permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi ...

102
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH BATANG PADANG, PERAK TENGAH DAN HILIR PERAK AHMAD ZAIRI BIN HAJI ABAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi ...

PERMASALAHAN PEMBELAJARAN DALAM MATA

PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH

BATANG PADANG, PERAK TENGAH DAN HILIR PERAK

AHMAD ZAIRI BIN HAJI ABAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

PERMASALAHAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DALAM DAERAH BATANG PADANG, PERAK TENGAH DAN

HILIR PERAK

AHMAD ZAIRI BIN HAJI ABAS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2002

iii

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERMASALAHAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH BATANG PADANG, PERAK TENGAH DAN HILIR PERAK

SESI PENGAJIAN: 2001/2002

Saya AHMAD ZAIRI BIN HAJI ABAS

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 31, KAMPUNG SUNGAI DARA, PROF. MADYA DR. AZIZI B. HJ. YAHAYA 35900 TANJUNG MALIM, PERAK. Nama Penyelia Tarikh:_FEBRUARY 2002 Tarikh: FEBRUARY 2002

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisi ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

iv

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan : ……..………….........…...……….

Nama : PROF. MADYA DR. AZIZI B. HJ. YAHAYA

Tarikh : FEBRUARI 2002

v

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : AHMAD ZAIRI BIN HJ. ABAS

Tarikh : FEBRUARI 2002

vi

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Ayahanda Haji Abas Bin Mohd. Nor

&

Bonda Hajah Kalthom Binti Yaakob

Doa, jasa dan pengorbanan kalian sangat bererti buatku.

Semoga diri ayahanda dan bonda dilindungi Allah S.W.T

Dan tidak dilupakan

Keluarga, Pensyarah dan Rakan-Rakan

Sokongan dan pertolongan kalian sangat dihargai, menjadi perangsang demi mengejar

suatu impian dan kejayaan.

vii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T berkat limpah kurnianya dan kepadaNya

jugalah saya memohon petunjuk dan pertolongan dalam pelbagai masalah dalam

mengharungi kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas jujungan Nabi Muhammad

S.A.W. Perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya,

Profesor Madya Dr. Azizi Bin Hj. Yahaya di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan

dorongan serta nasihat yang berterusan sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Kepada Kementerian Pendidikan, Pihak Pentadbiran Universiti Teknologi

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Sekolah yang terlibat, terima kasih

kerana memberi peluang dan kerjasama dalam proses peningkatan ilmu dan profesion

perguruan. Penghargaan terima kasih juga, ditujukan kepada semua pelajar yang terlibat,

yang telah memberi kerjasama dan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas serta

rakan-rakan yang membantu dan memberi kerjasama di sepanjang tempoh penghasilan

projek penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa

kajian ini dijalankan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan ke jalan yang

diredhai Allah S.W.T.

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses pengajian

di gedung ilmu ini, insyallah akan dikenang selama-lamanya.

8

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan demi untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar di masa hadapan. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 121 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah sebagai sampel, meliputi semua pelajar tingkatan empat yang mengikuti mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir negeri Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik berskala Likert yang mencapai tahap kebolehpercayaan tinggi iaitu alpha Cronbach 0.9366 setelah melalui suatu kajian rintis. Data diproses dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 10.0 dengan menghasilkan nilai peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian telah dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar. Antaranya ialah pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji di luar waktu persekolahan, peruntukkan masa serta persediaan awal untuk mempelajari mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah masih kurang mencukupi, sukar untuk mendapatkan bahan rujukan, keadaan fizikal bengkel yang tidak teratur dan selesa, kaedah pengajaran guru yang membosankan dan guru jarang memberi latihan atau ujian. Hasil kajian juga mendapati guru lewat mengembalikan hasil kerja, latihan dan ujian yang telah disemak kepada pelajar dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kurang jelas serta sukar untuk difahami oleh pelajar. Justeru disarankan agar guru serta pihak pentadbiran yang berkaitan lebih peka dengan tahap keberkesanan dan pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah.

9

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify problems face by students in learning Engineering Technology that is to increase their future achievement quality. This research,which was carried out using questionnaires, involved 121 students from three secondary schools. This encompassed all form four students undergoing the Engineering Technology subject in the district of Batang Padang, Tengah and Hilir Perak. Likert scale was used for this research. All questionaires undergoes an Alpha Cronbach reliability test and this pilot test resulted an alpha values of 0.9366. Data was processed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 10.0. Descriptive statistic such as percentage, frequency, mean and standard deviation was used in this research. The research was able to identify a number of problems faced by students in learning the subject. The finding of this research shows that the number of problem were insufficient time for revision, initial preparation to learn, difficulty in obtainning reference materials, lack of workshop, teaching methodology and infrequent exercises and tests on behalf of the teacher. The research also found that teachers were insufficient of time in doing their work such as exercises and tests. It is suggested that teachers as well as appropriate administration to be more alert to the level of efficiency and teaching of Engineering Technology at school.

10

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

11

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Definisi Terminalogi 8

1.8.1 Permasalahan 8

1.8.2 Pembelajaran 9

1.8.3 Mata Pelajaran Teknologi 9

Kejuruteraan

1.8.4 Teknologi Kejuruteraan 9

1.8.5 Pengajaran 10

1.8.6 Sekolah 10

1.8.7 Penutup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Matlamat Kurikulum Teknologi Kejuruteraan 14

2.3 Permasalahan Berkaitan Mata Pelajaran 16

Teknologi Kejuruteraan

2.4 Strategi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 17

Berkesan

12

2.5 Faktor Keberkesanan Pembelajaran Dari Segi 20

Kemudahan, Kelengkapan Dan Persekitaran

2.6 Kaedah, Teknik Dan Alat Bantuan Mengajar 22

2.7 Pengujian Dan Penilaian 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Kandungan Soal Selidik 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Analisis Data 29

3.8 Tatacara Kajian 30

BAB IV DAPATAN DAN ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Dapatan Kajian 32

4.2.1 Penganalisaan Latar Belakang Responden 33

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 41

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 44

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 47

4.2.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 50

4.2.6 Dapatan Persoalan Kajian 5 53

13

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan Kajian 59

5.2.1 Faktor Pengurusan Masa yang Mempengaruhi 59

Tumpuan Pelajar Terhadap Pembelajaran

Teknologi Kejuruteraan

5.2.2 Faktor Kemudahan dan Kelengkapan yang 60

Digunakan Untuk Proses Pembelajaran

Teknologi Kejuruteraan

5.2.3 Pengetahuan dan Kemahiran Guru Dalam 61

Bidang Teknologi Kejuruteraan

5.2.4 Kaedah Pengajaran dan Penyampaian Guru 62

Dalam Proses Pengajaran

5.2.5 Proses Penilaian Dalam Pembelajaran Teknologi 63

Kejuruteraan

5.3 Rumusan 64

5.4 Cadangan 65

5.4.1 Cadangan Kepada Guru-Guru yang 65

Berkenaan

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Pentadbiran yang 67

Berkaitan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

BIBLIOGRAFI 69- 71

LAMPIRAN A – H 72 – 89

14

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kandungan Soal Selidik Bahagian B 28

4.1 Skala Min Tiga Mata 32

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.4 Taburan Responden Mengikut Kaum 35

4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa 35

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Bapa 36

4.7 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 36

4.8 Taburan Peratus Responden yang Tinggal Di Asrama 37

Mengikut Sekolah

4.9 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam 38

Peperiksaan PMR Untuk Mata Pelajaran Matematik

4.10 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam 38

Peperiksaan PMR Untuk Mata Pelajaran Sains

4.11 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Bapa 39

4.12 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik 40

4.13 Taburan Responden Mengikut Cita-Cita Setelah Tamat 40

Persekolahan

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 41

Piawai Bagi Faktor Pengurusan Masa

15

4.15 Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Pengurusan 44

Masa Mempengaruhi Tumpuan Dalam Pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan

4.16 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai 45

Bagi Faktor Kemudahan dan Kelengkapan Untuk Proses

Pembelajaran

4.17 Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Kemudahan dan 46

KelengkapanUntuk Proses Pembelajaran

4.18 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai 48

Bagi Faktor Pengetahuan dan Kemahiran Guru

4.19 Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Pengetahuan dan 49

Kemahiran Guru

4.20 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai 50

Bagi Faktor Kaedah Pengajaran dan Penyampaian Guru

4.21 Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Kaedah Pengajaran dan 53

Penyampaian Guru

4.22 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai 54

Bagi Faktor Proses Penilaian Dalam Pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan

4.23 Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Penilaian Dalam 56

Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

16

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Keputusan SPM Tahun 2000 Bagi Mata Pelajaran 72

Teknologi Kejuruteraan Di Daerah Batang Padang, Tengah

Dan Hilir Perak

B Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian 73-74

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak 75

D Surat Akuan Pelajar dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi 76

Malaysia

E Surat Pengesahan Menggunakan Sampel Untuk Kajian Rintis 77

F Surat Pengesahan Menggunakan Sampel Untuk Kajian Sebenar 78-80

G Borang Soal Selidik 81-87

H Reliability Kajian Rintis 88-89

17

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara kita telah maju begitu pesat daripada sebuah negara mundur berasaskan

sumber pertanian, meningkat kepada sebuah negara yang telah mempelbagaikan bidang

ekonominya kepada sektor perkhidmatan dan perindustrian. Matlamat utama yang patut

kita tujui ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang maju

sepenuhnya menjelang tahun 2020 mengikut cita rasa dan acuan kita sendiri tanpa

meniru mana-mana negara maju lain.

Masyarakat harus menerima hakikat bahawa sains dan teknologi merupakan alat

untuk meningkatkan kesejahteraan, kekayaan dan kualiti hidup bukan sahaja masyarakat

tetapi juga negara. Berdasarkan kepada cabaran keenam wawasan 2020 iaitu, untuk

mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi serta memandang jauh ke depan, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

masa depan. Justeru itu dapatlah dijangkakan perubahan yang sedang dan akan berlaku

terhadap masyarakat kita menjurus kepada matlamat tersebut antaranya dalam aspek

pekerjaan, struktur sosial, kebudayaan, politik, kekeluargaan, pendidikan dan teknologi.

Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong dan

memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu

jasmani, akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk

memperkembangkan individu supaya hidup dengan sempurna serta memperkembangkan

18

bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat

yang berguna.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan di peringkat sekolah menengah atas pada tahun 1996. Matlamat

mata pelajaran ini ialah menyediakan pelajar yang kenalfaham teknologi, produktif,

inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat

berfungsi dalam kehidupan harian dan berinteraksi dengan masyarakat berorientasi

teknologi kita dengan berkesan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan dalam

membangun dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbangi kehendak dan

wawasan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

Menurut Wan Mohd. Zahid bin Wan Nordin, sistem pendidikan negara

memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu. Mendidik manusia menjadi baik bukanlah perkara yang mudah. Manusia

sedemikian tidak boleh dilahirkan dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan

usaha berterusan beerti ‘berusaha terus menerus’. Dalam proses ini tidak harus wujud

sebarang percanggahan yang boleh menggugat usaha membina manusia baik ini (Berita

Harian, Rabu, 16 Februari, 2000).

Ahamad Sipon (New Straits Times, Sabtu, 30 hb.Jun 2001) menyatakan

bahawa:

“The country needs sufficient skilled manpower, especially in this new era, to help propel it towarda developed nation status. Malaysia, for instance,

19

requires 137,200 engineers and 331,700 assistant engineers by 2010 in the chemical, mechanical, electrical, electronic and ather high technology areas like fotonic and nano-technology”.

(m.s 23)

Kenyataan Ahamad Sipon (2001), jelas menunjukkan dalam memfokuskan ke

arah sebuah negara maju, maka pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional

merupakan satu cabang aliran pendidikan yang mampu untuk menampung kehendak

tersebut.

Teknologi Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran teknikal yang baru

dilaksanakan untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah-

menengah akademik sebagai salah satu matapelajaran elektif. Mata pelajaran ini secara

amnya adalah lanjutan daripada komponen kemahiran manipulatif dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup yang diajar di peringkat sekolah menengah rendah.

Di peringkat pelaksanaannya, mata pelajaran ini mula diperkenalkan pada tahun

1996 di dua puluh buah sekolah menengah harian (biasa) dan lima belas buah sekolah

menengah berasrama penuh sebagai perintis, dan matlamat terakhir mata pelajaran ini

akan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah di Malaysia.

Dalam peperiksaaan SPM tahun 2000 (rujuk lampiran A) walaupun peratus

pelajar yang lulus bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang,

Tengah dan Hilir Perak adalah tinggi iaitu masing-masing 95 peratus, 88.2 peratus dan

98.8 peratus namun dari segi kualitinya tidaklah boleh dibanggakan. Peratusan pelajar

yang mendapat kelulusan cemerlang iaitu gred 1A dan 2A hanyalah 3.6 peratus iaitu di

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, mewakili daerah Hilir Perak. Manakala sekolah-

sekolah di daerah Batang Padang dan Tengah Perak pula menunjukkan peratusan

pencapaian pelajar yang lulus pangkat kepujian adalah kurang memuaskan.

Pencapaian pelajar yang tidak begitu cemerlang, membayangkan terdapat sedikit

sebanyak masalah dalam pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan,

20

khususnya masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sesi pembelajaran mata pelajaran

ini.

Mercer dan Mercer (1998), menggariskan masalah pembelajaran di kalangan

pelajar dalam tiga kriteria iaitu kriteria kognitif, kriteria afektif dan kriteria tingkahlaku.

Daripada kriteria-kriteria tersebut, telah digariskan beberapa faktor yang menyebabkan

seseorang pelajar itu mengalami masalah pembelajaran mereka. Antaranya termasuklah

bagi kriteria kognitif iaitu kekurangan aspek kognitif dan metakognitif, pencapaian

akademik yang rendah, masalah penumpuan dan hiperaktif serta kekeliruan. Manakala

bagi kriteria afektif pula masalah pembelajaran disebabkan oleh faktor-faktor seperti

kemahiran sosial yang lemah (interaksi), konsep kendiri yang lemah, motivasi yang

rendah dan tahap emosi. Bagi kriteria tingkahlaku pula masalah pembelajaran pelajar

disebabkan beberapa faktor tingkahlaku seperti tidak mudah menyesuaikan diri,

keruntuhan tingkahlaku dan mudah menyerah kalah.

1.3 Pernyataan Masalah

Masyarakat yang tidak dapat menguasai sains dan teknologi merupakan

masyarakat yang mundur kerana kualiti warganegara adalah merupakan aset kepada

negara. Menurut Syed Jalaluddin Syed Salim dan Rahim M. Sail (Utusan Malaysia,

Sabtu,16 hb. Jun 2001) Pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak

membosankan agar dapat ditanam dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi

mudah dipelajari dan sekali gus memperkukuhkan minat dan sikap positif terhadapnya.

