Permainan Tradisional_tuju Selipar
-
Upload
suraini-kamis -
Category
Documents
-
view
125 -
download
12
description
Transcript of Permainan Tradisional_tuju Selipar
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
1.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa yang
diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak ternilai harganya.
Arus permodenan telah mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan
terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-
permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman
dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,
didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang
tersendiri.
Pada masa kini, tidak hairanlah kerana semakin ramai generasi muda masa kini tidak
mengetahui cara menaikkan wau ataupun cara memangkah gasing. Di samping itu,
generasi muda masa kini juga langsung tidak pernah tahu akan kewujudan permainan-
permainan seperti galah panjang dan tibau.
Sesungguhnya, zaman telah berubah maka selaras dengan perubahan itu banyak nilai-
nilai baru yang dibawa dalam kehidupan kita, Cara kita bergaul, menguruskan masa,
beriadah dan berhibur semuanya berlainan, berbanding zaman nenek moyang kita.
oleh sebab itu, permainan-permainan yang begitu popular pada masa lalu begitu sukar
dilihat pada zaman sekarang.
Sebenarnya, permainan-permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui aleh nenek mayang kita. Permainan-permainan itu
bukan sekadar dijadikan alat hiburan semata-mata, malah ikatan kemasyarakatan juga
banyak bergantung kepadanya. Misalnya sikap suka bergotong-royong menjalankan
kegiatan ekonomi, ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara
keramaian dan juga liburan, Lantaran resam yang demikianlah maka kita mendapati
banyak permainan tradisional yang dipertandingkan secara berpasukan.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan itu adalah satu perkara biasa. Apa
yang lebih penting, semangat kerjasama dan muhibah antara ahli-ahli suatu pasukan,
dan antara pasukan-pasukan dapat terus terpupuk. Secara khususnya, asas penting
yang menjaminkan kesinambungan permainan tradisianal pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Rata-rata, kegiatan harian, musim dan
tahunan daripada individu ke individu tidak banyak yang berbeza. Ini membolehkan
mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari. kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Secara keseluruhannya,
permainan tradisional yang terkenal pada zaman dahulu terbahagi kepada dua iaitu
permainan tradisional orang dewasa dan permainan tradisional kanak-kanak.
1.1 PERMAINAN TRADISIANAL ORANG DEWASA
Pada zaman dahulu, sudah menjadi kemestian bagi orang dewasa apabila turun ke laut
ataupun ke sawah maka seluruh tenaga ditumpukan pada pekerjaan iaitu mencari
rezeki dengan bersungguh-sungguh. Namun demikian, bekerja ada hadnya. Apabila
musim menuai padi berakhir, pesawah mempunyai banyak masa terluang menjelang
tibanya musim menanam yang seterusnya. Begitu juga dengan nelayan apabila tiba
musim tengkujuh. Tempoh peralihan antara musim inilah yang banyak digunakan untuk
mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah
kampung, penduduk kampung-kampung yang berdekatan turut berkunjung untuk
mengambil bahagian, atau sekadar menonton. Suasana pesta di padang permainan
boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil
bahagian. Antara permainan tradisional orang dewasa adalah seperti wau, gasing, laga
ayam, angguk burung ketitir, laga lembu, kerbau, tibau, sepak raga dan ahalau.
Maka tidak hairanlah mengapa permainan tradisianal juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Kebanyakan permainan tradisianal orang dewasa dijalankan dengan cara
bertanding. Melalui pertandingan, para pemain dapat membentuk unsur-unsur positif
seperti mematuhi peraturan dan arahan ketua, bersabar, bertolak-ansur dan
bekerjasama. Namun begitu, ada beberapa jenis permainan tradisianal yang nyata
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
membawa unsur-unsur negatif. Contohnya. pertandingan melaga lembu atau
menyabung ayam.
