Permainan Kecil (2)

5
Tajuk: Bola tampar kanak-kanak Pengenalan: Permainan kecil terbahagi kepada 4 jenis iaitu permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/dinding dan serangan/kawasan. Kesemua kategori permainan ini melibatkan tiga kemahiran dalam pergerakan asas iaitu kemahiran lokomotor, bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Permainan kategori pukulan melibatkan kemahiran memukul untuk mendapatkan markah. Dalam permainan bola tampar kana-kanak ini, peserta akan mengeluarkan bola dan memukul menggunakan tangan ke arah gelanggang lawan untuk menaikkan pungutan mata. Kemahiran lokomotor yang terdapat dalam permainan kecil ini adalah seperti melompat, berlari, melonjak dan sebagainya. Sementara itu, kemahiran bukan lokomotor yang juga boleh didapati dalam permainan ini adalah seperti membongkok, menolak dan mengelak. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memanipulasi alatan apabila melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengayun, melambung dan menyambut Matlamat: Permainan bola tampar kanak-kanak ini direka untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid sekolah rendah terhadap sukan ini. Selain itu, permainan ini adalah berkonsepkan pukulan. Permainan kategori ini membolehkan pemain memukul bola untuk mendapatkan mata. Justeru, aktiviti ini sedikit-sebanyak memberikan pengalaman sebenar kepada murid-murid untuk merasai sukan ini yang telah disesuaikan dengan peringkat umur mereka. Dengan adanya aktiviti permainan kecil ini, secara tidak langsung ia mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif: i) Mendedahkan murid-murid tahap 1 dengan asas permainan bola tampar.

Transcript of Permainan Kecil (2)

Page 1: Permainan Kecil (2)

Tajuk:

Bola tampar kanak-kanak

Pengenalan:

Permainan kecil terbahagi kepada 4 jenis iaitu permainan kategori sasaran,

pukulan, jaring/dinding dan serangan/kawasan. Kesemua kategori permainan ini

melibatkan tiga kemahiran dalam pergerakan asas iaitu kemahiran lokomotor, bukan

lokomotor serta manipulasi alatan.

Permainan kategori pukulan melibatkan kemahiran memukul untuk

mendapatkan markah. Dalam permainan bola tampar kana-kanak ini, peserta akan

mengeluarkan bola dan memukul menggunakan tangan ke arah gelanggang lawan

untuk menaikkan pungutan mata. Kemahiran lokomotor yang terdapat dalam

permainan kecil ini adalah seperti melompat, berlari, melonjak dan sebagainya.

Sementara itu, kemahiran bukan lokomotor yang juga boleh didapati dalam

permainan ini adalah seperti membongkok, menolak dan mengelak. Peserta juga

dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memanipulasi alatan apabila

melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengayun, melambung dan menyambut

Matlamat:

Permainan bola tampar kanak-kanak ini direka untuk memberikan pendedahan awal

kepada murid-murid sekolah rendah terhadap sukan ini. Selain itu, permainan ini

adalah berkonsepkan pukulan. Permainan kategori ini membolehkan pemain

memukul bola untuk mendapatkan mata. Justeru, aktiviti ini sedikit-sebanyak

memberikan pengalaman sebenar kepada murid-murid untuk merasai sukan ini yang

telah disesuaikan dengan peringkat umur mereka. Dengan adanya aktiviti permainan

kecil ini, secara tidak langsung ia mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

berbeza dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Objektif:

i) Mendedahkan murid-murid tahap 1 dengan asas permainan bola tampar.

ii) Melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat

keputusan secara bijaksana sewaktu permainan berlangsung.

Page 2: Permainan Kecil (2)

iii) Mencetus minat dan keinginan dalam diri murid-murid untuk mendalami

ilmu tentang bola tampar.

iv) Menanamkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab

sewaktu permainan dijalankan.

v) Melahirkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat dalam

permainan ini.

vi) Menggalakkan mereka untuk menyertai sukan ini pada masa hadapan.

Tarikh:

14 Oktober 2009

Jangka Masa:

10 minit

Tempat:

Gelanggang Badminton IPGM Kampus Sultan Mizan

Kumpulan Sasaran:

Murid tahap 2 (tahun 5)

Bilangan peserta:

10 orang (1 kumpulan mempunyai 5 pemain)

Page 3: Permainan Kecil (2)

Panduan pelaksanaan permainan

i) Jawatankuasa kerja

Ketua Penasihat : En. Lokman b. Saadon

Penasihat : 1) En. Yaacob B. Ibrahim

2) Cik Tan Geek Sin

Pengerusi : Zarina bt. Othman

Naib Pengerusi : Putih Fairuz Hanna Bt. Mohd Jamil

Ahli jawatankuasa :

AJK keselamatan : 1) Norizan Bt. Abdullah

2) Muhammad Kameel Bin Md Zukery

AJK peralatan : 1) Sharifah Hazwani Bt Syed Ab Rahim

2) Nur Jasmin Bt Ab Halim

AJK kawasan : 1) Mohamad Faiz Bin Mohamad Hassan

ii) Senarai nama peserta

1. ____________________________________________

2. ____________________________________________

3. ____________________________________________

4. ____________________________________________

5. ____________________________________________

6. ____________________________________________

7. ____________________________________________

8. ____________________________________________

9. ____________________________________________

10.____________________________________________

Page 4: Permainan Kecil (2)

iii) Senarai semak:

a) Sebelum

Aspek Ada/tiada Catatan

Keadaan gelanggang berada

dalam keadaan baik

Bilangan peserta mencukupi (10

orang)

Alatan permainan tersedia dengan

rapi

Peti pertolongan cemas

b) Semasa

Aspek Ada/tiada Catatan

Peraturan dan syarat permainan

diikut oleh para peserta

Peserta dalam keadaan baik

c) Selepas

Aspek Ada/tiada Catatan

Keadaan gelanggang selepas

permainan berada dalam keadaan

baik

Alatan disimpan di tempat yang

diambil

iv) Senarai alatan

a) Bola

b) Gelanggang

Page 5: Permainan Kecil (2)

c) Jaring

v) Prosedur pelaksanaan permainan

a) Pelan kedudukan pelaksanaan

b) Langkah-langkah pelaksanaan permainan

c) Peraturan dan syarat-syarat permainan