Perlembagaan malaysia

15
PENDAHALUAN. Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Bagi Malaysia sistem dan struktur pentadbiran negaranya agak unik. Sesungguh pun Malaysia mempunyai warisan sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang. Namun, hakikatnya ialah “Rakyat yang memerintah”. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Ini dilakukan menerusi proses pilihan raya di mana rakyat akan memilih wakil- wakil mereka yang seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi membentuk kabinet. Kabinet atau jemaah menteri ini adalah kerajaan yang memerintah. Namun, raja dan kerabat diraja tidak diketepikan. Malah, diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan peranan yang telus. Institusi-institusi ini sama-sama menyokong kepada corak pemerintahan Demokrasi Berparlimen 1 . DEMOKRASI BERPARLIMEN 1 Nazaruddin Hj.Mohd.Jali, 2001, Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi kedua, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd : Selangor, hlm. 87. 1

Transcript of Perlembagaan malaysia

Page 1: Perlembagaan malaysia

PENDAHALUAN.

Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen. Bagi Malaysia sistem dan struktur pentadbiran negaranya agak

unik. Sesungguh pun Malaysia mempunyai warisan sistem beraja yang kukuh

dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang. Namun, hakikatnya ialah

“Rakyat yang memerintah”. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk

kerajaan. Ini dilakukan menerusi proses pilihan raya di mana rakyat akan

memilih wakil-wakil mereka yang seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi

membentuk kabinet.

Kabinet atau jemaah menteri ini adalah kerajaan yang memerintah.

Namun, raja dan kerabat diraja tidak diketepikan. Malah, diperkukuhkan lagi

menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-

masing mempunyai sistem dan peranan yang telus. Institusi-institusi ini

sama-sama menyokong kepada corak pemerintahan Demokrasi

Berparlimen1.

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Demokrasi berparlimen bermakna rakyat mempunyai hak mutlak bagi

menentukan corak kerajaan yang memerintah negara. Sejak negara Malaysia

mencapai kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah ditentukan

menerusi satu sistem pilihanraya yang bebas. Setiap lima tahun, rakyat

Malaysia mengundi dan memilih wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan

1 Nazaruddin Hj.Mohd.Jali, 2001, Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi kedua, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd : Selangor, hlm. 87.

1

Page 2: Perlembagaan malaysia

Undangan Negeri. Perwakilan ke Dewan Negara pula dilantik oleh DYMM Yang

di-Pertuan Agong2.

Demokrasi berparlimen ialah sebuah sistem pemerintahan. Dalam

sistem pemerintahan ini, terdapat tiga badan (bahagian) utama iaitu badan

pemerintahan(eksekutif), perundangan(legislative) dan kehakiman(judicial).

Bidang kuasa ini tidak bertindan dan masing-masing mempunyai peranannya

yang tersendiri. Ini bermakna tidak ada campur tangan antara satu badan

dengan badan yang lain. Ini bertujuan untuk memastikan keneutralan atau

objektiviti setiap badan tersebut3. Setiap badan tidak boleh mempengaruhi

keputusan atau tindakan yang dibuat oleh badan-badan yang lain4.

Kita akan lihat serba sedikit tentang tiga badan pemerintahan ini.

Badan yang paling tertinggi ialah Badan Eksekutif. Badan Eksekutif adalah

badan yang bertanggungjawab dalam urusan-urusan pemerintahan dan

pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwal

kehakiman atau perundangan. Badan ini mempunyai penjawatan-penjawatan

yang tertentu di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Badan ini berperanan dalam

melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh badan

perundangan sama ada oleh parlimen (diperingkat persekutuan) atau Dewan

Undangan Negeri(diperingkat negeri).

Manakala Badan Perundangan pula berfungsi sebagai badan yang

menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Terdapat dua tahap

badan perundangan, diperingkat persekutuan badan perundangan terletak di

parlimen manakala di peringkat negeri adalah di Dewan Undangan Negeri. 2 1991, Malaysia Kita, Golden Books Centre Sdn.Bhd : Kuala Lumpur, hlm.61.3 Ibid…hlm, 90.4 Op-cit,..Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi kedua, hlm 91.