Penyelidik ingin mengkaji apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Dalam menyelidik

masalah pembelajaran di kalangan pelajar, penyelidik juga ingin mengenalpasti kriteria-

kriteria yang menyebabkan seseorang pelajar itu mengalami masalah pembelajaran

dalam pelbagai aspek. Guru yang berdedikasi serta berinovatif pendekatan

21

pengajarannya amatlah perlu diperingkat sekolah menengah, demi meyakinkan pelajar-

pelajar bahawasanya mereka mampu dan boleh menguasai ilmu sains dan teknologi.

Perkara yang agak kritikal di peringkat ini adalah peralatan dan kemudahan yang

mencukupi agar pelajar didedahkan sepenuhnya kepada proses yang betul untuk

menimbailmu sains dan teknologi kejuruteraan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan seperti berikut:

i. Untuk mengenalpasti faktor pengurusan masa yang mempengaruhi

tumpuan pelajar dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan.

ii. Untuk mengetahui kemudahan dan kelengkapan proses pengajaran dan

pembelajaran Teknologi Kejuruteraan.

iii. Untuk mengetahui pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang

Teknologi Kejuruteraan.

iv. Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran guru

dan penyampaian isi pengajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

v. Untuk mengetahui keberkesanan proses penilaian dalam pembelajaran

Teknologi Kejuruteraan.

1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi tumpuan pelajar terhadap

pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?

22

ii. Adakah kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan disediakan dengan sempurna dan digunakan sepenuhnya?

iii. Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

Teknologi Kejuruteraan?

iv. Adakah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan

untuk menyampaikan isi pengajaran Teknologi Kejuruteraan?

v. Adakah proses penilaian dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

dilakukan secara berkesan?

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah-sekolah menengah

akademik di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir Perak, yang mengikuti mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Sekolah yang terlibat ialah, Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Slim River, Sekolah Menengah Kampung Pasir Putih, Ipoh Perak

dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Skop kajian ini hanya mengkaji masalah mengikut persepsi pelajar terhadap

proses pembelajaran yang mereka hadapi berkaitan faktor pengurusan masa, kemudahan

dan kelengkapan, pengetahuan dan kemahiran guru, kaedah pengajaran guru serta proses

pengujian dan penilaian.

Pemilihan lokasi sekolah-sekolah seperti yang dinyatakan adalah berdasarkan

faktor-faktor berikut:-

1.6.1. Sekolah-sekolah di kawasan tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama

atau hampir sama dengan lain-lain sekolah dari segi kurikulum,

23

kemudahan fizikal pembelajaran, tenaga pengajar serta sistem

pengurusan.

1.6.2. Peratusan pelajar dari segi bangsa iaitu Melayu, Cina dan India

menggambarkan atau seakan-akan mewakili populasi seluruh Negara.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk mengenalpasti sejauhmana permasalahan

pembelajaran di kalangan pelajar bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di

sekolah-sekolah menengah. Hasil daripada kajian ini akan dapat dimanfaatkan

khususnya oleh guru-guru yang terlibat bagi mempertingkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dari masa ke semasa. Guru-guru juga

diharap dapat membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik,

berkualiti dan bersesuaian dengan objektif mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Jurang pencapaian prestasi yang berbeza di kalangan pelajar bukan bumiputera

berbanding dengan pelajar bumiputera akan dapat dijadikan garis panduan bagi pelajar

mengetahui strategi pembelajaran yang paling berkesan untuk memperolehi keputusan

cemerlang dalam peperiksaan.

Pihak-pihak lain seperti pihak pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan

Jabatan Pendidikan Negeri, juga boleh menggunakan hasil kajian ini untuk membuat

pemantauan dan perancangan yang perlu bagi mempastikan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dilaksanakan dengan berkesan.

Di samping itu kajian ini juga dapat menjadi sumber rujukan kepada pihak

Kementerian Pendidikan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan kursus-

24

kursus yang berfaedah untuk guru-guru Teknologi Kejuruteraan dalam meningkatkan

kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai matlamat pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

1.8 Definisi Terminalogi

1.8.1 Permasalahan

………. bermaksud sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah, (pelbagai)

masalah atau persoalan. (Kamus Dewan 1991)

Menurut The Oxford English Dictionary (Volume vii):

Permasalahan adalah “Suatu perkara yang meragukan atau suatu

persoalan yang mengukurkan; hal yang berkaitan dengan pertanyaan,

perbincangan atau pemikiran; suatu persoalan melatih kita berfikir”.

Dalam konteks kajian ini penyelidik ingin mengkaji masalah-masalah

yang wujud dan dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran

elektik Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah dalam daerah Batang

Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak.

1.8.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkahlaku manusia yang agak

kekal dan stabil hasil daripada pengalaman atau latihan yang bukan disebabkan

oleh proses pertumbuhan semulajadi. (Mok Soon Sang, 1994).

25

1.8.3 Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Mata pelajaran yang berkaitan dengan suatu pengajian peralatan, mesin, cara

kaedah dan sistem-sistem teknikal serta bagaimana ia berhubungkait dengan

manusia, masyarakat dan alam sekitar.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990).

1.8.4 Teknologi Kejuruteraan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Teknologi Kejuruteraan Tingkatan

Empat, 1993: xiii.

“Mata pelajaran teknik baru untuk Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di

sekolah menengah akademik. Teknologi Kejuruteraan mengandungi rancangan

pengajaran dan pembelajaran serta pengalaman makmal dan projek yang akan

menyediakan pelajar denganpendidikan asas yang berkaitan dengan aspek

industri serta faedahnya”.

1.8.5 Pengajaran

Menurut Sharifah Alwiah Alsagof, pembelajaran ialah aktiviti atau proses.

26

Pengajaran ialah aktiviti, kerana apabila mengajar, aktiviti berikut berlaku.

menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai

aktiviti lain.

1.8.6 Sekolah

Menurut Kamus Dewan (m.s. 1046) ; Sekolah ialah,

“Tempat untuk belajar dan mengajar, tempat untuk menerima dan memberi

pelajaran.

Manakala menurut The Oxford English Dictionary, (Volume ix, m.s. 212) telah

mendefinasikan sekolah sebagai;

a) Suatu tempat yang biasanya kanak-kanak lelaki dan perempuan

menerima pelajaran;

b) Sebuah institusi yang memberikan berbagai jenis pengajaran

sama ada kepada kanak-kanak atau orang dewasa.

1.8.7 Penutup

Pada keseluruhannya di dalam bab 1, penyelidik telah menerangkan beberapa

perkara penting yang merangkumi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian dan

definisi istilah yang digunakan. Penerangan yang dikemukakan adalah menggambarkan

secara terperinci terhadap kajian yang dijalankan.

27

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Malaysia kini sedang menuju ke arah wawasan 2020. Ini bermakna negara kita

akan menjadi sebuah negara maju berasaskan kepada industri moden pada tahun 2020.

Untuk mencapai hasrat ini sektor pendidikan memainkan peranan yang penting bagi

melatih lebih ramai tenaga mahir dan profesional untuk menyertai sektor industri dan

korporat.

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah menggubal Pelan Tindakan

Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal (PTPPTMT), selaras dengan

aspirasi dan cita-cita negara untuk melangkah jauh ke hadapan sebagai sebuah negara

industri yang maju pada masa kini dan akan datang. Ini bertujuan untuk menambahkan

bilangan tenaga kerja dalam bidang teknik dan teknologi yang begitu diperlukan di

dalam sektor perkilangan dan perindustrian.

Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan

keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu

28

strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di

sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di

beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik

dan politeknik. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

Kecemerlangan pencapaian prestasi murid di sekolah bergantung kuat kepada

cara dan kaedah guru membimbing dan mendorongnya dalam amalan pendidikan harian

di sekolah. Para pelajar seharusnya menggunakan kesempatan yang ada bagi

memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek pembelajaran.

Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad dalam

ucapannya telah menggariskan sembilan cabaran dalam menghadapi wawasan 2020.

Satu daripada cabaran itu ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi pada masa depan (dalam Mukhtar, 1994).

Menurut Saedah (1991 dalam Mukhtar, 1994), pula telah menggariskan lima

peranan utama sektor pendidikan bagi memenuhi wawasan 2020. Di antaranya ialah:

i. Membentuk dan melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang

mempunyai nilai-nilai rohani, bermoral tinggi dan bertanggungjawab

ii. Membentuk masyarakat dan generasi penyayang dengan menekan nilai-nilai

murni dalam semua mata pelajaran serta gerakerja ko-kurikulum

iii. Membentuk generasi berpengetahuan dan berkemahiran dalam semua

bidang dalam kehidupan

iv. Mewujudkan masyarakat yang peka kepada sains dan teknologi

v. Melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan professional

Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan secara terperinci mengenai

matlamat mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan seperti yang dikehendaki oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyelidik juga akan mengemukakan persoalan

29

tentang terdapatnya permasalahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan di peringkat sekolah, khasnya di Daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir

Perak.

Dalam bab ini juga akan menerangkan beberapa saranan untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi mempastikan agar matlamat mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan dapat dicapai sepenuhnya.

2.2 Matlamat Kurikulum Teknologi Kejuruteraan

Kurikulum adalah merupakan segala rancangan pendidikan yang dijalankan oleh

sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat

pendidikan. Ia merupakan bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan

mata pelajaran serta segala kegiatan yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran.

Boon Pong Yin dan Ragbir Kaur (1998), telah menggariskan empat ciri-ciri

penting dalam kurikulum iaitu:

i.) Objektif pendidikan yang perlu dicapai oleh sesebuah negara atau sekolah

ii.) Pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dipilih untuk mencapai

objektif yang ditentukan

iii.) Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman-

pengalaman pembelajaran supaya mencapai objektifnya

iv.) Penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan merupakan suatu mata pelajaran yang

baru diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah akademik pada tahun 1996 untuk

pelajar -pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini secara amnya

30

adalah lanjutan daripada komponen kemahiran manipulatif dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup yang diajar di peringkat sekolah menengah rendah.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990),

menggariskan bahawa matlamat mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan bertujuan untuk

menyediakan pelajar yang kenal faham teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta

mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat berfungsi dalam

kehidupan harian dan berinteraksi dengan masyarakat berorientasi teknologi kita dengan

berkesan.

Dalam tempoh dua tahun (tingkatan empat dan tingkatan lima) mempelajari

Teknologi Kejuruteraan, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan lima bidang utama isi

kandungan mata pelajaran ini iaitu bidang-bidang Pembuatan, Pengangkutan dan Kuasa,

Perhubungan, Pembinaan serta bidang Rekabentuk Perindustrian (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1990). Kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan yang

merangkumi lima bidang berkenaan akan disampaikan oleh guru dengan menggunakan

pelbagai kaedah dan pendekatan berpandukan objektif pengajaran yang ditetapkan. Di

samping itu guru-guru juga akan menerapkan nilai-nilai murni dari semasa ke semasa

dalam setiap sesi pengajaran mereka. Dalam pelaksanaan mata pelajaran ini pelajar-

pelajar juga akan didedahkan secara terus, apa yang mereka pelajari di sekolah dengan

situasi sebenar dalam kehidupan harian mereka dan masyarakat.

Hasil daripada dua tahun pengalaman mempelajari Teknologi Kejuruteraan,

pelajar-pelajar berkenaan diharapkan akan menjadi pelajar yang berpengetahuan serta

memahami perkembangan, kepentingan, kesesuaian dan relevannya teknologi. Selain

daripada itu pengalaman pembelajaran Teknologi Kejuruteraan diharap akan menjadikan

pelajar berkenaan manusia yang produktif, inovatif dan kreatif. Nilai-nilai murni yang

diterapkan dalam kurikulum mata pelajaran ini diharapkan akan diamalkan secara

bersepadu oleh pelajar-pelajar dalam kehidupan harian dan dalam interaksi mereka

dengan masyarakat.

31

2.3 Permasalahan Berkaitan Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Menurut Hasnah Ibrahim (1982), (dalam Rohani Mohamad 1999) masalah adalah

merupakan satu perkara biasa di dalam kehidupan seharian, yang berbeza hanyalah

bebanan masalah itu terhadap seseorang individu. Maknanya ada masalah kecil, ringan

dan mudah diatasi dan ada pula yang berat dan sukar atau mengambil masa yang

panjang untuk diatasi.

Pada dasarnya kurikulum Teknologi Kejuruteraan telah digubal dengan begitu baik.

Kurikulumnya menjurus kepada kehendak masyarakat dan cita-cita negara selari dengan

Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat dan objektif Teknologi

Kejuruteraan dilihat telah mengambil kira pandangan Ralph Tyler (1949) yang

menyatakan bahawa objektif pendidikan perlu diubah mengikut kehidupan sezaman

supaya kita tidak membuang masa pelajar mempelajari perkara-perkara yang tidak

penting pada masa kini dan dalam masa yang sama mengetepikan bidang-bidang yang

lebih penting sekarang. Oleh yang demikian sememangnyalah kurikulum Teknologi

Kejuruteraan di peringkat perancangannya telah digubal dengan begitu baik.

Walau bagaimana baikpun falsafah, matlamat, objektif dan kandungan suatu

kurikulum yang digubal, kejayaan kurikulum berkenaan mencapai matlamatnya belum

tentu pasti. Banyak faktor lain dan pelbagai kekangan yang boleh menjejaskan matlamat

kurikulum berkenaan untuk dicapai. Kalaupun matlamat tersebut dapat dicapai,

pencapaianya tidaklah secara total ataupun menyeluruh.

32

2.4 Strategi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan

kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya

untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1997).

Sulaiman (1997), menyatakan, guru perlu memahami beberapa perkara tentang

reaksi pelajar antaranya terhadap sesuatu kaedah baru yang dikemukakan, jika kaedah

digunakan terlalu lama dan tarikan kaedah terhadap pelajar. Ralph Tyler, (1990) pula

menyatakan, kaedah seharusnya dapat memuaskan hati dan sesuai dengan taraf

kebolehan pelajar.

Menurut Mok Soon Sang (1993), pendekatan strategi, kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan

kepada rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah

digubal berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara. Untuk mencapai

objektif tersdebut, beberapa pendekatan telah disarankan.

Mengikut program KBSM ini, selain daripada memperolehi ilmu dan menguasai

kemahiran, pelajar juga hendaklah diberi peluang memperkembangkan serta

meningkatkan daya intelek mereka. Ini bermakna, aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan sepatutnya diajar bukan sahaja di bawah aras kemahiran kognitif

peringkat rendah iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi tetapi juga

hendaklah pada peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat analisis, sintesis dan

penilaian.

