permainan wau

download permainan wau

If you can't read please download the document

Transcript of permainan wau

Nama permainan Teraju layang tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

di negeri-negeri lapang bagi kalangan sekitar kurun kelima

sebelah

pantai

barat

semenanjung.

Sebagai

permainan

masa

rakyat

biasa

dan

golongan

istana.

Sejak

zaman-berzaman

belas, ada

wau di

telah

dimainkan

oleh

orang dan

Melayu. langit.

Mereka Wau

telah

mempercayai namanya

kaitan

antara

semangat

angin

ini,

berbeza-beza mengikut (Plakwaaier), China (Fung Jung), Perancis (Cerfvolant), Jerman Jepun (Tako),

negara.

Bagi rakyat Afrika

(Vlieers),

Belgium

Belanda

(Vlieger),

Inggeris

(Kite),

Estonia

(Lohe),

(Drachen),

Indonesia

(Layang-layang),

Itali

(Aquilone),

Korea (Youn),

Malaysia

(Wau

/

Layang-layang), (Saranggola),

Mexico Rusia

(Papalote), (Letchij

Norway (Drage), Portugis zmeij), Serbia (Zmaj), Singapura

(Pipas),

Filipina

(Layang-layang),

Sepanyol

(Cometas),

Sweden

(Drake)

dan Thailand (Wau) Selain itu kemunculan yang diikat pada pada busur tersebut

tapi

maknanya

tetap

sama

iaitu

layang-layang

atau

wau.

nama

wau

juga

dikaitkan

bunyi

yang terhasil

daripada

busur

wau.

Apabila

dinaikkan

ke

udara,

daun ibus

yang

dipasang

akan

menghasilkan

bunyi

wau,

wau, wau

secara

berirama.

Latar belakang Asal-usul

Menurut suatu catatan, wau dipercayai mula dicipta oleh seorang yang bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran Dewa Muda, Dewa Inu atau Masai Kelana Seri Panji.

Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi. Terdapat beberapa dakwaan tentang negara asal wau seperti dari Indonesia, selatan Thailand dan tidak

kurang pula yang mendakwa berasal dari Kelantan. Pada awalnya wau dicipta sebagai lambing kebesaran sesebuah negara. Wau digunakan sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga dikatakan menjadi lambing kejayaan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah Negara ke atas negara lain. Selepas berjaya dalam sesuatu serangan, pesta menyambut kemenangan diadakan

dengan menaikkan wau. Lama kelamaan wau dijadikan salah satu permainan mengisi masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak

3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.

Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila telah besar, bayi

tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik. Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum,

ahli

nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama. Kini, wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa buah

negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan pada

musim kemarau setelah selesai menuai padi. Terdapat dua jenis wau iaitu wau naik dan

wau cantik. Wau naik adalah untuk diterbangkan ke angkasa, manakala wau cantik adalah untuk dijadikan hiasan. Negeri yang mempopularkan permainan ini Kaum / etnik yang terlibat

Dalam satu catatan menyatakan bahawa kaum/etnik yang terlibat dalam permainan wau ialah kaum China.Ini kerana,permainan wau dikatakan berasal dari Negara China seterusnya dipopularkan di Tanah Melayu.Permainan wau akhirnya tersebar meluas di seluruh Negara Malaysia.Pada hari ini,permainan wau turut dimainkan oleh setiap kaum di Malaysia.Permainan ini turut terkenal di seluruh dunia dan menjadi permainan pada waktu lapang. Tujuan dimainkan Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada pelbagai peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya, warnanya dan keasliannya. Di samping itu, Permainan wau bertujuan untuk mempamerkan keindahan sesuatu wau itu. Kadangkala kaca yang telah ditumbukhancur dan dicampurkan dengan gam

kanji disapu kepada benang wau untuk tujuan "merasa", memutuskan benang wau pihak l lawan, kerana wau dari satu kampung berlawanan dengan wau di lain kampung yang berhampiran. Pada masa kini, wau telah diberi perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga

antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak wau telah dicipta dan diselaraskan dengan peredaran kemodenan seperti wau yang berbentuk orang, kereta, kapal berangkai dan ada wau gergasi yang dimainkan dengan memggunakan dua utas tali. Pertunjukan wau telah

mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari sambutan perayaan, pertandingan wau antarabangsa.

Alat-alat yang digunakan Seperti permainan yang lain, wau juga memerlukan pelbagai peralatan untuk menghasilkannya. Ini disebabkan penghasilan wau lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding alat permainan yang lain. Antara alat-alat yang diperlukan ialah:

Buluh Pisau raut Kertas Pensel Pisau kecil Gunting Gam atau pelekat Tali Buluh Buluh merupakan bahan asas yang digunakan membuat wau. Buluh boleh didapati di dalam hutan yang lazimnya berhampiran kawasan kediaman pembuat wau. Hanya buluh yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan seperti buluh betung, buluh minyak dan sebagainya. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih lama bergantung kepada pemilihannya. Semua ini dilakukan mengikut kemahiran si pembuat wau. Pisau raut Pisau raut adalah pisau yang digunakan untuk meraut buluh. Pisau tersebut perlu tajam supaya dapat meraut buluh dengan mudah. Namun harus diingat pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak begitu baik. Justeru itu

