PERLEMBAGAAN PERKIM€¦ · Nota : Bab I - PERKIM Kebangsaan : Perkara 1 - 20 Bab II - Majlis...

110
PERLEMBAGAAN PERKIM SPOT UV PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA Muslim Welfare Organisation Malaysia PERLEMBAGAAN PERKIM EMBOS

Transcript of PERLEMBAGAAN PERKIM€¦ · Nota : Bab I - PERKIM Kebangsaan : Perkara 1 - 20 Bab II - Majlis...

  • PERLEMBAGAANPERKIM

    SPOT UV

    PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIAMuslim Welfare Organisation Malaysia

    PERLEMBAGAANPERKIM

    EMBOS

    WJD012635 kulit perlembagaan FINAL.indd 1 03/10/2019 5:34 PM

  • BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 1 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAAN PERKIM

    Cetakan Pertama 2019© Hak cipta oleh PERKIM KEBANGSAAN

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang manamana bahagian, disimpan untuk pengeluaran atau

    ditukarkan kedalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara

    elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.

    Diterbitkan oleh:PERKIM KEBANGSAAN,

    Ibu Pejabat Perkim,Tingkat 6, Bangunan PERKIM,

    150 Jalan Ipoh,51200 Kuala Lumpur,

    Malaysia.Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224

    Faks:03-4042 7403email: [email protected]

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 2 25/09/2019 10:03 AM

  • PRAKATAYANG DIPERTUA PERKIM

    Bismillaahir rahmaanir rahiim

    Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana PERKIM telah berjaya menyempurnakan urusan pindaan Perlembagaan PERKIM yang telah tertunda sekian lama. Ia dibuat dengan tujuan untuk me-mastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan PERKIM dapat dilaksanakan sesuai dengan keperluan semasa.

    Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlukan kepada pendekatan yang menepati sasaran. Dengan pindaan ini adalah diharapkan semoga PERKIM

    akan lebih mudah mencapai visinya untuk PERKIM menjadikan PERKIM sebagai se-buah NGO dakwah yang progresif dan seterusnya menjadi sebuah NGO penggerak dakwah terunggul dalam mengukuhkan institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa.

    Lima elemen utama yang menggerakkan hala tuju PERKIM ialah:

    [i] menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam den-gan cara positif dan berkesan,

    [ii] mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam me-nerusi media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang,

    [iii] menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, bi-asiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan,

    [iv] menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif, dan

    [v] menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam serta menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam.

    Semoga ahli-ahli PERKIM dapat merealisasikan visi dan misi PERKIM dengan men-jalankan aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan ini dengan ses-empurnanya.

    Sekian, terima kasih.

    TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMADYang Dipertua

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 3 25/09/2019 10:03 AM

  • BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 4 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 1

    PERLEMBAGAAN PERKIM

    PINDAAN-PINDAAN YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN

    No. 1 pada 18.4.1981

    1. Perkara 69 Jawatankuasa Bahagian : Pindaan baru perenggan (1) & (2)

    2. Perkara 108 Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat : Pindaan Perenggan (1) – (3)

    3. Perkara 145 Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat : Pindaan Perenggan (1) – (3)

    4. Perkara 154 Akaun (Baharu) : Pindaan baru (1) dan (2)

    No. 2 pada 13.10.1983

    1. Perkara 54 Bentukan Mesyuarat Agung Tahunan : Pindaan perenggan (2)

    2. Perkara 104 Kuorum : Pindaan perenggan (2)

    3. Perkara 138 Mesyuarat Agung Tahunan : Pindaan perenggan (2)

    1. Perkara 9 Keahlian : Pindaan perenggan 3

    2. Perkara 22 Jawatankuasa Kerja Kebangsaan : Tambahan perenggan (3)

    No. 4 pada 13.8.1990

    1. Perkara 30 Kuorum Potong Perkataan “dan lima [5] orang adalah menjadi Kuorum untuk Jawatankuasa Kerja Kebangsaan

    2. Perkara 103 Bentukan Mesyuarat Agung Tahunan (Bahagian) : Pindaan perenggan (2) & ( 4)

    3. Perkara 91 Cek-cek : Pindaan perenggan baru (a) & (b)

    4. Perkara 152 Cek-Cek Cawangan : Pindaan baru (a) & (b)

    5. Perkara 153 Akaun Bank Cawangan (Baru)

    No. 5 pada 26.2.1994

    1. Perkara 3 Lencana dan Lambang : [Perkara baru] – 5

    2. Perkara 12 Hak-Hak Ahli : Pindaan perenggan 5

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 1 25/09/2019 10:03 AM

    No. 3 pada 28.7.1986

  • PERLEMBAGAAN PERKIM2

    3. Perkara 20 Majlis Kebangsaan : Pindaan perenggan (b) & [i], 6: (c) dan (h)

    4. Perkara 101 Mesyuarat Agung Tahunan : Pindaan perenggan 2 (iv) & (vi)

    No. 6 pada 2.10.2018

    1. Perkara 2 Tafsiran : [Perkara baru] - 6

    2. Perkara 7 Pertubuhan : Pindaan perenggan 3, 4 dan 7 (a) (b)

    3. Perkara 6 Kuasa-kuasa : Perenggan baru [m] - 6

    4. Perkara 8 Organisasi PERKIM: [Perkara baru], Tambahan Perenggan No. 7 - 6

    5. Perkara 10 Permohonan Menjadi Ahli : [Perkara baru] Tambahan perenggan 10.5, - 6

    6. Perkara 11 Keahlian : Tambahan perenggan [5] baru - 6

    7. Perkara 15 Bayaran Masuk : Pindaan perenggan (1) dan (2) - 6

    8. Perkara 16 Yuran : Pindaan perenggan (a) dan (b), Pindaan Perenggan [b] - 6

    9. Perkara 41 Gabungan Dengan Lain-lain Badan : [Perkara baru 41.2] - 6

    10. Perkara 53 Mesyuarat Agung Tahunan, [Pindaan Perenggan [1]] - 6

    11. Perkara 76 Tempoh Jawatan : Pindaan perenggan baru

    12. Perkara 116 Penubuhan Cawangan-Cawangan : [Pindaan Perenggan] - 6

    13. Perkara 117 Jawatankuasa Cawangan : Pindaan perenggan (f) & (g)

    14. Perkara 152 -160 dipinda menjadi Perkara 156 -164

    Nota :

    Bab I - PERKIM Kebangsaan : Perkara 1 - 20

    Bab II - Majlis Kebangsaan : Perkara 21 - 51

    Bab III - Mesyuarat Agung Kebangsaan : Perkara 52 - 68

    Bab IV - Perkara-perkara Bahagian : Perkara 69 -115

    Bab V - Perkara-perkara Cawangan : Perkara 116 -155

    Bab VI - Perkara-perkara Am : Perkara 156 -164

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 2 25/09/2019 10:03 AM

    16

    17

    77

    155 - 163

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 3

    KANDUNGANBAB I - PENUBUHAN DAN TUJUAN

    1. Nama

    2. Tafsiran

    3. Cogankata

    4. Lencana dan Lambang

    5. Pejabat Berdaftar

    6. Tujuan

    7. Kuasa-kuasa

    8. Organisasi PERKIM

    9. Keahlian

    10. Permohonan Menjadi Ahli

    11. Keahlian

    12. Syarat-syarat Keahlian

    13. Hak-hak Menjadi Ahli

    14. Berhenti Menjadi Ahli

    15. Menjadi Ahli Semula

    16. Bayaran Masuk

    17. Yuran

    18. Akibat Kerana Tidak Bayar

    19. Pembuangan Ahli

    20. Terhenti Menjadi Ahli

    BAB II - PERKARA-PERKARA MAJLIS KEBANGSAAN

    21. Majlis Kebangsaan

    22. Jawatankuasa Kerja Kebangsaan

    23. Tanggungjawab dan Kewajipan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib-naib Yang Dipertua

    24. Tanggungjawab dan Kewajipan Setiausaha Agung Kehormat

    25. Tanggungjawab dan Kewajipan Bendahari Kehormat

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 3 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM4

    26. Memberi Mandat Khas

    27. Kekosongan

    28. Tempoh Jawatan

    29, Meninggalkan Jawatan

    30, Mesyuarat Majlis Kebangsaan

    31. Kuoram

    32. Undi

    33. Notis Mesyuarat

    34. Perjalanan Mesyuarat

    35. Minit Mesyuarat

    36. Kuasa-kuasa Majlis

    37. Kuasa-kuasa Meneruskan Majlis Kebangsaan

    38. Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil

    39. Sahnya Perbuatan Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil

    40. Penyiaran

    41. Gabungan Dengan Lain-lain Badan

    42. Gantirugi

    43. Penggunaan Pendapatan dan Harta

    44. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

    45. Cek-cek

    46. Akaun Bank

    47. Akaun

    48. Audit Akaun

    49. Akaun dan Laporan Tahunan

    50. Meteri

    51. Meletakkan Meteri

    BAB III - MESYUARAT AGUNG KEBANGSAAN

    52. Jenis Mesyuarat

    53. Mesyuarat Agung Tahunan

    54. Notis Mesyuarat Agung Tahunan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 4 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 5

    55. Bentukan Mesyuarat Agung Tahunan

    56. Kuorum

    57. Tangguhan atau Pembatalan

    58. Notis Tangguhan Mesyuarat

    59. Mesyuarat Agung Luar Biasa

    60. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap

    61. Cara Membuat Keputusan

    62. Cara Pungutan Undi

    63. Undi Pemutus

    64. Proksi

    65. Notis Usul

    66. Minit-minit Mesyuarat Agung

    67. Undang-undang Kecil [Kebangsaan]

    68. Pindaan kepada Perlembagaan

    BAB IV - PERKARA-PERKARA BAHAGIAN

    69. Penubuhan Bahagian-Bahagian

    70. Jawatankuasa Bahagian

    71. Kuasa-kuasa Jawatankuasa Bahagian

    72. Tanggungjawab dan Kewajipan Jawatankuasa Bahagian

    73. Had Kuasa Bahagian

    74. Tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat

    75. Memberi Mandat Khas

    76. Kekosongan

    77. Tempoh Jawatan

    78. Meninggalkan Jawatan

    79. Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian

    80. Kuorum

    81. Undi

    82. Notis Mesyuarat

    83. Pengerusi Mesyuarat

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 5 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM6

    84. Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian

    85. Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil Bahagian

    86. Sahnya Perbuatan Yang Dilakukan oleh Jawatankuasa Bahagian atau Jawatankuasa Kecil Bahagian

    87. Urusan Bahagian yang Dijalankan oleh Jawatankuasa Bahagian

    88. Kuasa-kuasa Meneruskan Jawatankuasa Bahagian

    89. Gantirugi

    90. Kumpulan Wang

    91. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

    92. Cek-cek

    93. Akaun Bank

    94. Akaun

    95. Audit Akaun

    96. Akaun dan Laporan Tahunan

    97. Meteri

    98. Meletakkan Meteri

    99. Daftar Ahli-ahli

    MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN

    100. Tempat Mesyuarat

    101. Mesyuarat Agung Bahagian – Jenis Mesyuarat

    102. Mesyuarat Agung Tahunan

    103. Notis Mesyuarat Agung Tahunan [Bahagian]

    104. Bentukan Mesyuarat Agung Tahunan [Bahagian]

    105. Kuorum

    106. Tangguhan atau Pembatalan

    107. Notis Tangguh Mesyuarat

    108. Mesyuarat Agung Luar Biasa [Bahagian]

    109. Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat

    110. Memutuskan Usul

    111. Cara-cara Pungutan Undi

    112. Undi Pemutus

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 6 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 7