Justeru itu, untuk mencapai objektif ini, aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main

peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan,

penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan daya

intelek pelajar.

33

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai

matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada

guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak,

1996). Kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan sememangnya sudah tercatat

dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks. Terpulanglah kepada guru

untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang

lain berdasarkan kemampuan murid untuk memahaminya . Perkembangan dan

pemeringkatan kandungan sesuatu mata pelajaran dibuat secara berkesan dengan

mengambil kira kriteria-kriteria seperti yang dinyatakan oleh Mohd Salleh (1996), :

i.) Menyenaraikan kandungan isi yang penting serta kandungan isi

sampingan. Kandungan yang senang didahulukan daripada yang

susah dan mencabar

ii.) Memastikan semua kandungan yang hendak disampaikan, difahami

oleh pelajar. Ia juga mestilah menepati objektif yang ditetapkan

iii.) Sesuai dengan peringkat kematangan pelajar

iv.) Kandungan dipilih daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada

buku teks sahaja

v.) Pemilihan kandungan juga hendaklah berdasarkan lingkungan tujuan-

tujuan kognitif untuk memupuk pemikiran kritis

vi.) Menjalinkan kandungan dengan teknik-teknik pengajaran yang

difikirkan sesuai

vii.) Memastikan pelajar sudah bersedia dan berminat terhadap kandungan

yang hendak disampaikan

viii.) Kandungan hendaklah dinyatakan dalam bahasa yang mudah serta

tidak mengelirukan

ix.) Memastikan kandungan yang hendak dijelaskan mencukupi dengan

jangka masa yang diperuntukkan.

Justeru itu perkembangan peringkat kandungan memainkan peranan penting

dalam proses pengajaran. Guru yang gagal memperkembangkan kandungan mengikut

34

urutan yang tertentu menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memahami kandungan

pelajaran itu dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi

pencapaian objektif pengajaran yang hendak dicapai.

Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan

seseorang guru perlu menyampaikan pengajaranya mengikut prinsip-prinsip yang

tertentu. Prinsip-prinsip ini adalah mengikut prinsip-prinsip pembelajaran seperti

berikut:

i.) Pelajar dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ii.) Guru menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajaran

iii) Isi pengajaran dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar

iv) Pengajaran guru mempertimbangkan perbezaan sifat-sifat individu yang ada

pada pelajar

v) Pengajaran guru hendaklah terancang

vi) Guru selalu memberikan galakan dan rangsangan kepada pelajar

vii) Guru banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah

viii) Guru mengadakan suasana demokratik dalam bilik darjah

ix) Guru mengujudkan situasi yang sebenar-benarnya di dalam pengajaran.

Untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,

aktiviti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dipantau oleh pihak

pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Menurut Hussein Mahmood (1993),

penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan

professional para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk membetulkan

kelemahan mereka. Jika penyeliaan terhadap guru dibuat secara sistematik dan

bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan.

Mengikut Nei dermeyer (1987), penyeliaan yang berfokuskan kepada pencapaian

pelajar dan bukannya berfokus kepada proses, boleh meningkatkan hasil pembelajaran

pelajar. Sesuatu sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi kriteria penilaian

35

aspek-aspek tertentu yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui strategi-strategi tertentu,

manakala pelajar-pelajar menerima pengajaran secara berkesan. Perubahan-perubahan

yang positif dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor akan berlaku pada diri pelajar.

Tahap keberkesanan yang tinggi dicapai melalui perancangan yang mantap dan rapi.

Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan

pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan

(Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu dapat

disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang ditetapkan, semestilah

matlamat suatu kurikulum dapat dicapai.

2.5 Faktor Keberkesanan Pembelajaran Dari Segi Kemudahan, Kelengkapan Dan

Persekitaran

Sebagai seorang pelajar, mereka semestinya memerlukan didikan, bimbingan serta

tunjuk ajar daripada guru dalam proses pembelajaran mereka. Di samping itu mereka

juga perlukan kemudahan serta persekitaran yang sesuai, selesa dan selamat untuk

mereka melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Mengutamakan kebajikan

dan kemudahan pelajar merupakan salah satu faktor yang tersenarai dalam tatasusila

Profesion Perguruan Malaysia berkaitan tanggungjawab guru terhadap pelajar (Sharifah

Alwiah, 1984). Oleh itu guru mestilah memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar

diberikan keutamaan sewajarnya bagi menjadikan proses pembelajaran yang berkesan.

Salah satu kemudahan yang sangat perlu bagi pelajar dalam proses pembelajaran mereka

ialah kemudahan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isi pelajaran yang dipelajari

mereka. Pelbagai sumber maklumat berkaitan sesuatu mata pelajaran sepatutnya dapat

diperolehi dengan mudah. Menurut Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat

berkaitan kandungan sesuatu mata pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja.

36

Selain daripada itu, antara dorongan yang sangat kuat untuk menghasilkan sesi

pembelajaran yang baik dan berkesan adalah keselesaan tempat berlakunya

pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Ibrahim Abu Samah (1995) mendapati antara

faktor pelajar kurang berminat mengikuti sesuatu pelajaran ialah kelas yang terlalu

bising dan faktor persekitaran yang kurang menyenangkan. Situasi ini seterusnya akan

menjejaskan penumpuan pelajar dan pastinya akan timbul masalah-masalah dalam

pembelajaran.

Menurut Othman Md. Johan (1995), keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai

patutlah diwujudkan. Kelas seharusnya cukup besar untuk menampung semua pelajar

dalam keadaan yang selesa. Baharudin Othman (1998), pula menyatakan bahawa iklim

dan susun atur peralatan di bilik darjah yang terancang dan sesuai dengan aktiviti-

aktiviti pendidikan akan membawa kesan yang positif dan dapat mempertingkatkan

prestasi dalam pembelajaran.

Bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan, proses pengajaran dan pembelajaran

banyak dilaksanakan di dalam bengkel. Bagi sesebuah bengkel, menempatkan pelajar

yang terlalu ramai dalam satu-satu masa boleh menyebabkan keadaan tidak dapat

dikawal, sama ada berkaitan disiplin ataupun pembahagian alat. Cooper dan Heenan

(1980), pernah menyatakan bahawa bilangan pelajar yang besar dalam satu kumpulan

boleh mempengaruhi pengurusan bengkel. Sesebuah bengkel, sepatutnya menyediakan

ruang yang cukup bagi seseorang melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan bahan dan

alat, terutama dari aspek keselesaan dan keselamatan. Menurut Storm (1976), seseorang

pelajar memerlukan antara 50 hingga 65 kaki persegi ruang bekerja bagi sebuah bengkel

yang menjalankan aktiviti atau kerja ringan, manakala bagi bengkel kerja sederhana,

memerlukan antara 80 hingga 100 kaki persegi ruang bekerja bagi setiap pelajar.

37

2.6 Kaedah, Teknik Dan Alat Bantuan Mengajar

Kaedah dan teknik pengajaran juga sangat penting dalam sesuatu pengajaran.

Mengikut Mohd. Salleh (1996), dalam kaedah pengajaran moden sekarang, teknik yang

selalu digunakan lazimnya tidak sama dan bergantung kepada tajuk pelajaran,

kandungan, saiz bilik darjah, kumpulan pelajar dan kematangan guru sendiri serta cara

mengendalikannya. Pemilihan teknik pengajaran yang betul dan bersepadu akan menarik

minat pelajar dan menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1990), kaedah pengajaran yang berpusatkan guru

sebenarnya tidak menggalakkan pelajar memindahkan pembelajaran langsung. Guru

sepatutnya menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Beliau juga

menekankan bahawa guru perlu memberi motivasi yang kuat supaya mendorong pelajar-

pelajar mencapai objektif pembelajaran pada aras yang lebih tinggi. Oleh itu guru

hendaklah memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menimbulkan

minat pelajar serta mendorong mereka memperolehi pencapaian yang baik.

Zainol Daud (1999), dalam kajiannya mendapati bahawa minat memainkan

peranan penting dalam membentuk sikap yang positif terhadap sesuatu proses

pembelajaran. Adalah dirasakan bahawa tanpa minat serta sikap yang positif terhadap

sesuatu yang dilakukan atau dipelajari, proses pembelajaran tersebut tidak akan

mencapai matlamatnya.

Selain daripada itu penggunaan alat bantu mengajar juga dapat mempengaruhi

proses pembelajaran pelajar. Dengan adanya alat bantu mengajar, pemahaman pelajar

terhadap satu-satu konsep sepatutnya menjadi lebih mudah dan cepat. Alat Bantu

mengajar seharusnya dapat menarik minat, menimbulkan rasa ingin tahu serta

menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi

mengelakkan kebosanan pelajar, guru hendaklah merancang aktiviti-aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang menarik serta memberansangkan (Ee Ah Meng, 1990).

38

2.7 Pengujian Dan Penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek pengujian dan penilaian

sesuatu mata pelajaran tidak boleh dipandang ringan kerana ianya juga boleh

memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar.

Menurut Ralph Tyler (1990), proses penilaian merupakan suatu proses bagi

menentukan setakat mana objektif pendidikan dapat dicapai melalui program kurikulum

dan pengajaran. Bagaimanapun oleh sebab objektif pendidikan pada pokoknya adalah

perubahan dalam seseorang manusia iaitu, objektif itu bertujuan untuk melahirkan

perubahan yang diharapkan dalam pola tingkah laku pelajar, maka penilaian adalah

proses bagi menentukan sejauh mana perubahan dalam tingkah laku sebenarnya

berlaku.

Sesuatu penilaian yang ingin dibentuk sama ada merupai ujian, latihan atau

peperiksaan, seharusnya seiring dengan apa yang dihajati dalam sesuatu pernyataan dan

penetapan hasilan pembelajaran dalam sesuatu topik pembelajaran. Oleh itu sesuatu

pernyataan hasilan pembelajaran harus mampu mengukur setiap perlakuan pelajar. Para

guru harus mampu mengenalpasti apakah bentuk perlakuan yang dapat dicapai oleh

pelajar-pelajar di akhir pelajaran. Pernyatan hasilan pembelajaran yang jelas, berfokus

dan mampu mengukur sesuatu perlakuan di akhir pelajaran, akan secara tidak langsung

menjadikan sesuatu proses pembelajaran itu licin, mudah difahami dan diminati oleh

pelajar-pelajar.

“Ujian buatan guru” menjadi alat pengukur yang utama dalam proses penilaian

sesuatu mata pelajaran. Menurut Abu Bakar (1987), ujian seperti ini dibina untuk

mengesan hasil pengajaran guru serta pembelajaran pelajar. Ujian jenis ini biasanya

disedia dan dilaksanakan pada setiap bulan, penggal dan pada penghujung tahun.

39

Menurut Yaakub Isa (1996), pada peringkat penilaian, pelajar seharusnya sudah

mempunyai kebolehan dalam membuat penentuan secara kritis terhadap sesuatu konsep,

fakta atau pendapat bersandarkan kepada kebenaran, ketepatan dan logik.

Secara umumnya tujuan pengujian adalah untuk mengesan hasil pembelajaran

yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-

hasil pembelajaran yang lain dan mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh

murid-murid.

40

BAB III

METODOlOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik serta

langkah-langkah bagaimana kajian ini akan dijalankan serta diproses supaya persoalan

kajian dapat dijelaskan. Untuk menghasilkan maklumat yang mempunyai tahap kesahan

yang tinggi, segala prosedur kajian dan peraturan mesti dihayati dan difahami terlebih

dahulu. Penilaian metodologi kajian yang sesuai dan tepat akan menghasilkan hasil

kajian yang bermutu supaya ianya boleh dimanfaatkan. Kerlinger (1986), dalam Najib

(1999), menyatakan bahawa penyelidikan adalah sebagai satu usaha menganalisis data

melalui kaedah saintifik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan atau

masalah.

41

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana tinjauan dibuat bagi

mendapatkan gambaran dan maklumat berkaitan masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Menurut Mohd

Najib (1997), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data

deskriptif yang diproses daripada soal selidik atau media–media lain. Dalam kajian ini

gambaran pelbagai masalah yang dihadapi oleh kesemua pelajar yang terlibat akan dikaji

dari pelbagai sudut berdasarkan beberapa persoalan kajian.

3.3 Tempat kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah di daerah Batang Padang,

Tengah dan Hilir Perak, yang melaksanakan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

bagi tingkatan empat. Kajian hanya dibuat di tiga buah sekolah menengah sahaja yang

melaksanakan mata pelajaran ini. Sekolah-sekolah berkenaan ialah:

i.) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak

ii.) Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir Putih, Ipoh Perak

iii) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

3.4 Sampel Kajian

Penyelidik menggunakan seramai 121 orang sampel yang dibenarkan dengan

bertujuan untuk menggambarkan keadaan populasi. Pemilihan sampel berdasarkan

42

sampelan tidak rawak bertujuan di mana penyelidik telah menetapkan sampel kajian ini

terdiri daripada kesemua pelajar tingkatan empat yang sedang mengikuti mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir Perak.

3.5 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini instrumen yang digunakan ialah soal selidik, yang bertujuan

untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

yang terlibat dengan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Menurut Mohd. Majid Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel kerana ia

tidak dipengaruhi oleh geraklaku penyelidik. Tunkmen (1988), mengatakan soal selidik

juga merupakan satu instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif menerusi

kaedah ini, kerjasama daripada responden senang diperolehi. Mereka bebas membuat

pemilihan dan menilai mengikut keperluan soal selidik.

Penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen berdasarkan beberapa sebab.

Di antaranya ialah:

i. Memperolehi data yang lebih tepat dan penyelidik berkeyakinan bahawa

responden dapat memberikan tindak balas yang berkesan terhadap aspek yang

dikaji berbanding dengan kaedah lain

ii. Boleh membentuk penyelidik berhubung dengan responden dengan lebih cepat

iii. Boleh menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan penyelidik

43

3.5.1 Kandungan Soal Selidik.

Satu set soal selidik telah disediakan di mana ia terbahagi kepada dua iaitu :

i.) Bahagian A: Terdiri daripada 10 soalan yang berkaitan latar

belakang pelajar dan penjaga. Responden diminta mengisi

maklumat biodata, latar belakang penjaga, tempat tinggal dan

pencapaian dalam peperiksaan PMR bagi mata pelajaran

Matematik dan Sains.

ii.) Bahagian B: Soal Selidik yang mengandungi 40 item soalan

berkaitan lima persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soal selidik

yang digunakan menggunakan skala Likert dengan lima pilihan

jawapan seperti berikut.

