mengimbangi air di dalam salur darah.

    Oleh itu, sistem urinari harus dijaga dengan baik agar masalah seperti penyakitginjal, batu karang dan gout boleh dielakkan. Meminum sekurang-kurangnya

    enam gelas sehari dapat memastikan sistem ini berjalan dengan baik. Melaluisenaman pula kita dapat membantu membuang bahan buangan dalam badan. Iadapat dilakukan melalui perpeluhan, di mana air dan garam mineraldikeluarkan.

    Perpeluhan pula berlaku kerana adanya kelenjar peluh. Kelenjar peluhterangsang untuk mengeluarkan peluh dengan banyak apabila keadaan panas.Peluh akan tersejat daripada kulit dengan menyerap haba daripada badan.Tindakan ini akan menjadikan badan menjadi sejuk. Dalam keadaan yang sejuk,perpeluhan tidak akan berlaku.

    x Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagaihormon.

    x Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon keseluruh tubuh.

    x Empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:

    Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungankimia dan isi padunya di dalam tubuh badan.

    Kekurangan hormon kalsitonin boleh menyumbang kepada penyakitosteoporosis. Berdasarkan kenyataan ini, anda dikehendaki mencarimaklumat mengenai hormon tersebut. Kelenjar apakah yangmengeluarkan hormon tersebut?

    AKTIVITI 3.2

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    35/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 105

    Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan danperubahan suhu yang melampau.

    Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.

    Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan,pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanankepada anak yang baru lahir.

    Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari,tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

    x Sistem pencernaan mengandungi organ-organ yang bertanggungjawabmenjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untukdiserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh.

    x Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula dimulut dan berakhir di dubur.

    x Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiridaripada struktur-struktur berikut:

    Mulut

    Lidah

    Gigi

    Kelenjar air liur

    Farinks (tekak)

    Esofagus

    Gaster (perut)

    Usus kecil

    Usus besar (kolon)

    x Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minumanyang masuk ke dalam tubuh kita iaitu peringkat kunyahan dan telanan,penghadaman, penyerapan dan pembuangan bahan makanan yang tidakhadam.

    x Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulittubuh, paru-paru dan kolon.

    x Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besarbahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    36/37

    106 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

    x Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkansebagai urin (air kencing).

    x Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan danmembantu badan mengekalkan hemeostasis.

    x Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padudarah.

    x Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan ataumenyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih.

    x Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satupundi kencing dan satu uretra.

    x Kulit juga dikenali sebagai kutis dan salah satu fungsi tubuh sebagai agenpembuangan.

    x Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit.

    x Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.

    x Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa.

    x Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air.

    x Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhijumlah urin yang kita keluarkan.

  • 8/2/2019 Topik 3 - Sistem Endokrin, Pencernaan dan Perkumuhan

    37/37

    TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 107

    Dermis

    Epidermis

    Esofagus

    Farinks

    Gaster

    Ginjal

    Hiperembesan

    Hiperparatiroidisma

    Hipoparatiroidisma

    Hiporembesan

    Hormon

    Kaviti oral

    Kawalan pencernaanKelenjar adrenal

    Kelenjar air liur

    Kelenjar paratiroid

    Kelenjar pineal

    Kelenjar pituitari

    Kelenjar timus

    Kelenjar tiroid

    Korteks adrenal

    Lobus anterior

    Lobus posterior

    Medula adrenal

    Mekanisme pencernaan

    Pundi kencing

    Sietem perkumuhan

    Sistem endokrin

    Sistem penghadaman

    Sistem urinariUreter

    Uretra

    Usus besar (kolon)

    Usus kecil