PERMAINAN SUKANEKA

download PERMAINAN SUKANEKA

of 5

description

b

Transcript of PERMAINAN SUKANEKA

PERMAINAN SUKANEKA1. SHAOLIN SOCCER

Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang. Peserta perlu berlari ke garisan permulaan stesen seperti jarak yang ditetapkan.

Setiap pasukan dibekalkan sebiji bola. Peserta dikehendaki menendang bola secara terbalik dengan menggunakan tumit kaki ke arah kon yang disediakan.

Setelah bola ditendang, peserta dikehendaki memungut kembali bola yang ditendang tadi dan berpatah balik untuk peserta seterusnya.

Setiap pasukan boleh melakukan seberapa banyak ulangan mengikut urutan sehingga masa tamat iaitu selama 2 minit.

Setiap bola yang mengenai kon akan diberikan 1 mata.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. CHARLIE CHAPLIN

Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang. Peserta perlu berlari ke garisan permulaan stesen seperti jarak yang ditetapkan.

Peserta dikehendaki memegang payung dengan sebelah tangan dan mengepit sebiji bola di antara lutut seterusnya berjalan sehingga ke garisan penamat dan berpatah balik untuk diserahkan kepada peserta seterusnya.

Setiap pasukan perlu mengikut urutan peserta untuk melakukan aktiviti dan mana-mana pasukan yang tamat dahulu dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

3. TEMAN TAPI MESRA Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Peserta perlu berada di garisan permulaan yang ditetapkan.

Pasangan pertama perlu mengikat kaki dan berlari sehingga pada garisan yang ditetapkan dan berpatah balik untuk diteruskan oleh pasangan seterusnya.

Ikatan yang terbuka hendaklah diikat semula dan dimulakan di tempat ia terbuka.

Pasukan yang tamat dahulu dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

4. CHICKEN LITTLE

Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Setiap peserta dikehendaki mengikat sebuah kotak di pinggangnya dan diletakkan di bahagian belakang.

3 biji bola pingpong akan dimasukkan ke dalam kotak dan peserta akan cuba mengeluarkan bola tersebut tanpa menggunakan tangan. Setelah bola pingpong berjaya dikeluarkan, peserta akan berpatah balik ke tempat permulaan untuk memberikan kotak kepada peserta yang lain.

Setiap pasukan boleh melakukan seberapa banyak ulangan mengikut urutan sehingga masa 5 minit tamat.

Pasukan yang paling banyak ulangan dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

5. BALINGAN MAUT

Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Peserta perlu berlari dari garisan permulaan ke tempat yang disediakan dengan membawa sebiji bulu tangkis. Peserta perlu membelakangkan sasaran balingan (baldi) dan mula membaling.

Setiap bulu tangkis yang berjaya masuk dalam sasaran akan diberikan 1 mata.

Setiap pasukan boleh melakukan seberapa banyak ulangan dalam masa yang ditetapkan iaitu 3 minit mengikut urutan peserta.

Keputusan pengadil adalah muktamad.6. PECAH BELON

Setiap pasukan perlu memecahkan belon mengikut urutan peserta.

Pasukan yang berjaya membuat 3 pusingan terdahulu dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

7. BOLA GERGASI Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Peserta mesti berada di zon permulaan dan menggolek bola besar dengan menggunakan bahagian belakang badan dan mengelilingi kon yang disediakan dan berpatah balik untuk diserahkan kepada peserta seterusnya. Pasukan yang selesai membuat giliran terdahulu dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.8. PANCING BOTOL

Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Setiap peserta perlu memancing botol dengan menggunakan kail yang disediakan.

Botol yang berjaya dikail disimpan dalam pasukan dan disambung oleh peserta seterusnya.

Pasukan yang berjaya mendapatkan botol paling banyak dikira sebagai pemenang.

Masa diberikan adalah 3 minit.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

9. MENARA CAWAN Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Peserta dikehendaki bersedia di garisan permulaan yang disediakan.

Setiap peserta dikehendaki berlari sambil membawa satu cawan kertas dan meletakkannya di dalam gelung. Peserta seterusnya dikehendaki berlari dengan membawa cawan dan membuat susunan membentuk satu menara di dalam gelung tersebut.

Pasukan yang berjaya membina menara paling tinggi dikira sebagai pemenang.

Masa diperuntukkan adalah 3 minit.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

10. SUSUN BATA Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang.

Peserta dikehendaki berlari ke garisan permulaan yang disediakan.

Peserta perlu bergerak ke garisan penamat dengan menggunakan 3 biji bata tanpa menjejak kaki ke tanah.

Setelah sampai ke penamat, peserta perlu menyerahkan bata kepada rakan lain untuk meneruskan permainan.

Pasukan yang paling pantas selesai membuat giliran dikira sebagai pemenang.

Keputusan pengadil adalah muktamad.