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

Jadual 3.1: Kandungan Soal Selidik Bahagian B

PERSOALAN

KAJIAN

BUTIRAN ITEM

1 Berkaitan Faktor Pengurusan Masa 1 hingga 8

2 Berkaitan Kemudahan dan Kelengkapan 9 hingga 16

3 Berkaitan Pengetahuan dan Kemahiran Guru 17 hingga 24

4 Berkaitan Kaedah Pengajaran Guru 25 hingga 32

5 Berkaitan Proses Penilaian 33 hingga 40

44

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh

penyelidik. Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali

kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Menurut Mohd. Najib (1997),

instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik dan dengan itu kajian juga adalah

berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan alat.

Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan dimana

kebolehpercayaan memberikan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran.

Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan

yang tekal atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi yang setara.

Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu di Sekolah Menengah Taman Universiti,

Skudai Johor pada 6 haribulan September 2001. Seramai sepuluh sampel dipilih secara

rawak di kalangan pelajar tingkatan empat yang terlibat dengan mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan.

Data yang diperolehi daripada kajian rintis, telah dianalisis menggunakan

perisian SPSS dan ujian kebolehpercayaan mendapati nilai alpha ialah 0.9366 dimana

ianya mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Mohd Najib, 1997).

3.7 Analisis Data

Data diperolehi daripada borang soal selidik yang dijawab oleh responden telah

diproses dengan menggunakan komputer melalui program Statistical Package For Social

Sciences (SPSS). Setiap item dianalisis, dikumpulkan mengikut aspek dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual peratusan, min dan sisihan piawai.

45

Daripada data yang dikumpulkan penyelidik dapat mengesan sejauhmana masalah yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

dan akan membuat cadangan bagi mengatasi masalah berkenaan.

3.8. Tatacara Kajian

Sebelum kajian dijalankan, beberapa prosedur telah dilakukan oleh penyelidik,

antaranya ialah:-

Penyelidik telah berbincang dengan penyelia mengenai pernyataan masalah seta

membaca perkara berkaitan dengan kajian yang akan dibuat. Seterusnya setelah

dipersetujui maka satu kertas cadangan (proposal) telah dihasilkan.

Setelah mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk lampiran B),

kajian sebenar iaitu peringkat pengutipan data dijalankan pada bulan November 2001.

Kajian ini disiapkan sepenuhnya pada bulan Februari 2002.

46

BAB IV

DAPATAN DAN ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan melaporkan keputusan yang diperolehi daripada kajian yang telah

dijalankan melalui soal selidik terhadap 121 orang pelajar tingkatan 4 yang mengikuti

mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir

negeri Perak. Kesemua responden telah menjawab dan mengembalikan borang soal

selidik berkenaan untuk diproses. Kerjasama yang diberikan adalah sangat baik kerana

semua responden telah memberikan respon yang sepenuhnya terhadap item-item yang

dikemukakan.

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di tiga daerah negeri Perak dalam

pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Dalam usaha meninjau

permasalahan berkenaan, kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan seperti

disenaraikan di bawah:-

i. Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi tumpuan pelajar

terhadap pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?

ii. Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

Teknologi Kejuruteraan?

47

iii. Adakah kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran

Teknologi Kejuruteraan disediakan dengan sempurna dan digunakan

sepenuhnya?

iv. Adakah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang

berkesan untuk menyampaikan isi pengajaran Teknologi

Kejuruteraan?

v. Adakah proses penilaian dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

dilakukan secara berkesan?

4.2 Dapatan Kajian

Borang soal selidik yang dikembalikan oleh 121 responden diproses secara

manual. Penganalisaan telah dibuat dalam bentuk kekerapan/frekuensi, peratusan, min

dan sisihan piawai. Penganalisaan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu

bahagian A ialah penganalisaan yang meliputi latar belakang responden dan bahagian B

pula adalah penganalisaan yang berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian. Dalam

bahagian B, penyelidik menggunakan skala Likert untuk mengukur persoalan kajian 1

hingga 5. Untuk mendapatkan gambaran kajian ini, penyelidik telah menggunakan

kaedah pemeratusan dalam mempersembahkan data bagi item. Jawapan berdasarkan

skala Likert dibahagikan kepada skala tiga mata, iaitu skala 1 dan 2 diklasifikasikan

sebagai “Rendah”, skala 3 sebagai “Sederhana” dan skala 4 dan 5 sebagai “Tinggi”.

Jadual 4.1: Skala Min Tiga Mata

Julat Tahap

1 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.0 Tinggi

48

Jadual 4.1 di atas menunjukkan skala Min tiga mata yang diklasifikasikan

mengikut julat. Julat 1 hingga 2.33 menunjukkan tahap rendah, julat 2.34 hingga 3.67

menunjukkan tahap sederhana dan julat 3.68 hingga 5.0 menunjukkan tahap tinggi.

Menurut Abdul Aziz (1997), dalam Mohd. Zin (1998), melalui kajian yang

dibuat oleh Kamal dan Kamariah pada tahun 1989, nilai Min yang kurang daripada 3.0

adalah menyatakan “Sikap Tidak Setuju” manakala nilai yang lebih daripada 3.0

membawa kenyataan “Sikap Setuju”. Nilai Min 3.0 menunjukkan jawapan yang

diberikan itu sebagai “Tidak Pasti” terhadap kenyataan pembolehubah.

Mohd. Najib (1997), pula memberi contoh dengan menyatakan, sekiranya skor-

skor untuk enam soalan mengenai pembolehubah ialah 5,3,4,4,3, dan 5, jumlah skor

ialah 24, maka Min skor untuk responden tersebut ialah 24 dibahagikan dengan 6 iaitu 4,

Maka min untuk pembolehubah tersebut ialah 4. Sekiranya skor 4 melambangkan skor

“Setuju”, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa responden tersebut bersetuju

dengan kenyataan pembolehubah.

4.2.1 Penganalisaan Latar Belakang Responden

Latar belakang responden yang dianalisis bagi kajian ini adalah meliputi

maklumat tentang jantina, kaum, pekerjaan bapa/penjaga, taraf pendidikan bapa/penjaga,

pendapatan bapa/penjaga, tempat tinggal serta pencapaian responden dalam peperiksaan

PMR khususnya bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Selain daripada itu latar

belakang responden juga meliputi maklumat tentang bilangan adik beradik serta cita-cita

responden setelah tamat persekolahan nanti. Penganalisaan mengenai latar belakang

adalah seperti di dalam jadual 4.2 hingga 4.18

49

Jadual 4.2: Taburan Responden Berdasarkan Sekolah

Nama Sekolah Bilangan Peratus

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan 63 52

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg.

Pasir Putih, Ipoh

42

35

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Slim River

16 13

Jumlah 121 100

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan sekolah yang terlibat didalam kajian ini iaitu

tiga (3) buah kesemuanya. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Sains

Teluk Intan dengan bilangan seramai 63 orang atau 52 peratus mewakili daerah Hilir

Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Putih, Ipoh bilangan seramai 42 orang

atau 35 peratus mewakili daerah Tengah Perak, dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama Slim River pula bilangan seramai 16 orang atau 13 peratus mewakili daerah

Batang Padang Perak. Dengan ini bilangan sampel yang telah dipilih dikalangan pelajar

tingkatan empat adalah seramai 121 orang.

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 82 67.8

Perempuan 39 32.2

Jumlah 121 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Hasil daripada

kajian didapati sebahagian besar responden terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki iaitu

seramai 82 orang atau 67.8 peratus berbanding 39 orang atau 32.2 peratus pelajar

perempuan.

50

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Kaum

Kaum Bilangan Peratus

Melayu 114 94.2

Cina 3 2.5

India 4 3.3

Lain-lain 0 0

Jumlah 121 100

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut kaum. Hasil kajian didapati

bahawa majoriti responden adalah terdiri daripada kaum Melayu iaitu seramai 114 orang

atau 94.2 peratus. Kaum Cina seramai 3 orang atau 2.5 peratus manakala kaum India

pula seramai 4 orang atau 3.3 peratus.

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa/Penjaga

Jenis Pekerjaan Bilangan Peratus

Bekerja Sendiri 23 19

Sektor Kerajaan 57 47.1

Sektor Swasta 32 26.4

Pesara 9 7.4

Jumlah 121 100

Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaaan

bapa/penjaga. Hasil kajian mendapati seramai 57 orang atau 47.1 peratus bapa/penjaga

responden bekerja dengan kerajaan, 32 orang atau 26.4 peratus bekerja di sektor swasta,

23 orang atau 19 peratus bekerja sendiri dan seramai 9 orang atau 7.4 peratus

bapa/penjaga responden merupakan pesara. Taburan ini menunjukkan sebilangan besar

bapa/penjaga responden adalah terdiri daripada mereka yang bekerja dengan kerajaan.

51

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga

Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga Bilangan Peratus

Darjah Enam 25 20.7

SRP / LCE 15 12.4

SPM / MCE 42 34.7

STPM / HSC 5 4.1

Diploma 19 15.7

Ijazah 10 8.3

Lain-lain 5 4.1

Jumlah 121 100

Jadual 4.6 di atas menunjukkan taburan responden mengikut taraf pendidikan

bapa/penjaga. Hasil kajian mendapati seramai 25 orang atau 20.7 peratus bapa/penjaga

responden mempunyai taraf pendidikan Darjah Enam, 15 orang atau 12.4 peratus Sijil

Rendah Pelajaran, 42 orang atau 34.7 peratus Sijil Pelajaran Malaysia, 5 orang atau 4.1

peratus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 19 orang atau 15.7 peratus Diploma dan 10

orang atau 8.3 peratus berkelulusan Ijazah. Seramai 5 orang atau 4.1 peratus

bapa/penjaga responden pula mempunyai lain-lain taraf pendidikan seperti Institut

Latihan Kemahiran dan sebagainya. Taburan ini juga menunjukkan sebahagian besar

bapa/penjaga responden adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

Tempat Tinggal Bilangan Peratus

Perkampungan 40 33.1

Taman Perumahan 71 58.7

Rumah Flet 8 6.6

Lain-lain 2 1.7

Jumlah 121 100

52

Jadual 4.7 di atas menunjukkan taburan responden mengikut tempat tinggal.

Hasil kajian didapati seramai 40 orang atau 33.1 peratus responden tinggal di kawasan

perkampungan dan 8 orang atau 6.6 peratus tinggal di rumah flet. Sebilangan besar

daripada 121 orang responden tinggal di kawasan taman perumahan iaitu 71 orang atau

58.7 peratus manakala 2 orang atau 1.7 peratus sahaja yang tinggal di tempat lain seperti

di quarters dan sebagainya.

Jadual 4.8: Taburan Peratus Responden Yang Tinggal Di Asrama Mengikut

Sekolah

Sekolah

Tinggal Di Asrama

Tidak Tinggal Di

Asrama

Bil. Peratus Bil. Peratus

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan 62 51.2 1 0.8

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Putih,Ipoh

0 0 42 34.8

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River

16 13.2 0 0

Jumlah 78 64.4 43 35.6

Jadual 4.8 menunjukkan taburan peratus responden yang tinggal di asrama

mengikut sekolah. Hasil daripada kajian di dapati seramai 62 orang atau 51.2 peratus

responden dari Sekolah Menengah Sains Teluk Intan tinggal di asrama dan hanya

seorang responden atau 0.8 peratus tidak tinggal di asrama. Bagi Sekolah Menengah

Kebangsaan Kg. Pasir Putih pula kesemua 42 orang atau 34.8 peratus responden tidak

tinggal di asrama. Kesemua 16 orang atau 13.2 peratus responden dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama Slim River tinggal di asrama. Daripada 121 responden

keseluruhannya, 78 orang atau 64.4 peratus tinggal di asrama dan 43 orang atau 35.6

peratus tidak tinggal di asrama.

53

Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam Peperiksaan PMR

Untuk Mata Pelajaran Matematik

Gred Bilangan Peratus

A 72 59.5

B 13 10.7

C 36 29.8

D 0 0

E 0 0

Jumlah 121 100

Jadual 4.9 menunjukkan taburan responden mengikut pencapaian dalam

peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Matematik. Hasil kajian didapati seramai 72

orang atau 59.5 peratus mendapat gred A, 13 orang atau 10.7 peratus mendapat gred B

dan seramai 36 orang atau 29.8 peratus mendapat gred C. Tiada seorangpun responden

mendapat gred D dan E.

Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam Peperiksaan PMR

Untuk Mata Pelajaran Sains

Gred Bilangan Peratus

A 68 56.2

B 21 17.4

C 32 26.4

D 0 0

E 0 0

Jumlah 121 100

Jadual 4.10 menunjukkan taburan responden mengikut pencapaian dalam

peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Sains. Hasil kajian didapati seramai 68 orang

54

atau 56.2 peratus mendapat gred A, 21 orang atau 17.4 peratus mendapat gred B dan

pencapaian paling minima yang diperolehi adalah gred C iaitu seramai 32 orang atau

26.4 peratus.

Memandangkan bidang teknikal mempunyai kaitan yang rapat dengan

pengetahuan matematik dan sains, kajian ini turut mengenalpasti sejauhmana pencapaian

responden dalam kedua-dua mata pelajaran ini di peringkat PMR. Pencapaian paling

minima bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada gred C untuk dimasukkan ke

dalam kelas Teknologi Kejuruteraan.

Jadual 4.11 : Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Bapa/Penjaga

Pendapatan Bilangan Peratus

RM 300 hingga RM 500 16 13.2

RM 501 hingga RM 1000 52 43

RM 1001 hingga RM 2000 36 30

RM 2001 hingga RM 6000 17 13.8

Jumlah 121 100

Pendapatan terendah = RM 300

Pendapatan tertinggi = RM 6000

Purata = RM 1396

Jadual 4.11 menunjukkan taburan responden mengikut pendapatan bapa/penjaga.

Hasil kajian mendapati seramai 16 orang atau 13.2 peratus berpendapatan dari RM 300

hingga RM 500, 52 orang atau 43 peratus berpendapatan antara RM 501 hingga RM

1000, 36 orang atau 30 peratus berpendapatan antara RM 1001 hingga RM 2000 dan 17

orang atau 13.8 peratus berpendapatan bulanan sebanyak RM 2001 hingga RM 6000.

Melalui penganalisaan yang telah dilakukan didapati pendapatan bapa/penjaga

responden terendah adalah sebanyak RM 300 dan pendapatan tertinggi sebanyak RM

6000.

