Perkumuhan
-
Upload
mohd-faizal-hashim -
Category
Education
-
view
4.756 -
download
12
Transcript of Perkumuhan
PERKUMUHAN
Apa itu perkumuhan
Maksud perkumuhan
Perkumuhan adalah satu proses penyingkiran bahaN-bahan yang tidak berguna atau berlebihan daripada badan.
Organ perkumuhan manusia terdiri daripada– Peparu– Kulit– Ginjal
Bagaimana Hasil Perkumuhan Disingkirkan?
KULIT
Kulit
Kulit mengumuh bahan buangan dalam bentuk PELUH.
Peluh mengandungi air,urea, dan garam mineral.
Kelenjar peluh menyerap bahan kumuh dari kapilari darah yang terdapat disekeliling kulit.
Peluh dikeluarkan dari kelenjar peluh melalui liang peluh di permukaan kulit
PEPARU
Peparu
Peparu mengumuh bahan buangan seperti karbon dioksida dan wap air semasa proses respirasi.
Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam alveolus dan disingkirkan dari peparu ketika menghembus nafas.
Air pula disingkirkan dari peparu dalam bentuk wap air.
GINJAL
Ginjal (buah pinggang)
Ginjal mengumuh bahan buangan dalam kuantiti yang banyak.
Ginjal mengumuh air, urea, dan garam mineral yang berlebihan.
Bahan kumuh dibawa melalui darah ke ginjal untuk ditapis yang kemudiannya disingkirkan sebagai air kencing
kesimpulan
ORGAN PERKUMUHAN
BAHAN KUMUH CARA PERKUMUHAN
KULIT AIR, GARAM MINERAL, UREA
BERPELUH
PEPARU AIR, KARBON DIOKSIDA
MENGHEMBUS NAFAS
GINJAL AIR, GARAM MINERAL DAN UREA
MELALUI AIR KENCING
SISTEM URINARI DALAM MANUSIA
BAHAGIAN SISTEM URINARI
FUNGSI
Ginjal Menapis darah dan menyalurkan air berlebihan, urea dan garam mineral dari darah untuk membentuk air kencing
Ureter Menyalurkan air kencing dari ginjal ke pundi kencing
Pundi kencing Menyimpan air kencing
Uretra Menyalur air kencing dari pundi kencing ke luar badan.
Struktur Ginjal
Tahukah anda bagaimana ginjal berfungsi?
Perkumuhan dalam tumbuhan