PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti...

8
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE ATAS KENDERAAN DI BAWAH PROGRAM MENGGALAKKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKEPAKARAN YANG BEKERJA DI LUAR NEGARA PULANG KE MALAYSIA Pengenalan Individu yang diluluskan di bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia layak dipertimbangkan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan ke atas kenderaan (termasuk apa-apa jenis kenderaan bermotor) dan dihadkan kepada dua buah sahaja. Bagi pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem left hand drive, mereka dibenarkan membeli kenderaan right-hand drive dari negara ketiga. Bagi pemohon yang tidak membawa balik kenderaan import di atas, mereka dibenarkan membeli kenderaan pengilangan/pemasangan tempatan dan layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kenderaan juga dihadkan kepada dua buah sahaja termasuk kenderaan import yang telah dibawa balik dari luar negara. A. Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Import Dari Negara Menetap Yang Asal Atau Dari Negara Ketiga (1) Kriteria Kelayakan (i) Pemohon telah diluluskan di bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang BerkepakaranYang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM); (ii) Pemohon dibenarkan membawa balik kenderaan yang telah pun berdaftar atas nama pemohon/pasangan/anak semasa di luar negara atau pun kenderaan yang telah dibeli/ditempah sebelum balik ke Malaysia. Kad Daftar Kenderaan/Certificate of Origin/Invois Belian @ Tempahan hendaklah disertakan bersama-sama dokumen lain semasa permohonan dibuat. Begitu juga dengan kenderaan yang menggunakan sistem righthand drive yang dibeli dari negara ketiga bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan sistem left-hand drive di negara pemohon menetap; dan

Transcript of PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti...

Page 1: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI

KE ATAS KENDERAAN DI BAWAH PROGRAM MENGGALAKKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKEPAKARAN YANG BEKERJA DI

LUAR NEGARA PULANG KE MALAYSIA Pengenalan

Individu yang diluluskan di bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia layak dipertimbangkan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan ke atas kenderaan (termasuk apa-apa jenis kenderaan bermotor) dan dihadkan kepada dua buah sahaja. Bagi pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem left hand drive, mereka dibenarkan membeli kenderaan right-hand drive dari negara ketiga.

Bagi pemohon yang tidak membawa balik kenderaan import di atas, mereka

dibenarkan membeli kenderaan pengilangan/pemasangan tempatan dan layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kenderaan juga dihadkan kepada dua buah sahaja termasuk kenderaan import yang telah dibawa balik dari luar negara.

A. Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas

Kenderaan Import Dari Negara Menetap Yang Asal Atau Dari Negara Ketiga

(1) Kriteria Kelayakan

(i) Pemohon telah diluluskan di bawah Program Menggalakkan

Warganegara Malaysia Yang BerkepakaranYang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM);

(ii) Pemohon dibenarkan membawa balik kenderaan yang telah

pun berdaftar atas nama pemohon/pasangan/anak semasa di luar negara atau pun kenderaan yang telah dibeli/ditempah sebelum balik ke Malaysia. Kad Daftar Kenderaan/Certificate of Origin/Invois Belian @ Tempahan hendaklah disertakan bersama-sama dokumen lain semasa permohonan dibuat. Begitu juga dengan kenderaan yang menggunakan sistem righthand drive yang dibeli dari negara ketiga bagi menggantikan kenderaan yang menggunakan sistem left-hand drive di negara pemohon menetap; dan

Page 2: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

(iii) Permohonan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku kelulusan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

(2) Syarat-Syarat Kelulusan

(i) Kenderaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon /

pasangan (suami@isteri) / anak (yang mana berkenaan);

(ii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar hak milik dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kenderaan didaftarkan;

(iii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar hak milik tanpa

membayar balik duti import, duti eksais dan cukai jualan mengikut kiraan Kastam Diraja Malaysia semasa berlakunya penjualan atau pertukaran hak milik;

(iv) Kelulusan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan akan ditarik balik sekiranya pemohon melanggar mana-mana syarat tawaran insentif yang terkandung dalam surat kelulusan Kementerian Sumber Manusia. Pemohon dengan itu dikehendaki membayar balik duti dan cukai yang dikecualikan seolah-olah tiada pengecualian duti dan cukai diberi; dan

(v) Bagi suami dan isteri yang mana kedua-duanya diluluskan di

bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia, maksimum hanya dua buah kenderaan sahaja yang diberi pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan.