penelitian dan kemahiran perlu ada semasa kerja-kerja meraut buluh dijalankan. Kertas Kertas merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau. Kertas berwarna digunakan untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada pelbagai warna sama ada merah, biru, hijau, kuning atau sebagainya. Semua ini bergantung kepada bentuk, jenis atau pilihan si pembuat. Namun begitu pemilihan warna yang sesuai dengan corak ukiran akan melambangkan kemahiran si penghasilnya. Pensel Pensel merupakan peralatan untuk melakar lukisan. Pensel digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di atas kertas warna. Lazimnya pensil yang bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang dihasilkan juga halus dan menarik. Lakaran ini memerlukan kemahiran dan daya imaginasi yang tinggi supaya dapat menghasilkan corak yang menarik dan unik. Pisau kecil Pisau kecil juga memainkan peranan yang cukup penting untuk menghasilkan corak yang cukup menarik. Pisau kecil ini mempunyai mata yang cukup tajam untuk memotong atau

mengguris bentuk corak yang terdapat pada permukaan kertas. Pisau kecil akan dapat

mengguris corak dengan baik, di samping ketelitian si pembuat. Sekirannya tiada kemahiran, corak yang dihasilkan juga tidak akan menarik dan kasar.

Gunting Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan gambar atau corak. Kertas digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas perlu digunting dengan cermat

mengikut saiz rangka wau supaya tidak berlebihan. Oleh itu mata gunting perlu tajam untuk memastikan kehalusan wau tersebut. Gam atau pelekat Gam atau pelekat adalah satu bahan yang digunakan untuk melekatkan kertas warna yang dicorak pada kertas asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik supaya tidak berkedut. Oleh itu, gam digunakan perlu bermutu dan tidak berketul-ketul. Gam juga perlu cair supaya boleh diratakan dengan sempurna. Selain itu, gam juga perlu kuat untuk melekatkan kertas pada bingkai wau. Sekiranya gam yang tidak kuat digunakan, ini sudah pasti akan merosakkan wau tertanggal apabila diterbangkan. Tali Tali adalah kelengkapan terakhir untuk membentuk wau. Tali yang digunakan adalah benang kasar yang mempunyai ketahanan. Tali tersebut mampu menarik wau dengan baik dan tidak mudah terputus. Ini penting disebabkan wau mudah melayang apabila atau mudah

angin bertiup kencang. Cara dimainkan Bagi wau jenis terbang, kepuasan boleh dirasai apabila wau tersebut mampu melakukan penerbangan setinggi beratus-ratus meter. Sebelum diterbangkan, wau perlu mempunyai keseimbangan yang baik dan tidak berat sebelah. Inilah yang menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau tidak. Setelah keseimbangan dipastikan, tugas selanjutnya ialah untuk menaikkan wau

supaya mampu terbang. Biasanya dua orang diperlukan untuk menaikkan wau. Seorang akan memegang tali wau yang digelar juruanjung dan seorang lagi akan membawa wau itu kira-kira 15 hingga 25 meter dari juruanjung dan digelar jurumain tali. Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau dilepaskan dan juruanjung akan

menarik wau sambil berlari-lari anak. Ketika itu wau akan naik kira-kira 20 meter.

Juruanjung akan terus menghulur tali supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi. Lazimnya boleh naik sehingga 600 meter. Setelah melihat wau naik dengan baik, juruanjung akan menambat tali wau

pada

pangkal pokok atau terus memegang tali itu. Juruanjung akan meninggalkan tempat itu

dan menikmati alunan bunyi busar yang dibawa oleh angin dari jauh. Oleh sebab angin adalah faktor penentu sama ada wau boleh naik atau tidak, ini bererti wau perlu dimainkan pada musim yang berangin sahaja. Selain itu, wau pernah dimainkan semasa menyambut Hari Kebangsaan. Wau juga dipertandingkan dan terdapat beberapa pertandingan yang telah dijalankan. Salah satu daripadanya ialah dari segi cara penerbangan yang diukir mengikut sudut darjah wau itu terbang atau arah yang ditetapkan. Wau yang baik imbangannya mampu terbang melawan angin dan menegak sehingga beberapa lama. Terdapat juga pertandingan menjatuhkan wau lain. Setiap wau akan dipasang dengan tali besi tajam pada bahagian bawahnya supaya dapat memutuskan tali wau yang lain.

Wau yang bertali akan cuba menjatuhkan wau yang terbang di sekitarnya. Wau yang dapat dijatuhkan dikira kalah. Cara lain untuk pertandingan wau ialah melekatkan serbuk kaca pada tali supaya menjadi tajam. Apabila berlaku pergeselan antara tali wau pihak lawan, tali wau akan terputus dan jatuh. Bagaimanapun penggunaan serbuk kaca ini telah diharamkan kerana mendatangkan bahaya kepada pemain. Kini terdapat wau yang dimainkan oleh kanak-kanak. Wau dimainkan ketika

diadakan sesuatu majlis atau pertunjukan khas. Bagi permainan layang-layang pula hampir sama dengan permainan wau. Cuma bezanya layang-layang boleh dinaikkan pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan musim berangin. Ini disebabkan layang-layang lebih mudah untuk diterbangkan. Selain itu, layang-layang perlu dinaikkan secara individu. Layang-layang mempunyai saiz yang kecil dan tidak mempunyai rangka atau kertas warna yang menarik. Amat jarang-jarang layang-layang dimainkan dalam sesuatu pesta atau pertunjukkan. Ini disebabkan layang-layang hanya sesuai dimainkan oleh golongan kanak-kanak.