2

Page 3: Perlembagaan malaysia

Sungguhpun dari segi teori pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan

kuasa atau kepentingan antara badan-badan utama ini5.

Seterusnya ialah Badan Kehakiman. Bagi menjamin agar pihak

eksekutif tidak menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang

sesuka hati. Maka, dengan ini wujudlah badan kehakiman bagi mengawasi

supaya undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan peruntukan

dalam Perlembangaan Persekutuan itu sendiri. Peranan utama badan

kehakiman adalah bertindak sebagai satu institusi yang menjaga keluhuran

perlembagaan dan memelihara keseimbangan kuasa antara badan eksekutif

dan badan perundangan demi mengkukuhkan lagi kepercayaan rakyat

terhadap pemerintah6.

RAJA BERPELEMBAGAAN

Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut

perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja

Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan

Majlis Raja-raja. Raja atau Yang di-Pertuan Agong diinstitusikan melalui

Perlembagaan Persekutuan. Baginda adalah Ketua Utama Negara, iaitu

baginda mengetuai tiga badan pemerintah atau bahagian kerajaan seperti

yang diperjelaskan di dalam Demokrasi Berparlimen. Mengikut

Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak

boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas

5 Op-cit,..Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi kedua, hlm 91.6 Ibid.

3

Page 4: Perlembagaan malaysia

tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif. Tetapi, baginda boleh

didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukan di bawah Bahagian XV7.

Ini bermakna bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai

imuniti(Kekebalan) yang mutlak dari sisi undang-undang. Inilah amalan

konsep Raja Berperlembagaan dan ini juga menunjukkan bahawa sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap

warganegara adalah tertakluk kepada undang-undang negara8.

Yang di-Pertuan Agong adalah satu institusi yang mulia di sisi

Perlembagaan. Untuk menjaga dan memelihara agar institusi ini tidak

tercemar dan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada masyarakat

zaman berzaman beberapa perkara tidak wajar dilakukan oleh Yang di-

Pertuan Agong. Antaranya ialah tidak boleh menjalankan tugas-tugas Raja di

negerinya, tidak boleh memegang sebarang jawatan yang bergaji, tidak

boleh berniaga, tidak boleh menerima apa-apa emolument sebagai raja di

bawah perlembagaan dan tidak boleh meninggalkan persekutuan melebihi 15

hari tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan

rasmi negara.

Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih daripada kalangan Raja-Raja

Melayu dari sembilan buah negeri dalam persekutuan mengikut giliran

negeri. Pemilihan dibuat berdasarkan prosedur-prosedur tertentu seperti

yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan. Seseorang raja setelah

tiba gilirannya adalah layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali

jika baginda masih remaja, baginda sendiri memutuskan tidak mahu dipilih,

7 Op-cit,… Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Hlm. 91.8 Ibid, hlm. 93.

4

Page 5: Perlembagaan malaysia

ada kekurangan dari segi mental atau keuzuran dan atas sebab-sebab lain

yang menyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan yang minimum lima orang9.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DI-PERTUAN AGONG.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, DYMM Yang di-Pertuan Agong

adalah Ketua Utama Negara. Namun demikian, baginda hanya

menjalankan kuasa-kuasa baginda mengikut peruntukan-peruntukan yang

termaktub di dalam perlembagaan tersebut. Walaupun baginda merupakan

komponen utama, baginda tidak menghadiri Persidangan Parlimen. Baginda

hanya bertitah di pembukaan rasmi penggal Parlimen sahaja. Baginda juga

berkuasa memanggil, membatal dan membubarkan Parlimen. Dalam

melaksanakan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah

Menteri10.

Mengikut Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan

Agong adalah Ketua Utama negara yang mengambil keutamaan mengatasi

semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam

apa-apa juga pembicaraan dalam mana-mana mahkamah. Baginda adalah

raja yang dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut peraturan yang termaktub di

dalam di dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Setiap Raja-raja

Melayu adalah layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali jika

baginda tidak cukup umur atau menolak untuk dipilih menjadi Yang di-

Pertuan Agong dan baginda memegang jawatan selama lima tahun kecuali

9 Op-cit,.. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi kedua, hlm.92.10 Op-cit,.. Malaysia Kita, hlm. 65.

5

Page 6: Perlembagaan malaysia

baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan baginda sebelum

tempoh tersebut oleh Majlis Raja-raja11.