    113. Proksi Tidak Diterima

    114. Notis Usul

    115. Minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan [Bahagian]

    BAB V – PERKARA-PERKARA CAWANGAN

    116. Penubuhan Cawangan-cawangan

    117. Jawatankuasa Cawangan

    118. Kuasa-kuasa Jawatankuasa Cawangan

    119. Tanggungjawab dan Kewajipan Jawatankuasa Cawangan

    120. Had Kuasa Cawangan

    121. Tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat

    122. Kekosongan

    123. Tempoh Jawatan

    124. Meninggalkan Jawatan

    125. Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan

    126. Kuorum

    127. Undi

    128. Notis Mesyuarat

    129. Pengerusi Mesyuarat

    130. Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan

    131. Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil Cawangan

    132. Sahnya Perbuatan Yang Dilakukan oleh Jawatankuasa Cawangan atau Jawatankuasa Kecil Cawangan

    133. Urusan Cawangan yang Dijalankan oleh Jawatankuasa Cawangan

    134. Kuasa-kuasa Meneruskan Jawatankuasa Cawangan

    135. Gantirugi

    136. Daftar Ahli-ahli

    MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

    137. Tempat Mesyuarat

    138. Mesyuarat Agung Cawangan – Jenis Mesyuarat

    139. Mesyuarat Agung Tahunan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 7 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM8

    140. Notis Mesyuarat Agung Tahunan [Cawangan]

    141. Bentukan Mesyuarat Agung Tahunan [Cawangan]

    142. Kuorum

    143. Tangguhan atau Pembatalan

    144. Notis Tangguhan Mesyuarat

    145. Mesyuarat Agung Luar Biasa [Cawangan]

    146. Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat

    147. Cara Memutuskan Usul

    148. Cara Pungutan Undi

    149. Undi Pemutus

    150. Proksi Tidak Diterima

    151. Notis Usul

    152. Minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan [Cawangan]

    153. Cek-cek Cawangan

    154. Akaun Bank Cawangan

    155. Akaun

    BAB VI – PERKARA-PERKARA AM

    156. Bila Penyerahan Notis Berkuatkuasa

    157. Ahli Yang Berhak Menerima Notis

    158. Penaung dan Penasihat

    159. Pemegang Amanah

    160. Kuasa Pemegang Amanah

    161. Peguam-peguam dan Peguam-peguam Cara

    162. Menggulung Bahagian & Cawangan

    163. Harta Benda

    164. Pembubaran

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 8 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 9

    PERLEMBAGAAN BAGI

    PERTUBUHAN INDUK

    PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

    (MUSLIM WELFARE ORGANISATION MALAYSIA)(PPM-002-14-01051961)

    BAB I PENUBUHAN DAN TUJUAN

    PERKARA 1 NAMA

    Pertubuhan ini yang terdiri daripada Pusat, Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan hendaklah satu-satunya atau berkumpul yang dahulu dinamakan PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM SEMALAYA atau dalam bahasa Inggeris, All Malaya Muslim Welfare Organisation adalah dinamakan ‘PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA’ yang diringkaskan dan disebut selepas ini sebagai PERKIM.

    PERKARA 2 TAFSIRAN

    Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain “ahli” ertinya seseorang yang telah diterima menjadi ahli PERKIM mengikut Perlembagaan ini sama ada sebagai Ahli Seumur Hidup, Ahli Biasa, Ahli Kehormat atau Ahli Sekutu;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 9 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM10

    “Badan Gabungan” ertinya suatu pertubuhan yang bergabung dengan PERKIM di bawah suatu perjanjian gabungan;

    “Bahagian” ertinya suatu Bahagian PERKIM yang ditubuhkan menurut Perkara 69;

    “Cawangan” ertinya suatu Cawangan PERKIM yang ditubuhkan menurut Perkara 116;

    “Daftar Ahli” ertinya daftar ahli yang diselenggarakan oleh Bahagian dan Cawangan;

    “harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah apa-apa sekuriti, saham, syer, sijil deposit, harta ketara atau tidak ketara;

    “Jawatankuasa Bahagian” ertinya suatu Jawatankuasa Bahagian yang dianggotai oleh orang-orang yang dinyatakan dalam Perkara 70;

    “Jawatankuasa Cawangan” ertinya suatu Jawatankuasa Cawangan yang dianggotai oleh orang-orang yang dinyatakan dalam Perkara 117;

    “Jawatankuasa Kerja Kebangsaan” ertinya Jawatankuasa Kerja Kebangsaan yang dianggotai oleh orang-orang yang dinyatakan dalam Perkara 22;

    “Ketua Wanita” ertinya Ketua bagi Wanita PERKIM di peringkat Kebangsaan;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 10 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 11

    “Majlis Kebangsaan” ertinya Majlis Kebangsaan yang dianggotai oleh orang-orang yang dinyatakan dalam Perkara 21;

    “Mesyuarat Agung” termasuklah Mesyuarat Agung Luar Biasa sama ada peringkat Kebangsaan, Bahagian atau Cawangan;

    “Pendaftar Pertubuhan” ertinya Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Pertubuhan 1966 dan termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen tersebut;

    “Perjanjian Gabungan” ertinya suatu perjanjian yang dibuat di antara PERKIM dan suatu badan atau pertubuhan di bawah Perkara 41;

    “Perlembagaan ini” ertinya Perlembagaan ini dan termasuklah apa-apa Pindaan yang diluluskan oleh Pendafar Pertubuhan;

    “PERKIM Pusat” ertinya PERKIM di peringkat Kebangsaan;

    “Peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan bagi mengawal perjalanan mesyuarat-mesyuarat dan perkara-perkara lain yang disebutkan dalam Perlembagaan ini;

    “Majlis PERKIM Pusat” ertinya Wanita PERKIM atau bagi Belia yang ditubuhkan menurut Perkara 8 [7.3];

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 11 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM12

    “Undang-undang kecil” ertinya Undang-undang Kecil yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan menurut Perkara 67;

    “Wanita PERKIM” atau “Wanita” ertinya suatu Majlis PERKIM yang dikenali sebagai Majlis Wanita PERKIM yang ditubuhkan di bawah Perenggan 7.3.

    Apa-apa rujukan kepada undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada undang- undang itu termasuk apa-apa pindaan kepadanya atau penggubalan semula undang-undang itu. Perkataan tunggal hendaklah meliputi jamak dan begitu juga sebaliknya.

    Bahagian-bahagian dan tajuk-tajuk dalam Perlembagaan ini adalah semata-mata bagi tujuan kemudahan merujuk semata-mata dan hendaklah tidak menjejaskan penafsiran dan kandungan Perlembagaan ini.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 12 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 13

    PERKARA 3 COGAN KATA

    Cogan kata PERKIM ialah “ISLAM ITU PERSAUDARAAN”.

    PERKARA 4 LENCANA DAN LAMBANG

    Lencana dan lambang PERKIM ialah rajah mengandungi kubah dan menara masjid berwarna hijau tua dengan bintang berbucu lima di atas kubah dan menara itu.

    Kesemuanya terletak dalam lingkungan bulan sabit yang di atasnya tertulis dengan jawi perkataan “Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia” dan “PERKIM” di bawahnya.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 13 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM14

    PERKARA 5 PEJABAT BERDAFTAR

    TINGKAT 4 & 6, BANGUNAN PERKIM, 150 JALAN SULTAN AZLAN SHAH (JALAN IPOH) 51200 KUALA LUMPUR

    PERKARA 6 TUJUAN

    [1] Dakwah:

    Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan yang bukan Islam dengan secara positif dan berkesan.

    [2] Pelajaran:

    Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

    [3] Kebajikan:

    Menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

    [4] Kerjasama dalam Bidang Agama Islam:

    Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan agama Islam.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 14 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 15

    [5] Lain-lain:

    Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Agama Islam.

    PERKARA 7 KUASA-KUASA

    [1] Bagi menjalankan tujuan-tujuan yang tersebut di atas, PERKIM tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Perlembagaan ini, adalah mempunyai kuasa-kuasa yang berikut:

    [a] Mendapatkan wang-wang untuk memajukan tujuan-tujuan tersebut;

    [b] Menerima pemberian, derma kekal, yuran dan legasi daripada persatuan-persatuan atau orang-orang yang ingin mengembangkan tujuan-tujuan tersebut atau mana-mana satu daripadanya;

    [c] Menderma atau membelanja wang bagi menjalankan tujuan-tujuan yang tersebut mengikut cara yang sesuai dengan syarat-syarat yang dilulus oleh Majlis Kebangsaan;

    [d] Memilik, melabur dan mengguna wang PERKIM yang tidak dikehendaki segera, mengikut cara dan syarat-syarat yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Majlis Kebangsaan;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 15 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM16

    [e] Membeli, menerima, mempusakai atau dengan lain jalan memegang tanah, bangunan dan lain-lain harta-harta tetap dan juga harta bergerak termasuk semua hak dan kuasa di atas apa-apa harta dan wang;

    [f] Mengambil kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kegiatan, tanah, harta atau tanggungan mana-mana Jabatan Kerajaan atau penubuhan yang tujuannya berserupa dengan tujuan-tujuan PERKIM pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau memiliki mana-mana harta yang sesuai bagi tujuan tujuan PERKIM;

    [g] Memajukan, menyokong atau membantu memajukan mana-mana skim, projek atau rayuan yang bertujuan untuk mendapatkan wang bagi menolong atau menyampaikan tujuan-tujuan tersebut;

    [h] Dengan persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, meminjam wang sama ada dicagar atau tidak atas wang atau harta PERKIM sebagaimana ia fikir patut mengikut syarat-syarat yang dipersetujui oleh PERKIM dan pemberi hutang itu tetapi wang yang dipinjam itu hendaklah pada satu ketika tidak melebihi harta-harta tetap PERKIM;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 16 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 17

    [i] Mengadakan amanah khas yang berhubung dengan wang atau harta yang diterima, diperolehi dan dipegang oleh PERKIM;

    [j] Menubuh sebuah syarikat berhad bagi menguruskan harta PERKIM dan perkara yang berkaitan untuk maksud-maksud yang berkaitan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan syarikat tersebut;

    [k] Memakai wang pokok dan pendapatan daripada wang dan harta PERKIM atau mana-mana bahagiannya, dengan tertakluk kepada amanah itu (jika ada) untuk tujuan-tujuan yang tersebut;

    [l] Bekerjasama atau bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang bertujuan sama dalam mana-mana bahagian dalam dunia dengan syarat perjanjian kerjasama dan pergabungan itu telah dipersetujui dan disahkan oleh PERKIM dan persatuan yang bergabung dengan PERKIM dalam Mesyuarat Agung masing-masing maka syarat-syarat perjanjian itu adalah sah terpakai dan syarat-syarat dalam Perlembagaan PERKIM hendaklah dipakai dengan terkawal kepada syarat-syarat perjanjian tersebut;

    [m] Memasuki apa-apa perjanjian dengan mana-mana Badan Gabungan dan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 17 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM18

    mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana perjanjian yang telah dimasuki sekiranya difikirkan perlu.

