Permainan Batu Seremban Mempunyai Cara Bermainnya Yang Tersendiri

download Permainan Batu Seremban Mempunyai Cara Bermainnya Yang Tersendiri

of 4

description

pj

Transcript of Permainan Batu Seremban Mempunyai Cara Bermainnya Yang Tersendiri

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.Buah Satu:*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.Buah Dua:*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.Buah Tiga:*Buah tiga ada sedikit perbezaan.*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.Buah Empat:*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.Buah Enam:*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.Buah Tujuh:*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.Buah Lapan:*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gusTimbang:*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.*Tangkap batu seremban yang ada di tanganBatu yang dapat ditangkap = 1 mataBatu yang dijatuhkan = 0 mataSelepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.Tamat Permainan:Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan tradisional ini digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

KOGNITIF: 1) Berlaku proses pemerhatian, pengulangan dan pengiraan yang cekap. 2) Cekap memahami aturan permainan. 3) Peningkatan kemahiran manipulatif spt melambung, menyambut dan mengambil buah. 4) Lebih fokusSOSIAL: 1) Bekerjasama 2) Semangat kesukanan. 3) Erat silaturahim. 4) Memahami peraturan bermainEMOSI: 1) Kesabaran. 2) Bertolak ansur. 3) Motivasi