perlembagaan malaysia

download perlembagaan malaysia

of 4

description

perembagaan malaysia yang terdiri daripada 3 bahagian utama

Transcript of perlembagaan malaysia

  • 5/23/2018 perlembagaan malaysia

    1/4

    Slide 1

    KONSEP PERLEMBAGAAN PERBANDINGAN PERLEMBGAAN BERTULIS DAN

    TIDAK BERTULIS

    Slide 2

    PENGENALAN Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui

    badan perundangan . Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan: (a)Perlembagaan bertulis

    (b)Perlembagaan tidak bertulis Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang

    penting: (a)Mengekalkan keharmonian masyarakat (b)Memastikan pemerintahan dan

    pentadbiran negara berjalan dengan lancar (c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .

    Slide 3

    KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi

    semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting . Perlembagaan menentukan

    bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat . Perlembagaan

    juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan

    kehakiman .

    Slide 4

    KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan adalah undang-

    undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang

    yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud

    percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman danperundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong

    perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam

    Perlembagaan .

    Slide 5

    PERLEMBAGAAN BERTULIS Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber

    undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh

    badan perundangan. Contoh-contoh perlembagaan bertulis : (a)Perlembagaan Persekutuan

    (b)Perlembagaan Negeri (c)Akta (d)Enakmen (e)Ordinan (f)Perundangan subsidiari

    (g)Undang-undang Islam

    Slide 6

    PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang

    tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan

    Persekutuan dan Perlembagaan Negeri . Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :

    (a)Undang-undang lazim(common law) (b)keputusan-keputusan mahkamah (c)undang-

    undang Hindu (d)undang-undang adat : -Adat Perpatih -Adat Temenggung

    Slide 7

  • 5/23/2018 perlembagaan malaysia

    2/4

    (I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau

    dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan

    perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian

    harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .

    Slide 8

    (II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini

    menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam .

    Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat

    pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .

    Slide 9

    KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM Perlembagaan Persekutuan terdiri

    daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual

    berikut:

    Slide 11

    KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi

    kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu: (a)Kebebasan asasi (b)Kewarganegaraan (c)Sistem

    pemerintah

    Slide 12

    (a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2Perlembagaan Persekutuan . Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

    : (a)Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat (b)Kebebasan

    bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.

    Slide 13

    (b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuanmenyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan

    Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara

    iaitu : (I)Secara kuatkuasa undang-undang (II)Secara pendaftaran (III)Secara

    naturalisasi/masukan (IV)Secara percantuman wilayah

    Slide 14

    (I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan

    menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik.

    Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan

    syarat-syarat berikut: (a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara. (b)Dilahirkan diluar

    Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan

    persekutuan atau negeri. (c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan

    warganegara. (d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi

    warganegara lain .

  • 5/23/2018 perlembagaan malaysia

    3/4

    Slide 15

    (II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui

    pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut : (a)Berumur kurang daripada 21

    tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara (b)Berumur 18 tahun atau lebih dan

    menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik sertaberpengetahuan tentang bahasa Melayu .

    Slide 16

    (III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun

    boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika: (a)Seseorang itu telah bermastautin 10

    daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan (b)Berniat menjadi warganegara Malaysia

    (c)Berkelakuan baik (d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu

    Slide 17

    (IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke

    dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara

    Malaysia. Contohnya seperti : (a)Sabah (b)Sarawak

    Slide 18

    (c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan

    Raja Berperlembagaan . Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem

    pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem

    pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan : (a)Badan Eksekutif (b)Badan Perundangan(c)Badan Kehakiman

    Slide 19

    (I)Badan Eksekutif(Pelaksana) Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri

    atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau

    Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah

    Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian.

    Slide 20

    (II)Badan Perundangan Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi

    menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang

    bertanggungjawab menggubal undang-undang . Parlimen terdiri daripada: (a)Yang di-Pertuan

    Agong (b)Dewan Negara (c)Dewan Rakyat

    Slide 21

    (III)Badan Kehakiman(Judisiari) Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang

    mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan

    Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan

    perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaanPersekutuan dan Perlembagaan Negeri.

  • 5/23/2018 perlembagaan malaysia

    4/4

    Slide 22

    KESIMPULAN Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi

    sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan,

    tidak akan wujud negara yan aman dan damai.