    [n] Mengembangkan pengaruh PERKIM di serata Malaysia dengan menubuhkan Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan di negeri-negeri;

    [o] Mengadakan, menyelenggara dan menjalankan pejabat-pejabat atau pusat-pusat dan tempat-tempat mesyuarat atau permainan sebagaimana dikehendaki dan melengkapkan serta mengadakan kakitangan-kakitangan dan memperuntukkan bekalan-bekalan baginya;

    [p] Mengeluarkan dan menerbitkan atau membahagi-bahagikan dengan percuma atau lain-lain cara buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bahan bacaan yang boleh menggalakkan tujuan-tujuan tersebut di atas;

    [q] Membuat undang-undang kecil atau aturan-aturan yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan PERKIM untuk hal-hal yang tertentu yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini;

    [r] Melakukan semua tindakan atau kegiatan yang mengambil atau menghasilkan atau yang mungkin mengambil atau

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 18 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 19

    menghasilkan tujuan-tujuan dan kuasa tersebut di atas.

    [2] Majlis Kebangsaan boleh dengan secara umum atau dalam sesuatu hal yang tertentu, mewakilkan kepada Bahagian mana-mana kuasa yang disebut terdahulu dari bila mewakilkan kuasa-kuasa ini, bolehlah ia memberi arahan dan mengenakan syarat-syarat untuk menjalankan kuasa itu. Mana-mana kuasa yang diwakilkan itu boleh dibatalkan oleh Majlis Kebangsaan pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya.

    PERKARA 8 ORGANISASI PERKIM

    [1] PERKIM hendaklah mengandungi Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan dengan nama-nama yang dipersetujui oleh PERKIM. Majlis Kebangsaan hendaklah bertanggungjawab dalam semua perkara kewangan dan dasar, dan tertakluk kepada kawalan dan arahan daripada Majlis itu. Pentadbiran Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan adalah terletak kepada badan-badan itu sendiri.

    [2] Semua urusan PERKIM hendaklah dengan tertakluk kepada Perlembagaan ini, diatur, ditadbir dan dijalankan oleh Majlis Kebangsaan sama ada dengan sendirinya atau menerusi Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan atau jawatankuasa kecil yang akan menjalankan semua kuasa-

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 19 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM20

    kuasa PERKIM; selain dari Perkara 5 yang di bawah Perlembagaan ini cuma boleh dijalankan oleh suatu Mesyuarat Agung sahaja. Mana-mana keputusan yang dibuat oleh PERKIM dalam Mesyuarat Agung tidak membatalkan sebarang perbuatan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa-jawatankuasa itu. Keputusan Bahagian hendaklah mengatasi keputusan Cawangan dan keputusan Majlis Kebangsaan hendaklah mengatasi keputusan Bahagian dan Cawangan.

    [3] Majlis Kebangsaan sahaja boleh menubuh dan membentuk sesuatu Bahagian. Bahagian yang ditubuhkan itu hanya boleh digantung atau dibatal oleh Majlis Kebangsaan.

    [4] Jawatankuasa Bahagian dengan persetujuan Majlis Kebangsaan sahaja boleh menubuh dan membentuk sesuatu Cawangan dan Cawangan itu boleh digantung atau dibatal dengan persetujuan Majlis Kebangsaan.

    [5] Tiap-tiap Bahagian dan Cawangan hendaklah ditubuhkan dan hal ehwalnya dijalankan mengikut Perlembagaan ini.

    [6] Seseorang Ahli PERKIM hendaklah menjadi Ahli Bahagian dan boleh ditugaskan kepada mana-mana Cawangan.

    [7] 7.1 PERKIM hendaklah terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 20 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 21

    [a] Majlis Kebangsaan;

    [b Majlis PERKIM Pusat bagi Wanita dan Belia;

    [c] Bahagian-bahagian;

    [d] Cawangan-cawangan.

    [e] Majlis PERKIM Pusat hendaklah ditubuhkan bagi Wanita dan Belia di peringkat Kebangsaan dan hendaklah mengandungi:

    [i] Seorang Ketua yang dipilih;

    [ii] Dua (2) orang Naib Ketua yang dipilih;

    [iii] Seorang Setiausaha Kehormat yang dilantik oleh Ketua;

    [iv] Seorang Bendahari yang dilantik oleh Ketua;

    [v] Tidak lebih dari tiga belas (13) orang ahli yang dipilih;

    [vi] Tidak lebih empat (4) orang ahli yang dilantik oleh Ketua;

    [f] Mesyuarat Agung Tahunan Majlis PERKIM Pusat hendaklah menggunapakai peraturan Mesyuarat Agung yang

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 21 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM22

    ditetapkan aturannya oleh Majlis Kebangsaan.

    [g] Bagi mencapai maksud di atas maka Majlis Kebangsaan berkuasa membuat peraturan-peraturan dari satu masa ke satu masa sesuai dengan Perlembagaan PERKIM.

    7.2 Penubuhan Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan hendaklah menurut Perkara 69 dan Perkara 116 dan nama-nama bagi semua Bahagian dan Cawangan hendaklah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan.

    7.3 Majlis PERKIM pada semua peringkat bolehlah ditubuhkan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut :

    7.3.1 Majlis Wanita PERKIM

    [a] di peringkat Bahagian hendaklah ditubuhkan oleh Majlis Wanita PERKIM Pusat di mana terdapat sekurang-kurangnya 10 orang ahli wanita PERKIM yang tinggal dalam negeri di mana Bahagian itu ditubuhkan; dan

    [b] di peringkat Cawangan hendaklah ditubuhkan oleh Majlis Wanita PERKIM Bahagian di mana terdapat sekurang-kurangnya 10 orang ahli wanita PERKIM yang

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 22 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 23

    tinggal dalam kawasan di mana Cawangan itu ditubuhkan.

    7.3.2 Majlis Belia PERKIM

    [a] di peringkat Bahagian hendaklah ditubuhkan oleh Majlis Belia PERKIM Pusat di mana terdapat sekurang-kurangnya 10 orang ahli lelaki atau perempuan PERKIM yang belum mencapai umur 35 tahun yang tinggal dalam kawasan di mana Bahagian itu telah ditubuhkan; dan

    [b] di peringkat Cawangan hendaklah ditubuhkan oleh Majlis Belia PERKIM Bahagian di mana terdapat sekurang-kurangnya 10 orang ahli lelaki atau perempuan PERKIM yang belum mencapai umur 35 tahun yang tinggal dalam kawasan di mana Cawangan itu ditubuhkan.

    7.3.3 Majlis PERKIM di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan manakala setiap Majlis PERKIM di peringkat Bahagian dan Cawangan hendaklah masing-masingnya bekerjasama dengan Bahagian dan Cawangan PERKIM di negeri, wilayah atau kawasan berkenaan bagi memantapkan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 23 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM24

    kegiatan-kegiatan PERKIM di negeri, wilayah atau kawasan itu.

    7.3.4 Semua Bahagian, Cawangan dan Majlis PERKIM di setiap peringkatnya, hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan ini dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah Perkara 6.8 serta kawalan dan arahan Majlis Kebangsaan dari semasa ke semasa

    7.4 Penubuhan Majlis Wanita PERKIM bagi negeri Sarawak adalah dikecualikan daripada pra-syarat tertubuhnya Bahagian PERKIM bagi negeri itu. Majlis Wanita PERKIM Sarawak hendaklah tertakluk kepada Undang-undang Kecil yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan di bawah Perkara 67 serta kawalan dan arahan Majlis Kebangsaan dari semasa ke semasa.

    7.5 Majlis Kebangsaan bolehlah bagi mendorong partisipasi golongan pelajar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi dalam kegiatan-kegiatan PERKIM, menubuhkan kumpulan-kumpulan tertentu (dengan nama-nama yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan) yang terdiri daripada pelajar-pelajar tersebut sebagai sukarelawan PERKIM dan Majlis Kebangsaan bolehlah membuat peraturan-peraturan untuknya.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 24 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 25

    PERKARA 9 KEAHLIAN

    A [1] Keahlian PERKIM adalah tidak berhad dan hendaklah terbuka kepada semua orang-orang Islam tidak kira bangsa atau jantina, yang menyokong tujuan-tujuan PERKIM.

    [2] Keahlian hendaklah mengandungi : [a] Ahli Seumur Hidup;

    [b] Ahli Biasa;

    [c] Ahli Kehormat dan

    [d] Ahli Sekutu

    [3] Seseorang Ahli Seumur Hidup atau Biasa hendaklah seorang Islam dari apa bangsa pun yang bermastautin di Malaysia.

    [4] Seorang Ahli Kehormat hendaklah seorang baik yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan.

    [B] Keahlian PERKIM boleh juga mengandungi Ahli-Ahli Sekutu yang terdiri daripada orang-orang dari apa bangsa atau agama jua pun di Malaysia atau luar Negeri.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 25 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM26

    PERKARA 10 PERMOHONAN MENJADI AHLI

    Mana-mana orang yang ingin menjadi seorang Ahli Seumur Hidup atau Ahli Biasa atau Ahli Sekutu hendaklah membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan kepada Setiausaha Bahagian melalui Cawangan sekiranya Cawangan telah

    ditubuhkan.

    PERKARA 11 KEAHLIAN

    [1] Semua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa Bahagian dengan seberapa segera.

    [2] Jawatankuasa Bahagian hendaklah menimbangkan semua permohonan dan bolehlah ianya menerima atau menolak mana-mana permohonan tanpa memberi apa-apa alasan.

    [3] Mana-mana pemohon yang permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Bahagian bolehlah merayu kepada Majlis Kebangsaan yang mana keputusannya adalah muktamad.

    [4] Seorang ahli yang dibuang atau yang telah menarik diri daripada menjadi ahli tidaklah akan ditimbang semula permohonannya untuk menjadi ahli melainkan selepas satu (1) tahun dan dengan kebenaran dari Majlis Kebangsaan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 26 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 27

    [5] Seorang pemohon yang diterima menjadi ahli hendaklah direkodkan dalam Daftar Ahli dan hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh sebulan selepas penerimaannya. Sesalinan rekod Daftar Ahli hendaklah diserah kepada PERKIM Kebangsaan untuk direkodkan keahlian.

    PERKARA 12 SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

    Adalah menjadi syarat-syarat keahlian bahawa seorang ahli hendaklah :

    [a] Menerima dan bersedia mematuhi syarat-syarat keahlian, peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil PERKIM dan semua keputusan yang sah oleh Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan-Cawangan yang berkenaan.

    [b] Mengaku dan bersedia berkhidmat dengan sedaya upaya kerana Allah bagi kemajuan Islam;

    [c] Bersedia memberi sokongan kepada PERKIM dengan wang, tenaga dan semangat.