Sebagai Ketua Utama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai

kuasa eksekutif. Kuasa ini boleh dilaksanakan oleh baginda sendiri atau

oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang telah diberi kuasa oleh

Jemaah Menteri. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan

Agong hanya boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budibicara baginda

sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan

membubarkan Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis

Raja-raja mengenai keistimewaan kedudukan, kemuliaan dan kebesaran

Raja-raja.

Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi Angkatan

Tentera Persekutuan. Baginda berkuasa mengampun dan menangguh

hukuman-hukuman di atas kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

mahkamah-mahkamah Tentera. Baginda juga berkuasa dalam

mengampunkan semua kesalahan lain yang dilakukan di dalam Wilayah

Persekutuan dan juga kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri12.

Yang di-Pertuan Agong adalah juga ketua agama Islam di Wilayah

Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Baginda turut diberi

kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik hakim-hakim

Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri dan jawatan-jawatan

tinggi yang lain.

11 Ibid, hlm 66.12 Op-cit,.. Malaysia Kita, hlm. 66.

6

Page 7: Perlembagaan malaysia

Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 juga memberi peruntukan

khas kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan

istimewa orang-orang melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan

Sarawak. Baginda juga menentukan perezapan bagi orang Melayu dan

bumiputera negeri Sabah dan Sarawak, suatu kadar yang difikirkan patut

mengenai jawatan perkhidmatan awam(lain daripada perkhidmatan awam

sesuatu negeri), biasiswa, bantuan serta keistimewaan pelajaran atau latihan

dan kemudahan khas yang lain yang diadakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Kadar mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau

perniagaan dan perezapan permit dan lesen itu juga adalah tertakluk kepada

peruntukan undang-undang dalam perkara tersebut13.

Selain daripada perkara di atas, Yang di-Pertuan Agong juga diberikan

kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 150 untuk

mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati bahawa satu darurat

besar sedang berlaku dan keselamatan serta kehidupan ekonomi atau

ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana bahagiannya adalah

terancam. Maka, baginda boleh mengeluarkan satu perisytiharaan darurat.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga berfungsi sebagai ketua

Perundangan. Mengikut Perkara 44 Perlembangan Persekutuan, baginda

merupakan salah satu unsur Parlimen dan Kuasa Perundangan Persekutuan

terletak pada Parlimen14.

Disamping itu, Yang di-Pertuan Agong juga menjalankan

tanggungjawab dalam bidang kehakiman. Dimana baginda merupakan

sumber keadilan dan baginda juga melantik Katua Hakim Mahkamah 13 Ibid, hlm 67.14 Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid, 1998, Satu Abad Majlis Raja-Raja 1897-1997, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja:Kuala Lumpur, hlm. 28.

7

Page 8: Perlembagaan malaysia

Persekutuan, Yang di-Pertua Mahkamah Rayuan, Ketua-ketua Hakim

Mahkamah-mahkamah Tinggi dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Perkara ini diperuntukan dalam

Perkara 122b Perlembagaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, Yang di-Pertuan Agong juga sebagai Fungsi

Diplomatik. Baginda merupakan Ketua Negara, maka baginda dihekendaki

melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima

menghadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia.

Dan yang terakhir, Yang di-Pertuan Agong merupakan Sumber

Penghormatan dan Kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan

penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta

mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam

istiadat pengurniaan bintang-bintang bersemperna dengan Hari Keputeraan

baginda ataupun semasa Hari Kemerdekaan.

Baginda juga bertanggungjawab dalam mencemar duli menghadiri

pelbagai majlis dan acara. Antara Majlis yang baginda hadiri adalah Majlis

Menyambut Hari Kemerdekaan Negara dan Majlis Menyabut Hari Maulidur

Rasul.

TUJUAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.

