Perlaksanaan Program

9
NUR FATIN HALWAIZZATI BINTI MOHD ARIF A146369 KEMAHIRAN PEMIKIRAN K RITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH

Transcript of Perlaksanaan Program

Page 1: Perlaksanaan Program

NUR FATIN HALWAIZZATI BINTI MOHD ARIF

A146369

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH 

Page 2: Perlaksanaan Program
Page 3: Perlaksanaan Program

BAGAIMANA PROJEK DILAKSANAKAN? menerusi mesyuarat yang diadakan, kami mampu melaksanakan program yang dijalankan. setiap ahli diberi tugas masing-masing. alhamdulillah, saya mampu menggalas setiap tugas yang diberi antaranya mereka bentuk banner dan poster, menjadi jurugambar sepanjang program berlangsung. 

Page 4: Perlaksanaan Program

Perancangan Projek yang dilakukan

Projek ini dirancang hampir sebulan dan tarikh sebenar sepatutnya program dijalankan pada 20 Disember namun kerana kekangan masa, program ini dijalankan pada 17 Disember 2014.

Selaku ajk publisiti, saya ditugaskan untuk membuat banner dengan poster. Terdapat beberapa kesulitan yang terjadi, ini kerana saya kurang mahir dalam penggunaan Adobe Photoshop tetapi saya mengambil inisiatif untuk mempelajari menerusi kawan dan youtube.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dalam mempelajari dan memperbetulkan kesilapan, saya mampu untuk menyiapkan dan melaksanakan tugas yang diberi.

Page 5: Perlaksanaan Program

INI ADALAH REKAAN-REKAAN YANG SAYA TELAH BUAT:-

POSTER

Page 6: Perlaksanaan Program

BANNER

Page 7: Perlaksanaan Program

REFLEKSI PELAJAR BERDASARKAN AKTIVITI YANG TELAH DIBUAT

BERDASARKAN "LEARNING OUTCOMES" KURSUS.

 Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan

mahasiswa/i yang cakna akan perkembangan dunia dalam bidang multimedia sekaligus mampu menyumbang idea mahupun kemahiran hasil daripada lawatan ini. Hal ini

kerana, mereka akan diberikan pendedahan secara terperinci dan lebih menyeluruh mengenai aspek-aspek

yang terdapat dalam teknologi terkini seperti proses penghasilan video, audio, animasi dan sebagainya. malahan ianya juga, dapat memberi ruang kepada

mahasiswa/i untuk terlibat dalam bidang peryiaran, percetakan, pembinaan laman web serta animasi 2d dan

3d dalam bidang multimedia.

Page 8: Perlaksanaan Program

Menerusi program ini, kita dapat lihat prasarana di fakulti merupakan faktor yang sangat penting bagi setiap mahasiswa/i kerana ia dapat menarik perhatian mahasiswa/i untuk lebih bersemangat dan sentiasa hadir ke fakulti bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dengan wujudnya infrastruktur fizikal dan teknologi terkini yang berkesan ia dapat memenuhi keperluan pendidikan penyelidikan, khidmat dan pengurusan sesuatu fakulti. Seperti yang kita ketahui bahawa MMU merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan teknologi IT terkini iaitu menyediakan pelbagai kemudahan IT yang canggih.

Oleh itu, dengan lawatan tersebut, kita boleh menjadikan MMU sebagai contoh bagi penambahbaikan dari segi prasarana dan kelengkapan IT yang secukupnya sama ada di makmal, dewan kuliah, pejabat dan sebagainya.

Page 9: Perlaksanaan Program

Selain itu, program tersebut mampu menerapkan kemahiran insaniah yang ke-5 iaitu KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK.

Menerusi program ini, saya ditugaskan untuk membuat rekabentuk banner dan poster untuk tujuan publisiti kepada orang ramai.

Kemahiran saya dalam bidang rekabentuk amatlah tidak bersesuaian dengan tugas. Jadi untuk melaksanakan tugas yang diberi, saya mengambil inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan Adobe Photoshop dengan mempelajari sendiri menerusi Youtube serta dengan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Berkat kesabaran dan ketabahan, saya mampu menyiapkan tugas yang diberi.