    [d] Memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada PERKIM dalam usaha-usahanya menjalankan tujuan-tujuan di atas.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 27 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM28

    PERKARA 13 HAK-HAK AHLI

    [1] Melainkan jika dengan persetujuan Majlis Kebangsaan seseorang Ahli Seumur Hidup atau Ahli Biasa tidak layak dicalonkan atau menjadi Ahli Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Bahagian atau Jawatankuasa Cawangan jika ia;

    [a] telah dihukum oleh mahkamah di atas kesalahan yang berat;

    [b] seorang muflis;

    [c] tidak siuman.

    [2] Seseorang ahli tidaklah boleh menjadi Ahli Jawatankuasa bagi lebih dari satu Bahagian melainkan dengan persetujuan Majlis Kebangsaan,

    [3] Seseorang ahli tidaklah boleh menjadi ahli Jawatankuasa bagi lebih dari satu Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Bahagian.

    [4] Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa yang telah menjelaskan yuran menurut Perlembagaan ini sahaja berhak mengundi atau diundi di dalam sesuatu Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa PERKIM.

    [5] Ahli Sekutu adalah berhak menggunakan segala kemudahan-kemudahan PERKIM tetapi tidak berhak mengundi atau dipilih

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 28 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 29

    sebagai Ahli Jawatankuasa melainkan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil, sekiranya dikehendaki.

    PERKARA 14 BERHENTI MENJADI AHLI

    Mana-mana ahli boleh pada bila-bila masa berhenti menjadi ahli dengan memberi notis bertulis dan dialamatkan terus kepada Setiausaha Bahagian

    atau melalui Cawangan.

    PERKARA 15 MENJADI AHLI SEMULA

    Tertakluk kepada Perkara 11 (4) seseorang yang telah berhenti dan hendak menjadi ahli semula hendaklah diberi pertimbangan sama seperti

    permohonan asal.

    PERKARA 16 BAYARAN MASUK

    [1] Bayaran masuk bagi Ahli Biasa dan Ahli Sekutu ialah RM5.00.

    [2] Bayaran masuk serta yuran Ahli Seumur Hidup ialah RM100/-.

    PERKARA 17 YURAN

    [A] Yuran tahunan bagi Ahli Biasa dan Ahli Sekutu ialah sebanyak RM2.00 dan yuran tahunan itu dikira mulai tarikh 1 hb. Januari pada tiap-tiap tahun dan hendaklah dibayar terlebih dahulu kepada Cawangan berkenaan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 29 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM30

    [B] Sebanyak RM0.50 dari Yuran Tahunan yang diterima oleh Cawangan daripada seseorang ahli hendaklah diserahkan kepada PERKIM Bahagian dan RM0.50 kepada PERKIM Pusat.

    PERKARA 18 AKIBAT KERANA TIDAK BAYAR

    Seseorang ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunannya selama enam bulan tidaklah berhak menghadiri atau mengambil bahagian dalam mana-mana Mesyuarat PERKIM atau menerima notis-notis atau siaran-siaran PERKIM atau berhak mengundi

    sehingga yuran itu dijelaskan sepenuhnya.

    PERKARA 19 MEMBUANG AHLI

    [1] Majlis Kebangsaan adalah berkuasa membuang atau menggantung Keahlian mana-mana Ahli PERKIM yang didapati melanggar tatatertib atau yang engkar kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan, atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan, Jawatankuasa Bahagian atau Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan.

    [2] Sesuatu Jawatankuasa Bahagian hendaklah berhak dengan ketetapan dua pertiga (2/3) daripada semua ahli Jawatankuasa dalam mesyuaratnya mencadang supaya dibuang atau digantung keahlian mana-mana ahli PERKIM yang didapati berkelakuan salah yang pada pendapat Jawatankuasa menyebabkan ahli itu tidak layak menjadi ahli PERKIM atau

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 30 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 31

    subversif kepada atau melakukan perkara-perkara bertentangan dengan Perlembagaan, undang undang kecil atau tujuan-tujuan PERKIM.

    [3] Majlis Kebangsaan hendaklah melantik suatu Jawatankusa Tatatertib yang mengandungi tiga (3) orang ahli untuk menimbangkan sesuatu aduan yang dirujukan kepadanya dan Jawatankuasa itu berkuasa membuat keputusan sama ada menggantung atau membuang terus ahli yang berkenaan.

    [4] Seseorang ahli yang digantung atau dibuang hendaklah diberi kesempatan yang munasabah untuk membela diri kepada Jawatankuasa Tatatertib; dan sekiranya ahli berkenaan tidak berpuashati atas keputusan Jawatankuasa Tatatertib maka berhaklah ianya merayu kepada Majlis Kebangsaan dan keputusan Majlis adalah muktamad.

    PERKARA 20 TERHENTI MENJADI AHLI

    Mana-mana ahli yurannya yang tidak dijelaskan selama satu tahun selepas yuran itu kena dibayar mengikut Perkara 17 maka dengan sendirinya terhenti menjadi ahli PERKIM dari tarikh itu dan namanya hendaklah dipotong dari Daftar Ahli-ahli yang diselenggarakan oleh Bahagian di mana ia menjadi ahli; Tetapi potongan namanya itu dari Daftar tidaklah melepaskan ia dari tanggungan membayar mana-mana tunggakan yuran yang

    terhutang.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 31 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM32

    BAB II PERKARA-PERKARA MAJLIS KEBANGSAAN

    PERKARA 21 MAJLIS KEBANGSAAN

    Majlis Kebangsaan hendaklah mengandungi ahli-ahli berikut:

    [a] Seorang Yang Dipertua yang dipilih;

    [b] Timbalan Yang Dipertua dilantik oleh Yang Dipertua mengikut budibicara;

    [c] Tidak lebih dari lima [5] orang Naib Yang Dipertua iaitu empat [4] yang dipilih dan seorang lagi yang menjadi Pengerusi Wanita PERKIM;

    [d] Seorang Setiausaha Agung Kehormat yang dilantik oleh Yang Dipertua;

    [e] Penolong/Penolong-penolong Setiausaha Agung Kehormat yang dilantik oleh Yang Dipertua daripada ahli-ahli yang dipilih di bawah fasal (g) atau (j)

    [f] Seorang Bendahari Kehormat yang dilantik oleh Yang Dipertua;

    [g] Tiga belas [13] ahli-ahli yang dipilih;

    [h] Pengerusi atau wakilnya dan Setiausaha Kehormat atau wakilnya (wakil-wakil hendaklah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 32 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 33

    Bahagian-Bahagian) bagi semua Bahagian PERKIM;

    [i] Tidak lebih daripada dua [2] orang Tokoh Agama Islam yang akan dilantik oleh Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Kebangsaan;

    [j] Lima [5] orang ahli yang dilantik oleh Yang Dipertua;

    [k] Seorang wakil yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia.

    PERKARA 22 JAWATANKUASA KERJA KEBANGSAAN

    [1] Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah mengandungi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib-naib Yang Dipertua, Pengerusi Jawatankuasa Kecil-Jawatankuasa Kecil dan tidak lebih daripada lima (5) orang ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan. Selain daripada itu, Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Kehormat adalah ahli kepada Jawatankuasa Kerja.

    [2] Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan dan sekiranya tiada dipinda oleh Majlis maka keputusan itu hendaklah dianggap sebagai keputusan Majlis Kebangsaan bagi maksud Perlembagaan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 33 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM34

    [3] Lima [5] orang adalah menjadi kuorum untuk Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

    PERKARA 23 TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN YANG DIPERTUA, TIMBALAN YANG DIPERTUA DAN

    NAIB-NAIB YANG DIPERTUA

    [1] Kecuali dihadkan dengan khasnya oleh Perlembagaan ini, atau undang-undang kecil, Yang Dipertua boleh menjalankan kuasa-kuasa bagi pihak Majlis Kebangsaan sebagaimana yang mustahak untuk menjalankan tugas-tugas PERKIM dengan sempurna dengan syarat-syarat bahawa dalam perkara polisi atau yang menimbul tanggungan kewangan, hendaklah terlebih dahulu ia mendapat persetujuan dari Majlis Kebangsaan.

    [2] Timbalan atau Naib Yang Dipertua, yang dinamakan oleh Yang Dipertua hendaklah mempunyai kuasa Yang Dipertua pada menjalankan tanggungjawab dan kewajipannya semasa ianya tidak ada.

    PERKARA 24 TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN

    SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT

    Setiausaha Agung Kehormat hendaklah:

    [a] Menjalankan semua keputusan Majlis Kebangsaan dan arahan dari Yang Dipertua sebagaimana yang dibuat olehnya dari masa ke semasa;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 34 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 35

    [b] Memanggil semua mesyuarat sebagaimana diarah oleh Majlis Kebangsaan atau Yang Dipertua;

    [c] Bertanggungjawab bagi pentadbiran pejabat dan tatatertib pekerja-pekerja dan orang-orang gaji PERKIM;

    [d] Menentukan dan menambah perhubungan baik dengan semua Bahagian;

    [e] Menyimpan rekod, fail, daftar dan lain-lain suratan dengan sempurna;

    [f] Menyimpan rekod yang sempurna bagi semua harta benda yang di dalam milik atau kawalan PERKIM;

    [g] Menerima laporan, syor dan lain-lain perkara mengenai PERKIM yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bahagian dan Ahli-ahli dan membentangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan;

    [h] Menyimpan minit mesyuarat yang tersebut di atas dalam buku yang tertentu;

    [i] Menyediakan Laporan Tahunan dan lain-lain laporan dan maklumat sebagaimana dikehendaki;

    [j] Secara umumnya menjalankan urusan PERKIM dan menjalankan kewajipan yang diarah oleh Majlis Kebangsaan atau Yang Dipertua.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 35 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM36

    PERKARA 25 TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN

    BENDAHARI KEHORMAT

    Bendahari Kehormat hendaklah:

    [a] Menyimpan dengan betulnya buku kira-kira, lejar dan lain-lain akaun sebagaimana yang dikehendaki;

    [b] Menyedia resit-resit, baucer-baucer dan surat-surat sebagaimana yang dikehendaki;

    [c] Menerima dan menyimpan semua wang dalam bank atau dalam badan-badan kewangan yang diakui oleh Kerajaan yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan;

    [d] Menyedia laporan kewangan tiap-tiap bulan;

    [e] Menyedia laporan dan penyata kewangan tahunan dengan menunjukkan akaun sebenar berkenaan dengan pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan mengemukakan untuk diaudit dan selepas itu, membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan;

    [f] Membayar perbelanjaan mengikut arahan atau kelulusan Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan;

    [g] Menyimpan meteri, bon-bon dan lain-lain surat yang berharga dengan selamatnya;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 36 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 37

    [h] Menandatangani baucer dan cek mengikut ketetapan Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

    PERKARA 26 MEMBERI MANDAT KHAS

    Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bolehlah memberi tugas atau mandat

    yang tertentu kepada mana-mana ahli PERKIM.

    PERKARA 27 KEKOSONGAN

    Mana-mana kekosongan luar jangkaan yang berlaku di antara ahli-ahli Majlis Kebangsaan

    bolehlah diisi oleh Majlis itu.