55

Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik

Bilangan Adik-Beradik Kekerapan Peratus

1 hingga 3 orang 30 24.8

4 hingga 6 orang 66 54.6

7 hingga 9 orang 19 15.7

10 hingga 12 orang 6 4.9

Jumlah 121 100

Bilangan adik- beradik terendah = 1 orang

Bilangan adik-beradik tertinggi = 12 orang

Jadual 4.12 di atas menunjukkan taburan responden mengikut bilangan adik-

beradik. Hasil kajian mendapati seramai 30 orang atau 24.8 peratus mempunyai

bilangan adik beradik yang kecil iaitu antara 1 hingga 3 orang. Seramai 66 orang atau

54.6 peratus responden mempunyai adik beradik antara 4 hingga 6 orang. 19 orang atau

15.7 peratus responden mempunyai bilangan adik-beradik 7 hingga 9 orang dan seramai

6 orang atau 4.9 peratus mempunyai bilangan adik-beradik 10 hingga 12 orang. Hasil

kajian juga mendapati bilangan adik-beradik terendah adalah seorang dan bilangan adik

–beradik tertinggi adalah 12 orang.

Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Cita-Cita Setelah Tamat Persekolahan

Cita-Cita Bilangan Peratus

Jurutera 81 66.9

Pensyarah/Guru 4 3.3

Arkitek 25 20.7

Juruterbang 3 2.5

Lain-lain 8 6.6

Jumlah 121 100

56

Jadual 4.13 menunjukkan taburan responden mengikut cita-cita setelah tamat

persekolahan. Hasil kajian mendapati seramai 81 orang atau 66.9 peratus bercita-cita

untuk menjadi jurutera, 4 orang atau 3.3 peratus bercita-cita untuk menjadi pensyarah

atau guru, 25 orang atau 20.7 peratus bercita-cita menjadi arkitek, 3 orang atau 2.5

peratus bercita-cita menjadi juruterbang dan seramai 8 orang atau 6.6 peratus bercita-

cita lain dari bidang yang berkaitan dengan teknikal.

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1

“ Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?”

Persoalan ini adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat faktor berkaitan

pengurusan masa yang menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran mereka.

Bagi tujuan ini sebanyak lapan item soalan telah dikemukakan di dalam soal selidik di

mana hasilnya dinyatakan dalam jadual 4.14. Jumlah min keseluruhan item digunakan

untuk menjawab persoalan kajian yang pertama ini.

Jadual 4.14: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi

Faktor Pengurusan Masa

Pernyataan ATS %

TS%

TP%

S %

SS %

Min SP

Tempoh waktu belajar Teknologi Kejuruteraan yang ditetapkan oleh pihak sekolah sangat sesuai

7.4 18.2 14.0 52.9 7.4 3.35 1.0932

Saya mempunyai cukup masa untuk membuat ulangkaji mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di rumah/ asrama

9.9 32.2 22.3 32.2 3.3 2.87 1.0797

Saya dapat menyiapkan tugasan (projek) yang diberikan, dalam tempoh yang ditetapkan

4.1 15.7 28.9 38.8 12.4 3.40 1.0286

57

Masa yang diberikan oleh guru untuk saya menyiapkan kerja/ tugasan mencukupi

5.8 12.4 21.5 44.6 15.7 3.52 1.0809

Saya percaya guru sempat menghabiskan keseluruhan isi pelajaran Teknologi Kejuruteraan sebelum peperiksaan akhir

4.1 10.7 18.2 32.2 34.7 3.83 1.1451

Pada pendapat saya ,masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah sudah mencukupi

10.7 30.6 17.4 33.1 8.3 2.98 1.1865

Saya mempunyai banyak masa untuk persediaan sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dijalankan

13.2 46.3 26.4 10.7 3.3 2.45 0.9657

Saya pandai membahagikan masa untuk belajar dengan masa untuk bermain

3.3 14.0 32.2 35.5 14.9 3.45 1.0161

(n = 121)

Min Keseluruhan = 3.23 Sisihan Piawai = 1.0744

Jadual 4.14 di atas menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min dan

sisihan piawai bagi faktor pengurusan masa. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan

ialah 3.23, ia menunjukkan berada di tahap sederhana. Terdapat lima item yang

mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan tiga item lagi mempunyai min yang

kurang daripada min keseluruhan.

Min tertinggi dalam jadual 4.14 ialah 3.83 iaitu di pernyataan 5. Seramai 66.9

peratus bersetuju guru sempat menghabiskan keseluruhan isi pelajaran Teknologi

Kejuruteraan sebelum peperiksaan akhir bermula. 18.2 peratus lagi tidak pasti dan 14.9

peratus pula tidak bersetuju. Ini diikuti dengan pernyataan 4 dimana 60.3 peratus

responden bersetuju masa yang diberikan oleh guru untuk menyiapkan kerja/tugasan

mencukupi dengan min 3.52. Hanya 21.5 peratus menyatakan tidak pasti dan 18.2

peratus lagi tidak bersetuju.

58

Walaupun ramai responden bersetuju bahawa mereka pandai membahagikan

masa untuk belajar dan beriadah, ini dapat dibuktikan dengan pernyataan 8 dengan min

3.45, seramai 50.4 peratus bersetuju pandai membahagikan masa untuk belajar dan

bermain. Ada juga yang menyatakan tidak pasti iaitu seramai 32.2 peratus dan 17.4

peratus lagi tidak bersetuju. Peratus ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 3 di mana

seramai 51.3 peratus responden bersetuju dapat menyiapkan tugasan atau projek yang

diberikan, dalam tempoh yang ditetapkan.

Nilai min yang kurang dari min keseluruhan pula ialah 2.97 pada pernyataan 6.

Seramai 41.3 peratus bersetuju bahawa masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan di sekolah sudah mencukupi. 17.4 peratus tidak pasti dan 41.3

peratus lagi tidak bersetuju. Ini diikuti dengan pernyataan 2 yang mempunyai nilai min

yang agak rendah iaitu 2.87. Seramai 42.1 peratus tidak bersetuju mempunyai cukup

masa untuk membuat ulangkaji di luar waktu persekolahan, 22.3 peratus tidak pasti dan

hanya 35.6 peratus bersetuju. Ini menunjukkan masa yang diperuntukkan di sekolah dan

diluar waktu persekolahan masih kurang mencukupi untuk pelajar membuat ulangkaji

dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Nilai min terendah sekali boleh didapati pada pernyataan 7 dengan min 2.45.

Hanya 14.1 peratus bersetuju mempunyai banyak masa untuk persediaan sebelum

sesuatu aktiviti pembelajaran dijalankan. Selebihnya 26.4 peratus responden tidak pasti

dan seramai 59.5 peratus tidak bersetuju. Ini menunjukkan pelajar tidak mempunyai

banyak masa untuk membuat persediaaan sebelum sesuatu sesi pembelajaran dijalankan.

59

Jadual 4.15: Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Pengurusan Masa

Mempengaruhi Tumpuan Dalam Pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan

Skor Bilangan Peratus

Rendah 36 29.8

Sederhana 27 22.3

Tinggi 58 47.9

Jumlah 121 100

Jadual 4.15 menunjukkan taburan responden mengikut skor bagi faktor

pengurusan masa mempengaruhi tumpuan dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pengurusan masa mempengaruhi tumpuan

pelajar dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan adalah sederhana tinggi iaitu 47.9

peratus, ini dikuti dengan skor rendah iaitu 29.8 peratus dan skor sederhana pula 22.3

peratus. Ini menunjukkan faktor pengurusan masa kurang mempengaruhi tumpuan

pelajar dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan.

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2

“ Adakah kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran Teknologi Kejuruteraan disediakan dengan sempurna dan digunakan sepenuhnya?” Persoalan ini adalah untuk meninjau sama ada responden menghadapi masalah

dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor kemudahan dan kelengkapan. Untuk

pembelajaran yang berkesan mereka seharusnya menerima kemudahan dan kelengkapan

yang sepatutnya serta digunakan sepenuhnya.

60

Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi

Faktor Kemudahan dan Kelengkapan Untuk Proses Pembelajaran

Pernyataan ATS%

TS %

TP %

S %

SS %

Min SP

Keadaan dan kelengkapan bengkel Teknologi Kejuruteraan menimbulkan minat untuk saya belajar

11.6 27.3 15.7 23.1 22.3 3.17 1.3582

Saya mudah mendapatkan bahan rujukan yang sesuai dengan mata pelajaran ini

50.4 37.2 2.5 6.6 3.3 1.75 1.0188

Saya menggunakan sepenuhnya buku teks sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran

3.3 8.3 3.3 38.8 46.3 4.17 1.0516

Pembelajaran amali mudah dijalankan kerana peralatan dan bengkel cukup lengkap

9.9 21.5 15.7 40.5 12.4 3.24 1.2112

Saya gembira belajar di bengkel kerana keadaannya yang selesa

12.4 22.3 22.3 34.7 8.3 3.04 1.1860

Saya selalu menggunakan peralatan dan mesin dalam bengkel dengan bebas di bawah pengawasan guru

12.4 23.1 14.9 39.7 9.9 3.12 1.2328

Peralatan di bengkel di selenggara dengan baik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

5.0 14.0 18.2 47.1 15.7 3.55 1.0724

Susun atur bengkel dilakukan dengan kemas dan teratur

9.9 19.8 26.4 35.5 8.3 3.12 1.1297

( n = 121)

Min keseluruhan = 3.15 Sisihan Piawai = 1.1576

Jadual 4.16 menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan

piawai bagi faktor kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan ialah 3.15, ia menunjukkan

berada di tahap sederhana. Terdapat empat item yang mempunyai min melebihi dari min

keseluruhan dan empat item lagi mempunyai min kurang daripada min keseluruhan.

61

Min tertinggi di dalam jadual 4.16 ialah 4.17 iaitu dipernyataan 11. Seramai 85.1

peratus bersetuju menggunakan sepenuhnya buku teks sebagai bahan rujukan dalam

pembelajaran. 3.3 peratus lagi tidak pasti dan 11.6 peratus lagi tidak bersetuju. Ini diikuti

dengan pernyataan 15 dimana 62.8 peratus responden bersetuju peralatan bengkel

diselenggara dengan baik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung dengan min 3.55. Hanya 18.2 peratus menyatakan tidak pasti dan 19 peratus

lagi tidak bersetuju.

Terdapat ramai responden bersetuju bahawa pembelajaran amali mudah

dijalankan kerana peralatan dan bengkel cukup lengkap. Ini dapat dibuktikan dengan

pernyataan 12 dengan min 3.24, seramai 52.9 peratus setuju dengan kenyataan ini. Ada

juga yang menyatakan tidak pasti iaitu seramai 15.7 peratus dan 31.4 peratus lagi tidak

bersetuju. Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 9 dimana seramai 45.5

peratus bersetuju keadaan dan kelengkapan bengkel Teknologi Kejuruteraan

menimbulkan minat untuk mereka belajar.

Nilai min yang terendah pula boleh didapati pada pernyataan 10 dengan min

1.75. Hanya 9.9 peratus responden yang bersetuju bahawa mereka mudah mendapatkan

bahan rujukan yang sesuai dengan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Selebihnya

2.5 peratus responden tidak pasti dan seramai 87.6 peratus tidak bersetuju. Ini jelas

menunjukkan palajar sukar untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai dengan mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan mereka hanya menggunakan buku teks sebagai

rujukan.

Jadual 4.17: Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Kemudahan dan

Kelengkapan Untuk Proses Pembelajaran

Skor Bilangan Peratus

Rendah 44 36.4

Sederhana 18 14.8

Tinggi 59 48.8

Jumlah 121 100

62

Jadual 4.17 menunjukkan taburan responden mengikut skor bagi kemudahan dan

kelengkapan untuk proses pembelajaran Teknologi Kejuruteraan. Hasil kajian

memperlihatkan bahawa kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran

Teknologi Kejuruteraan adalah sederhana tinggi iaitu 48.8 peratus, ini diikuti dengan

skor rendah iaitu 36.4 peratus dan skor sederhana adalah 14.8 peratus. Ini menunjukkan

bahawa kemudahan dan kelengkapan untuk proses pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan disediakan dengan sempurna dan digunakan sepenuhnya oleh sebilangan

besar pelajar.

.

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 3

“Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan?’

Dapatan persoalan kajian ini akan menentukan sejauhmana tahap pengetahuan

dan kemahiran guru-guru Teknologi Kejuruteraan. Guru-guru sepatutnya mempunyai

pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam bidang Teknologi Kejuruteraan

untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap

pelajar. Jadual 4.18 menggambarkan dapatan berkenaan. Jumlah min keseluruhan item

digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ke tiga ini.

63

Jadual 4.18: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi

Faktor Pengetahuan dan Kemahiran Guru

Pernyataan ATS %

TS %

TP %

S %

SS %

Min SP

Guru mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

1.7 4.1 14.9 33.9 45.5 4.17 0.9458

Guru selalu mengaitkan isi pelajaran Teknologi Kejuruteraan dengan perkembangan teknologi masa kini

1.7 3.3 8.3 55.4 31.4 4.12 0.8184

Setiap penerangan yang disampaikan oleh guru di kelas sungguh meyakinkan kami

1.7 9.9 31.4 41.3 15.7 3.60 0.9272

Guru berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan yang kami kemukakan

1.7 6.6 20.7 47.1 24.0 3.85 0.9189

Guru boleh menyelesaikan segala masalah yang kami ajukan

1.7 7.4 38.0 40.5 12.4 3.55 0.8660

Jawapan yang diberikan oleh guru terhadap soalan-soalan yang kami ajukan sangat jelas dan tidak meragukan

1.7 14.0 38.8 28.9 16.5 3.45 0.9828

Guru sering memberikan nota tambahan selain daripada yang terkandung di dalam buku teks

10.7 19.0 10.7 39.7 19.8 3.39 1.2934

Guru sentiasa memberi tunjuk ajar dari mula hingga akhir bagi setiap kerja amali yang dijalankan

1.7 13.2 14.9 50.4 19.8 4.15 0.9812

( n = 121)

Min keseluruhan = 3.78 Sisihan Piawai = 0.9667

Jadual 4.18 di atas menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min dan

sisihan piawai bagi faktor pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang Teknologi

Kejuruteraan. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan ialah 3.78, ia menunjukkan

berada di tahap tinggi. Terdapat empat item yang mempunyai nilai min kurang dari min

keseluruhan dan empat lagi yang melebihi nilai min keseluruhan.

64

Min tertinggi dalam jadual 4.18 ialah 4.17 iaitu di pernyataan 17. Seramai 79.3

peratus bersetuju menyatakan guru mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan. 14.9 peratus lagi tidak pasti dan 5.8 peratus lagi tidak

bersetuju. Ini diikuti dengan pernyataan 24 dimana 70.2 peratus responden bersetuju

guru sentiasa memberi tunjuk ajar dari mula hingga akhir bagi setiap kerja amali yang

dijalankan dengan min 4.15. Hanya 14.9 peratus menyatakan tidak pasti dan 14.9

peratus lagi tidak bersetuju.