Demokrasi merupakan perjuangan bagi membina budaya baru yang

mendorong kepada perubahan dan kemajuan yang lebih adil dan saksama.

Demokrasi memberi ruang yang lebih luas kepada penyertaan semua pihak

bagi menentukan hala tuju perubahan dan berkongsi tanggungjawab bagi

8

Page 9: Perlembagaan malaysia

mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara bangsa. Kebangkitan

kapitalisme dan demokrasi memberi kesan kepada keruntuhan sistem

feudalime dan pemerintahan autoritarisme.

Sistem pemerintahan negara beralih kepada demokrasi yang memberi

peluang kebebasan, pemodenan politik, sosial dan budaya. Malaysia menjadi

sebuah negara maju yang mengamalkan demokrasi dengan mengekalkan

sistem negara beraja dan berparlimen. Raja menjadi tonggak keadilan dan

kedaulatan negara yang menggerakkan pemerintahan demokrasi15.

Selain itu, demokrasi berperlimen ini mampu meningkatkan taraf

hidup, peningkatkan taraf pendidikan sebilangan masyarakat, memberi

perubahan dari segi keadilan sosial, kesama-rataan, pembentukan kelas

sosial golongan menengah yang lebih besar, kebebasan media dan

maklumat, perkembangan dan peranan konstruktif NGO, kecelikan politik dan

kefahaman erti demokrasi.

Demokrasi yang berlaku di negara-negara membangun pada abad ke-

21 mencorakkan nasionalisme baru dengan agenda-agenda perpaduan,

pembangunan, membina kualiti hidup, ekualiti, penglibatan dalam membuat

keputusan dan pengurusan negara, membina imej bangsa yang bebas,

merdeka dan bermaruah. Disamping menjadi bangsa pengeluar, kebolehan

mengurusa kejayaan dan membina satu bangsa yang moden dan berdaya

maju. Demokrasi merupakan satu ideologi perubahan dan pembangunan

yang memberi hak dan memelihara kepentingan masyarakat pelbagai

lapisan kelas, budaya, gender, kaum, fahaman agama dan perbezaan

politik16.15 Abd. RAhman Abd. Rashid, 2004, Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd:Kuala Lumpur, Hlm. 12.16 Ibid, hlm, 13.

9

Page 10: Perlembagaan malaysia

KESIMPULAN.

Sistem raja berpelembagaan merupakan satu daripada tonggak

autoriti dalam pemerintahan Malaysia. Sistem ini mampu mengembalikan

kewibawaan badan diraja dan mempertabatkan sistem serta fungsi raja

dalam negara yang telah mencapai kemerdekaan. Disamping itu, raja

berpelembagaan juga menjelaskan keseimbangaan hak dan tanggungjawab

antara raja yang menaungi dan rakyat yang dinaungi. Demi kemantapan dan

kemakmuran masyarakat itu sendiri17.

17 Asnarulkhadi Abu Samah, 1997, Kenegaraan Malaysia: Penerbitan Universiti Putra Malaysia, Serdang, Hlm 90.

10

Page 11: Perlembagaan malaysia

Sistem Raja Berpelembagaan ini menjamin kedaulatan negara

sewajarnya dengan menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara

dalam lindungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja

berpelembagaan itu sendiri18.

BIBIOGRAFI

1. Abd. RAhman Abd. Rashid, 2004, Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa,

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd:Kuala Lumpur, Hlm. 12.

18 Ibid, hlm 90.

11

Page 12: Perlembagaan malaysia

2. Asnarulkhadi Abu Samah, 1997, Kenegaraan Malaysia: Penerbitan Universiti

Putra Malaysia, Serdang, Hlm 90.

3. Nazaruddin Hj.Mohd.Jali. 2001. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan

Kewarganegaraan Edisi kedua . Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd :

Selangor. hlm.87.

4. Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid, 1998, Satu Abad Majlis Raja-Raja 1897-

1997, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja:Kuala Lumpur, hlm. 28.

5. 1991, Malaysia Kita, Golden Books Centre Sdn.Bhd : Kuala Lumpur, hlm.61.

12