    PERKARA 28 TEMPOH JAWATAN

    Melainkan tempoh yang berlainan ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap ahli Majlis Kebangsaan yang dipilih adalah memegang jawatan sehingga pilihan lain diperbuat di dalam

    Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya.

    PERKARA 29 MENINGGALKAN JAWATAN

    Jawatan seorang ahli Majlis Kebangsaan adalah menjadi kosong :

    [a] Jika ia memberi notis meletakkan jawatannya bertulis kepada Yang Dipertua atau Setiausaha Agung Kehormat;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 37 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM38

    [b] Jika ia berhenti menjadi ahli PERKIM;

    [c] Jika ia tidak hadir tiga [3] kali berturut-turut Mesyuarat Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Yang Dipertua pada masa itu, melainkan jika ia memberi alasan yang memuaskan sebagai sebab ianya tidak hadir kepada Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

    PERKARA 30 MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN

    Dengan tertakluk kepada Perlembangaan, Majlis Kebangsaan bolehlah membuat peraturan mesyuarat dan kerja untuk Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan dan peraturan itu hendaklah dibentangkan dalam suatu Mesyuarat

    Agung.

    PERKARA 31 KUORUM

    Lapan [8] orang ahli Majlis Kebangsaan adalah menjadi kuorum bagi Majlis Kebangsaan.

    PERKARA 32 UNDI

    Soalan-soalan yang timbul dalam mana-mana mesyuarat Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah diputuskan dengan kelebihan suara undi. Jika undi sama bilangannya, maka Pengerusi atau ahli yang mempengerusikan

    mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 38 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 39

    PERKARA 33 NOTIS MESYUARAT

    Mesyuarat Majlis Kebangsaan hendaklah lazimnya diadakan tidak kurang daripada dua [2] kali setahun dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua [2] bulan di pejabat berdaftar PERKIM atau di alamat lain sebagaimana Yang Dipertua arahkan. Sesuatu mesyuarat boleh dipanggil oleh Setiausaha Agung Kehormat atas permintaan Yang Dipertua dengan memberi notis tujuh [7] hari kepada ahli-ahli. Ketinggalan dengan tidak sengaja memberi notis mesyuarat kepada atau tidak menerima notis itu oleh mana-mana ahli tidaklah akan membatalkan mana-mana usul atau kerja atau keputusan yang diambil pada mana-

    mana mesyuarat.

    PERKARA 34 PERJALANAN MESYUARAT

    Yang Dipertua atau dalam ketiadaannya Timbalan atau Naib Yang Dipertua yang dinamakan atau Naib Yang Dipertua yang terkanan sekali hadir, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Kebangsaan. Jika dalam mana-mana mesyuarat Yang Dipertua, Timbalan atau Naib Yang Dipertua tidak hadir dalam masa lima belas [15] minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih mana-mana ahli yang hadir menjadi Pengerusi.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 39 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM40

    PERKARA 35 MINIT MESYUARAT

    Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Kecil Kebangsaan dan Jawatankuasa Kecil- Jawatankuasa Kecil hendaklah menyediakan minit-minit mesyuarat dan minit itu selepas disahkan hendaklah diedarkan kepada semua Ahli Majlis yang lain melainkan keputusan lain dibuat

    oleh Yang Dipertua.

    PERKARA 36 KUASA-KUASA MAJLIS

    Sesuatu mesyuarat Majlis Kebangsaan di mana ada kuorum hendaklah layak menjalankan semua kuasa-kuasa dan budi bicara di bawah Perlembagaan ini yang pada masa ini ditetap hak kepada Majlis

    Kebangsaan dengan amnya.

    PERKARA 37 KUASA-KUASA MENERUSKAN MAJLIS KEBANGSAAN

    Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam badan itu; dengan syarat bahawa jika ahli-ahli Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan itu pada bila-bila masa terkurang bilangannya daripada lapan [8] orang maka adalah sah bagi mereka bertindak sebagai Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kuasa Kerja Kebangsaan bagi maksud mengisikan kekosongan dalam badan itu atau memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Majlis, tetapi

    bukanlah kerana lain-lain maksud.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 40 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 41

    PERKARA 38 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL

    [1] Majlis Kebangsaan boleh melantik Jawatankuasa Kecil-Jawatankuasa Kecil bagi maksud menjalankan kewajipan yang tertentu dan dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini, boleh mewakilkan mana-mana kuasanya kepada Jawatankuasa-jawatankuasa itu sebagaimana yang ia fikir layak, tidaklah apa-apa yang terkandung dalam ini mencegah Majlis menama atau melantik mana-mana ahli PERKIM berkhidmat dalam Jawatankuasa tersebut.

    [2] Mana-mana jawatankuasa yang dibentuk itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan-arahan Majlis Kebangsaan. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini yang mengaturkan mesyuarat-mesyuarat dan peraturan mesyuarat Majlis Kebangsaan hendaklah dengan pindaan yang sesuai dipakai kepada sesuatu Jawatankuasa yang dilantik itu.

    PERKARA 39 SAHNYA PERBUATAN MAJLIS KEBANGSAAN ATAU JAWATANKUASA KECIL-JAWATANKUASA

    KECIL

    Semua perbuatan dan keputusan yang diambil dengan kejujuran dalam mana- mana mesyuarat Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan, atau oleh mana-mana ahli yang

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 41 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM42

    bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan, walau apa pun didapati kemudiannya cacat dalam pelantikan Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa atau mana-mana orang atau ahli Majlis Kebangsaan yang bertindak sebagaimana tersebut di atas, atau didapati kemudiannya mereka itu atau salah satu daripada mereka itu tidak berkelayakan semasa mereka dilantik atau telah menjadi tidak berkelayakan hendaklah menjadi sah seolah-olah Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa atau orang atau ahli Majlis Kebangsaan itu telah dilantik dengan sempurnanya dan berkelayakan mengambil tindakan.

    PERKARA 40 PENYIARAN

    Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan boleh mengatur bagi penyiaran dengan apa-apa cara yang mereka fikir patut melalui statistik, kertas-kertas, risalah-risalah, majalah dan lain-lain media yang difikirkan oleh Majlis Kebangsaan mungkin mengembangkan tujuan-tujuan PERKIM dan boleh melantik seorang Pegawai Perhubungan Raya yang akan bertangungjawab bagi memberi apa-apa maklumat

    bagi pihak PERKIM dan Bahagian dan Cawangan.

    PERKARA 41 GABUNGAN DENGAN LAIN-LAIN BADAN

    41.1 Majlis Kebangsaan boleh menetapkan syarat-syarat bagi menerima gabungan dengan mana-mana badan yang ditubuh dengan sah di sisi undang-undang dan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 42 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 43

    mempunyai tujuan yang sama atau hampir sama dengan mana-mana tujuan PERKIM untuk bergabung dengan PERKIM.

    41.2 Perjanjian dengan badan-badan gabungan bolehlah dikaji semula dari semasa ke semasa oleh PERKIM dan badan-badan gabungan berkenaan bagi tujuan mengelak atau menghapuskan apa-apa percanggahan (sama ada secara nyata atau tersirat) antara mana-mana peruntukan di dalam perjanjian gabungan tersebut dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau juga bagi tujuan membetulkan dan memperbaiki apa-apa keadaan yang tidak saksama yang lahir tanpa diduga daripada pelaksanaan mana-mana bahagian atau peruntukan dalam perjanjian gabungan tersebut.

    PERKARA 42 GANTIRUGI

    Tiap-tiap Ahli Majlis Kebangsaan hendaklah digantirugi dari kumpulan wang PERKIM kerana tanggungan yang dikenakan ke atasnya sebagai seorang Ahli Majlis Kebangsaaan untuk membela dirinya dalam mana-mana perbicaraan sama ada sivil atau jenayah di mana hukuman diberi bagi faedahnya atau ia dibebaskan atau berhubung dengan mana-mana permohonan di mana

    pelepasan telah diberi kepadanya oleh mahkamah.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 43 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM44

    PERKARA 43 PENGGUNAAN PENDAPATAN DAN HARTA

    [1] Pendapatan dan harta PERKIM bilamana pun diambil hendaklah dipakai semata-mata bagi mengembangkan tujuan-tujuan PERKIM sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan ini dan tidaklah mana-mana Bahagiannya dibayar atau dipindah milik, secara langsung atau tidak langsung dengan jalan dividen, bonus, atau apa-apa jalan lain untuk memberi keuntungan kepada ahli-ahli; dengan syarat bahawa tidaklah apa-apa dalam perkara ini mencegah membayar dengan jujurnya saraan kepada mana-mana pegawai, orang gaji atau ahli-ahli PERKIM atau lain-lain orang sebagai balasan kerana khidmat yang mereka lakukan.

    [2] Harta dan kumpulan wang PERKIM hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan, mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan ini atau undang-undang kecil.

    PERKARA 44 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

    [1] Majlis Kebangsaan hendaklah sebelum 31hb. Disember tiap-tiap tahun menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berikut untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 44 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 45

    [2] Perbelanjaan yang dianggarkan hendaklah biasanya tidak melebihi 75% daripada pendapatan yang dianggarkan.

    [3] Semua perbelanjaan hendaklah mengikut anggaran yang diluluskan melainkan dengan khasnya diberi kuasa sebaliknya oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan. Sementara dapat kelulusan anggaran, Majlis Kebangsaan boleh meluluskan perbekalan sementara yang berjumlah tidak lebih daripada satu pertiga [1/3] perbelanjaan yang dianggarkan untuk perbelanjaan berulang-ulang.

    PERKARA 45 CEK-CEK

    [a] Semua cek-cek PERKIM hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Yang Dipertua atau Naib-naib Yang Dipertua atau seorang Ahli Majlis seperti yang diluluskan mengikut ketetapan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

    [b] Sekiranya Bendahari Kehormat tidak dapat menandatangani cek-cek Yang Dipertua hendaklah memilih salah seorang daripada Naib-naib Yang Dipertua untuk menggantikan Bendahari Kehormat selama masa ianya tidak dapat menandatangani cek-cek PERKIM.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 45 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM46

    PERKARA 46 AKAUN BANK

    Wang-wang PERKIM hendaklah disimpan dalam bank atau badan-badan kewangan yang diakui oleh Kerajaan, sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja

    Kebangsaan dari masa ke semasa.

    PERKARA 47 AKAUN

    [1] PERKIM hendaklah menyimpan beberapa kira-kira yang dikehendaki mengikut peraturan kewangan yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan. Kawalan kira-kira ini hendaklah diuruskan oleh seorang Pegawai yang berkelayakan atau firma akauntan yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

    [2] Semua buku kira-kira hendaklah disimpan di pejabat berdaftar PERKIM.

    PERKARA 48 AUDIT AKAUN

    Sekurang-kurangnya sekali setahun Akaun bagi PERKIM Pusat hendaklah diperiksa dan akaun-akaun Pendapatan dan Perbelanjaan hendaklah disah sebagai betul oleh Akauntan yang berkelulusan yang dilantik dengan sahnya oleh Majlis Kebangsaan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 46 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 47

    PERKARA 49 AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN

    Tahun Kewangan bagi PERKIM hendaklah berakhir pada 31 hb. Disember tiap-tiap tahun. Semua Kenyataan Kewangan PERKIM hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

    Satu [1] salinan tiap-tiap akaun dan kunci kira-kira seperti itu yang di audit dengan sahnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan ini, berserta dengan Laporan bagi Majlis Kebangsaan bagi tahun itu hendaklah dihantar empat belas [14] hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan kepada semua wakil-wakil yang akan

    hadir Mesyuarat Agung itu.