Guru selalu mengaitkan isi pelajaran Teknologi Kejuruteraan dengan

perkembangan teknologi masa kini. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan 18 dengan

min 4.12, seramai 86.7 peratus responden bersetuju dengan kenyataan ini. 8.3 peratus

tidak pasti dan hanya 5 peratus responden tidak bersetuju.Peratusan ini diperkukuhkan

lagi dengan pernyataan 20 di mana seramai 71 peratus responden bersetuju bahawa guru

berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan Teknologi Kejuruteraan yang

dikemukakan oleh mereka.

Nilai min terendah pula boleh di dapati pada pernyataan 23 dengan min 3.39.

Hanya 59.5 peratus responden bersetuju guru sering memberikan nota tambahan selain

daripada yang terkandung di dalam buku teks. Selebihnya 10.7 peratus tidak pasti dan

seramai 29.8 peratus lagi tidak bersetuju. Ini menunjukkan ada kalanya guru hanya

memberikan nota melalui buku teks tanpa nota tambahan lain.

Jadual 4.19: Taburan Responden Mengikut Skor Bagi faktor Pengetahuan dan

Kemahiran Guru

Skor Bilangan Peratus

Rendah 15 12.4

Sederhana 27 22.3

Tinggi 79 65.3

Jumlah 121 100

65

Jadual 4.19 menunjukkan taburan responden mengikut skor bagi faktor

pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Hasil

penyelidikan menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan yang luas dan

kemahiran yang tinggi dalam bidang Teknologi Kejuruteraan iaitu 65.3 peratus. Ini

diikuti dengan skor sederhana iaitu 22.3 peratus dan 12.4 peratus yang mempunyai skor

rendah.

4.2.5 Dapatan Persoalan Kajian 4

“ Adakah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan untuk menyampaikan isi pengajaran Teknologi Kejuruteraan?”

Persoalan ini adalah untuk mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran guru

memberikan kesan negetif kepada proses pembelajaran pelajar. Sebanyak lapan item

persoalan telah dikemukakan kepada responden bagi tujuan ini. Hasil dapatan adalah

dinyatakan seperti dalam jadual 4.20.

Jadual 4.20: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi

Faktor Kaedah Pengajaran dan Penyampaian Guru

Pernyataan ATS %

TS %

TP %

S %

SS %

Min SP

Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mudah difahami

7.4 10.7 19.0 49.6 13.2 3.50 1.0888

Semasa proses pengajaran, guru sentiasa memberi penekanan terhadap isi-isi penting pelajaran

2.5 5.8 21.5 52.1 18.2 3.78 0.8990

66

Saya tidak merasa bosan ketika belajar mata pelajaran ketika belajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

18.2 27.3 21.5 24.0 9.1 2.79 1.2530

Guru tidak semata-mata menggunakan buku teks dalam setiap kali sesi pengajaran

9.9 25.6 16.5 37.2 10.7 3.13 1.2038

Semasa proses pengajaran, guru selalu menggunakan alat bantuan mengajar

5.0 7.4 21.5 52.9 13.2 3.62 0.9769

Saya dapati guru sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kami untuk belajar dengan bersungguh-sungguh

3.3 5.0 33.1 37.2 21.5 3.69 0.9750

Guru sering memberikan contoh-contoh yang jelas agar pelajar memahami pengajarannya

0.8 13.2 18.2 47.1 20.7 3.74 0.9641

Guru sering menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menarik minat pelajar

6.6 27.3 30.6 28.9 6.6 3.02 1.0487

( n = 121)

Min Keseluruhan = 3.41 Sisihan Piawai = 1.0512

Jadual 4.20 menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan

piawai bagi faktor kaedah pengajaran dan penyampaian guru Teknologi Kejuruteraan.

Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan ialah 3.41, ia menunjukkan berada di tahap

tinggi. Terdapat lima item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan tiga

item lagi mempunyai min yang kurang daripada min keseluruhan.

Min tertinggi di dalam jadual 4.20 ialah 3.78 iaitu di pernyataan 26. Seramai 70.2

peratus bersetuju semasa proses pengajaran, guru sentiasa memberi penekanan terhadap

isi-isi penting pelajaran. 21.5 peratus lagi tidak pasti dan hanya 8.3 peratus responden

tidak bersetuju. Ini diikuti dengan pernyataan 31 di mana 67.8 peratus responden

bersetuju guru sering memberikan contoh-contoh yang jelas agar pelajar memahami

pengajarannya dengan min 3.74. Hanya 18.2 peratus menyatakan tidak pasti dan 14

peratus lagi tidak pasti.

67

Guru sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada pelajar agar belajar

bersungguh-sungguh. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan 30 dengan min 3.69,

seramai 58.6 peratus bersetuju bahawa guru mereka memberi semangat dan dorongan

agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Ada juga yang menyatakan tidak pasti iaitu

seramai 33.1 peratus dan 8.3 peratus lagi tidak bersetuju.

Guru juga sering menggunakan alat bantuan mengajar semasa proses pengajaran.

Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan 29 dengan min 3.62, seramai 66.1 peratus

bersetuju semasa proses pengajaran, guru selalu menggunakan alat bantuan mengajar.

Ada juga yang menyatakan tidak pasti iaitu seramai 21.5 peratus dan 12.4 peratus lagi

tidak bersetuju. Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 25 di mana seramai

62.8 peratus responden bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan guru

mudah difahami.

Melalui pernyataan 32 dengan min 3.02, hanya 35.5 peratus responden bersetuju

menyatakan guru sering menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menarik

minat pelajar. Selebihnya 30.6 peratus menyatakan tidak pasti dan 33.9 peratus lagi tidak

bersetuju. Ini menunjukkan guru jarang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza

untuk menarik perhatian belajar. Peratusan ini diperkukuhkan pada pernyataan 27

dimana nilai min yang terendah diperolehi iaitu 2.79. Hanya 33 peratus responden

bersetuju bahawa mereka tidak merasa bosan ketika belajar mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan. 21.5 peratus lagi tidak pasti dan selebihnya iaitu seramai 45.5 peratus

responden tidak bersetuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar berasa bosan ketika belajar

mata pelajaran teknologi Kejuruteraan. Perasaan bosan pelajar ketika belajar merupakan

suatu masalah yang boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka.

68

Jadual 4.21: Taburan Responden Mengikut Skor bagi Kaedah Pengajaran dan

Penyampaian Guru

Skor Bilangan Peratus

Rendah 27 22.3

Sederhana 28 23.1

Tinggi 66 54.6

Jumlah 121 100

Jadual 4.21 menunjukkan taburan responden mengikut skor bagi kaedah dan

penyampaian guru Teknologi Kejuruteraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah

pengajaran dan penyampaian guru adalah tinggi iaitu 54.6 peratus, ini diikuti dengan

skor sederhana iaitu 23.1 peratus dan skor rendah pula hanya 22.3 peratus. Ini

menggambarkan bahawa guru-guru Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang,

Tengah dan Hilir Perak menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk menyampaikan isi

pelajaran. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang dikenalpasti

seperti perasaan kebosanan pelajar mengikuti mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

dan ada ketikanya guru jarang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk

menarik minat pelajar.

4.2.6 Dapatan Persoalan Kajian 5

“Adakah proses penilaian dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan dilakukan secara berkesan?”

Persoalan ini adalah untuk meninjau sama ada proses penilaian yang dibuat oleh

guru dari masa ke semasa dapat membantu mereka mengatasi masalah dalam

pembelajaran teknologi Kejuruteraan. Proses penilaian dalam pembelajaran sepatutnya

69

dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan pelajar. Sebanyak lapan item berkaitan

persoalan kajian yang kelima telah dikemukakan kepada responden.

Jadual 4.22: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi

Faktor Proses Penilaian dalam Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Pernyataan ATS %

TS %

TP %

S %

SS %

Min SP

Guru kerap memberi latihan atau kerja setelah tamat setiap opic yang di ajar

7.4 30.6 19.8 37.2 5.0 3.02 1.0877

Guru sangat teliti dalam menyemak latihan-latihan dan ujian yang diberikan kepada kami

4.1 11.6 34.7 33.9 15.7 3.45 1.0247

Semua hasil kerja, latihan dan ujian yang telah disemak oleh guru akan dikembalikan kepada kami secepat mungkin

7.4 24.0 30.6 28.1 9.9 3.09 1.1030

Setiap kehendak soalan yang diajukan oleh guru kepada kami sangat jelas dan mudah difahami

6.6 15.7 32.2 34.7 10.7 3.27 1.0646

Saya dapati guru sentiasa menerangkan kembali jawapan untuk setiap latihan dan ujian yang diberikan

5.8 12.4 21.5 46.3 14.0 3.50 1.0656

Saya dapat memahami setiap 2pembetulan yang dibuat oleh guru terhadap kesilapan-kesilapan di dalam latihan atau ujian

5.0 10.7 24.0 47.1 13.2 3.53 1.0171

Guru sentiasa membuat penilaian yang adil terhadap latihan/tugasan yang diberikan

2.5 5.8 28.9 43.0 19.8 3.72 0.9329

Soalan-soalan untuk ujian yang dikendalikan oleh guru berpandukan sukatan pelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

4.1 3.3 9.9 47.9 34.7 4.06 0.9772

( n = 121)

Min Keseluruhan = 3.46 Sisihan Piawai = 1.0341

70

Jadual 4.22 menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan

piawai bagi faktor penilaian dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan. Hasil kajian

menunjukkan min keseluruhan ialah 3.46, ia menunjukkan berada di tahap sederhana

tinggi. Terdapat empat item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan

empat lagi item mempunyai min yang kurang daripada min keseluruhan.

Min tertinggi di dalam jadual 4.22 ialah 4.06 iaitu dipernyataan 40. Seramai 82.7

peratus bersetuju soalan-soalan untuk ujian yang dikendalikan oleh guru berpandukan

sukatan pelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. 9.9 peratus lagi tidak pasti dan

7.4 peratus lagi tidak bersetuju. Ini diikuti dengan pernyataan 39 di mana 62.8 peratus

responden bersetuju guru sentiasa membuat penilaian yang adil terhadap latihan atau

tugasan yang diberikan dengan min 3.72. 28.9 peratus responden tidak pasti dan hanya

8.3 peratus responden yang tidak bersetuju.

Walaupun ramai responden bersetuju dapat memahami setiap pembetulan yang

dibuat oleh guru terhadap kesilapan-kesilapan di dalam latihan atau ujian ini dapat

dibuktikan melalui pernyataan 38 dengan min 3.53, seramai 60.3 peratus bersetuju

boleh memahami setiap pembetulan yang dibuat oleh guru terhadap kesilapan-kesilapan

di dalam latihan atau ujian. Ada juga yang menyatakan tidak pasti iaitu seramai 24

peratus dan 15.7 peratus lagi tidak bersetuju. Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan

pernyataan 37 di mana seramai 60.3 peratus responden bersetuju bahawa guru sentiasa

menerangkan kembali jawapan untuk setiap latihan dan ujian yang diberikan.

Min yang diperolehi pada pernyataan 36 adalah 3.27 iaitu kurang daripada min

keseluruhan. Ini menunjukkan min yang diperolehi ini berada pada tahap sederhana.

Seramai 45.5 peratus responden bersetuju bahawa setiap kehendak soalan yang diajukan

oleh guru kepada pelajar sangat jelas dan mudah difahami. 32.2 peratus responden tidak

pasti 22.3 peratus lagi tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan soalan-

soalan yang dikemukakan oleh guru masih kurang jelas dan ada ketikanya sukar untuk

difahami oleh pelajar.

71

Guru juga didapati tidak memulangkan dengan kadar segera setiap hasil kerja,

latihan dan ujian yang telah disemak kepada pelajar. Ini dapat dibuktikan pada

pernyataan 35 dengan min 3.09, iaitu kurang dari nilai min keseluruhan. Hanya 38

peratus responden bersetuju menyatakan bahawa semua hasil kerja, latihan dan ujian

yang telah disemak oleh guru akan dikembalikan kepada pelajar secepat mungkin.

Selebihnya 30.6 peratus responden tidak pasti dan 31.4 peratus lagi tidak bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan kebanyakan hasil kerja , latihan dan ujian

yang telah disemak oleh guru tidak dikembalikan dengan kadar segera kepada pelajar.

Nilai min terendah pula didapati di pernyataan 33 dengan min 3.02. Seramai 42.2

peratus responden bersetuju bahawa guru kerap memberi latihan atau kerja rumah

setelah tamat setiap topik yang diajar. 19.8 peratus responden tidak pasti dan seramai 38

peratus lagi tidak bersetuju. Ini menunjukkan guru jarang memberi latihan atau kerja

rumah kepada pelajar setelah tamat setiap tajuk yang diajar.

Jadual 4.23: Taburan Responden Mengikut Skor Bagi Faktor Penilaian Dalam

Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Skor Bilangan Peratus

Rendah 24 19.8

Sederhana 30 24.8

Tinggi 67 55.4

Jumlah 121 100

Jadual 4.23 menunjukkan taburan responden mengikut skor bagi faktor penilaian

dalam pembelajaran Teknologi Kejuruteraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses

penilaian dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan adalah tinggi iaitu 55.4 peratus,

72

ini diikuti dengan skor sederhana iaitu 24.8 peratus dan hanya 19.8 peratus yang

mempunyai skor rendah.

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian yang kelima ini bolehlah

dikatakan proses penilaian yang dibuat oleh guru dilaksanakan untuk memperbaiki

kelemahan pelajar. Namun begitu terdapat juga beberapa masalah yang dapat

dikenalpasti berdasarkan nilai min yang sederhana bagi tiga item yang dikemukakan

dalam persoalan ini. Antaranya ialah guru jarang memberi latihan atau kerja rumah

setelah tamat setiap topik yang diajar dan ada ketikanya setiap kehendak soalan yang

dikemukakan oleh guru kurang jelas dan sukar difahami oleh pelajar. Selain daripada itu

guru juga tidak memulangkan dengan kadar segera semua hasil kerja pelajar yang telah

disemak. Masalah yang dikenalpasti ini seharusnya diberi penekanan yang sewajarnya

oleh guru-guru bagi memastikan pelajar-pelajar lebih bersedia sebelum menghadapi

peperiksaan.

