Permainan TGfU

download Permainan TGfU

of 4

description

ppg

Transcript of Permainan TGfU

PERMAINAN MEMANASKAN BADAN lompat si katak lompatArahan1) Apabila isyarat Mula diberi, peserta no 1 berlari ke hadapan dan melompat (dua belah kaki) dari satu gelung ke gelung yang lain sehingga gelung yang terakhir.2) Dari gelung itu, dia akan melompat keluar dan terus berlari ke tempat asal. 3) Sambil melintas garisan dia akan mencuit tapak tangan peserta no 2.4) Dengan itu peserta no 2 pun meneruskan perlumbaan itu.5) Kumpulan yang selesai lebih awal dikira sebagai pemenang.

8.2Tarik Bola Api

Peraturan : Pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan besar. Setiap kumpulan besar diagihkan kepada 2 kumpulan kecil. Satu kumpulan berada di sebelah kanan dan satu kumpulan berada di sebelah kiri. Guru menentukan jarak sepanjang 30 meter dan meletakkan skitel di kiri (A) dan kanan (B) sebagai penanda. Guru memberikan arahan.1. Murid dikehendaki berlari dengan menarik bola menggunakan gelung rotan dari A ke B secara berganti-ganti.2. Kumpulan yang terlebih dahulu menamatkan aktiviti dikira sebagai pemenang.

PERMAINAN KECIL HOKINAMA PERMAINAN: Jaring Pundi KacangALATAN: Kayu hoki, jaring gol, kon dan pundi kacang.BILANGAN PEMAIN:3 orang setiap kumpulan.

OBJEKTIF:-Melatih kemahiran dalam menyerang dengan menggunakan kayu hoki.-Melatih kemahiran dalam pertahanan sepertimana posisi penjaga gol di tempat gol.-Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap dalam sesuatu permainan.

ORGANISASI :a.Bahagikan dua kumpulan.b.Setiap kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang.c.Salah seorang ahli dari kumpulan lawan menjaga tempat gol.d.Meletakkan dua kon dengan jarak 2 meter.e.Jarak antara kon tersebut pula 1 meter.f.Tempat memukul bola hoki adalah 1.5 meter daripada kon tersebut.

CARA BERMAIN:1.Kumpulan telah dibahagikan kepada dua: Kumpulan A dan Kumpulan B.2.Kumpulan A akan memulakan permainan manakala salah seorang daripada Kumpulan B akan menjaga tempat gol.3.Ahli Kumpulan A akan bergilir-gilir memukul pundi kacang dengan menggunakan kayu hoki.4.Mereka hendaklah memukul pundi kacang melalui laluan daripada kon tersebut untuk sampai kepada tempat gol.5.Jika pundi kacang berjaya dimasukkan, kumpulan B akan mengambil pundi kacang tersebut dan mengejar ahli kumpulan B.6.Jika kumpulan A berjaya membaling pundi kacang tersebut kepada ketiga-tiga ahli kumpulan A, maka kumpulan A dikira kalah.7.Kemudian, permainan akan diteruskan dengan giliran kumpulan B untuk memukul pundi kacang tersebut.

8.Permainan akan dimainkan dengan tiga kali pusingan untuk menentukan Pemenang.