    PERKARA 50 METERI

    PERKIM hendaklah mempunyai satu meteri yang disimpan oleh Bendahari Kehormat.

    PERKARA 51 MELETAKKAN METERI

    Bila dibenar oleh keputusan Majlis dan tidak selainnya, meteri kenalah dilekatkan kepada mana-mana suratan atau tulisan oleh Setiausaha Agung Kehormat di hadapan Yang Dipertua atau masa ketiadaannya, salah seorang daripada Naib-

    naib Yang Dipertua.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 47 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM48

    BAB III MESYUARAT AGUNG KEBANGSAAN

    PERKARA 52 JENIS MESYUARAT

    Mesyuarat Agung bagi PERKIM ialah sebagaimana berikut:

    [a] Mesyuarat Agung Tahunan,

    [b] Mesyuarat Agung Luar Biasa.

    PERKARA 53 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    (1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dalam bulan Mei tiap-tiap tahun; atau seberapa cepat yang boleh selepas itu; dengan syarat bahawa tiap-tiap mesyuarat hendaklah diadakan tidak lewat daripada dua belas [12] bulan dari tarikh mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.

    (2) Urusan biasa Mesyuarat Agung Tahunan ialah seperti berikut:

    [a] Meluluskan minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;

    [b] Menerima Laporan Tahunan;

    [c] Melulus akaun bagi tahun yang berakhir 31hb. Disember yang telah lepas;

    [d] Memilih Ahli Majlis Kebangsaan bagi tahun berikut, jika perlu;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 48 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 49

    [e] Melulus anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berikut;

    [f] Membincangkan hal-hal lain yang mana notis yang sah telah diberi.

    PERKARA 54 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    Notis Mesyuarat Agung yang tidak kurang daripada dua puluh satu [21] hari hendaklah diberi kepada Setiausaha Bahagian menyatakan tempat, tarikh dan waktu mesyuarat dan dalam hal urusan khas hendaklah menyatakan juga jenis am urusan itu. Ketinggalan dengan tidak sengaja memberi notis mesyuarat itu atau tidak menerima notis itu oleh mana-mana Bahagian tidaklah membatalkan apa apa usul yang diluluskan atau perjalanan yang

    dijalankan dalam mana-mana mesyuarat.

    PERKARA 55 BENTUKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    [1] Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah terdiri dari Majlis Kebangsaan dan wakil-wakil dari Bahagian-Bahagian.

    [2] Tiap-tiap Bahagian berhak menghantar [selain daripada Pengerusi dan Setiausaha Kehormat atau wakil-wakil mereka] wakil-wakil yang dipilih atas dasar seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh [50] orang ahli Bahagian yang telah menjelaskan yuran; dengan syarat jumlah wakil untuk satu-satu Bahagian itu tidak melebihi sepuluh [10] orang.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 49 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM50

    [3] Tiap-tiap orang yang berhak hadir hendaklah mempunyai satu [1] undi.

    [4] Sekiranya mana-mana Bahagian tidak dapat menghantar perwakilannya dengan sepenuhnya menurut perenggan dua [2] di atas maka bolehlah Bahagian itu memberi proksi sebanyak satu [1] undi kepada seorang wakil Bahagian tersebut di Mesyuarat Agung.

    [5] Tiap-tiap proksi hendaklah mengikut borang tertentu yang dilulus oleh Jawatankuasa Bahagian dan ditandatangani oleh Pengerusinya.

    [6] Wakil-wakil yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Tahunan bagi Bahagian-Bahagian dan nama-nama mereka hendaklah diberitahu kepada Setiausaha Agung Kehormat tidak kurang daripada tujuh [7] hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan [Kebangsaan].

    PERKARA 56 KUORUM

    [1] Tidaklah boleh apa-apa urusan dijalankan dalam mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan melainkan ada cukup kuorom;

    [2] Bagi semua maksud, kuorum hendaklah tidak kurang daripada sepuluh [10] orang ahli Majlis Kebangsaan hadir dengan sendirinya dan tidak kurang daripada setengah bilangan wakil-wakil yang berhak hadir pada tarikh

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 50 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 51

    mesyuarat itu atau sepuluh [10] orang wakil yang mana kurang.

    PERKARA 57 TANGGUHAN ATAU PEMBATALAN

    Jika sekiranya dalam masa setengah (1/2) jam dari waktu yang ditetapkan bagi mengadakan suatu Mesyuarat Agung Tahunan, masih tidak ada cukup kuorom, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada tempat, masa dan hari yang sama dalam minggu yang berikutan atau pada mana-mana tempat yang lain sebagaimana yang akan ditetapkan oleh Pengerusi Mesyuarat dan jika dalam mesyuarat yang ditangguh itu kuorum masih tidak ada dalam masa setengah (1/2) jam dari waktu yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat itu, ahli-ahli yang hadir hendaklah menjadi kuorum.

    PERKARA 58 NOTIS TANGGUHAN MESYUARAT

    [1] Pengerusi boleh dengan persetujuan mana-mana mesyuarat yang mana ada cukup kuorum, menangguh mesyuarat dari masa ke masa, dan dari satu tempat ke satu tempat sebagaimana mesyuarat itu ditetapkan. Jika pada bila-bila masa mesyuarat perlu ditangguhkan selama sepuluh [10] hari atau lebih, notis bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah diberi sama caranya dengan notis bagi mesyuarat yang asal itu. Kecuali dalam keadaan sebagaimana yang tersebut di atas, wakil-wakil tidaklah berhak menerima apa-apa notis lain atau notis berkenaan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 51 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM52

    dengan urusan yang hendak dijalankan dalam mesyuarat yang ditangguhkan itu.

    [2] Tidaklah boleh urusan dijalankan dalam mesyuarat tangguhan selain daripada urusan yang mungkin dijalankan dalam mesyuarat yang ditangguhkan itu.

    PERKARA 59 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

    [1] Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan pada bila-bila masa oleh Majlis Kebangsaan dalam mana-mana keadaan yang tersebut di bawah ini:

    [a] Bila difikirkan perlu oleh Yang Dipertua atau

    [b] Di atas permohonan bertulis oleh tidak kurang daripada satu pertiga [1/3] bilangan ahli-ahli Majlis Kebangsaan dengan menyebutkan sebab-sebab memanggil mesyuarat itu, atau

    [c] Di atas permohonan daripada tidak kurang daripada lima [5] wakil yang mewakili sekurang-sekurangnya lima [5] Bahagian dengan memberi sebab-sebab mengadakan mesyuarat itu.

    [2] Cuma perkara-perkara yang dibangkit dengan khasnya sahaja untuk mesyuarat itu boleh dibentangkan bagi perbincangan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 52 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 53

    [3] Kuorum bagi mesyuarat itu ialah satu pertiga [1/3] daripada jumlah bilangan ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

    [4] Sekurang-kurangnya notis sepuluh [10] hari diberi sebelum mesyuarat itu diadakan.

    [5] Jika tidak cukup kuorum dan mesyuarat itu dipanggil atas permohonan oleh wakil-wakil di bawah perenggan 1 [c] di atas, Pengerusi hendaklah membatalkan mesyuarat itu.

    [6] Jika mesyuarat itu dipanggil atas permohonan oleh Yang Dipertua atau oleh ahli-ahli Majlis Kebangsaan tetapi bilangan ahli-ahli yang hadir terkurang dari cukup kuorum maka Pengerusi hendaklah menangguhkan mesyuarat itu kepada tarikh lain yang hendaklah ditetapkan dalam masa tujuh [7] hari selepas itu tetapi tidaklah lebih dari empat belas [14] hari. Pada mesyuarat yang ditangguhkan itu jika kuorum masih tidak cukup dalam masa setengah [1/2] jam selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu, ahli-ahli yang hadir hendaklah menjadi kuorum.

    PERKARA 60 PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP

    [1] Majlis Kebangsaan dengan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung hendaklah melantik daripada kalangan ahli-ahli PERKIM yang layak seorang Pengerusi Tetap bagi mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 53 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM54

    atau Mesyuarat Agung Luar Biasa selama tempoh tidak lebih dari tiga [3] tahun.

    [2] Majlis Kebangsaan dengan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung hendaklah juga melantik seorang ahli yang lain sebagai Timbalan Pengerusi Tetap bagi tempoh tidak lebih dari tiga [3] tahun untuk menggantikan Pengerusi Tetap pada bila-bila masa Pengerusi Tetap tidak dapat hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat.

    [3] Majlis Kebangsaan hendaklah mengatur supaya disusun peraturan-peraturan Mesyuarat Agung dan peraturan-peraturan itulah yang dijadikan panduan kepada Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

    PERKARA 61 CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

    Cara membuat keputusan berkenaan apa-apa usul atau perkara lain dalam Mesyuarat Agung hendaklah dengan cara mengangkat tangan melainkan pungutan undi atau undi sulit dibenarkan oleh Pengerusi atas permintaan tidak kurang daripada lima [5] ahli yang hadir dan berhak mengundi. Suatu perakuan oleh Pengerusi mesyuarat itu bahawa suatu perkara atau usul telah diterima oleh lebih suara yang tertentu, hendaklah menjadi muktamad dan suatu catatan sedemikian dalam minit mesyuarat ini hendaklah menjadi keterangan yang muktamad berkenaannya, tanpa membuktikan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 54 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 55

    lagi bilangan atau kadar-kadar undi yang dicatat

    sebagai menyokong atau membantah usul itu.

    PERKARA 62 CARA PUNGUTAN UNDI

    Jika suatu pungutan undi diminta maka ia hendaklah diambil dalam mesyuarat itu dan mengikut cara sebagaimana Pengerusi mesyuarat itu diarahkan, dan keputusan pungutan undi itu hendaklah disifatkan menjadi keputusan mesyuarat.

    PERKARA 63 UNDI PEMUTUS

    Jika berlaku bilangan undi sama, sama ada dalam cara menunjukkan tangan atau dalam pungutan undi, Pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai satu undi tambahan atau undi pemutus.

    PERKARA 64 PROKSI

    Cuma proksi yang tersebut dalam perenggan 55 sahaja sah dalam mana-mana Mesyuarat Agung dan proksi dan penggunaannya hendaklah dikawalkan mengikut peraturan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan.

    PERKARA 65 NOTIS USUL

    Notis usul atau urusan am yang akan dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat agung hendaklah diberi dengan bertulis kepada Setiausaha Agung Kehormat sekurang-kurangnya empat belas [14] hari sebelum tarikh mesyuaratnya.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 55 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM56

    PERKARA 66 MINIT-MINIT MESYUARAT AGUNG

    Minit-minit Mesyuarat Agung yang diluluskan oleh Pengerusi berkenaan hendaklah disediakan dan salinan-salinan diedar kepada Bahagian selepas sahaja diadakan Mesyuarat Agung.