73

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik mengemukakan rumusan secara keseluruhan bagi

mengenalpasti masalah kajian. Ianya akan menyentuh aspek perbincangan, rumusan dan

cadangan mengenai tajuk kajian iaitu “Permasalahan dalam pembelajaran dan

pengajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah daerah

Batang Padang, Tengah dan Hilir Perak”. Tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan

bercorak teknikal memainkan peranan yang amat penting dalam melengkapkan tenaga

kerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan, tinggi dan fleksibel agar dapat

memenuhi kehendak dan keperluan negara industri seperti yang dihasratkan dalam

wawasan 2020.

Walaupun kurikulum Teknologi Kejuruteraan telah digubal dengan baik

menjurus kepada kehendak masyarakat dan cita-cita negara namun kejayaan kurikulum

berkenaan mencapai matlamatnya belum tentu pasti. Terdapat banyak faktor lain serta

kekangan yang boleh menjejaskan matlamat kurikulum berkenaan daripada tercapai.

Kajian ini sebenarnya bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan. Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini akan dimanfaatkan khususnya

74

oleh guru-guru yang terlibat bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

5.2 Perbincangan Kajian

Perbincangan yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan hasil dapatan yang

telah dianalisis di dalam bab empat. Data-data diproses mengikut pecahan lima

persoalan kajian berkaitan seperti yang dicatatkan dalam jadual 4.14 hingga jadual 4.23.

Pada keseluruhannya gambaran awal yang dapat dilihat daripada hasil kajian ini

menunjukkan bahawa perlaksanaan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di peringkat

sekolah khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, berada pada tahap yang

sederhana tinggi. Ini adalah berdasarkan kepada peratusan dan min keseluruhan yang

dicapai untuk semua persoalan kajian.

5.2.1. Faktor Pengurusan Masa yang Mempengaruhi Tumpuan Pelajar Terhadap

Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Persoalan kajian yang pertama adalah berkaitan faktor-faktor pengurusan masa

yang mungkin boleh menjejaskan tumpuan proses pembelajaran pelajar. Menurut Mohd

Salleh (1996), kandungan sesuatu mata pelajaran yang hendak dijelaskan mestilah

mencukupi dengan jangkamasa yang diperuntukkan. Dapatan dari hasil kajian

menunjukkan pelajar tidak banyak menghadapi masalah berkaitan masa. Sebahagian

besar daripada mereka pandai membahagikan masa untuk belajar dengan masa untuk

beriadah.

Mereka juga dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mengikut

tempoh yang ditetapkan. Namun begitu terdapat juga beberapa masalah yang

75

dikenalpasti iaitu pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat ulangkaji

di luar waktu persekolahan dan persediaan sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran

dijalankan.

5.2.2 Faktor Kemudahan dan Kelengkapan yang Digunakan Untuk Proses

Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Persoalan kajian yang kedua adalah berkaitan faktor kemudahan dan

kelengkapan yang mana turut menjadi punca kepada permasalahan pembelajaran.

Kemudahan dan kelengkapan yang dimaksudkan disini termasuklah alat bantu mengajar,

alat-alat tangan, mesin, bahan-bahan untuk kerja amali, fizikal bilik darjah dan

sebagainya. Atan Long (1988), menyatakan bahawa keadaan fizikal sekolah memainkan

peranan penting dalam pengajaran kerana pelajar akan gembira di dalam bilik darjah

yang mempunyai suasana yang menyenangkan.

Othman Md. Johan (1995), pula mengatakan bahawa kemudahan dan

kelengkapan bengkel yang tidak mencukupi akan memberi kesan buruk dalam

penyampaian pengajaran. Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai alat atau kelengkapan

dalam kerja amali akan mengganggu konsentrasi pelajar-pelajar lain. Secara tidak

langsung ianya akan mendatangkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian yang diperolehi, menggambarkan terdapatnya sedikit masalah yang

timbul berkaitan faktor kemudahan dan kelengkapan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar begitu sukar untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai

dengan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan selain daripada buku teks yang

disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Mereka hanya menggunakan buku teks

sebagai bahan rujukan dan sudah tentulah percambahan pemikiran mereka tidak begitu

meluas. Mohd Salleh (1996), menyatakan bahawa salah satu kriteria untuk mempastikan

76

matlamat sesuatu kurikulum dapat dicapai ialah kandungan mata pelajaran dirujuk

kepada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada penggunaan buku teks sahaja.

Hasil kajian juga mendapati keadaan bengkel Teknologi Kejuruteraan yang

teratur dan kemas serta peralatan diselenggara dengan baik dapat menarik minat pelajar.

Ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang

ceria dan selesa. Pemantauan guru terhadap penggunaan peralatan dan mesin di dalam

bengkel dapat menjamin keselamatan peralatan dan para pelajar itu sendiri.

5.2.3 Pengetahuan dan Kemahiran Guru Dalam Bidang Teknologi Kejuruteraan

Persoalan kajian yang ketiga adalah berkaitan kepada tahap pengetahuan dan

kemahiran guru yang juga boleh memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran

pelajar. Castle dan Parkway (1990), mengatakan seseorang guru yang berkesan mestilah

mempunyai pengetahuan tentang isi pelajarannya, pengetahuan mengenai pelajaran,

proses pembelajaran dan berpengetahuan mengenai strategi-strategi pengajaran dan

pembelajaran.

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pelajar-pelajar memberikan persepsi

positif yang tinggi terhadap pengetahuan dan kemahiran guru mereka. Oleh itu faktor

pengetahuan dan kemahiran guru tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pelajar

dalam proses pembelajaran mereka. Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa

persepsi positif pelajar terhadap pengajaran gurunya akan mempengaruhi pencapaian

akademik mereka. Seperti mana kajian yang dijalankan oleh Fattu (1963), mendapati

guru yang cekap mencari punca kelemahan di dalam kerumitan yang dihadapi oleh

pelajar dan yang mengutamakan tentang kesesuaian sesuatu alat pengajaran untuk

penguasaan sesuatu pembelajaran adalah lebih berjaya jika dibandingkan dengan guru

yang kurang cekap di dalam bahagian ini jika diukur dari segi pencapaian pelajar.

77

5.2.4 Kaedah Pengajaran Dan Penyampaian Guru Dalam Proses Pengajaran

Persoalan kajian yang ke empat ini cuba mengenalpasti permasalahan yang

mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar disebabkan oleh kaedah pengajaran guru ketika

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Mohd Salleh (1996), untuk

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan guru-guru sepatutnya menjalinkan

isi kandungan sesuatu mata pelajaran dengan teknik-teknik pengajaran yang difikirkan

sesuai. Rashidi dan Abdul Razak (1996), pula berpendapat kaedah pengajaran mestilah

berpusatkan pelajar. Para pelajar seharusnya dibimbing bagaimana untuk mengguna dan

memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk memperolehi pengetahuan

dan kemahiran.

Pada keseluruhannya, hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-guru

Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak

menggunakan kaedah yang bersesuaian dan berkesan dalam menyampaikan isi

pengajaran. Kajian juga mendapati guru mereka sering menggunakan alat bantuan

mengajar semasa proses pengajaran. Hasil penyelidikan pakar-pakar teknologi barat juga

telah mendapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran banyak memberi faedah kepada para pendidik dan pelajar (Ahmad Jaffni,

!989). Di antanya ialah alat bantu mengajar boleh:

a. menyediakan satu asas yang kukuh untuk menggabungkan kefahaman dan

fikiran serta dapat mengembangkan berbagai-bagai gerakan daya lisan dan daya

fikir pelajar

b. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar di mana minat merupakan

faktor yang penting dalam pendidikan

c. menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudah melalui

cara-cara lain kerana ia dapat menyediakan pembelajaran yang lebih mendalam

dan konkrit

d. membekalkan satu asas untuk mengembangkan satu potensi pembelajaran murid

dan menjadikan pembelajaran itu lebih kekal

78

e. Memberikan pengalaman sebenar hingga dapat merangsangkan kegiatan pelajar-

pelajar dalam proses pembelajaran

f. Mengarahkan pelajar-pelajar untuk membuat penyiasatan dan menimbulkan rasa

ingin tahu mengenai sesuatu perkara secara lebih terperinci.

Walau bagaimanapun terdapat juga masalah yang timbul hasil daripada kajian

ini iaitu sebahagian besar pelajar berasa bosan mengikuti mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan kerana guru jarang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk

menarik minat dan perhatian mereka.

5.2.5 Proses Penilaian Dalam Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Persoalan kajian yang kelima ini adalah berkaitan permasalahan yang dihadapi

oleh pelajar melalui proses penilaian yang dibuat oleh guru. Menurut Mok Soon Sang

(1998), penilaian seharusnya dijalankan mengikut matlamat dan objektif pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bermakna guru perlu memikirkan dan merancang

apa yang harus dipelajari, bagaimana dipelajari dan bagaimana dinilai. Maklumat yang

diperolehi daripada aktiviti penilaian hendaklah digunakan untuk mengesan punca

kelemahan penguasaan kemahiran yang telah diajarkan. Tindakan susulan berlandaskan

kepada punca kelemahan yang dikesan hendaklah di ambil serta merta supaya masalah

pembelajaran tidak akan berhimpun sehingga satu tahap yang tidak dapat diperbaiki lagi.

Segala aktiviti penilaian yang dijalankan di sekolah haruslah dapat digunakan

untuk membantu murid mengatasi kelemahan penguasaan kemahiran, membina sikap

yang positif terhadap pembelajaran dan menggalakkan mereka berusaha mendapat

pencapaian yang cemerlang (Mok Soon Sang, 1998).

Hasil kajian ini mendapati proses pengujian dan penilaian yang dibuat oleh guru

telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan pelajar. Guru-guru menyediakan

79

soalan-soalan berpandukan kepada sukatan pelajaran dan membuat penilaian yang adil

terhadap latihan atau tugasan yang diberikan. Namun begitu terdapat juga masalah yang

dikenalpasti melalui kajian ini. Guru jarang memberi latihan atau kerja rumah kepada

pelajar dan ada ketikanya pelajar kurang jelas tentang setiap kehendak soalan yang

dikemukakan oleh guru. Terdapat juga guru yang lewat memulangkan hasil kerja pelajar

yang telah disemak. Sungguhpun masalah yang timbul ini dianggap remeh, namun

implikasinya kepada pelajar secara tidak langsung akan menjejaskan proses

pembelajaran mereka.

5.3 Rumusan

Melalui penganalisaan data yang dibuat dan perbincangan mengenai hasil

dapatan dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa masalah yang menjejaskan proses

pengajaran dan pembelajaran Teknologi Kejuruteraan. Antara masalah yang dapat

dikenalpasti daripada kajian ini ialah:

a. Pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat ulangkaji mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan di luar waktu persekolahan. Jumlah masa yang

diperuntukan untuk mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan juga masih kurang

mencukupi. Pelajar juga tidak mempunyai banyak masa untuk membuat

persediaan sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dijalankan

b. Pelajar berasa sukar untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai dengan mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Mereka menggunakan buku teks sepenuhnya

sebagai rujukan dalam pembelajaran.

c. Pelajar-pelajar merasa bosan ketika belajar mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan kerana ada ketikanya guru hanya menggunakan buku teks sahaja

dan tidak menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza dalam sesi pengajaran

d. Guru jarang memberi latihan atau kerja rumah kepada pelajar setelah tamat

setiap bab yang diajar. Hasil kerja, latihan dan ujian yang telah disemak oleh

80

guru tidak dipulangkan dengan kadar segera kepada pelajar. Soalan-solan yang

dikemukakan oleh guru kurang jelas dan ada ketikanya pelajar sukar untuk

memahaminya.

Jika diteliti kepada latar belakang responden seperti yang dinyatakan dalam

jadual 4.2 hingga 4.13, jelas menunjukkan bahawa pada keseluruhannya pelajar-pelajar

Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir Perak berada pada

posisi yang betul dalam proses pendidikan. Mereka merupakan pelajar yang cemerlang

dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat Peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) serta mempunyai cita-cita yang menjurus kepada bidang

teknologi. Tentulah agak malang sekiranya pelajar-pelajar yang telah berada di landasan

yang betul ini tergelincir daripada mengejar cita-cita mereka cuma disebabkan faktor-

faktor remeh yang boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Cadangan

Hasil daripada perbincangan dan rumusan di atas penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu pihak-pihak tertentu bagi

meningkatkan lagi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Kajian yang dijalankan ini bolehlah diperkemaskan lagi khususnya kepada semua

penyelidik yang berminat untuk menyambung kajian ini supaya tahap pencapaian pelajar

di dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di negara ini meningkat.

5.4.1 Cadangan kepada guru guru yang berkenaan

a) Memberi penjelasan yang lebih terperinci serta bimbingan yang

berterusan kepada para pelajar dalam usaha untuk membina serta

memupuk kesedaran diri dan sikap yang positif tentang kepentingan mata

81

pelajaran ini. Guru mencadangkan kepada pelajar agar membuat satu

jadual harian yang praktikal dengan mengambil kira masa untuk

membuat ulangkaji serta masa untuk beriadah

b) Sentiasa memastikan keadaan fizikal bengkel dalam keadaan bersih,

menarik, selamat, ceria dan selesa. Pastikan peralatan dan kelengkapan

bengkel selamat digunakan, selalu diselenggara dan sentiasa mencukupi.

c) Guru sentiasa peka terhadap sumber-sumber lain yang berkaitan dengan

isi pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Sumber-sumber tersebut boleh

diperolehi daripada majalah, akhbar dan internet. Maklumat yang

diperolehi, disampaikan kepada pelajar sama ada dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran, nota edaran atau ditampalkan di papan kenyataan.

d) Guru-guru juga disarankan agar bersikap ingin menambah ilmu

pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan teknologi kejuruteraan.

Perkembangan teknologi begitu cepat, oleh itu guru-guru haruslah

sentiasa peka dan mengikut perkembangannya agar tidak ketinggalan.

Guru-guru sepatutnya tidak menolak jika mereka dihantar berkursus

mengenai bidang tersebut, sebaliknya mereka haruslah bersikap terbuka

dan bersedia untuk menerimanya jika diberikan peluang.

e) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

disamping membuat perancangan yang teliti. Penggunaan alat bantu

mengajar haruslah bersesuaian dan berkesan supaya timbul minat yang

mendalam pelajar di dalam mata pelajaran ini. Pengajaran mestilah

berpusatkan pelajar. Wujudkan interaksi dua hala sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

f) Selalu memberi latihan dan ujian kepada pelajar. Ujian dan latihan

perlulah disemak dengan teliti dan kembalikan kertas ujian atau latihan

yang telah disemak itu dengan segera supaya pelajar dapat memperbaiki

kesalahan.