Pertandingan ini bukan sekadar menyeksa binatang-binatang itu tetapi turut
menimbulkan gejala buruk seperti menggalakkan perjudian. Perjudian pula sering
disusuli oleh perasaan dendam-mendendam dan kadangkala pergaduhan. Permainan
tradisional orang dewasa juga lebih ‘berat’ berbanding permainan tradisional kanak-
kanak. Permainan-permainan itu tidak dapat dilangsungkan secara spontan dan pada
bila-bila masa, Sesetengah alat permainan misalnya gasing, mesti dihasilkan oleh
tukang yang mahir. Permainan menimang bola sepak raga pula memerlukan
pergerakan yang tangkas dan berukur, yakni sesuatu yang dikaitkan dengan bakat.
Dalam persekitaran yang moden khususnya di bandar, permainan-permainan
tradisional orang dewasa bukan sahaja tidak praktis tetapi juga sudah hilang daya
tarikannya. Kekecualiannya ialah sepak raga, permainan yang terus popular dengan
nama sepak takraw setelah corak dan peraturan permainannya diubahsuaikan.
Permainan-permainan tradisional yang lain tidak terus dilupakan, Di kawasan
pedalaman, pertandingan dan pertunjukan permainan tradisional masih diadakan,
biarpun cuma sekali-sekala. Tiada pihak yang mahu warisan nenek moyang kita itu
pupus. Oleh sebab itu, kerajaan melalui agensi-agensinya kerap menganjurkan pesta
kebudayaan dan permainan tradisional, Selain daripada menjaga warisan, usaha
demikian dapat dijadikan tarikan kepada pelancong untuk melawat ke negara kita.
Hakikat bahawa Penerbangan Malaysia memilih wau kucing sebagai lambangnya
sudah cukup untuk membayangkan betapa warisan itu dititikberatkan.
1.2 PERMAINAN TRADISIONAL KANAK-KANAK
Permainan tradisional kanak-kanak tidak banyak yang masih dimainkan. Tempat-
tempat yang masih kuat dan kukuh akan kebudayaan tradisinya berjaya
mempertahankan beberapa jenis permainan kanak-kanak itu. Di tempat-tempat lain,
permainan moden seperti domino, monopoli, video game dan sebagainya telah mencuri
hati kanak-kanak.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Permainan tradisional tercipta bertujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan
menghabiskan masa luang mereka agar tidak mengganggu orang dewasa yang sedang
bekerja. Selain itu, permainan tradisional secara tidak langsung mengajar kanak-kanak
tentang tatacara berkawan dan bekerjasama. Mereka berlatih menangani
tanggungjawab serta mematuhi arahan ketua. Ini dengan sendirinya memupuk
semangat muhibah. yang menjadi tonggak kemasyarakatan zaman nenek moyang kita.
Permainan-permainan tradisional ini tidak diketahui penciptanya, Tetapi jika para
pencipta itu diberikan hakcipta seperti amalan semasa berkemungkinan sesetengah
daripada mereka boleh mencapai status jutawan. Begitulah meluasnya penerimaan
masyarakat terhadap beberapa jenis permainan tradisional. Permainan tradisional
kanak-kanak dapat dibahagikan seperti berikut:
i. Permainan di luar rumah atau di dalam rumah
ii. Permainan perseorangan atau berkumpulan
iii. Permainan kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan
Pembahagian ini tidak tegas. Bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur
persekolahan, jantina bukanlah sesuatu yang dititikberatkan, Walau bagaimanapun, ibu
bapa sendiri cenderung menggesa anak-anak mereka supaya bermain dengan kawan-
kawan sejantina.
Permainan di luar rumah termasuk sepak bulu ayam, konda-kondi, golek para, jengket,
guli dan sebagainya. Semua permainan ini boleh diadakan di hadapan rumah atau di
padang.
Permainan di dalam rumah biasanya permainan yang diadakan pada waktu malam atau
apabila tiba musim hujan, Kanak-kanak memang suka bermain di luar rumah tetapi
pada waktu-waktu begini mereka tidak bebas keluar.
Seterusnya, permainan di dalam rumah yang popular ialah congkak dan selambut.