    PERKARA 67 UNDANG-UNDANG KECIL [KEBANGSAAN]

    Majlis Kebangsaan boleh dari masa ke semasa, membuat undang-undang kecil sebagaimana ia berpendapat perlu bagi menjalankan urusan, kegiatan, tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan PERKIM dan Bahagian-bahagiannya dan boleh pada mana-mana masa pun dengan cara yang serupa, membatal atau meminda mana-mana undang-undang kecil yang pada masa ini berkuatkuasa, dan undang-undang kecil itu atau pembatalan atau pindaan itu hendaklah terikat ke atas ahli-ahli PERKIM dan hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya, dengan syarat notis untuk undang-undang kecil itu atau pembatalan atau pindaan itu hendaklah diberi dengan cara bertulis kepada Bahagian-bahagian Negeri dua puluh [20] hari sebelum ia berkuatkuasa dan dalam tempoh itu bolehlah mana-mana Bahagian dengan notis membuat bantahan kepada Setiausaha Agung Kehormat.

    PERKARA 68 PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

    [1] Tiadalah apa-apa perubahan, pindaan, atau tambahan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini melainkan dalam Mesyuarat Agung

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 56 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 57

    Tahunan atau dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa dan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga [2/3] daripada bilangan ahli-ahli yang hadir.

    [2] Sebarang pindaan kepada Perlembagaan Pertubuhan yang diluluskan hendaklah mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Malaysia sebelum didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

    [3] Mana-mana perubahan, pindaan atau tambahan hendaklah kuatkuasa selepas sahaja mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan Malaysia Barat.

    [4] Mana-mana cadangan meminda Perlembagaan hendaklah bertulis dan dikemukakan kepada Setiausaha Agung Kehormat tidak kurang daripada sepuluh [10] hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 57 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM58

    BAB IV PERKARA-PERKARA BAHAGIAN

    PERKARA 69 PENUBUHAN BAHAGIAN-BAHAGIAN

    PERKIM Pusat boleh menubuh Bahagian-bahagian dalam Malaysia:

    [a] Di atas permohonan sekurang-kurangnya sepuluh [10] orang Islam yang tinggal dalam sebuah negeri di mana sesuatu Bahagian belum lagi ditubuhkan; dan

    [b] Bila difikirkan perlu oleh Majlis Kebangsaan.

    PERKARA 70 JAWATANKUASA BAHAGIAN

    [1] Suatu Jawatankuasa Bahagian hendaklah mengandungi:

    [a] Pengerusi;

    [b] Dua [2] Naib Pengerusi;

    [c] Setiausaha Kehormat;

    [d] Penolong Setiausaha Kehormat;

    [e] Bendahari Kehormat;

    [f] Tidak lebih dari lapan [8] ahli-ahli lain;

    [g] Tidak lebih dari dua [2] orang Tokoh Agama Islam yang dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Bahagian;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 58 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 59

    [h] Tidak lebih dari empat [4] orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi;

    [i] Dua [2] orang wakil Wanita yang dilantik oleh Jawatankuasa Wanita PERKIM.

    [2] Ahli-ahli yang bertanding untuk jawatan 1 [a], [b] dan [f] hendaklah dari calon-calon Cawangan mengikut Perkara 139 [2].

    PERKARA 71 KUASA-KUASA JAWATANKUASA BAHAGIAN

    Adalah layak bagi sesuatu Mesyuarat Jawatankuasa yang ditubuhkan dengan sahnya, di mana ada cukup kuorum, menjalankan semua kuasa-kuasanya dan budi bicara mengikut Perlembagaan ini bagi maksud pentadbiran Bahagian itu.

    PERKARA 72 TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN JAWATANKUASA BAHAGIAN

    Bagi maksud mengajar dan menabur kepercayaan Islam Jawatankuasa Bahagian hendaklah:

    [1] Mengada, menjalan dan menguruskan tempat pelajaran dan darjah-darjah bagi pelajaran agama dan akademik, mencetak dan mengeluarkan buku-buku, risalah-risalah dan kertas-kertas dalam perkara agama Islam termasuk theology dan menjalankan kajian di atas kehendak-

    kehendak semua golongan kaum;

    [2] Mengada, mengurus dan menjalankan pusat-pusat pengajian dan sosial Islam;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 59 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM60

    [3] Membantu Majlis Kebangsaan mengeluarkan buku-buku, majalah-majalah dan risalah-risalah untuk disebar kepada orang-orang ramai;

    [4] Mengambil langkah yang perlu untuk melawan perbuatan subversif kepada kepercayaan Islam dan memperbaiki kesusahan disebabkan oleh perbuatan itu;

    [5] Mencari wang bagi maksud khairat dan memberi bantuan kewangan atau lain-lain bentuk bantuan mengikut prinsip Islam yang telah diamalkan;

    [6] Menjalankan lain-lain tugas dan kewajipan sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Kebangsaan dari masa ke semasa untuk memajukan tujuan-tujuan am PERKIM;

    [7] Mengutip wang yang PERKIM berhak sama ada atas kira-kira yuran atau lain-lain bayaran dan juga bertanggungjawab atas wang itu kepada Majlis Kebangsaan;

    [8] Mengguna segala ikhtiar mencari wang bagi maksud-maksud PERKIM di mana yuran-yuran tidak mencukupi untuk menjelas perbelanjaan;

    [9] Mengawasi dan mengarahkan perjalanan Cawangan-cawangan dan bertanggungjawab atas hal ehwal kewangannya.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 60 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 61

    PERKARA 73 HAD KUASA BAHAGIAN

    Kecuali dibenar dengan amnya atau dengan khasnya dalam Perlembagaan ini, mana-mana Bahagian tidaklah berkuasa mencagarkan kredit PERKIM atau atas kredit mana-mana pegawai dan tidaklah PERKIM atau mana-mana pegawai-pegawainya bertanggungjawab kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana Bahagian atau

    mana-mana pegawainya.

    PERKARA 74 TANGGUNGJAWAB PENGERUSI SETIAUSAHA

    KEHORMAT DAN BENDAHARI KEHORMAT

    [1] Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa Cawangan dalam Bahagian itu.

    [2] Setiausaha Kehormat hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran pejabat Setiausaha Bahagian dan tatatertib pekerja-pekerja dan orang-orang gaji Bahagian itu. Kewajipan yang ditentukan bagi Setiausaha Agung Kehormat hendaklah dengan disesuaikan dipakai kepada Setiausaha Kehormat berkenaan dengan hal ehwal Bahagian.

    [3] Bendahari Kehormat hendaklah bertanggungjawab bagi segala hal ehwal kewangan bagi Bahagiannya. Kewajipan yang

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 61 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM62

    ditentukan bagi Bendahari Kehormat Majlis Kebangsaan hendaklah dengan disesuaikan dipakai kepada Bendahari Kehormat berkenaan dengan hal ehwal Bahagian.

    PERKARA 75 MEMBERI MANDAT KHAS

    Jawatankuasa Bahagian bolehlah memberi tugas atau mandat yang tertentu kepada mana-mana

    ahli Bahagian.

    PERKARA 76 KEKOSONGAN

    Mana-mana kekosongan luar jangkaan yang berlaku di antara ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian

    boleh diisikan oleh Jawatankuasa itu.

    PERKARA 77 TEMPOH JAWATAN

    Melainkan tempoh yang berlainan ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap ahli Jawatankuasa Bahagian yang dipilih adalah memegang jawatan sehingga pilihan lain diperbuat

    di dalam Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya.

    PERKARA 78 MENINGGALKAN JAWATAN

    Jawatan seseorang ahli Jawatankuasa Bahagian adalah menjadi kosong:

    [a] Jika ia memberi notis bertulis kepada Pengerusi atau Setiausaha;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 62 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 63

    [b] Jika ia berhenti menjadi ahli PERKIM;

    [c] Jika ia tidak hadir tiga [3] kali berturut-turut mesyuarat Jawatankuasa Bahagian tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengerusi pada masa itu, melainkan jika ia boleh memberi alasan yang memuaskan sebagai sebab ianya tidak hadir kepada Jawatankuasa Bahagian.

    PERKARA 79 MESYUARAT JAWATANKUASA BAHAGIAN

    Dengan tertakluk kepada Perlembagaan ini, Jawatankuasa Bahagian boleh bermesyuarat bagi menjalankan urusan dan menangguh atau dengan jalan lainnya mengatur mesyuarat-mesyuarat

    mereka sebagimana mereka fikir patut.

    PERKARA 80 KUORUM

    Mana-mana lima [5] ahli Jawatankuasa Bahagian yang ditubuhkan dengan sahnya hendaklah menjadi

    kuorum.

    PERKARA 81 UNDI

    Soalan-soalan yang timbul dalam mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian hendaklah diputus dengan kelebihan suara undi. Jika undi sama bilangannya maka Pengerusi atau ahli yang mengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 63 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM64

    PERKARA 82 NOTIS MESYUARAT

    Jawatankuasa Bahagian hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua [2] bulan dan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian boleh pada bila-bila masa dipanggil oleh

    Setiausaha Kehormat atas permintaan Pengerusi.

    PERKARA 83 PENGERUSI MESYUARAT

    Pengerusi atau dalam ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Bahagian. Jika dalam mana-mana mesyuarat Pengerusi atau Naib Pengerusi tidak hadir dalam masa lima belas [15] minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih salah seorang

    daripada mereka menjadi Pengerusi.

    PERKARA 84 MINIT-MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

    BAHAGIAN

    Jawatankuasa Bahagian hendaklah menyimpan minit-minit bagi perjalanan semua mesyuarat bagi Bahagian itu dan juga bagi Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Kecil dan bagi semua urusan yang dijalankan dalam mesyuarat-mesyuarat itu dan mana-mana minit mesyuarat seperti itu jika ditandatangani oleh Pengerusi dalam mesyuarat yang berikut hendaklah menjadi bukti yang muktamad tanpa bukti lain lagi bagi nyataan-nyataan yang tersebut dalamnya. Satu [1] salinan

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 64 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 65

    minit-minit seperti itu hendaklah dikemukakan

    kepada Setiausaha Agung Kehormat.

    PERKARA 85 JAWATANKUASA KECIL-JAWATANKUASA

    KECIL BAHAGIAN

    Jawatankuasa Bahagian boleh melantik atau menubuh Jawatankuasa Kecil bagi maksud-maksud yang tertentu, dari antara mereka sendiri atau ahli-ahli Bahagian itu mengikut undang-undang kecil yang berkuatkuasa pada masa itu bagi maksud tugas yang tertentu. Mana-mana Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan itu hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa Bahagian. Mesyuarat itu dan perjalanan mana-mana Jawatankuasa Kecil itu hendaklah diketuai oleh ahli yang telah diberi mandat khas yang dilantik oleh Jawatankuasa itu dan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan ini untuk mengatur Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian setakat mana ia terpakai dan setakat mana ia tidak digantung oleh mana-mana peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bahagian tersebut.