82

5.4.2 Cadangan kepada pihak pentadbiran yang berkaitan

a) Pihak yang terlibat khususnya Kementerian Pendidikan serta pihak

pentadbiran sekolah perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa

bagi memastikan alat bantu mengajar mencukupi dan bersesuaian untuk

proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi penekanan kepada

keadaan fizikal dan kelengkapan.

b) Menganjurkan kursus atau seminar demi memberi pendedahan kepada

guru berkaitan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk mata pelajaran

Teknologi Kejuruteraan.

c) Menambahkan bilangan guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan di sekolah-sekolah demi meringankan beban tugas guru-guru

yang sedia ada.

d) Pihak Kementerian juga harus memberi pertimbangan yang sewajarnya

untuk memberi peruntukan jika perlu kepada sekolah bagi pembelian buku-

buku dan bahan rujukan yang bersesuaian dengan perkembangan

teknologi.

e) Pihak Jabatan Pendidikan Derah dan Negeri disyor mendapatkan laporan

“Post-Mortem” daripada sekolah-sekolah berkenaan dan mengadakan

pertemuan dan perbincangan dengan pengurusan sekolah dan guru-guru

berkenaan bagi mengatasi masalah yang timbul.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

a) Kajian ini bolehlah dilakukan pada peringkat nasional bagi mendapatkan

gambaran sebenar mengenai permasalahan yang di hadapi oleh pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

83

b) Kajian terhadap guru-guru Teknologi Kejuruteraan berkenaan dengan

kekangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam pelaksanaan mata

pelajaran ini.

c) Kajian ini boleh juga dilakukan terhadap kesesuaian kurikulum yang sedia

ada bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan selaras dengan

perkembangan teknologi yang begitu pantas dewasa ini.

5.5 Penutup

Setelah perbincangan dan kesimpulan dari kajian ini dibuat secara

keseluruhannya di dapati permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Teknologi Kejuruteraan akan dapat diatasi secara beransur-ansur melalui

pendekatan-pendekatan yang sistematik dan berkesan. Aspek persepsi pelajar terhadap

pengajaran guru yang positif seharusnya dikekal serta ditingkatkan dari semasa ke

semasa supaya ianya menjadi salah satu pendorong untuk pelajar meminati mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Hasrat dan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya

mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020 mungkin tidak terlaksana sekiranya

generasi muda hari ini tidak diberi pendedahan yang sewajarnya berkaitan

perkembangan teknologi terkini. Guru-guru merupakan orang yang paling penting dan

bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa kearah kecemerlangan dan penentuan

halatuju pelajar mereka.

84

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin (1987). “Asas Penilaian Pendidikan.” Petaling Jaya: Longman Malaysia. Ahamad Sipon (30.6.2001). “Country Needs Sufficient Skilled Manpower.” New Straits Times, m.s. 23.

Ahmad Jaffni Hassan (1989). Program Pendidikan Moral KBSM: “Pendekatan Kaedah Teknologi Pendidikan”. Wawasan, Nov: 25-33

Atan Long (1988). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Atan Long (1991). “Pedagogi Kaedah Am Mengajar.” Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd. Baharudin Othman (1998). “ Iklim Dan Susun Atur Bilik Darjah Mempengaruhi Prestasi Pengajaran Dan Pembelajaran: Pendekatan Penyelidikan Tindakan.” Tempawan, Jilid xvi (1-5). Boon,Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998). “Pedagogi 1 (Semester II).” Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Castel. H. and Parkway (1990). “Becoming a Teacher Accepting The Challeng of a Proffession.” Boston Ally and Bacob. Cooper, S and Heenam, C (1980). “Preparing Designing Leading Workshop A Humanistic Approach.” New York: Van Nostrand Reinhold Company, Ltd. Ee Ah Meng (1990). “Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu.” Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Ee Ah Meng (1995). “Murid Dan Proses Pembelajaran.” Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Fattu,N. (1963). “Explorations in Interactions Among Instruction, Content, and Aptitude Variables.” Journal of Teacher Education, 14, 244-251. Hussein Mahmood (1993). “Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ibrahim Abu Samah (1995). “Keselesaan Dan Persepsi Pelajar Luar Bandar Terhadap Sumber Manusia Di Sarawak.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

85

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). “Sukatan Pelajaran Teknologi kejuruteraan.” Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). “ Teknologi Kejuruteraan Tingkatan 4.” Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). “Laporan Tahunan 1995.” Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan (1994). “Kamus Dewan Edisi Baru.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (1990). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Najib Ghafar (1997). “Asas Penyelidikan Sains Sosial.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Najib Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan” Skudai: universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Salleh Lebar (1996). “ Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia.” Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Mohd. Zin Md. Amin (1998). “Keberkesanan Mata Pelajaran Kokurikulum Kelana Siswa Di Universiti teknologi Malaysia, Skudai Johor.” Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan. Mok Soon Sang (1994). “ Pedagogi 2: Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik.” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1998). “Pedagogi 3: Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif.” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mukhtar Mahmood(1994). “Permasalahan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah, Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Daerah Kota Bharu Satu Tinjauan.” Tesis B. Sc Universiti Teknologi Malaysia. ‘Tidak Diterbit.” Neidemeyer (1987). Dalam Hussein Mahmood (1993). “Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

86

Othman Md. Johan (1995). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah-Sekolah Menengah Harian.” Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Dijilid). Rashidi dan Abd Razak (1996). “Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah Dan Strategi.” Kajang Selangor: Penerbit Masa Enterprise. Ralph W. Tyler (1949). “Prinsip Asas Kurikulum Dan Pengajaran.” (Basic Principle of Curriculum And Instructiond). Diterjemahkan Oleh Kamarudin Dan Hazil. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Rohani Muhammad (1999). “ Pengenalpasti Permasalahan Pengajaran Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah Menengah Di Negeri Johor.” Tesis B. Sc Universiti Teknologi Malaysia. “Tidak Diterbitkan”. Sharifah Alwiyah Alsagof (1986).”Psikologi Pendidikan II.” Kuala Lumpur: Penerbit Heinemann (Malaysia) Sdn.Bhd. Syed Jalalludin Syed Salim dan Rahim M. Sail (16.6.2001). “ Kepentingan Penguasaan Sains Dan Teknologi Dikalangan Pelajar.” Utusan Malaysia: m.s. 23. Storm G. (1976). “Managing The Occupational Education Laboratary.” Michigan: Prakken Publications Inc. Tunkmen, W.B (1988). “Conducting Education Reasearch.” New York: Harcout Jovanovick. Wan Mohd Zahid Wan Nordin (16.2.2000). “Penekanan Kepada Perkembangan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.” Berita Harian: m.s 7. Yaakub Isa (1996). “Almanak Pendidikan.” Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd. Zainol Daud (1999). “ Faktor-Faktor Yang Membpengaruhi Minat Terhadap Mata Pelajaran Teori Teknologi Di Kalangan Pelajar Aliran Pendidikan Vokasional.” Tesis B. Sc. Universiti Teknologi Malaysia. “Tidak Diterbitkan”.

87

88

89

90

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 SKUDAI, JOHOR

BORANG SOAL SELIDIK

Soal Selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran mengenai permasalahan

dalam pelaksanaan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di Sekolah-

Sekolah Menengah Daerah Batang Padang, Perak Tengah Dan Hilir Perak.

Adalah diharapkan anda dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjawab serta

memberikan keterangan secara jujur dan ikhlas terhadp soalan-soalan yang

dikemukakan. Maklumat yang dicatatkan adalah rahsia dan ianya hanya digunakan

semata-mata untuk tujuan kajian. Segala bentuk kerjasama yang anda berikan diucapkan

terima kasih.

91

Bahagian A: Biodata Pelajar

Tingkatan: 4 ______

Arahan: Soalan 1- 5, sila tandakan (/ ) pada ruangan yang berkenaan.

1. Jantina:

a) Lelaki [ ]

b) Perempuan [ ]

2. Kaum:

a) Melayu [ ]

b) Cina [ ]

c) India [ ]

d) Lain-lain [ ]

3. Pekerjaan Bapa / Penjaga :

a) Bekerja Sendiri [ ]

b) Sektor Kerajaan [ ]

c) Sektor Swasta [ ]

d) Pesara [ ]

92

4. Taraf Pendidikan Bapa / Penjaga

a) Darjah Enam [ ]

b) SRP / LCE [ ]

c) SPM / MCE [ ]

d) STPM / HSC [ ]

e) Diploma [ ]

f) Ijazah [ ]

g) Lain-lain nyatakan ……………….

5. Tempat Tinggal

a) Perkampungan [ ]

b) Taman Perumahan [ ]

c) Rumah Flet [ ]

d) Lain-lain nyatakan …………………….

Untuk soalan 6 hingga 7 tandakan (x ) pada ruang berkenaan.

6. Adakah anda tinggal di asrama ?

Ya Tidak

93

7. Pencapaian dalam peperiksaan PMR.

Mata Pelajaran Gred A B C D E

a) Matematik b) Sains

8. Pendapatan Bapa/ Penjaga RM …………………

9. Bilangan adik- beradik ……………………

10. Cita-cita anda setelah tamat persekolahan nanti ialah ingin menjadi…………………

Bahagian B.

Arahan : Bagi semua pernyataan dalam Bahagian B, anda dikehendaki membulatkan

nombor yang telah disediakan dengan membawa maksud seperti berikut:

1. Amat Tidak Setuju ( ATS )

2. Tidak Setuju ( TS )

3. Tidak Pasti (TP )

4. Setuju ( S )

5. Sangat Setuju ( SS )

(ATS) (TS) (TP) (S) (SS)

1. Tempoh waktu belajar Teknologi Kejuruteraan 1 2 3 4 5

yang ditetapkan oleh pihak sekolah sangat sesuai.

2. Saya mempunyai cukup masa untuk membuat 1 2 3 4 5

ulangkaji mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan

di rumah / asrama.

94

3. Saya dapat menyiapkan tugasan (projek) yang 1 2 3 4 5

diberikan, dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Masa yang diberikan oleh guru untuk saya 1 2 3 4 5

menyiapkan kerja/ tugasan mencukupi.

5. Saya percaya guru sempat menghabiskan 1 2 3 4 5

keseluruhan isi pelajaran Teknologi Kejuruteraan

sebelum peperiksaan akhir.

6. Pada pendapat saya, masa yang diperuntukkan 1 2 3 4 5

untuk mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di

sekolah sudah mencukupi.

7. Saya mempunyai banyak masa untuk persediaan 1 2 3 4 5

sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dijalankan.

8. Saya pandai membahagikan masa untuk belajar 1 2 3 4 5

dengan masa untuk bermain.

9. Keadaan dan kelengkapan bengkel Teknologi 1 2 3 4 5

Kejuruteraan menimbulkan minat untuk saya

belajar.

10. Saya mudah mendapatkan bahan rujukan yang 1 2 3 4 5

sesuai dengan mata pelajaran ini.

11. Saya menggunakan sepenuhnya buku teks sebagai 1 2 3 4 5

bahan rujukan dalam pembelajaran.

12. Pembelajaran amali mudah dijalankan kerana 1 2 3 4 5

peralatan dan bengkel cukup lengkap.

13. Saya gembira belajar di bengkel kerana keadaannya 1 2 3 4 5

yang selesa.

14. Saya selalu menggunakan peralatan dan mesin dalam 1 2 3 4 5

bengkel dengan bebas di bawah pengawasan guru.

15. Peralatan di bengkel diselenggara dengan baik untuk 1 2 3 4 5

memudahkan proses proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

95

16. Susun atur bengkel dilakukan dengan kemas dan 1 2 3 4 5

teratur.

17. Guru mempunyai pengetahuan yang luas dalam 1 2 3 4 5

mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

18. Guru selalu mengaitkan isi pengajaran Teknolo 1 2 3 4 5

Kejuruteraan dengan perkembangan teknologi

masa kini.

19. Setiap penerangan yang disampaikan oleh guru 1 2 3 4 5

di kelas sungguh meyakinkan kami.

20. Guru berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah 1 2 3 4 5

berkaitan teknologi kejuruteraan yang kami kemukakan.

21. Guru boleh menyelesaikan segala masalah yang kami 1 2 3 4 5

ajukan.

22. Jawapan yang diberikan oleh guru terhadap soalan- 1 2 3 4 5

soalan yang kami ajukan sangat jelas dan tidak

meragukan.

23. Guru sering memberikan nota tambahan selain 1 2 3 4 5

daripada yang terkandung di dalam buku teks.

24. Guru sentiasa memberi tunjuk ajar dari mula hingga 1 2 3 4 5

akhir bagi setiap kerja amali yang dijalankan.

25. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru 1 2 3 4 5

mudah difahami.

26. Semasa proses pengajaran, guru sentiasa memberi 1 2 3 4 5

penekanan terhadap isi-isi penting pelajaran.

27. Saya tidak merasa bosan ketika belajar mata pelajaran 1 2 3 4 5

Teknologi Kejuruteraan.

96

(ATS) (TS) (TP) (S)

(SS)

28. Guru tidak semata-mata menggunakan buku teks 1 2 3 4 5

dalam setiap kali sesi pengajaran.

29. Semasa proses pengajaran, guru selalu menggunakan 1 2 3 4 5

alat bantuan mengajar.

30. Saya dapati guru sentiasa memberi semangat dan 1 2 3 4 5

dorongan kepada kami untuk belajar dengan

bersungguh-sungguh.

31. Guru sering memberikan contoh-contoh yang jelas 1 2 3 4 5

agar pelajar memahami pengajarannya.

32. Guru sering menggunakan kaedah pengajaran yang 1 2 3 4 5

berbeza untuk menarik minat pelajar.

33. Guru kerap memberi latihan atau kerja rumah setelah 1 2 3 4 5

tamat setiap topik yang diajar.

34. Guru sangat teliti dalam menyemak latihan-latihan 1 2 3 4 5

dan ujian yang diberikan kepada kami.

35. Semua hasil kerja, latihan dan ujian yang telah 1 2 3 4 5

disemak oleh guru akan dikembalikan kepada kami

secepat mungkin.

36. Setiap kehendak soalan yang diajukan oleh guru 1 2 3 4 5

kepada kami sangat jelas dan mudah difahami.

37. Saya dapati guru sentiasa menerangkan kembali 1 2 3 4 5

jawapan untuk setiap latihan dan ujian yang diberikan.

38. Saya dapat memahami setiap pembetulan yang dibuat 1 2 3 4 5

oleh guru terhadap kesilapan-kesilapan di dalam

latihan atau ujian.

39. Guru sentiasa membuat penilaian yang adil terhadap 1 2 3 4 5

latihan / tugasan yang diberikan.

40. Soalan-soalan untuk ujian yang dikendalikan oleh guru 1 2 3 4 5

berpandukan sukatan pelajaran mata pelajaran

97

Teknologi Kejuruteraan.

98

99

100

101

102