Permainan di dalam rumah kebanyakannya permainan perseorangan dan berunsur
nyanyian, pantun dan teka-teki. Nama dan syarat permainan ada yang berbeza dari
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
tempat ke tempat. Begitu juga, ada permainan tradisional yang tidak bermusim dan ada
pula dimainkan mengikut musim. Misalnya, konda-kandi mula menonjol apabila luput
musim guli. Konda-kondi pula disusuli sepak bulu ayam, dan seterusnya. Permainan
mencergaskan jasmani dan rohani kanak-kanak. Sewaktu bermain, terutama
permainan di luar rumah, mereka berlatih menajamkan pancaindera serta
memantapkan pergerakan dan gerak balas otot. Ini boleh membantu proses
tumbesaran kanak-kanak. Daripada segi perkembangan alamiah, kanak-kanak akan
memperkaya perbendaharaan kata. Latihan mengira turut disemai di dalam permainan-
permainan congkak, selambut dan konda-kondi. Permainan ini melatih mereka mengira
secara congak. Selain daripada itu, permainan tradisional boleh mengasah bakat
mereka dalam seni pertukangan tangan serta mengembangkan daya cipta mereka.
2.0 NAMA PERMAINAN
Tuju Selipar
2.1 PENGENALAN PERMAINAN TUJU SELIPAR
Permainan tuju selipar merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang
semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Permainan ini mempunyai banyak
nama iaitu baling selipar bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan di
kawasan sebelah utara dan terdapat juga yang memanggilnya sebagai permainan
bola kaki tiga.
Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang
selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia. Permainan ini tidak terkenal di negara
sejuk seperti United Kingdom dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu
memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi
koma jika kasut dibaling terkena kepala.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
2.2 SEJARAH PERMAINAN TUJU SELIPAR
Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang
Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama
rakan dan taulan.
Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di negara
ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah
Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Permainan ini terkenal di kalangan orang-
orang kampung di kawasan perkampungan orang Melayu. Permainan tradisional ini
juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.
Permainan tuju selipar ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak
Malaysia. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan
hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Tiga selipar
diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk
menjatuhkan. Permainan ini sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika
berkumpul bersama rakan dan taulan.
2.2 OBJEKTIF PERMAINAN TUJU SELIPAR
2.3.1 Dari Segi Intelek
a) Dilatih untuk berfikir secara teratur.
b) Merangsang berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang strategi
semasa hendak menyusun selipar dalam pada masa yang sama mengelak
daripada serangan pihak lawan.
c) Belajar tentang kepentingan keselamatan melalui aktiviti mengelak serangan
pihak lawan.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
2.3.2 Dari Segi Emosi
a) Dapat berkomunikasi dengan baik dan masing-masing akan mematuhi
peraturan permainan.
b) Membantu mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka.
c) Wujudnya suasana kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
d) Membentuk nilai murni seperti sabar, tidak mudah berputus asa dan berani.
2.3.3 Dari segi Fizikal
a) Permainan ini melibatkan pergerakan fizikal atau aktiviti fizikal yang banyak.
Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.
b) Meningkatkan kemahiran fizikal seperti berlari pantas secara tidak langsung
meningkatkan stamina kanak-kanak.
c) Meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah dan melompat melalui
permainan.
7.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
1. Menggunakan kawasan dengan keluasan 5 meter lebar dan 10 meter
panjang.
2. Permainan berlangsung sebaik sahaja wisel ditiupkan setiap kali pusingan
diadakan.
3. Ahli setiap kumpulan akan ditentukan menggunakan kaedah ‘Ooo Som’.
Untuk menentukan kumpulan A atau B.
4. Jumlah pemain dalam permainan ini ialah enam belas orang. Satu pasukan
terdiri daripada lapan orang pemain (kumpulan Mawar Berduri dan Orkid
Berbisa)
5. Empat orang pegawai akan bertugas. (pengadil, pencatat, dokumentasi dan
persegaran).
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
8.0 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN TUJU SELIPAR
( 20 minit untuk satu perlawanan)
Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan.
Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1
kumpulan bertahan (B).
8.1 Peraturan Permainan Tuju Selipar
1. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka
bermain bersama-sama.
2. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan
cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
3. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan
kesemua selipar.