B. Pengecualian Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan

Pengilangan/Pemasangan Tempatan

(1) Kriteria Kelayakan

(i) Pemohon telah diluluskan di bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia;

(ii) Kenderaan mestilah pemasangan tempatan (yang dikilangkan

atau dipasang dalam negara);

Page 3: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

(iii) Kenderaan hendaklah dibeli dalam tempoh setahun sah laku kelulusan Program seperti yang diberi oleh KSM;

(iv) Kenderaan hendaklah dibeli daripada stok yang masih belum

dibayar duti/cukainya; dan

(v) Bilangan kenderaan yang layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan adalah sebanyak dua buah termasuk kenderaan import yang dibawa balik dari luar negara.

(2) Syarat-Syarat Kelulusan

(i) Kenderaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon /

pasangan (suami@isteri) / anak (yang mana berkenaan);

(ii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar hak milik dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kenderaan didaftarkan;

(iii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar hak milik tanpa

membayar balik duti eksais dan cukai jualan mengikut kiraan Kastam Diraja Malaysia semasa berlakunya penjualan atau pertukaran milik;

(iv) Kelulusan pengecualian duti eksais dan cukai jualan akan

ditarik balik sekiranya pemohon melanggar mana-mana syarat tawaran insentif yang terkandung dalam surat kelulusan Kementerian Sumber Manusia. Pemohon dengan itu dikehendaki membayar balik duti dan cukai yang dikecualikan seolah-olah tiada pengecualian duti dan cukai diberi; dan

(v) Bagi suami dan isteri yang mana kedua-duanya telah

diluluskan di bawah Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia, maksimum hanya dua buah kenderaan yang diberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan.

Page 4: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

C. Prosedur Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Bagi Kenderaan Import Dan Kenderaan Pemasangan Tempatan

Borang Kereta Pakar hendaklah diisi dengan lengkap berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan menghantarnya ke alamat berikut:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kompleks Kementerian Kewangan Bahagian Analisa Cukai Tingkat 6 & 7, Blok Tengah No. 5, Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya (u.p.: Pn. Syakirah bt. Md. Nor / Cik Norina bt. Muhammad) Tel. : (603) – 8882 4358 / (603) – 8882 3373 Faks : (603) – 8882 3884 / (603) – 8882 3885 E-mail : [email protected] /

[email protected]

Page 5: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

BORANG KERETA PAKAR

Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan

Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia

BUTIR-BUTIR PEMOHON DAN AHLI KELUARGA a. Nama Penuh

………..………………………………….......................................................

b. Nombor Kad Pengenalan

..………………………………………..........................................................

c. Negara Pemohon Bekerja Sebelum Pulang Ke Malaysia

…………………………………………........................................................

d. Tarikh Mula Berkhidmat Di Luar Negara

.…………………………………………........................................................

e. Tarikh Pulang Ke Malaysia

..……………………………………….......................................................… f. Alamat Tempat Tinggal di Malaysia

……………………………….…………........................................................ .………………………………….……………………….…………….…………........

g. Alamat Majikan di Malaysia

.…...……………………………………….………………………….…………......... .……………………………….…………....................................................... No. Telefon ………………………………….…………...................................

Page 6: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

h. Tarikh Kelulusan Jawatankuasa Program Pakar (KSM) ……………………………….………….......................................................

i. Bidang Kepakaran

...…………………………….………….......................................................

j. Nama Isteri/Suami

.…………………………………………........................................................

k. Taraf Kewarganegaraan Isteri/Suami

…………………………………………......................................................... BUTIR-BUTIR KENDERAAN YANG DIPOHON PENGECUALIAN DUTI/CUKAI

Keterangan Kenderaan Pertama Kenderaan Kedua

Jenis/Model Kenderaan

No. Enjin

No. Casis

Import (CBU) / Pemasangan Tempatan (CKD)

Tahun Diperbuat

Nombor Pendaftaran Kenderaan Di Luar Negara

Tarikh Pendaftaran Asal Di Luar Negara

Tarikh Pendaftaran Atas Nama Pemohon/Pasangan/ Anak

Page 7: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

Nilai Semasa Kenderaan

Anggaran Jumlah Duti/ Cukai Yang Terlibat:

• Duti Import

• Duti Eksais

• Cukai Jualan

MAKLUMAT TAMBAHAN a. Pelabuhan/Stesen Kastam Di mana Kenderaan Akan Diimport

…………………………………………......................................................... b. Alamat Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Di mana Kenderaan Akan

Didaftarkan

…………………………………………......................................................... ......................................................................................................... Tarikh: …………………… Tandatangan Pemohon: ……………………............

Page 8: PERMOHONAN PENGECUALIAN DUTI/CUKAI KE … KERETA PAKAR Permohonan Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Di Bawah Program Menggalakkan Warganegara

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

a. Salinan kad pengenalan pemohon/pasangan/anak

b. Salinan kad pendaftaran/geran kenderaan/invois belian

c. Salinan surat kelulusan Kementerian Sumber Manusia

d. Salinan surat akuan tarikh kembali

e. Salinan Lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)