    PERKARA 86 SAHNYA PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN

    JAWATANKUASA KECIL BAHAGIAN

    Semua perbuatan-perbuatan yang dilakukan dengan jujurnya oleh mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Bahagian atau mana-mana Jawatankuasa Kecil atau mana-mana orang yang bertindak sebagai

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 65 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM66

    seorang ahli Jawatankusa Bahagian seperti itu, walaupun didapati selepasnya bahawa ada suatu kecacatan dalam pelantikan Jawatankuasa Bahagian itu, atau mana-mana orang atau ahli-ahli Jawatankuasa itu yang bertindak sebagaimana tersebut di atas atau mana-mana daripada mereka tidak layak pada masa mereka dilantik ataupun telah menjadi tidak layak, hendaklah sah seolah-olah Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Kecil atau ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian telah dilantik

    dengan sahnya dan berkelayakan bertindak.

    PERKARA 87 URUSAN BAHAGIAN YANG DIJALANKAN OLEH JAWATANKUASA BAHAGIAN

    Semua urusan Bahagian hendaklah dijalankan oleh Jawatankuasa Bahagian yang boleh menjalankan semua kuasa PERKIM dan semua tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh PERKIM, dan yang tidak dikehendaki mengikut Perlembagaan ini, dijalankan dalam Mesyuarat Agung atau oleh Majlis Kebangsaan dengan tertakluk walau bagaimanapun kepada Perlembagaan ini dan undang-undang kecil lain yang mungkin ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. Tidaklah undang-undang kecil itu akan menyebabkan tidak sah apa-apa perbuatan Jawatankuasa Bahagian yang harus menjadi sah jika undang-undang kecil itu tidak dibuat.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 66 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 67

    PERKARA 88 KUASA-KUASA MENERUSKAN JAWATANKUASA

    BAHAGIAN

    Sesuatu Jawatankuasa Bahagian boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam badan itu; dengan syarat bahawa jika ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian itu pada bila-bila masa terkurang bilangannya daripada lima [5] orang, maka adalah sah bagi mereka bertindak sebagai ahli Jawatankuasa Bahagian bagi maksud mengisikan kekosongan dalam badan itu atau memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Bahagian itu, tetapi bukanlah

    kerana lain-lain maksud.

    ]PERKARA 89 GANTIRUGI

    Tiap-tiap ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah digantirugi dari kumpulan wang PERKIM kerana tanggungan yang dilakukan olehnya sebagai ahli Jawatankuasa Bahagian bagi membela mana-mana perbicaraan sama ada sivil atau jenayah di mana keputusan diberi untuk faedahnya [atau ia dibebaskan] atau berhubung dengan mana-mana permohonan di mana suatu pelepasan telah diberi

    kepadanya oleh mahkamah.

    PERKARA 90 KUMPULAN WANG

    Harta dan kumpulan wang Bahagian yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Kebangsaan hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Bahagian itu mengikut undang-undang kecil yang

    dibuat oleh Majlis Kebangsaan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 67 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM68

    PERKARA 91 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

    [1] Jawatankuasa Bahagian hendaklah sebelum 31hb. Disember tiap-tiap tahun menyedia Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi Bahagian itu dan Cawangan-Cawangan di bawahnya bagi tahun berikut untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

    [2] Perbelanjaan yang dianggarkan hendaklah biasanya tidak melebihi 90% dari pendapatan yang dianggarkan bagi Bahagian itu.

    [3] Semua perbelanjaan hendaklah mengikut anggaran-anggaran yang diluluskan melainkan diberi kuasa selainnya dengan khas oleh Jawatankuasa Bahagian. Sementara mendapat kelulusan anggaran, Jawatankuasa Bahagian boleh melulus perbekalan sementara yang tidak lebih satu pertiga [1/3] daripada perbelanjaan yang dianggarkan untuk menjelaskan perbelanjaan yang berulang-ulang.

    PERKARA 92 CEK-CEK

    [1] Semua cek-cek yang dikeluarkan oleh Bahagian hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Pengerusi atau Naib Pengerusi Bahagian itu atau seorang ahli Jawatankuasa Bahagian mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bahagian itu.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 68 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 69

    [2] Sekiranya Bendahari Kehormat tidak dapat menandatangani cek-cek, maka Pengerusi hendaklah memilih salah seorang daripada Naib-Naib Pengerusi untuk menggantikan Bendahari Kehormat selama masa ianya tidak dapat menandatangani cek-cek PERKIM.

    PERKARA 93 AKAUN BANK

    Semua wang Bahagian hendaklah disimpan di dalam Bank atau badan-badan kewangan yang diakui oleh Kerajaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Bahagian dari masa ke masa melainkan sejumlah wang yang dikehendaki diguna bagi perbelanjaan

    segera.

    PERKARA 94 AKAUN

    [1] Jawatakuasa Bahagian hendaklah menyebabkan supaya disimpan dengan betul dan secukupnya akaun berkenaan dengan:

    [a] Harta, kredit dan tanggungan-tanggungan bagi Bahagian itu dan Cawangan-cawangan di bawahnya mengikut arahan Majlis Kebangsaan;

    [b] Wang yang diterima dan dibelanjakan oleh Bahagian itu dan Cawangan-cawangan di bawahnya dan perkara-perkara berkenaan dengan pendapatan dan perbelanjaan itu.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 69 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM70

    [2] Buku dan rekod Bahagian yang berhubung dengan akaun kewangan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar bagi Bahagian itu.

    PERKARA 95 AUDIT AKAUN

    Sekurang-kurangnya sekali setahun akaun bagi Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan hendaklah diperiksa dan akaun-akaun pendapatan dan perbelanjaan hendaklah disah sebagai betul oleh Akauntan yang berkelulusan yang dilantik

    dengan sahnya oleh Jawatankuasa Bahagian.

    PERKARA 96 AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN

    Tahun kewangan bagi sesuatu Bahagian hendaklah berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun, dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh sehingga tarikh itu bersama-sama dengan kunci kira-kira bagi tempoh yang sama, hendaklah dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian. Satu [1] salinan bagi tiap-tiap akaun dan kunci kira-kira seperti itu yang diaudit dengan sahnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan ini, beserta dengan laporan tahunan bagi tahun itu hendaklah dihantar tidak kurang daripada tujuh [7] hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan bagi Bahagian itu, kepada semua ahli-ahli yang namanya adalah dalam Daftar Ahli-ahli Bahagian yang berhak menerima notis mesyuarat itu mengikut cara yang mana notis-notis itu diarah

    supaya diserahkan.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 70 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 71

    PERKARA 97 METERI

    Bahagian-Bahagian PERKIM hendaklah mempunyai satu meteri yang disimpan oleh

    Bendahari Kehormat.

    PERKARA 98 MELETAKKAN METERI

    Bila dibenar oleh keputusan Jawatankuasa Bahagian dan tidak selainnya, meteri kenalah dilekatkan kepada mana-mana surat atau tulisan oleh Setiausaha Kehormat di hadapan Pengerusi

    atau masa ketiadaannya, Naib Pengerusi.

    PERKARA 99 DAFTAR AHLI-AHLI

    Daftar ahli-ahli hendaklah disimpan dan diselenggarakan oleh Setiausaha Kehormat di tempat atau tempat-tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Bahagian dari masa ke masa. Daftar itu hendaklah menunjukkan jenis keahlian ahli-ahli Bahagian itu dan tarikh tiap-tiap seorang

    itu menjadi ahli.

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 71 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM72

    MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN

    PERKARA 100 TEMPAT MESYUARAT

    Dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan itu, Mesyuarat-mesyuarat Agung bagi Bahagian hendaklah diadakan pada waktu dan tempat yang

    ditetapkan oleh Jawatankuasa Bahagian.

    PERKARA 101 MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN - JENIS MESYUARAT

    Mesyuarat Agung bagi Bahagian-bahagian ialah seperti berikut:

    [a] Mesyuarat Agung Tahunan;

    [b] Mesyuarat Agung Luar Biasa.

    PERKARA 102 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    [1] Badan yang tertinggi sekali dalam sesuatu Bahagian ialah Mesyuarat Agung Tahunan yang hendaklah diadakan sebelum akhir bulan Mac tiap-tiap tahun.

    [2] Agenda bagi mesyuarat itu ialah :

    [i] Meluluskan minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;

    [ii] Menerima laporan tahunan bagi Bahagian itu;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 72 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 73

    [iii] Meluluskan akaun bagi tahun yang berakhir 31hb. Disember yang telah lepas;

    [iv] Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian setiap dua [2] tahun sekali. Jawatan-jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha dan Bendahari Kehormat boleh dilantik oleh Pengerusi Bahagian dari kalangan ahli-ahli PERKIM yang berdaftar di dalam Bahagian yang berkenaan;

    [v] Memilih ahli-ahli audit bagi tahun berikut;

    [vi] Melantik perwakilan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan;

    [vii] Melulus anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berikut;

    [viii] Membincangkan lain-lain hal yang mana notis yang sah telah diberi;

    PERKARA 103 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    Notis Mesyuarat Agung yang tidak kurang daripada dua belas [12] hari hendaklah diberi kepada Ahli-ahli Bahagian yang berhak menerima notis, dengan menyatakan tempat, tarikh dan waktu mesyuarat dan jika untuk urusan khas, dengan menyatakan jenis am urusan itu. Tertinggalnya dengan tiada sengaja memberi notis mesyuarat itu kepada atau tidak diterimanya notis itu oleh mana-mana

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 73 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM74

    ahli tidaklah akan menjadi tidak sah mana-mana usul yang diluluskan atau perjalanan mana-mana

    mesyuarat.

    PERKARA 104 BENTUKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

    [1] Mesyuarat Agung hendaklah terdiri dari Jawatankuasa Bahagian dan wakil-wakil dari Cawangan-cawangan.

    [2] Tiap-tiap Cawangan berhak menghantar wakil-wakil terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha Kehormat atau wakil-wakil mereka dan wakil-wakil dipilih atas asas seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh [50] orang ahli dengan syarat jumlah wakil dari satu-satu Cawangan tidak lebih dari sepuluh [10] orang.

    [3] Wakil-wakil untuk menghadiri Mesyuarat Agung Bahagian hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung dari Cawangan-cawangan dan nama-nama mereka hendaklah diberitahu kepada Setiausaha Kehormat Bahagian tidak kurang daripada tujuh [7] hari sebelum Mesyuarat Agung Bahagian.

    [4] Tiap-tiap orang yang berhak hadir hendaklah mempunyai satu [1] undi.

    PERKARA 105 KUORUM

    [1] Tidaklah boleh apa-apa urusan dijalankan dalam mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan melainkan ada cukup kuorum;

    BUKU PERLEMBAGAAN PERKIM 2019 Nw size.indd 74 25/09/2019 10:03 AM

  • PERLEMBAGAAN PERKIM 75

    [2] Bagi semua maksud, kuorum dalam sesuatu Mesyuarat Agung Tahunan ialah sebanyak dua puluh [20] orang ahli perwakilan Cawangan-cawangan termasuk ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berdasarkan kepada PERKARA 104.

    PERKARA 106 TANGGUHAN ATAU PEMBATALAN

    Jika sekiranya dalam masa setengah [1/2] masa jam dari waktu yang ditetapkan bagi mengadakan Mesy