8.2 Peraturan Keselamatan:
1. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan bola adalah dibawah paras
kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan ke arah kepala, pengadil
berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.
2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body
contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
9.0 CARA BERMAIN TUJU SELIPAR
Berikut adalah cara untuk bermain:
1. Tiga selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.
2. Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar bola
yang dipegang ke susunan selipar itu.
3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang
kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk
menjatuhkan selipar itu.
4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat tiga balingan saja.
Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam tiga balingan tersebut, maka
orang itu akan dikira mati.
5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat
balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan bola yang
disediakan.
6. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut
untuk berkedudukan berdiri semula.
7. Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A dari menyusun
selipar itu.
8. Ahli kumpulan B yang memegang bola untuk dibaling kepada kumpulan A
tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum
bergerak.
9. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun,
giliran kumpulan B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada
mana-mana pasukan dalam keadaan ini.
10.Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum
kesemua ahli kumpulan A dimatikan.
11.Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan A sehinggalah kesemua
ahli dimatikan sebelum selipar disusun.
12.Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula
akan membaling sususan selipar tadi.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
10.0 PERALATAN DALAM PERMAINAN TUJU SELIPAR
Terdapat beberapa peralatan yang digunakan dalam permainan tuju selipar ini. Antaranya
adalah seperti yang berikut:
BIL. IMEJ PERALATAN NAMA PERALATAN KUANTITI
1.
Selipar
( disusun tiga)
3 belah
2.
Bola tenis
(menjatuhkan
susunan selipar dan
untuk mematikan
kepada kumpulan
lawan)
1 biji
11.0 PENENTUAN PERMAINAN DAN KIRAAN MATA PEMENANG
Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata. Pemenang dipilih
berdasarkan mata yang banyak dikumpul. Sekiranya kumpulan A berjaya menjatuhkan
kesemua selipar, giliran untuk memulakan permainan adalah milik kumpulan A.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
12.0 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPEAS PELAKSANAAN
12.1 Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan
Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan
1. Mengadakan perbincangan/lantikan jawatankuasa
2. Membuat kertas kerja
3. Menyenaraikan peralatan/menentukan kawasan
4. Bilangan peserta ditentukan
5. Setiap ahli menjalankan tugas sebelum permainan
6. Penetapan syarat-syarat dan peraturan permainan
12.2 Senarai Semak Semasa Pelaksanaan
Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan
1. Senarai semak peralatan
2. Kelangsungan pembahagian peserta
3. Kekemasan dan kesesuaian pakaian
4. Kelancaran acara seperti perancangan
5. Taklimat syarat dan peraturan oleh pengawai
12.3 Senarai Semak Selepas Pelaksanaan
Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan
1. Jumlah alatan yang mencukupi
2. Kekemasan kawasan permainan
3. Pengurusan sampah yang baik
4. Ahli jawatankuasa membuat refleksi
Permainan
5. Post mortem
6. Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
13.0 BORANG PEMARKAHAN
Kumpulan
Pemarkaha
n
Pusingan satu Pusingan dua Pusingan tiga
Selipar yang
berjaya disusun
Selipar yang
berjaya disusun
Selipar yang
berjaya disusun
Kumpulan A
(Mawar Berduri)
Kumpulan B
(Orkid Berbisa)
Jumlah
Pemenang
1
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
14.0 RUMUSAN
Melalui permainan tuju selipar ini, perpaduan dan ikatan silaturrahim dapat
dipereratkan lagi diantara satu sama lain. Sukan tradisional tuju selipar ini boleh
dijadikan sukan rekreasi atau sukan muhibbah di sekolah kelak dan sesuai dimainkan
oleh kanak-kanak terutama murid sekolah rendah. Aktiviti ini juga akan memberikan
keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar
diberi peluang untuk bermain. Oleh demikian, murid-murid akan menjadi lebih seronok
ketika bermain. Secara keseluruhannya, permainan tradisional tuju selipar ini bukan
sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan
semangat kerjasama dan kemahiran bersosial.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang
menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu
cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana
menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu
lancatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-
permainan tradisianal di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-
nilai murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat
internasional antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.
1