Permainan bola tampar

5
PERMAINAN BOLA TAMPAR Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan ( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig) dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan yang baik. Permainan Bola Tampar / peraturan Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi, dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah 9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan 50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm. Menyediakan badan untuk permainan Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan. Latihan untuk mengerakkan peredaran darah 1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling gelanggang. Latihan Fleksibeliti Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7 saat .

Transcript of Permainan bola tampar

Page 1: Permainan bola tampar

PERMAINAN BOLA TAMPAR

Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai

kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran

menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang

sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat

menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih

terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan

( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig)

dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan

yang baik.

Permainan Bola Tampar / peraturan

Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang

pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi,

dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m

dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah

9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan

50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm.

Menyediakan badan untuk permainan

Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu

melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan

kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi

penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk

mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan.

Latihan untuk mengerakkan peredaran darah

1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling

gelanggang.

Latihan Fleksibeliti

Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam

melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7

saat .

Page 3: Permainan bola tampar

Penting: Semasa melakukan gerakan ini, jika anda merasai kesakitan dimana-

mana bahagian anggota - berjumpa dengan pakar perubatan atau doktor dengan

segera

Page 4: Permainan bola tampar

Peraturan Dan Undang-

Undang Permainan

Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas

Dimenesi

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dandengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya

sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-

kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan

belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.

Permukaan Permainan

Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.

Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan

sintetiksahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan olehFIVB.

Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang

bolehmenyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain diatas permukaan yang kasar atau licin.

Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna

cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yangberlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .

Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untukpengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal

tidakdibenarkan

Pengiraan mata

Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan.Jika pasukan yang

menerima servis memenangi satu rali,pasukan mendapat servis dan juga satu

Page 5: Permainan bola tampar

mata.Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5set (Bestof5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set

keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,iaitu set kelima,ia dimainkan dengan kiraan mata

rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan,pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

Putaran Servis

Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain diposisi 2 berputar keposisi 1 untuk membuat

servis,pemain posisi 1 akan berputar keposisi 6 dan seterusnya.

Pertukaran Yang Dibenarkan

Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersiyang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar

jersinya .Digelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadualpertandingan mesti menukar jersinya

Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan

bermaindengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang samabagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul

Pemain Libero

Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB) • Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna

daripada jersi pasukan. • Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asa lapabila bergerak

ke kedudukan hadapan. • Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.