Permuafakatan Ibu Bapa Pertama

6
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG (FRIM) 52100 KEPONG SELANGOR KERTAS KERJA PROGRAM PENDEDAHAN PEDAGOGI LITERASI UNTUK IBU BAPA, MURID LINUS & PRA SEKOLAH ANJURAN JAWATANKUASA LINUS & PEMULIHAN KHAS

description

contoh kertas kerja program linus

Transcript of Permuafakatan Ibu Bapa Pertama

\ c PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHASLINUS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.PEMULIHAN KHAS

Program Pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat terhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya.TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan Program Permuafakatan Ibu Bapa & Program Pendedahan Pengajaran Untuk Ibu Bapa Murid LINUS 2015.MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam memastikan semua muridTahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada saringan 2, 2015 kecuali murid berkeperluan khas. OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat memberikan:

a. Pendedahan Pelaksanaan Program LINUS dan Pemulihan Khas dengan lebih berkesan dalam memastikan semua murid LINUS bersedia untuk saringan 2.b. Berinteraksi secara aktif dengan waris murid-murid iaitu ibu bapa atau penjaga.

c. Pendedahan berkesan kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak di rumah.d. Kesedaran kepada semua pihak bahawa pentingnya menghapuskan buta huruf di kalangan muri-murid.

e. Kesediaan kepada ibu bapa dengan adanya bahan-bahan yang akan disediakan oleh pihak sekolah.

f. Persediaan awal kepada murid-murid LINUS untuk menghadapi saringan 2 LINUS.SASARAN1.Murid-murid tahap 1 yang tidak menguasai konstruk 1-12 literasi Bahasa Melayu pada saringan 2.2. Murid-murid pra sekolah yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis.

3.Guru-guru Linus, pemulihan dan pra sekolah.

4.Ibu bapa kepada murid Linus dan pra sekolah.TEMPOH

1 hariTARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 25 April 2015

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan SK Kepong (FRIM)PENCERAMAH JEMPUTAN

Pn. Yang Rokiah bt Ahmad (JU Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan)TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

7.30 pgUcapan Pengerusi

7.45pgBacaan doa

7.50pgUcapan Guru Besar

8.00 pgIce breaking dan pendedahan kaedah kepada guru

10.00 pgRehat/Pendaftaran ibu bapa dan murid

10.30 pgMotivasi untuk ibu bapa serta tips-tips membimbing anak ketika di rumah

12.00 tghriIbu bapa bersama anak bagaimana mengajar anak membaca menggunakan kaedah Kak Yang.

12.30 tghriMajlis penyampaian hadiah

12.45tghriSoal Jawab

12.50tghriJamuan ringan

1.00 ptgBersurai

AJK INDUKPenasihat

Pn. Siti Rohana bt Saabin(Guru Besar )Pengerusi

Cik Arfah bt Ab. Aziz(GPK Pentadbiran)Naib Pengerusi

Pn Bahiyah bt Hassan

(GPK Pentadbiran Petang)

Pn. Siti Marzidah bt Abdul Aziz(GPK Hal Ehwal Murid) Pn. Salmiza bt Meon (GPK Kokurikulum)Penyelaras

Pn Saliza bt Razali

Setiausaha

Pn Noraini Bt Abdul Hamid

Ahli J/Kuasa

Semua guru-guru LINUS

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengurus

: Pn Saliza Bt RazaliSetiausaha

: Pn. Noraini Bt Abdul HamidPengacara

: Pn. Wan Syahada bt Wan SudinAJK Brosur

: Pn. Nur Zetty bt Khair

Pn. Yeoh Seh Yoong

AJK Siaraya & peralatan

: En.Mohan A/L KaliappanAJK Makanan & Jamuan

: Pn. Saliza bt. RazaliAJK Backdrop & Dewan

: Cik Nur Aida bt Alias

AJK Cenderamata

: Pn. Hasniza bt Abdullah

Pn. Rabiah Bt Mohd Adnan

AJK Pertandingan Murid

: Cik Nur Fashra bt Ahmad Shooid

En. Yew Foo OnAJK Pendaftaran

: Cik Bibi Hazliana Bt Mohd Hassan

Cik Norasniliza Bt MuhamadBacaan Doa

: En. Ahmad Qasim B. Md Zain

Juru Foto

: Pn. Yeoh Seh YoongDokumentasi

: Pn. Hasniza bt Abdullah

FASILITATOR-FASILITATOR KUMPULAN AKUMPULAN BKUMPULAN C

Pn. Nur Zetty bt KhairPn. W. Syahada bt W. SudinEn.Mohan A/L KaliappanPn. Rabiah Bt Mohd AdnanCik Nur Aida bt Alias

Pn. Yeoh Seh Yoong

Pn. Noraini bt Abdul Hamid

En. Ahmad Qasim B. Md ZainPn. Hasniza bt AbdullahPn. Saliza bt. RazaliCik Norasniliza Bt Muhamad

Cik Bibi Hazliana Bt Mohd Hassan

ANGGARAN KEWANGANBilPerkaraKos & BilJumlah (RM)

1Jamuan ( mihun & air kotak)50x RM3.00150.00

2Jamuan VVIPRM20.0020.00

3Cenderamata jemputan1x RM2020.00

JUMLAH230.00

SUMBER KEWANGAN

1) Suwa (sumbangan)KEPERLUAN PERALATAN & BAHAN-BAHAN1. Kerusi2. Mikrofon 3. Speaker

4. LCD

5. A4

6. Dulang Cenderamata

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjayaselaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh,

...........................

(NORAINI ABDUL HAMID)Setiausaha

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG (FRIM)

52100 KEPONG

SELANGOR

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDEDAHAN PEDAGOGI LITERASI UNTUK IBU BAPA, MURID LINUS & PRA SEKOLAH

ANJURAN

JAWATANKUASA LINUS & PEMULIHAN KHAS

Disemak Oleh,

..........................

(SALIZA BT RAZALI)

Penyelaras LINUS

Diluluskan Oleh,

..........................

.